::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

28 January 2016

E-novel: Bidadari RP#3


Bidadari Random Picked Number 3


Keluar daripada pejabat, Auni membantu aku membawa sebuah kotak kertas A4 yang berisi dengan barang aku ke kereta. Seronok pula jadi ibu mengandung, barang yang ringan itu pun ada orang sudi tolong angkatkan.
“Oklah Hanis. Aku balik dulu tau!” kata Auni selepas menutup pintu penumpang.
Aku mengangguk. Wajah Auni aku pandang lama. Tiba-tiba dia menghulurkan tangan untuk bersalam. Tanpa menunggu lama, terus aku menarik tangan dia dan tubuh dia aku peluk.
“Terima kasih banyak Auni. Banyak kau tolong aku sejak aku kerja dekat sini...”
“Sama-sama. Kau tu, jaga diri elok-elok. Ada masa hubungi aku.”
“Insya Allah...” suara aku mula berubah. Tiba-tiba rasa sebak hendak meninggalkan kawan yang banyak bersama dengan aku di sini.
“Eh, kau janganlah nangis! Malulah dekat tengah-tengah awam ni?” tegur Auni. Walhal suaranya turut berubah. Akhirnya kami sama-sama menangis dalam ketawa.
“Oklah. Aku balik dulu. Elok-elok memandu.” Auni menepuk belakang aku lembut.
Aku sekadar mengangguk. Sebaik saja Auni hilang daripada pandangan, aku berjalan pula ke arah kereta milik Encik Syahmi seperti yang dijanjikan petang tadi. Rupa-rupanya dia leka memerhatikan aku dan Auni daripada kereta dia.
“Sempat buat drama air mata?” usik Encik Syahmi.
Aku menarik muncung. “Encik ni, tak baik tau!”
Encik Syahmi ketawa. Tanpa berlengah, dia mengeluarkan sebuah hamper daripada tempat duduk penumpang keretanya.
“Nah!”
Aku membulatkan mata.
“Encik! Baby saya lambat lagi tau nak keluar!” kataku terkejut melihatkan satu hamper besar berisi barangan kelengkapan bayi.
“Tak apa. Nanti awak bersalin saya beri hadiah lain pula...”
Encik Syahmi masih setia menghulurkan hamper itu kepada aku. Aku pula teragak-agak mahu mengambil.
“Ish! Malulah saya!”
“Lah... apa nak malunya? Bukannya buat dosa pun?” sanggah Encik Syahmi.
Aku diam. Akhirnya aku ambil juga bila sedar orang yang lalu-lalang memandang ke arah kami.
“A... ah!” Encik Syahmi melarikan hamper sewaktu aku baru hendak menyentuhnya. Dahi aku sudah berkerut.
“Biarlah saya yang bawakan ke kereta awak...” Encik Syahmi tersenyum.
Aku ketawa sendiri akhirnya. Kami berjalan ke kereta aku bersama.
“Terima kasih atas segala-galanya ye, Encik Syahmi...”
Encik Syahmi yang baru meletakkan hamper itu di dalam kereta aku mengangguk.
“Jadi, sepanjang bekerja dengan saya, awak rasa saya ketua yang macam mana?”
Tersedak aku mendengar soalan Encik Syahmi. Aku berdehem dua tiga kali sementara memikirkan jawapan yang sesuai.
“Err... encik ketua yang baik. Seronok bekerja dengan encik.” Bagaikan mahu tercekik dengan kata-kata aku sendiri. Lagipun, dia memang ketua yang bagus. Cuma sikap dia je yang tak ‘mesra alam’. Lepas aku kahwin barulah nak bermesra dengan aku.
“Iya? Glad to hear that.” Dia senyum.
“Err... saya balik dululah encik. Terima kasih ya...”
“Awak ni, hari ni je dah berapa ribu kali dah cakap terima kasih...”
Aku hanya tersenyum.
“Kasih awak saya terima, Hanis....” dia tersengih. “Gurau je... janganlah serius sangat!” ujarnya laju bila aku serius memandangnya. Encik Syahmi ketawa kecil. Ketawanya itu cukup membuatkan hati aku bergetar. Astaghfirullah al-azim... sungguhlah di antara lelaki dan perempuan, pasti ada yang ketiga. Dan ketahuilah yang ketiga itulah syaitan. Aku beristighfar panjang.
xxx
Last teaser. Jangan lupa dapatkan Bidadari di pasaran nanti! ;)

1 comment:

Ilman Nafia said...

Sis, nak sinopsis ^^