::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

27 December 2013

E-novel: Oh, My Prince! 19

Oh My Prince 19
            Sudah masuk tiga hari aku duduk diam di dalam bilik. Masa dihabiskan dengan menonton filem, drama ataupun membaca buku yang dibeli di Gemilang hari tu. Kalau lapar, aku masak mi segera pagi dan petang untuk mengisi perut. Akhirnya lunch dengan dinner langsung tak ambil. Esok Hairi dah balik dari Hong Kong. Siap dia minta aku jemput di airport Amanjaya lagi. Rasa segan pula nak juma auntie dengan uncle.

            Aku sedang sedap berbaring di atas katil dengan tangan memegang novel sewaktu pintu bilik aku diketuk. Pelik. Selalunya ahli rumah ni tak pernah kisah dengan satu sama lain. Jumpa pun sekadar sapa dan senyum sekali lalu. Tapi kenapa tiba-tiba pintu bilik aku kena ketuk hari ni? Sewa bilik dah bayar dah.
            Aku membetulkan sedikit rambut yang yang kusut. Sebaik saja aku membuka pintu wajah Kak Intan muncul di depan mata. Melihatkan riak wajahnya sedikit serius, hati aku dah rasa pelik. Kenapa akak ni? Aku ada buat salah pula ke?
            “Ada orang cari awak.” Kak Intan bergerak ke tepi.
“Silakan, encik.” Dia memanggil pula seseorang yang tidak jauh daripada dia. Aku meluaskan lagi bukaan pintu. Bulat mata aku melihatkan Putera Danial berdiri di dalam rumah aku. Habislah...!
            “Awak buat apa dekat sini?” kataku sambil memandangnya dari atas ke bawah.
Dengan mengenakan seluar hitam, t-shirt putih yang ditutupi dengan jaket coklat berserta sepasang cermin mata hitam yang dia pakai, dia ingat orang tak boleh kenal ke dia ni Putera Danial? Dia ingat Alamin ni besar sangat negaranya? Tanpa berfikir panjang, aku terus menarik lengan Putera Danial untuk masuk ke bilik aku.
          “Thanks, Kak Intan. Sorry dia tak tahu rules rumah ni. Sekejap setengah minit, lepas ni saya  bawa dia keluar.”
            Kak Intan hanya  memandang aku dengan pandangan yang semacam. Habislah aku! Mana pernah aku bawa lelaki balik rumah! Ini bukan takat balik rumah je ni, siap masuk bilik lagi. Kalau aku biarkan dia dekat luar, memang terkantoi terus dia ni Putera Danial. Daripada cara Kak Intan tadi, dia tak perasan lelaki ni Putera Danial.
            Sebaik saja Putera Danial masuk ke dalam bilik, aku menutup pintu. Dalam hati gerun juga. Lelaki, perempuan berdua-duaan macam ni... haih... walaupun aku ni macam ni, ada hadnya juga. Putera Danial duduk di atas katil aku. Sunglass yang dipakai di buka. Matanya melilau memerhatikan keadaan sekeliling bilik aku.
            “Tuanku ni memang tak ada limit, kan?” marahku.
Berombak rasa dada bila dia berani menjejakkan kaki ke sini. Kemarahan aku semakin memuncak bila Putera Danial merenung aku tajam. Aku menelan air liur. Terpandangkan pantulan diri di cermin, baru aku tersedar aku hanya memakai spaghetti dengan hot pants. Laju aku berlari ke almari dan mengeluarkan baju kot separas lutut untuk menutup badan aku yang sedikit terdedah. Hai... macam-macamlah!
“Dahlah! Jom keluar!” kataku terus menarik tangan Putera Danial untuk meninggalkan bilik aku. Putera Danial sekadar mengikut.
Kami turun ke bawah dan duduk di pondok yang ada di taman. Wajah Putera Danial yang leka memerhatikan bunga-bunga yang ditanam aku pandang geram.
“Tuanku tahu tak, dekat rumah tu ada 3 rules. Yang pertama, no men allowed. Yang kedua, no smoking. Yang ketiga, no drinking. Dan tak pasal-pasal disebabkan tuanku, saya dah langgar satu tau! Hairi pun boleh faham benda-benda macam ni! Common sense lah tuanku, kalau pergi rumah perempuan! ”
Putera Danial masih diam.
“Lagi satu, tuanku tu kerabat diraja. Janganlah selalu sangat libatkan diri saya dengan tuanku. Dapat masalah saya nanti. Mujur Kak Intan tak perasan yang tuanku Putera Danial. Kalau dia perasan macam mana? Habislah saya! Kalau ada wartawan yang mengikut tuanku macam mana? Mati terus saya nanti, tau!” bebelku lagi.
“Kami lega kamu tak apa-apa...” tiba-tiba Putera Danial bersuara.
“Hah?  Apa yang tuanku cakap ni?”
“Zul beritahu kami, kamu tak keluar dah tiga hari. Kami risau kalau-kalau kamu tak sihat.”
Aku terdiam. Sedikit sebanyak hati aku tersentuh dengan keprihatinan dia. Argh! Tak ada maknanya! Nak prihatin pun tak perlu sampai datang ke rumah aku.Bukannya dia tak ada nombor aku. Boleh saja call ataupun mesej je.
“Hai? Tak boleh nak call ke tanya? Tak perlu rasanya sampai ke rumah saya.”
Putera Danial tersenyum. “Kami terpaksa keluar negara sejak tiga hari yang lepas. Teman Kanda Danish menguruskan beberapa urusan negara dengan negara jiran. Kami sampai saja Amanjaya, terus kami ke sini. Tak sempat nak call atau mesej kamu.”
Jatuh rahang aku mendengarkan penjelasan dia. Sampai macam tu sekali dia risaukan aku? Tersedarkan sesuatu, aku tersenyum sebelum ketawa.
“Sungguh saya ingatkan tuanku ni memang tak ada kerja selama ni. Kerjanya asyik mengekor saya je. Rupa-rupanya ada juga ya?” sindirku pada Putera Danial yang menayangkan muka selamba.
“Ok. Tuanku dah tengok keadaan saya. Saya sihat wal afiat. Ada apa-apa lagi?”
Putera Danial menggeleng. Kemudian, dia berdiri dengan tangan menyeluk kocek seluar. Terpinga-pinga aku memandang dia.
“Kami pulang dulu. Take care, Adlina. Kalau ada apa-apa, just call me. Sorry tentang hal tadi,kata dia dengan menghadiahkan aku senyuman sekilas. Kemudian, Putera Danial berjalan meninggalkan aku terpinga-pinga di pondok. Terasa hati pula dengan sikap Putera Danial hari ni. Selalunya ada je kerenah dia yang aku tak terlayan.
Aku menghela nafas perlahan. Bila Putera Danial hilang daripada pandangan, barulah aku bangun dan berjalan balik ke bilik. Sampai di bilik, aku membuka dan menyangkutkan kembali kot ke dalam almari. Aku berdiri di hadapan cermin. Pantulan diri aku aku pandang lama. Hairi pun tak pernah nampak aku dalam keadaan macam ni.
Aku mengeluh. Perlahan-lahan aku berjalan ke katil dan duduk. Apa dah jadi ni, Adele? Nak kata dah lupakan segala ilmu yang dapat di madrasah, rasanya ada lagi yang melekat di kepala. Selama dua tahun ni, kau jadi macam ni, tercapai segala harapan kau? Ayah dan abang-abang tetap macam tu. Dan kau?Aku merebahkan badan ke tilam. Belum dapat belakang mencecah tilam, aku sudah terjerit.
“Aduh!”
Sakitnya kepala terhantuk dengan dinding. Aduhai... masa-masa nak melayan perasaan, masa tu lah kepala nak terhantuk dengan dinding. Aku membetulkan posisi pembaringan. Kepala yang masih terasa peritnya aku gosok perlahan-lahan. Ah! Kacau!
***
            Jam tepat menunjukkan pukul lima setengah petang sewaktu aku keluar untuk menuju ke airport. Aku mengenakan jeans hitam berserta t-shirt longgar berwarna coklat untuk ke sana. Rasanya better lagi pakaian ni daripada dress yang aku pakai kali pertama ke rumah Hairi. Aku membawa sebuah novel untuk dibaca sepanjang perjalan. Mahu sejam lebih juga nak ke sana daripada rumah aku ni. Mujurlah pengangkutan awam dekat sini bagus. Cuma kena tukar train je dua tiga kali untuk ke airport.
            Turun daripada train, aku berjalan pula ke arah bangunan airport. Teringat masa kali pertama datang sini tahun lepas. Datang untuk jemput Hairi juga sebab dia berjalan dengan geng-geng sekolah dia pergi Korea Selatan. Permintaan dia juga suruh aku datang ke airport jemput dia. Lepas tu, dia hantar aku balik bilik. Bila aku tegur, dia kata saja nak jumpa aku terlebih dahulu. Macam-macam.
            Aku berjalan menghala pintu utama airport. Pelik bila ramai sangat manusia berkumpul. Siap ada orang kawal lagi. Tak cukup dengan guard, polis pun ada sekali. Aku turut sama berhenti bersama kumpulan orang ramai berkumpul. Novel yang ada di tangan aku tutup dan masukkan ke dalam beg.
Ada artis nak datang sini ke? Siapa? Kalau artis luar negara, mesti dekat bahagian arrival sana. Ke ada konsert artis luar negara dekat stadium tertutup baru-baru ni? Siapa ya yang aku selalu dengar budak-budak ni sebut-sebut? Super Junior? TVXQ? Big Bang? 2PM? SNSD? Huh! Ramai sangat kumpulan yang aku pun tak kenal. Apatah lagi nak dia orang kenal aku kan?
            Kepala aku turut terjenguk-jenguk di celah-celah orang ramai. Siapa yang nak datang sebenarnya? Takkan Jasmine? Kalau dia, aku sanggup tunggu dekat sini. Tapi rasanya kalau artis Alamin tak adanya sampai pengawal dengan polis tolong kawal. Tengah aku terjenguk-jenguk, tiba-tiba orang ramai mula bising. Menandakan orang yang ditunggu-tunggu sudah tiba.
Terkejut aku bila melihatkan Sultan Hussin berjalan bersama dengan Putera Danial dan pengiring-pengiring dia. Eh? Bukan ke semalam Putera Danial baru balik sini? Dah nak keluar negara lagi? Eh, tapi tak semestinya juga. Mana tahu dia nak ke ceruk-ceruk Alamin sana. Bukan sejam dua naik kereta.

            Aku sedikit tersentak bila Putera Danial memandang tepat ke mata aku dalam ramai-ramai orang. Dalam kekalutan, sempat menghadiahkan senyuman ke arah dia namun dibalas dingin. Erk! Malunya! Macam hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong pula Wuargh! Putera Danial sudah berjalan melepasi aku. Aku tertunduk. Aku cuba memujuk diri sendiri. Tak apa, dia tak perasan akulah tu. Tapi kenapa aku mesti terasa hati sangat dengan reaksi dia hari ni?
xxx
Insya Allah next entry Isnin. Tunggu ya! ^_^

6 comments:

Anonymous said...

hehe..
adele da jatuh cinta ngn putera danial..
suka2x..
agak2nya keluarga adrina trma spa ye?
x sbr nk next chpter..

eija said...

ish sruh jer lah putera danial g mminag adela..

Kiki Wafa said...

Tau gak adele ni kecik ati yea....

baby mio said...

best5x.

Anonymous said...

best sngat2x..:)

Anonymous said...

Terima kasih sebab selalu update cepat! Loving this story! :)