::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

20 December 2013

E-Novel: Oh, My Prince! 16

Oh My Prince 16
            -Adele! Ada dekat Amanjaya ke sekarang? Jom jumpa dekat Nori’s malam ni. Waktu macam hari tu-
            Aku membaca mesej kiriman Abang Jade masa aku baru lepas mandi dan pakai baju untuk tidur. Teringatkan kali terakhir kita orang jumpa, rasa tak sampai hati pula nak kata tak. Sekurang-kurangnya, ada juga kawan aku nak bersembang malam-malam macam ni. Aku menjeling ke arah jam. Baru pukul lapan malam. Tapi penatnya, fuh.... macam satu hari aku buat kerja keras. Keras tak keras, dekat tiga pusingan juga aku jogging dekat tasik tadi. Baru inilah terasa kepenatannya.

            +Awal sikit tak boleh? Saya dah mengantuk dah ni+
            Aku membalas mesej Abang Jade. Tapi mesti dia sibuk dengan kerja dia. Siang bawa bas, malam part time dekat Nori’s. Eh, kan ke bagus kalau aku kerja dekat sana dua minggu cuti ni? Boleh minta Abang Jade kenenkan aku dekat tempat kerja dia tu. Kalau adalah.
            -Penat sangat ke? Kalau tak dapat takpe. Esok kita jumpa.-
            Tersengih aku membaca mesej balasan Abang Jade. Esok pun bagus juga. Aku dah tak larat nak nak buka mata ni. Selepas menutup lampu dan menarik langsir, aku terus meluruskan badan di atas katil. Dalam pada itu, sempat juga aku menjeling telefon kedua aku. Tiada satu pun mesej ataupun panggilan dari rumah. Aku tersenyum tawar. Kalaulah mereka tahu hati aku sangat mudah dipujuk...
            ***
            Pagi-pagi lagi aku sudah bangun dan bersiap-siap untuk ke universiti. Niat utama sebenarnya nak ke bilik komputer. Walaupun sekarang tengah cuti pertengahan semester, biasanya buka je bilik-bilik khas sebab ramai pelajar ijazah sarjana dengan doktorat yang tak cuti. Selalu juga aku tumpang guna. Kak Ros yang jaga bilik tu pun dah tak kisah kalau nampak muka aku.
Aku mengenakan pakaian seringkas yang boleh. Tepat jam sembilan, aku keluar dari bilik. Bosannya hidup Adlina Hani masa cuti-cuti macam ni. Nak ajak kawan hangout, kawan pun tak berapa nak ada. Nak ajak Hairi jalan, dia berjalan ke Hong Kong dengan keluarga. Nak ajak tuan putera keluar, dia... eh, kenapa aku mesti berfikir pasal Putera Danial tu?
Aku singgah di Onestop minimart yang tidak jauh daripada kawasan Pangsapuri Seri Indah bila perut tiba-tiba memberitahu dia tengah lapar. Baru teringat sejak bangun tadi tak ada apa yang aku isi sebagai sarapan. Bancuh air pun tak, manalah tak lapar.
Masuk ke dalam minimart, aku mencapai semangkuk mi segera dan sepeket minuman coklat 3 in 1. Selepas pembayaran di buat, aku menuang air panas ke dalam mangkuk dan membancuh secawan air coklat. Kemudian, aku duduk di meja yang disediakan untuk pelanggan.
Sambil menunggu, aku memerhatikan orang yang lalu lalang. Bermacam ragam dan gaya manusia. Bibir membentuk senyuman tatkala melihatkan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dan menangis. Beriya-iya ayahnya memujuk dengan pelukan dan ciuman di pipi kiri dan kanannya. Perkara yang tak pernah berlaku dalam hidup aku. Aku menghela nafas perlahan. Cemburu? Semestinya!
Tiga minit berlalu, aku membuka penutup mangkuk mi segera. Mi sudah kembang, sedia untuk di makan. Laju aku menyuapkan ia ke dalam mulut. Terlupakan airnya yang sedang panas, menggelupur sekejap aku dibuatnya. Gyaa...! Malunya bila ada mata-mata yang memandang!
Aku mencapai pula cawan berisi air coklat yang aku bancuh tadi. Bila rasa permukaan cawan masih panas, tak jadi aku nak minum. Tak pasal-pasal pisang berbuah dua kali. Mahu makin melecur lidah dibuatnya. Baru aku nak bangun dari duduk, sebotol air mineral sejuk dihulurkan oleh seorang lelaki yang aku tak kenal. Aku mengecilkan mata. Tapi bila tengok lama-lama macam kenal. Kening aku angkat bertanya siapa dia sebenarnya. Lelaki itu tersenyum.
“Zul.”
“Huh?”
“Saya diarahkan untuk mengikut Cik Adlina dan membantu cik kalau cik dalam masalah.” Zul tersenyum.
Aku mengerutkan dahi. “Saya nampak macam ada masalah ke?”
Zul mengangguk. “Mi tadi panas, kan?”
