::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

25 March 2015

E-novel: Bidadari 06



Terima kasih atas sokongan semua. Selamat membaca! :))
Bidadari 06
K.H.: On Skype
hanisraihan: YM sajalah. Hanis tengah kerja ni.
K.H.: Boleh videocall? Rindulah. Hehe.
Aku tergelak baca mesej YM daripada Khairul. Rindu sangat! Mesti ada apa-apa ni sampai nak Skype.

hanisraihan: Itulah. Suruh balik tak nak. Merajuk tak sudah dengan mak.
K.H.: Mana ada. On sajalah Skype tu sekejap. Tak lama. Lima minit je.
Aku mengalah. Logo Skype aku tekan. Kabel fon kepala aku cucukkan ke komputer. Tak lama kemudian, aku dah mendapat panggilan masuk. Mata memerhatikan keadaan sekeliling. Risau kalau bos aku yang bujang terlajak tu lalu. Mesti dia bising aku sibuk guna internet untuk perkara bukan kerja masa tengah bekerja.
Dah hampir dua bulan walimah Atiqah berlangsung. Video dia pun dah sebulan aku bagi. Tersenyum lebar Atiqah melihat hasil kerja aku dengan Khairul. Sekarang dia tengah sibuk minta tukar ke Pahang pula. Ialah, dapat suami bekerja dekat sana. Nasib baiklah sama-sama kerja kerajaan. Senang Atiqah nak minta tukar.
“Hanis tengah buat apa?”
Aku pandang muka Khairul sekilas di skrin monitor sebelum kembali memandang kertas kerja di tangan. Dah tahu lagi mau tanya. Sekeh juga karang.
“Kerjalah. Apa lagi...”
Khairul hanya mengangguk. Kemudian dia tak bertanya apa-apa. Lama juga aku menunggu kalau dia nak bertanya apa-apa. Huh! Kalau diam macam ni, lebih baik biarlah YM berbicara je!
“Kenapa lama abang tak balik?” akhirnya aku yang melontarkan soalan.
Aku nampak Khairul sudah mula tersenyum. “Kenapa? Mak bising ke?”
“Mahunya tidak. Sudahlah telefon jarang-jarang. Mak rindu tu...”
Khairul hanya menayangkan giginya.
“Takkanlah merajuk sebab mak nak carikan calon untuk abang kot? Lawaklah abang ni. Kalah perempuan, you!” aku mengusik.
“Taklah. Abang busy sikit dua tiga hari ni. Macam-macamlah kena buat.” Khairul cuba menyelamatkan diri.
Aku tersenyum sumbing. “Ialah tu. Hanis tetap tak percaya.”
Tiba-tiba datang idea nakal untuk mengusik dia.
“Hari tu mak bawa balik gambar perempuan. Dia tunjuk dekat ayah, minta pendapat. ayah ok je. Hanis pun dah tengok. Manislah orangnya. Air muka bersih. Nampak gayanya, abang kena kumpul duit dari sekaranglah ye? Ke memang dah ada saving?”
Aku nampak Khairul sudah mula gelabah.
“Eh? Hanis biar benar? Kan abang dah cakap dengan mak, tak payah.”
Akhirnya aku ketawa melihatkan reaksi Khairul.
Hahaha. Kidding! Tapi kalau betul apa salahnya kan? Abang juga cakap yang abang tak ada calon?”
“Hish, budak ni. Buat orang gelabahlah. Nanti-nanti dululah. Kasi Hanis lepas dulu. Lelaki kahwin lambat pun tak apa. Makin tua, makin tinggi saham!”
Aku mencebik. Entah daripada mana entah dia dapat idea tu.
“Ialah. Lepas tu, nanti ada anak, orang confuse anak ke cucu.”
Aku dengan Khairul sama-sama ketawa mendengarkan kata-kata aku sendiri.
“Ehem!”
Suara orang berdehem mematikan ketawa aku. Spontan aku mendongak. Tajam mata Encik Syahmi memandang aku.
“Dah siap kerja?”
Aku menggeleng. Kemudian aku tersengih menutup kesalahan sendiri. Ah, bukan salah aku!
“Abang, kita sambung nanti.” Logo telefon berwarna merah aku tekan. Cis! Kantoi pula dengan ahli kumpulan Alif Ba Ta ni. Angkatan Bujang Terlajak!
“Dah berapa lama awak video call dengan cik abang awak tu?”
Aku menarik nafas lega.Nasib baiklah Encik Syahmi tak menengking. Malu!
“Err... tak sampai lima minit pun,” balasku. Cuba berlagak tenang.
“Kerja dah siap?”
Aku diam. Kerja, mana pernah siap. Kalau syarikat dah nak muflis barulah tak ada kerja.
“Inilah budak-budak sekarang. Ada internet lain jadinya. Main facebook tengah-tengah kerja. Chatting. Bila kita block server, tak guna juga. Masing-masing ada broadband, bawa pergi pejabat. Kadang-kadang ada teknologi ni makin menyusahkan. Cuba belajar daripada orang Jerman. Waktu kerja, kerja. Waktu rehat, rehat.”
Panas telinga aku mendengar Encik Syahmi membebel. Silap aku juga. Aduh! Walhal, aku ni bukannya jenis kerja tak siap.
“Lepas tu buat kerja sikit, lembutnya... tak kena tempat! Ambil bidang engineering, kena faham sendirilah. Dah tahu jobscope awak tu macam mana kan masa belajar! Suruh pergi site, tak sampai berapa jam dah balik. Panaslah, rimaslah! Buat kerja sikt bising. Kena stay bising. Bila melahu masa kerja tak ingat pula? Lepas tu sibuk nak claim duit mileage dengan duit O.T.,” sambungnya lagi.
Aku pula yang terpinga-pinga pakcik ni membebel. Dia ni nak marahkan siapa? Mana pernah aku berlemah-lembut masa kerja. Aiman pun selalu kutuk aku sebab kasar. Tapi kalau masuk bidang kejuruteraan nak berlemah lembut, kerja pula kena ke tapak memang kena bulilah!
“Err... maaflah bos!” aku mengalah lah juga. Malas nak panjangkan cerita. Buatnya suara dia meninggi dekat sini, aku yang malu.
Encik Syahmi pandang aku tak beriak. “Jangan ulang lagi, Hanis. Attitude hancur, kerja pun hancur. Ingat, kalau awak kerja main-main... apa agaknya status gaji awak? Jangan sampai tak berkat!” dia mengingatkan.
Aku menelan air liur. Dah selalu artikel-artikel macam ni aku baca. Tapi bila ada orang tegur terus dekat diri sendiri, rasa tak tahu nak letak muka dekat mana.
“Saya faham. Insya Allah saya akan ingat teguran encik.”
Encik Syahmi hanya mengangguk. “Awak tak lunch?”
Aku menjeling jam di dinding. Dah nak masuk waktu rehat rupanya! Patutlah Encik Syahmi ke sini. Mesti nak cari kawan baik dialah tu. Belum sempat aku hendak menjawab, pop-up ym keluar di skrin. Spontan perhatian kami berdua beralih ke arah monitor di hadapan aku.
K.H: Malam nanti abang telefon. Ada benda nak cakap. Kerja elok-elok.
“Bercinta bercinta juga. Jangan sampai kerja tak jalan!” Encik Syahmi berjalan mendapatkan kawannya. Kata-kata dia tadi berjaya buat aku terkelu. Bila masanya pula aku bercinta ni?
“Hanis Raihan, you tak lunch ke?” Encik Lutfi menyoal apabila dia dengan Encik Syahmi berjalan di sebelah meja aku.
“Ada lagi lima minit untuk lunch Encik Lutfi. Nanti saya berhutang lima minit dengan company,” balasku bersahaja. Encik Lutfi ketawa besar manakala Encik Syahmi menjeling dengan hujung mata.
“Alahai, saya rasa company ni tak adalah berkira sampai macam tu sekali. Tak gitu, Mi?”
Diam.
“Jomlah lunch sekali, Hanis Raihan. Dah lama kita tak makan sama, kan?”
