::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

22 January 2016

Mininovel: Kasih Suci 15 End



Kasih Suci 15 End
            Di saat aku mula yakin dengan perasaan aku dan jawapan untuk lamarannya, Thaqif seolah-olah menjauhkan diri daripada aku. Jika sebelum ini, sepatah aku bertanya, sepuluh patah dia menjawab. Sedikit sebanyak, aku terasa dengan perubahan sikapnya.
            Sebenarnya aku sedar perubahan sikapnya bermula selepas kami balik daripada rumah Mak Cik Jas. Hari itu, selepas berbual dengan Izzat di dapur, aku terus menuju ke ruang tamu. Pada waktu itu baru aku tersedar kehadiran Thaqif yang sedang berbual dengan Pak Cik Yunus di luar rumah. Ternampak aku berada di dalam, Irfan terkedek-kedek berjalan mendapatkan aku. Thaqif hanya menjadi pemerhati dari jauh. Tapi sewaktu di rumah Mak Cik Jas, dia nampak okey saja.

            Aku mengeluh lalu memasukkan telefon ke dalam beg tangan. Tugas-tugas yang tertangguh dek kerana mesyuarat sebentar tadi aku sambung. Namun sesekali fikiran melayang memikirkan Thaqif yang masih belum membalas mesej aku. Baru lima minit aku fokus dengan kerja, tiba-tiba saja telefon bimbit aku bergetar. Sebuah pesanan daripada Thaqif masuk di aplikasi WhatsApp.
            ‘Sorry, tak dapat dinner dengan Suhaila malam ni. Ada urusan lain.’ -Thaqif.
Dan aku rasa seperti hendak mencampakkan telefon ke atas lantai!
***
            “Kenapa moody je Ila dua tiga hari ni?” tegur Kak Win sewaktu kami keluar untuk makan tengahari bersama.
Aku memandang dia dengan senyuman tawar. “Entahlah kak. Bila hati dah suka, dia pulak buat hal...”
“Siapa?”
Aku menelan air liur. Patutkah aku bercerita tentang perkara sebenar? Sejak putus tunang dengan Izzat dulu, aku langsung tak berkongsi cerita peribadi aku dengan dia.
“Thaqif?” teka Kak Win tanpa sempat aku menjawab.
Akhirnya aku mengangguk perlahan. Kak Win tersenyum memandang aku.
“Kenapa? Apa yang dia dah buat?”
“Entahlah. Hari tu okey je. Ni tiba-tiba menjauhkan diri. Hish! Tak fahamlah!”
“Iya ke... bila tu Ila last jumpa dia?” selidik Kak Win.
“Hujung minggu lepas. Ila pergi rumah Mak Cik Jas...”
“Mak cik Jas? Bukan itu mak Izzat ke?” soal Kak Win terkejut.
Aku mengangguk perlahan. “Lama tak jumpa dia. Dia pun selalu bertanya bila nak datang ziarah dia. Itu yang Ila pergi melawat mak cik minggu lepas...” jelasku.
Kak Win diam. Diam-diam dia, aku yakin dia sedang memikirkan sesuatu. “Bukan ke Izzat balik sini hujung minggu lepas? Kalau tak silap akak, Abang Nuar cakap dia keluar jumpa Izzat?”
“Haah.”
“Hrm... Thaqif ada sekali ke kat rumah tu?”
Aku mengerutkan dahi. “Kalau Thaqif ada pun kenapa? Cemburu? Hish... Ila dengan Izzat tak ada apa-apa dah. Dia patut tahu apa yang Ila rasa...”
Kak Win tersenyum sumbing. “Lelaki, Ila... pada mereka perempuan ni complicated, susah nak jangka. Mungkin betul dia cemburu bila tengok Ila dengan Izzat. Siapa tahu?”
Aku mencebik. Tak mungkinlah! Lagipun tak ada satu peristiwa pun yang boleh membuatkan dia berfikiran aku hendak kembali kepada Izzat.
