::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

05 May 2014

E-novel: Oh, My Prince! 38




Oh, My Prince! 38
            “Nak 100 Plus lagi ke?” Aku menyoal bila terpandangkan botol 100 Plus yang dia bawa sudah kosong.
            “Nak tolong belikan?” soal Hairi pula.
            Aku mengangguk lalu mengeluarkan beg duit. Kemudian, aku bangun dan melangkah ke meja urusetia. Mujurlah budak-budak ni rajin nak menjual air minuman isotonik. Nak ke vending machine, nun jauh menghala ke gelanggang tenis sana. Selepas membuat pembelian, aku kembali ke kerusi yang kami duduk. Hairi leka menyaksikan permainan di depan mata. Giliran dia lambat lagi. Kalau aku, mesti tak senang duduk sekarang ni.
            “Nah.” Aku menghulurkan sebotol kecil 100 Plus kepada Hairi. Dia menyambut dan terus membuka penutup botol itu untuk minum.
            “Dah nak start dah ni. Nervous pula tiba-tiba,” kata dia. Botol air diletakkan di sebelah beg.
            Aku hanya tersengih. “Fighting!” kata aku dalam gaya comel.
Hairi senyum dan mengangguk. Pengumuman untuk perlawanan akhir pemain single sudah diumumkan. Hairi dan Putera Danial sudah bersedia di gelanggang C. Dengan penuh debaran, aku duduk di tepi gelanggang. Permainan bermula sewaktu Putera Danial melakukan servis.
Sepanjang perlawanan, hanya bunyi bulu tangkis dipukul kedengaran diselang-selikan dengan suara pengadil. In, out, penukaran servis dan mata yang dikumpul oleh pemain antara perkara yang dilaungkan. Aku menyaksikan Hairi dengan penuh konsentrasi. Tidak sampai lima belas minit, dia sudah berjaya memenangi set pertama. Rasa nak melompat suka bila melihatkan Hairi tersenyum lebar. Tak tahu Hairi yang terer sangat ataupun Putera Danial tu yang loser. Pelik juga sebab ­semi-final tadi, sekejap je dia dah menang.
Second set ni main betul-betul, tau!” pesanku sewaktu menghulurkan tuala dan botol air kepada dia. Aku menjeling ke arah Putera Danial yang tenang berehat ditemani Zul.
Hairi hanya menunjukkan tanda bagus. Tuala dan botol air dia sambut. Dua minit berehat, Hairi kembali ke gelanggang, menyambung permainan set yang ke dua. Hampir sepuluh minit bermain, Hairi sudah meninggalkan Putera Danial dengan mata 11-2. Kalau betul-betul ni, ada can untuk Hairi menang dan seterusnya dapat wakil fakulti semester depan. Aku menggenggam tangan aku erat. Haraplah dia yang menang.
“Hey...”
Putera Danial tiba-tiba bersuara, menarik perhatian aku, Hairi dan orang lain yang berada di sekeliling gelanggang. Hairi yang bersedia melakukan servis mengangkat muka, memandang Putera Danial tepat ke dalam mata dia.
If I win, will you leave that girl?” soal Putera Danial dengan senyuman. Ibu jarinya ditunjukkan ke arah aku tanpa rasa bersalah.
Aku dan Hairi sama-sama tersentak. Gila! Memang gila! Aku dah tak boleh mengawal hati aku daripada memaki tuan putera seorang ni. Wajah Hairi sudah tegang semacam. Mesti dia marah gila bila Putera Danial cakap macam tu. Aku dah tak tahu nak letak dekat mana muka ni bila orang ramai memandang kami bertiga silih berganti. Drama apa yang kau nak lakonkan ni, Putera Danial?!
Kidding!” kata Putera Danial kemudiannya. Bibirnya masih tak lekang dengan senyuman. Berbeza sekali riak wajah dia dan Hairi. Aku sudah menggeleng perlahan. Serius, aku dah tak boleh tahan lagi dah!
“Over my dead body,” balas Hairi tegas.
Permainan bersambung. Dalam sekelip mata permainan antara dua lelaki ini bertukar corak. Putera Danial yang sebelum ni bermain dengan santai tiba-tiba menunjukkan taringnya. Aku tergamam bila melihatkan dia laju mengumpul mata manakala Hairi teruk bertahan daripada terus-terusan diserang. Aku menelan air liur. Putera Danial sudah mendahului Hairi dengan mata 19-15. Lagi dua mata saja untuk dia memenangi set ni dan menamatkan permainan. Nightmare!
Laungan pengadil mengumumkan kemenangan berpihak kepada Putera Danial membuatkan aku terkelu. Mata memerhatikan Hairi yang melangkah meninggalkan gelanggang. Wajahnya masam. Dia meletakkan raket kasar dan mencapai botol air mineral. Muka dia dilap kasar dengan tuala kecil yang ada. Sebaik saja masa rehat tamat, Hairi bersedia untuk melangkah ke gelanggang.
“Hairi...” panggilku lembut.
Hairi menoleh. Tajam pandangannya memandang aku. Aku menelan air liur. Cuak.
Do your best!”
Hairi cuba untuk memberikan senyuman tawar. Nampak sangat senyuman itu terpaksa. Aku menghela nafas perlahan. Tak boleh terima rasanya bila Putera Danial provok Hairi macam tu sekali. Set ketiga dan terakhir bermula. Permainan antara Hairi dan Putera Danial semakin rancak dan mendebarkan. Semakin ramai orang yang duduk di sekeliling gelanggang untuk memerhatikan permainan yang sengit ni.
Aku dah tak senang duduk bila Putera Danial sudah mendahului Hairi dengan mata 15-4. Power juga Putera Danial ni. Nampak sangat masa first set tadi dia main-main je. Cari titik kelemahan Hairi agaknya. Aku menggeleng perlahan. Hampir satu jam permainan mereka berdua, akhirnya Putera Danial berjaya menyambut gelaran juara.
I won.”
Putera Danial berkata dengan senyuman sewaktu mereka berdua bersalaman selepas permainan tamat. Namun sedikit pun senyuman dia tak menyenangkan hati aku dan Hairi. Hairi merenung Putera Danial tajam.
“So, macam mana?”
Tangan yang mulanya dihulur untuk bersalam, tiba-tiba naik ke kolar baju Putera Danial. Putera Danial nampak tenang dengan reaksi Hairi walaupun bila-bila masa saja penumbuk Hairi boleh naik ke pipi dia. Zul sudah bangun dan berdiri di sebelah Putera Danial. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.
“Hairi!” aku sudah terjerit. Risau kalau tiba-tiba dia bergaduh pula dekat sini. Cepat-cepat aku menarik tangan kiri Hairi supaya menjauhi Putera Danial.
“Aku tak pernah berjanji apa-apa dengan kau!” tengking Hairi.
“Eh, kalau kau dah desparate sangat nak cari perempuan, cari dekat luar sana! Jangan sampai awek aku pun kau nak sailang!” Hairi menolak Putera Danial kasar. Kemudian, dia menarik tangan aku dan mencapai beg raket sebelum meninggalkan dewan.
“Hairi...” panggilku takut-takut.
Just shut up, Adele!” tengking Hairi pula.
Aku sudah tertunduk malu. Sudahlah orang tak sudah-sudah perhatikan kami bertiga. Ini kena marah pula depan-depan orang ramai. Kalau tak kerana Putera Danial, pasti semua ni tak berlaku. Argh!
Hairi memandu laju meninggalkan perkarangan universiti untuk menuju ke Seri Indah, rumah aku. Sesekali aku kecut perut juga bila dia tiba-tiba brek mengejut. Baru inilah aku beristighfar dan mengucap banyak-banyak. Manalah tahu tiba-tiba mati katak dekat tengah jalan ni. Aku menarik nafas lega bila dia memberhentikan kereta di tepi jalan, di bawah blok aku. Tanpa sebarang kata, aku turun daripada kereta. Kereta Hairi terus meluncur pergi tanpa sedikit pun dia mengucapkan selamat tinggal. Argh! Stresnya!
Aku melangkah lesu menuju ke lif. Sebaik saja pintu lif terbuka di tingkat dua puluh, aku berjalan pula menghala ke rumah. Tak bermaya rasanya bila mengingatkan peristiwa tadi. Mesti jadi buah mulut orang dekat universiti. Hairi Kamaruzzaman, pelajar dari Fakulti Pengurusan Perniagaan bergaduh dengan putera kedua Alamin. Aku mengeluh.
Kunci yang baru aku hendak masukkan ke dalam slotnya, aku keluarkan kembali. Aku melangkah ke arah lif, dan menekan butang untuk ke bumbung. Aku berdiri di tepi tembok sambil memejamkan mata. Tenang sekejap bila terasa angin menampar-nampar pipi lembut. Rambut yang beralun mengikut angin aku biarkan. Tenang dan damai. Rasa lupa pada semua masalah yang aku alami.
Ketenangan yang aku rasa tidak lama bila telefon berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Terpandangkan nama Putera Danial di skrin, aku mendengus geram. Laju aku menjawab panggilan dia.
“Adlina... I apologise!” dia terlebih dahulu memohon maaf sebelum aku menyerang dia.
Apologise? Senangnya awak minta maaf! Beginilah perangai keluarga diraja agaknya, ya? Dah buat yang bukan-bukan, tak fikir panjang, jatuhkan maruah orang, baru nak minta maaf? Oh, ya! Itu pun mujur juga awak tahu minta maaf, kan?”
“Kami tak berniat nak bergaduh dengan Hairi...”
“Habis tu apa niat awak? Nak main-mainkan dia? Awak ingat dengan cara awak, saya boleh suka pada awak ke? Awak silap besarlah!”
“Adlina, listen...!”
“Awak nak saya dengar apa lagi? Awak yang kena dengar apa yang saya nak cakap sekarang...” aku menarik nafas dalam.
 “Putera Danial, mulai saat ini, jangan jumpa saya, jangan bercakap dengan saya. I’m done talking!” kataku geram lalu mematikan talian. Sakit hati bila mengingatkan apa yang dia buat tadi. Bertambah sakit hati bila hubungan aku dengan Hairi tak pasal-pasal bermasalah. Argh!

xxx
Sebab saya tahu ramai rindukannya. Hihi. Can't wait to read semua comments on this post. ;)
Next entry? Hrm... tak boleh janji yea...

21 comments:

eifa said...

Kenapa Danial bertindak mcm tu? Adoiiiiii!!!!! Kan Adel dah marah. Pujuk cepat!

cik ct payung said...

huhuhu...xtau nk side mana. sama2 ada lebih, ada kurang.
may the best man win.

Peminat Prince said...

Cuak dan cemas! Berjaya jugak habiskan baca sbb rasa mcm.. ada kelainan pada keberanian Tuan Putera. Bertambah suka kat Putera ni. hehe..
Xpela kalau Adele xnak kawan dgn Putera, hihi.. ni yg tukang komen ramai lagi. wakakaka..

Basyirah Abd Rahman said...

Sukanya ade entri baru. Klimax ni. Cool betul Tuan Putera kan. Hehe. Ala.. Yg betulnya Tuan Putera x pyh call lg, secara psikologinya bagi masa pd Adele utk tenangkan fikiran dulu sbb dia tgh marah kat Tuan Putera kan.. Tp xtahulah nak kata camne cara yg lbh cool utk Tuan Putera tackle hati Adele balik.. Mesti lbh mencabar. hehe..

well done writer! Masa pergi Pesta Buku yg lepas terpegun tgk cerita SAU akan difilemkan. Tahniah sekali lagi! Tp x pasti sape pelakonnya. Mind to share?
And.. I will wait for the next entry.. Thank you for make my day ^__^

Aziela said...

Dear Cik Writer....

Pandai betul membiarkan pembaca membina spekulasi yer..hahahahhaha.

Ok, panjang sikit komen akak nie yer...

1. Dah terlangsung minat pada PD, maka apa yang PD buat akak sangat admire. Cool and gentleman. Dia constant dengan tindakan dan niat dia. Dia beri komitmen pada apa yang dia nak dan usahakan. Dalam masa yang sama, dia guna jalan bersih. Cuba menarik hati Adelle di belakang Hairi sudah cukup bersih dalam 'game' ini. Dia memang ada karisma tersendiri.

