::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

26 December 2013

E-novel: Oh, My Prince! 18


Oh My Prince 18
            “Saya nak balik dululah. Petang ni saya ada janji dengan orang,” kataku seraya mencapai beg plastik buku tadi.
Putera Danial memerhatikan aku dengan riak yang tidak puas hati. Cepat-cepat dia menarik tangan aku sebelum aku melangkah keluar.
“Kami hantarkan.”

“Eh, awak ni boleh tak kalau tak paksa-paksa saya?” marahku. Putera Danial tersenyum mendengarkan kata-kata aku. Tersedar kata-kata aku sedikit kasar, aku menutup mulut. Putera Danial menurunkan tangan aku lembut.
“Apa kata kalau kita main satu game?” tawarnya tiba-tiba.
Berdebar aku mendengar tawaran Putera Danial. Game apa pula dia nak main tengah-tengah hari buta ni? Dekat dalam steakhouse pula tu?
“Apa dia?” soalku bila Putera Danial masih menunggu jawapan aku.
Game senang je. Jangan risau...”
“Hrm...?”
“Kamu buang panggilan tuanku, dan tukar kata ganti nama yang lagi mesra dan rapat.”
Aku mencebik. “Hee... tak kuasalah saya. Baik saya panggil tuanku macam biasa. Oklah, terima kasih untuk lunch hari ni. Saya balik dulu. Bye!”
Kata-kata aku disambut ketawa Putera Danial. Aku terus melangkah keluar daripada bilik VIP. Pelik aku dengan Putera Danial ni. Dengan aku kerjanya senyum dan ketawa. Aku tak tahu bila masa aku buat kelakar dengan dia. Huh! Nak aku panggil dia dengan panggilan yang lagi mesra dan rapat? Hish! Aku kalau boleh nak jarakkan diri aku dengan dia. Tapi itulah, tak pernahnya berjaya. Mesti akhirnya aku terpaksa ikut segala kemahuan dia. Kalau dia tu Hairi tak apalah juga.
            ***
            Daripada Bestmall, aku menaiki MRT untuk ke Nori’s Pizza seperti yang sudah dijanjikan dengan Abang Jade semalam. Disebabkan malam tadi tak dapat berjumpa, kami berjanji untuk untuk berjumpa petang ini, sebelum dia bermula kerja. Aku duduk bersantai di meja yang berada diluar restoran. Abang Jade belum sampai lagi. Hampir sepuluh minit menunggu, tiba-tiba dia muncul dari dalam restoran dengan sekotak pizza di tangan. Aduh! Makan lagi!
            “Apa cerita?” soalku. Pelik juga bila dia beriya-iya hendak berjumpa.
            “Abang dah isi borang dah.”
           “Hrm... baguslah. Mak ayah abang tak cakap apa-apa?” aku membuka kotak piza yang Abang Jade bawa tadi. Dengan selamba, sepotong piza aku ambil dan makan. Eh? Bukan tadi kau dah kenyang ke Adele?
            Abang Jade mengeluh. “Itulah masalahnya. Dia orang tak support langsung! Susah nak cakap. Bising betul bila abang cakap nak sambung belajar.”
            Aku tersenyum mendengarkan keluhan Abang Jade. “Saya dah rasa apa yang Abang Jade rasa. Nak tak nak, you have to be strong lah. Macam saya, sebenarnya sampai sekarang family saya tak boleh terima saya masuk universiti tu,” luahku.
            “Walaupun Adele best student every semester?” Abang Jade sedikit terkejut.
            Aku hanya tersengih. Bila piza di tangan sudah habis, aku ambil lagi sepotong.
            Manalah dia orang tahu. Orang tak tanya, tak adalah kita beriya nak bercerita, kan?” Aku mengunyah piza dengam penuh nikmat. Bercakap tentang keluarga jadi stres, bila jadi stres penyelesaiannya makan. Senang kan hidup aku?
            “Kadang-kadang, kita rasa hidup kita ni dah teruk tapi sebenarnya ada lagi yang lebih teruk daripada kita...” komen Abang Jade. Kening aku terangkat sebelah.
            “Nak cakap hidup Adele ni teruklah sekarang?” soalku dengan mata tajam merenung Abang Jade. Abang Jade hanya ketawa.
            “Bukanlah macam tu...”
            “Saya tak rasa hidup saya teruk tau. Saya ada life dekat sini. Saya ada Hairi. Dan baru-baru ni saya ada abang angkat baru...” kataku merujuk kepada diri dia.
