Kasih Suci 1
Entah buat kali keberapa mak bisingkan aku masih tak ada
tanda-tanda untuk mendirikan masjid. Sampaikan setiap kali balik ke kampung,
soalan yang samalah yang asyik diulang berkali-kali sampai dekat dua bulan aku
tak menjejakkan kaki ke sana. Bukannya apa, tak tahanlah aku hendak mendengar
mak berleterkan aku.
Aku sedar yang tahun ni, umur aku sudah mencecah tiga
puluh tahun. Aku tak nafikan, pada umur seperti aku, ramai anak dara sudah
menjadi mak orang. Paling tidak pun, mesti sudah hidup berdua. Cuma,
orang-orang seperti aku sahaja yang masih membujang, bersendiri. Setiap kali
mak membebel, macamlah aku suka sangat hidup seorang. Siapa yang tak teringin
hendak mempunyai keluarga sendiri? Kalau ada anak lelaki nanti, aku nak berikan
nama Adam. Kalau perempuan pula, aku mahu letakkan nama Hawa. Kalau sepasang?
Semestinya kedua nama itu yang aku letakkan. Tapi... masakan mungkin?
Kalaulah hidup aku seindah watak-watak di dalam novel,
mesti berwarna warni dibuatnya. Suruh sahaja mak carikan calon. Walaupun arranged marriage, mesti penghujungnya
akan menjadi happy ending. Tetapi,
kalau Allah swt izinkanlah. Kalau tidak, berkasih sepuluh tahun pun, pasti tak
bahagia walaupun baru setahun berkahwin.
Semalam, mak dah telefon. Menyuruh aku balik ke kampung
sebab anak Mak Long aku yang bongsu berkahwin. Dan hari ni, aku dah selamat
berada di atas jalan raya, tenang memandu menuju ke kampung. Kalau tak
disebabkan sepupu, tak kuasa aku hendak menunjukkan muka ke kampung. Lagi-lagi
bila teringatkan perjanjian aku dengan mak untuk bawak balik calon menantu
dalam masa dua bulan. Tapi mak tak pernah tahu rahsia yang aku simpan kemas.
BUMM!!!
Aku tertolak kehadapan. Mujurlah ada tali pinggang
keledar yang dapat menahan badan aku. Aku tergamam. Teringat-ingat kemalangan
yang berlaku dua tahun lepas. Darah rasa menderu turun daripada muka. Tangan
aku tiba-tiba rasa menggigil. Aku terkaku di kerusi pemandu. Pemilik kereta
yang aku langgar keluar daripada kereta dia. Selepas memerhatikan kesan di
langgar, dia mengetuk cermin tingkap aku, menyuruh aku memandu ke tepi selepas
lampu isyarat. Rasa menggigil kaki aku hendak menekan minyak.
“Macam mana awak bawak kereta ni? Hrmm?” soalnya sebaik
saja kami keluar daripada kereta masing-masing. Aku memandang lelaki itu
kosong. Melihatkan wajah aku yang pucat, lelaki itu bertanya lagi.
“Awak ok?”
Aku tersentak. Kedua belah tapak tangan aku gunakan untuk
meraup wajah. Astaghfirullah al-azim...
“Saya minta maaf, encik. Silap saya. Saya terleka tadi.
Tak perasan lampu merah,” kataku perlahan.
“Memanglah sebab awak terleka. Kalau awak sedar, berpijak
pada bumi yang nyata.... tak adanya awak nak langgar kereta saya ni,” balas
lelaki berkaca mata hitam itu.
Aku diam. Tahu kesalahan sendiri.
“Duduk sini lama pun bukannya dapat selesaikan masalah.
Apa kata, saya nanti hantar kereta ke bengkel, bila dah siap saya contact awak.
Awak bayar amount dia,” cadang lelaki
itu.
Aku hanya mengangguk. Tidak dapat berfikir apa-apa lagi.
Yang penuh di fikiran aku hanyalah untuk selamat sampai di kampung. Nasib
baiklah sikit je kena langgar. Kemek juga bumper
kereta aku. Kalau ranap enjin? Memang tak adalah nak balik kampung. Alahai...
Melayang lagilah duit dua tiga ratus bulan ni.
“Boleh jugak macam tu. Encik bagi kad encik. Senang saya
nak contact?”
Aku nampak lelaki dihadapan aku ni menggeleng. Dahi aku
dah berkerut. Tak nak pulak? Habis tu macam mana nak settle ni?
“Give me yours.
Saya tak nak ada masalah pulak nanti,” sinis dia bersuara. “Manalah tahu duk
lekakan benda lain sampai hal ini pun awak terlupa nanti!” pedas sindiran dia.
