Oh My Prince 17
Aku leka melayari internet, sambil
membuat sedikit research untuk assignment, aku mencari-cari kalau ada
kerja part timer untuk dua minggu
macam aku ni. Tapi harapan sajalah sebab memang takkan ada punya kerja macam
tu. Tadi ada juga aku berborak-borak dengan Kak Ros kot-kot ada kerja yang
boleh aku tolong. Tapi tak ada pula.
Mata aku tercantap pada satu iklan
mencari pengasuh untuk budak tiga tahun. Lumayan
juga rupanya gaji untuk pengasuh budak tiga tahun ni. Entah siapalah mak bapak
dia agaknya. Aku scroll lagi ke
bawah. Ada juga iklan jadi tutor
untuk budak yang nak ambil O-Level di rumah. Kalau aku nak apply macam tak sesuai pula sebab susah aku nak bahagikan masa aku
naik cuti nanti.
Aku
terbaca satu iklan lain. Terasa dada aku berdebar semasa membaca iklan tu.
‘Mencari seorang guru mengajar membaca Al-Quran.’Aku menggigit bibir. Aku
membaca surah Al-Fatihah di dalam hati. Masih lancar ke bacaan Al-Quran aku?
Lamanya rasa aku meninggalkan kebiasaan yang dibuat dulu. Membaca satu muka
surat Al-Quran setiap hari. Masa kecil dulu, teruk aku kena rotan dengan Atuk
setiap kali tersalah baca. Masih terasa-rasa peritnya rotan halus milik Atuk
mengenai tapak tangan.
Mood
aku untuk melayari laman web jawatan kosong hilang begitu saja sebaik
terpandangkan iklan terakhir tadi. Akhirnya, selesai mencari bahan belajar, aku
berhenti menggunakan komputer dan meminta diri daripada Kak Ros untuk balik.
Terasa
sia-sia saja perjalanan aku ke universiti hari ni. Eh! Tapi tak juga. Dapat
juga cari bahan nak buat kerja. Lagipun, kalau tak kerana aku ke universiti,
aku tak tahu selama ni Putera Danial memang hantar orang untuk ikut aku. Haih!
Kenapalah tiba-tiba aku teringatkan tuan putera tu. Tapi hebat juga Zul tu.
Kalau dia tak muncul tadi, memang aku tak tahu dia mengikut aku selama ni.
Pandai dia menyorok. Grrr...
Aku
tidak terus balik ke rumah. Memandangkan tiada apa yang hendak dibuat, aku
mengambil keputusan untuk ke Bestmall, shopping
mall yang terdekat dengan stesyen MRT Emerald. Lama aku menghabiskan masa
di Bestmall. Jam pula baru menunjukkan pukul dua belas tengahari. Akhirnya aku
makan tengahari di foodcourt. Rasa forever alone gila bila berjalan seorang
diri macam ni. Kalaulah aku boleh terbang ke Hong Kong sekarang juga.
Lepas
makan, aku berjalan lagi di dalam Bestmall. Langkah aku terhenti di hadapan
kedai buku Gemilang, antara kedai buku yang mempunyai rangkaian terbesar di
dalam Alamin. Aku masuk ke dalam kedai itu. Lama rasannya tak beli buku. Kalau
beli pun, aku jarang membaca. Hidup aku di Amanjaya ni hanyalah universiti,
Hairi dan bilik. Bilik pun hanya untuk berehat.
Aku
leka membelek-belek buku yang tengah popular di Alamin. Kemudian, aku melangkah
pula ke rak buku yang menempatkan buku-buku dari luar negara. Beberapa novel
Inggeris menarik perhatian aku. Ditambah dengan jalan cerita yang menarik, lama
aku memegang novel Sophie Kinsella dan berfikir sama ada hendak beli atau tak.
Baru
aku nak bergerak untuk ke rak yang lain bila terasa ada seseorang mencuit
lengan aku. Aku berpusing ke belakang. Sebuah buku Inggeris bertajuk ‘Will you marry me?’ disuakan ke arah
aku. Huh? Tatkala aku mengangkat muka, Putera Danial memandang aku dengam
senyuman di bibir. Aku menolak buku yang dia hulurkan tadi. Tak ada kerja betul
tuan putera seorang ni. Tak takut ke kalau orang kenal dia kalau dia berjalan
dekat tempat-tempat macam ni? Ingat pakai sunglass
dalam mall ni, cool sangatlah tu.
“Seorang
je?”
Dia
bertanya benda yang dah nampak depan mata. Buku tadi kembali diletakkan di rak.
Ada juga buku dengan tajuk tu. Hampeh betul. Aku menjulingkan mata. Soalan dia aku
biarkan tak berjawab.
“Zul
ke yang beritahu saya dekat sini?” sindir aku. Kalau dah pasang mata-mata,
senang sangat nak mencari aku ni.
“Hrm...
ada masanya usaha diri sendiri perlu juga.”
