::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

25 December 2016

Novelette: Dia Superstar P1


Dia Superstar 01
Aku memerhatikan dia yang sedang asyik bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya. Lariannya, lompatannya, segala-gala pergerakan dia di atas gelanggang menarik perhatian aku. Dia itulah Riz. Pelajar senior di kolej yang menjadi kegilaan pelajar perempuan lain. Termasuk juga aku. Sepuluh minit berlalu, wisel ditiupkan menandakan latihan mereka sudah tamat. Aku memerhatikan Riz bergurau dan bergelak ketawa bersama rakan-rakan sepasukannya. Senyumannya... aduh! Handsomenya! Terus menusuk ke hati aku. Kesannya bukan membuatkan hati aku sakit, tetapi membuatkan hati aku penuh dengan rasa bunga-bunga.
Riz yang sedang mengelap peluhnya dengan tuala putih mencapai botol air mineral yang dihulurkan oleh pengurus pasukan. Seorang pelajar tahun tiga yang juga merupakan salah seorang saingan aku. Saingan dalam merebut hati Riz. Siapa je yang tak tahu Nini menjadi pengurus pasukan bola keranjang untuk mendekati Riz? Aku mengetap bibir. Cemburu gila bila memikirkan perempuan itu lebih dekat dengan Riz berbanding aku. Aku? Beginilah. Hanya mampu memerhatikan Riz dari jauh setiap kali dia ada latihan. Di kolej pun, aku memerhatikan Riz dari jauh bila dia ke kelas ataupun ke kafe. Bagaikan seorang stalker.
Aku tersenyum apabila melihat Riz tidak melayan kata-kata Nini kepadanya. Entah apalah yang Nini duk menggedik itu. Tiba-tiba seorang rakan pasukan Riz menunjukkan ke arah aku. Riz menoleh. Terasa pandangan kami berbalas. Dada mula berdebar dan hati mengalunkan irama indah. Riz tersenyum dan melambai. Muka aku terus terasa panas. Serentak dengan itu kedengaran suara beberapa pelajar perempuan menjerit suka.
“Riz!”
“Rizzz!!!”
“Dia senyum kat akulah!”
“Mana ada! Dekat akulah!”
Aku menjeling beberapa pelajar perempuan yang bertelagah. Dengan itu aku tersedar, aku bukan keseorangan. Masih ramai lagi gadis lain yang sama seperti aku. Menaruh hati pada lelaki yang sama.
***
“Ada training ke?” tegur Isma sewaktu aku baru membuka pintu bilik.
Aku mengangguk. Beg sandang aku letakkan di sebelah katil. Stokin aku tanggalkan dan campak ke dalam bakul baju kotor. Kelajuan kipas aku pusingkan sehingga maksima. Panas!
“Singgah court basketball lagi?” soal Isma dengan senyuman senget.
Aku menjeling Isma geram.
“Iya. Dah memang court tenis sebelah court basketball kan. Singgahlah sekejap.”
“Hrm... aku ada cerita best ni.”
“Apa dia?”
“Tadi... Riz reject perempuan lagi,” ujar Isma pendek membuka cerita.
Zupp! Laju telinga aku menangkap sepotong nama yang Isma sebutkan. Namun aku cuba buat selamba. Aku membetulkan ikatan rambut. Lengan jersey aku sinsing sehingga ke bahu.
“Ramai jugalah yang nampak. Budak semester satu confess dekat taman sebelah blok K tu. Straight to the face je budak tu kena reject,” cerita Isma lagi.
Aku tersenyum nipis. Baru semester satu ada hati nak mengurat senior tahun akhir. Dia tak belajar dari sejarah ke? Tak tengok berapa ramai reject list Riz tu sejak dia semester satu?
“Tapi sekurang-kurangnya... budak tu luahkan perasaan dia tau. Sekalipun Riz reject, at least dia dah cuba. Kau bila lagi?”
