Sudah masuk tiga hari aku duduk diam
di dalam bilik. Masa dihabiskan dengan menonton filem, drama ataupun membaca
buku yang dibeli di Gemilang hari tu. Kalau lapar, aku masak mi segera pagi dan
petang untuk mengisi perut. Akhirnya lunch
dengan dinner langsung tak ambil.
Esok Hairi dah balik dari Hong Kong. Siap dia minta aku jemput di airport Amanjaya lagi. Rasa segan pula
nak juma auntie dengan uncle.
Aku sedang sedap berbaring di atas katil
dengan tangan memegang novel sewaktu pintu bilik aku diketuk. Pelik. Selalunya
ahli rumah ni tak pernah kisah dengan satu sama lain. Jumpa pun sekadar sapa
dan senyum sekali lalu. Tapi kenapa tiba-tiba pintu bilik aku kena ketuk hari
ni? Sewa bilik dah bayar dah.
Aku membetulkan sedikit rambut yang
yang kusut. Sebaik saja aku membuka pintu wajah Kak Intan muncul di depan mata.
Melihatkan riak wajahnya sedikit serius, hati aku dah rasa pelik. Kenapa akak
ni? Aku ada buat salah pula ke?
“Ada orang cari awak.” Kak Intan
bergerak ke tepi.
“Silakan,
encik.” Dia memanggil pula seseorang yang tidak jauh daripada dia. Aku
meluaskan lagi bukaan pintu. Bulat mata aku melihatkan Putera Danial berdiri di
dalam rumah aku. Habislah...!
“Awak buat apa dekat sini?” kataku
sambil memandangnya dari atas ke bawah.
Dengan
mengenakan seluar hitam, t-shirt putih yang ditutupi dengan jaket coklat
berserta sepasang cermin mata hitam yang dia pakai, dia ingat orang tak boleh
kenal ke dia ni Putera Danial? Dia ingat Alamin ni besar sangat negaranya?
Tanpa berfikir panjang, aku terus menarik lengan Putera Danial untuk masuk ke
bilik aku.
“Thanks,
Kak Intan. Sorry dia tak tahu rules rumah ni. Sekejap setengah minit,
lepas ni saya bawa dia keluar.”
Kak Intan hanya memandang aku dengan pandangan yang semacam.
Habislah aku! Mana pernah aku bawa lelaki balik rumah! Ini bukan takat balik
rumah je ni, siap masuk bilik lagi. Kalau aku biarkan dia dekat luar, memang
terkantoi terus dia ni Putera Danial. Daripada cara Kak Intan tadi, dia tak
perasan lelaki ni Putera Danial.
Sebaik saja Putera Danial masuk ke
dalam bilik, aku menutup pintu. Dalam hati gerun juga. Lelaki, perempuan
berdua-duaan macam ni... haih... walaupun aku ni macam ni, ada hadnya juga. Putera Danial duduk di atas katil aku. Sunglass yang dipakai di buka. Matanya
melilau memerhatikan keadaan sekeliling bilik aku.
“Tuanku ni memang tak ada limit, kan?” marahku.
Berombak
rasa dada bila dia berani menjejakkan kaki ke sini. Kemarahan aku semakin
memuncak bila Putera Danial merenung aku tajam. Aku menelan air liur.
Terpandangkan pantulan diri di cermin, baru aku tersedar aku hanya memakai spaghetti dengan hot pants. Laju aku berlari ke almari dan mengeluarkan baju kot
separas lutut untuk menutup badan aku yang sedikit terdedah. Hai...
macam-macamlah!
“Dahlah!
Jom keluar!” kataku terus menarik tangan Putera Danial untuk meninggalkan bilik
aku. Putera Danial sekadar mengikut.
Kami
turun ke bawah dan duduk di pondok yang ada di taman. Wajah Putera Danial yang
leka memerhatikan bunga-bunga yang ditanam aku pandang geram.
“Tuanku
tahu tak, dekat rumah tu ada 3 rules.