“Jumpalah dia. Bincang. Luahkan apa yang Ila rasa. Dia dah beritahu Ila tentang perasaan dia pada Ila, kan?”
“Hah? Mana akak tahu?”
Kak Win senyum meleret. “Akak tahulah...” balasnya lalu kembali ke mejanya. Aku memanggungkan kepala dengan tangan. Otak ligat berfikir bagaimana cara untuk memujuk Thaqif yang mula menjauhkan diri. Hah! Mak Cik Jas!
***
Serius Thaqif memandang wajah aku. Ingatan aku melayang pada kali pertama kita berjumpa. Wajah serius dan itulah yang dia tunjukkan pada aku. Marah kerana kecuaian aku sehingga terlanggar keretanya. Aku tersenyum diluar sedar.
“Kata sakit? Ini sihat je abang tengok?” soalnya bila tak puas hati melihatkan wajah aku yang segar-bugar. Tadi, aku meminta bantuan Mak Cik Jas untuk meminta Thaqif menghantar bubur ayam kepada aku. Kata aku pada Mak Cik Jas, beritahu Thaqif yang aku demam dan tekak teringin makan bubur ayam air tangan mak. Mujurlah Mak Cik Jas sporting melayang bakal menantu dia yang tak jadi ni.
“Dapat tengok abang, terus Ila rasa sihat!” kataku selamba. Berbakul-bakul rasa malu aku letak ke tepi. Thaqif mengalihkan pandangan. Entah kenapa, dalam samar-samar cahaya lampu jalan, mataku seolah-olah menangkap dia yang menahan diri daripada tersenyum.
“Lain kali jangan buat alasan yang bukan-bukan. Nak sangat sakit ke?”
Aku senyum. Aduhai Thaqif... tahukah dikau yang hati ini dah mula sayang padamu?
“Dah orang tu tak nak jumpa kita. Selalu ajak makan malam sekali. Kalau tak dapat pun, siap tolong hantarkan makanan. Ini tiba-tiba, seminggu lebih buat derk je. Mesej pun jarang!” rungutku.
“Buat apa nak mesej bila dah tahu apa jawapan Suhaila...”
Aku mengerutkan dahi. “Maksud abang?”
“Suhaila masih berharap pada Izzat bukan?”
“Ila tak faham?”
“Abang dengar Suhaila berbual dengan Izzat di dapur hari tu. Daripada perbualan Suhaila dengan Izzat, abang faham... Suhaila masih berharap dan tak boleh terima tindakan Izzat putuskan pertunangan korang berdua...”
Aku terkelu. Begitukah sangkaannya? Kak Win... akak memang tepat! Abang Thaqif Ila ni sedang cemburu tak bertempat!
“Abang...” aku sudah kematian kata-kata. Bagaimana agaknya cara terbaik untuk aku jelaskan agar dia faham?
“Okey... Ila admit memang Ila tanya dia kenapa dia ambil keputusan macam tu dulu. Tapi tak bermaksud Ila nak sambung balik apa yang terputus. Ila...”
“Kalau tak ada niat, kenapa mesti nak tahu? Move on, Suhaila. Pandang ke depan, buat apa nak toleh ke belakang lagi? Kenapa mesti nak dipersoalkan perkara yang dah terjadi? Bila sibuk mempersoalkan tindakan Izzat, satu je yang abang fikir... Suhaila masih kecewa dengan apa yang berlaku. Kenapa kecewa? Sebab Suhaila berharap pengakhiran yang bahagia antara Suhaila dengan Izzat! Jadi apa lagi kalau Suhaila tak berharap untuk sambung kembali pertunangan yang terputus?” tuduh Thaqif melulu tanpa sempat aku mempertahankan diri aku.
“Abang!” Aku memandang Thaqif dengan riak tak percaya. “Sampai macam tu sekali abang boleh fikir?”
“Habis tu, apa? Kalau abang salah, buktikan...”
Dada aku terasa berat. Rasa sedih mula menyelubungi hati aku. Aku menghela nafas perlahan. “Bila Ila explain, jangan potong cakap Ila,” kataku mengingatkan. “Dengar sampai habis. Jangan nak ikutkan sangat emosi tu. Abang jauh lagi tua dari Ila. Sepatutnya abang lebih matang dan boleh berfikir dengan baik,” kataku lagi.
Wajah Thaqif sedikit berubah. Dia menunduk seketika sebelum memalingkan wajahnya ke arah lain.
“Bila Ila tanya Izzat kenapa, bukan sebab Ila kecewa tak dapat kahwin dengan dia. Tapi Ila nak tahu kat mana silap Ila yang menyebabkan Izzat ambil tindakan macam tu. Ila nak tahu kat mana kekurangan Ila, selain daripada masalah Ila yang kemungkinan sukar mengandung tu, supaya Ila boleh improve untuk hubungan Ila kemudian hari...”
“Abang...”
Aku mengangkat tangan, menghalangnya daripada berbicara. “Ila minta, beri Ila explain, kan?”
Thaqif kembali menutup mulutnya. Rapat.
“Bila berbual dengan Ila, Ila faham. Memang kami tak ada jodoh. Tak ada pun yang bersalah dalam hal ni. Dan lepas Ila berbual dengan Izzat, Ila tersedar satu perkara...”
Aku memandang tepat ke dalam mata Thaqif.
“Ila tersedar, siapa yang sepatutnya bersama dengan Ila sejak awal lagi. Tapi mungkin dah ditakdirkan perjalanan hidup kita berjumpa dengan orang lain dahulu baru berjumpa satu sama lain...” aku menelan air liur. Satu badan terasa seram sejuk untuk menyatakan apa yang bermain di fikiran sejak kebelakangan ini.
“Abang... kalau abang lamaran abang masih terbuka, sudi abang ambil Ila jadi isteri abang?” soalku penuh rasa malu. Thaqif kaget. Pasti dia juga tak menyangka dengan soalan yang keluar daripada mulut aku.
“Ila mungkin tak sesempurna arwah isteri abang. Ila mungkin tak dapat nak beri adik buat Irfan. Tapi insya Allah, Ila boleh berusaha menjadi isteri yang terbaik, yang menyejukkan mata abang, ibu yang baik untuk mendidik Irfan...” Fuh... lega bila dapat meluahkan apa yang aku rasa.
“Suhaila...”
“Mesti abang terkejutkan,” ujarku memotong kata-kata Thaqif. Aku ketawa kecil untuk menutup rasa kekok. Daripada riak wajah Thaqif aku sudah boleh baca apa yang dia rasa.
“Terima kasih sebab tolong hantarkan bubur ni. Hati-hati memandu balik,” kataku lalu melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Pintu pagar aku rapatkan dan mangga aku kunci.
Thaqif menunggu sehingga aku masuk ke dalam rumah. Sebaik saja aku mengunci pintu, aku mengintai dia dari tingkap. Thaqif sedang bermain dengan telefon bimbit sebelum kereta dihidupkan dan bergerak pergi. Aku menghela nafas lega. Tapak tangan yang sejuk aku lekapkan ke pipi yang panas. Tak sangka sejauh ini aku sanggup bertindak.
            Aku baru hendak melangkah ke dapur bila telefon bimbit aku di atas sofa berbunyi. Dengan memegang thermos berisi bubur di tangan kiri, aku mencapai telefon bimbit dengan tangan kanan dan dengan laju mesej yang baru tiba aku buka.
Ya, lamaran itu masih terbuka. Abang sentiasa menunggu Suhaila membuat keputusan. Disebabkan tadi Suhaila dah beritahu keputusan Suhaila, jangan menyesal pula nanti! Jaga diri.  – Thaqif
Senyuman aku sudah sampai ke telinga. Walaupun tiada kata-kata romantis yang dia ungkapkan, sepotong ayat ‘jaga diri’ itu cukup membuatkan hati aku berbunga-bunga.
