::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

13 July 2015

E-novel: Cinta Luar Biasa 04



Cinta Luar Biasa 04
Aiza berkunjung lagi ke pasar malam di dataran. Seperti biasa, gerai pertama yang dia tuju mestilah gerai cakoi Pak Cik Atan dengan Mak Cik Marwah. Rasa lama dia tak ke sini. Kali terakhir dia ke pasar malam semasa dia terlanggar Zaid tiga minggu lepas. Kalau hari ni dia tak cari cakoi Pak Cik Atan, cukup sebulan dia tak makan cakoi itu. Mujur dia masih boleh tidur malam walaupun tak dapat makan cakoi tu.

Sewaktu Aiza tiba di gerai Pak Cik Atan, beberapa orang pelanggan sedang menunggu cakoi siap digoreng. Aiza melihat jam di tangan. Lima setengah petang. Mesti ramai yang membeli sampai habis licin atas meja. Aiza memandang pula ke arah lelaki yang sedang membalik-balikkan cakoi di dalam kuali. Eh? Bukan Pak Atanlah hari ni. Mujur Mak Cik Marwah ada melayan pelanggan. Kalau tak, mesti aku ingat dah tersalah gerai.
“Aiza... lama tak nampak kamu. Apa khabar?” soal Mak Cik Marwah ceria. Melihatkan wajah anak gadis yang merupakan pelanggan tetapnya setiap minggu membuatkan moodnya menjadi ceria. Lain sungguh aura yang dibawa anak gadis ini.
“Mak cik... saya sibuk sikit tiga minggu ni. Banyak kilang shutdown. Tak menang tangan nak buat kerja. Terpaksalah korbankan kehendak saya nak makan cakoi...” ujar Aiza sedikit mengadu.
Mak Cik Marwah ketawa. “Itulah... pak cik pun ada berbunyi sebab lama tak nampak Aiza. Kalau tahu rumah Aiza dekat mana, boleh juga kami hantarkan sikit. Tahu Aiza suka sangat cakoi ni...”
Aiza ketawa kecil mendengarkan kata-kata Mak Cik Marwah. Ambil hati aku pula mak cik ni. Melampau sangatlah pula sampai nak berhantar ke rumah. Lainlah kalau mereka duduk sekampung ataupun setaman.
“Macam biasa ye mak cik. Saya nak dua ringgit.”
Mak Cik Marwah mengangguk. Aiza kembali memandang lelaki muda yang sedang meletakkan cakoi yang siap di goreng di atas bekas di atas meja. Riak wajahnya berubah terkejut.
“Encik Zaid!”
***
Zaid memasang telinga mendengar perbualan maknya bersama seorang pelanggan perempuan. Musykil dia dibuatnya bila maknya mesra melayan pelanggan itu. Bila dengar butir perbualan mereka, macam rapat benar. Zaid menjeling sekilas ke arah gadis yang rancak berbual itu. Dia terkejut. Cik Aiza! Kecilnya dunia! Kali terakhir dia terjumpa Aiza sewaktu di shopping mall, masa Aiza keluar dengan lelaki yang Zaid yakin suami Aiza.
Zaid cepat-cepat kembali fokus kepada gorengannya. Mujur tak hangus cakoi ni dibuatnya. Dengan berhati-hati Zaid mengeluarkan cakoi dan dia goyangkan penapis itu perlahan-lahan untuk mentoskan minyak.
“Encik Zaid!”
Itu ayat pertama yang Aiza sebut untuk menegurnya. Sedikit sebanyak dia rasa gembira bila Aiza masih mengingatinya. Tapi, sedar status wanita itu sebagai isteri orang, Zaid cepat-cepat merasionalkan fikirannya.
“Cik Aiza...” balasnya perlahan. Kepala dianggukkan sebagai tanda hormat. Kemudian, Zaid kembali menguli adunan cakoi untuk menggoreng kumpulan yang seterusnya.
Mak Cik Marwah laju membungkuskan pesanan pelanggan yang tiba terlebih dahulu daripada Aiza. Aiza yang perasan Zaid seolah-olah tidak berminat hendak berbual, dia hanya melemparkan senyuman buat Mak Cik Marwah. Bila tiba giliran Aiza untuk mendapatkan cakoi, cakoi sudah pun habis. Terpaksa Aiza menunggu sekejap untuk mendapatkan cakoi kegemarannya.
“Encik Zaid ok, ke?”
“Aiza kenal ke anak mak cik?”
“Kenal mak cik. Tiga minggu lepas saya tak sengaja terlanggar dia,” ujar Aiza sambil matanya ralit memerhati Zaid melakukan tugasnya. Awak... awak tak nak cakap dengan saya ke, awak? Kecewa pula rasanya bila lelaki itu hanya buat tak endah.
“Lah.. iya ke?”
Aiza mengangguk. “Iya mak cik. Mak cik ingat tak, masa tu hujan renyai? Saya nak undurkan kereta, tak perasan ada motor dekat belakang...” cerita Aiza ringkas.
Mak Cik Marwah mengangguk perlahan. Tak sangka pula rupa-rupanya pemandu yang melanggar anaknya ni seorang perempuan. Perempuan yang dia kenal pula tu! Mak Cik Marwah menjeling ke arah Zaid yang berlagak seperti tiada apa-apa berlaku. Tekun Zaid melakukan tugasnya menggoreng cakoi.
“Encik Zaid dah ok, ke? Saya tunggu juga panggilan daripada encik. Risau kalau apa-apa...” soal Aiza lagi sekali. Pada waktu itu barulah Zaid menoleh ke arah Aiza.
“Saya ok, Puan Aiza. Alhamdulillah, luka-luka semua dah sembuh. Masalah dalaman, tak ada apa. Sebab itu saya tak hubungi, puan. Motor pun ok. Adatlah pecah dan calar sikit. Tak perlulah Puan Aiza risau....” ujar Zaid tenang.
Aiza terkulat-kulat mendengarkan kata-kata Zaid. Hai? Sejak bila daripada cik tiba-tiba menjadi puan? Oh! Mesti dia sangka aku dah bersuami sebab masa kali terakhir kita orang jumpa, dia cakap, ‘awak geraklah dulu. Risau suami awak tunggu awak tak balik-balik...’ Mengingatkan itu, Aiza ketawa kecil. Entah kenapa, dia tak rasa hendak membetulkan fakta itu. Tambahan pula, Mak Cik Marwah sudah menghulurkan plastik kecil berisi dua ringgit cakoi.
“Terima kasih mak cik. Saya beli...” ujar Aiza lembut lalu melangkah meninggalkan gerai cakoi Pak Cik Atan. Dia tersenyum sendiri. Entah kenapa, dia rasa geli hati dengan tingkah Zaid tadi. Macam berjauh hati saja. Sungguhlah dia ni seorang yang mudah terhibur.
“Apa pulak puan. Cik lagi tu!” tegur Mak Cik Marwah selepas Aiza berlalu pergi. Suka hati Zaid ni memanggil gadis tu puan. Buatnya dia terasa? Sudahlah isu kahwin-kahwin ni sensitif. Tengok saja anak keduanya, Za’imah. Selalu membebel bila ada yang bertanya bila nak kahwin. Walhal umur baru dua puluh lima tahun. Jadi secara tak langsung, Mak Cik Marwah pun jarang bertanya soalan-soalan sensitif kepada orang lain.
Terkulat-kulat Zaid apabila ditegur begitu. Aduh! Apa kau dah buat ni, Zaid?
“Iya ke mak? Alahai... melepaslah pula nak mengurat?”
“Apa kamu cakap?”
Zaid ketawa kecil. Entah kenapa, beban di hatinya rasa bagaikan diangkat bila mendapat tahu Aiza masih belum berpunya.
“Tapi hari tu, Zaid nampak dia dengan lelaki? Zaid cakap pasal suami dia pun, dia tak cakap apa-apa...”
“Oh! Kawan lelaki dialah agaknya. Orang sekarang ni lain dengan orang dulu. Baru berkawan pun dah ke sana-sini berdua!” bebel Mak Cik Marwah.
Zaid terdiam. Ada benarnya juga kata-kata mak tu. Tapi, kalau dia sendiri tak pastikan betul-betul dengan tuan punya badan, dia sendiri yang rugi. Zaid mengecilkan api dapur. Kemudian dia basuh tangannya yang penuh tepung dengan sedikit air lalu cepat-cepat dia berjalan mengejar langkah Aiza yang sudah menjauh.
“Zaid! Nak pergi mana? Siapa yang nak goreng ni?” jerit Mak Cik Marwah. Terkejut bila anak lelakinya meninggalkan gerai tanpa sebarang kata.
“Nak cari bakal menantu mak!”
Dahi Mak Cik Marwah berkerut. Apa pula yang anaknya nak buat kali ni?
***
            Aiza tidak menunggu lama untuk menikmati cakoi yang baru dibeli. Dalam berjalan, dia makan cakoi yang masih panas-panas. Mesti bising mulut Muna kalau dia ada di sebelah. Muna tu pantang kalau orang makan atau minum sambil berjalan. Aiza berjalan dari satu gerai ke satu gerai yang lain. Melihat-lihat apa yang menarik yang dijual oleh peniaga pasar malam. Terpandangkan sebuah gerai menjual nasi kerabu, langkahnya terhenti. Nampak sedap pula bila melihat pak cik yang berniaga mencedok nasi biru itu ke dalam polistrin. Sedap juga kalau makan nasi kerabu untuk malam ni.
            “Nak satu ye, pak cik. Lauk ni dengan ni je...” ujar Aiza bila gilirannya tiba.
Jarinya menunjukkan ke arah bekas ayam percik dan solok lada di atas meja itu. Laju pak cik itu membungkuskan untuk Aiza bila tiba masa dia hendak bayar, tiba-tiba ada sesorang menghulurkan not merah kepada pak cik itu.
