::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

06 March 2015

Mininovel: Kasih Suci 04



Kasih Suci 04
            “Tak tahu pulak yang awak pernah jumpa mak saya?”
            Suara Izzat menampar telinga sewaktu aku melayan Irfan di bahagian tepi rumah. Leka Irfan memerhatikan ikan kap yang berenang-renang di dalam kolam. Entah sejak bila dia berdiri di belakang pun, aku tak sedar. Nasib baiklah aku tak buat aksi pelik-pelik. Kalau tak, confirm malu! Aku mengintai ke dalam rumah. Mak cik Jas dengan Pak cik Yunus masih menjamu selera di ruang makan. Segan pula aku dengan pasangan tu bila Izzat tiba-tiba ‘lari’ untuk mendapatkan kami.

“Suhaila...?”
Aku tersentak. Terlupa soalan Izzat yang masih belum diberikan jawapan. Kepala dianggukkan perlahan sebagai jawapan buat soalannya tadi.
“Saya jumpa tak sengaja. Masa dekat Kuantan, dengan Irfan, dengan Encik Thaqif...” perlahan sahaja aku menyebut nama lelaki itu. Mata menjeling ke arah Izzat sekilas. Wajahnya tenang sewaktu aku menyebut nama Thaqif. Apa hubungan dia dengan Thaqif agaknya, ya? Adik beradik ke? Muka tak seiras pula.
“Hrm... patutlah Irfan tiba-tiba macam dah kenal awak. Dia tu, kalau dengan perempuan dia tak biasa, tak adanya dia mesra macam ni.”
Aku tersenyum. Irfan yang leka mencangkung memerhatikan ikan-ikan kap berenang aku perhatikan. Risau kalau anak orang terjatuh. Lagi-lagi kalau nama ayah dia Thaqif. Ada dia tuduh aku berangan lagi. Tak sanggup!
“Err... apa hubungan awak dengan Encik Thaqif ye? Saudara ke? Terkejut jugak saya bila mak cik Jas tu mak awak...” aku mengalih pandang ke arah Izzat yang berdiri tidak jauh dari aku. Pakaiannya yang kemas dan rambut tersikat rapi, cukup menonjolkan karisma dia sebagai seorang guru walaupun dia hanya memilih t-shirt berkolar untuk hari ini.
“Panggil ‘mak’ je, Suhaila. Panjang sangat Mak Cik Jas tu. Lagipun, bukannya orang lain...” usiknya. Matanya menjeling sekilas ke arah aku yang sudah malu-malu. Isk! Takkanlah nak panggil mak? Nampak sangat macam tak sabar nak bermentuakan dia.
“Thaqif tu, abang ipar saya.” Pendek pengenalan yang dia berikan sebagai jawapan untuk soalan aku tadi.
Aku hanya mengangguk. Malas hendak bertanya lebih-lebih walaupun hati aku meronta-ronta hendak mengenali lelaki bernama Thaqfi itu dengan lebih mendalam. Tapi, risau pulak kalau Izzat salah faham dengan soalan aku nanti.
“Kakak saya, Liana meninggal selepas melahirkan Irfan. Sejak tu dia membujang sampai sekarang. Disebabkan dia anak yatim, dia banyak tinggal dengan keluarga kami. Kami pun dah anggap dia macam ahli keluarga sendiri...” tambahnya lagi.
Aku mengangguk perlahan. Patutlah Thaqif tu sayang sangat dengan Irfan. Itulah satu-satunya buah hatinya dengan arwah isteri tercinta. Siapa yang sanggup kalau anak sendiri diapa-apakan.
“Oh! Encik Thaqif tu, kerja apa?”
Senior engineer.”
“Iya? Awak rapat dengan Encik Thaqif?” tanya aku bila tidak tahu hendak bertanyakan soalan lain.
“Kelakarlah awak panggil macam tu. Panggil je Thaqif. Nak panggil Abang Thaqif pun boleh. Tapi, lepas awak panggil saya abanglah!”
Aku menggigit bibir. Ada sahaja cara Izzat hendak mengusik aku. Kalau masa di rumah Kak Win hari tu, dia nampak malu-malu. Sekarang malunya dah hilang entah ke mana. Nasib baik santunnya tak terbang sekali.
“Saya dah tak biasalah! Lagipun, pelik nak panggil dia nama je. Baru dua kali saya jumpa dia, takkan nak panggil nama. Nampak mesra sangat pulak!”