Aku mengetap bibir. Baru terasa balik lidah yang sedikit melecur. Tanpa soalan,aku mengambil air mineral yang dihulurkan. Zul masih setia berdiri di sebelah aku.
“Ok. Putera Danial yang hantar encik ke?” soalku bila keadaan kembali seperti biasa. Baru perasan dia inilah antara orang yang paksa aku ikut dalam limosin
“Tak perlu berencik. Panggil saya Zul saja,” ramah Zul.
“Ye Zul, soalan saya awak tak jawab lagi...”
Zul ketawa. Tiba-tiba dia tarik kerusi sebelah aku dan dia duduk.
“Betul, Putera Danial yang hantar saya untuk jaga awak.”
“Sebab?”
“Maaf Cik Adlina, saya hanya mengikut perintah.”
Aku mengeluh. Garfu plastik yang digunakan untuk makan mi segera aku letakkan ke dalam mangkuk. Mi yang tinggal separuh rasa tak larat pula untuk aku habiskan.
“Sejak bila awak ikut saya?”
Zul hanya membalas soalan aku dengan senyuman.
“Saya minta, janganlah awak ikut saya. Saya tak ada apa-apa kaitan dengan Putera Danial tu. Plus, saya dah nak kahwin tak lama lagi. Apa kata bakal suami saya kalau dia tahu Putera Danial hantar bodyguard untuk jaga saya.” Aku dah buat cerita dongeng. Bila masanya aku dengan Hairi buat keputusan nak kahwin pun aku tak tahu.
“Maaf Cik Adlina, mungkin kata-kata saya kedengaran kasar, tapi bukan Cik Adlina yang gajikan saya,” balas Zul pedas walaupun dengan senyuman.
Aku menggigit bibir geram. Bos dengan pekerja sama je mulut pedas. Putera Danial tu pun kalau bercakap dengan aku mesti ada je aku kena. Aku terus berhenti makan. Air coklat yang sudah suam-suam kuku aku habiskan. Kemudian aku bangun sambil membawa mangkuk dan cawan untuk dibuang. Geram! Malas nak berlama-lama dengan Zul ni. Ini yang rasa nak ajak Hairi pindah keluar dari Alamin ni.
***
Aku tengah berjalan ke blok C semasa telefon aku tiba-tiba berbunyi. Kelam kabut aku mencari telefon sebelum panggilan tu mati. Daripada bunyi telefon aku tahu, Hairi yang menelefon. Senyuman aku semakin melebar melihatkan nama dia yang tertera dekat skrin. Rindunya rasa dekat cik abang seorang ni. Kalau tak, setiap hari berdua. Macam belangkas.
Hi, love! Miss me?” itu soalan pertama yang dia tanya.
“Mestilah rindu! Kata nak call at least dua hari sekali!” kataku buat-buat marah.
“Lah... tapi kau juga cakap, jangan risau and just enjoy my holiday here?”
Aku menarik muncung. “Iyalah... tapi aku tak cakap pun kan tak call pun tak apa? Dahlah mesej pun tak ada. Kau ni... macam baru kenal aku sebulan,” rungutku.
Hairi hanya ketawa di hujung talian. Sukalah tu kalau aku merajuk.
Sorry. Kami banyak berjalan dekat sini. Semua tempat Uncle Idho nak bawa. Mama siap cakap, kalaulah kau ada sekali, boleh jalan sama-sama...”
Rasa gembira hati aku mendengarkan cerita Hairi. Nampak gaya macam auntie boleh terima aku.
“Belum masanya lagilah, sayang. Tunggu aku jadi a part of your family, then mana pergi pun aku ikut.”
“Hrm... bila agaknya tu?” perangkap Hairi.
“Hrm... tak tahulah!” Aku hanya ketawa untuk menutup kegugupan. Bila ya? Nak kenalkan Hairi dengan ayah dan abang-abang aku pun, aku takut.
Hairi turut sama ketawa. “So, how’s your holiday, love?”
As usual. Rasa macam nak cari kerja hari ni. Tapi mesti tak ada orang  nak ambil part-timer dua minggu.”
“Kau dekat Amanjaya?” soal Hairi sedikit terkejut.
“Hrm...”
“Habis hari tu kata Abang Hadi suruh balik? Dah settle dah apa yang dia kata nak uruskan?”
“Entah. Dah settle kot. Aku balik dua hari je.”
“Oh I see.Adele,I got to go. Take care, ok? Jangan nakal-nakal. I miss you!” kata Hairi sebelum menamatkan talian.
“Ok. Miss you too...”
Aku menghela nafas perlahan. Satu persatu wajah ayah, abang-abang aku dan Adib muncul silih berganti. Sebenarnya aku sendiri tak pasti dah selesai belum urusan yang nak dibincangkan hari tu. Haraplah bila aku balik Amanjaya, Abang Hadi dah cakap dengan Adib yang aku menolak untuk disatukan dengan dia. Macam mana kalau terjumpa Adib nanti ya? Gulp! Tiba-tiba aku terasa kecut perut. Tak apa Adele, bukannya dekat fakulti Adib dengan fakulti kau nanti.
xxx
As promised. *yeay* :D
Moga anda terhibur dengan entry ni. Kalau tak terhibur jemput beri komen untuk penambahbaikan. Kalau terhibur, jemput beri komen juga supaya saya tahu. Eheh. ;)
Next entry? Insya Allah Isnin kalau tak ada aral. ^_^


