::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

09 March 2015

Mininovel: Kasih Suci 05



Kasih Suci 05
            “Hujung minggu ni, awak free?” sayup-sayup aku dengar suara Izzat di talian. Dia kata, tengah teman mak dia ke AEON. Sebab itulah suaranya perlahan semacam. Sesekali aku mendengar suara Irfan memanggil Izzat.
“Hrm... boleh dikatakan free jugaklah kalau tak kena ke office,” balasku dengan nada perlahan jugak dengan mata memandang ke tv yang menayangkan siaran AXN.

“Kenapa, Izzat?” soalku akhirnya.
“Hrm... kalau, awak tak busy, bolehlah hantar saya ke LCCT...”
Aku sudah tersenyum. “Boleh... boleh... tak ada masalah. Saya tanda kat planner terus ni,” usikku. “Siapa lagi yang ikut hantar awak?”
“Hrm... parents, dengan Abang Thaqif je lah. Oh! Si kecik ni pun ikut jugak...”
“Iya? Dia tengah buat apa tu?”
“Ada ni, duduk atas riba saya. Nak biar lepas, ada berjalan ke mana-mana nanti. Sekarang ni, mak ayah depan mata pun, budak-budak senang kena culik.”
Aku setuju sangat dengan kata-kata yang diucapkan Izzat. Baru beberapa hari lepas keluar dekat surat khabar, budak kecil hendak diculik di hadapan mak ayah dia. Bahaya betul
“Betul, Izzat. Takut bila baca surat khabar, budak kecik nak kena culik depan mata mak ayah dia. Risau! Makin moden, makin mencabar nak menjaga anak,” keluhku.
“Hrm... mak dengan ayah kena sama-sama jaga. Tak boleh mengharapkan sebelah pihak je.”
“Hrm...” Aku mengangguk bersetuju. Walaupun kami sedang berbual, fikiran aku melayang memikirkan masalah yang aku hadapi.
Kita akan jadi ibu bapa yang baik, kan?” soalnya tiba-tiba.
Aku tergamam. Masalahnya, mampu ke aku menjadi seorang ibu? Aku mengeluh.
 “Kenapa mengeluh?” soal Izzat di hujung talian.
Aku tersentak. Kuat sangat ke keluhan aku?
“Izzat... bila kita boleh jumpa sebelum awak balik ke Sarawak?” soalku akhirnya.
“Kenapa, Ila?”
“Saya ada benda nak cakapkan...”
“Awak nak putuskan pertunangan kita ke?” soalnya terus. Aku terkejut.
“Eh, kenapa awak fikir macam tu?” Soalku terkejut. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba aku nak putuskan pertunangan? Belum pun sampai sebulan aku menjadi tunangan Izzat.
“Ila... saya tahu perkenalan kita sekejap sangat dan tiba-tiba je sekelip mata kita dah bertunang. Tapi percayalah pada saya Ila... kali pertama saya nampak awak di rumah Abang Nuar saya dah jatuh hati. Sebab tu bila mak cakap nak tunangkan kita, saya tak menolak...”
Aku terkelu. Lain yang aku cuba sampaikan, lain pula yang berlaku. Tiba-tiba aku mendengar luahan perasaan Izzat. Aku menelan air liur. Apa yang aku patut katakan?
“Err... terima kasih sebab jatuh hati pada saya...” kataku perlahan. Kemudian aku tergelak. Apa ke pelik sangat jawapan aku ni. Izzat turut sama ketawa mendengarkan kata-kata aku.
“Cuma... sebelum hubungan kita pergi lebih jauh, saya rasa saya kena beritahu awak satu perkara...”
“Ila... saya terima baik buruk awak. Saya terima semua kekurangan awak. Saya pun bukanlah sesempurna mana...”
No... bukan soal tu je, Izzat...” aku mengeluh lagi.
“Kita jumpa? Ini melibatkan masa depan kita,” kataku akhirnya.
Lama Izzat terdiam sebelum akhirnya dia memutuskan masa dan tempat untuk kami berjumpa. Aku menggengam tangan aku kuat. Ya Allah... berikanlah aku kekuatan untuk berdepan dengan dia...
***
Izzat memilih restoran masakan thai yang terletak tidak jauh daripada rumah sewa aku. Wajahnya tenang seperti kebiasaannya. Tak dapat aku hendak jangka moodnya bagaimana. Lama aku merenung Izzat yang duduk di depan aku sehinggalah dia melambai tangannya beberapa kali untuk menyedarkan aku.
“Eh, sorry!” kataku bila tersedar daripada lamunan. Izzat tersenyum.
“Fikirkan apa?” soalnya lembut.
Aku senyum serba salah. Macam mana nak mula ye?
“Izzat, pasal yang saya katakan hari tu...”
“Ila, apa kata kita makan dulu? Kita simpan semua cerita sampai habis makan. Ok?” pintanya sebelum sempat aku membuka cerita. Akhirnya aku mengangguk bersetuju. Sementara menunggu makanan tiba, kami berborak bermacam cerita. Sesekali ketawa kami meletus apabila dia menceritakan pengalaman dia di sana.
“Kalau kita kahwin, saya kena duduk sana ke dengan awak?” soalku bila dia tamat bercerita tentang kerenah anak muridnya di sana.
“Eh, saya tak adalah sampai hati nak bawa awak ke sana. Kat sana pun, saya serumah dengan cikgu lelaki yang lain. Lagipun, awak kerja kan?”
Aku tersenyum mendengarkan jawapan dia. Sedikit sebanyak hati terasa lega. Perbualan kami terhenti saat seorang pelayan menghantarkan makanan pesanan kami. Sebaik saja semua makanan dan minuman tiba, kami terus menikmati makan malam dengan santai. Sesekali aku menjeling ke arah dia yang tenang menikmati makanannya. Izzat, dalam keadaan apa pun dia nampak tenang.
“Jadi, apa perkara yang awak nak cakapkan?” soalnya hampir sepuluh minit kami selesai menjamu selera.
Aku memandang Izzat lama. Terasa kelu pula hendak meneruskan kata-kata.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana...” aku sudah ketawa menutup kegugupan.
“Saya sepatutnya beritau awak sebelum kita bertunang. Tapi, disebabkan semua yang berlaku ni terlalu mengejut, saya...” aku kematian kata-kata. Akhirnya aku tertunduk.
“Awak dah ada orang lain?”
Aku menggeleng. Nafas lepaskan perlahan. “Apa yang awak harapkan daripada sebuah perkahwinan, Izzat?”
“Hrm... harapan saya? Mestilah saya berharap dapat bina sebuah keluarga yang bahagia. Isteri yang soleh, pandai menjaga diri bila saya tak ada. Ada anak-anak yang comel macam Irfan dan saya dapat jadi ayah yang terbaik,” balas Izzat bersahaja. “Awak?” soalnya kembali.
Aku tersenyum hambar mendengarkan jawapannya. Anak-anak huh? “Tak jauh beza dengan harapan awak...” aku menggigit bibir. “Tapi... kalau ditakdirkan kita kahwin dan tak ada anak macam mana?”
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Saya ada masalah dengan rahim saya...” kataku tenang.
“Maksud awak?” Dahi Izzat berkerut tanpa tidak memahami apa yang aku katakan.
“Period saya selalu tak teratur. Bukan tu saja, saya selalu sakit perut bila nak period. Saya ingatkan period pain biasa. Satu hari tu saya tak tahan sangat sakitnya. Dengan sibuk dengan tesis lagi. Lecturer saya bawa saya jumpa doktor. Masa tulah yang saya tahu...”
Aku mula membuka rahsia yang lama aku pendamkan. Wajah Izzat aku pandang lama. Walaupun rasa malu hendak menceritakan perihal wanita, dia kena tahu sebab ini tentang masa depan kami.
“Jadi, doktor cakap, peratus untuk mandul tu ada. Jadi sebab tu saya rasa awak kena tahu. Saya takut kalau saya tak mampu nak berikan awak zuriat...” aku memandang Izzat yang terdiam mendengarkan. Kemudian dia mencapai gelas minumannya dan tanpa sebarang riak, dia minum air yang berbaki.
“Izzat, saya terima kalau awak nak putuskan pertunangan ni. Awak layak dapat yang lebih baik...”
“Ila, kan saya dah cakap... saya terima baik buruk awak. Saya terima semua kekurangan awak. Sedangkan wanita yang subur pun ada yang masih tak ada rezeki untuk dapatkan anak. Lagipun sekarang ni, teknologi dah maju. Kita boleh usahakan kalau nak dapatkan anak. Kenapa mesti awak risaukan perkara yang belum pasti?” dia menyoal aku kembali.
“Memang tak pasti, Izzat. Tapi risikonya dah ada...”
“Tadi awak cakap, berapa peratus wanita mandul disebabkan penyakit tu?”
“30 ke 40 peratus...” kataku perlahan.
Izzat tersenyum. “30 hingga 40 peratus, kan? Jadi peratus yang tak mandul tu masih ada 60 hingga 70 peratus. Kita tak tahu awak termasuk dalam golongan yang mana. Nanti dah kahwin, kalau masih tak ada rezeki, kita jumpa doktor pakar. Ikhtiarkan cara lain,” katanya tenang.