Dahi aku dah berkerut mendengarkan ajakan yang keluar daripada mulut Encik Lutfi. Makan sekali? Dengan Encik Syahmi? Tak nak lah!
“Saya tunggu Auni.”
“Oh! Dia no problem punya!
“Err... Tapi...”
Belum sempat aku menjawab, Auni dah mencelah. “Hanis! Encik Lutfi dah janji nak belanja aku lunch hari ni. Jom?”
Huh! Patutlah dia ­‘no problem!’. Aku teragak-agak untuk ikut. Segan sebenarnya. Orang lain yang dia nak belanja, tiba-tiba aku pula tumpang sekaki. Dengan Encik Syahmi pula tu.
“Risaukan cik abang marah ke, Hanis Raihan? Jangan risaulah. Kita berempat ni,” usik Encik Lutfi. Senyumannya memekar di bibir. Cuma satu benda yang pelik pada lelaki ni, dia suka sangat panggil nama penuh aku.
I suka nama you. Nanti ada anak I nak letak nama you lah!’
Itulah yang dia jawab masa aku tegur suruh panggil Hanis sahaja. Encik Syahmi hanya memandang aku dengan ekor mata. Aku terasa serba salah.
“Jomlah.” Akhirnya sebaris ayat keluar juga daripada mulut Encik Syahmi. Ayat yang bagai menggerakkan aku untuk mengikuti langkah mereka.
“Apa mimpi Encik Lutfi tiba-tiba nak belanja kau ni?” perlahan aku berbisik pada Auni.
“Semalam, aku tolong dia buat kerja sampai malam. Aku minta upah. Dia pula dengan senang hatinya cakap nak belanja aku lunch,” balas Auni dengan menayangkan muka tak bersalah.
Geleng kepala aku dengar kata dia. “Kalau macam tu, lepas ni apa-apa kau minta tolong aku nak minta Subway!” aku mengusik. Auni hanya ketawa.
“Apalah agaknya anak dara berdua ni dok berbisik-bisik dari tadi ni?” Encik Lutfi yang tengah memandu menyampuk. Teguran yang spontan mematikan gelak Auni. Aku hanya tersengih.
“Bergosiplah tu. Perempuan...” terdengar ada suara sumbang yang berkata-kata.
Aku mencebik. Asal perempuan sahaja, mesti dikaitkan dengan bergosip.
“Mana Encik Syahmi tahu saya dengan Auni tengah bergosip? Tak baik bawa cerita. Kalau orang lain dengar, mesti dia orang dah fikir yang buruk pasal saya dengan Auni. Kan tak pasal-pasal jadi fitnah?” laju aku menjawab. Daripada cermin sisi, aku nampak muka Encik Syahmi berubah riak. Seronok juga sekali-sekala dapat membalas!
“Tak sangka mulut you ni bisa juga ya, Hanis Raihan? Masa dekat pejabat senyap macam ada emas dalam mulut tu.”
“Pejabat lain, Encik Syahmi. Sekarang ni kan lunch hour...” balasku selamba dengan senyuman tak bersalah.
Encik Syahmi mengecilkan mata memandang aku. Disebabkan kami berempat, taklah aku takut sangat dengan dia. Aku sudah ketawa di dalam hati. Cuba macam tadi, mati kutu bila kena tegur berdas-das.
“Ialah. Sampai terdiam terus pak cik sebelah ni hah.” Encik Lutfi menyakat kawan baik dia.
Aku tersengih. Mata terpandangkan Encik Syahmi menjeling.
“Masa office hour, mulut dia ringan kalau menghabiskan masa je.”
“Alah, Mi. Kalau asyik kerja je, serius dua puluh empat jam pun bosan juga. Sekali-sekala bersantai bukannya apa. Janji kerja jalan. Kan, Auni?”
Laju Auni mengiakan. Aku dapat rasa Encik Lutfi cuba menenangkan suasana. Betul tu. Kerja serius sangat pun, boleh jadi tekanan tu. Bukannya aku makan gaji buta sampai kerja aku orang lain yang tolong siapkan. Tak faham sungguh aku dengan Encik Syahmi ni. Padanlah sampai sekarang dia ni tak kahwin-kahwin lagi. Agaknya semua perempuan lari daripada dia. Kalau tengok daripada muka macam dah nak masuk empat puluh. Tapi umur sebenar aku tak tahulah. Sebab dia ni bukan antara orang-orang yang aku ambil tahu.
Sementara berbual bermacam cerita yang keluar. Sesekali muka Encik Syahmi berubah bila cerita dia keluar. Laju je dia menukar topik asalkan bukan diri dia yang jadi bahan bualan. Barulah aku tahu yang lelaki ni pernah putus tunang. Siapalah agaknya bekas tunang dia tu kan? Mesti tak tahan dengan perangai Encik Syahmi yang err... serius dan gila bekerja dua puluh empat jam tu.
“Hanis.” Aku yang tengah ketawa mendengarkan lawak bodoh Encik Lutfi mengalih pandang ke arah Encik Syahmi.
“Ya?” orang panggil elok-elok, kita kenalah jawab elok-elok. Sudahlah dia ni anak Ir. Muhammad, merangkap bos besar aku.
“Telefon.” Tanpa nada dia bersuara.
Kening aku terangkat. Telefon bimbit yang berbunyi daripada dalam beg tangan aku keluarkan. Nama pemanggil membuatkan aku tersenyum sendiri.
“Excuse me,” laju aku meminta diri.
Telefon bimbit dilekapkan ke telinga. Suara pemanggil dari hujung sana membuatkan senyuman aku melebar. Ceria semacam je mak cik ni. Ada apa-apa ke?
“Ada apa ni yang kau nak cerita sampai tak boleh tunggu malam?”
Atiqah ketawa. Cerianya semacam. “Cuba kau teka?”
Laju otak aku berfikirkan sebab Atiqah menelefon. “Kau pregnant?”
Makin galak Atiqah ketawa. “Bukanlah. Awal lagi ni. Tapi kalau Allah nak bagi, alhamdulillah. Kau doakanlah!”
“Ya Allah, berilah Atiqah dengan Zhafran anak yang soleh, musleh dan comel macam mak cik Hanis ni dengan cepat. Amin...” kata aku sebelum ketawa mengekek.
Habistu, kalau bukan sebab tu, sebab apa lagi?”
“Cubalah teka!”
Aku menggaru-garu pipi. Sesekali mata memandang ke arah meja kami. Makanan sudah terhidang. Auni dah melambai-lambai memanggil. Encik Syahmi hanya memandang daripada jauh. Hish! Perasan. Agaknya dia tengah tengok orang lain.
“Cakap sajalah, Tiqah. Aku tengah lunch ni. Makanan pun dah sampai tu. Kawan aku dok terlambai-lambai dah.” Akhirnya aku mengaku kalah. Apa agaknya berita yang dia nak bawa ni?
“Guess what? Ada mak orang minta nombor kau.”
Dahi aku dah berkerut.
“So?”
“Aku rasa ada orang nak bertaaruf dengan kau. Hah! Kau tunggu sajalah panggilan daripada orang tu ye?”
Terasa menderu-deru darah hendak turuk dari muka. Perlahan tangan mengurut dahi. Kenapa abang yang mak nak suruh menikah dulu, tiba-tiba aku yang buat sejarah dulu ni?
“Mak siapa? Siapa orangnya? Kau tahu?”
Atiqah terdiam. “Sebenarnya aku tak patut cakap dengan kau. Tapi mesti kau tak sabar nak tahu, kan?”
Aku menahan sabar. “Tiqah... cepatlah! Siapa?” Dada aku mula berdebar. Takkanlah Aiman?
“Hehehe. Kau rasa siapa?”
“Tiqah....” meleret aku menjawab. Dalam hati berharap sepotong nama itu yang disebut Atiqah.
“Orang tu adalah...” Atiqah buat-buat aksi ala-ala saspens. Hish! Saja mendera perasaan akulah mak cik ni!
“Mak Aiman!”
“What?!”Hampir terlepas telefon bimbit ditangan.
xxx
Novel kedua saya Oh, My Prince! bakal berada di pasaran. Klik sini untuk maklumat lanjut. ^_^

No comments: