::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

17 July 2014

Mini Novel: Kasih Suci 2



Kasih Suci 2
DUA minggu aku terpaksa ke Kuantan, atas urusan kerja. Ada masanya, terasa bosan juga dengan gaya hidup macam ni. Kalau tidak bercuti di kampung, aku terpaksa ke sana-sini berkursus. Kalau tidak berkursus, aku duduklah di rumah sewa, menghabiskan waktu dengan buat apa yang patut. Kalau tidak menyiapkan kerja pejabat yang dibawa balik ke rumah, aku mengemas rumah. Kalau tidak pun, baking apa yang aku teringin nak makan. Yang lebih, aku berikan kepada anak jiran di sebelah rumah. Hendak lepak di shopping complex dengan kawan-kawan, aku rasa bukan umur aku untuk buat benda tu. Lagipun, kebanyakan kawan-kawan aku dah ada keluarga sendiri.

Aku memakirkan kereta di tepi jalan. Gerai makan di tepi sungai aku masuk. Selama dua minggu, di sinilah tempat aku makan tengahari. Ada masanya, dengan kawan sekursus. Ada masanya, macam inilah, bersendirian. Kalau dulu kami sekeluarga ke Kuantan, tempat inilah yang menjadi tempat pilihan arwah ayah untuk makan tengahari. Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, suasana dekat sini nyaman. Kadang-kadang boleh nampak bot-bot nelayan baru lepas balik dari laut.
“Minum apa, kak?” seorang wanita menyapa aku apabila aku berdiri di tempat mengambil makanan.
“Macam biasa, ya.” Balasku dengan senyuman di bibir.
“Cukup?” tanya seorang wanita yang nampak sudah separuh abad.
Aku mengangguk. Pinggan yang sudah diletakkan nasi aku sambut. Seekor ikan dimasak sambal dengan sayur peria digoreng dengan telur menjadi pilihan. Sekali lagi makan tengahari berseorangan. Aku terasa bosan dengan kehidupan macam ni. Ya Allah, kenapalah semenjak dua menjak ni aku berfikir hendak berkeluarga? Mungkin disebabkan desakan mak dengan pengaruh Fadhlin agaknya. Aku tersenyum mengingatkan adik aku tu.
Selesai membayar harga makanan, aku berjalan mendapatkan kereta. Tiba-tiba aku terpandangkan seorang kanak-kanak yang baru belajar berjalan, menuju ke arah jalan raya. Aku tergamam. Mata memerhatikan keadaan sekeliling, mencari siapa penjaga budak sekecil ni. Dalam pada masa yang sama, kaki melangkah mendapatkan budak itu.
Pinnnnn!!!! Nyaring bunyi hon kereta apabila budak bermain di tepi jalan. Nasib baiklah aku sempat mencapai tangan dia sebelum dia ke tengah jalan. Allahuakbar! Tak dapat aku bayangkan budak kecil dilanggar di hadapan mata aku. Mana mak dengan ayah dia ni? Lekakan apalah sampai budak sebesar ini boleh hilang.
Aku mendukung budak itu berhati-hati. Terasa sayang pula dengan budak kecil ni. Kalaulah ada anak secomel ni. Si kecil di dukungan aku sudah mencebik, hendak menangis. Tangannya menunjukkan ke arah sesuatu di seberang jalan. Aku mengerutkan dahi.
“Irfan! Irfan!” aku terdengar suara wanita menjerit mencari seseorang.
“Irfan! Mana Irfan pergi sayang, nenek dekat sini!”
Mendengarkan perkataan nenek, aku pula yang tercari-cari pemilik suara tadi.
“Mak cik?”
Wanita itu menoleh. Melihatkan Irfan di dukungan aku, terus dia menghulurkan tangan, ingin mengambil. Irfan pula laju mendapatkan neneknya. Manja!
“Terima kasihlah nak. Mak cik duduk dekat tepi tadi, menunggukan anak mak cik. Tadi dia main sebelah mak cik. Baru sekejap mak cik pandang tempat lain, Irfan dah berjalan sampai ke sini,” dia bercerita.
Aku hanya mengangguk. “Tak apa mak cik. Kebetulan saya nampak Irfan dah nak ke jalan. Nasib baik saya sempat capai tangan dia tadi,” ujarku sambil mencubit pipi Irfan. Irfan bagaikan sudah lupa dengan permainan yang mahukan tadi. Dia tersenyum malu melihat aku. Comel!
“Nama mak cik, Jasmin. Anak panggil aje Mak Cik Jas. Nama anak?”
