::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

23 December 2013

E-Novel: Oh, My Prince! 17



Oh My Prince 17
            Aku leka melayari internet, sambil membuat sedikit research untuk assignment, aku mencari-cari kalau ada kerja part timer untuk dua minggu macam aku ni. Tapi harapan sajalah sebab memang takkan ada punya kerja macam tu. Tadi ada juga aku berborak-borak dengan Kak Ros kot-kot ada kerja yang boleh aku tolong. Tapi tak ada pula.

            Mata aku tercantap pada satu iklan mencari pengasuh untuk budak tiga tahun. Lumayan juga rupanya gaji untuk pengasuh budak tiga tahun ni. Entah siapalah mak bapak dia agaknya. Aku scroll lagi ke bawah. Ada juga iklan jadi tutor untuk budak yang nak ambil O-Level di rumah. Kalau aku nak apply macam tak sesuai pula sebab susah aku nak bahagikan masa aku naik cuti nanti.
Aku terbaca satu iklan lain. Terasa dada aku berdebar semasa membaca iklan tu. ‘Mencari seorang guru mengajar membaca Al-Quran.’Aku menggigit bibir. Aku membaca surah Al-Fatihah di dalam hati. Masih lancar ke bacaan Al-Quran aku? Lamanya rasa aku meninggalkan kebiasaan yang dibuat dulu. Membaca satu muka surat Al-Quran setiap hari. Masa kecil dulu, teruk aku kena rotan dengan Atuk setiap kali tersalah baca. Masih terasa-rasa peritnya rotan halus milik Atuk mengenai tapak tangan.
Mood aku untuk melayari laman web jawatan kosong hilang begitu saja sebaik terpandangkan iklan terakhir tadi. Akhirnya, selesai mencari bahan belajar, aku berhenti menggunakan komputer dan meminta diri daripada Kak Ros untuk balik.
Terasa sia-sia saja perjalanan aku ke universiti hari ni. Eh! Tapi tak juga. Dapat juga cari bahan nak buat kerja. Lagipun, kalau tak kerana aku ke universiti, aku tak tahu selama ni Putera Danial memang hantar orang untuk ikut aku. Haih! Kenapalah tiba-tiba aku teringatkan tuan putera tu. Tapi hebat juga Zul tu. Kalau dia tak muncul tadi, memang aku tak tahu dia mengikut aku selama ni. Pandai dia menyorok. Grrr...
Aku tidak terus balik ke rumah. Memandangkan tiada apa yang hendak dibuat, aku mengambil keputusan untuk ke Bestmall, shopping mall yang terdekat dengan stesyen MRT Emerald. Lama aku menghabiskan masa di Bestmall. Jam pula baru menunjukkan pukul dua belas tengahari. Akhirnya aku makan tengahari di foodcourt. Rasa forever alone gila bila berjalan seorang diri macam ni. Kalaulah aku boleh terbang ke Hong Kong sekarang juga.
Lepas makan, aku berjalan lagi di dalam Bestmall. Langkah aku terhenti di hadapan kedai buku Gemilang, antara kedai buku yang mempunyai rangkaian terbesar di dalam Alamin. Aku masuk ke dalam kedai itu. Lama rasannya tak beli buku. Kalau beli pun, aku jarang membaca. Hidup aku di Amanjaya ni hanyalah universiti, Hairi dan bilik. Bilik pun hanya untuk berehat.
Aku leka membelek-belek buku yang tengah popular di Alamin. Kemudian, aku melangkah pula ke rak buku yang menempatkan buku-buku dari luar negara. Beberapa novel Inggeris menarik perhatian aku. Ditambah dengan jalan cerita yang menarik, lama aku memegang novel Sophie Kinsella dan berfikir sama ada hendak beli atau tak.
Baru aku nak bergerak untuk ke rak yang lain bila terasa ada seseorang mencuit lengan aku. Aku berpusing ke belakang. Sebuah buku Inggeris bertajuk ‘Will you marry me?’ disuakan ke arah aku. Huh? Tatkala aku mengangkat muka, Putera Danial memandang aku dengam senyuman di bibir. Aku menolak buku yang dia hulurkan tadi. Tak ada kerja betul tuan putera seorang ni. Tak takut ke kalau orang kenal dia kalau dia berjalan dekat tempat-tempat macam ni? Ingat pakai sunglass dalam mall ni, cool sangatlah tu.
“Seorang je?”
Dia bertanya benda yang dah nampak depan mata. Buku tadi kembali diletakkan di rak. Ada juga buku dengan tajuk tu. Hampeh betul. Aku menjulingkan mata. Soalan dia aku biarkan tak berjawab.
“Zul ke yang beritahu saya dekat sini?” sindir aku. Kalau dah pasang mata-mata, senang sangat nak mencari aku ni.
“Hrm... ada masanya usaha diri sendiri perlu juga.”
Aku mencebik. Usaha sendiri sangat! Aku melangkah pula ke rak buku bersebelahan diikuti Putera Danial dibelakang. Bila aku berhenti melangkah. Tak pasal-pasal Putera Danial melanggar belakang aku bila dia tak bersedia untuk berhenti.
“Eh! Sorry!” kata dia.
“Tuanku tak ada kerja lain ke selain mengikut saya? Saya peliklah. Tuanku ni putera raja, tapi ada je dekat mana-mana saya pergi. Nanti saya cakap tuanku ikut saya, tuanku kata saya perasan pula,” bebelku. Tapi bebelan aku hanya disambut ketawa dia. Hish! Bilalah aku boleh lari daripada putera seorang ni.
“Buku ni nampak menarik, Adlina.”
Putera Danial menunjukkan buku lain di rak. ‘I Love You’ tajuknya. Aku pandang Putera Danial tanpa perasaan.
“Soalan aku tak jawab, dia boleh tukar topik pula...” bebelku sendiri.
Sudahnya, aku terus leka dengan urusan aku tanpa menghiraukan Putera Danial yang setia berjalan mengikuti aku di belakang. Tiba masa aku nak buat pembayaran, Putera Danial terlebih dahulu menghulurkan beberapa dolar Alamin kepada cashier.
“Eh... ini buku-buku saya! Buat apa nak bayarkan?”
