Oh My Prince 13
Awal pagi itu aku bangun apabila
terdengarkan bunyi ayam berkokok di tepi rumah. Terasa hening suasana kampung
ni pada waktu pagi. Aku mencapai telefon di sebelah bantal. Jam yang ada aku
lihat. Sudah pukul lapan setengah pagi. Hai? Sunyi je rumah? Takkan dia orang
ni tak balik-balik lagi? Terpandangkan icon
mesej yang belum dibaca, aku membuka bahagian mesej. Dua mesej aku terima. Satu
daripada Putera Danial manakala satu lagi daripada Hairi yang memberitahu dia
sudah bertolak ke Hong Kong.
Aku
membuka mesej daripada tuan putera. Mesejnya ringkas, Sekadar bertanya khabar.
Cukup menandakan dia risaukan keadaan aku. Putera Danial, lagi bagus kau
risaukan rakyat kau, tahu? Tapi apa yang dia nak risaukan pun. Bukannya dia
yang akan jadi raja nanti. Mesej dia aku biarkan tak berbalas. Malaslah nak
merapatkan diri dengan putera tu. Nanti akhirnya aku yang terperangkap.
Aku
bangun juga daripada pembaringan. Badan aku menggeliat sepuasnya. Ini kalau dia
orang balik dan nampak aku masih bergolek atas katil, mesti tak berhenti mulut
Abang Hadi memarahi aku. Selesai membersihkan diri, aku ke dapur. Ingin melihat
kalau ada apa-apa yang boleh dimasak
untuk sarapan. Tiada apa yang boleh dimasak, aku mencapai roti gandum yang ada
di meja makan. Jadilah daripada tak ada. Nak beli sarapan di luar, aku malas.
Hampir
tiga jam juga aku bersendirian di rumah. Aku menghabiskan masa dengan mengemas
rumah dan membasuh kain baju. Bila jam menunjukkan hampir pukul sebelas barulah
aku mendengar bunyi kereta masuk ke perkarangan rumah. Aku mengintai dari
langsir tingkap. Abang Hadi memandu kereta manakala ayah dan tiga lagi abang
aku yang lain menjadi penumpang. Aku hanya mampu tersenyum tawar. Betullah tu
ada program di madrasah.
“Assalamualaikum...”
ucap Abang Hanif perlahan sebelum masuk ke dalam rumah diikuti Abang Harith dan
Abang Hakim.
“Waalaikumussalam,”
balasku lembut. Apabila Abang Hanif mengangkat muka, aku menghadiahkan senyuman
nipis. Wajahnya sedikit terkejut melihatkan aku berdiri di hadapannya.
“Eh?
Bila Hani balik?” soal Abang Hanif.
“Iyalah?
Tiba-tiba je ada dekat rumah ni?” Abang Harith menyampuk.
“Ini
mesti balik sebab perkara yang ayah cakap dulu kot?” teka Abang Hakim pula.
Aku
hanya tersengih. Tak tahu hendak membalas apa. Kekok tiba-tiba.
“Abang
Hadi telefon Hani minta balik cuti yang terdekat ni.”
Ketiga-tiga
abang-abang aku mengangguk. “Tapi Abang Hadi tak cakap apa-apa pula dengan
kami. Pukul berapa Hani sampai?” soal Abang Harith.
“Sebelas
malam tadi. Tunggu juga kat stesyen bas kalau ada orang datang ambil. Last-last naik teksi balik rumah,”
kataku sambil meluahkan rasa. Mahu mereka faham.
Abang
Harith menggeleng perlahan. “Abang Harith tak tahu langsung. Kalau Abang Harith
tahu, Abang Harith boleh tunggu Hani dekat sana,” katanya sedikit kesal.
“Nak
buat macam mana. Abang Hadi terlupalah tu.”
Abang
Hanif cuba menenangkan keadaan. Tapi keadaan hati aku sikit pun tak tenang.
Makin terasa lagi ada sebab nampak sangat perihal aku tak sepenting mana. Aku
ni adik! Satu-satunya adik perempuan kau orang. Takkan sedikit pun tak boleh
nak ambil berat? Takkanlah disebabkan aku belajar di universiti tu penyebab
mereka tak nak ambil tahu langsung pasal aku? Itu tak adil bagi aku.