            “Berapa ya, pak cik?” soal Aiza tanpa menghiraukan kehadiran lelaki itu.
            “Saya bayar...” tiba-tiba satu suara kedengaran.
            Aiza menoleh. Bulat mata dia bila nampak Zaid berdiri di sebelah. Eh? Tiba-tiba je lelaki ni...
            “Tak payahlah, encik Zaid. Sudahlah accident dulu saya tak bagi apa-apa pun...”
            “Tak apa. Saya belanja Aiza hari ni. Masa accident dulu kan, Aiza dah bagi sesuatu pada saya.”
            “Saya bagi apa?”
            Berkerut dahi Aiza mendengarkan jawapan Zaid. Aku bagi apa pada dia? Rasanya dia tak bagi apa-apa pun selain daripada servis merawat luka Zaid tu. Zaid yang memandang wajah keliru Aiza tersenyum senang. Pak cik yang menjual nasi kerabu memerhatikan gelagat pasangan di hadapannya dengan pelik. Dah kenapa budak muda ni?
            “Awak bagi saya kenangan yang saya tak dapat lupakan.” Zaid senyum senget.
Mujur tak tersembur ketawa Aiza di depan-depan orang ramai ni mendengarkan jawapan Zaid. Cheezy tak ingat! Kenangan mana satu tu? Kenangan jatuh motor ataupun kenangan aku bersih dan rawat luka dia? Terhinggut-hinggut bahu Aiza kerana ketawa dengan menutup mulut.
“Okey... okey... disebabkan awak nak belanja, awak bayar dulu. Lama pak cik tu tunggu duit awak,” ujar Aiza bila dia sedikit tenang.
Pak cik yang menjual nasi kerabu mengangguk, mengiyakan kata-kata Aiza. Selesaikan urusan jual beli dulu baru nak bergurau, nak. Ramai lagi pelanggan pak cik menunggu ni. Aiza dan Zaid bergerak meninggalkan gerai nasi kerabu tadi. Bila dah berdua, mereka terdiam pula. Menunggu salah seorang yang memecahkan kesunyian antara mereka.
“Hrm... siapa tolong mak cik goreng cakoi? Awak tinggalkan mak cik seorang diri ke?”
“Allah!” Zaid menepuk dahinya. Kerana mengejar Aiza tadi, terlupa terus membantu mak di gerai. Kemudian, cepat-cepat dia mengeluarkan telefon bimbit Nokia dari kocek apron yang dia pakai. Aiza memerhatikan tingkah Zaid dengan penuh tanda tanya.
“Saya nak nombor awak, boleh?” soal Zaid laju.
Aiza mengerutkan dahi. “Kan hari tu saya dah bagi?”
“Saya terhilangkannya...”
Bukan ‘ter’, tapi sengaja dia menghilangkan nombor tu sebab nampak Aiza dengan lelaki lain. Dia tak naklah jadi orang ketiga. Tapi memikirkan Aiza masih belum bersuami, apa salahnya dia berkawan dan merisik-risik status Aiza yang sebenarnya.
“Iya ke... patutlah saya tunggu panggilan awak tak kunjung tiba.” Aiza tersenyum manis. Kemudian satu demi satu nombornya dia sebut manakala Zaid laju menaip.
“Okeylah Aiza. Nanti saya call awak. Nak sambung buat kerja sebelum mak menjerit. Hati-hati balik nanti. Jangan terlanggar orang lagi macam hari tu...” ujar Zaid sebelum melangkah kembali ke gerai. Kalau awak langgar, habislah orang tu jatuh hati pada awak. Bertambah lagi pesaing saya...
Aiza ketawa kecil melihat tingkah Zaid. Entah kenapa, dia cukup senang dengan lelaki itu. Berbeza dengan apa yang dia rasa ketika bersama Nizam. Telefonnya yang tiba-tiba berbunyi mematikan lamunan Aiza. Dia yang baru hendak melangkah untuk meneruskan ekspedisi mencari makanan terhenti. Dengan berhati-hati dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangan. Ada sebuah ‘missed call’ dan sebuah mesej daripada nombor yang dia tak kenali.
1 missed call from +0123456789
1 message received
Ini nombor saya. Jangan hilangkan pula. ;) –Zaid-
Dan dengan membaca mesej itu pun cukup membuat Aiza tersenyum lagi.

2 comments:

Abby Sha said...

Hailaaa zaid direct je xde tgu2 dah hehe vantas dia amk langkah bgs2..

eifa said...

Lenkali tanya. Jangan pandai-pandai teka. Kan dah rugi. Srn bek mak habaq tak kawen lagi. Pantas ye amik tindakan. Kikikiki