Oh My Prince! 33
Aku berlari masuk ke dalam Hospital
Pakar Permata melalui pintu utama. Sebaik saja aku masuk di lobi hospital, aku
menuju ke kaunter pertanyaan yang ada. Terpinga-pinga staf yang bekerja di situ
melihatkan aku yang tercungap-cungap.
“Danial... Danial Alauddin,” aku
terhenti. Cuba menenangkan diri sebelum membuka mulut bertanya. “Danial
Alauddin Ibni Sultan Hussin. Dia... accident
tadi. Dia dekat mana sekarang?”
Staf berbaju kuning cair itu
memandang aku dari atas ke bawah. Pasti dia pelik melihatkan pakaian aku macam
ni, lepas tu tiba-tiba bertanya tentang putera kedua Alamin. Ah! Pedulikanlah!
Yang penting sekarang, aku nak tahu keadaan Putera Danial. Joe dengan Zul mesti
ada dekat sini juga.
“Awak ni, sihat ke tidak?” wanita
itu memandang aku dengan ketawa sinis.
“Saya sihat. Saya nak tahu, macam
mana keadaan dia sekarang.” Aku menebalkan muka bertanya. Kalau ikutkan hati,
nak juga aku balas balik kata-kata dia tu.
“Heh...”
Wanita
itu memperlekehkan aku. Aku mengetap bibir. Kalau tak kerana dia saja yang
boleh membantu aku, tak adanya aku berdiri dekat sini. Bengang rasanya bila
soalan aku dibiarkan tak berjawab. Boleh pula dia duduk dan buat kerja lain.
Ingat aku ni tunggul dekat sini?!
“Cik...
saya tanya tadi...”
“Maaflah!
Saya rasa awak ni sakit ni. Awak siapa tiba-tiba nak minta kami maklumat
tentang Putera Danial? Lagipun, Putera Danial tak ada dekat hospital ni,” sinis
sekali jawapan dia.
Aku
menahan rasa marah di dalam hati. Nametag
yang dipakai wanita itu aku baca sekali lalu. Indah. Huh! Perangai tak indah
langsung! Aku berpusing dan bergerak meninggalkan kaunter tadi. Telefon di
dalam kocek aku keluarkan. Aku baca kembali mesej yang aku dapat tadi.
-Permata
Specialist Hospital-
Awak...
awak dekat mana sekarang ni? Lama aku merenung mesej itu. Tersedarkan sesuatu,
aku menampar pipi aku sendiri. Apalah bodoh sangat aku ni? Telefon sajalah
nombor yang hantar mesej ni? Dah sah-sah yang hantar ni pembantu Putera Danial
juga. Aduhai...!
Aku mendail nombor itu. Kali pertama
memanggil, talian tidak berjawab. Kali kedua memanggil pun, perkara yang sama
berlaku. Aku mengeluh. Macam mana ni? Sudahlah staf hospital ni tak membantu!
Aku tahulah aku ni tak layak berkawan dengan tuan putera tu.
Aku cuba memanggil buat kali ketiga.
Sebaik saja talian bersambung, terdengar ada bunyi telefon seseorang yang
berjalan di belakang turut berbunyi. Entah kenapa, aku menoleh ke belakang, ke arah datangnya bunyi telefon
tadi.
“Adlina!
Kamu buat apa dekat sini?”
Rasa
menderu darah turun daripada muka. Aku memandang susuk tubuh Putera Danial yang
berdiri tegak tidak jauh daripada tempat aku berdiri. Kami berbalas pandangan.
“Awak!
Awak ok?”
Putera
Danial mengangguk.
“Habis
tu, yang accident tadi?”
“Oh!
Joe yang accident. Lost control. Dia tengah laju, tiba-tiba
kereta depan brek. Mujur, dia sempat diselamatkan. What a lucky guy!”
“Siapa
yang reply mesej saya tadi?”