2. Kelebihan Hairi ialah dia terlebih dulu bertindak dari PD. Dia jumpa Adelle dulu. Dia antara yang berani dan gentleman pada Adelle pada masa itu. Masa yang mana PD belum wujud lagi dalam hidup mereka. Namun Hairi tak constant. Dia dah tahu PD cuba tackle Adelle, tapi dia nak merajuk. Sepatutnya dia fight sebagai seorang lelaki. Dia pertahankan Adelle : "Over my dead body " katanya. Tapi dengan Adelle? Dia berkasar, dia serlahkan kelemahan dia. Hati dia tak kuat. Rapuh. Adakah Adelle mampu bertahan kalau berterusan di dera emosinya?

3. Adelle. Sampai sekarang, rasa hati sebenar Adelle masih samar2. Macam cintakan Hairi, tapi kenapa PD di hatinya? Seolah2 Hairi yang terikat di fizikal, namun nalurinya kukuh pada PD. Tapi disebabkan fizikal itu telah termaktub, maka dia cuba stick dan setia.

4. Akak masih runsing dengan kesudahan Adelle dan keluarganya ni. Sangat kelam. Mohon pencerahan.

Kesimpulannya, go PD go..!!!! Hehehehehhehe

CahayaHidup said...

best..hehe cepat cepat next entry please

Pembaca_Setia said...

Setuju dgn komen Aziela.. Saya rasa Adele mungkin cuba setia pada Hairi sebab Hairi first love dia, cuma sayangnya Hairi x pandai jaga hati Adele, selalu nk lepaskn marah je depan2 muka. Adoi kalau kita mesti sedih dn x tahan kan.. Tuan Putera lebih cool dan matured dlm menghandle bab2 ni. Hehe.. Ala.. Adele jgnla x kawan dgn Tuan Putera, kite nk baca pasal Tuan Putera byk lagi.. Mohon putera tak merajuk pulak :P

baby mio said...

BEST 3X.

Ida said...

Marah benar Adele kan. Sian Putera Danial kena marah.. Xpelah PD, awak pn ade maruah jugak kan.. Cuba awak plak merajuk. ekeke

Izzah Syierra said...

Best..best..best sgt..tak sabar nk tunggu sambungannya...cepat2lah keluarkan buku..tetap akan beli walaupun dah baca...

Anonymous said...

:) surprise2..next n3 bla ya? Tapi macam pendek je kali ni..hehe..

Anonymous said...

Yeay... akhirnya penantian berbaloiii...
dah agak mesti PD menang.. tp x sangka plak yg adele akan dikantoikan... dah nnt jd scandal kt univ...
Stuju dgn Aziela...

mmg stuju yg hairi emo n PD cool...
Kak writer.. cepat2 update chapter strusnya tau..
da abih xm ke blom? Gud luck yer..

Fiesha Ibrahim said...

menarik! suka adele dgn PD tp sian kt Hairi pla. stress3 nk pilh ni. apapn trskn bkarya

Aqilaa said...

Huhu. Sikitnyaa. Btw thanks!
Kesian Putera sayaaa.. hahak

#NakJadiAdele said...

Hebatnya putera Danial. Boleh ganti LCW *tetibe*

Apelah agaknya yg akan berlaku lps putera Danial ckp mcm tu kat Hairi kan? beraninya dia. Suka la camni tgk reaksi hairi,. haha..

eifa said...

Bila nak sambung lagi ye?

Anonymous said...

bestt!!!!!nak lagi.....suka sangat dgn PD.

tia said...

my vote goes to PD.. bila nak update lagi??? ada can tak utk pegang PD and adline secara bercetak?? rindu dgn PD n adlina.. hari2 skodeng PD n adlina ttpi hampa.. huhu...

Anonymous said...

Bila nk smbung..???

Shahreen Natasha said...

best sangat,buat org rase dup dap dup dap nak terus membace....tapi pade mase yg same tkot nak membace..sbb takot ade yg sedih sbb kene tinggal or something la..klo blh nak cerite yg mmg ade sedikit negatif tapi pade mase yg same ade terselit positif pade yg negatif nye...ape2 pon cayokkk...fighting..do the best...kamsahamnida....

thetruth said...

I will buy this novel. Very entertaining!