Putera Danial tayang muka selamba. “Kamu lambat sangat,” katanya selamba.“Ambil saja duit ni,” dia bercakap dengan cashier pula.
Putera Danial berlagak selamba di hadapan cashier lelaki itu. Apabila bakinya dipulangkan, Putera Danial menarik tangan aku untuk keluar daripada Gemilang. Terpinga-pinga aku bila tangan aku terus dipegang sehingga kami berdiri di hadapan Alamin’s Steakhouse. Antara restoran eksklusif yang ada di Bestmall ni.
“Saya baru lepas makan. Jangan ajak saya lunch lagi.”
“Tak apa. Kalau tak nak makan, kita minum.”
“Tuanku ni memang tak ada kerja lain ke? Pergi balik istanalah, buat apa yang patut!” marahku.
Tangan yang berada dalam pegangannya aku tarik kuat. Geram bila kata dia saja yang aku kena ikut. Nanti aku menjerit dekat sini, jadi drama pula! Kalau orang boleh perasan dia ni putera kedua Alamin, lagi haru dibuatnya.Tangan yang tadi terlepas daripada pegangan dia capai balik. Dengan selamba dia menarik aku untuk masuk ke dalam steakhouse tanpa menghiraukan kata-kata aku tadi.
Akhirnya, tanpa rela aku ikut juga dia masuk ke dalam restoran itu. Kami dibawa ke sebuah bilik VIP. Di tengah-tengah bilik ini terdapat sebuah meja yang sudah dihias dengan bunga dan lilin. Lilin? Aku mengerutkan dahi. Ini candle light lunch ke macam mana? Tengah-tengah hari macam ni pula tu. Tiba-tiba lampu bilik ini menjadi suram. Jadi, dapatlah cahaya lilin itu menerangi meja makan. Bila masalah tuan putera ni merancang semua ni.
Aku terus duduk di atas kerusi tanpa dipelawa Putera Danial. Melihatkan aku sudah duduk, dia mengambil tempat di hadapan aku. Matanya leka merenung ke wajah aku. Aku hanya menayangkan muka bosan. Kenapalah lelaki ni terikat sangat dengan aku? Nak kata aku ni cantik, err.. cantiklah sikit. Tapi ramai lagi yang cun melecun daripada aku.
Tengok saja kalau dekat universiti tu. Berapa ramai gadis yang suka mengendeng dia setiap kali tak ada kelas. Kenapa tak ajak je dia orang kahwin? Ini aku juga yang dia nak. Huh! Macam perempuan perasan pula aku ni. Argh...! Apalah yang aku merepek sangat ni?
“Memang tak ada kerja tuanku ni, kan?” kataku memecah kesunyian.
Seorang pelayan tiba dengan membawa pembuka selera. Aku perhati gadis itu sewaktu dia keluar. Boleh nampak mata dia menjeling Putera Danial bila ada peluang. Hai... habislah aku macam ni.
“Kami banyak kerja sebenarnya.”
“Habis tu? Kenapa tak duduk diam-diam je dekat istana sana, siapkan kerja tuanku?”
“Hrm... sebab bersama kamu pun salah satu kerja kami.”
Aku mengerutkan dahi. Tak faham dengan apa yang dia maksudkan. Kenapa? Aku ni nampak terlalu forever alone ke macam mana?
“Tak apa. Hairi bilik minggu depan. Lepas ni dah ada orang yang akan selalu dengan saya.”
“Iya?” soalnya tak berminat. Tangannya sudah memegang sudu dan garfu untuk makan.
“Kamu tak ingat kata-kata kami dulu kan?”
“Hrm?” aku mengerutkan dahi. “Yang mana? Macam banyak je perkara yang kita dah bualkan?” kataku sambil berfikir.
“Kami akan buat sehingga kamu terima kami. Ingat lagi?”
Berubah rasa muka aku apabila dia mengulangi kata-kata dia dulu. Aku menarik nafas dalam-dalam. Sabar Adele, sabar...
“Jadi, semua tindakan tuanku ni semata-mata nak menarik hati saya? Macam tu?”
Putera Danial tidak membalas. Dia meneruskan sesi bersantap yang tergendala disebabkan aku.
“Macam mana lagi saya boleh buat supaya tuanku tak buat benda-benda pelik ni lagi? Rimaslah saya...”
“Hrm... senang saja. Kahwin dengan kami, masalah pun selesai. Mudah, kan?”
“Urgh!” Aku memandang Putera Danial tak puas hati. “Tak kuasalah saya! Kalau tuanku terdesak sangat, carilah mana-mana perempuan lain yang lagi sesuai.”
“Kamu lebih sesuai...”
“Sebab?”
“Sebab kamu tak macam perempuan lain yang sukakan saya sebab saya ni putera raja.”
“Hah... kalau macam tu, biar saya jadi macam perempuan lain yang sukakan tuanku. Selesai masalah kan?”
Putera Danial ketawa. “Kalau kamu sama macam perempuan lain yang sukakan kami, apa kata kita kahwin?”
Aku mengetap bibir bila terjerat dengan kata-kata aku. “Nope! Not happening, Your Highness.”
“See? That what makes you different from the others. Kamu tak boleh menipu.”
Aku diam. Malas mahu memanjangkan perbincangan yang tidak akan berkesudahan ni, aku mencapai garfu dan pisau. Udang yang dipanggang untuk pembuka selera ni aku potong-potong untuk melepaskan geram. Kalaulah aku boleh buat dekat dia macam ni, nanti tak pasal-pasal kena dakwa sebab ada niat membunuh.
“Kami belum terdesak untuk berkahwin. Kami ada seumur hidup untuk tunggu kamu. Adlina, walaupun sekarang kamu bermati-matian hendak menolak, apa-apa pun boleh berubah dalam sekelip mata. Dan apa yang penting, thebest man wins.”
Tenang Putera Danial berkata dengan senyuman di bibir. Aku memandang dia sekilas. Raut wajahnya nampak lembut di mata aku. Terasa ada debaran lain bila melihatkan matanya turut tersenyum. Aku menggigit bibir. Warning alert! Adele, be careful!
----
Terima kasih buat semua yang menyokong. Tersenyum2 saya baca komen yang ada. Insya Allah saya akan nota semua komen2 tu. ^_^
Saya selalu perhatikan ramai yang mahu Adele dengan Danial. Tak ada sesiapa yang nak dia dengan Hairi? Hairi kan baik? Hihihi. ;)

