::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

27 January 2014

E-novel: Oh, My Prince! 26



Oh My Prince 26
            Seperti dijanjikan, Hairi mengambil aku jam tujuh setengah. Aku mengenakan pakaian yang ringkas untuk ke rumah dia. Jeans dan blouse dan rambut aku biarkan lepas. Malas hendak memakai contactlenses seperti selalu, aku menyarungkan cermin mata ke muka.
            “Nampak lain bila sekali sekala kau pakai specs macam ni,” tegur Hairi sebaik saja aku masuk ke dalam perut kereta.

            “Iya? Lagi cantik pakai specs ke pakai contact lenses?
            “Hrm...” Hairi mengurut-urut dagu dia seketika. Berfikir. “Tak kisah.Kau pakai apa-apa pun nampak cantik.”
            Aku ketawa besar mendengarkan jawapan Hairi. Tak tahulah dia berkata serius ataupun sekadar hendak menjaga hati aku. “Iyalah tu...”
            “Betul aku cakap ni. Kau pakai apa pun cantik. Sampai mama bising suruh aku ajak kau pergi rumah. Rindu dekat bakal menantu katanya.”
            Aku hanya ketawa. Rasa kembang kuncup jugalah orang puji kita cantik. “Mama sihat je?”
            “Sihat. Dia siap cakap nak masak sendiri hari ni. Kalau tak, maid yang buat semua.”
            “Amboi, special jugak aku ni, ya?”
            “Kau tu bakal menantu kesayangan. Bersedia ajelah nanti...”
            “Oklah tu... bakal menantu kesayangan daripada mak mertua tak sayang, kan?” komen aku. Bukan senang nak orang sayang. Sedangkan dalam keluarga sendiri pun ada masanya kekurangan kasih sayang aku rasa.
            Sampai di rumah Hairi, riuh mulut Auntie Mai menyambut aku. Masa aku sampai, dia dah cantik bersiap. Mengalahkan nak pergi dinner dkat luar je. Segan pula aku sebab pakai ringkas sangat. Kami duduk berbual-bual di ruang tamu sementara maid Hairi menyiapkan makan malam. Bermacam-macam cerita tentang Hairi yang keluar daripada mulut Auntie Mai. Kemudian, dia mengeluarkan beberapa album dari dalam rak dan dihulurkan kepada aku.
            “Ambillah. Ni album Hairi ni. Selalunya dia tak bagi auntie tunjuk pada orang. Tapi kalau Adele dia tak kisah rasanya,” kata Auntie Mai. Hairi sudah naik ke bilik dia untuk mengambil barang.
            Aku sekadar ketawa kecil sambil menyambut dua buah album yang diberikan. Di kulit album sendiri sudah terukir nama Hairi menandakan album ni milik dia. Aku menyelak album berwarna hijau tua itu. Satu persatu gambar Hairi sewaktu bayi menyapa pandangan. Comel! Tak jauh beza dengan wajah dia sekarang.
            “Comelnya Hairi!” pujiku.
            Auntie Mai mengangguk, mengiyakan. Mesti dia bangga ada anak secomel ni. Dah besar pun tak adalah teruk sangat rupa Hairi tu. “Hairi ni, anak yang baik. Biasalah kalau nakal-nakal sikit tu. Tapi dengar kata. Manja....”
            Aku tersenyum mendengarkan komennya. Mata aku beralih pula kepada gambar lain. Hairi dan Auntie Mai menjadi subjek utama. Manis sangat Hairi tersenyum sewaktu Auntie Mai mendukung dia berlatar belakangkan pintu gerbang Raufel Waterpark. Salah satu taman tema air yang terawal dan terkenal di Amanjaya.
            “Hairi kalau dekat rumah macam mana, auntie?” aku mula mengorek tentang Hairi.
            “Hairi kalau dekat rumah? Macam tulah gayanya. Auntie dengan uncle selalu sibuk. Dia kalau dia bosan, dia keluar dengan kawan-kawan dia. Tapi auntie perasan, sejak dengan Adele ni, dia banyak dengan Adele je la.”
            Aku hanya tersengih. Kemudian aku menyelak lagi album itu. “Sebelum ni, dia tak ada girlfriend?”
            “Hai, cemburu ke?” Auntie Mai sudah mengusik. Aku hanya tersenyum.
            “Ada masa high scool. Biasalah Adele, cinta monyet je semua tu. Auntie cakap dengan dia, dia ada masa lama lagi nak mencari. Itu yang agaknya dia pilih Adele tu!”
            Aku ketawa. Malu pula bila Auntie Mai cakap macam tu. Rasanya kalau aku bagi greenlight, bila-bila masa je Hairi bawa keluarga dia jumpa ayah aku.
            Auntie, selalunya kalau Hairi marah, merajuk, macam mana ye nak buat?”