Abang Jade hanya tersengih-sengih. Siapa sangka rupa-rupanya masa Abang Jade kata ada benda nak cakap dulu tentang niat dia nak sambung belajar dekat Universiti Awam Alamin. Nak minta pendapat aku tentang perkara ni. Cuma disebabkan keluarga dia tak memberatkan soal pelajaran, niat dia selalu  terkubur. Kena pula dia anak bongsu. Abang dengan akak-akak yang lain semua dah tak ambil kisah sangat dengan dia. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Jarak umur pun jauh-jauh.
“Ni, kata Hairi pergi Hong Kong seminggu. Buat apa je cuti ni?”
            Aku mengangkat bahu. “Jalan je mana-mana rasa nak pergi...”
            “Adele tak ada kawan perempuan ke? Ajaklah dia orang keluar?”
            Aku tersengih mendengar soalan Abang Jade. Selepas dua potong piza selamat masuk ke dalam perut, aku sendawa. Tak ada nak kontrol-kontrol. Ayu sangat nanti jadinya.
            “Susah berkawan dengan perempuan ni.”
            Dahi Abang Jade berkerut. “Sebab?”
            “Dia orang banyak cakap, dia orang busybody, dan dia orang sibuk nak menasihatkan orang lain tanpa tengok situasi dan keadaan orang yang dinasihatkan.”
Teringat kenangan sepanjang hidup di madrasah dulu. Ada saja orang yang menyibuk hal aku itu dan ini. Ada juga seorang tu yang aku rapat dulu. Rapat kalau nak dibandingkan dengan budak perempuan yang lain. Tapi bila aku sendiri terdengar dia mengutuk aku dibelakang, terus aku tak ambil tahu langsung pasal budak tu.
“Amboi... cakap macam awak tu bukan perempuan!” tegur Abang Jade.
Aku tersengih. “Ye, saya ni perempuan. Sebab tu saya rasa beruntung sangat dapat Hairi dan bakal in-law­ yang sangat best!
Abang Jade hanya menggeleng kepala melihat keletah aku. Aku membersihkan tangan daripada habuk roti yang tertinggal. Tisu yang Abang Jade bawa sekali aku gunakan untuk mengelap jari yang kotor. Jadilah dapat jumpa sekejap. Badan pun dah terasa letih seharian berjalan. Memang lepas ni aku bertapa je dalam bilik sampai Hairi balik Alamin.
“Balik dah?”
“Hrm... Abang Jade nak cakap itu je kan sambil belanja saya makan?” soalku. Kotak piza yang masih mempunyai isi aku angkat dan tunjukkan kepada dia.
Abang Jade mengangguk. “Abang pun dah nak mula kerja ni. Adele bawalah piza tu balik.”
“Eh, memang nak ambil pun. Sebab tu saya angkat ni,” kataku selamba. Abang Jade ketawa besar.
Sebaik saja masuk ke dalam train, nasib aku agak baik sebab dapat tempat duduk. Aku menyandarkan badan aku sambil menarik nafas dalam. Penatnya hari ni. Belum habis satu siang aku berjalan dah terasa penatnya. Penat fizikal sebab berjalan, penat mental sebab melayan manusia. Lagi-lagi Putera Danial tadi. Argh! Kenapalah aku mesti teringat pada lelaki tu?
Panggilan mesra dan rapat. Tiba-tiba aku teringat game yang dia nak anjurkan tadi. Aku ketawa sendiri. Bengong betul. Apa dia ingat aku senang sangat nak masuk perangkap dia? Lagipun aku rasa dia tu bukannya suka aku sangat sampai nak jadikan isteri dia. Aku rasa dia lebih tercabar sebab aku reject dia je. Agaknya kalau aku terima dia, tak lepas tu, tak pasal-pasal aku kena dump. Huh!
Khayalan aku terganggu bila tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku membuka mesej yang baru diterima. Melihatkan nama pengirim, bibir aku sudah senget sebelah. Putera Danial.
-Senyum seorang diri. Ada yang menarik?-
Aku memerhatikan ke sekeliling train. Mesti Zul ada dekat-dekat sini. Takkanlah tuan putera tu nak naik train macam aku. Kalau tak mana Putera Danial nak tahu aku tengah senyum dan ketawa seorang. Bila tak berjaya mencari susuk tubuh Zul dalam train yang ramai orang ni, aku kembali bersandar. Buang masa aku je nak mencari. Huh! Geramnya!
xxxxx
Tq atas sokongan. Kita tengok ye sapa putera Adele nanti. ;)

2 comments:

baby mio said...

BEST.

eija said...

alaaa bg lah adela dgn putera..