12 comments:

Anonymous said...

bestnya..
mhu adele ngn danial?
biar lorh hairi..
x sbr nk tnggu ksdhn crta ne..

eija said...

hahaha pdainya putera nk memikat ati adela..

Unknown said...

putera dengan adele.

Aziela said...

Hairi sekadar prop, mungkin? Hehehehehe. Saya tak suka Hairi sebab bawak Adele ke night club...sebab bersosial dan sia tidak melindungi Adele. Danial lebih complete... a little bit of this and that, tapi semua aspek cukup. So, yeap, saya suka Danial jadi hero.

Basyirah Abd Rahman said...

Hairi penah cuba ambik kesempatan ke atas Adele dulu. Maybe setakat jd kawan boleh la. Hopefully masih ada ruang di pintu hati Adele utk tuan putera. Hihi.

So.. Tuan putera bagi la Adele job. Xdela nnt adele boring sgt. kan kan..

cik ct payung said...

nak tambah panas keadaan, saya nak adlina dgn 'ustat' adib. aci dak? peace no war. hehehehe....

Unknown said...

nk ngan putera danial..oooo...sooo sweet...gambatte putera pikat adlina..hhehe

mummyandtheboys said...

Terus kan karya Nya...terbaikz...and I'm getting hook after reading ur blogs...wish u all the best in completing ur karya;))

Anonymous said...

Terima kasih sebab selalu update cepat! Buat saya happy ^__^ Saya tak suka dengan Hairi sebab dia suka pegang2 and cuba cium Adele. Putera Danial pun tak berapa menarik sangat walaupun dia putera. Saya rasa Adib lagi sesuai

Anonymous said...

Best .. ade sambungn x ???
Hehex .. =)

Anonymous said...

x mau adib... x mau hairi... nak putera danial.. :)hihi

Anonymous said...

haha.. sokong cik ct payung.. nak adele ngan 'ustaz' adib..