“Suhaila. Mak cik boleh panggil Ila.” Aku masih leka melayan Irfan yang menunjuk sesuatu di belakang aku.
“Ila nampak macam bukan orang sini. Betul ke?” Mak Cik Jas meneka.
Aku tergelak. “Mak cik ni macam boleh baca orang pulak. Ha’ah, Ila dari KL. Datang sini, ada kerja. Mak cik?”
“Samalah kita. Mak cik melayan cucu mak cik ni hah. Bawak pergi main air dekat Cherating. Ini ingat nak singgah makan tengahari dekat sini. Anak mak cik pulak pergi kedai handset sekejap. Handset dia buat hal dari semalam.”
Aku mengangguk faham.
“Mak? Kenapa ni mak?” belum sempat aku hendak melanjutkan perbualan, ada suara menegur dari belakang. Aku menoleh. Oh! Dia rupanya yang Irfan asyik tunjuk tadi. Ayah Irfan agaknya. Aku boleh kesan air muka lelaki itu berubah selepas melihat aku. Aku terasa pelik. Kenapa dengan dia ni?
“Awak berangan lagi ke bawak kereta? Kali ni siapa pulak awak nak langgar? Mak dengan anak saya pulak?” sergah lelaki itu.
Aku terpinga-pinga. Astaghfirullah al-azim. Apa masalah lelaki ni?
Excuse me?
Lelaki ni kenal aku ke? Aku mengalih pandang ke arah nenek Irfan tadi. Aku rasa dia boleh membaca riak wajah aku yang tak faham dengan apa yang berlaku.
“Thaqif? Kenapa cakap macam tu dengan Suhaila?” tegur Mak Cik Jas.
Thaqif? Oh! Barulah aku teringat. Hampir tiga minggu tidak jumpa, manalah aku ingat muka dia.
“Mak, dia inilah yang leka langgar Aqif hari tu sampai nyaris terlambat nak pergi meeting,” bagaikan mengadu sahaja nada suaranya. Mahu sahaja aku membuat muka. Tapi teringatkan Mak Cik Jas ada bersama, segan pula.
“Lah... benda nak jadi, Qif. Sejak bila Qif jadi pendendam macam ni? Lagipun, bukannya Qif terlambat pun kan? Tender itu pun, Aqif dapat. Kalau tak silap, Aqif jugak yang cerita dekat mak, orang yang langgar kereta Aqif dah settlekan duit tu. Jadi apa masalahnya?” soal Mak Cik Jas.
Aku mendiamkan diri, tidak tahu hendak berkata apa. Rasanya lagi bagus aku cepat meminta diri sekarang. Tak mahulah berhadapan lama-lama dengan Thaqif ni.
“Tak adalah...” Thaqif bagaikan kehilangan kata-kata.
“Hrm... manalah tahu, Suhaila ni yang bawa rezeki untuk Aqif? Jumpa hari yang sama, dan hari yang sama tender itu pun Thaqif dah dapat...” meleret senyuman Mak Cik Jas.
Aku dan Thaqif berpandangan seketika. Kemudian kami sama-sama memandang ke arah lain. Apalah yang Mak Cik Jas ni cakap ni?
“Err... oklah mak cik. Saya pun nak bergerak balik hotel dah ni. Petang ni nak gerak balik,” aku meminta diri.
Mak Cik Jas mengangguk. Tangan kami bertaut, bersalam sebelum masing-masing berpisah. Sempat aku mengacah Irfan, mahu mendukungnya. Dan dengan rela hati Irfan menunjukkan tangan ke arah aku. Tergamam melihat Irfan, aku hanya mengusap-usap kepalanya. Takut aku nak pegang anak orang. Lagi-lagi anak lelaki yang bernama Thaqif. Erk!
***
SEMINGGU lagi masa yang tinggal untuk aku membawa balik calon menantu untuk mak. Aku menutup muka dengan bantal. Hari ini sudah hari Isnin. Penat dua minggu kursus masih tak hilang lagi. Terasa mahu sahaja mengambil cuti hari ni. Inilah masalah setiap hari Isnin.
“Kak Win. Ini keropok yang akak kirim.” Aku meletakkan dua bungkus plastik di atas meja milik Kak Win. Kak Win sudah senyum melebar.
“Terima kasih, Ila. Dah lama akak teringin nak makan keropok lekor ni. Tak dapat dari Terengganu, dari Pahang pun bolehlah...” ujarnya tersenyum-senyum. Berseri muka Kak Win yang tengah mengandung anak kedua itu.
“Iyalah... baby nak makan kan?” aku mengusik. Perutnya yang sudah memboyot aku sentuh perlahan. “Tapi kak, takkanlah dah lapan bulan pun mengidam lagi? Bukan selalunya trimester pertama je ke?”
Kak Win tergelak. “Entahlah. Ikut orang jugak kut. Ini baru first time akak mengidam itu ini. Masa mengandungkan Izaan dulu, ok je.”
Aku mengangguk faham. Baru aku hendak mengangkat tangan daripada perut Kak Win, terasa ada pergerakan di situ. Aku ternganga.
“Subhanallah kak! First time saya pegang perut orang mengandung, dapat rasa baby bergerak.”
Kak Win tergelak mendengarkan kata-kata aku. “Hah, dia kat sini,” katanya sambil memegang tangan aku ke bahagian bayinya bergerak.
Aku teruja. Kemudian aku ketawa. Seronok pula dapat rasa baby bergerak ni. Jauh di pelusuk aku, aku sedikit cemburu. Bahagia melihat wanita yang mempunyai suami dan anak-anak. Bahagian aku entah bagaimana pula nanti? Aku menghela nafas berat.
Baby seronok kut dapat makan keropok lekor nanti,” Kak Win membuat andaian. “Baby cakap, thanks Auntie Ila...” sambungnya lagi dengan suara yang dikecilkan.
Sekali lagi aku tergelak. “Auntie Ila cakap sama-sama. Keropok ni, Auntie Ila belanja. Ummi Win tak payah bayar. Ok?”
Kak Win terkejut. “Eh, janganlah macam tu, Ila.” Tolaknya.
Aku menggeleng. “Dah niat.” Mudah sahaja hendak ‘memaksa’ orang menerima pemberian kita.
So, Ila....”
“Ye?”
“Tak jumpa sesiapa ke masa kursus?”
Aku memandang wajah Kak Win dengan muka tak faham. “Sesiapa?” Dahi aku dah berkerut, memikirkan siapa yang sepatutnya aku jumpa masa kursus. Ada sesiapa yang aku terlupa ke?
“Iyalah... manalah tahu ada jumpa calon suami ke...?”
Tergelak besar aku dengar usikan Kak Win. Ada ke patut jumpa calon suami masa kursus. Walaupun perkara tu tak pelik, tapi lawaklah jugak. Macam aku pergi berkursus mencari jodoh pulak.
“Semua lelaki not availablelah kak...” balasku.
Kak Win tersengih. “Kalau macam tu, bolehlah Kak Win kenalkan Ila dengan kawan Abang Nuar?” soalnya. Keningnya dijungkitkan dua tiga kali.
Aku hanya tersengih. Otak ligat mencari idea untuk menolak. Teringatkan janji aku dengan mak, hati aku menyuruh untuk bersetuju walaupun aku yakin, mak tidak akan kotakan apa yang dia katakan hari tu.
“Err... siapa nama dia?”
“Izzat.” Ok...
“Kerja?”
“Cikgu.”
“Umur?”
“Lebih kurang dengan Ila je. Dah sudah jangan tanya lagi. Nak tanya, kena tanya tuan badannya. So, akak assume Ila setuju ye?”
Aku menggaru-garu dahi, berfikir. Tapi... layakkah aku? Aku menggigit bibir. Sudi ke Izzat menerima aku kalau dia tahu aku tak boleh hendak mengandung dan melahirkan anak?
“Tak apalah kak. Saya tak sedia lagilah...” putusku.
Dahi Kak Win berkerut. “Tapi...”
Aku senyum lalu menggeleng. Kekurangan diri membuatkan aku sedar aku tak layak untuk berdamping dengan sesiapa pun. Aku kembali ke meja aku. Sebaik saja aku duduk, tangan mencapai mouse dan aku gerakkan perlahan. Skrin monitor yang tadinya gelap kembali menyala. Lama aku merenung skrin kosong. Patut ke aku beritahu saja mak tentang masalah aku? Tapi aku malu... aku tak boleh mengandung! Kalau mak tahu, bagaimana agaknya perasaan dia? Tapi sekurang-kurangnya dapat menyelesaikan masalah Lin. Tak adalah mak hendak memaksa aku untuk berkahwin.
“Jumpa je dulu, Ila. Bukannya nak suruh kahwin terus...” pujuk Kak Win lagi.
Entah bila masa Kak Win berdiri di depan meja aku. Aku mengeluh. Akhirnya aku menggangguk perlahan.

5 comments:

Anonymous said...

menarik pula cerita ni...nak cerita seterusnya.....terharu x dapat mengandung....

Seri Ayu said...

Sedihnya...tapi Tsaqif sesuai kot. Sbb dia dah ada anak sendiri. Mungkin emak Irfan dah meninggal dunia.

Basyirah Abd Rahman said...

Jodoh pulak dia dgn Thaqif. hihi.. Agaknya xleh preggy nape ek.. Suspen tul..

*Waiting patiently update for OMP

Masiha said...

Kesiannya..
Mesti Ila sedih n rendah diri sbb ada kekurangan..

Allya said...

sedihnye dgn ila..