::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

02 August 2015

Mininovel: Kasih Suci 11



Kasih Suci 11
Aku membelek telefon bimbit buat ke sekian kalinya. Masih tiada apa-apa mesej daripada Thaqif pada hari ini. Selalunya dia pagi-pagi lagi dia akan menghantar mesej selamat pagi dan berjanji untuk makan tengahari di mana-mana yang dia mahu. Dan pukul satu kereta dia sudah menunggu di hadapan pejabat aku untuk mengambil aku.

Nak kata projeknya sudah selesai, macam belum. Kalau tak silap masih berbaki dua bulan untuk dia berulang ke tapak projek dan memastikan kerja-kerja berjalan seperti yang dirancang. Tapi kenapa dia tak mesej aku apa-apa hari ni? Aku melihat masa terakhir dia online. Baru seminit yang lepas. Jari aku laju berlari di atas skrin. Hendak menaip sesuatu.
Sedar tak sepatutnya aku yang menghubungi dia, ditambah dengan Izzat yang sudah mula menganggap yang bukan-bukan, mungkin dah sampai masanya untuk aku kurangkan interaksi aku dengan Thaqif. Aku mengeluh perlahan. Telefon aku letakkan kembali ke atas meja.
“Hai Ila? Termenungkan apa?” tegur bos aku sewaktu aku termenung memandang skrin monitor walaupun portal yang digunakan untuk membuat kerja sudah terpampang di skrin.
Aku sedikit tersentak dengan teguran bos aku. Hilang terus perkara yang bermain di fikiran tadi. Malu sendiri bila leka sewaktu masa bekerja.
Sorry bos...” ujarku malu-malu alah.
“Hidup kita tak pernah lari daripada masalah, Ila. Tapi, cubalah jangan campur adukkan urusan kerja dengan urusan perbadi,” pesan bos aku sebelum dia berlalu ke pantri. Bos aku ni, tegurannya lembut. Tapi jangan ada berani pijak kepala dia. Kalau nak tengok dia mengamuk, buatlah.
Izzat balik kan hari tu? Tak cakap dekat akak pun... – Kak Win-
Mesej daripada Kak Win yang sedang cuti bersalin aku baca sekali lalu. Malas rasanya hendak membalas bila mesej itu berkisarkan tentang Izzat. Mengingatkan peristiwa sebelum dia pulang hari tu, tawar terus hati aku terhadap dia.
Oh. Ha’ah. Dia balik sekejap je, Kak Win... –Suhaila-
Iya, ke? Patutlah tak singgah rumah akak. Selalunya kalau balik, mesti dia datang cari Abang Nuar walaupun sekejap. – Kak Win-
Aku membaca mesej itu lalu keluar daripada aplikasi WhatsApp yang digunakan untuk berhubung dengan lebih mudah. Laju jari jemari aku berlari di atas skrin untuk membuka galeri gambar. Gambar kandid yang dihantar Izzat aku buka. Izzat... saya yang nampak serasi dengan Thaqif ataupun awak yang sudah berubah hati?
Tapi kalau benar Izzat yang berubah hati, siapa aku hendak memaksa dia menerima aku? Ditambah pula dengan kekurangan aku yang kami berdua tahu, pasti sedikit sebanyak perasaan dia turut teruji bila hari pernikahan semakin hampir. Andai kata berkahwin dengan aku tidak dikurniakan anak, lebih baik dia memilih Nabihah yang aku yakin tiada apa-apa masalah untuk mengandung.
Terpandangkan bos sudah kembali, cepat-cepat aku menekan butang ‘home’ untuk keluar daripada gambar aku dengan Thaqif berbual mesra sewaktu mencari barang hantaran hari tu. Ada bos aku tegur lagi bila aku leka dengan telefon pula. Mujurlah dia tak berkata apa-apa sewaktu lalu di sebelah meja aku. Hanya sebuah senyuman yang dia hadiahkan dan secara tidak langsung membuatkan hati aku sedikit tenang.
***
Hujung minggu itu aku pergi ke rumah Mak Cik Jas. Sengaja aku datang ziarah kedua ibu bapa Izzat. Datang kali ini, aku membawa sedikit kuih-muih yang aku beli di taman perumahan tadi. Nak beli makanan berat, aku tahu Mak Cik Jas selalu masak sarapan setiap hari.
“Sunyi je rumah ni. Macam ada sesuatu yang kurang pula...” ujarku sebaik saja bersalam dengan Mak Cik Jas. Mak Cik Jas tersenyum simpul.
“Irfan tak ada. Thaqif ambil balik kerja malam tadi...” balas Mak Cik Jas lembut. Kuih-muih yang aku bawa dia salin ke dalam pinggan.
Dahi aku berkerut mendengarkan penjelasan Mak Cik Jas. Thaqif ambil Irfan?
“Kenapa Abang Thaqif ambil Irfan, mak cik? Dia nak bawa Irfan ke mana?”
Lama Mak Cik Jas diam sebelum menjawab soalan aku. Secawan Milo panas dia hulurkan pada aku walaupun aku menolak.
“Dia cakap, dia nak belajar untuk jaga Irfan. Tak nak harapkan mak cik sangat...”
Aku terdiam. Pelik. Selama ni Thaqif nampak senang sekali bila Mak Cik Jas menjaga Irfan. Kenapa tiba-tiba dia nak belajar jaga sendiri? Dah ada pengganti arwah Kak Liana pula ke?
“Dia nak belajar uruskan anak dialah agaknya. Eloklah tu...” sambung Mak Cik Jas dengan senyuman. Bagai tahu-tahu saja apa yang aku fikirkan.
Seperti biasa, Mak Cik Jas akan menemani aku bersarapan di dapur. Pak Cik Yunus pula akan melayan pokok-pokok di laman rumah
             “Dia dah ada pengganti agaknya...” ujarku perlahan sehingga menyebabkan Mak Cik Jas merenung aku lama.
            “Maaf mak cik. Ila tak patut masuk campur urusan keluarga mak cik. Itu cuma pendapat Ila saja...” kataku serba-salah. Sudahlah pengganti yang aku maksudkan itu bakal menggantikan arwah anak Mak Cik Jas. Entah apalah fikir Mak Cik Jas bila aku cakap begitu.
            “Tak apa... mungkin betul juga cakap Ila. Lagipun, Thaqif tu muda lagi. Eloklah kalau dia mulakan hidup baru kalau betul dah ada pengganti. Cuma mak cik harap, biarlah pengganti Liana tu betul-betul sayangkan Irfan. Risau mak cik kalau perempuan tu tak boleh terima Thaqif dengan Irfan...” besar harapan Mak Cik Jas. Aku mengangguk perlahan. Milo yang mula sejuk aku minum perlahan. Fikiran masih penuh dengan perihal Thaqif dan Irfan.
            “Ila dengan Izzat macam mana?”
            Aku terbatuk kecil bila tersedakkan air Milo yang sedang aku minum. “Okey je mak cik. Kenapa?”
            Mak Cik Jas senyum meleret. “Baguslah... Kahwin ni, bukan semata-mata untuk hubungan intim. Kita kena belajar kenal hati budi bakal pasangan kita. Cari titik keserasian antara kita dengan pasangan kita. Sebab lelaki dengan perempuan, pemikiran berbeza. Minat berbeza. Cara bersosial berbeza. Jadi, kena bertolak-ansur bila dengan pasangan nanti. Sama-sama belajar memberi dan menerima. Bila dah yakin, kita kena ingat... pasangan kita ni anugerah daripada Tuhan. Pasangan kita itulah yang terbaik untuk kita. Jangan nanti bila dah kahwin, ada bergaduh... bermasam muka... terus datang perasaan yang kita tersalah buat pilihan...” panjang lebar Mak Cik Jas menasihati aku.
Aku terkelu. Perasaan aku bercampur baur.
            “Mak cik cakap ni, bukan hanya pada Ila. Pada arwah Liana pun, mak cik pesan perkara yang sama. Pada Izzat pun, mak cik dah cakap sebelum dia balik ke Sarawak hari tu. Kena rendahkan ego. Kena belajar terima kekurangan pasangan. Kalau ada yang tak puas hati, bincang elok-elok. Tegur dengan hikmah. Insya Allah, pasangan kita boleh terima. Dan yang paling penting, jaga hubungan dengan Allah s.w.t. sebab, kalau yang satu ni tak jaga, semua benda kita buat akan jadi tak kena...” tambah Mak Cik Jas lagi.
Aku hanya mampu mengangguk. Kata-katanya semua benar belaka. Tak tahu hendak berkata apa, aku sekadar menghabiskan minuman di dalam cawan. Mak Cik Jas tak henti-henti memerhatikan aku. Bagai boleh perasaan aku yang bercampur-baur bila mengingatkan perihal Izzat.
            ***
            Aku pulang ke rumah sewa sebaik saja makan tengahari dan menunaikan solat Zohor di rumah Mak Cik Jas. Selepas bersarapan pagi tadi, Mak Cik Jas mengajak aku ke pasar untuk membeli barang dapur. Mujurlah aku jenis ke dapur juga dan membantu mak kalau di kampung. Tak adalah terpinga-pinga bila Mak Cik Jas sesekali meminta aku mendapatkan rempah-ratus dan barangan basah untuk dia. Mujur!
            Sebaik saja tiba di rumah sewa, aku hanya berehat dengan berbaring di atas katil. Dalam pada itu, aku melayari Facebook dengan menggunakan telefon. Boleh pula gambar pertama di timeline merupakan gambar Izzat bersama geng Kapit berjalan ke Sibu. Aku mengetap bibir geram. Lagi-lagi bila melihat Nabihah turut berada di dalam gambar.
            Message.
            ‘Kita jarang berjumpa dan kita sangat jarang duduk bersama. Jadi, mungkin mencari titik keserasian antara kita menjadi sukar. Tapi itu tak bermakna kita tak serasi. Izzat boleh katakan, Ila dengan Thaqif nampak serasi. Dan Ila pun boleh katakan, Izzat dengan Nabihah juga nampak serasi. Ila nak tanya, sepanjang kita bertunang, pernah tak Izzat rasa tersalah pilih bakal pasangan?’
Enter.
‘Ila tak akan buat keputusan sebab keputusan tu Ila dah buat lama dulu. Tapi, Ila tak boleh baca hati Izzat. Kalau Izzat rasa pertunangan kita ni satu kesilapan, kita masih boleh perbetulkan sebelum ikatan pernikahan termeterai. Mungkin pertunangan kita dulu terlalu tergesa-gesa. Ila tunggu keputusan Izzat.’
Enter.
            Lama aku merenung skrin telefon. Manalah tahu kalau-kalau Izzat membalas mesej aku pada masa itu juga. Lima minit berlalu, masih tiada tanda-tanda Izzat akan membalas mesej. Aku menutup Facebook dan meletakkan telefon bimbit di sebelah. Aku tak sedar bila masa aku tertidur, tahu-tahu saja aku dikejutkan dengan bunyi azan dari surau taman yang tidak jauh daripada rumah sewa aku.
            ***
            “Ila... tolong datang rumah abang!”
            Permintaan mengejut oleh Thaqif membuatkan aku turut terkejut. Bertambah terkejut  bila terdengar suara Irfan nyaring menangis di hujung talian. Mujurlah aku sudah selesai menunaikan solat Isyak sebentar tadi.
            Please, Ila. I really need you now! Abang tak tahu nak buat apa ni. Irfan asyik mengamuk dan meragam sejak tadi...” suara Thaqif kedengaran tertekan. Tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan Irfan, laju aku menerima permintaan dia.
            “Mesej alamat abang. Ila gerak sekarang...” kataku lalu menamatkan talian. Laju aku mencapai beg duit dan menyarugkan tudung instant yang aku sidaikan di kerusi. Selepas mengambil kunci ditempatnya, aku bergegas keluar rumah untuk ke rumah Thaqif. Dalam hati tak henti-henti berdoa agar Irfan tidak apa-apa.
            Setibanya di rumah Thaqif, aku lihat pintu utamanya sudah terbuka luas. Thaqif tak kelihatan di mana-mana. Mungkin sedang memujuk Irfan agaknya. Aku meletakkan kereta di luar pagar. Dengan berhati-hati aku membuka pintu pagar rumah Thaqif yang tidak berkunci dan melangkah masuk ke perkarangan rumahnya. Inilah kali pertama aku ke rumah Thaqif. Selalunya, dia saja yang datang ke rumah aku untuk menghantar makanan.
            “Assalamualaikum...” ucapku di muka pintu. Mendengarkan suara tangisan dari atas, aku yakin Irfan masih meragam. Nak masuk atau tunggu di luar? Nak masuk, tak manis pula. Nak menunggu, suara Irfan nyaring di atas. Seminit menunggu, batang hidung Thaqif masih tak muncul-muncul. Tiba-tiba terdengar suara Thaqif memetir memarahi Irfan. Aku menelan air liur. Tak boleh jadi ni. Akhirnya aku nekad, untuk masuk.
            Langkah aku terhenti di depan pintu sebuah bilik. Satu demi satu permainan Thaqif berikan untuk memujuk Irfan namun Irfan mencampak permainan yang diberikan ayahya itu. Melihatkan Thaqif kalut memujuk Irfan, aku jadi simpati. Mujurlah ada Mak Cik Jas yang menjaga Irfan selepas pemergian arwah Kak Liana.
“Abang... ok ke?”
            Mendengarkan suara aku, Thaqif spontan menoleh ke pintu. Wajahnya kusut. Nampak letih dan tertekan. Aku tersenyum nipis, dengan harapan dapat mengurangkan tekanan yang dia alami. Penyelamat dah tiba. Come to acik, baby! Tangan aku suakan ke arah dia, meminta Irfan untuk aku dukung.
            “Tak tahulah apa yang tak kena. Tadi masa ambil dekat rumah mak, ok. Lepas Isyak tadi dia meragam. Bagi susu tak nak. Ajak main tak nak. Abang cuba pujuk pun tak jalan...” Thaqif meraup wajahnya kasar. Bukan mudah untuk seorang lelaki yang bekerja dan tidak beristeri untuk menjaga seorang anak kecil. Tambahan pula Irfan sudah biasa dengan neneknya.
            “Abang tunggulah di luar rumah. Ila cuba buat apa yang boleh. Tak manis pula kita berdua di dalam rumah ni,” kataku lembut.
Thaqif mengangguk. Tidak lama kemudian dia sudah hilang daripada pandangan. Aku memberikan sepenuh perhatian aku kepada Irfan. Pampersnya bersih. Suhu badannya normal. Perutnya tak kembung. Tapi apa yang tak kena?
            Dalam aku cuba memujuk Irfan, tangisan Irfan semakin lama semakin perlahan. Sedar-sedar saja dia sudah terlena dalam dukungan aku. Aku memandang wajah polos Irfan dengan seribu satu perasaan. Sebuah kucupan aku berikan ke kedua-dua belah pipinya. Hanya satu yang boleh aku fikirkan, Irfan perlukan belaian seorang ibu.
            Aku meletakknan Irfan ke atas katil Thaqif. Bila keadaan tenang begini, barulah aku tersedar keadaan bilik yang bersepah  ini. Di lantai penuh dengan bermacam jenis buku dan kertas. Hanya katil yang ada kalau hendak duduk atau baring. Itu pun aku yakin katil itu bersih kerana itu saja tempat untuk Irfan. Aku menggeleng perlahan. Setahu aku, rumah dua tingkat ini ada empat bilik. Lagi empat bilik entah ada apalah agaknya. Pengsan agaknya kalau Mak Cik Jas melihat keadaan rumah Thaqif yang macam tongkang pecah!
            “Dah tidur dah dia?” soal Thaqif yang sudah sedikit tenang. Asap berkepul-kepul keluar daripada mulutnya. Aku sedikit terkejut bila Thaqif bertukar menjadi ‘naga’. Tak pernah aku melihat dia merokok sepanjang aku mengenali dia.
            “Dah...”
            Thaqif menggeleng perlahan. “Entah kenapalah tiba-tiba meragam sangat-sangat...”
            “Hrm... rindukan nenek dia agaknya. Kenapa abang tiba-tiba ambil keputusan untuk jaga Irfan?”
            Thaqif tidak terus menjawab. Lama dia merenung wajah aku sebelum melarikan pandangannya ke jalan. “Biarlah abang belajar jaga anak sendiri. Sampai bila nak mengharapkan mak...”
            “Pelik...”
            “Kenapa?”
            “Abang pelik sejak kebelakangan ni. Ada apa-apa yang tak kena?”
            Thaqif kembali memandang aku. Aku membalas pandangannya lama, mahu meminta jawapan bagi persoalan aku .
            “Izzat ada cakap apa-apa pada Suhaila masa dia balik hari tu?”
            Dahi aku berkerut. Kenapa tiba-tiba timbul soal Izzat ni? Sudahlah aku dengan dia pun dalam keadaan tegang.
            “Izzat tanya abang kalau abang denga Suhaila ada apa-apa...”
            Aku terkejut besar mendengar kata-kata Thaqif. Tak sangka Izzat turut berdepan dengan Thaqif. Ingatkan dengan aku saja dia meminta penjelasan.
            “Entah apalah yang Izzat fikirkan. Ila tak faham betul!” rungutku geram.
            Thaqif tak memberi apa-apa respon dengan rungutan aku. Rokoknya dihisap bagaikan tiada apa-apa. “Sebab itu abang tak nak dia salah faham dengan hubungan kita. Jadi, abang ambil keputusan untuk jaga Irfan dan kurangkan berjumpa dengan Suhaila...”
            Aku terkelu mendengarkan penjelasan Thaqif. Kepala aku gelengkan perlahan. Tak boleh terima dengan tindakan dia. Tak berjumpa dengan aku, tak apa. Tapi bila melibatkan Irfan, aku tak boleh terima.
            “Kita bukannya buat apa. Lagipun antara kita memang tak ada apa-apa. Kenapa nak menyusahkan diri? Ila anggap abang macam abang Ila dan abang pun anggap Ila macam adik, kan?”
            Thaqif tersenyum nipis. “Kalau abang cakap, abang tak anggap Suhaila sebagai seorang adik, macam mana?”
            “Maksud abang?” aku mula rasa tak kena. Debaran di dada tak usah diceritakan lagi.
            Asap rokok dihembus keluar. Thaqif merenung ke arah jalan. Lama. Sehingga membuatkan aku rasa tidak sabar untuk mendengarkan penjelasan dia.
            “Ada masanya abang rasa nak bawa Suhaila lari daripada Izzat dan jadikan Suhaila suri di hati abang.”
Aku terlopong. “Abang cakap apa ni...”
            Thaqif senyum sumbing. “You heard me.”
***
Saya ingin menjemput rakan-rakan pembaca untuk menambah saya sebagai rakan di Facebook ataupun menyertai group Facebook saya yang bernama - Hannah Dhaniyah supaya kita boleh engage lebih rapat lagi. ^_^

5 comments:

Abby Sha said...

Aduhai ila... dilema abg thaqif n izzat

Didie Alimen said...

Huhuhu best dah lama nak tggu entri nii . Habis kat blog ke

zuyyin ayreesa said...

Dah agak dah. Thaqif mesti ada perasaan itu. Hmmm... terima orang yang sayang dari orang yg kita sayang tapi belum tentu akan sayang kita.

Ilman Nafia said...

Mmmm. Biaq la dgn Thaqif pon. Huhu

ana said...

sis best2. rndu ssgat dengan novel ni. ila lagi sesuai dengan thaqif. kipidap sis.