            Terangkat kening dia mendengarkan soalan aku. Kemudian dia memandang aku pelik. “Kenapa? Hairi ada marah Adele ke?”
            “Biasalah auntie... sedangkan suami isteri pun ada salah faham, inikan pula orang bercinta.” Aku gunakan alasan yang sama seperti yang aku berikan pada Putera Danial.
            Auntie Mai menggelengkan kepala sebelum menepuk-nepuk belakang aku. “Hairi tu, jarang marah-marah tak tentu pasal.” Dia memulakan mukadimahnya.
            “Kalau dia marah tu, adalah benda yang dia tak suka. Hairi tu orangnya jenis direct. Kalau dia cakap suka, dia akan cakap dia suka. Kalau dia cakap dia tak suka, itulah yang dia tak suka.”
            Aku mengangguk. Betul apa yang Auntie Mai katakan. Sebab masa awal-awal berkenalan dengan Hairi, dia yang mulakan dulu. Hai... bukan Hairi seorang saja yang jenis direct. Putera Danial itu pun sama juga. Direct sangat sampai ajak aku kahwin terus hah. Sakit terus kepala bila teringatkan lamaran Putera Danial dulu. Sudahlah dengan direct juga dia cakap nak buat sampai aku terima dia. Gila! Yang aku ni pun boleh pula fikir pasal tuan putera tu masa dekat rumah Hairi.
            “Dari situ, senang nak tahu apa yang Hairi suka, apa yang dia tak suka.” Auntie Mai sambung bercerita. Aku yang sudah jauh melayang sekejap tadi kembali ke alam realiti.
            “Habis tu, kalau dia marah...?” aku mengutarakan balik soalan yang masih tak mendapat jawapan.
            Auntie Mai ketawa kecil. “Ni mesti ada bergaduh baru-baru ni, kan?” teka dia.
            Aku tersenyum lagi. Nampak sangat ke bila aku bertanya macam tu?
            “Dah agak dah. Auntie tengok Hairi semalam moody je. Sebab tu auntie suruh dia ajak Adele dinner dekat sini malam ni...”
            Baru Auntie Mai menghabiskan ayat dia, Hairi sudah turun ke ruang tamu diikuti Uncle Zaman dan Acha. Perbualan kami terhenti. Punah harapan aku nak mendengarkan jawapan daripada Auntie Mai. Akhirnya terpaksalah aku lupakan saja. Hairi mengambil tempat di sebelah aku. Melihatkan ada album di tangan aku, dia memanjangkan leher untuk melihat isinya. Bila dia tengok gambar-gambar dia yang aku lihat, bibirnya sekadar tersenyum.
            “Tengok? Kan betul auntie cakap. Kalau Adele mesti dia tak kisah punya...” bisik auntie di telinga aku. Aku hanya ketawa.
            “Bisikkan apa tu, mama? Kutuk abang ke?”
            “Huh! Tak kuasa mama nak kutuk abang.”
            “Tahu. Sebab abangkan anak yang baik. Sebab tu tak ada apa nak dikutuk, kan?”
            Aku mencubit peha Hairi. Perasan sangat! Bila dia mengaduh, aku hanya ketawa mendengarnya.
            “Hairi, nak gambar ni boleh?” Aku menunjukkan gambar dia dengan Auntie Mai dekat waterpark tadi. Hairi sudah senyum mengusik.
            “Tak malu, eh?”
            Aku menggeleng. “Tak!” kataku seraya mengeluarkan gambar itu daripada tempatnya. Terpandangkan ada tiga pasang mata lagi yang memerhatikan gelagat aku, aku tertunduk malu. Aduhai... mujurlah mereka hanya tersenyum melihat aku. Kalau tayang muka meluat dan tak puas hati? Macam mana?
            ***
            “Selalunya kalau Hairi marah, dia sejuk sendiri. Banyakkan bersabar ajelah masa dia marah tu. Adele kena belajar ambil hati dia,” sempat Auntie Mai berbisik di telinga aku sebelum aku balik. Hairi yang sudah berdiri di tepi kereta dia memandang ke arah kami dengan penuh tanda tanya. Selepas bersalam dengan Auntie Mai dan Uncle Zaman, aku meminta diri untuk pulang.
            “Apa yang mama bisikkan tadi?” soal Hairi sebaik saja aku masuk ke dalam kereta.
            “Rahsia orang perempuan.” Aku tersenyum dan mengenyitkan mata dekat Hairi. Hairi mencebik.
            “Aku rasa happy bila tengok kau dengan mama boleh close,” komennya tiba-tiba.
            Aku mengangguk. Aku pun happy sebab Auntie Mai baik sangat dengan aku. Sebenarnya bukan Auntie Mai je. Uncle Zaman pun sama. Cuma Uncle Zaman jenis orang yang pendiam saja.
            “Nak pergi mana-mana lagi?”
            “Taklah. Dah kenyang ni, rasa mengantuk pula. Semalam pun tak cukup tidur, Jadi aku ingat, aku nak tidur je lepas ni.”
            “Hrm...”
            Hairi memberhentikan kereta sebelah blok aku seperti kebiasaannya. Selepas keluar dari kereta, aku berdiri di tepi jalan untuk menunggu Hairi bergerak pergi. Sebaik saja kereta dia hilang daripada pandangan, aku berpusing untuk balik ke rumah. Langkah diatur menuju ke arah lif. Tak sampai separuh perjalanan, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Dah tak pelik dah bila baca nama Putera Danial dekat skrin. Dia je yang rajin nak contact aku selain Hairi.
            “Nak apa?” soal aku sebaik saja menjawab panggilan dia. Aku kembali menyambung langkah yang terhenti.
            Turn around.”
            “Hah?” dalam terpinga-pinga, arahan dia aku ikutkan juga. Sebaik saja aku berpusing, aku dah nampak Putera Danial berdiri bersandarkan kereta dia yanng merah menyala tu.
            “Nak apa?” aku bertanya. Tetap tidak berganjak dari tempat aku berdiri sekarang.
            “Datanglah sini...”
            Rasa nak ketawa mendengarkan nada suara dia yang sedikit merayu. Akhirnya aku pergi juga mendapatkan dia.
            “Apa awak nak?”
            “Tak ada apa. Rindu lama tak berjumpa kamu.”
          “Rindu? Baru berapa hari kita tak jumpa.” Aku mencebik. Bukan hari tu baru jumpa dengan Pustaka Ilmu ke?
            “Dengan kamu, sehari tak jumpa rasa macam seribu tahun!”
            “Iyalah tu!” Ketawa besar aku dengar jawapan Putera Danial. Kuat mengayat betul!
            “Keluar dengan Hairi tadi?”
            Aku mengangguk.
            “Dah okay dengan dia?”
            Aku mengangguk dan tersenyum. Teringat beriya-iya menangis dekat telefon dengan tuan putera ni.
            “Tak nak keluar dengan kami pula?”
            Aku menggeleng pula. “Saya penat. Saya nak tidur. Kita dah jumpa kan sekarang? Tak ada apa lagi nak dirindukan, betul tak?”
            Putera Danial turut tersenyum. Dia tak berkata apa. Aku nak naik pun rasa serba salah bila dia terus-terusan memandang aku. Nak naik terus, terasa kurang ajar pula sedangkan lelaki ni layan aku dengan baik.
            “Apa kata kita keluar sekejap? Pergi minum ke?”
          Aku menggeleng lagi. “Daripada awak belanja saya minum, baik awak bagi je duit tu, saya beli sarapan esok,” kataku lalu ketawa.
            Putera Danial menarik muka. Tapi sekejap je. Bila aku masih tersengih-sengih kerana dapat mengenakan dia, dia kembali tersenyum.
            “Pergi mana je dengan Hairi tadi?”
            “Pergi rumah dia. Mama dia ajak dinner sekali. Rindu dekat bakal menantu katanya,” aku mengulang kata-kata Hairi sambil memerhatikan riak wajah Putera Danial. Sedikit pun tak berubah bila aku cakap macam tu.
            “Bila nak ikut kami pula?”
            “Hrm? Pergi mana?”
            “Balik ke kediaman kami? Jumpa dengan bonda dengan ayahanda?”
            “Hish! Nak buat apa saya jumpa Sultan Hussin dengan Permaisuri Safiyyah? Tak ada maknanyalah!”
            “Ada maknanya...” Putera Danial sudah tersenyum nakal. Dahi aku dah berkerut.
            “Apa maknanya?” soalku sedikit kabur. Tak faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.
            “Maknanya, kamu bakal menjadi permaisuri hati kami. Bakal menantu kepada ayahanda dan bonda. Menjadi puteri buat seluruh rakyat Alamin,” kata dia selamba.
Aku membulatkan mata. Ini kalau orang dengar, memang tak pasal-pasal jadi skandal. “Memang taklah!” aku sedikit terjerit. Putera Danial sudah ketawa melihatkan reaksi aku. Tak habis-habis dia ni nak ajak aku kahwin. Apalah yang ada pada aku? Ramai lagi perempuan lain yang tergila-gilakan dia.
“Malas nak layan awak. Saya nak naik dululah! Penat. Bye!”
Putera Danial mengangguk perlahan. Aku terus berjalan untuk balik.
Good night!” dia menjerit dari jauh.
Aku sekadar mengangkat tangan kanan tanda mendengar. Di bibir sudah terukir senyuman. Putera Danial... macam-macam kerenah!
Xxx
Dah terubat rindu dengan prince? Hihi...
Insya Allah next entry isnin next week, ok? ^_^