Kening Izzat bertaut. “Baru dua kali?”
Aku menggangguk. Terkenang insiden yang tak dapat aku lupakan. Melayang ratus-ratus jugaklah disebabkan nak bayar duit repair kereta Thaqif. Kereta aku pun aku tak bawa pergi bengkel lagi. Tunggu bulan depan pulaklah. Fahmi dengan Fuad nak sambung belajar ni pun, nak guna lagi duit.
“Kiranya, baru dua kalilah awak jumpa mak dengan Irfan?”
Aku menggeleng. “Sekali.”
Izzat hanya mengangguk. Malas mahu memanjangkan cerita.
“Saya dengan Thaqif tu rapat jugaklah. Macam saya cakap tadi, kami pun dah anggap dia macam keluarga kami. Jadi, tak ada istilah bekas abang ipar atau apa. Lagipun, saya dengan arwah Liana tu, dua beradik je. Bila dia kahwin dengan Abang Thaqif, saya dapat abang baru walaupun umur kami tak adalah jauh beza sangat!”
Oh! Izzat anak bongsu rupanya!
“Tak sangka ye anak bongsu boleh lepas kerja di Sarawak?” usikku.
Izzat tersenyum-senyum. “Lepas tak lepaslah, Suhaila. Berair mata jugak mulanya. Mak tu, lagilah. Pantang kalau hantar saya ke airport. Hujan pun hantar sekali. Nasib baik tak banjir. Lagipun, ada hikmahnya saya dapat ke sana. Sekurang-kurangnya, dapat berdikari...”
“Amboi... anak mak lah ni?”
Izzat sudah tersipu-sipu. Malu agaknya bila lelaki dikaitkan dengan sifat manja dan anak emak. Kelakar! Aku sudah tergelak. Izzat ni... nampak sangat anak mak! Iyalah, dia pun seorang je anak lelaki. Bongsu pulak tu. Manalah tak manja. Irfan memandang aku yang sudah menutup mulut kerana ketawa. Perlahan-lahan Irfan berjalan ke arah aku.
“Acik!” tiba-tiba Irfan menjerit.
Aku menoleh. Tergamam melihat Irfan yang sudah terduduk dengan lutut berdarah kerata terkena bucu kolam. Irfan sudah mencebik-cebik tanda mahu menangis. Tidak sampai sesaat, nyaring suaranya menangis menahan sakit. Ya Allah! Anak orang! Laju aku mendapatkan Irfan yang sudah basah pipinya dengan air mata. Aduh! Matilah aku!
“Kenapa, Su? Izzat?”
            Mak cik Jas menyoal. Matanya memerhatikan Irfan yang masih meraung di dukungan aku. Apabila terlihatkan muka neneknya, laju Irfan menghulurkan tangan, minta simpati. Aku menelan air liur sendiri. Macam mana nak cakap ni?
“Irfan tiba-tiba terjatuh masa Izzat berbual dengan saya,” balasku perlahan. Kotak tisu yang berada di sebelah meja telefon aku capai. Laju aku menekapkan tisu pada lututunya. Irfan menjerit.
“Akit!!”
Aku mengusap belakang Irfan perlahan. Cuba untuk memujuk. “Kita basuh luka, ya? Sikit je... Irfan kan boy? Boy tak boleh menangis... boy kena kuat!”
Irfan menangis lagi. Aku sudah mati kutu. Apa aku nak buat ni? Balik nanti, bila Thaqif nampak anak dia macam ni, confirm dia cari aku sampai ke lubang cacing!
“Ok.. kalau tak nak basuh, kita letak ubat nak? Nanti Irfan boleh main lagi...” pujukku. Tangan cuba untuk mengambil Irfan di dukungan neneknya. Dia mengeraskan badan.
“Janganlah macam ni, sayang... Irfan good boy, kan? Kalau lepas letak ubat, Acik bagi Irfan ais krim nak? Yang Irfan makan tadi? Irfan kan suka?” aku cuba untuk mengumpan.
Lima pasang mata hanya memerhatikan gelagat aku dan Irfan. Akhirnya Irfan berjaya aku pujuk. Perlahan-lahan aku mengambilnya daripada dukungan Mak Cik Jas. Mak cik Jas hanya tersenyum melihatkan aku. Kemudian, aku membawa Irfan ke bilik air. Lukanya terpaksa dicuci dahulu sebelum diletakkan ubat. Nasib baiklah lukanya sedikit. Pada Angah, aku kenyitkan mata dan mengisyaratkan dia untuk mengambil peti kecemasan yang berada di biliknya. Aduhai! Failed bab menjaga anak. Leka!