8 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Yes. As promised (^__^)

Cerita ni belum klimax lagi kan.. Berdebarnya nk tunggu saat tu. Agak terperinci jugak penceritaannya tp its ok sbb setiap bab mmg ade benda yg nk disampaikan..

Cuma its too much guys in this story and will make it a bit complicated. Hairi. Prince Charming. Abg Jade. Adib. Dan juga kehadiran abang2 Adele. Later on nnt writer kena solve kn satu2 watak dgn ending yg baik agar xde la Adele bermain dgn perasaan.

Hihi.. Just my 2 cents. Will always supporting you! Saya suka baca gaya penyampaian cerita ni dan semua cerita. Sopan dan beradab :) Keep it up!

eija said...

suka btl putera 2 kt adela ea.. smpkn siap sruh org ekori dia.. pehhh utung lah rmai org yg syg..hihi

thx..msukn n3 laju2 ckit taw hihi

Aziela said...

Saya suka cerita nie, saya suka jalan cerita dan saya suka gaya penceritaan. Plot yang menarik. Dan yes, saya dah mula jatuh cair hati dengan Putera Danial...aduhai..sweetnya.

nursyahira bt saiful said...

BEST-2 !!!
Teruskan lagi..hihi..excited pasal putera dgn adele.. :)

Anonymous said...

saya suka kalau adele dgn adib huhu harapnya dengan adib la...:)

Anonymous said...

Terima kasih sebab update! Saya suka ceritanya. Menarik! Saya tak sabar nak tahu apa keluarga Adele akan buat tentang Adib dan bagaimana nanti bila mereka bertemu di universiti. Mesti exciting! :)

Nur Eza said...

Xblh nk bygkan klu hairi g jmpa family adele,mcmne la penerimaan diorg..adib ni btl ke nk kawin dgn adele,mcm kena paksa kt abg hadi je

Anonymous said...

best sangat.. sambung lg...:)