::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

16 January 2014

E-novel: Oh My Prince 24



Oh My Prince 24
            Aku tiba di depan pintu masuk Nori’s tepat jam lapan setengah malam seperti yang dijanjikan dengan Abang Jade. Tanpa melangkah masuk ke dalam restoran, aku membelok ke kanan untuk menuju ke pintu belakang restoran. Dalam pada itu sempat mata memerhatikan motorsikal yang Abang Jade selalu gunakan untuk menghantar pesanan. Mujur ada di tempat parking.

            Setibanya di pintu belakang restoran, aku duduk di atas tembok jalan. Telefon aku keluarkan dan nombor Abang Jade aku dail. Dengan sabar aku menunggu panggilan berjawab.
            Hello! Abang! Adele dekat pintu belakang ni.”
            “Dah sampai dah? Kejap-kejap. Abang pun kena hantar delivery jap lagi. Tengah tunggu makanan kejap.”
            “Ok.”
Talian dimatikan. Telefon aku masukkan ke dalam kocek sweater. Hoodie yang menutup kepala aku turunkan. Aku menyisir rambut yang sedikit kusut dengan tangan. Lambat pula Abang Jade ni. Bosan menunggu dia yang tak keluar-keluar, aku bermain dengan telefon. Tadi call Acha, dia kata Auntie Mai dengan Uncle Zaman ada dinner malam ni. Jadi Acha dengan Hairi saja tinggal di rumah.
Hampir lima belas minit menunggu, Abang Jade keluar juga menunjukkan muka disebalik pintu. Tangannya memberi isyarat untuk aku ke motorsikal dia. Tanpa berlengah, aku ke sana dan berjumpa dengan Abang Jade yang membawa satu beg besar berisi piza.
“Yang Adele punya ada tak?”
“Ada-ada. Dekat mana ni rumah Hairi?”
Greenhills.
“Oh! Kawasan rumah orang kaya tu?”
Aku hanya tersengih mendengarkan komen Abang Jade.
“Untungnya Adele dapat boyfriend dengan orang kaya! Orang cantik. Ramailah yang terpikat!”
Daripada tersenyum, aku ketawa besar. Lengan Abang Jade aku pukul. Suka-suka hati dia je. Hairi seorang je pun yang terpikat dengan aku sejak dulu.
“Sudahlah abang! Banyak bunyi pula. Ada helmet lebih tak ni?”
“Ada... ada! Adele call petang tadi, terus abang letak dekat motor. Nah!”
Sebuah helmet putih bertukar tangan. Tanpa berlengah, aku memakainya dan terus duduk di belakang Abang Jade bila dia sudah mengeluarkan motorsikalnya dari tempat parking. Tidak lama kemudian, motorsikal Abang Jade laju meninggalkan Nori’s. Sesekali aku menjerit bila terasa gayat dengan cara Abang Jade menunggang. Gyaaaa!!!
***
Abang Jade menurukan aku di hadapan pintu masuk ke rumah Hairi. Setelah mengambil piza dan permbayaran aku buat dekat Abang Jade, aku menekan suis loceng. Terdengar suara Hairi daripada interkom yang ada dekat sebelah suis.
“Siapa?”
Nori’s Piza Delivery, tuan!”
“Huh? Kami tak ada order piza!”
Order oleh Puan Aisyah Kamaruzzaman.” Aku menggunakan nama Acha.
“Oh! Adik saya tu. Ok, masuklah.”
Aku menolak pintu pagar kecil yang selalunya digunakan untuk orang keluar masuk. Setibanya di depan pintu utama, Hairi sudah berdiri dengan dahi berkerut. Dia berpeluk tubuh melihatkan aku yang berjalan membawa piza.
“Err... hi?” tegurku takut-takut. Haraplah Hairi tak marah lagi.
“Sejak bila kerja dekat Nori’s?” dia menyindir.
Aku mengetap bibir. Piza yang berada di tangan aku hulurkan ke arah dia. “Aku minta maaf pasal siang tadi.”
Hairi merenung aku lama sebelum dia bergerak masuk ke dalam rumah. “Masuklah,” pelawanya perlahan. Hairi mengambil tempat sofa yang ada. Kekok dengan keadaan kami, aku mengikut juga langkah dia dan kotak piza yang aku bawa aku letakkan di atas meja kopi.
“Kenapa datang sini?” dingin suara Hairi bertanya. Aku memandang wajah Hairi yang tegang. Marah dia tak hilang lagi ni.
“Sebab aku nak minta maaf pada kau, pasal siang tadi.” Aku mengulangi kata-kata aku.
“Apa yang berlaku siang tadi sampai kau nak minta maaf?” Hairi menguji.
Aku menelan air liur. Tak tahu macam mana hendak menjelaskan. Akhirnya aku hanya melepaskan keluhan berat.
“Aku marah kau. Bukan sebab apa, Adele. Tapi sebab kau tak jujur dengan aku. Kau tak pernah cerita pada aku masalah kau. Aku rasa macam aku tak penting dalam hidup kau,” jelas Hairi dalam keadaan berpeluk tubuh.