***
“Aku terima nikahnya, Suhaila binti Sahak dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai...”
“Sah.”
“Sah.”
“Alhamdulillah...” Aku meraup muka dengan tapak tangan sebaik saja akad nikah selesai. Bagaikan mimpi saja rasanya apabila sudah sah bergelar isteri kepada Thaqif Kamarul Bin Mohmad. Usai berdoa, Thaqif bangun untuk menunaikan solat sunat. Aku memandang dengan hati yang senang.
Sementara menunggu solat Thaqif selesai, aku diusik oleh saudara-mara aku yang lain. Aku pandang mak disebelah. Dia mengesat matanya yang basah dengan hujung lengan baju. Spontan aku memeluk tubuhnya dan melentokkan kepala ke bahunya.
“Dah jadi isteri orang dah anak mak ni...” komen mak lalu mengusap kepala aku yang ditutupi tudung dan veil.
Aku ketawa kecil. “Mesti mak lega kan anak mak ni tak jadi anak dara tua...” usikku.
Mak menjeling. “Mak tak risaukan tu, yong. Mak risaukan kamu hidup seorang diri. Kalau mak dah tak ada nanti, siapa yang nak tengok-tengokkan kamu?” mak dah mula buat drama sedih.
Aku menepuk paha mak lembut. “Ke situ pula perginya mak ni...” aku mencebik. “Ini kan hari yang gembira, janganlah cakap yang bukan-bukan...”
“Iyalah, iyalah...” mak mengalah. “Itu suami kamu dah selesai tu. Duduk elok-elok sikit,” pesan mak.
Aku mengangguk lalu membetulkan duduk. Thaqif berjalan ke arah aku dan duduk di hadapan aku. Tangannya dihulurkan untuk bersalam. Dalam malu-malu, aku menyambut hulurannya. Bunyi shutter daripada pelbagai jenis kamera memenuhi ruang tamu kami. Sesekali kami disuruh berposing. Apabila ada yang meminta Thaqif memcium dahi aku, Thaqif menolak. Dia hanya meletakkan tangannya di dahi aku dan berdoa.
Melihatkan kami berdua sering bersama dan memakai baju sedondon, Irfan seboleh-boleh cuba melepaskan diri daripada pegangan Mak Cik Jas dan mendapatkan kami. Aku melayan Irfan dengan senang hati. Jika ditakdirkan tak punya anak, anak inilah yang aku akan didik untuk mendoakan ibunya juga kami selepas ketiadaan kami nanti.
Usai majlis pernikahan di dalam rumah, kaum keluarga mula sibuk dengan tugas masing-masing. Aku dengan Thaqif keluar untuk melayan tetamu yang mula hadir. Irfan tak lepas daripada dukungan aku. Ceria saja wajah Thaqif setiap kali bersalam dengan tetamu. Bangga dia memperkenalkan diri sebagai suami aku dan aku pula pekakkan saja telinga dengan usikan sahabat handai yang tahu aku berkahwin dengan duda anak satu. Manusia... ada masanya berkata tak fikir perasaan orang.
“Tahniah...!” ucap Nabihah yang baru tiba bersama beberapa rakan Izzat yang lain.
“Terima kasih, Biha...” kataku lalu bersalam dan berpelukan. Nabihah menghulurkan sekotak hadiah kepadaku namun matanya melilau seolah-olah mencari seseorang. Aku menjeling ke arah Thaqif sekilas. Pasti dia tak perasan apa yang berlaku.
“Izzat ada di dalam. Dia orang kuat hari ni...” kataku akhirnya.
“Oh iya ke...” Nabihah sudah tersipu malu.
“Jemputlah makan dulu. Ajak kawan-kawan yang lain. Dari jauh ni datang ni...” kataku berbahasa.