Tu dia... itu yang Isma nak cakap sangat tu. Aku memusingkan badan menghadap Isma yang sedang ralit dengan tugasannya.
“Aku takkan confess. Tapi aku akan buat dia confess pada aku,” kataku ringkas.
Sebuah senyuman sinis muncul di bibir Isma. Aku terasa di pandang rendah.
“Kau ingat dia pandang kau ke? Cuba kau tengok sekeliling kau, berapa ramai lagi perempuan yang cuba tarik perhatian Riz tu...”
Isma berhenti daripada melakukan tugasnya. Kerusi dipusingkan ke arah aku dan kami bertentangan mata.
“Aku cakap ni bukannya apa. Aku tak nak dengar kau dok meroyankan si Riz tu bila dia dengan perempuan lain. Masa tu kau gigit jari sajalah. Sekurang-kurangnya, walaupun budak-budak yang kena reject dengan Riz tu, diorang dah luahkan apa yang dia rasa. Biar kena reject daripada dok syok seorang diri lepas tu makan hati,” kata Isma terus. Tak ada konar-konar lagi dah.
Aku mengetap bibir. Tak semudah itu aku akan berterus terang dengan Riz. Tetapi ada benarnya juga kata-kata Isma tadi. Aku menghela nafas berat. Isk! Tak dapat aku bayangkan rasa malu kalau Riz tolak aku. Pasti kecoh satu kolej nanti, Izyana pemain tennis nombor satu kolej kena tolak dengan Riz. Tak boleh... tak boleh... maruah sebagai pemain tennis yang cantik bergaya wajib kena jaga.
“Malam ni kau pergi lepak mamak lagi ke?" soal Isma yang sudah arif benar dengan jadual hidup aku”
Aku hanya mengiyakan. Hendak mengajak budak tu, memang haramlah Isma hendak menjejakkan kaki ke kedai mamak tu. Tak ada class, kata Isma.
“Sukan, sukan juga. Lepak, lepak juga. Kawan, kawan juga. Jangan lupa kita ada lagi dua tahun baru grad,” nasihat Isma. Sekadar mengingatkan.
Aku hanya mengangguk faham. Isma ni, walaupun cakap lepas, dia tetap kawan yang baik. Sebab tu aku bertahan duduk sebilik dengan dia sampai setahun lebih.
“Suka, suka juga. Jangan melepas sudah...” sambung Isma lalu ketawa.
Aku mencapai bantal berbentuk bintang dari atas katil dan aku campakkan ke arah Isma. Dia hanya ketawa kegirangan. Cis.
***
Bulat mata aku apabila terpandangkan susuk tubuh seorang lelaki yang berjalan menghampiri meja kami. Aku menelan air liur. Jantung mula berdebar, mengalunkan irama indah. Meski hanya memakai jeans lusuh dan kemeja putih untuck yang tidak dikancing beberapa butang atas menyebabkan Riz nampak lebih hot daripada biasa. Pipi aku terasa panas sendiri. Cepat-cepat aku memalingkan wajah ke arah lain. Mengelak daripada perubahan wajah aku dilihat oleh Riz.
“Sorry lambat,” suara itu menegur kawan-kawan aku yang lain.
Aku memberanikan diri untuk menjeling ke arah Riz. Lelaki itu sudah menarik sebuah kerusi kosong dari meja sebelah dan duduk di sebelah Anas. Tenang Izyana... tenang. Jangan gelabah.
Sewaktu seorang pelayan tiba ke meja untuk mengambil pesanan, spontan aku mengangkat muka dan pandangan aku berlaga dengan pandangan Riz. Pandangannya mencairkan hati aku. Melihatkan reaksi aku yang kekok, Riz tersenyum.
“Izyana belum order juga, kan?”
Aku terkelu. Mana dia tahu? Dan yang lagi penting,mana dia tahu nama aku? Adakah populariti aku sebagai pemain tennis nombor satu kolej juga sampai ditelinga dia?
“Nak minum apa?” soal Riz lagi dengan gaya yang cukup gentleman.
