::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

17 February 2014

E-novel: Oh, My Prince! 29



Oh, My Prince! 29
            Aku menutup pintu dan berjalan masuk ke dalam. Jasmine sedang membelek-belek sesuatu di atas rak yang melekat di dinding. Terpandangkan kehadiran aku berdekatan dengan dia, Jasmine menoleh.
“Panggil Danial. Cakap I nak jumpa,” arahnya.

Aku mengetap bibir. Kalau ini rumah aku, memang aku dah halau perempuan ni dari sini. Terasa jauh beza diri dia yang sebenar dengan apa yang digambarkan di dalam media. Sudahlah dapat gelaran ‘Bidadari’. Sekali perangai macam... urgh! Tak tahulah nak cakap! Hilang minat aku pada dia. Malas nak bertekak, aku melangkah juga ke arah dapur. Berselisih pula dengan Joe di pintu.
“Siapa Cik Adlina?”
“Jasmine.”
“Cik Jasmine?” Joe terkejut. Kemudian riak wajahnya bertukar risau. Aku hanya mengangguk. Pelik juga bila dia memanggil Jasmine macam tu. Mesti ada apa-apa antara Jasmine dengan Putera Danial. Tapi kenapa muka Joe macam risau sangat tadi? Hati aku semakin dihimpit dengan rasa ingin tahu.
“Tak apa... biar saya yang panggil Putera Danial, ya?” aku terus berjalan ke arah dapur tanpa menunggu balasan daripada Joe.
“Awak...” aku memanggil Putera Danial yang sibuk memasukkan sesuatu ke dalam periuk. Putera Danial menoleh. Nampak comel pula melihatkan dia memakai apron.
Yes, Adlina?”
Girlfriend awak panggil.”
Girlfriend? Girlfriend kami, kamu seorang saja.” Selamba dia menjawab sambil menyambung kerja dia.
“Bukan saya. Jasmine.”
Riak Putera Danial berubah tatkala aku menyebut nama Jasmine. Dia meletakkan mangkuk yang dia pegang ke atas kaunter. Kemudian dia memandang aku lama.
“Macam mana dia boleh masuk sini?” nada Putera Danial mula berubah. Renungannya tajam. Nampak marah benar.
“Tadi pintu berbunyi. Saya buka ajelah. Tak tahu pula dia.”
“Kenapa kamu yang buka pintu? Kenapa tak suruh Joe?” soal dia lagi. Aku terasa bersalah. Putera Danial mengeluh. Kemudian dia membuka tali apron dan meletakkannya di atas kaunter dengan kasar. Aku menelan air liur. Marah betul ni.
“Joe!”
“Tuanku...” Joe yang sejak tadi berdiri di muka pintu berjalan masuk ke dapur. Wajahnya tenang walaupun Putera Danial dalam mood yang tak baik.
“Tolong sambung. Saya nak jumpa perempuan tu sekejap,” arahnya pada Joe. Dia menoleh pula ke arah aku.
“Saya teman Joe dekat sini,” kataku sebelum sempat dia membuka mulut.
“Tak payah. You come with me,” katanya tegas. Melihatkan renungan dia yang tajam menikam tu, cepat-cepat aku mengatur langkah ke arah dia. Baru kami nak keluar daripada dapur, Jasmine sudah muncul di hadapan kami.
“Sayang...” panggilnya manja. Kemudian dia mencapai tangan Putera Danial.
Sayang? Aku ternganga. Betullah macam yang aku jangka. Siapa sangka Jasmine rupa-rupanya bercinta dengan Putera Danial! Aku perhatikan pula riak muka Putera Danial. Nampak tegang seperti masa aku beritahu Jasmine datang. Kemudian dia menarik tangan kanan dia yang berada dalam pegangan Jasmine. Rasa nak tersenyum pula bila melihatkan reaksi Jasmine yang terkulat-kulat. Akhirnya aku menundukkan kepala dan tersenyum sendiri.
“Hey! Yang kau nak senyum macam tu kenapa? Pergi masuklah! Aku nak jumpa Danial, bukannya kau!” melengking suara Jasmine memarahi aku.
Alamak! Dia nampak ke aku senyum sebab dia? Aku menyorok di belakang Putera Danial. Buatnya datang gila Jasmine ni, takut juga aku kalau ada scene tarik rambut dekat sini. Sudahlah aku memang tak suka bergaduh dengan sama-sama kaum ni.
You tak payah halau dia. She has the right to be here,” dingin Putera Danial bersuara. Kemudian dia menarik tangan aku dan kami berjalan menuju ke sofa. Putera Danial duduk dan dalam keterpaksaan, aku terpaksa duduk di sebelah dia.
            “Siapa dia ni?” soal Jasmine yang berdidi membelakangkan aku.
            She’s my girl.
            What?!” Jasmine tayang muka tak puas hati. Bukan dia saja yang tak puas hati, aku pun sama. Lama aku memandang Putera Danial dahi berkerut. Akhirnya dia memberi isyarat mata. Meminta aku berlakon sekali dengan dia.
            Danial, how could you do this to me?” Jasmine sudah terduduk di atas lantai sebelah sofa kami. Wajahnya muram. Hilang sudah riak sombong yang dia tunjukkan sejak datang tadi. Tanpa disangka-sangka air mata dia luruh di depan kami tanpa segan silu.