Yang pertama, no men allowed. Yang
kedua, no smoking. Yang ketiga, no drinking. Dan tak pasal-pasal
disebabkan tuanku, saya dah langgar satu tau! Hairi pun boleh faham benda-benda
macam ni! Common sense lah tuanku,
kalau pergi rumah perempuan! ”
Putera
Danial masih diam.
“Lagi
satu, tuanku tu kerabat diraja. Janganlah selalu sangat libatkan diri saya
dengan tuanku. Dapat masalah saya nanti. Mujur Kak Intan tak perasan yang
tuanku Putera Danial. Kalau dia perasan macam mana? Habislah saya! Kalau ada
wartawan yang mengikut tuanku macam mana? Mati terus saya nanti, tau!” bebelku
lagi.
“Kami
lega kamu tak apa-apa...” tiba-tiba Putera Danial bersuara.
“Hah? Apa yang tuanku cakap ni?”
“Zul
beritahu kami, kamu tak keluar dah tiga hari. Kami risau kalau-kalau kamu tak
sihat.”
Aku
terdiam. Sedikit sebanyak hati aku tersentuh dengan keprihatinan dia. Argh! Tak
ada maknanya! Nak prihatin pun tak perlu sampai datang ke rumah aku.Bukannya
dia tak ada nombor aku. Boleh saja call
ataupun mesej je.
“Hai?
Tak boleh nak call ke tanya? Tak
perlu rasanya sampai ke rumah saya.”
Putera
Danial tersenyum. “Kami terpaksa keluar negara sejak tiga hari yang lepas.
Teman Kanda Danish menguruskan beberapa urusan negara dengan negara jiran. Kami
sampai saja Amanjaya, terus kami ke sini. Tak sempat nak call atau mesej kamu.”
Jatuh
rahang aku mendengarkan penjelasan dia. Sampai macam tu sekali dia risaukan
aku? Tersedarkan sesuatu, aku tersenyum sebelum ketawa.
“Sungguh
saya ingatkan tuanku ni memang tak ada kerja selama ni. Kerjanya asyik mengekor
saya je. Rupa-rupanya ada juga ya?” sindirku pada Putera Danial yang menayangkan
muka selamba.
“Ok.
Tuanku dah tengok keadaan saya. Saya sihat wal afiat. Ada apa-apa lagi?”
Putera
Danial menggeleng. Kemudian, dia berdiri dengan tangan menyeluk kocek seluar.
Terpinga-pinga aku memandang dia.
“Kami
pulang dulu. Take care, Adlina. Kalau
ada apa-apa, just call me. Sorry tentang
hal tadi,” kata dia dengan
menghadiahkan aku senyuman sekilas. Kemudian, Putera Danial berjalan
meninggalkan aku terpinga-pinga di pondok. Terasa hati pula dengan sikap Putera
Danial hari ni. Selalunya ada je kerenah dia yang aku tak terlayan.
Aku
menghela nafas perlahan. Bila Putera Danial hilang daripada pandangan, barulah
aku bangun dan berjalan balik ke bilik. Sampai di bilik, aku membuka dan
menyangkutkan kembali kot ke dalam almari. Aku berdiri di hadapan cermin.
Pantulan diri aku aku pandang lama. Hairi pun tak pernah nampak aku dalam
keadaan macam ni.
Aku
mengeluh. Perlahan-lahan aku berjalan ke katil dan duduk. Apa dah jadi ni,
Adele? Nak kata dah lupakan segala ilmu yang dapat di madrasah, rasanya ada
lagi yang melekat di kepala. Selama dua tahun ni, kau jadi macam ni, tercapai
segala harapan kau? Ayah dan abang-abang tetap macam tu. Dan kau?Aku merebahkan
badan ke tilam. Belum dapat belakang mencecah tilam, aku sudah terjerit.
“Aduh!”
Sakitnya
kepala terhantuk dengan dinding. Aduhai... masa-masa nak melayan perasaan, masa
tu lah kepala nak terhantuk dengan dinding. Aku membetulkan posisi pembaringan.
