::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

18 March 2015

E-novel: Bidadari 05



Selamat membaca! ^_^
Bidadari 05
            Tiga tahun dahulu...
Aku mematikan diri di dalam bilik. Pintu bilik yang mak ketuk tidak aku hiraukan. Ayat mak malam tadi masih terngiang-ngiang di telinga. Sebab itu aku mengambil keputusan untuk duduk sahaja di dalam bilik pagi ni. Mahu menenangkan fikiran. Biarlah mak ingat aku tidur balik selepas subuh tadi. Malam tadi aku terdengar perbualan mak dengan ayah masa hendak ke dapur, membuat air. Perbualan yang seterusnya membuka rahsia yang hampir dua puluh dua tahun disimpan kemas.

“Hanis kena tahu juga benda ni. Sampai bila Mah nak rahsiakan?” perlahan ayah bersuara sewaktu mereka berdua di ruang tamu malam tadi. Televisyen terpasang menayangkan siaran Al Jazeera. Kisah peperangan antara Israel dan Palestin yang masih tak sudah.
Aku terasa tidak sedap hati mendengarkan kata-kata ayah. Ada benda yang aku tak tahu ke?
“Mah takut Hanis memberontak, bang. Itu yang Mah risaukan sangat kalau nak bercerita!” mak mengeluh.
Ayah terdiam. Aku masih sabar mencuri dengar di sebalik langsir.
“Insya Allah, tak. Kita cerita elok-elok dia boleh terima. Lagipun dia dah dua puluh dua tahun. Dah boleh berfikir mana baik, mana buruk,” ayah bersuara menenangkan keresahan di hati mak.
“Tak boleh ke kalau kita rahsiakan je? Biarlah dia terus fikir Lina tu adik Mah?”
Dada aku dah mula berdegup kencang. Umi bukan adik mak? Kiranya aku ni bukan anak saudara mak? Khairul, Ikhwan dengan Nisa bukan sepupu aku seperti apa yang aku sangka selama ni? Habis, siapa aku sebenarnya?
Dulu kalau aku bertanya kenapa aku seorang yang berbintikan Abdullah, mak hanya menjawab aku anak adik dia. Bila aku tanya mana mak dan ayah kandung aku, mak kata mereka dah meninggal. Sejak itu mak menyusukan aku, lantas menjadikan aku anak susuan dalam keluarga ni. Mengingatkan hal itu, serta merta dada aku terasa sesak. Aku kembali menghendap mak dengan ayah.
“Abang bukan apa, Mah. Satu hari nanti mesti Hanis tahu juga keturunannya. Cuba nanti masa dia nak kahwin, perihal wali dah jadi satu masalah pula. Mesti dia lagi terkejut kalau dia tahu masa tu,” jelas ayah.
“Mah risaulah, bang!” sekali lagi mak mengeluarkan ayat yang sama.
“Nantilah kita cari masa yang sesuai.” Akhirnya mak memberikan keputusan. Aku nampak ayah mengangguk, bersetuju.
Aku menguatkan hati untuk keluar daripada di sebalik langsir. Niat hendak minum air di dapur hilang bila terdengar benda yang tak sepatutnya aku dengar buat masa sekarang. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.
“Eh? Hanis tak tidur lagi?”
Jelas muka mak menunjukkan dia terkejut. Aku tersenyum sumbing. “Mak dengan ayah tak tidur lagi? Dah pukul sebelas dah ni?”
Mak memandang aku serba salah. “Saja mak dengan ayah berehat sekejap, tengok tv.”
Aku hanya mengangguk. Perlahan-lahan aku mengambil tempat disebelah mak.
“Mak ayah...” aku memanggil perlahan.
Mak dengan ayah memandang aku. Aku menelan air liur. “Hanis minta maaf sebab curi dengar mak dengan ayah berbual tadi. Tapi, ada apa-apa ke yang mak ayah rahsiakan daripada Hanis?” akhirnya aku bersuara.
Pandangan aku dialihkan ke arah ayah. Wajah ayah masih tenang. Kemudian aku memandang mak. Jelas mak seakan-akan tergamam mendengarkan soalan aku.
“Hanis dah dengar, mak. Jadi alang-alang apa kata mak cerita terus? Siapa Hanis, mak?”
Mak membuka cerita lama. Tangannya sekali sekala mengusap bahu aku, memberi semangat. Terasa bagai kena hiris belati rasanya hati aku bila mendengarkan kisah yang keluar daripada mulut mak. Aku tertunduk. Sedaya upaya aku menahan air mata daripada menitis jatuh. Kecewa dengan berita yang baru disampaikan.
“Hanis, mak tak pernah membezakan Hanis dengan anak-anak mak yang lain. Hanis sendiri membesar dengan susu mak. Hanis sama je dengan anak-anak mak yang lain,” mak memujuk. Tangannya masih mengusap bahu aku, lembut.
“Tapi, Hanis tetap orang luar. Darah yang mengalir dalam badan Hanis tetap Hanis tak tahu milik siapa mak! Hanis rasa malu sangat kalau ada orang tahu benda ni,” aku mengesat air mata yang akhirnya jatuh jua. Terasa berat benar mahu menerima kejutan ini. Taraf aku tetap tak sama seperti insan lain. Orang tetap aku menganggap aku anak luar nikah, yang tak berbapa!
