::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

09 October 2013

E-Novel: Oh My Prince! 01



Perkarangan pintu pagar utama universiti dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta. Aku yang baru hendak turun daripada bas universiti terhenti melangkah. Mendengarkan bunyi bising yang dibuat oleh penumpang yang lain apabila aku berhenti secara tiba-tiba memaksa aku turun juga. Terpinga-pinga aku melihat beberapa lelaki memegang kamera dan beberapa wanita sedang membuat liputan secara langsung. Huh? Apa yang berlaku ni? Melihatkan kereta polis dan sekumpulan pelajar wanita yang berdiri di kaki lima membuatkan aku semakin tertanya-tanya. Huish! Ada kes pembunuhan ke?
Aku berjalan perlahan-lahan ke pintu pagar. Sesak! Tak boleh langsung aku nak menyelit. Ok. Boleh sebenarnya kalau aku menyelit macam orang lain. Tapi, mesti baju aku bau hangit jadinya. Huh! Tak boleh... tak boleh! Baik aku masuk ikut pintu belakang kolej. Aku berpatah balik ke bas yang aku naiki tadi. Nasib baik brader bas ni tak jalan lagi.
“Bang! Mintak tolong bang!” jeritku daripada pintu bas.
“Apa dia?”
“Tolong hantar saya kat pintu belakang boleh? Nanti saya belanja lunch,” kataku sambil mengusap rambut panjang aku yang aku gayakan ala-ala penyanyi pop terkini, Jasmine.
“Tak bayar nak belanjalah dik! Bas ni pun memang nak balik ‘rumah’ dia. Naiklah cepat. Kau ada kelas ke?”
“Ha’ah. Boleh pulak ada kes dekat kolej ni. Saya nak masuk pun tak boleh.”
“Kes apa tu? Ramai sangat orang? Dengan polis, dengan wartawan semua ada?”
Bas mula meninggalkan bahu jalan perlahan-lahan dan bergerak menghala jalan belakang kolej. Aku masih memerhatikan gelagat orang ramai yang masih tidak berganjak daripada tadi. Ada apa sebenarnya ni?
“Entahlah, bang! Saya tak tahu apa-apa pulak.”
            Aku melihat jam di tangan. Alamak! Setengah jam lagi kelas dah nak mula. Aduh! Malang sungguh hari ni!
            “Bang cepat sikit bang! Kelas saya lagi setengah jam ni!”
            “Tak apa. Nanti abang tolong hantar kau pergi kelas naik basikal.” Brader bas tersengih dekat aku. Aku menarik muka. Aku dah lambat, lagi nak usik aku macam-macam.
***
Laju aku berlari ke blok H lepas brader tadi menurunkan aku di tepi jalan. Baik hati brader tadi nak tolong hantar aku naik motorsikal dia. Tapi kena bagi pengeras juga. Tak fasal-fasal nombor telefon aku jadi mangsa. Ah! Nombor je pun. Bukannya body!
Aku tercungap-cungap sebaik saja tiba di hadapan pintu dewan kuliah. Aku membetulkan rambut yang kusut dek kerana memakai helmet tadi. Huh! Baik aku menyelit je dalam crowd tadi. Sekarang ni pun dah busuk juga!
            Aku berjalan membuka pintu perlahan. Harap-haraplah pintu tak berkunci. Fuh! Aku meniup ke arah pintu. Proh Hanna yang sedang berdiri memandang laptop mengangkat muka memandang aku. Alamak! Ada aura bunuh di dalam mata dia.
            You are lucky young lady. Please lock the door, will ya?”
            Aku mengangguk laju. Fuh... selamat!
            “Apasal lambat?” Hairi meyoal sebaik saja aku duduk di sebelah dia. Aku menghela nafas perlahan.
            Traffic jam!”
            Hairi ketawa perlahan. “Main gate?”
            Aku mengangguk laju. “Tahu pun kau!”
            “Mana taknya. Di sebabkan putera seorang tulah, ramai terpaksa masuk ikut pintu belakang, kau tahu? Tadi pun jam dekat pintu belakang.
            “Putera?” Aku mengerutkan dahi. “Ada putera katak kena langgar pula ke ni?”
            “Apa kau merepek ni?” Hairi dah marah aku. “Kan ada putera raja pindah masuk universiti kita!” jelasnya.
            Silence, please! If both of you want to talk, please go outside and do not disturb my class!” marah Prof Hanna.
Mulut aku dan Hairi terkunci. Tajam mata Prof Hanna merenung kami berdua. Aku mengangkat tangan dan tunduk sedikit. “We are sorry, prof!” kataku.
            Prof Hanna mengangguk. Kelas kembali berjalan seperti biasa. Cuma tumpuan aku saja tak seperti hari-hari biasa. Penyataan daripada Hairi bermain-main di fikiran. Ada putera raja pindah universiti aku? Putera raja? Di fikiran sudah terbayangkan wajah Putera Mahkota Danish yang bakal menggantikan Raja Hussin akan datang. Tapi, takkanlah Putera Danish yang pindah sini? Bukan ke umur dia dah dua puluh lima? Rasanya dulu dia ambil ijazah undang-undang di Universiti Diraja Alamin?
            “Hoi! Berangan!” Hairi menyenggol lengan aku yang sedang menopang dagu. Mujur kepala aku tak terjatuh ke meja tulis ni. Aku memandang Hairi geram.
            “Kau kalau tak buat macam tu, tak boleh ke?” aku menyeringai geram.
            Hairi mengangkat bahu. “Tak boleh! Sebab awek aku tengah berangan ingatkan lelaki lain. Adele, tak payahlah nak bermimpi kahwin dengan putera raja. Kau tu, aku yang punya!” tegas Hairi walaupun dia sedikitpun tak memandang aku.
           Aku tersengih mendengarkan kata-kata Hairi. Cemburu rupanya. Tak tahu pula aku, Hairi jenis yang cemburu. Tapi tak apa! Itu maknanya Hairi sayang.
            “Mana ada. Cukuplah kau seorang putera hati aku. Aku tak nak yang lain, dah!” kataku. Tangan kiri Hairi aku capai dan aku usap lembut. Hairi sedikit tersenyum.
Namun begitu, tatkala aku hendak fokus di dalam kelas, sekali lagi fikiran aku melayang membayangkan putera raja yang dikatakan tadi. Siapa sebenarnya putera ni? Ke daripada negara lain? Kalau betul Putera Danish yang pindah sini, memang Hairi terpaksa menahan perasaanlah sebab, Putera Danish tu aku dah jatuh minat dari darjah satu!

xxx
Saya tak tahu macam mana idea ni boleh muncul disaat saya sibuk hendak menyusun kata-kata untuk melakar kisah Hanis. Oh, cerita ni fantasi semata-mata. :D

5 comments:

eija said...

mnarik...xsbr nk tgu sterusnya..

Unknown said...

best nak lagi...

Anonymous said...

best2.. sambung lg

Anonymous said...

daebak lol.

Unknown said...

Bez2 smbg ag