::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

02 March 2015

Mini Novel: Kasih Suci 03

Masih ingat kisah Kasih Suci? Tiba-tiba mood saya untuk menyambung cerita ni muncul. Hihi. Selamat membaca!



Kasih Suci 03
SESEKALI aku menjeling ke arah Izzat yang duduk di sebelah Abang Nuar. Setiap kali diajukan soalan, dia menjawab sopan. Suaranya yang perlahan membuatkan aku rasa malu sendiri bila hendak menyuruh dia mengulang soalan dia. Ah! Macam manalah dia menjadi cikgu agaknya? Sudahlah mengajar subjek Sejarah. Ada tertidur sahaja dibuatnya nanti.

“Dah berapa lama Izzat mengajar di Sarawak?”
“Dah nak masuk lima tahun jugaklah. Sejak habis KPLI...”
First posting terus dapat Sarawak?” soalku.
Izzat mengangguk.
“Lima tahun, lama jugak tu. Tak mintak pindah ke?” soalku lagi.
Izzat hanya tersenyum. “Ada jugak mintak, tapi belum ada rezeki lagi, Suhaila...” katanya lembut.
Aku membalas senyumannya seikhlas mungkin. Isk! Kalau ditakdirkan jodoh aku dengan Izzat ni,  takkanlah aku nak kena ikut dia ke sana? Kena pula dia mengajar di Kapit. Kenapa si Izzat ni tak pilih je mana-mana cikgu perempuan yang mengajar dengan dia kat dalam sana? Ah! Kalau dah ada yang berkenan, mesti dia tak ada dekat sini. Aduh... tak sanggup aku hendak meninggalkan keluarga aku jauh-jauh ni. Aku mengeluh. Hendak memilih sangat, aku teringatkan pesanan mak. Tapi, kalau tak memilih, sanggup ke aku hidup dengan Izzat yang jauh terceruk di bumi Sarawak tu?
“Macam mana ya life kat sana?” soalku ingin tahu.
“Kalau nak dibandingkan dengan semenanjung, jauh bezalah. Dari sekolah saya sejam naik speed boat untuk ke pasar Kapit. Naik bot biasa hampir dua jam...”
“Pasar?” soalku sedikit terkejut.
Izzat memandang aku termangu-mangu. “Oh! Kitorang biasa panggil pekan Kapit tu pasar! Hujung minggu je, kitorang sema ke pasar, restock barang...” ujarnya lalu ketawa.
“Kapit tu kecil je. Selalu hujung minggu kami ramai-ramai sewa satu speed boat untuk ke pekan. Hujung minggulah baru dapat telefon rumah, bertanya khabar.”
Melopong aku dengar kisah dia.
“Tak ada telefon ke sana? Internet?”
Izzat hanya tersenyum.
Line telefon tak ada. Internet ada, tapi dekat sekolah mana boleh masuk facebook apa semua...” dia ketawa.
Aku sedikit kagum mendengarkan cerita dia. Besar pengorbanan seorang guru. Kalau yang sudah biasa duduk di bandaraya, pasti tak boleh hidup jika dicampak ke pedalaman. Tapi kalau tiada sesiapa yang hendak ke sana? Macam mana nak membantu masyarakat di sana? Takkanlah hendak biarkan mereka terus ketinggalan dalam arus kemodenan.
“Kalau ambil flight, turun dekat mana? Kapit?” soalku ingin tahu. Kalau kapit dipanggil pekan, ada ke landasan untuk kapal terbang mendarat? Tak besar pun tak apa, kalau kapal terbang jenis Fokker boleh mendarat.
“Kalau naik kapal terbang, kena turun di bandar Sibu. Nak ke Kapit, kena naik bot ekspress daripada Sibu. Dalam 3 jam sampailah. Sungai memang pengangkutan utama dekat sini. Dulu masa first time sampai, gayat jugalah hendak naik ke jeti. Iyalah, orang tak biasa dengan sungai...” dia tersenyum sumbing.
“Tapi, apa-apa pun, saya bersyukur dapat mengajar kat sekolah tu. Walaupun pedalaman, tapi masih dekat dengan Kapit. Ada kawan-kawan yang sama-sama cikgu dekat sana kena mengajar sekolah kebangsaan kawasan pedalaman, kena naik 4 wheel drive guna laluan lori balak. Kalau di Belaga, naik bot, kena lalu jeram...” ceritanya sedikit menggeleng. Mulut aku sedikit terlopong mendengarkan cerita Izzat.
“Sekolahnya pula, bekalan elektrik terpaksa guna generator. Air pun, guna air hujan. Kalau kemarau, terpaksalah mengharapkan air sungai. Talian telefon tak ada, Internet pun laman sosial kena block. Hujung minggu, hah! Berdedai-dedailah cikgu-cikgu sekolah pedalaman keluar ke pekan mendapatkan line telefon,” tambahnya lagi.
Aku mengerutkan dahi. Membayangkan keadaan hidup di sana. Sejak kecil sampai ke besar hidup dalam kesenangan, macam manalah agaknya kalau tercampak dekat sana? Hish! Tak dapat aku bayangkan. Bagilah sepuluh ribu sebulan pun, aku tak yakin aku boleh terima.
“Tapi pengalaman yang menarik, Suhaila. Walaupun mulanya mengeluh jugak kena mengajar dekat sana, tapi alhamdulillah. Bila duduk saya, saya belajar untuk jadi lebih bersyukur,” dia mengakhiri ceritanya dengan senyuman. Wajahnya tak menunjukkan kesal dapat mengajar di Sarawak. Malah, seperti berbangga sebab dapat menumpahkan bakti kepada anak-anak Iban di sana. Aku turut sama tersenyum.
***
“Sarawak?!” suara mak meninggi.
“Sudahlah, Suhaila! Lupakan je. Mak tak sokong. Bukan sebab mak memilih ke apa, tapi takkanlah kamu hendak ikut dia tinggal dekat sana pulak?” awal-awal lagi mak sudah memberikan lampu merah.
“Dia mengajar je mak. Bukannya nak duduk sana terus. Lagipun, manalah tahu setahun dua lagi dia dapat pindah. Lagipun, dah dekat lima tahun dia dekat sana, mak?”
Mak terhenti mencangkul tanah di hadapannya. Matanya tajam merenung ke mata aku. Aku menghulurkan batang pisang yang tinggal lagi dua untuk ditanam. Mak menyambut. Batang pisang diletakkan tegak di dalam lubang yang sudah dibuat. Kemudian, mak kambus kembali lubang tersebut dengan tanah yang berbaki.
“Habis tu, kamu nak tunggu dia sampai bila? Kalau nak kahwin, takkan seorang dekat sana, seorang lagi dekat sini? Mak tak setuju!” balas mak tanpa memandang sedikit pun muka aku.
“Mak...” panggilku lagi.
Mak menggeleng. Aku mengeluh.
“Dia cikgu, mak! Bukannya kerja nelayan dekat Sugai Rejang tu... Takkan selamanya dia dekat sana. Dia pun ada usaha nak pindah ke mari. Lagipun dah lima tahun dia dekat sana... ada rezeki dia, adalah tu. Lagipun, baru berkenalan je mak. Tak fikir sampai kahwin lagi...”
Mak menjeling aku dengan hujung mata sebelum memasukkan batang pisang yang terakhir. Selesai mengambus tanah, kami berjalan menuju ke rumah. Cangkul diletakkan di tempat asal. Mak masih tidak bersuara. Baru aku cakap aku tengah berkenalan, dia dah bising. Ini belum aku buat keputusan nak kahwin lagi. Mak... mak...
“Jangan-jangan dia guna alasan kahwin untuk balik sini, tak?” teka mak sewaktu kami sedang melepaskan penat di hadapan televisyen.
Aku tergelak. Izzat tu lelaki, kerja dengan kerajaan. Aku ni perempuan, kerja swasta. Manalah kuat alasan berkahwin untuk dia pindah ke sini. Kan selalunya isteri ikut suami, bukannya suami ikut isteri.
“Mak... kalau dia nak kahwin, dah lama dia kahwin mak. Umur dia pun dah tiga puluh dua. Bukannya muda lagi...”
“Memilih sangat kot?” kata mak lagi.
Aku menggeleng perlahan. Balang berisi keropok ikan yang terletak di atas meja kopi aku capai.
“Memilih tak memilihlah mak... anak mak yang seorang ni pun, solo lagi. Memilih ke, Ila ni mak? Nak kata memilih, tak jugak. Mungkin jodoh tu sampai lambat. Hrm...” Lambat-lambat aku memasukkan keropok ke dalam mulut. Sesekali mata menjeling ke arah mak yang masih diam tak memberikan apa-apa reaksi.
“Bila budak tu nak datang?” akhirnya mak bertanyakan soalan yang aku tunggu-tunggu. Aku menyembunyikan senyuman daripada mak. Kemudian aku mencapai gelas berisi air oren twister yang aku tuang sewaktu di dapur tadi.
“Minggu depan dia dah habis cuti. Kalau nak datang pun, dalam hujung minggu ni agaknya...” balasku tenang sambil memandang televisyen yang menayangkan siaran AXN.
“Kamu memang serius nakkan dia?”
Erk? Aku tersedak mendengarkan soalan mak. Berair mata dibuatnya.
“Kenal-kenal dulu, mak. Ila pun tak tahu nak cakap lebih-lebih. Lepas istikarah hari tu, tak ada pulak petanda apa-apa. Ila Cuma mintak Allah tunjukkan je pilihan yang betul. Mak jumpalah dia nanti. Kalau mak rasa ok, dia pun rasa ok... mungkin boleh proceed,” jelasku.
Mak menggeleng perlahan. “Iyalah... Tapi kadang ni, mata manusia boleh menipu. Banyakkan berdoa, mintak Allah yang tunjukkan. Kita kalau nak mintak jodoh, bukannya dengan orang, tapi dengan Dia,” pesan mak.
Aku hanya mengangguk dua tiga kali. Tidak membalas kata-kata mak.
“Nanti dia nak datang dengan keluarga dia ke, macam mana?”
Aku mengangkat bahu. “Entah. Nanti Ila berbual dengan Kak Win macam mana. Lagipun, dia dengan Abang Nuar yang jadi perantara. Ila pun, tak pernah jumpa Izzat tu berdua.”
Mak hanya mengangguk. Belum sempat dia hendak membuka mulut, terdengar suara Fadhlin sayup memberi salam dari luar. Aku bangkit untuk membuka pintu yang berkunci. Sudah menjadi kebiasaan kami untuk mengunci pintu daripada dalam. Orang zaman sekarang ni, bukannya boleh dipercayai! Makin lama, makin pelik-pelik jenayah di Malaysia ni. Fadhlin tersenyum-senyum apabila memandang muka aku sedikit kelat.
“Yong...” sapanya. Tangannya dihulurkan untuk bersalam.
Aku memuncungkan bibir. “Inilah dia, adik mithali kononnya... time ayong balik, sibuk hendak berjalan. Bila ayong tak balik, asyik mengajak ayong balik. Iyalah... siapalah kita ni kan?” aku mengusik.
Fadhlin menayangkan muka serba salah dia. Awal-awal lagi dia dah beritahu, dia hendak keluar menemani kawan dia ke bandar sejak pagi tadi. Sebab itulah aku sampai rumah tengahari dia tak ada.
“Ala ayong.. sorrylah. Lin bukannya sengaja. Lagipun, kawan Lin tak ada sesiapa nak teman, kesian pulak Lin tengok,” pujuknya. Badan aku ditarik ke dalam pelukan dia.
“Yong sihat?” soalnya pula.
Aku ketawa. Pandai Fadhlin tukar topik.
“Sihat. Ayong tahu... saja nak usik Lin...” Pelukan dilepaskan.
So...” Lin bersuara. Matanya memandang ke dalam mata aku, bagaikan hendak bertanyakan sesuatu. Aku menjungkitkan kening apabila Fadhlin tidak meneruskan kata-katanya.
“Macam mana date yong hari tu? Ok orangnya?”
Aku ketawa perlahan. “Oklah... nampak sopan orangnya.”
“Kerja apa? Handsome?” aku menampar perlahan pipi Fadhlin. Fadhlin ketawa. Ada ke patut soalan itu yang dia tanya dulu.
“Taklah handsome mana. Tapi manisnya ada!” balasku bersahaja.
“Waaahhhh...!” Fadhlin sudah mula hendak mengusik. Aku menggeleng kepala perlahan.
“Dah, dah. Pergi salin baju. Balik busuk-busuk, dah nak peluk ayong!”
Fadhlin memuncung. “Yong yang bau peluh, Lin pulak yang kena.”
Aku tergelak. Iyalah, dah tolong mak satu petang dekat belakang rumah, mana tak berpeluhnya. Langkah sama-sama diatur ke ruang tengah. Mata mak tak beralih daripada memandang kami berdua.
“Baru sampai, Lin?”
Fadhlin mengangguk. Kemudian, dia menuju ke bilik untuk menukar pakaian yang lebih selesa.
“Pergi ke mana sampai petang baru balik? Banyak sangat kedai kamu jelajah ke?” soal mak sebaik sahaja
Fadhlin melabuhkan punggung di sebelah aku. Selamba tangannya mencapai gelas aku dan menghabiskan airnya. Fadhlin tersengih sumbing.
“Biasalah mak, orang nak bertunang, semua kedai dia jelajah nak cari barang hantaran. Nak cari yang murahlah, yang cantiklah, warna maroon emas lah! Masa Lin dulu, tak adalah sampai macam tu sekali. Hai... pening, pening!” cerita Fadhlin. “Hah, mana si Fahmi dengan Fuad? Sunyi sepi je rumah ni? Kak Ngah mana? Ana?”
            “Hai? Baru teringatkan adik-beradik ke?”
Berubah muka Fadhlin ditegur mak. Sedikit tak puas hati. Aku menahan ketawa. Kesian si Fadhlin. Dia yang paling banyak duduk rumah, sekali keluar macam-macam yang mak bebelkan. Mana tidaknya, belajar pun, tak jauh dari rumah. Masuk universiti pun, setiap hujung minggu boleh balik. Sampai mak pun tak yakin kalau si Fadhlin keluar ke mana-mana.
“Mak ni... Lin baru sampailah mak,” balasnya sedikit berjauh hati.
“Kak Ngah tak balik kerja lagi. Terpaksa OT kata dia hari ni. Ana dalam bilik dialah. Buat apa lagi budak tu, menghadap komputer je kerjanya. Sekali-sekala balik rumah, sibukkan laptop dia tu...”
“Hai? Mengata Ana ya, yong?” tegur Ana yang baru keluar bilik.
Aku mencebik. “Iyalah! Cuba sekali-sekala cuti sekolah duduk dengan mak ni hah. Ini, asyik menghadap internet je kerjanya. Ayong potong internet baru tahu,” aku mengugut.
Kak Chik hanya melemparkan senyuman serba-salah. Kemudian dia masuk ke dapur sebelum duduk bersama-sama dengan kami di hadapan televisyen.
“Ala, yong. Orang sebulan dapat balik sekali, je. Dalam sebulan, sekali itulah dapat guna internet tahu?” ujar Ana cuba memenangkan diri.
“Hah! Iyalah! Internet tak ada ganti. Mak dengan adik beradik boleh beli dekat Jusco, kan? Sebab itu buat tak kisah kalau tak jumpa...”
Ana terkulat-kulat. Fadhlin menepuk perlahan lengan aku.
“Apalah ayong ni. Bukannya dia leka sangat pun. Ayong balik baru dia melepak dalam bilik. Budak asrama, biasalah. Ayong sekarang makin kuat membebel kan, mak?”
Aku mengetap bibir. Geram aku pula dipersalahkan. Mata menjeling ke arah Ana yang tersengih-sengih. Suka bila ada yang menyokong dirinya.
“Hrm... biasalah. Tunggu dah kahwin nanti, macam mana agaknya dia melayan anak dia nanti. Kalau tak, asyik cakap mak suka membebel je,” mak menyampuk.
Aku buat tak dengar. Kalau tiga lawan satu, memang confirm aku kalah!
“Bila Ana dapat jumpa bakal Yop?” soal Ana.
“Ha’ah, yong? Bila dia nak datang rumah?” Fadhlin pula yang bertanya.
“Tunggu nanti bincang macam mana. Kalau dia nak datang, bersedia je lah korang kena kemas rumah,” kataku tanpa memandang mereka berdua. Bila lagi nak menggunakan adik-adik yang ramai ni.
            ***
Aku masih termangu memandang kedua ibu bapa Izzat dan seorang yang turut hadir bersama seorang kanak-kanak lelaki. Mata aku masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat. Bukan terkejut dengan kehadiran ibu bapa Izzat, tapi aku masih terkejut dengan teguran ibunya kepada aku tadi.
“Ila, kan?”
Aku membalas senyuman ibu Izzat seikhlas hati. Tangan yang dia hulurkan aku sambut dan aku cium sebagai tanda hormat.
“Ingat mak cik lagi?” soal wanita itu.
Aku terpinga-pinga. Ingat? Aku pernah jumpa ke mak Izzat?
“Tak ingatlah ni... Kita ada jumpa dekat Kuantan. Kan Ila yang tolong selamatkan Irfan? Takkan dah lupa? Belum sampai sebulan lagi...”
Aku menelan air liur. Ah, sudah! Kecilnya dunia! “Mak cik Jas...?” soalku teragak-agak.
Mak Cik Jas tersenyum senang. “Hah! Betullah tu! Tak sangka rupa-rupanya, Ila yang Izzat ceritakan. Kecil betul dunia ni, kan?”
Aku terangguk-angguk perlahan. Kecil, memang kecil! “Jemput masuk, mak cik... pak cik...” ajakku kepada dua insan istimewa buat Izzat.
Mata aku mencari-cari kalau ada insan lain yang turut serta ke sini. Tak ada. Aku menarik nafas lega. Hari ni mungkin terselamat. Esok, lusa? Kalau aku pergi ke rumah Izzat nanti, macam mana pula? Belum tentu aku selamat. Aku menghela nafas perlahan. Langkah diatur ke dalam rumah diikuti mak dan Izzat di belakang. Sewaktu aku berjalan beriringan dengan Izzat, Irfan yang berada di dalam dukungan Izzat aku agah. Tak semena-mena, Irfan menghulurkan tangan kepada aku. Aku tergamam!

xxx

ps: Kisah ini saya akan tamakan di blog saja. Stay tuned! ;)

No comments: