::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

09 December 2013

E-Novel: Oh, My Prince! 12

Oh My Prince 12
           Aku menyarungkan jubah labuh gabungan warna turqoise dan pink yang dibeli semalam untuk dipakai pulang. Selendang berwarna pink lembut aku gunakan untuk menutup kepala. Selesai menyematkan pin yang terakhir, aku menyarungkan sepasang cermin mata berbingkai hitam ke muka. Aku menarik nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Bila diri sudah bersedia, aku mencapai beg pakaian yang sudah aku kemaskan. Kemudian, aku melangkah keluar dari bilik dan pintu dikunci sebelum aku keluar dari rumah.

            Sebaik saja aku keluar dari lif, bulat mata aku melihatkan Reventon merah menunggu di tepi jalan, laluan selalu untuk aku keluar dari kawasan perumahan ni. Aku jadi gelabah. Oh, no! Putera Danial tak boleh nampak aku dalam keadaan macam ni. Kalau dia nampak, mati aku. Hairi pun tak pernah nampak aku berselubung macam ni. Habislah aku!
            Cepat-cepat aku berpusing ke arah bertentangan sebelum Putera Danial mengesan kehadiran aku dekat sini. Nak tak nak, terpaksa aku ke MRT Ruby dengan guna jalan belakang. Kalau tidak, memang dalam terang aku tertangkap dengan Putera Danial ni.
Lebih lima belas minit juga aku berjalan ke stesyen MRT. Sepanjang perjalanan fikiran aku tak lepas daripada memikirkan tentang Putera Danial. Dia ni memang tak ada kerja lain ke selain daripada ikut aku? Nanti bila aku cakap dia hantar orang untuk ekori aku, dia cakap aku perasan pula. Lagipun, aku tak pernah pula rasa kena ekor dari belakang.
            Aku menaiki train untuk ke Amanjaya Central Station. Satu-satunya stesyen yang mempunyai jaringan pengangkutan awam yang lengkap yang menghubungkan Amanjaya ke seluruh Alamin. Turun dari train, aku berjalan menghala ke bahagian khas untuk bas-bas ekspres. Aku menuruni eskalator untuk ke platform. Sebaik saja bas tiba aku terus naik. Lima minit kemudian, bas bertolak menuju ke Tanjung Besar, pekan kecil yang terdekat dengan kampung aku.
            ***
            Hampir dua belas jam aku duduk di dalam bas. Mujur juga aku duduk di seat single. Taklah terasa sempit sangat dan berlanggar dengan orang kalau nak bergerak. Tiba-tiba datang idea nakal. Kan bagus kalau aku gunakan Putera Danial semalam. Mesti dia tak kisah hire private jet untuk aku balik kampung. Tak perlulah aku bersusah payah naik bas sampai dua belas jam.
            Aku turun di stesyen bas Tanjung Besar pada jam sebelas malam. Mata melilau-lilau juga mencari kalau-kalau ada kelibat abang-abang aku. Namun harapan aku hanya tinggal harapan. Sepuluh minit menunggu, tiada seorang pun abang aku yang muncul. Aku menggigit bibir menahan rasa kecewa yang mula menyelinap ke dalam hati. Sampainya hati. Tak ada seorang pun yang menunggu sedangkan aku dah mesej Abang Hadi semalam.
            Aku mengesat air mata. Tak ada gunanya aku menangis. Keadaan tetap tak berubah. Konon dulu kalau aku masuk universiti, aku mengharapkan perhatian ayah dan yang lain pada aku akan bertambah. Tapi percaturan aku silap. Dua tahun di Universiti Awam Alamin, baru dua kali aku balik ke sini. Sekali masa cuti pertengahan semester di tahun pertama. Aku balik dengan seribu harapan tapi harapan berkecai bila masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing.
            Ayah banyak menghabiskan masa di masjid dan madrasah. Abang-abang aku yang lain waktu tu sedang belajar di kolej. Tinggallah aku di rumah seorang diri. Kecewa dengan peristiwa tu aku nekad untuk menghabiskan semua cuti di Amanjaya dengan harapan mereka akan memujuk aku untuk pulang. Tapi, lain yang diharap lain yang jadi. Jangankan telefon bertanya khabar, mesej pun tak ada. Baru hari tu lah Abang Hadi telefon menyuruh aku balik pada cuti yang terdekat.
            Aku menampar pipi beberapa kali. Sudah-sudahlah tu berfikir mengingatkan masa lalu, Adele! Kau dah bahagia duduk di Amanjaya seorang diri. Kau dah berjaya hidup di atas kaki sendiri. Walaupun hidup dengan bantuan kewangan untuk belajar, tapi it is not that bad, kan? You have a life there and you have Hairi. Apa yang nak dikesalkan lagi?
            Aku berjalan ke hujung stesyen, tempat biasa untuk kereta-kereta sewa menunggu penumpang. Aku memberanikan diri untuk menegur seorang lelaki sedang bersandar di sebelah kereta sewanya dengan sebatang rokok terselit di jari. Aduh... rasa selamat berada di Amanjaya berbanding di sini.
            “Err... pakcik, boleh hantarkan saya ke Kampung Sepakat Jaya?”
            Lelaki itu menoleh. Matanya memerhatikan aku dari atas ke bawah. Aku menelan air liur. Pandangan dia, menakutkan! Sudahlah dah nak tengah malam.
            “Rumah siapa?” tanya lelaki itu.
            “Rumah Haji Hassan. Tak jauh dengan Madrasah Al-Ilm”
            “Oh! Pakcik kenal dengan dia! Tak sangka anak ni, anak Haji Hassan. Setahu pakcik, dia tak ada anak perempuan.”
            Aku hanya mampu tersenyum mendengarkan kata-kata lelaki itu. Dalam hati dah menjerit kerana geram. Geram dengan kenyataan yang keluar daripada mulut pakcik tu.
            “Saya tak duduk dengan ayah. Jadi sebab tu orang ramai tak tahu,” kataku cuba untuk tersenyum.
Peritnya rasa bila berdepan dengan realiti. Ibu meninggal sejak aku lahir. Sejak lahir sehinggalah aku mula masuk sekolah tinggi aku di bela nenek. Bila aku berumur empat belas tahun, aku mula memberontak kerana merasakan ayah tidak mahu menjaga aku. Abang Harith yang umurnya atas aku setahun dia boleh jaga sejak kecil, kenapa aku tidak?
            Bila aku mula pandai melarikan diri dari rumah dan berkawan dengan budak-budak nakal, nenek menyuruh ayah mengambil aku semula. Tak sanggup menjaga aku katanya. Aku kembali tinggal dalam jagaan ayah. Itu pun tak lama. Dalam beberapa bulan selepas itu, ayah meminta seorang kawannya untuk jadikan aku anak angkat. Susah sangat ke nak menjaga aku? Itu yang menyebabkan aku selalu terasa hati dengan ayah.
Aku selalu kecewa dengan ayah yang tak mahu menjaga aku. Alasan ayah, aku perlukan kasih sayang seorang ibu yang dia tak dapat berikan kerana aku seorang perempuan. Duduk dengan keluarga Ayah Man membuatkan aku semakin memberontak. Ayah Man dan Ibu Ina melayan aku cukup baik. Cuma aku yang tidak boleh terima hakikat. Aku masih ada seorang ayah tetapi sudah di jaga oleh keluarga angkat, macam anak yatim. Makin kerap aku larikan diri semasa dalam jagaan mereka.
Tindakan aku berjaya menarik perhatian ayah. Ayah membawa aku pulang ke rumah. Tapi tiada apa yang berbeza. Ayah masih begitu. Sibukkan dengan empat orang abang-abangku, sibukkan dengan masjid dan madrasah, tetapi tentang aku selalu diketepikan. Akhirnya aku duduk di asrama madrasah sehingga tamat O-level. Bukan madrasah yang ayah uruskan. Tapi Madrasah Annur yang hampir dua puluh kilometer dari rumah.
Aku give up. Habis belajar di madrasah, aku dapat tawaran ke Universiti Awam Alamin. Sebab itu, aku berkeras untuk ke sana. Ayah dengan Abang Hadi pula sibuk memaksa aku ke Kolej Islam Darul Taqwa, kolej yang dimasuki abang-abangku. Aku jadi kecewa dengan aturan hidup aku. Aku selalu rasa Allah tak adil dengan aku. Macam mana nak menjurus dalam bidang agama kalau hati aku makin jauh dengan agama? Rasa give up bila setiap hari berdoa, tapi tak ada apa perubahan yang aku rasakan.
           Aku menghela nafas berat. Kereta sewa berhenti betul-betul di depan rumah. Selepas melakukan pembayaran, aku berjalan perlahan-lahan ke pintu utama. Luar rumah disinari lampu jalan manakala tiada cahaya dari dalam rumah. Hanya lampu luar yang terpasang tidak mahu rumah bergelap. Aku memberi salam beberapa kali. Apabila tiada sahutan, aku mengeluarkan kunci rumah daripada dalam beg. Mujur ada. Haraplah kunci rumah ni tak pernah bertukar.
            Sebaik saja pintu rumah dibuka, suasana di dalam rumah gelap gelita. Aku mengeluh. Pasti tiada orang di rumah. Entah-entah ada program di madrasah. Aku melangkah masuk ke dalam. Suis lampu aku buka. Kemudian pintu rumah aku tutup dan kunci. Ini yang malas nak balik rumah ni. Tak ada pun perkara yang menggembirakan. Baik aku habiskan cuti-cuti aku di Amanjaya dengan kerja part-time. Sekurang-kurangnya dapat tambah duit kocek.
            Tak tahu apa yang hendak dibuat, aku merebahkan badan di atas katil selepas menukar baju. Sunyi. Sepi. Beginilah kehidupan aku seharian jika di rumah. Tak ada sesiapa yang menunggu, tiada sesiapa yang boleh di ajak berbual, tiada sesiapa yang memberi perhatian. Aku memejamkan mata. Bilakah semua ni akan berakhir?
---
Salah satu sebab entry pendek-pendek adalah kerana saya akan terkena penyakit writer's block kalau buat sekali panjang-panjang. Huhu
Maka, biar pendek tapi sentiasa, kan? Maafkan saya atas kelemahan saya. >.<
Sekarang ni pun tiba-tiba terkena penyakit ni masa nak sambung menulis OMP. Aduhai. =.="
Moga terhibur. :)

3 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Bukak blog ni dulu utk mulakan hari! Thank you writer ;) Sekali sekala ada cerita mengenai khidupan Adele.. Huhu.. Baru tahu background family dia.. Kesian sang putera yg menanti tp xpela.. sekali sekala jual mahal. Anyway, we are always supporting you no matter it is long @ short story.. (^__^)

Unknown said...

mnarik....

Unknown said...

Xpa,biar pndek asl da smbungan..hehe..makin bez nk tau kisah adele