::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

10 July 2014

Mini novel: Kasih Suci 1



Kasih Suci 1
Entah buat kali keberapa mak bisingkan aku masih tak ada tanda-tanda untuk mendirikan masjid. Sampaikan setiap kali balik ke kampung, soalan yang samalah yang asyik diulang berkali-kali sampai dekat dua bulan aku tak menjejakkan kaki ke sana. Bukannya apa, tak tahanlah aku hendak mendengar mak berleterkan aku.

Aku sedar yang tahun ni, umur aku sudah mencecah tiga puluh tahun. Aku tak nafikan, pada umur seperti aku, ramai anak dara sudah menjadi mak orang. Paling tidak pun, mesti sudah hidup berdua. Cuma, orang-orang seperti aku sahaja yang masih membujang, bersendiri. Setiap kali mak membebel, macamlah aku suka sangat hidup seorang. Siapa yang tak teringin hendak mempunyai keluarga sendiri? Kalau ada anak lelaki nanti, aku nak berikan nama Adam. Kalau perempuan pula, aku mahu letakkan nama Hawa. Kalau sepasang? Semestinya kedua nama itu yang aku letakkan. Tapi... masakan mungkin?
Kalaulah hidup aku seindah watak-watak di dalam novel, mesti berwarna warni dibuatnya. Suruh sahaja mak carikan calon. Walaupun arranged marriage, mesti penghujungnya akan menjadi happy ending. Tetapi, kalau Allah swt izinkanlah. Kalau tidak, berkasih sepuluh tahun pun, pasti tak bahagia walaupun baru setahun berkahwin.
Semalam, mak dah telefon. Menyuruh aku balik ke kampung sebab anak Mak Long aku yang bongsu berkahwin. Dan hari ni, aku dah selamat berada di atas jalan raya, tenang memandu menuju ke kampung. Kalau tak disebabkan sepupu, tak kuasa aku hendak menunjukkan muka ke kampung. Lagi-lagi bila teringatkan perjanjian aku dengan mak untuk bawak balik calon menantu dalam masa dua bulan. Tapi mak tak pernah tahu rahsia yang aku simpan kemas.
BUMM!!!
Aku tertolak kehadapan. Mujurlah ada tali pinggang keledar yang dapat menahan badan aku. Aku tergamam. Teringat-ingat kemalangan yang berlaku dua tahun lepas. Darah rasa menderu turun daripada muka. Tangan aku tiba-tiba rasa menggigil. Aku terkaku di kerusi pemandu. Pemilik kereta yang aku langgar keluar daripada kereta dia. Selepas memerhatikan kesan di langgar, dia mengetuk cermin tingkap aku, menyuruh aku memandu ke tepi selepas lampu isyarat. Rasa menggigil kaki aku hendak menekan minyak.
“Macam mana awak bawak kereta ni? Hrmm?” soalnya sebaik saja kami keluar daripada kereta masing-masing. Aku memandang lelaki itu kosong. Melihatkan wajah aku yang pucat, lelaki itu bertanya lagi.
“Awak ok?”
Aku tersentak. Kedua belah tapak tangan aku gunakan untuk meraup wajah. Astaghfirullah al-azim...
“Saya minta maaf, encik. Silap saya. Saya terleka tadi. Tak perasan lampu merah,” kataku perlahan.
“Memanglah sebab awak terleka. Kalau awak sedar, berpijak pada bumi yang nyata.... tak adanya awak nak langgar kereta saya ni,” balas lelaki berkaca mata hitam itu.
Aku diam. Tahu kesalahan sendiri.
“Duduk sini lama pun bukannya dapat selesaikan masalah. Apa kata, saya nanti hantar kereta ke bengkel, bila dah siap saya contact awak. Awak bayar amount dia,” cadang lelaki itu.
Aku hanya mengangguk. Tidak dapat berfikir apa-apa lagi. Yang penuh di fikiran aku hanyalah untuk selamat sampai di kampung. Nasib baiklah sikit je kena langgar. Kemek juga bumper kereta aku. Kalau ranap enjin? Memang tak adalah nak balik kampung. Alahai... Melayang lagilah duit dua tiga ratus bulan ni.
“Boleh jugak macam tu. Encik bagi kad encik. Senang saya nak contact?”
Aku nampak lelaki dihadapan aku ni menggeleng. Dahi aku dah berkerut. Tak nak pulak? Habis tu macam mana nak settle ni?
Give me yours. Saya tak nak ada masalah pulak nanti,” sinis dia bersuara. “Manalah tahu duk lekakan benda lain sampai hal ini pun awak terlupa nanti!” pedas sindiran dia.
Aku mengetap bibir. Suka-suka hati dia je nak membahasakan aku. Ingat aku ni suka sangat berangan ke? Banyak sangat pula ye masa aku nak duk termenung? Malas mahu memulakan pergaduhan, aku mengeluarkan sekeping kad daripada celah purse. Business card bertukar tangan.
            I’ll contact you later. Assalamualaikum!” Dan lelaki itu terus melangkah meninggalkan aku.
Wait! Siapa nama dia? Aku menoleh ke arah dia. Belum sempat aku bertanyakan nama dia, lelaki itu sudah masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Ah! Bukannya aku yang kena contact dia. Pandai-pandailah dia nanti. Aku kembali masuk ke dalam kereta. Nafas aku tarik dalam. Ya Allah, kalau tak kerana terpaksa... memang aku tak memandu lagi sejak kemalangan dulu. Aku mengeluh.
***
“Si Iza dah selamat dah. Umur baru dua puluh lima. Kamu tu bila lagi, yong?”
Mak sudah memulakan sesi ceramah dia sebaik sahaja kami berjalan untuk pulang ke rumah. Aku menghela nafas perlahan. Inilah dilema anak dara sekarang. Lagi-lagi yang kerjanya bagus sedikit dan dah ada aset sendiri. Kena pulak dengan ratio lelaki yang melebihi perempuan pada akhir zaman ni. Sudahlah sedikit, yang berkualiti pula kurang. Lagipun, perempuan macam aku macam tak layak je nak berkeluarga. Mana ada lelaki yang sudi.
“Tak ada jodoh lagilah mak. Dulu masa belajar mak tak bagi bercinta-cintun...” sengaja aku mengusik mak.
“Itu dulu. Memanglah mak tak bagi kamu sibuk berkawan. Kamu seorang sajalah anak harapan mak yang boleh bantu keluarga. Adik-adik lain semua belajar lagi. Kalau kamu tak tekun masa belajar, ada kamu berjaya macam sekarang?” mak sudah membuka cerita lama.
Aku menepuk perlahan bahu mak.
“Ila faham mak... Ila faham. Insya Allah, ada jodoh nanti kahwin jugak Ila ni. Mak doakan sahajalah yang baik-baik buat Ila ye?”
“Iyalah. Tapi kamu jangan lupa, sebulan lagi bawak calon menantu mak. Kalau tak, mak tak benarkan adik kamu, si Lin tu menikah. Ingat tu!” ugut mak.
Aku menelan air liur. Alahai mak. Kasihan si Rosli lama menunggu si cantik molek Fadhlin. Biarkan sahajalah mereka berdua tu menikah dahulu. Bukannya salah pun langkah bendul. Aku mengeluh.
“Jauh menung, Yong?” Lin menegur lalu menarik kerusi si hadapan aku untuk diduduki.
“Tak adalah...” balasku perlahan. Mata masih ralit memerhatikan suasana kampung pada waktu petang. Sesekali terdengar suara gelak tawa kanak-kanak yang bermain daripada arah jalan.
“Yong fikirkan apa? Perjanjian dengan mak itu ke?” soal Lin lembut. Memang lembut adik aku seorang ni. Dengan cantiknya lagi. Aku sahaja yang sedikit kurang daripada segi rupa kalau nak dibandingkan dengan adik-beradik yang lain. Iyalah, dah adik-adik semua ambil kecantikan aku, macam mana?
“Hah. Itu satu hal. Yong tak fahamlah dengan mak. Buat apalah hendak di tangguh-tangguhkan pernikahan kamu. Teruskan sajalah. Paling tidak pun, Ayong jugak yang untung dapat hadiah!” balasku.
Lin membulatkan matanya. Kemudian gelak kami berpadu. Tak senonoh punya kakak.
“Hai... Yong nak mintak hadiah? Rasanya gaji yong lagi besar daripada Abang Rosli!” dia mengusik.
Aku hanya ketawa. Sesekali kepala aku gelengkan.
“Tak apalah kalau tangguhkan dahulu pasal Lin. Rosli pun baru je dapat kerja, sekurang-kurangnya boleh tambah simpanan dia,” ujar Lin.
Aku mengecilkan mata memandang Lin. “Bunyinya macam nak mintak hantaran lebih je, Lin?”
Lin ketawa. “Apalah yong ni. Ke situ pulak perginya.”
Aku hanya tersenyum. Pandangan kembali dihalakan ke jalanraya. Takkanlah disebabkan aku, adik aku terpaksa menanggung derita? Huih, ayat. Macam menderita sangat je si Lin tu. Walhal baru sahaja habis belajar. Umur pun baru dua puluh tiga. Si Rosli baru dua puluh enam. Menderita apanya. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau mak cakap nak jodohkan aku dengan anak kawan-kawan dia tak mengapa jugak. Ini nak ditahan Lin daripada kahwin awal. Alahai...
            ***
            Aku mencapai telefon pejabat yang berbunyi di atas meja. Tanpa bertangguh ganggang aku lekapkan ke telinga. Mata masih ralit memerhatikan kertas kerja di atas meja dengan pen hitam terselit di jari.
“Hello?”
“Assalamualaikum. Puan Suhaila, larikan diri daripada saya ke? Sampai saya terpaksa telefon pejabat ni untuk bercakap dengan awak?” si pemanggil menyoal.
Aku mengerutkan dahi. Lelaki mana pula ni yang telefon? Tak perkenalkan diri tiba-tiba bercakap sinis semacam ni?
“Waalaikumussalam. Sorry? Siapa ye?” sopan aku bertanya.
“Hai? Dah langgar kereta saya, awak lupa terus ke? Awak ni, memang jenis leka... kuat berangan ya?”
Berubah riak muka aku mendengarkan kata-kata dia. Oh! Lelaki ini. Hampir dua minggu baru dia telefon.
“Oh. Maaf encik err...”
“Thaqif.”
“Maaf Encik Thaqif. Saya tadi ada mesyuarat. Jadi tak perasan pulak encik call handset saya,” balasku tatkala terbacakan 3 missed calls di skrin handset. Semuanya dariapada nombor yang sama.
“Jadi... macam mana dengan kereta Encik Thaqif? Berapa jumlah yang saya kena bayar?”
“Awak nak kita jumpa ke... macam mana?”
“Saya rasa lebih mudah kalau encik emailkan resitnya dan berikan nombor akaun bank encik. Nanti saya bank in. Kalau nak jumpa pun mungkin bukan dalam masa yang terdekat ni. Saya tak ada di sini esok sampai dua minggu depan,” jelasku.
Encik Thaqif terdiam.
“Kalau macam itu, oklah. Mudah sedikit kerjanya. Sekejap lagi saya email. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” ganggang telefon diletak. Fuh! Selesai satu masalah.
xxxxxxxxxx

            Siapa yang follow blog saya dari zaman batu dulu, pasti ingat saya pernah postkan cerita Kasih Suci ni lepas tu terbengkalai tak siap-siap. Heh. Jadi, disebabkan saya mengalami writer's block untuk kisah Adlina Hani dengan Hairi dan Danial, maka saya tiba-tiba mendapat idea untuk menyudahkan kisah ni. I'll try to keep it short and simple. Ingatkan nak buat cerpen. Tengok-tengok dah berjela rupanya saya menulis dulu. Tapi tak sampai suku manuskrip la. Haha. ^^"

So, entry Kasih Suci akan menyerikan blog buat sementara waktu. Insya Allah hanya akan ada 10 entry je sebab kalau banyak2 nanti writer’s block memanjang. Terimalah buat tangan yang tak seberapa ni.

Ps: sebenarnya kalau anda komen tak kisah positif ke negatif, lagi saya bersemangat nak menulis. Hahaha! Terima kasih semua. ^^

8 comments:

kak edah said...

Cayo fighting moga dpt idea yg melempah ruah k .best entry ni thnks

Yin Areesa said...

Thaqif ni sombonglah pulak.
main sergah je.

cik ct payung said...

welcome back dear. dah lama akak tngu buah tangan sis. keep it up. i follow you. :-)

Basyirah Abd Rahman said...

Realiti mmg mcm tu kan.. Haha. Sbb apa sy suka bc cerita dr writer ni sbb gaya cerita dia bersahaja dan xdela kebaboom sgt mcm gambar kan org tu kaya benor. huhu..

Ok pasni kita follow cerita ni. Sedap nama thaqif ni. hiihi. Okla tu. Walauapapun Putera Danial & Adele takkan dilupakan. Mesti writer dh hbs exam ni :) Ok mode entry seminggu kene on dh pasni. hihi

Aziela said...

Rindu Prince Danial...huhuhuhuhu


Oklah layan ni dulu...mengubat rindu dan lara...
Tq cik writer... Kisah santai...best juga

Anonymous said...

Menarik! Tak sabar nak baca sambungnya :)

Anonymous said...

Harap ada sambungan Bidadari & OMP...

Allya said...

best best! :D