Hati aku sedikit tersentuh. Ikhlas sungguh lelaki ini. Perasaan aku yang tadinya rawan kini kembali tenang. Aku menghadiahkan seyuman manis buat Izzat. Dia turut sama tersenyum.
“Tapi rasanya salah satu hikmah poligami untuk hal inilah. Tak gitu?” soalnya.
Air muka aku berubah. Ketawa besar Izzat melihatkan reaksi aku.
“Jahat!” kataku geram.
Izzat ketawa mengekek. “Saya bergurau saja...”
“Gurau, tapi macam dah ada niat je...” Aku mencebik. “Saya beritahu awal-awal supaya awak boleh buat keputusan. Kalau tak boleh terima, lebih baik awak cari orang lain sebelum saya betul-betul tak boleh lepaskan awak nanti...”
Izzat tersenyum. “Ila, dah lima tahun saya mencari, baru ini saya berjumpa dengan yang saya rasa the one, tahu? Awak rasa semudah itu ke saya nak lepaskan?”
Aku terdiam. Sedikit sebanyak tetap rasa inferior dengan kekurangan diri. Aku tersenyum tawar. Tak tahu macam mana nak terangkan perasaan aku sekarang. Semuanya bercampur baur. Kalau nanti kahwin, tapi tak ada anak, sanggup ke aku dimadukan?
            ***
            Seperti yang dijanjikan, hujung minggu aku aku ke LCCT untuk menghantar Izzat. Aku tiba lebih awal daripada waktu yang dijanjikan. Sempat aku ke bilik air sementara menunggu mereka. Aku berdiri di sebelah seorang wanita yang anggun bertudung ketika aku sedang membasuh tangan. Apabila pandangan kami bertentangan di cermin, aku menghadiahkan senyuman buat dia.
            “Nak ke mana?” tegur wanita itu.
            “Hantar tunang. Dia nak balik ke Sarawak,” ceritaku ringkas.
            Wanita itu mengangguk. “Saya pun nak ke Sarawak juga ni. Mengajar di sana.”
            “Oh...! Cikgu ke?”
            “Ha’ah...”
            “Mengajar di mana? Tunang saya pun cikgu juga. Dia di Kapit.”
            “Oh? Siapa ye? Saya pun di sana juga. Tapi di pekan Kapit tu. Mesti saya kenal. Selalu muka-muka sama je turun pasar setiap hujung minggu.” Dia ketawa kecil.
            “Ah... itulah. Dia ada juga cerita. Tunang saya, Izzat Yunus.”
            Wanita itu sedikit terkejut. Namun tidak lama, riaknya kembali berubah seperti sediakala. “Oh, tunang Izzat rupanya!” Dia tersenyum. “By the way, saya Nabihah. Panggil Biha pun boleh. Tunang Izzat ni, namanya siapa?”
            Aku tersengih mendengarkan usikannya. “Ila.”
            “Hrm... senyap-senyap je Izzat bertunang. Sikit pun dia tak bercerita,” komen Biha.
            Aku hanya tersenyum. tidak memberikan apa-apa komen. Kami bertunang pun bukannya ada majlis apa pun. Sekadar pertemuan dua keluarga hari tu. Mana nak sangka terus bertunang.
            “Jomlah kita keluar sekali. Flight saya sama dengan Izzat. Memang selalu kami balik sama...”
            Dahi aku sedikit berkerut mendengarkan kata-katanya. Apa yang dia cuba sampaikan? Dia berkawan baik dengan Izzat ke sampai pergi balik bersama? Hati aku sedikit tak tenang. Tapi, hendak cemburu tak bertempat pun tak berguna juga. Kami sama-sama keluar daripada bilik air dan menuju ke tempat menunggu. Sambil berjalan, aku mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubungi Izzat.
            “Biha asal mana?” soalku sewaktu kami berjalan.
            “Johor,” balasnya pendek.
            “Johor? Jauhnya ke sini? Kenapa tak naik di Senai je? Kalau tak silap Izzat ada cakap dari Senai pun ada penerbangan ke Sibu?”
            Ketawa kecil Biha mendengarkan soalan aku. “Saja...” balasnya selamba.
            Aku sedikit terganggu mendengarkan jawapan Biha. Di fikiran, aku sudah mula membuat spekulasi yang bukan-bukan. Entah-entah, Biha sukakan Izzat kot? Tengok sajalah betapa berubahnya air muka Biha tadi masa dapat tahu aku tunangan Izzat. Aku mengetap bibir. Jangan fikirkan bukan-bukan Ila... Izzat sendiri yang kata dia tak ada sesiapa di hati. Tapi, sejauh mana aku boleh peercayakan Izzat? Aku menghela nafas perlahan.

1 comment:

aqilah waharp said...

Ada lg x smbungn? Cerita awak semua best2