“Hai Izzat? Tak berkelip mata tengok Suhaila?”
Aku mendengar suara Pak Cik Yunus menegur Izzat. Spontan muka aku terasa panas. Izzat yang ditegur, aku pula yang malu lebih-lebih.
***
“Sikit je ni, tak payahlah kamu risau lebih-lebih Suhaila...” kata Mak Cik Jas sebelum mereka melangkah keluar. Dia hanya tersenyum memandang aku. Aku masih mempamerkan riak risau. Irfan yang tertidur di dukungan aku, aku tepuk perlahan. Tadi selepas melayan dia makan aiskrim, terus Irfan terlena. Penat menangis agaknya.
“Risaulah mak cik... buatnya kena jangkitan kuman ke apa,” kataku memberi alasan. Takkan hendak diberitahu aku risau kena marah dengan Thaqif? Buatnya dia serang aku dekat telefon, macam mana?
“Isk! Tak ada jangkitan kuman ke apa. Luka sikit je. Menangisnya yang lebih. Iyalah... nak dapat mak cik baru!” usik Mak Cik Jas.
Darah sudah menyerbu ke muka. Aku memalingkan muka ke arah Izzat dengan Pak Cik Yunus yang sudah menunggu di kereta.
            “Tak bangun lagi si Irfan tu?” mak menyoal.
            Aku menggeleng. Mukanya yang polos aku pandang sayang. Perlahan-lahan hidung aku menyapa pipinya. Irfan bergerak perlahan, terganggu agaknya.
“Oklah, kak. Kami gerak dululah. Dah petang sangat dah ni!” kata Mak Cik Jas kepada mak.
Mak hanya mengangguk. “Baik-baiklah jalannya tu. Sekarang ni, musim hujan! Baru dua hari lepas kereta terbabas di selekoh hujung tu. Nasib baik tak apa-apa.”
Aku tidak menghiraukan perbualan dua orang insan itu. Mataku masih leka menatap wajah Irfan di dukungan. Sebaik sahaja aku mengangkat muka, mataku bertemu pandang dengan mata Izzat yang sedang asyik memerhatikan aku sejak tadi. Dada terasa berdebar melihatkan pandangannya yang menujuk jiwa. Namun, rasa yang baru kali pertama aku rasa itu membuatkan aku terasa bahagia.
“Hrm... main pandang-pandang, jeling-jeling pulak budak berdua ni!” mak menepuk bahu aku. Aku tersentak. Mak! Kot iya pun, janganlah kenakan anak mak ni depan-depan orang lain. Malulah mak!
Mak Cik Jas ketawa. Aku tertunduk. Malunya! Kenapa hari yang sepatutnya jadi hari bersejarah, jadi hari yang memalukan aku ni?
“Tak lama lagilah tu, kak!” komen Mak Cik Jas. Kemudian, dia berjalan ke arah aku. Aku hanya mampu tersenyum untuk menutup malu.
“Oklah, Su... Kami gerak dululah! Dapat jumpa, kenal-kenal pun dah bagus sangat dah ni,” kata Mak Cik Jas. “Mari mak cik ambil Irfan,” sambungnya lagi.
Perlahan-lahan kami mengangkat Irfan supaya dia tak tersedar. Sebaik sahaja Mak Cik Jas berjaya mengambilnya, Irfan tersedar. Melihatkan orang yang mengendongnya sudah berubah, terus Irfan menangis. Aku dengan Mak Cik Jas saling berpandangan. Mak hanya ketawa melihatkan Irfan.
“Dia dah nak melekat dengan Suhaila je lah tu...”
            Aku menggeleng perlahan. Entah apalah yang ada pada aku sehinggakan budak kecil ni suka sangat dengan aku. Pelik.
“Tak apa. Dalam kereta nanti, diamlah ni...” kata Mak Cik Jas, menghalau perasaan bersalah aku. Tangannya menepuk Irfan perlahan, cuba untuk memujuk. Irfan masih menangis dengan tangan dihulurkan kepada aku, meminta aku untuk mengambil dia. Aku sudah tidak tahu hendak buat apa. Mata mengerling ke arah Izzat yang sudah tersenyum-senyum.
“Nak Acik!!!” jerit Irfan bila aku buat tak faham.
Mak Cik Jas sudah ketawa. “Ubat guna-guna apalah yang Su dah bagi ni?” usiknya.