Aku
mencebik. Usaha sendiri sangat! Aku melangkah pula ke rak buku bersebelahan
diikuti Putera Danial dibelakang. Bila aku berhenti melangkah. Tak pasal-pasal
Putera Danial melanggar belakang aku bila dia tak bersedia untuk berhenti.
“Eh!
Sorry!” kata dia.
“Tuanku
tak ada kerja lain ke selain mengikut saya? Saya peliklah. Tuanku ni putera
raja, tapi ada je dekat mana-mana saya pergi. Nanti saya cakap tuanku ikut
saya, tuanku kata saya perasan pula,” bebelku. Tapi bebelan aku hanya disambut
ketawa dia. Hish! Bilalah aku boleh lari daripada putera seorang ni.
“Buku
ni nampak menarik, Adlina.”
Putera
Danial menunjukkan buku lain di rak. ‘I
Love You’ tajuknya. Aku pandang Putera Danial tanpa perasaan.
“Soalan
aku tak jawab, dia boleh tukar topik pula...” bebelku sendiri.
Sudahnya,
aku terus leka dengan urusan aku tanpa menghiraukan Putera Danial yang setia
berjalan mengikuti aku di belakang. Tiba masa aku nak buat pembayaran, Putera
Danial terlebih dahulu menghulurkan beberapa dolar Alamin kepada cashier.
“Eh...
ini buku-buku saya! Buat apa nak bayarkan?”
Putera
Danial tayang muka selamba. “Kamu lambat sangat,” katanya selamba.“Ambil saja
duit ni,” dia bercakap dengan cashier pula.
Putera
Danial berlagak selamba di hadapan cashier
lelaki itu. Apabila bakinya dipulangkan, Putera Danial menarik tangan aku
untuk keluar daripada Gemilang. Terpinga-pinga aku bila tangan aku terus
dipegang sehingga kami berdiri di hadapan Alamin’s
Steakhouse. Antara restoran eksklusif yang ada di Bestmall ni.
“Saya
baru lepas makan. Jangan ajak saya lunch
lagi.”
“Tak
apa. Kalau tak nak makan, kita minum.”
“Tuanku
ni memang tak ada kerja lain ke? Pergi balik istanalah, buat apa yang patut!”
marahku.
Tangan
yang berada dalam pegangannya aku tarik kuat. Geram bila kata dia saja yang aku
kena ikut. Nanti aku menjerit dekat sini, jadi drama pula! Kalau orang boleh
perasan dia ni putera kedua Alamin, lagi haru dibuatnya.Tangan yang tadi
terlepas daripada pegangan dia capai balik. Dengan selamba dia menarik aku
untuk masuk ke dalam steakhouse tanpa
menghiraukan kata-kata aku tadi.
Akhirnya,
tanpa rela aku ikut juga dia masuk ke dalam restoran itu. Kami dibawa ke sebuah
bilik VIP. Di tengah-tengah bilik ini terdapat sebuah meja yang sudah dihias
dengan bunga dan lilin. Lilin? Aku mengerutkan dahi. Ini candle light lunch ke macam mana? Tengah-tengah hari macam ni pula
tu. Tiba-tiba lampu bilik ini menjadi suram. Jadi, dapatlah cahaya lilin itu
menerangi meja makan. Bila masalah tuan putera ni merancang semua ni.
Aku
terus duduk di atas kerusi tanpa dipelawa Putera Danial. Melihatkan aku sudah
duduk, dia mengambil tempat di hadapan aku. Matanya leka merenung ke wajah aku.
Aku hanya menayangkan muka bosan. Kenapalah lelaki ni terikat sangat dengan
aku? Nak kata aku ni cantik, err.. cantiklah sikit. Tapi ramai lagi yang cun
melecun daripada aku.
Tengok
saja kalau dekat universiti tu. Berapa ramai gadis yang suka mengendeng dia
setiap kali tak ada kelas. Kenapa tak ajak je dia orang kahwin? Ini aku juga
yang dia nak. Huh! Macam perempuan perasan pula aku ni. Argh...! Apalah yang
aku merepek sangat ni?
“Memang
tak ada kerja tuanku ni, kan?” kataku memecah kesunyian.
Seorang
pelayan tiba dengan membawa pembuka selera. Aku perhati gadis itu sewaktu dia
keluar. Boleh nampak mata dia menjeling Putera Danial bila ada peluang. Hai...
habislah aku macam ni.
“Kami
banyak kerja sebenarnya.”
“Habis
tu? Kenapa tak duduk diam-diam je dekat istana sana, siapkan kerja tuanku?”
“Hrm...
sebab bersama kamu pun salah satu kerja kami.”
Aku
mengerutkan dahi. Tak faham dengan apa yang dia maksudkan. Kenapa? Aku ni nampak
terlalu forever alone ke macam mana?