Kepala yang masih terasa peritnya aku gosok perlahan-lahan. Ah! Kacau!
***
Jam tepat menunjukkan pukul lima
setengah petang sewaktu aku keluar untuk menuju ke airport. Aku mengenakan jeans
hitam berserta t-shirt longgar berwarna coklat untuk ke sana. Rasanya better lagi pakaian ni daripada dress yang aku pakai kali pertama ke
rumah Hairi. Aku membawa sebuah novel untuk dibaca sepanjang perjalan. Mahu sejam
lebih juga nak ke sana daripada rumah aku ni. Mujurlah pengangkutan awam dekat
sini bagus. Cuma kena tukar train je
dua tiga kali untuk ke airport.
Turun daripada train,
aku berjalan pula ke arah bangunan airport.
Teringat masa kali pertama datang sini tahun lepas. Datang untuk jemput
Hairi juga sebab dia berjalan dengan geng-geng sekolah dia pergi Korea Selatan.
Permintaan dia juga suruh aku datang ke airport
jemput dia. Lepas tu, dia hantar aku balik bilik. Bila aku tegur, dia kata saja
nak jumpa aku terlebih dahulu. Macam-macam.
Aku berjalan menghala pintu utama airport. Pelik bila ramai sangat manusia
berkumpul. Siap ada orang kawal lagi. Tak cukup dengan guard, polis pun ada sekali. Aku turut sama berhenti bersama
kumpulan orang ramai berkumpul. Novel yang ada di tangan aku tutup dan masukkan
ke dalam beg.
Ada
artis nak datang sini ke? Siapa? Kalau artis luar negara, mesti dekat bahagian arrival sana. Ke ada konsert artis luar
negara dekat stadium tertutup baru-baru ni? Siapa ya yang aku selalu dengar
budak-budak ni sebut-sebut? Super Junior? TVXQ? Big Bang? 2PM? SNSD? Huh! Ramai
sangat kumpulan yang aku pun tak kenal. Apatah lagi nak dia orang kenal aku
kan?
Kepala aku turut terjenguk-jenguk di
celah-celah orang ramai. Siapa yang nak datang sebenarnya? Takkan Jasmine? Kalau
dia, aku sanggup tunggu dekat sini. Tapi rasanya kalau artis Alamin tak adanya
sampai pengawal dengan polis tolong kawal. Tengah aku terjenguk-jenguk,
tiba-tiba orang ramai mula bising. Menandakan orang yang ditunggu-tunggu sudah
tiba.
Terkejut
aku bila melihatkan Sultan Hussin berjalan bersama dengan Putera Danial dan
pengiring-pengiring dia. Eh? Bukan ke semalam Putera Danial baru balik sini?
Dah nak keluar negara lagi? Eh, tapi tak semestinya juga. Mana tahu dia nak ke
ceruk-ceruk Alamin sana. Bukan sejam dua naik kereta.
Aku sedikit tersentak bila Putera Danial
memandang tepat ke mata aku dalam ramai-ramai orang. Dalam kekalutan, sempat
menghadiahkan senyuman ke arah dia namun dibalas dingin. Erk! Malunya! Macam
hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong pula Wuargh! Putera Danial sudah
berjalan melepasi aku. Aku tertunduk. Aku cuba memujuk diri sendiri. Tak apa,
dia tak perasan akulah tu. Tapi kenapa aku mesti terasa hati sangat dengan
reaksi dia hari ni?
xxx
Insya Allah next entry Isnin. Tunggu ya! ^_^
6 comments:
hehe..
adele da jatuh cinta ngn putera danial..
suka2x..
agak2nya keluarga adrina trma spa ye?
x sbr nk next chpter..
ish sruh jer lah putera danial g mminag adela..
Tau gak adele ni kecik ati yea....
best5x.
best sngat2x..:)
Terima kasih sebab selalu update cepat! Loving this story! :)
Post a Comment