Aku hanya ketawa perlahan. Tak sangka ada jugak budak-budak yang nak dekat aku ni. Selalunya, kalau ada budak-budak nampak aku, dia orang akan lari. Tengok saja anak-anak sepupu aku dekat kampung tu. Semuanya takut dengan aku. Bila mak dia orang tanya, mereka kata aku garang. Dengan anak lelaki garang ni pulak yang melekat dengan aku. Aduhai!
Aku dengan mak sama-sama berjalan untuk menghantar Mak Cik Jas ke kereta. Izzat mengambil Irfan daripada dukungan ibunya. Kemudian, dia pula yang mengambil alih tugas Mak Cik Jas untuk memujuk. Pandangan aku tercantap pada lutut Irfan yang sedikit berbalut. Kesian pula aku melihat dia.
“Nampak ok, budaknya...” mak bersuara perlahan di telinga aku. Cukup sekadar untuk perbualan kami berdua. Aku termangu-mangu.
“Siapa? Irfan?” soalku lurus.
“Isk! Kamu ni, yong. Izzat itulah!” kata mak, memberi kiasan yang dia senang dengan peribadi Izzat.
Aku tersenyum di bawah sedar.
“Senyum sorang-sorang! Ada mak dia ingat kamu angaukan anak dia nanti,” tegur mak.
Aku kembali meneutralkan wajah. Mak cik Jas yang sedang berbual dengan Izzat dan Pak Cik Yunus kami pandang. Entah apa yang dibualkan entah. Tadi kata, dah nak balik sangat. Alahai, kalau dia dengar, mesti dia ingat aku nak halau suruh balik pula.
“Ini hah, kak! Kami dah bincang-bincang sekejap tadi ni,” tiba-tiba Mak Cik Jas datang ke arah kami dengan tangan menggenggam sesuatu.
“Bincangkan apa?”
“Kami ingat kita tunangkan terus ajelah budak berdua ni. Tak payahlah lama-lama sangat bertunangnya. Umur masing-masing pun bukannya muda lagi. Dalam enam bulan lagi kita nikahkan mereka. Setuju?”
Aku ternganga. Cepatnya! Baru tadi berkenal-kenal, dah terus nak bertunang. Dan dalam masa enam bulan hendak menikah? Aku menjeling mak yang turut sama kehilangan suara. Mengalahkan aku pula.
“Hah! Elok sangatlah tu. Saya tengok pun, budak berdua ni sama padan!” kata mak akhirnya.
Aku mengerutkan dahi. Eh? Bukan masa aku bercerita pada mak pasal Izzat, mak nak tolak ke? Aku sudah serba salah. Macam mana ni? Aku perlu berterus terang pada Izzat tentang masalah aku sebelum hubungan kami pergi lebih jauh.
“Kalau macam tu eloklah! Cincin pun, memang dah bawak ni. Jadi, nak sarung cincin kat luar ke, dekat dalam rumah?”
Mak Cik Jas bertanya dengan tangannya mencapai tangan kananku, bersedia untuk menyarungkan cincin ke jari manis aku. Aku menjeling pula adik-beradik aku yang sudah berada di pintu, mengintai apa yang berlaku di luar rumah. Masing-masing menutup mulut, menahan tawa daripada meletus. Aku masih tergamam. Tak tahu bagaimana hendak menolak.
“Angah! Pergi ambil kamera, ngah!” jeritan mak cukup menyedarkan aku yang aku bukan lagi bermimpi.
Sekali sarung, terikat sudah diri aku dengan Izzat sebagai tunangan. Aku masih lagi tidak percaya. Terasa bagaikan dejavu melihatkan cincin disarung. Bagaikan hari ini sudah aku alami. Inikah jawapan kepada permintaan aku kepada Allah beberapa malam hari tu? Seolah-olah aku pernah bermimpikan hari ini berlaku.
“Ayong! Cheese!” teguran Angah mematikan khayalan aku. Kami berempat bergambar dengan aku diapit oleh mak dan Mak Cik Jas manakala Izzat dan Pak Cik Yusuf di sebelah Mak Cik Jas. Aku resah. Tak boleh jadi. Aku kena cari masa untuk berbincang dengan Izzat. Aku tak mahu dia ingat aku berbohong pula nanti. Bukankah salah satu tujuan perkahwinan untuk mendapatkan zuriat? Kalau aku sendiri tak boleh nak berikan, buat apa aku bagi harapan buat si dia?

1 comment:

ana said...

sis, serius dah lupa cerita ni. then, bile bce blik dri awal bru engat.. teruskan sis. x saba plak nak tunggu thaqif masuk