“Kamilah!”
“Kenapa
nombor lain?” aku dah mula nak marah.
“Mana
ada. Itu nombor kami yang kedualah! Yang kamu banned dulu!”
Oh!
Baru aku teringat, lepas aku buang daripada banned
list, aku tak pernah simpan nombor itu.
“Awak
buat saya risau awak tahu tak! Sudahlah saya ingat awak yang drive. Bila nombor yang hantar mesej tu
saya tak cam, lagilah saya risau, awak tahu?!” Aku menggeleng perlahan. Kalau
diingat balik keadaan kereta tu... memang yakin pemandunya dah bertemu dengan
Pencipta dia masa tu juga!
“I feel bad for Joe, but, I’m glad that you’re not in the
car!”
Putera
Danial tersenyum. Tangan aku dia capai dan diusap lembut.
“Sayang
juga kamu pada kami, ya?”
Aku
menarik muncung. Tangan yang berada dalam pegangan dia aku tarik. “Awak kawan
saya, mestilah saya ambil berat.” Aku
memerhatikan sekeliling. “Joe dekat mana?”
“Baru
keluar ICU. Ada di tingkat empat. Nak tengok dia?”
Aku
mengangguk.
“Come. Follow me. Tapi dia tak sedar lagi ni. Doktor kata, kepala dia mengalami hentakan sikit.”
Aku
mengikut langkah Putera Danial ke lif. Sewaktu kami melintasi kaunter
pertanyaan tadi, aku menjeling ke arah Indah. Bibir aku melemparkan senyuman
sinis. Tadi sindir-sindir aku, kan? Sekarang malu sendiri tak, tengok aku
berjalan dengan Putera Danial macam ni walaupun baju aku sempoi macam apa? Huh!
Tak pasal-pasal aku rasa bongkak pula!
“Awak
yakin ke ini bukan cubaan membunuh?” aku bertanya bila tiba-tiba perkara itu
terlintas di fikiran. Manalah tahu, dia ni kan orang berprofil tinggi. Kereta
tu pula, kereta yang dia selalu bawa mana pergi. Melihatkan anggukan Putera
Danial, aku menarik nafas lega.
“Kalau
ikut kata saksi, memang kemalangan yang tak dirancang.” Putera Danial
menerangkan ringkas. “Kamu dari mana ni, berpeluh-peluh?”
Putera
Danial selamba mengelap peluh yang mula mengalir ke pipi dengan jari dia. Aku
menolak tangan dia lembut dan mengeluarkan tisu dari dalam beg untuk mengelap
peluh.
“Oh..
tadi saya nak balik bilik. Masa dalam perjalanan ke stesyen MRT Emerald,
ternampak kereta awak accident.”
“Balik
bilik? Kamu tak ada kelas ke?”
Aku
mengetap bibir. Baru inilah teringat tujuan utama aku tadi. Bukan kau nak balik
bilik sebab nak mandi ke, Adele? Aku memandang Putera Danial sambil tersengih.
Kami melangkah masuk ke dalam lif berdua. Mujur tak ada orang lain sekali.
Nombor empat ditekan. Sebaik saja pintu lif tertutup barulah aku membuka
cerita.
“Ah...
malunya saya!” terasa panas muka aku hendak membuka cerita. Putera Danial
memandang aku dengan riak ingin tahu.
“Sebenarnya
saya terlewat bangun tadi.” Aku menggigit bibir. “Saya bangun pukul tujuh suku.
Hairi dah sampai. Sudahlah kita orang ada test
pukul lapan. Berebut saya siap sampai tak sempat nak mandi.” Aku sudah
tertunduk malu.
“Jadi
sebab tu saya nak balik bilik. Nak mandi. Petang baru pergi universiti balik.
Tapi, dalam perjalanan nak pergi stesyen MRT Emerald, ternampak pula kereta
awak. Itu yang saya dekat sini.”
Putera
Danial sudah ketawa terbahak-bahak mendengar cerita aku. Terpegun aku melihat
dia ketawa macam tu sekali. Inilah kali pertama dia mengekspresikan diri dia
tanpa ada apa-apa halangan. Sebelum ni nampak macam cover macho je.
“Kamu
ni Adlina... very funny!”
Aku
hanya tersengih. Lidah aku jelirkan pada dia untuk menutup malu.
“Jasmine
mesti tak pernah buat perangai macam ni. Mesti mana pergi dia wangi dan kemas
dan cantik dan da bomb gitu!” kataku.
Cuba membandingkan Jasmine dengan aku.
“Adlina...”
suara Putera Danial tiba-tiba bertukar serius. Aku mengetap bibir.
“Ahah!
Saya tak tanya apa-apa soalan. Saya cuma keluarkan ayat penyata je,” balasku
selamba. Dia sendiri yang kata ‘No
questions asked’ bukannya ‘no
statement allowed’.
Putera
Danial mengeluh. Serba salah pula sebab membuatkan mood dia bertukar tiba-tiba.
“Don’t talk about her in front of me,
ever!” tegasnya.
Aku
hanya mengangguk. “Ai... ai... Your
Highness! I’m sorry...”
Pintu
lif terbuka. Tanpa berlengah, kami terus keluar dan menuju ke arah bilik yang menempatkan
Joe.
“Want to know something, Adlina?”
“Hrm?”
“Hari ni, kami makin jatuh cinta pada kamu,” Putera Danial tersenyum manis.
Berubah
riak wajah aku bila dia cakap macam tu. Aku menarik nafas dalam, cuba untuk
mengawal keadaan.
“Awak
kawan saya, Putera Danial. Awak kawan saya...” kataku berulang kali. Mahu mengingatkan
dia satu fakta yang tak akan pernah berubah. Dulu, kini dan selamanya.
xx
Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 buat anda yang sentiasa bagi sokongan. ^^ *asyik terima kasih je dari awal sampai la... hehe...*
Dan dikesempatan ni, sama-samalah kita doakan agar berlaku keajaiban untuk pesawat MH370 dan penumpangnya, agar mereka ditemui dalam keadaan yang selamat. :'(
Dan dikesempatan ni, sama-samalah kita doakan agar berlaku keajaiban untuk pesawat MH370 dan penumpangnya, agar mereka ditemui dalam keadaan yang selamat. :'(
9 comments:
Mujurlah Putera Danial xde ape2. Haha. Berlagak jugak Adlina ni dgn receptionist tu. Kelakar baca.
Hehe.. Thank you writer sbb menjawab segala persoalan kami. (^__^)
Yeaa. Keep praying for MH370.
Sib baik xape2. Kalau x sy pn nk ke Hospital. haha
Cik writer boleh x tolong tulis panjang sikit babak Adele dgn Danial. Kite suka2 la babak dorg dua ni. Sweet.
Yeayyy.... ske ske chapter ni.. senyum n gelak sensowang baca.. hihihihi.. comelnyer... aduhaiii...
bila nk berakhir adele ngan hairi ni..?. Minggu depan pun bg citer depa 2 jugak yer..
kita lambat pulak komen kali ini...
Kami makin jatuh cinta dengan awak.
Okey, tu je. Dan memang jatuh cinta pun dengan Adlina dan si Putera gelak-tak-cover-macho!
Bestnya...ske je baca. .sweet sgt2...
Haha. Adele kantoi sude dengan putera. keh3. xpe. tu buktinya adele concern.
keep up gud job writer. we wait for next chapter.
#prayforMH370
Kan dah kata putera tak eksiden. Wah!!! Dah makin jatuh cinta. Kelas gitu wahai tuan putera. Hehe
best & sweet. tn putere pasni mohon naik MRT dgn adele. haha
best sngat citer ni
Post a Comment