Oksigen...! Oksigen...! Sesak nafas dah ni. Kenapa tiba-tiba rasa macam doa aku termakbul malam ni? Serius, memang aku tak dapat tidur satu malam ni nanti.
“Izyana?” panggil Riz lagi bila aku masih tidak memberikan reaksi.
Beberapa pasang mata kawan-kawan yang lain sudah tertoleh-toleh ke arah kami. Aku berlagak selamba. Mulut di buka untuk memberi jawapan. Namun tatkala aku bersedia untuk menyebut milo ais, terdengar suara aku lari pitch. Riz sudah sakan mentertawakan aku. Kurang asam! Kantoi trang tang tang aku gelabah berdepan dengan Riz. Huh!



Dia Superstar 02
“Eh, belum tidur lagi?” aku menegur Isma yang masih berjaga. Jam sudah menunjukkan hampir pukul dua pagi. Pelik bila melihat budak ni tak tidur lagi.
“Belum. Tiba-tiba rasa mata segar. Sebab dah tidur petang tadi agaknya.”
Aku mengangguk faham. Logiklah kalau begitu. Aku melangkah ke almari baju. Pintu almari dibuka dan baju tidur aku keluarkan. Esok pagi ada latihan lagi pukul tujuh. Dengan Mr. Sam sebagai trainer, entah berapa roundlah aku kena berlari sekeliling court esok.
“Nak tahu dengar satu cerita tak?”
“Apa dia? Kalau best aku nak dengar. Kalau setakat kau dok nampak dan usyar Riz tu dari jauh, lain kalilah kau cerita. Compilekan jadi satu buku. Itu pun belum tentu orang nak baca sebab tak ada klimaks dan peleraian.”
Aku mencebik. Hampeh betul ada member macam ni.
“Sebab benda bestlah aku nak cerita...”
“Hrm... kalau macam tu, aku nak dengar. Ce cite...”
“Takdelah apa. Tadi tengah lepak dengan budak-budak ni. Lepas tu...” cerita aku terhenti tatkala menyarung baju tidur.
“Hish cerita tu cuba jangan sangkut-sangkut. Buat orang sakit hati je tertunggu-tunggu.”
Aku ketawa. Seronok dapat mengenakan Isma. Kalau tidak asyik aku saja yang terkena.
“Kau rasa, Riz kenal aku tak?”
Muka Isma berubah. Geram agaknya aku tidak menyambung kisah aku tadi.
“Manalah aku tahu. Dia tu popular kat kolej ni. Boleh jadi dia tak kenal kau. Tapi kau pun bukannya orang tak kenal pun. Berapa kali dah naik stage dapat award.”
Aku mengagguk faham. Betul... betul... betul... jadi tak payah nak perasan sangat Riz tu dok perhatikan kau, Izyana. Boleh jadi daripada situ Riz tahu nama kau.
So apa ceritanya? Kau ni... cerita tak habis! Bosan betullah!” marah Isma.
Aku ketawa kecil. “Tadi masa tengah lepak, Riz tiba-tiba datang join kitorang.”
Isma tergamam. “Seriously?!”
Aku mengangguk. “Siap tegur aku lagi. Berbual...”
“Woah... doa kau makbul. So, agak-agak bila dia akan confess dekat kau?” Isma sudah ketawa besar. Pasti dia merujuk kepada kata-kata aku sebelum ni.
“Relaxlah. Slow and steady. Orang kata apa? Tarik rambut dalam tepung? Rambut tak putus, tepung tak bersepah?”
“Ah! Dah mula dah madah pujangga kau. Iz, kau jangan dok syok sendiri seorang je tau! Aku tak sanggup nak dengar kisah cinta tak kesampaian ni. Hish... tak sanggup...!”
Aku mencebik. “Eh tapikan, kau perasan tak?”
“Apa benda?”
“Nama aku dengan Riz dekat-dekat. Riz, Iz...”