Aku tertunduk. Ada benarnya kata-kata Hairi. Selama dua tahun ni, terlalu banyak perkara yang aku rahsiakan. Yang aku tutup mulut rapat-rapat, tak mahu bercerita. Bila dia buka topik pasal keluarga aku, aku akan melencong ke topik lain. Mungkin dah sampai masanya untuk membuka sedikit demi sedikit apa yang aku rahsiakan selama ni. Berkongsi segala masalah aku dengan dia. Aku menyandarkan badan ke sofa dengan kepala mendongak memandang siling.Aku menarik nafas dalam-dalam. Duduk aku kembali tegak.
“Perkara yang nak diuruskan masa cuti mid sem hari tu...”
Hairi mula menumpukan sepenuh perhatian pada aku tatkala aku bersuara. Aku memandang Hairi lama sebelum menyambung kata-kata aku.
“Ayah dengan Abang Hadi nak aku kahwin dengan kawan Abang Hadi.”
“Apa?!” Hairi sudah berdiri dek kerana terkejut.
“Aku minta maaf sebab nak ceritakan benda ni pada kau. Aku sendiri terkejut. Benda tu terlalu mendadak. Aku ingat aku nak settle kan sendiri.”
Hairi meraup mukanya kasar. Dia kembali duduk di atas sofa, cuba untuk menenangkan dirinya sendiri.
“Kau tak pernah cerita pasal kita ke dengan dia orang?” Hairi mula nak marah.
            Aku menggeleng perlahan.
            “Sampai bila Adele? Sampai bila? Sampai kau kahwin dengan orang lain? Ke kau nak aku sendiri jumpa ayah kau dan terangkan semuanya?”
Kecut perut aku mendengarkan ugutan Hairi. Takut kalau dia betul-betul lakukannya. Hairi ni bukan boleh dijangka kalau marah.
“Kau tak faham masalah aku, Hairi.”
“Kalau aku tak faham, then buat sampai aku faham!”
Aku diam. Rasa macam perbincangan kami tak ke mana. Dan aku sendiri tak boleh nak berfikir bagaimana nak menyelesaikan masalah aku. Kalau minta tolong Hairi, makin bertambah masalah aku rasa.
“Bagi aku masa.” Akhirnya aku bersuara setelah lama kami mendiamkan diri. Hairi memandang aku tanpa perasaan. Aku bangun dan berpindah tempat duduk ke sebelah Hairi.
“Mungkin akan ambil masa untuk aku selesaikan masalah aku. Bila aku tak bercerita dengan kau, tak bermakna kau tak penting Hairi. Cuma, ada masanya aku rasa aku tak nak terlalu bergantung dengan kau. Sejak awal kita berkawan, bercinta sampai sekarang... banyak sangat yang kau dah tolong aku,” luahku.
“Cuma buat masa sekarang, satu je aku nak minta daripada kau.” Aku memegang lembut tangan Hairi.
Your trust. Sebab itu yang paling aku perlukan sekarang. Aku janji, benda ni akan selesai juga. Lagipun, aku tak setuju dengan rancangan ayah dan Abang Hadi. Cuma untuk kenalkan kau dengan dia orang...” kata-kataku mati. Tak dapat bayangkan reaksi mereka dan reaksi Hairi sendiri bila aku menjadi Hani.
“Aku rasa belum masanya lagi. Jadi untuk sekarang ni, please... just trust me...” kataku akhirnya.
Melihatkan Hairi masih membatukan diri, aku melepaskan tangan dia perlahan. Mata menjeling ke arah jam yang tergantung di dinding. Hampir sembilan setengah malam. Biarlah Hairi sejuk dulu. Baik aku balik sekarang. Esok pun kelas pukul lapan lagi.
“Aku balik dululah. Rasanya dah tak ada apa lagi kot...”
Aku menggigit bibir. Hairi pun nampak tak berminat nak bercakap lagi. Aku bangun dengan niat untuk balik. Hairi masih buat tak tahu. Terasa hati juga bila dia buat tak tahu dengan aku. Baru aku hendak membuka pintu, Hairi tiba-tiba memanggil.
“Piza ni besar. Takkan aku dengan Acha je yang nak makan? Makanlah dulu. Sekejap lagi aku hantar kau balik. Dah malam dah ni,” tegas Hairi berkata sebelum dia hilang pergi ke bilik Acha.
Aku tersenyum dalam diam. Syukurlah walaupun dalam marah, dia masih waras memikirkan tentang keselamatan aku. Aku melangkah perlahan-lahan ke sofa tadi. Selepas ke bilik Acha, Hairi masuk ke dapur dia. Tidak lama kemudian, dia muncul dengan sebotol besar coke dan tiga biji gelas. Acha turut menyertai kami tidak lama kemudian dengan muka keliru bila ada perkataan ‘Sorry’ di atas piza. Mujur dia tak banyak bertanya. Aku menarik nafas lega. 
xxx
Sejujurnya jalan cerita OMP ni dah ada dalam fikiran saya, cuma ta sempat untuk diterjemahkan lagi ke dalam bentuk penulisan. Tapi, saya teringin nak tahu pengakhiran bagaimana yang pembaca harapkan sebenarnya. Hehe. Terima kasih anda semua. ^_^

