::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

18 February 2015

E-Novel: Bidadari 01



Alhamdulillah, akhirnya Allah izinkan saya menyiapkan kisah Hanis ini. Bidadari kisahnya jauh berbeza dengan S.A.U dan O.M.P. Bidadari tentang apa? Bacalah dulu. Hihi... Hampir dua kali saya letakkan di blog dan kemudian saya padamkan semula atas beberapa sebab. Insya Allah, kali ini tak akan padam lagi. Manuskrip sudah dihantar kepada syarikat penerbitan. Kalau ada rezeki, insya Allah akan diterbitkan. Selamat membaca. ;)
xxx

­­­Bidadari 01
Alat kawalan jauh kereta di tangan aku tekan untuk memastikan kereta sudah berkunci. Peluh yang sudah mula berkumpul di dahi aku lap dengan lengan baju. Huh! Panas! Dah dekat setahun juga aku tak menjejakkan kaki dekat negeri ni, panasnya tak berubah! Amboi... macamlah setahun ni aku duduk dekat Eropah sana. Perasan! Walhal ada je turun padang lawat tapak masa waktu kerja.
Semenjak bekerja dekat selatan tanah air, aku dah tak keluar-keluar negeri lagi dah. Nasib baiklah aku belajar dekat Perak ni. Ada juga keluar daripada Johor. Kalau tak mesti orang cakap aku sayang sangat dekat Johor tu. Eh! Sayang tak sayang, IC aku -01- tau! Mestilah sayang.
Ini kalau tak kerana si Atiqah, tak adanya aku nak turun Ipoh ni jauh-jauh. Nasib baiklah orang kata menikah ni kalau boleh sekali seumur hidup. Demi meraikan hari bersejarah sahabat aku, sanggup aku memandu sendiri datang sini. Nak naik bas atau kapal terbang leceh pula. Mana nak kena turun di Kuala Lumpur, lepas tu cari pula cara nak ke Ipoh. Dengan tak ada kenderaan sendiri lagi untuk ke sana ke mari. Khairul, abang aku yang sulung tu bising betul masa aku beritahu dia. ‘Berani sangat!’ kata dia. Akhirnya dia tak kata apa bila mak dengan ayah bagi lampu hijau.
            Mata memandang Greentown Mall yang tersergam dekat depan mata. Kaki melangkah ke arah pintu masuk. Selain Ipoh Parade, mall ini antara tempat yang aku suka pergi masa belajar dulu. Lagi-lagi kalau hendak mencari baju untuk dipakai untuk ke majlis.
Aku berjalan tanpa arah tujuan. Betul-betul tak ada kerja! Datang jauh-jauh, pergi sini lepas tu tak tahu nak buat apa. Kalau Atiqah tahu, mesti dia bising. Iyalah, daripada datang sini baik aku tolong apa yang patut dekat rumah dia. Heh, kawan yang tak membantu langsung. Sedang aku leka membelek-belek tudung, mata terpandangkan kelibat seseorang dekat kedai menjual barang-barang perkahwinan. Kening aku terangkat. Aiman?
“Err... Assalamualaikum?” teragak-agak aku bersuara bila aku dah berdiri dekat sebelah Aiman.
Aiman menoleh. Riak muka dia sedikit terkejut. “Hanis?”
Aku sengih. Aiman dah lain dah dia sekarang. Kalau dulu kurus kering, sekarang dah berisi. Kalau dulu bercermin mata, sekarang makin kacak bila dia mengenakan kanta lekap. Senang cakap, dia nampak semakin kemas kalau nak dibandingkan dengan zaman belajar dulu.
“Ingatkan ada orang nak minta derma!” Dia ketawa.
“Hampehlah kau ni...” aku mencebik. Sabar sajalah bila dia mengusik. Ada sahaja nak mengenakan aku.
“Kau buat apa dekat sini?”
“Bercuti...”
“Cuti? Takkan honeymoon dekat bandar Ipoh kut?” Tanpa soal-selidik, Aiman sudah menerjah dengan soalan.
Aku mengecilkan mata.
Honeymoon apa benda? Kahwin pun belum. Lainlah kau! Ni dekat depan kedai barang hantaran ni hah! Dah tak lama lah tu? Jangan lupa jemput ye!” sempat aku mengusik.
“Aku belum habis belajar, maka tak boleh fikirkan benda ni lagi,” serius dia menjawab.
Aku termangu. Dahi dah berkerut. Belum habis belajar? Aku rasa dia pun sama-sama naik pentas masa konvokesyen dulu. Mana mungkin aku yang tersalah orang?
“Aku sambung Master.” Akhirnya dia menjelaskan bila aku pandang dia tak berkelip lebih sepuluh saat. Ternganga mulut aku dengar ayat yang keluar daripada mulut dia. Walaweh! Aiman sambung belajar lagilah! Tak sangkanya aku. Kalau aku awal-awal angkat bendera putih. Surrender!
“Dekat mana?”
“Tempat yang sama...” Aiman tersengih.
Aku dah tergelak. “Hish. Bosannya life kau,” sempat aku mengutuk sebelum perbualan kami terganggu dengan satu suara yang menegur.
            “Abang?”
Perbualan kami terganggu bila terdengar satu suara lembut menegur. Kami menoleh. Alamak! Tunang Aiman ke? Tapi takkanlah keluar berdua je? Macam pelik je Aiman keluar berdua dengan perempuan. Hrm... adalah agaknya adik beradik perempuan ni ikut sekali.
“Err... hai! Saya Hanis.” Tangan dihulur.
Perempuan itu sedikit terkejut mendengarkan nama aku.
“Hanis?” soalnya pula. Kemudian dia mengerling ke arah Aiman yang selamba.
Aku mengangguk. Eh? Kenapa buat muka macam tu? Kemudian dia tersenyum. Huluran bersambut. Terjalinlah ukhwah baru antara aku dengan bakal isteri Aiman. Cantik orangnya. Muka pun ada iras-iras Aiman. Cuma Aiman saja yang tak handsome walaupun dia selalu perasan handsome! Agaknya betullah orang cakap jodoh kita tu selalunya ada iras-iras kita. Sabar, Hanis. Sabar! Kawal air muka kau jangan sampai berubah!
“Nur.”
Wah... lembutnya suara! Pandai Aiman cari. Ceh! Sekali keluarga yang aturkan? Orang-orang yang stok baik-baik macam Aiman ni, mana ada nak cari sendiri.
“Ini ke Hanis yang abang cerita dulu?” soal Nur kepada Aiman di sebelah. Aku menoleh ke arah Aiman. Wajah yang tadinya selamba tiba-tiba berubah merah.
“Nur...” tegurnya lalu menggeleng.
Aku hanya ketawa memerhatikan gelagat mereka. Bahu dia aku sentuh dengan brosur kerusi urut Ogawa yang apek tadi bagi. Aiman menoleh.
“Bidadari kau ke?”
Aiman pandang aku tak berperasaan. Nur yang dengar soalan aku nampak keliru. Bidadari, aku rasa Aiman faham makna soalan aku. Akhirnya Aiman menggeleng. “Adik akulah.”
Aku menghela nafas lega. Rasa sesak dada hendak menunggu jawapan Aiman tadi.
“Patutlah. Nur ni cantik sangat untuk kau! Tak sesuai!” selamba aku mengutuk. Bukan mengutuk Nur, tapi mengutuk Aiman.
“Ah, kau! Kalau abang tak handsome, mana mungkin dapat adik cantik?”
Aku mencebik. “Huh! Tak ada kena mengena langsung! Malas aku nak layan kau.”
“Tak suruh pun!”
Aku pandang Aiman geram. Aiman ketawa.
“Oklah. Nak gerak dulu. Ada jodoh, insya Allah jumpa lagi.”
Jodoh? Terasa ada getaran di dalam dada mendengarkan dia menyebut perkataan itu. Aku mengangguk. Sebelum berpisah, sekali lagi aku bersalam dengan Nur. Baru aku nak angkat kaki untuk ke UO, terdengar Aiman memanggil. Aku menoleh.
“Sabtu ni pergi kenduri Atiqah?”
Of course! Sebab tu aku dekat sini!”
“Jumpa dekat sana! Boleh jumpa calon bidadari aku!”
Bibir menguntum senyum. Bidadari. Tak sudah-sudah dengan bidadari dia. Teringat kenangan masa belajar. Aimanlah orang yang paling bersemangat kalau bercerita topik kahwin. Kalau dalam kumpulan Google kami, asal ada topik kahwin, nasihat tentang mencari pasangan, apa sajalah, mesti dialah orang yang paling banyak kongsi. Lawak! Ingatkan habis belajar dah selamat dah. Sebab cara dia bercakap macam dah ada sangat calon isteri. Hai, Aiman... Aiman!