“Eeee kau boleh tak jangan nak syok sendiri? Tolonglah!” Isma tayang muka geli-geleman. Aku hanya ketawa. Sedikit pun tidak terasa hati dengan reaksi dia.
“Aku yakin, tak lama lagi aku yakin dia akan suarakan rasa hati dia pada aku.”
Isma mencebik. "Hrm... We will see."
“Yeah... we will see…” ujarku yakin.
***
Sedar tak sedar, sudah hampir dua bulan Riz ikut group aku melepak. Aku pun sudah terbiasa dengan kehadiran dia. Paling menggembirakan bila dia turut datang setiap kali aku ada latihan tenis. Seperti sistem barter pula, aku menonton latihan dan perlawanannya, dia menonton latihan dan perlawanan aku.
            Aku berjalan perlajan keluar dari gelanggang tenis sebaik saja latihan tamat. Sebaik saja tiba di bangku aku meletakkan beg dan minuman, Riz sudah menghulurkan sebotol air minuman isotonik botol kecil yang masih belum dibuka. Aku menyambut hulurannya dengan senyuman. Raket tenis aku masukkan ke dalam beg dan sehelai tuala kecil aku capai untuk mengelap peluh.
            “Nice game,” puji Riz.
            “Thanks. Lama dah sampai?”
            “Masa kau start main tadi, aku dah sampai.” Riz memerhatikan ke sekeliling. “Lepas ni nak ke mana?”
            “Tak ada ke mana. Panaslah tengah-tengah hari nak keluar. Kau tengok kulit aku ni dah burn.”
            “Tak apa. Burn pun masih cantik.”
            Aku yang sedang minum tersedak. Riz yang sedang ketawa aku jeling. Biar benar budak ni? Isma oi! Riz cakap aku cantik tau! Kau tunggulah sikit masa lagi dia cakap, I like you!
            “Sorry sorry. Tak sangka kau boleh tersedak,” ujar Riz dalam ketawa.
            Aku hanya mencebik. Namun dalam hati dah melompat suka. “Kau nak ajak aku keluar ke?”
            “Kau free ke?”
            Aku mengangguk. “Aku nak balik kejap mandi, tukar baju.”
            “Ok je. Kau datang naik apa tadi?”
            Aku menunjukkan kaki yang lengkap berkasut sukan. “Jogging.”
            Riz tayang muka kagum. Aku sudah tergelak-gelak kerana dapat mengenakan dia. “Ada member hantarlah tadi. Dia ada program dekat surau.”
            “Kurang asam kau. Aku mati-matilah percaya.”
            “Alah, saja je bergurau. Tapi aku memang selalu jog pun. Bukannya jauh sangat hostel dengan kompleks ni.”
            “Iyalah. Kita lunch jom. Aku laparlah... Lepas tu aku nak ke mall kejap cari barang.”
            Tanpa banyak soal, aku bersetuju.
            ***
            “Patutlah selalu reject bila ada perempuan confess. Rupa-rupanya tengah berkawan dengan princess tu...”
            “Itulah. Tak sangka high taste jugak.”
            “Padanlah diorang tu. Sama-sama aktif, sama cantik sama lawa!”
            Aku sudah tersenyum-senyum mendengar bisikan-bisikan beberapa pelajar perempuan yang sedang berdiri mengambil makanan. Pasti mereka tidak sangka princess yang mereka sebutkan ada di sini. Tak sangka rupa-rupanya hubungan aku dengan Riz menjadi perhatian. Hah! Lupa pula yang Riz tu peminatnya seantero kolej. Aku berpusing untuk kembali ke meja selepas membuat pembayaran. Pelajar yang tadinya berbisik mengenai aku dan Riz sedikit terkejut. Aku sekadar menghadiahkan sebuah senyuman kepada mereka.
            “Dah kenapa senyum sorang-sorang ni?” tegur Riz bila aku tiba di meja.
            Aku akhirnya ketawa. “Tadi tu dengar peminat kau  berbisik-bisik pasal kau.”
            “Ah... biasa dah...”
            “Itu je?”
            “Yalah. Habis tu kau nak aku buat apa?”
            Aku hanya menggeleng dengan senyuman. “Aku tertanya-tanya, kenapa kau reject setiap perempuan yang confess dekat kau eh?”
          “Itu ke yang diorang bisikkan tadi?” Riz angkat kening bertanya. “Aku reject sebab aku tak suka diorang? Itu pun aku nak kena explain ke?”
Wow... wow... Riz dah tayang muka tak puas hati.
“Alah relaxlah. Aku saja nak tahu. Habis kalau perempuan yang kau suka confess kat kau, kau terimalah?”
“Mungkin? Sebab perempuan tu masih tak cakap apa-apa lagi pada aku.”
“Hrm...”
Aku menghirup minuman yang aku beli tadi. Bahaya ni. Buatnya perempuan tu confess dulu sebelum Riz confess pada aku, memang Isma bergolek-golek seronok mentertawakan aku.
“Tapi kalau aku, aku still berpegang pada prinsip, lelaki kena mulakan.”
“Oh ya? Tapi, aku ni hot stuff kot.”
“Eee... tolonglah. Tak payah nak perasan sangat!” aku mencebik. Tangan aku dekatkan dengan pipi Riz.
“Eh, kenapa?” Riz sedikit terkejut.
“Tengok? Tak terbakar pun.”
Riz ketawa. “Memanglah. Kalau terbakar, lain jadinya. Lagipun, betul apa aku hot stuff? Hatta kau pun selalu usyar aku main basketball, kan?”
Zupp! Itu dia. Kawal situasi, Izyana. Kawal situasi.
“Kau ingat kau seorang ke yang hot kat situ?”
“Iyalah. Kalau tak, takkanlah masa aku ada je kau datang tengok? Teammate aku kata, kalau aku tak ada, kau pun tak ada?”
Aku mencebik. Siapalah teammate dia yang tajam sangat matanya ni?
“Kalau suka, katakan suka. Tidaklah hamba ternanti-nanti...” ujar Riz tiba-tiba.
Entah kenapa aku rasa kata-kata itu bagaikan ditujukan kepada aku. Aku mengetap bibir. Gila! Buatnya kata-kata itu bukan untuk aku, jatuh maruah aku nanti. Aku menyuap makanan ke dalam mulut. Aku harap Riz ni tak adalah jahat sangat sampai mempermainkan aku. Budak-budak lelaki ni bukannya betul sangat. Buatnya dia bet dengan kawan-kawan dia untuk buat aku confess, naya. Hrm...



Dia Superstar 03
            Aku menahan rasa sakit setiap kali tangan diangkat untuk membalas pukulan lawan. Peluh sejuk mula merenik di dahi. Sudah hampir dua minggu aku menahan rasa sakit tanpa mengkhabarkan kepada Mr. Sam. Bola tennis laju membelah angin dan menghala ke gelanggang aku. Aku mengambil posisi untuk membalas pukulan lawan. Zap! Sakit itu datang kembali. Tak sempat aku menghayunkan raket, bola sudah pun jatuh ke dalam kawasan dan mata dapat pada pihak lawan.
            “Game, set, match. Game won by Michelle.”
            Aku menghela nafas berat. Sambil berjalan ke tengah gelanggang untuk bersalam dengan Michelle, aku mengurut-urut bahu aku yang terasa sakit. Selesai bersalam, aku berjalan keluar dari gelanggang tenis. Mr. Sam memandang aku dengan riak tidak puas hati.
            What happened to you, Izyana? Performance awak beberapa minggu ni makin merundum. Ada apa-apa masalah ke?” soal Mr. Sam serius.
            Aku menggeleng perlahan. Mungkin aku terlalu penat dan terlalu memberikan tekanan pada bahu ini. Rehat seminggu dua nanti oklah....
            “Jangan sebab bercinta, performance awak pun jatuh.”
