Oh My Prince 12
Aku menyarungkan jubah labuh gabungan
warna turqoise dan pink yang dibeli semalam untuk dipakai
pulang. Selendang berwarna pink lembut
aku gunakan untuk menutup kepala. Selesai menyematkan pin yang terakhir, aku
menyarungkan sepasang cermin mata berbingkai hitam ke muka. Aku menarik nafas
dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Bila diri sudah bersedia, aku
mencapai beg pakaian yang sudah aku kemaskan. Kemudian, aku melangkah keluar
dari bilik dan pintu dikunci sebelum aku keluar dari rumah.
Sebaik saja aku keluar dari lif,
bulat mata aku melihatkan Reventon merah menunggu di tepi jalan, laluan selalu
untuk aku keluar dari kawasan perumahan ni. Aku jadi gelabah. Oh, no! Putera Danial tak boleh nampak
aku dalam keadaan macam ni. Kalau dia nampak, mati aku. Hairi pun tak pernah
nampak aku berselubung macam ni. Habislah aku!
Cepat-cepat aku berpusing ke arah
bertentangan sebelum Putera Danial mengesan kehadiran aku dekat sini. Nak tak
nak, terpaksa aku ke MRT Ruby dengan guna jalan belakang. Kalau tidak, memang
dalam terang aku tertangkap dengan Putera Danial ni.
Lebih
lima belas minit juga aku berjalan ke stesyen MRT. Sepanjang perjalanan fikiran
aku tak lepas daripada memikirkan tentang Putera Danial. Dia ni memang tak ada
kerja lain ke selain daripada ikut aku? Nanti bila aku cakap dia hantar orang
untuk ekori aku, dia cakap aku perasan pula. Lagipun, aku tak pernah pula rasa
kena ekor dari belakang.
Aku menaiki train untuk ke Amanjaya
Central Station. Satu-satunya stesyen yang mempunyai jaringan pengangkutan
awam yang lengkap yang menghubungkan Amanjaya ke seluruh Alamin. Turun dari train, aku berjalan menghala ke bahagian
khas untuk bas-bas ekspres. Aku menuruni eskalator untuk ke platform. Sebaik
saja bas tiba aku terus naik. Lima minit kemudian, bas bertolak menuju ke
Tanjung Besar, pekan kecil yang terdekat dengan kampung aku.
***
Hampir dua belas jam aku duduk di
dalam bas. Mujur juga aku duduk di seat
single. Taklah terasa sempit sangat dan berlanggar dengan orang kalau nak
bergerak. Tiba-tiba datang idea nakal. Kan bagus kalau aku gunakan Putera
Danial semalam. Mesti dia tak kisah hire
private jet untuk aku balik kampung. Tak perlulah aku bersusah payah naik
bas sampai dua belas jam.
Aku turun di stesyen bas Tanjung
Besar pada jam sebelas malam. Mata melilau-lilau juga mencari kalau-kalau ada
kelibat abang-abang aku. Namun harapan aku hanya tinggal harapan. Sepuluh minit
menunggu, tiada seorang pun abang aku yang muncul. Aku menggigit bibir menahan
rasa kecewa yang mula menyelinap ke dalam hati. Sampainya hati. Tak ada seorang
pun yang menunggu sedangkan aku dah mesej Abang Hadi semalam.
Aku mengesat air mata. Tak ada
gunanya aku menangis. Keadaan tetap tak berubah. Konon dulu kalau aku masuk
universiti, aku mengharapkan perhatian ayah dan yang lain pada aku akan
bertambah. Tapi percaturan aku silap. Dua tahun di Universiti Awam Alamin, baru
dua kali aku balik ke sini. Sekali masa cuti pertengahan semester di tahun
pertama. Aku balik dengan seribu harapan tapi harapan berkecai bila
masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
Ayah banyak menghabiskan masa di
masjid dan madrasah. Abang-abang aku yang lain waktu tu sedang belajar di
kolej. Tinggallah aku di rumah seorang diri. Kecewa dengan peristiwa tu aku
nekad untuk menghabiskan semua cuti di Amanjaya dengan harapan mereka akan
memujuk aku untuk pulang. Tapi, lain yang diharap lain yang jadi. Jangankan
telefon bertanya khabar, mesej pun tak ada. Baru hari tu lah Abang Hadi telefon
menyuruh aku balik pada cuti yang terdekat.
Aku menampar pipi beberapa kali.
Sudah-sudahlah tu berfikir mengingatkan masa lalu, Adele! Kau dah bahagia duduk
di Amanjaya seorang diri. Kau dah berjaya hidup di atas kaki sendiri. Walaupun
hidup dengan bantuan kewangan untuk belajar, tapi it is not that bad, kan? You
have a life there and you have Hairi. Apa yang nak dikesalkan lagi?
Aku berjalan ke hujung stesyen,
tempat biasa untuk kereta-kereta sewa menunggu penumpang. Aku memberanikan diri
untuk menegur seorang lelaki sedang bersandar di sebelah kereta sewanya dengan
sebatang rokok terselit di jari. Aduh... rasa selamat berada di Amanjaya
berbanding di sini.
“Err... pakcik, boleh hantarkan saya
ke Kampung Sepakat Jaya?”
Lelaki itu menoleh. Matanya memerhatikan
aku dari atas ke bawah. Aku menelan air liur. Pandangan dia, menakutkan!
Sudahlah dah nak tengah malam.
“Rumah siapa?” tanya lelaki itu.
“Rumah Haji Hassan. Tak jauh dengan
Madrasah Al-Ilm”
“Oh! Pakcik kenal dengan dia! Tak
sangka anak ni, anak Haji Hassan. Setahu pakcik, dia tak ada anak perempuan.”
Aku hanya mampu tersenyum
mendengarkan kata-kata lelaki itu. Dalam hati dah menjerit kerana geram. Geram
dengan kenyataan yang keluar daripada mulut pakcik tu.
“Saya tak duduk dengan ayah. Jadi
sebab tu orang ramai tak tahu,” kataku cuba untuk tersenyum.
Peritnya
rasa bila berdepan dengan realiti. Ibu meninggal sejak aku lahir. Sejak lahir
sehinggalah aku mula masuk sekolah tinggi aku di bela nenek. Bila aku berumur empat
belas tahun, aku mula memberontak kerana merasakan ayah tidak mahu menjaga aku.
Abang Harith yang umurnya atas aku setahun dia boleh jaga sejak kecil, kenapa
aku tidak?
Bila aku mula pandai melarikan diri
dari rumah dan berkawan dengan budak-budak nakal, nenek menyuruh ayah mengambil
aku semula. Tak sanggup menjaga aku katanya. Aku kembali tinggal dalam jagaan
ayah. Itu pun tak lama. Dalam beberapa bulan selepas itu, ayah meminta seorang
kawannya untuk jadikan aku anak angkat. Susah sangat ke nak menjaga aku? Itu
yang menyebabkan aku selalu terasa hati dengan ayah.
Aku
selalu kecewa dengan ayah yang tak mahu menjaga aku. Alasan ayah, aku perlukan
kasih sayang seorang ibu yang dia tak dapat berikan kerana aku seorang
perempuan. Duduk dengan keluarga Ayah Man membuatkan aku semakin memberontak.
Ayah Man dan Ibu Ina melayan aku cukup baik. Cuma aku yang tidak boleh terima
hakikat. Aku masih ada seorang ayah tetapi sudah di jaga oleh keluarga angkat,
macam anak yatim. Makin kerap aku larikan diri semasa dalam jagaan mereka.
Tindakan
aku berjaya menarik perhatian ayah. Ayah membawa aku pulang ke rumah. Tapi
tiada apa yang berbeza. Ayah masih begitu. Sibukkan dengan empat orang
abang-abangku, sibukkan dengan masjid dan madrasah, tetapi tentang aku selalu
diketepikan. Akhirnya aku duduk di asrama madrasah sehingga tamat O-level.
Bukan madrasah yang ayah uruskan. Tapi Madrasah Annur yang hampir dua puluh
kilometer dari rumah.
Aku
give up. Habis belajar di madrasah,
aku dapat tawaran ke Universiti Awam Alamin. Sebab itu, aku berkeras untuk ke
sana. Ayah dengan Abang Hadi pula sibuk memaksa aku ke Kolej Islam Darul Taqwa,
kolej yang dimasuki abang-abangku. Aku jadi kecewa dengan aturan hidup aku. Aku
selalu rasa Allah tak adil dengan aku. Macam mana nak menjurus dalam bidang
agama kalau hati aku makin jauh dengan agama? Rasa give up bila setiap hari berdoa, tapi tak ada apa perubahan yang
aku rasakan.
Aku menghela nafas berat. Kereta sewa
berhenti betul-betul di depan rumah. Selepas melakukan pembayaran, aku berjalan
perlahan-lahan ke pintu utama. Luar rumah disinari lampu jalan manakala tiada
cahaya dari dalam rumah. Hanya lampu luar yang terpasang tidak mahu rumah
bergelap. Aku memberi salam beberapa kali. Apabila tiada sahutan, aku
mengeluarkan kunci rumah daripada dalam beg. Mujur ada. Haraplah kunci rumah ni
tak pernah bertukar.
Sebaik saja pintu rumah dibuka,
suasana di dalam rumah gelap gelita. Aku mengeluh. Pasti tiada orang di rumah.
Entah-entah ada program di madrasah. Aku melangkah masuk ke dalam. Suis lampu
aku buka. Kemudian pintu rumah aku tutup dan kunci. Ini yang malas nak balik
rumah ni. Tak ada pun perkara yang menggembirakan. Baik aku habiskan cuti-cuti
aku di Amanjaya dengan kerja part-time.
Sekurang-kurangnya dapat tambah duit kocek.
Tak tahu apa yang hendak dibuat, aku
merebahkan badan di atas katil selepas menukar baju. Sunyi. Sepi. Beginilah
kehidupan aku seharian jika di rumah. Tak ada sesiapa yang menunggu, tiada
sesiapa yang boleh di ajak berbual, tiada sesiapa yang memberi perhatian. Aku
memejamkan mata. Bilakah semua ni akan berakhir?
---Salah satu sebab entry pendek-pendek adalah kerana saya akan terkena penyakit writer's block kalau buat sekali panjang-panjang. Huhu
Maka, biar pendek tapi sentiasa, kan? Maafkan saya atas kelemahan saya. >.<
Sekarang ni pun tiba-tiba terkena penyakit ni masa nak sambung menulis OMP. Aduhai. =.="
Moga terhibur. :)
3 comments:
Bukak blog ni dulu utk mulakan hari! Thank you writer ;) Sekali sekala ada cerita mengenai khidupan Adele.. Huhu.. Baru tahu background family dia.. Kesian sang putera yg menanti tp xpela.. sekali sekala jual mahal. Anyway, we are always supporting you no matter it is long @ short story.. (^__^)
mnarik....
Xpa,biar pndek asl da smbungan..hehe..makin bez nk tau kisah adele
Post a Comment