***
Telefon yang berbunyi membuatkan fokus aku hilang masa dengan memandu. Ah, kacau! Laju tangan menyelitkan fon telinga ke telinga. Memang dah biasa dah aku bercakap sambil memandu ni. Butang untuk menjawab aku tekan. Terdengar suara lelaki memberi salam.
“Waalaikumussalam.”
“Oi! Hanis, oi! Sampai pukul berapa semalam?” terdengar suara Khairul risau bertanya.
Aku menggaru dahi dengan tangan kiri. Sebelah tangan lagi masih melekat di stereng. Habislah! Mesti dia bising lepas ni. Malam tadi lepas telefon mak, boleh pula terlupa nak mesej dia. Walhal, sepuluh kali dia pesan masa aku baru bergerak sampai dia kena marah dengan aku.
“Err... sorry! Sampai pukul lapan malam. Lepas telefon mak lupa pula nak mesej, abang. Sorry ye!” serba salah aku menjawab.
“Iyalah! Dah jumpa kawan, terus lupakan abang ni kan. Mentang-mentanglah kita tak sepenting mak dengan ayah. Risau abang tahu?”
Aku menyeringai. Dah agak dah! Mesti dia bising punya!
Sorry, ok?Promise lepas ni tak buat lagi.”
“Hrm. Iyalah. Hari ni promise, lepas dua tiga hari buat balik. Abang dah kenal sangat!”
Aku tersengih je dengar Khairul membebel. Mata memandang ke depan. Sekali sekala aku hilang fokus masa tengah berbual. Kiranya, bukanlah tangan pegang telefon sebelah yang buat orang kemalangan, bercakap dekat telefon pun boleh jadi. Nasib tak tersondol kereta depan ni.
“Hanis dekat mana ni? Sunyi je tak ada suara orang? Dekat bilik air ke?”
“Sengallah abang ni! Apahal pula nak bawa telefon masuk bilik air?”
Aku dah ketawa besar. Bergabung pula dengan suara Khairul di hujung talian. Lawak bodoh! Akhirnya aku memberitahu dia bahawa aku sedang memandu, mengucap panjang Khairul mendengar.
“Kenapa tak cakap tengah drive? Bahayalah! Hish, budak ni! Lain kali, kalau tengah drive cakaplah. Nanti-nanti abang boleh telefon balik,” bebel Khairul.
“Oh, ya! By the way, abang tengah tunggu bas nak ke Ipoh. Nanti dah dekat sampai abang mesej Hanis. Hanis ambil abang dekat stesyen bas, ok?”
Bulat mata aku dengar ayat yang keluar daripada mulut dia. “Abang nak datang?!”
Terkejut dengan cerita Khairul, bertambah lagi terkejut aku bila kereta depan ni tiba-tiba berhenti. Laju aku menekan brek kaki. Phew... nasib baik brek kereta ni boleh tahan lagi! Laju aku mengurut dada. Hai, kalau terlanggar ni, siapa nak tolong?
Ha’ah. Lepas tu, kita balik Johor sekali. Abang drive. Lagipun Hanis, Isnin kan labour day. Abang dapat cuti Selasa tu. Dapat balik rumah lama sikit.”
Labour day pun, takkan nak naik Ipoh baru turun Johor? Penatlah abang. Better kalau abang drive balik Johor terus. Tak pun, tunggu je Hanis dekat Kuala Lumpur. Kita balik sama?” aku memberi cadangan. Ada alternatif yang senang, lagi nak menyusahkan diri.
“Tak apa. Abang lagi penat bila dengar Hanis drive seorang. Susah hati ni tahu. Awak tu dahlah tak pernah memandu jauh. Oklah, drive elok-elok. Bas abang pun dah sampai. Dalam tiga jam lagi insya Allah abang sampai sana. See you!
Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Dah agak dah itu alasan dia. Khairul... protective sangat!
xxx
Macam mana? Suka? Tak suka? Biasa? Jemput klik di bawah ini ya. :)

4 comments:

Unknown said...

Best nak lagi.kak

Anonymous said...

Suka sgt!!.. nk hanis dgn khairul..hu hu.. patut lorh cari2 x jumpa.

Unknown said...

Ulang balik kisah dorg.. hehe

Unknown said...

Best....not bad