“Sebab tu mak dengan ayah simpan betul-betul rahsia ni. Yang tahu atuk dengan nenek je.”
Aku diam. Kemudian aku mengalihkan tangan mak. Aku mahu masuk ke bilik. Mak sedikit terpinga-pinga melihatkan tindakan aku.
***
“Hanis buka pintu ni Hanis!” suara Khairul mematikan lamunan aku.
Jam di dinding menunjukkan pukul lapan pagi. Aku masih membatukan diri di atas katil. Tak lama kemudian, ketukan di pintu mati. Aku menarik nafas lega. Mata yang sedikit perit aku pejam rapat-rapat. Semalaman aku tidak dapat tidur memikirkan perihal malam tadi.
“Hanis!”
Spontan aku membuka mata. Khairul sudah berdiri di hujung katil.
“Macam mana abang masuk?” aku sedikit terpinga-pinga. Melihatkan tangannya memegang kunci, barulah aku faham.
“Kenapa duduk berkurung dalam bilik ni, Hanis?” nada suaranya mengendur.
“Keluarlah. Hanis nak duduk seorang-seorang dalam bilik ni.”
“Cuba cerita dekat abang...” Khairul memujuk.
Aku menggeleng. “Tak ada apalah!”
“Hanis tahu tak mak risau bila Hanis duduk diam dalam bilik? Selalunya Hanis orang paling ceria masa weekend kan? Awal-awal pagi dah keluar buat macam-macam.”
Aku mengeluh. Itu sebelum peristiwa malam tadi.
“Abang tak faham.” Hanya itu aku mampu berkata.
Khairul menggeleng. “Ye, memang abang tak faham kenapa mesti Hanis jadi macam ni. Takkan bila dapat tahu cerita sebenar, terus Hanis pulaukan diri sendiri? Pernah ke mak beza-bezakan Hanis selama ni? Abang tengok, mak sayang Hanis lebih daripada abang adalah!” marah Khairul.
“Abang tahu?”
“Abang paksa mak cerita bila dia berdiri depan pintu bilik Hanis daripada tadi.”
Aku merenung cadar katil tak berperasaan. “Abang tak faham. Hanis tak ada masalah bila tahu umi dengan mak tak ada pertalian darah. Hanis boleh terima sebab mak yang menyusukan Hanis. Tapi Hanis tak boleh terima sebab Hanis tak ada ayah bang! Anak tak sah!” serentak dengan itu air mata bergenang kembali..
Wajah tegang Khairul sedikit mengendur mendengarkan kata-kata aku.
“Hanis, umi Hanis bukan jual maruah diri tau! Umi Hanis kena rogol. Berbeza tahu kena rogol dengan berzina. Sekurang-kurangnya, umi Hanis tak buang Hanis tahu? Cuba Hanis tengok zaman sekarang ni, bersepah bayi kena buang. Kena bunuh. Hanis sepatutnya bersyukur.”
Aku menggeleng. “Bukan tak bersyukur. Tapi Hanis malu, bang. Macam mana kalau ada orang tahu pasal Hanis? Mana Hanis nak letak muka?”
Aku nampak Khairul menarik nafas panjang. Akhirnya dia duduk di hujung katil.
“Kalau Hanis tak beritahu orang, tak ada sesiapa yang tahu, Hanis. Dua puluh dua tahun mak dengan ayah simpan cerita ni, Alhamdulillah tak ada sesiapa yang ungkit. Ikhwan dengan Nisa langsung tak tahu. Bagi dia orang, Hanis tetap kak ngah yang dia orang sayang...”
“Tapi...” belum sempat aku menyampuk, Khairul dah menyambung.
“Let say satu hari nanti dah sampai jodoh untuk Hanis kahwin, lelaki yang waras je akan terima Hanis. Lelaki yang faham je yang akan terima. Dan jangan risau, abang akan jaga Hanis,” pujukan Khairul berjaya membuatkan aku tersenyum.
“Dahlah, jangan fikirkan sangat. Jom berkebun!” ajaknya ceria. Mahu menghilangkan rasa sedih aku. Akhirnya aku mengikut langkahnya selepas menyalin pakaian.
“Nak tahu apa lagi yang istimewa yang ada pada Hanis?" Khairul bertanya masa dia tengah cangkul tanah untuk tanam pisang.
“Apa dia?” perlahan aku bertanya.
"Hanis ada family susuan. Rasulullah s.a.w. kan ada family susuan?" katanya sambil tersenyum.
Aku membalas senyumannya tak berperasaan. "Memanglah Rasulullah s.a.w ada family susuan..."
Khairul berhenti mencangkul. Perhatiannya beralih kepada aku.
"Tapi, tak ada pun dalam family Rasulullah s.a.w. yang tak sah taraf. Mana ada anak rogol, anak luar nikah dalam susur galur Rasulullah?" balasku perlahan.
"Tengok tu!" serentak dengan itu, pipi aku kena tarik.
"Tak ada siapa yang ungkit, Hanis yang mengungkit. Memang sengajalah tu!" marahnya.
Aku tersenyum simpul. Nafas aku hela perlahan-lahan. Cuba untuk memandang positif setiap ketentuan Allah. Ya, aku beruntung. Aku beruntung, bila aku ada keluarga susuan yang dah macam keluarga kandung. Selain mak, ayah dan adik-adik... aku ada abang yang memang sangat-sangat sayangkan aku.



No comments: