Oh My Prince 24
Aku tiba di depan pintu masuk Nori’s
tepat jam lapan setengah malam seperti yang dijanjikan dengan Abang Jade. Tanpa
melangkah masuk ke dalam restoran, aku membelok ke kanan untuk menuju ke pintu
belakang restoran. Dalam pada itu sempat mata memerhatikan motorsikal yang
Abang Jade selalu gunakan untuk menghantar pesanan. Mujur ada di tempat parking.
Setibanya di pintu belakang
restoran, aku duduk di atas tembok jalan. Telefon aku keluarkan dan nombor
Abang Jade aku dail. Dengan sabar aku menunggu panggilan berjawab.
“Hello!
Abang! Adele dekat pintu belakang ni.”
“Dah sampai dah? Kejap-kejap. Abang
pun kena hantar delivery jap lagi.
Tengah tunggu makanan kejap.”
“Ok.”
Talian
dimatikan. Telefon aku masukkan ke dalam kocek sweater. Hoodie yang menutup
kepala aku turunkan. Aku menyisir rambut yang sedikit kusut dengan tangan. Lambat
pula Abang Jade ni. Bosan menunggu dia yang tak keluar-keluar, aku bermain
dengan telefon. Tadi call Acha, dia
kata Auntie Mai dengan Uncle Zaman ada dinner malam ni. Jadi Acha dengan Hairi saja tinggal di rumah.
Hampir
lima belas minit menunggu, Abang Jade keluar juga menunjukkan muka disebalik
pintu. Tangannya memberi isyarat untuk aku ke motorsikal dia. Tanpa berlengah,
aku ke sana dan berjumpa dengan Abang Jade yang membawa satu beg besar berisi
piza.
“Yang
Adele punya ada tak?”
“Ada-ada.
Dekat mana ni rumah Hairi?”
“Greenhills.”
“Oh!
Kawasan rumah orang kaya tu?”
Aku
hanya tersengih mendengarkan komen Abang Jade.
“Untungnya
Adele dapat boyfriend dengan orang
kaya! Orang cantik. Ramailah yang terpikat!”
Daripada
tersenyum, aku ketawa besar. Lengan Abang Jade aku pukul. Suka-suka hati dia
je. Hairi seorang je pun yang terpikat dengan aku sejak dulu.
“Sudahlah
abang! Banyak bunyi pula. Ada helmet
lebih tak ni?”
“Ada...
ada! Adele call petang tadi, terus
abang letak dekat motor. Nah!”
Sebuah
helmet putih bertukar tangan. Tanpa
berlengah, aku memakainya dan terus duduk di belakang Abang Jade bila dia sudah
mengeluarkan motorsikalnya dari tempat parking.
Tidak lama kemudian, motorsikal Abang Jade laju meninggalkan Nori’s. Sesekali
aku menjerit bila terasa gayat dengan cara Abang Jade menunggang. Gyaaaa!!!
***
Abang
Jade menurukan aku di hadapan pintu masuk ke rumah Hairi. Setelah mengambil
piza dan permbayaran aku buat dekat Abang Jade, aku menekan suis loceng.
Terdengar suara Hairi daripada interkom yang ada dekat sebelah suis.
“Siapa?”
“Nori’s Piza Delivery, tuan!”
“Huh?
Kami tak ada order piza!”
“Order oleh Puan Aisyah Kamaruzzaman.”
Aku menggunakan nama Acha.
“Oh!
Adik saya tu. Ok, masuklah.”
Aku
menolak pintu pagar kecil yang selalunya digunakan untuk orang keluar masuk. Setibanya
di depan pintu utama, Hairi sudah berdiri dengan dahi berkerut. Dia berpeluk
tubuh melihatkan aku yang berjalan membawa piza.
“Err... hi?” tegurku takut-takut. Haraplah Hairi tak marah lagi.
“Sejak
bila kerja dekat Nori’s?” dia menyindir.