“Tak
apalah. Lepas ni kalau nak balik ke apa ke, beritahu Abang Harith. Nanti ambil
nombor Abang Harith. Abang Hadi pun sibuk sekarang. Dia nak sambung belajar
lagi. Ayah pula nak lepaskan madrasah pada dia.” Abang Harith memujuk.
Aku
menghadiahkan senyuman pada dia. Sedikit gembira bila dia mula menunjukkan
keprihatinan dia pada aku. Aku gembira. Sekurang-kurangnya, kepulangan aku kali
ni ada sedikit perubahan. Cukuplah hanya dengan Abang Harith. Itu lebik baik
ada daripada tiada.
“Assalamualaikum!”
Salam
daripada Abang Hadi menganggu perbualan kami. Abang Hadi melangkah masuk
diikuti ayah di belakang. Terpandangkan aku, terus Abang Hadi meraup muka dia
deengan tangan. Abang Hanif dan Abang Hakim sudah melangkah ke dalam
meninggalkan aku dan Abang Harith di ruang tamu.
“Sorry Hani. Abang betul-betul terlupa
Hani balik.”
Aku haya mengangguk. Malas mahu
memanjangkan lagi isu ni.
“Bila
sampai?” soal ayah.
Aku
berjalan mendapatkan dia dengan tangan yang dihulur untuk bersalam. Buat macam
mana pun, ayah tetap ayah. Tangan ayah aku kucup lembut. Terasa ayah sudah tua
bila melihatkan kedut-kedut di muka dan tangannya.
“Malam
tadi.”
Ayah
hanya mengangguk sekali lalu sebelum dia mengambil tempat duduk di sofa.
Nafasnya dihela perlahan. Melepaskan lelah.
“Sorry. Abang Hadi betul-betul sibuk
semalam. Terlupa Hani ada mesej.”
Aku
hanya tersenyum tawar. Benda yang lepas, biarlah lepas Adele.
“Jadi
perkara apa yang Abang Hadi cakap haritu?” Lagi cepat dia cakap, lagi cepat
selesai, lagi cepat aku boleh balik Amanjaya.
Ayah,
Abang Hadi dan Abang Harith berpandangan sesama sendiri. Kemudian, Abang Hadi
memandang aku dengan wajah yang menyimpan seribu satu rahsia.
“Nanti-nanti
kita bincangkan. Abang Hadi belum dapat kata putus lagi dengan kawan Abang
Hadi.”
Aku
mengerutkan dahi. Apa kena mengena kawan Abang Hadi dengan urusan keluarga
kami? Aku memandang pula wajah ayah yang tak beriak. Kemudian aku memandang
Abang Harith yang baru keluar dari bilik selepas menukar baju. Cuba meminta
jawapan. Manalah tahu dia tahu apa-apa.
“Hani
dah makan?” Abang Harith tiba-tiba menukar topik. Aku mengeluh. Tak apalah,
cuti pun ada lagi dua minggu. Baru luak satu hari, hari ni.
“Tadi
makan roti gandum je. Tengok tak ada apa nak dimasak, Hani taklah masak
apa-apa.”
“Lah
ye ke? Kenapa tak cakap dengan Abang Harith?”
“Kan
Abang Harith pun baru balik...”
“Pergi
siap. Lepas ni kita keluar sekejap pergi cari makanan untuk makan tengah hari.
Petang sikit kita keluar pergi pasar. Beli apa yang patut.”
“Belikan
sekali lauk untuk di masak esok. Kalau tak ada masalah, abang suruh Adib datang
esok,” kata Abang Hadi kepada Abang Harith. Aku makin pelik. Siapa pula Adib
yang dimaksudkan? Adib itu ke kawan Abang Hadi yang dia kata tadi? Banyak sangat
misteri dekat rumah ni!
***
“Abang
Harith, abang tahu apa-apa ke tentang perkara yang Abang Hadi cakap nak bincang
dengan Hani?” aku menyoal Abang harith sewaktu bersama dengan dia di dalam
kereta. Abang Harith memandang aku sekilas. Kemudian terdengar dia sedikit
mengeluh.
“Hani
tunggulah Abang Hadi dengan ayah berbincang dengan adik. Abang Harith tak boleh
nak masuk campur.”
“Kenapa
pula? Abang pun abang Hani kan? Hani pun tanggungjawab abang. Kenapa Abang
Harith tak boleh masuk campur?” sengaja aku menekan perkataan abang dan
tanggungjawab. Itu hakikat yang mereka sering lupa.
“Sebab
ia urusan masa depan Hani.”
Dahi
aku semakin berkerut mendengarkan jawapan Abang Harith. Akhirnya aku mengeluh.
Beginilah kan hidup aku? Semuanya mahu diatur oleh ayah dan Abang Hadi.
“Bab-bab
hidup Hani, semua sibuk nak diaturkan. Tapi bila melibatkan perasaan Hani,
seorang pun tak ambil tahu,” keluhku.
“Hani
tak minta banyak. Hani minta sikit je. Tolonglah layan Hani macam Hani ni anak
ayah juga. Sayang Hani macam adik beradik yang lain. Tapi bila melibatkan Hani,
ayah selalu lepas tangan.” Aku cuba untuk meluahkan apa yang aku rasa pada
Abang Harith. Tapi rasa susah sangat aku nak meluahkan.
“Hani
tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sejak kecil Hani banyak kecewa dengan
tindakan ayah. Rasa macam Hani bukan anak ayah. Tak macam Abang Harith, tak
macam yang lain-lain. Kenapa? Sebab ibu meninggal melahirkan Hani ke, ayah tak
ambil tahu tentang Hani?”
Aku
mula terbawa-bawa dengan perasaan. Akhirnya air mata yang aku cuba tahan jatuh
lagi. Baru sehari balik ke kampung, aku dah menangis berulang kali. Lagi bagus
aku habiskan masa di Amanjaya. Tak sakit hati, tak sakit jiwa dibuatnya.
“Hani...”
Abang Harith memanggil aku lembut. Aku mengesat air mata dengan hujung baju.
Panggilan Abang Harith aku biarkan tak berjawab.
“Ibu
bapa selalu mahukan yang terbaik untuk anak-anak, Hani. Mereka sentiasa fikir
apa yang mereka boleh bagi agar anak-anak dapat segala yang terbaik. Tapi, ibu
bapa pun tak sempurna. Mereka juga manusia. Dalam nakkan yang terbaik itu
mereka tak sedar mereka buat kesalahan. Maafkanlah ayah.”
“Abang
Harith pun tak tahu kenapa dia banyak biarkan Hani sendiri. Umur kita pun
setahun je beza. Tapi Abang Harith yakin, setiap tindakan yang dia ambil, mesti
ada alasan dia. Alasan yang mahu berikan yang terbaik untuk Hani. Bukan senang
untuk jadi mak dengan ayah ni...”
Aku
hanya diam mendengarkan pujukan Abang Harith. Ya, bukan senang juga nak memujuk
hati yang terluka. Bertahun aku menahan perasaan. Ini pun baru sekarang Abang
Harith mula menunjukkan keprihatinan dia setelah sekian lama.
----
Assalamualaikum! Ok first maaf sebab lama tak update. Saya agak sibuk beberapa hari lepas sampai nak buat automatik update pun terlupa saja. >.< Second, selamat membaca dan moga terhibur. (^_^)v
4 comments:
cian hani.. tp sapa adib 2..ish jgn dorg nk jodohkn hani ngn adib sdh lah.. putera jer yg pdan dgn hani dlm ini cite..hihihi
tq n3..
saya sudah minat dengan cerita ini. teruskan lagi menghasilkan karya yang terbaik!! :D
Kesian kalau kite ditempat Adele. Tp untung sbb ade jgak abang2 yg caring :) Xsabar nk baca next episode.. Mesti prince dia dh susah hati tu. hehehe.. smkn mendebarkan la plak ade adib nnt..
Mujur ada harith yg prihatin kt adele..agaknya sapa lah adib ye?
Post a Comment