Aku mengetap bibir. Suka-suka hati dia je nak
membahasakan aku. Ingat aku ni suka sangat berangan ke? Banyak sangat pula ye
masa aku nak duk termenung? Malas mahu memulakan pergaduhan, aku mengeluarkan
sekeping kad daripada celah purse. Business
card bertukar tangan.
“I’ll contact you later.
Assalamualaikum!” Dan lelaki itu terus melangkah meninggalkan aku.
Wait! Siapa nama dia? Aku menoleh ke arah dia. Belum sempat
aku bertanyakan nama dia, lelaki itu sudah masuk ke dalam kereta dan
menghidupkan enjin. Ah! Bukannya aku yang kena contact dia. Pandai-pandailah
dia nanti. Aku kembali masuk ke dalam kereta. Nafas aku tarik dalam. Ya Allah,
kalau tak kerana terpaksa... memang aku tak memandu lagi sejak kemalangan dulu.
Aku mengeluh.
***
“Si Iza dah selamat dah. Umur baru dua puluh lima. Kamu
tu bila lagi, yong?”
Mak sudah memulakan sesi ceramah dia sebaik sahaja kami
berjalan untuk pulang ke rumah. Aku menghela nafas perlahan. Inilah dilema anak
dara sekarang. Lagi-lagi yang kerjanya bagus sedikit dan dah ada aset sendiri.
Kena pulak dengan ratio lelaki yang melebihi perempuan pada akhir zaman ni.
Sudahlah sedikit, yang berkualiti pula kurang. Lagipun, perempuan macam aku
macam tak layak je nak berkeluarga. Mana ada lelaki yang sudi.
“Tak ada jodoh lagilah mak. Dulu masa belajar mak tak
bagi bercinta-cintun...” sengaja aku mengusik mak.
“Itu dulu. Memanglah mak tak bagi kamu sibuk berkawan.
Kamu seorang sajalah anak harapan mak yang boleh bantu keluarga. Adik-adik lain
semua belajar lagi. Kalau kamu tak tekun masa belajar, ada kamu berjaya macam
sekarang?” mak sudah membuka cerita lama.
Aku menepuk perlahan bahu mak.
“Ila faham mak... Ila faham. Insya Allah, ada jodoh nanti
kahwin jugak Ila ni. Mak doakan sahajalah yang baik-baik buat Ila ye?”
“Iyalah. Tapi kamu jangan lupa, sebulan lagi bawak calon
menantu mak. Kalau tak, mak tak benarkan adik kamu, si Lin tu menikah. Ingat
tu!” ugut mak.
Aku menelan air liur. Alahai mak. Kasihan si Rosli lama
menunggu si cantik molek Fadhlin. Biarkan sahajalah mereka berdua tu menikah
dahulu. Bukannya salah pun langkah bendul. Aku mengeluh.
“Jauh menung, Yong?” Lin menegur lalu menarik kerusi si
hadapan aku untuk diduduki.
“Tak adalah...” balasku perlahan. Mata masih ralit
memerhatikan suasana kampung pada waktu petang. Sesekali terdengar suara gelak
tawa kanak-kanak yang bermain daripada arah jalan.
“Yong fikirkan apa? Perjanjian dengan mak itu ke?” soal
Lin lembut. Memang lembut adik aku seorang ni. Dengan cantiknya lagi. Aku
sahaja yang sedikit kurang daripada segi rupa kalau nak dibandingkan dengan
adik-beradik yang lain. Iyalah, dah adik-adik semua ambil kecantikan aku, macam
mana?
“Hah. Itu satu hal. Yong tak fahamlah dengan mak. Buat
apalah hendak di tangguh-tangguhkan pernikahan kamu. Teruskan sajalah. Paling
tidak pun, Ayong jugak yang untung dapat hadiah!” balasku.
Lin membulatkan matanya. Kemudian gelak kami berpadu. Tak
senonoh punya kakak.
“Hai... Yong nak mintak hadiah? Rasanya gaji yong lagi
besar daripada Abang Rosli!” dia mengusik.
Aku hanya ketawa. Sesekali kepala aku gelengkan.
“Tak apalah kalau tangguhkan dahulu pasal Lin. Rosli pun
baru je dapat kerja, sekurang-kurangnya boleh tambah simpanan dia,” ujar Lin.
Aku mengecilkan mata memandang Lin. “Bunyinya macam nak
mintak hantaran lebih je, Lin?”
Lin ketawa. “Apalah yong ni. Ke situ pulak perginya.”
Aku hanya tersenyum. Pandangan kembali dihalakan ke
jalanraya. Takkanlah disebabkan aku, adik aku terpaksa menanggung derita? Huih,
ayat. Macam menderita sangat je si Lin tu. Walhal baru sahaja habis belajar.
Umur pun baru dua puluh tiga. Si Rosli baru dua puluh enam. Menderita apanya.
Aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau mak cakap nak jodohkan aku dengan anak
kawan-kawan dia tak mengapa jugak. Ini nak ditahan Lin daripada kahwin awal.
Alahai...
***
Aku
mencapai telefon pejabat yang berbunyi di atas meja. Tanpa bertangguh ganggang
aku lekapkan ke telinga. Mata masih ralit memerhatikan kertas kerja di atas
meja dengan pen hitam terselit di jari.
“Hello?”
“Assalamualaikum. Puan Suhaila, larikan diri daripada
saya ke? Sampai saya terpaksa telefon pejabat ni untuk bercakap dengan awak?”
si pemanggil menyoal.
Aku mengerutkan dahi. Lelaki mana pula ni yang telefon?
Tak perkenalkan diri tiba-tiba bercakap sinis semacam ni?
“Waalaikumussalam. Sorry?
Siapa ye?” sopan aku bertanya.
“Hai? Dah langgar kereta saya, awak lupa terus ke? Awak
ni, memang jenis leka... kuat berangan ya?”
Berubah riak muka aku mendengarkan kata-kata dia. Oh!
Lelaki ini. Hampir dua minggu baru dia telefon.
“Oh. Maaf encik err...”
“Thaqif.”
“Maaf Encik Thaqif. Saya tadi ada mesyuarat. Jadi tak
perasan pulak encik call handset saya,” balasku tatkala
terbacakan 3 missed calls di skrin
handset. Semuanya dariapada nombor yang sama.
“Jadi... macam mana dengan kereta Encik Thaqif? Berapa
jumlah yang saya kena bayar?”
“Awak nak kita jumpa ke... macam mana?”
“Saya rasa lebih mudah kalau encik emailkan resitnya dan
berikan nombor akaun bank encik. Nanti saya bank
in. Kalau nak jumpa pun mungkin bukan dalam masa yang terdekat ni. Saya tak
ada di sini esok sampai dua minggu depan,” jelasku.
Encik Thaqif terdiam.
“Kalau macam itu, oklah. Mudah sedikit kerjanya. Sekejap
lagi saya email. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” ganggang telefon diletak. Fuh!
Selesai satu masalah.
xxxxxxxxxx
Siapa
yang follow blog saya dari zaman batu
dulu, pasti ingat saya pernah postkan
cerita Kasih Suci ni lepas tu terbengkalai tak siap-siap. Heh. Jadi, disebabkan
saya mengalami writer's block untuk
kisah Adlina Hani dengan Hairi dan Danial, maka saya tiba-tiba mendapat idea
untuk menyudahkan kisah ni. I'll try to
keep it short and simple. Ingatkan nak buat cerpen. Tengok-tengok dah
berjela rupanya saya menulis dulu. Tapi tak sampai suku manuskrip la. Haha.
^^"
So, entry
Kasih Suci akan menyerikan blog buat sementara waktu. Insya Allah hanya akan
ada 10 entry je sebab kalau banyak2
nanti writer’s block memanjang. Terimalah
buat tangan yang tak seberapa ni.
Ps: sebenarnya kalau anda
komen tak kisah positif ke negatif, lagi saya bersemangat nak menulis. Hahaha!
Terima kasih semua. ^^
8 comments:
Cayo fighting moga dpt idea yg melempah ruah k .best entry ni thnks
Thaqif ni sombonglah pulak.
main sergah je.
welcome back dear. dah lama akak tngu buah tangan sis. keep it up. i follow you. :-)
Realiti mmg mcm tu kan.. Haha. Sbb apa sy suka bc cerita dr writer ni sbb gaya cerita dia bersahaja dan xdela kebaboom sgt mcm gambar kan org tu kaya benor. huhu..
Ok pasni kita follow cerita ni. Sedap nama thaqif ni. hiihi. Okla tu. Walauapapun Putera Danial & Adele takkan dilupakan. Mesti writer dh hbs exam ni :) Ok mode entry seminggu kene on dh pasni. hihi
Rindu Prince Danial...huhuhuhuhu
Oklah layan ni dulu...mengubat rindu dan lara...
Tq cik writer... Kisah santai...best juga
Menarik! Tak sabar nak baca sambungnya :)
Harap ada sambungan Bidadari & OMP...
best best! :D
Post a Comment