Aku
mengetap bibir. Piza yang berada di tangan aku hulurkan ke arah dia. “Aku minta
maaf pasal siang tadi.”
Hairi
merenung aku lama sebelum dia bergerak masuk ke dalam rumah. “Masuklah,”
pelawanya perlahan. Hairi mengambil tempat sofa yang ada. Kekok dengan keadaan
kami, aku mengikut juga langkah dia dan kotak piza yang aku bawa aku letakkan
di atas meja kopi.
“Kenapa
datang sini?” dingin suara Hairi bertanya. Aku memandang wajah Hairi yang
tegang. Marah dia tak hilang lagi ni.
“Sebab
aku nak minta maaf pada kau, pasal siang tadi.” Aku mengulangi kata-kata aku.
“Apa
yang berlaku siang tadi sampai kau nak minta maaf?” Hairi menguji.
Aku
menelan air liur. Tak tahu macam mana hendak menjelaskan. Akhirnya aku hanya
melepaskan keluhan berat.
“Aku
marah kau. Bukan sebab apa, Adele. Tapi sebab kau tak jujur dengan aku. Kau tak
pernah cerita pada aku masalah kau. Aku rasa macam aku tak penting dalam hidup
kau,” jelas Hairi dalam keadaan berpeluk tubuh.
Aku
tertunduk. Ada benarnya kata-kata Hairi. Selama dua tahun ni, terlalu banyak
perkara yang aku rahsiakan. Yang aku tutup mulut rapat-rapat, tak mahu
bercerita. Bila dia buka topik pasal keluarga aku, aku akan melencong ke topik
lain. Mungkin dah sampai masanya untuk membuka sedikit demi sedikit apa yang
aku rahsiakan selama ni. Berkongsi segala masalah aku dengan dia. Aku
menyandarkan badan ke sofa dengan kepala mendongak memandang siling.Aku menarik
nafas dalam-dalam. Duduk aku kembali tegak.
“Perkara
yang nak diuruskan masa cuti mid sem
hari tu...”
Hairi
mula menumpukan sepenuh perhatian pada aku tatkala aku bersuara. Aku memandang
Hairi lama sebelum menyambung kata-kata aku.
“Ayah
dengan Abang Hadi nak aku kahwin dengan kawan Abang Hadi.”
“Apa?!”
Hairi sudah berdiri dek kerana terkejut.
“Aku
minta maaf sebab nak ceritakan benda ni pada kau. Aku sendiri terkejut. Benda
tu terlalu mendadak. Aku ingat aku nak settle
kan sendiri.”
Hairi
meraup mukanya kasar. Dia kembali duduk di atas sofa, cuba untuk menenangkan
dirinya sendiri.
“Kau
tak pernah cerita pasal kita ke dengan dia orang?” Hairi mula nak marah.
Aku menggeleng perlahan.
“Sampai bila Adele? Sampai bila?
Sampai kau kahwin dengan orang lain? Ke kau nak aku sendiri jumpa ayah kau dan
terangkan semuanya?”
Kecut
perut aku mendengarkan ugutan Hairi. Takut kalau dia betul-betul lakukannya.
Hairi ni bukan boleh dijangka kalau marah.
“Kau
tak faham masalah aku, Hairi.”
“Kalau
aku tak faham, then buat sampai aku faham!”
Aku
diam. Rasa macam perbincangan kami tak ke mana. Dan aku sendiri tak boleh nak
berfikir bagaimana nak menyelesaikan masalah aku. Kalau minta tolong Hairi,
makin bertambah masalah aku rasa.
“Bagi
aku masa.” Akhirnya aku bersuara setelah lama kami mendiamkan diri. Hairi
memandang aku tanpa perasaan. Aku bangun dan berpindah tempat duduk ke sebelah
Hairi.
“Mungkin
akan ambil masa untuk aku selesaikan masalah aku. Bila aku tak bercerita dengan
kau, tak bermakna kau tak penting Hairi. Cuma, ada masanya aku rasa aku tak nak
terlalu bergantung dengan kau. Sejak awal kita berkawan, bercinta sampai
sekarang... banyak sangat yang kau dah tolong aku,” luahku.
“Cuma
buat masa sekarang, satu je aku nak minta daripada kau.” Aku memegang lembut
tangan Hairi.
“Your trust. Sebab itu yang paling aku
perlukan sekarang. Aku janji, benda ni akan selesai juga. Lagipun, aku tak
setuju dengan rancangan ayah dan Abang Hadi. Cuma untuk kenalkan kau dengan dia
orang...” kata-kataku mati. Tak dapat bayangkan reaksi mereka dan reaksi Hairi
sendiri bila aku menjadi Hani.
“Aku
rasa belum masanya lagi. Jadi untuk sekarang ni, please... just trust me...” kataku akhirnya.
Melihatkan
Hairi masih membatukan diri, aku melepaskan tangan dia perlahan. Mata menjeling
ke arah jam yang tergantung di dinding. Hampir sembilan setengah malam. Biarlah
Hairi sejuk dulu. Baik aku balik sekarang. Esok pun kelas pukul lapan lagi.
“Aku
balik dululah. Rasanya dah tak ada apa lagi kot...”
Aku
menggigit bibir. Hairi pun nampak tak berminat nak bercakap lagi. Aku bangun
dengan niat untuk balik. Hairi masih buat tak tahu. Terasa hati juga bila dia
buat tak tahu dengan aku. Baru aku hendak membuka pintu, Hairi tiba-tiba
memanggil.
“Piza
ni besar. Takkan aku dengan Acha je yang nak makan? Makanlah dulu. Sekejap lagi
aku hantar kau balik. Dah malam dah ni,” tegas Hairi berkata sebelum dia hilang
pergi ke bilik Acha.
Aku
tersenyum dalam diam. Syukurlah walaupun dalam marah, dia masih waras
memikirkan tentang keselamatan aku. Aku melangkah perlahan-lahan ke sofa tadi.
Selepas ke bilik Acha, Hairi masuk ke dapur dia. Tidak lama kemudian, dia
muncul dengan sebotol besar coke dan
tiga biji gelas. Acha turut menyertai kami tidak lama kemudian dengan muka keliru
bila ada perkataan ‘Sorry’ di atas piza.
Mujur dia tak banyak bertanya. Aku menarik nafas lega.
xxx
Sejujurnya jalan cerita OMP ni dah ada dalam fikiran saya, cuma ta sempat untuk diterjemahkan lagi ke dalam bentuk penulisan. Tapi, saya teringin nak tahu pengakhiran bagaimana yang pembaca harapkan sebenarnya. Hehe. Terima kasih anda semua. ^_^
6 comments:
best.
Entah kenapa, saya suka dia dengan Putera Danial. Hairi is ok, tapi mungkin belum matang. Adelle is much more complicated than what Hairi can handle.
ouhh!! akak saya lebih suka adele ngan putera danial.. mesti lagi best jlan ceritanye bila adele kahwin dgn putera..hehehhe..harap sgt..
Hairi seems like suka adele yg skang... dr adlina. Rasa mcm canggung je kalu dia tau adlina yg dulu n family dia.
Mcm xleh masuk je.. tu sbb adlina xleh nk berterus terang dgn hairi ttg diri dia n kuorge dia kan... mcmne dorang akan break off akhirnya... ?adakah adele akan jadik adlina?
Beza dgn prince yg ske apa saja ttg adlina...
Adib? Watak dia x abis lagi kn... suspen nih.. ske3.. sbb minggu ni ada 2 chapter... yeay!!
Suka Adelia dgn Putera juga. Tuan putera nmpk relaks, cool.. Adelia boleh cerita dan kongsikan masalah dia dgn tuan putera walaupun dia baru shj kenal dgn Putera Danial. Manakala Hairi, dia walaupun nmpk caring, sbenanrnya lbih kpd mendesak. Huhu.
Nak Adele ngan putera danial..sweettt je diorg tuh
Post a Comment