::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

24 March 2015

Oh, My Prince! UPDATE!


Assalamualaikum!

Apa khabar semua pembaca-pembaca yang saya kasihi.
Alhamdulillah, seperti yang saya war-warkan beberapa hari lepas, Oh, My Prince! akan diterbitkan pada April 2015 Yeay!!!


TETAPI YANG LEBIH MENARIK (insya Allah kalau tiada masalah) anda boleh DAPATKAN OMP LEBIH AWAL di KARNIVAL JOM HEBOH yang akan diadakan di MELAKA pada SABTU & AHAD [28 & 29 March 2015] ini! Jadi apa lagi orang-orang Melaka? Dapatkan Putera anda segera. Hihihi. ^_^ (Tempat: Stadium Hang Jebat, Krubong)
 
Novel ini terbitan: Penerbit  Karyaseni.
Berharga : RM27.00
Cover: Yang rasmi saya tak dapat lagi. Dapat terus saya share ya! :D
Teaser: Coming soon!
Blurb/Sinopsis:

Adele, si gadis bijak yang hidupnya hanya bertemankan kekasih hati di universiti. Kehadiran Danial di Universiti Awam Alamin membuatkan si gadis manis ini serba tak kena. Di mana ada Adele, di situ ada Danial.

Kasih Adele yang sudah tertumpah kepada Hairi, menyebabkan kehadiran Danial dipandang sepi. Kedudukan Hairi di hati Adele sedikit pun tak tergugat, walau bermacam cara yang digunakan Danial untuk memikat Adele.

Demi menyelesaikan masalah, salam persahabatan daripada Danial disambut. Masalah yang disangka selesai akhirnya menjadi semakin besar. Sehinggalah suatu kesilapan menyebabkan Adele lari meninggalkan segala-gala yang dia ada di Universiti Awam Alamin.

Suasana kampung mengubah personaliti seratus peratus. Di sana, dia bukan lagi Adele yang dikenali di Universiti Awam Alamin tetapi yang wujud hanyalah Adlina Hani. Kehadiran Danial di kampung Adele menyebabkan rahsia yang Adele sorokkan selama ini hampir terbongkar. Adele kalut!

“Macam mana awak boleh sampai sini? Saya mohon sangat-sangat. Awak tolonglah balik ke Amanjaya dan rahsiakan tentang saya daripada ayah saya.” -Adele-

 “Kamu di sini dan kamu di universiti sangat berbeza. Sangat-sangat berbeza.” -Danial-

 “Aku minta maaf. Bagi aku satu peluang saja Adele. Peluang yang terakhir...” -Hairi-

Adele, Danial dan Hairi. Tiga insan daripada tiga dunia yang berbeza. Bagaimana pengakhiran kisah mereka? Siapakah putera di hati Adele? 

***

Bagi yang belum pernah baca sedutan OMP, saya alu-alukan baca bab 1 sehingga 38 di blog saya. ^_^

Ps: Saya akan terfikir untuk membuka order novel ni kalau yang berminat. Tetapi, saya tak dapat bagi less 3 ringgit dan free postage macam yang Karyaseni selalu buat. Jadi harga mungkin RM27+RMX untuk postage. Anda rasa macam mana? :/

2 comments:

meeka42 said...

Alhamdulillah.Tahniahhh 🎉🎉

Aziela said...

Akk akan ke Stadium Hang Jebat terus. Tak sabar nak tunggu posmen. Syukur dah publish. Oh, tahniah