            “Apa yang I dah buat?” Putera Danial menyoal kembali. “Dah lima tahun, Jasmine. Move on. You juga yang buat pilihan dulu, kan?” Putera Danial bercakap perkara yang aku tak faham.
            Jasmine tidak menjawab. Tangannya mengelap pipi yang dibasahi dengan air mata.
            “Tapi you tak pernah bagi I peluang, Danial...” keluh Jasmine.
Aku rasa macam tengah menonton drama dekat televisyen pula melihatkan dua insan bercinta ni. Sudahlah tonton bahagian tengah-tengah terus. Manalah nak faham hujung pangkal cerita. Tapi aku rasa ni mesti kisah cinta terputus di tengah jalan.
            “Sebab sejak awal you tak pernah bagi peluang pada I,” balas Putera Danial tenang. “Baliklah Jasmine. Antara kita dah tak ada apa-apa. Dah lama terkubur. Kenapa mesti you nak terikat dengan kenangan lama?”
            “Sebab dengan kenangan tu, I terus hidup. Give me a chance, Danial. Please?” rayu Jasmine.
            Tiba-tiba aku bersimpati melihatkan artis yang aku puja merayu begitu. Aku faham sangat perasaan dia yang penuh berharap tu. Perasaan yang aku rasa bila mengharapkan kepercayaan daripada Hairi. Aku menelan air liur. Kemudian aku mengalih pandangan ke arah Putera Danial yang masih menunjukkan riak yang dingin.
           Sorry, Jasmine. No. Dalam hati I tak ada lagi ruang buat you. Sejak you pilih jalan hidup you untuk jadi artis, sejak tu hati I dah tertutup buat you,” tegas Putera Danial. “Kalau tak kerana my girl yang buka pintu tadi, you pun tahu you takkan pernah dapat masuk sini, kan?”
            Jasmine tidak menjawab. Perlahan-lahan dia bangun dan berdiri dan memandang Putera Danial.
            I sanggup kosongkan schedule I hari ni semata-mata nak jumpa you. Tapi tak sangka you sanggup buat I macam ni,” keluh Jasmine.
            I tak suruh pun you datang sini.”
            Jasmine tersenyum tawar. Kemudian dia mengeluarkan sesuatu daripada beg tangannya dan dia hulurkan kepada Putera Danial. Putera Danial hanya memandang dengan hujung mata tanpa menyambut pemberian Jasmine.
            Happy anniversary, sayang. I harap satu hari nanti you boleh terima I balik,” kata Jasmine lemah.
Kemudian dia berjalan perlahan ke arah pintu. Sempat dia menjeling aku dengan penuh kebencian. Aduhai... tak pasal-pasal aku terlibat dengan masalah cinta dia orang berdua. Masalah aku dengan Hairi pun banyak yang tak settle lagi.
            “Jasmine...” Putera Danial memanggil tiba-tiba sewaktu Jasmine sudah bersedia untuk membuka pintu. Jasmine menoleh. Dalam wajahnya sembab kerana menangis, matanya bercahaya apabila Putera Danial memanggil dia.
            Yes?”
            Take back your gift,” kata Putera Danial pendek sebelum bangun dan menarik tangan aku mengikut dia.
Jasmine ditinggalkan terpinga-pinga bersendirian. Jasmine ni pun satu lah. Nak kata kurang pandai, nampak macam tak. Tapi dah kau dengan Putera Danial dah tak ada apa-apa, lagi nak sambut anniversary apanya? Entah apa-apa je cara fikir.
            Masuk di dapur, aku dan Putera Danial duduk di atas bangku di kaunter. Lama kami diam sambil memerhatikan Joe menyiapkan makanan tengah hari. Tapi dalam fikiran aku, macam-macam andaian yang aku dah buat. Aku memandang Putera Danial dari sisi. Entah apa pula yang dia fikirkan agaknya.
            “Awak...” aku memberanikan diri untuk bersuara.
            Putera Danial tidak menoleh. “No questions asked, Adlina.” Dia memberi amaran sebelum aku bertanya soalan yang melibatkan Jasmine.
            Aku terdiam. Tak jadi hendak bertanya. Eleh, ‘no questions asked’ tu valid pada dia je kan? Aku ada dua lagi sumber yang boleh dipercayai untuk aku korek rahsia Putera Danial. Zul dengan Joe. Tapi Zul macam bukan jenis yang senang nak bercerita. Kalau Joe... aku melirikkan mata ke arah Joe yang mengacau kuah spageti di atas dapur. Mungkin boleh. Heh, menarik juga dapat tahu kisah cinta manusia berprofil tinggi ni. Aku tersenyum sendiri.
 xxx
Ok saya sedar ia pendek. Saya minta maaf! >.<
Dengan tugas2 lain yang lebih mencabar sekarang ni, saya update lagi laju daripada menaip.
Saya rasa mampu update 2 minggu sekali. T.T Mohon jangan marah saya. Huhuhu.
Apa2 pun saya cuba yang terbaik. Lagi2 buat mereka yang sangat supportive dengan komen2 yang membuat saya senyum. Anda kritik pun saya akan senyum tau! Apatah lagi yang compliment. Terima kasih banyak2. ^_^

12 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

This is awesome!
Alahai.. Kenapa habis cepat sangat.. Pls make it a week. Seronok aah cerita tnp hairi. hahaha..

Fiesha Ibrahim said...

Tengah2 sedap baca dh abis pla. Cepat2 smbg cik writer!

zarra zuyyin said...

wah, sudah bab 29. tetiba jadi macam adlina. tatau hujung pangkal. tau-tau baca dekat bab 29. ohoho... kena baca dari mula. sebab saya sudah lupa cerita ni. padahnya bila kerja menimbun tertimbun dan sikit lagi mahu menimbus!

Aziela said...

Saya setuju dengan Basyirah. Suka Danial...sukaaaaaa sangat. Rasa sangat di lambung perasaan kalau dengan Danial. Aduhai...angau ni...

Peminat Prince said...

Kene update cepat2 bab prince charming ni. Ramai org tertunggu tu. hehe

siti Aisyah said...

akak writer tolongla sambung lagi...ppllleeeaaassseee!!!

Anonymous said...

Di awal tu ttibe berdebar jek baca... aduiii.. x senang plak dibuatnya...
bila prince introduce adele 'my girl' .. alamak.. so sweet. .....
Tp chapter ni mmg bes.. aman tanpa hairi... hihihihi... biler adele akan btol2 dgn prince.. comel la prince nih...

elfa said...

Alamak.... pengacau sudah nari kaa. Tensen jer putera eh.

Manganime Ader said...

wa...love you danial

Anonymous said...

I wan de prince, plz ;)

Anonymous said...

mnta sambung kak writer...,,mnta kali nie panjang...

Anonymous said...

entry kly ne rsa down plk..
hurm...
i want to be adele..
hehe..
love putera danial..
sis rsa x sbr nk bli novel r..
hehe..