8 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Haha.. Berani betul tuan Putera bermain kata. Adey. Tuan putera ni betul2 buat Adele tak boleh tdo malam la.. Kesian Adele tp nmpk ketegasannya di situ.
Bila bunga2 cinta Tuan Putera dgn Adele nk berkmbang.. X sabar ni nk tahu. haha..

Anonymous said...

Hehehehe.. terubat dgn citer prince. Selambe berani statement x tergugat prince tuh...hehehehe
alamak... mcmne pengakhiran adele n hairi ni...

baby mio said...

BEST NAK LAGI.

Anonymous said...

Ahhhh tatau nk sokong belah mana. Family Hairi n Hairi baik buat Adele

Anonymous said...

ala.. lamanya nk tunggu isnin depan.. :'( menangis lah begini.

Anonymous said...

BEST! Sedih bila sampai ke penghujung bab :( tapi takpe, saya akan setia menanti untuk membaca kisah seterusnya.

Anonymous said...

bestnye akak..nk lagi? lamenye nk tunggu next week..
:'( yeay! putera daniel dh kmbali..i like..hehehehe XD

Aziela said...

Sukanyaaaa dengan Putera Daniel. Sangat romantik ok... Lembut, matang dan protective. Oh...kesian pada Hairi kalau Adele pilih prince, tapi Hairi is happy go lucky. Dia senang dapat pengganti. But Daniel, karater dia menyatakan yang dia setia pada yang satu. Adele...pilih Daniel pleaseeeee!