Nabihah mengangguk. Tanpa menunggu lama, mereka sekumpulan menuju ke arah meja yang menempatkan makanan. Aku menyinggul lengan Thaqif di sebelah.
“Kenapa, sayang?”
“Rasaya... ada tugas kita yang belum selesai...”
“Memang pun. Tapi itu, malam nantilah...” balas Thaqif selamba.
Aku memandang dia dengan dahi berkerut. “Kenapa malam?” soalku keliru.
Thaqif sudah senyum nakal. Tanpa perlu dia jelaskan pun aku sudah tahu apa yang bermain di fikirannya.
“Hish! Ke situ pula. Ila maksudkan lainlah!” kataku sedikit geram. Mata aku bulatkan seolah-olah marah benar dengan tanggapannya.
Thaqif ketawa besar. “Habis kalau bukan, apa?”
“Tu...” aku memuncungkan bibir ke arah Nabihah dan kumpulannya.
“Kawan Izzat? Nabihah kan? Kenapa dengan dia?” Thaqif kembali serius. Kemudian pandangannya dihalakan ke arah aku.
“Ila boleh nampak daripada mata dia yang dia dah lama sukakan Izzat...” jelasku akhirnya.
Thaqif memandang aku tidak percaya. “Mana Ila tahu?”
“Hrm... kalau Izzat boleh baca pandangan mata abang setiap kali pandang Ila, macam itulah Ila boleh baca pandangan mata Nabihah setiap kali dia pandang Izzat, tahu?”
Thaqif sudah ketawa kecil. Tangan aku yang berada di dalam pegangannya dieratkan.
“Jadi... apa Ila nak buat?” soal Thaqif dengan senyuman.
“Abang kenalah push adik abang tu. Nabihah tu baik budaknya tau! Ila selalu stalk dia dekat Facebook!” jawapan aku dibalas dengan cubitan lembut di lengan aku. Aku ketawa kecil. Begini rupanya rasa apabila bergurau dengan pasangan yang sudah halal buat kita.
“Ila serius ni. Kita kena satukan mereka cepat-cepat. Izzat bukannya makin muda!”
“Iya... iya... nanti abang tengokkan macam mana. Amboi isteri abang ni, baru je kahwin dah nak buka agensi mencari jodoh pula ya!” bebel Thaqif dengan berbisik di telinga aku. Bibirnya tetap setia dengan senyuman.
Aku ketawa mendengarkan kata-katanya. Bukan hendak buka agensi mencari jodoh, tetapi hendak membalas budi orang yang pertemukan aku dengan jodohku. Aku menjeling ke arah Thaqif sekilas. Tak dapat aku hendak gambarkan perasaan yang aku rasa sekarang. Kalau ini yang dinamakan bahagia, ya... aku bahagia walaupun sebelum majlis ini bermacam konflik yang aku alami.
Duhai suamiku, walaupun aku bukan  yang pertama bertakhta di hatimu, menjadi yang terakhir sudah cukup bagiku. Pimpinlah aku menuju Sang Pencipta, pimpinlah aku menuju ke syurga-Nya...
Thaqif tiba-tiba menoleh ke arah aku. Pipi Irfan dia cuit sebelum mencuit pipiku pula. “Sampai syurga...” ujarnya tiba-tiba.
Jantungku bagaikan berhenti berdegup. Melihatkan senyuman manisnya, aku mengangguk perlahan. “Sampai syurga...” balasku perlahan.
 .

Tamat.
22.01.2016 10.56 p.m.
.


Macam mana? Ok tak? Oklah kan... lega sangat dapat habiskan cerita ni setelah bertahun-tahun jadi penunggu di blog. Start tulis KS ni 2011 kot. Hahaha. >.< Tq untuk semua yang support Kasih Suci dari bab 1 sampailah 15. Moga terhibur! <3 span="">

3 comments:

Unknown said...

Nice story

Unknown said...

Akhirnya tp mcm kurang ummmmmph

cik ct payung said...

puas hati.

tq sebab habiskan cerita ini.