“Tak
apa. Hairi bilik minggu depan. Lepas ni dah ada orang yang akan selalu dengan
saya.”
“Iya?”
soalnya tak berminat. Tangannya sudah memegang sudu dan garfu untuk makan.
“Kamu
tak ingat kata-kata kami dulu kan?”
“Hrm?”
aku mengerutkan dahi. “Yang mana? Macam banyak je perkara yang kita dah
bualkan?” kataku sambil berfikir.
“Kami
akan buat sehingga kamu terima kami. Ingat lagi?”
Berubah
rasa muka aku apabila dia mengulangi kata-kata dia dulu. Aku menarik nafas
dalam-dalam. Sabar Adele, sabar...
“Jadi,
semua tindakan tuanku ni semata-mata nak menarik hati saya? Macam tu?”
Putera
Danial tidak membalas. Dia meneruskan sesi bersantap yang tergendala disebabkan
aku.
“Macam
mana lagi saya boleh buat supaya tuanku tak buat benda-benda pelik ni lagi?
Rimaslah saya...”
“Hrm...
senang saja. Kahwin dengan kami, masalah pun selesai. Mudah, kan?”
“Urgh!”
Aku memandang Putera Danial tak puas hati. “Tak kuasalah saya! Kalau tuanku
terdesak sangat, carilah mana-mana perempuan lain yang lagi sesuai.”
“Kamu
lebih sesuai...”
“Sebab?”
“Sebab
kamu tak macam perempuan lain yang sukakan saya sebab saya ni putera raja.”
“Hah...
kalau macam tu, biar saya jadi macam perempuan lain yang sukakan tuanku.
Selesai masalah kan?”
Putera
Danial ketawa. “Kalau kamu sama macam perempuan lain yang sukakan kami, apa
kata kita kahwin?”
Aku
mengetap bibir bila terjerat dengan kata-kata aku. “Nope! Not happening, Your Highness.”
“See? That what makes you different from the others. Kamu tak boleh menipu.”
Aku
diam. Malas mahu memanjangkan perbincangan yang tidak akan berkesudahan ni, aku
mencapai garfu dan pisau. Udang yang dipanggang untuk pembuka selera ni aku potong-potong
untuk melepaskan geram. Kalaulah aku boleh buat dekat dia macam ni, nanti tak
pasal-pasal kena dakwa sebab ada niat membunuh.
“Kami
belum terdesak untuk berkahwin. Kami ada seumur hidup untuk tunggu kamu.
Adlina, walaupun sekarang kamu bermati-matian hendak menolak, apa-apa pun boleh
berubah dalam sekelip mata. Dan apa yang penting, thebest man wins.”
Tenang
Putera Danial berkata dengan senyuman di bibir. Aku memandang dia sekilas. Raut
wajahnya nampak lembut di mata aku. Terasa ada debaran lain bila melihatkan
matanya turut tersenyum. Aku menggigit bibir. Warning alert! Adele, be careful!
----
Terima kasih buat semua yang menyokong. Tersenyum2 saya baca komen yang ada. Insya Allah saya akan nota semua komen2 tu. ^_^
Saya selalu perhatikan ramai yang mahu Adele dengan Danial. Tak ada sesiapa yang nak dia dengan Hairi? Hairi kan baik? Hihihi. ;)
12 comments:
bestnya..
mhu adele ngn danial?
biar lorh hairi..
x sbr nk tnggu ksdhn crta ne..
hahaha pdainya putera nk memikat ati adela..
putera dengan adele.
Hairi sekadar prop, mungkin? Hehehehehe. Saya tak suka Hairi sebab bawak Adele ke night club...sebab bersosial dan sia tidak melindungi Adele. Danial lebih complete... a little bit of this and that, tapi semua aspek cukup. So, yeap, saya suka Danial jadi hero.
Hairi penah cuba ambik kesempatan ke atas Adele dulu. Maybe setakat jd kawan boleh la. Hopefully masih ada ruang di pintu hati Adele utk tuan putera. Hihi.
So.. Tuan putera bagi la Adele job. Xdela nnt adele boring sgt. kan kan..
nak tambah panas keadaan, saya nak adlina dgn 'ustat' adib. aci dak? peace no war. hehehehe....
nk ngan putera danial..oooo...sooo sweet...gambatte putera pikat adlina..hhehe
Terus kan karya Nya...terbaikz...and I'm getting hook after reading ur blogs...wish u all the best in completing ur karya;))
Terima kasih sebab selalu update cepat! Buat saya happy ^__^ Saya tak suka dengan Hairi sebab dia suka pegang2 and cuba cium Adele. Putera Danial pun tak berapa menarik sangat walaupun dia putera. Saya rasa Adib lagi sesuai
Best .. ade sambungn x ???
Hehex .. =)
x mau adib... x mau hairi... nak putera danial.. :)hihi
haha.. sokong cik ct payung.. nak adele ngan 'ustaz' adib..
Post a Comment