6 comments:

baby mio said...

best.

Aziela said...

Entah kenapa, saya suka dia dengan Putera Danial. Hairi is ok, tapi mungkin belum matang. Adelle is much more complicated than what Hairi can handle.

Anonymous said...

ouhh!! akak saya lebih suka adele ngan putera danial.. mesti lagi best jlan ceritanye bila adele kahwin dgn putera..hehehhe..harap sgt..

Anonymous said...

Hairi seems like suka adele yg skang... dr adlina. Rasa mcm canggung je kalu dia tau adlina yg dulu n family dia.
Mcm xleh masuk je.. tu sbb adlina xleh nk berterus terang dgn hairi ttg diri dia n kuorge dia kan... mcmne dorang akan break off akhirnya... ?adakah adele akan jadik adlina?
Beza dgn prince yg ske apa saja ttg adlina...
Adib? Watak dia x abis lagi kn... suspen nih.. ske3.. sbb minggu ni ada 2 chapter... yeay!!

Basyirah Abd Rahman said...

Suka Adelia dgn Putera juga. Tuan putera nmpk relaks, cool.. Adelia boleh cerita dan kongsikan masalah dia dgn tuan putera walaupun dia baru shj kenal dgn Putera Danial. Manakala Hairi, dia walaupun nmpk caring, sbenanrnya lbih kpd mendesak. Huhu.

Syaril. said...

Nak Adele ngan putera danial..sweettt je diorg tuh