            Aku mengetap bibir. “Saya minta maaf coach. Mungkin fokus saya kurang sikit seminggu dua ni.”
            “Tournament kita dah dekat. Awak jangan main-main. Baik awak settlekan segala masalah awak. Jangan bawa masuk ke dalam gelanggang. Faham?”
            Aku mengangguk lemah. Langkah diatur ke arah bangku yang aku letakkan barang-barang aku. Riz hanya memandang dengan wajah prihatin.
            “Betul kau tak apa-apa ni?”
            Aku memandang Riz sekilas. Pasti dia mendengar teguran Mr. Sam sebentar tadi. Aku mengangguk meyakinkan.
            “Kau nampak tak sihat. Kalau sakit, beritahulah Mr. Sam. Prevention is better than cure, tau!”
            “Aku ok. Pandailah aku jaga badan aku. Kau tak ada training hari ni?”
            Riz mengangguk. “Ada, petang ni. Kau nak datang? Boleh pergi sekali.”
            “Tengok dulu. Aku rasa tak berapa sihat ni...”
            “See? Betul aku cakap kau tak sihat. Tadi beriya menafikan. Jom kita pergi klinik.”
            Aku ketawa kecil mendengarkan nada Riz yang cukup risau. Kepala aku gelengkan perlahan.
“Tak apa. Aku nak rehat je dekat bilik,” tolakku.
            “Degil.” Riz mengeluh perlahan.
***
            Termenung aku apabila teringatkan kata-kata doktor sewaktu aku ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Sakit yang hampir tiga minggu aku tahan semakin menjadi-jadi. Hujung minggu hari tu pun aku minta pelepasan daripada berlatih dengan Mr. Sam. Bising Mr. Sam apabila aku seolah-olah mengambil ringan tentang latihan.
            Aku termenung meskipun kafe riuh-rendah dengan suara pelajar kolej yang keluar makan tengahari. Nasi tomato dan ayam masak merah yang aku makan pun bagaikan tidak terasa ditekak. Selera aku putus. Sejak balik daripada bertemu dengan doktor empat hari lepas, beginilah keadaan aku. Bagai terngiang-ngiang kata-kata doktor sewaktu di hospital.
            “Berhenti main atau awak langsung tak boleh pegang raket lagi,” kata doktor itu selepas menyebut beberapa terma medikal yang aku tidak fahami.
            Aku meletakkan sudu dan garfu apabila tekak sudah tidak boleh menerima makanan lagi. Jus oren aku teguk. Kemudian, aku mencapai beg dan fail untuk pulang ke bilik. Baru aku hendak melangkah, mata aku menangkap susuk tubuh Riz yang sedang berjalan ke arah aku.
            “Duduk dulu, Izyana. Takkan nampak aku terus kau berhenti makan? Nak lari daripada aku?” Serius Riz menuturkan.
            Aku menghela nafas berat. Bila masa pula aku melarikan diri daripada dia? Tapi aku tak nafikan, lama aku tidak berjumpa dengan Riz. Aku banyak terperuk di dalam bilik saja melayan perasaan. Mesej Riz pun aku balas bila rasa hendak balas. Riz sudah menarik beg aku, menarik aku untuk kembali ke meja.
            “Kau ada masalah ke?”
            Aku menggeleng.
            “Kalau tak ada masalah, takkan langsung tak turun latihan? Langsung tak jumpa aku?”
            “Aku tak sihat.”
            “Sampai tarik diri untuk tournament?”
            “Apa yang Mr. Sam beritahu kau?”
            Riz merenung aku lama. Cuba membaca setiap reaksi wajah aku.
            “Mr. Sam jumpa aku. Dia cakap sejak berkawan dengan aku, prestasi kau menurun. Dia suruh aku jumpa kau. Pujuk kau untuk main balik.”
            Aku mengeluh. Riz tidak langsung menjadi punca prestasi aku menurun. Sejak berkawan dengan dia, sejak aku tahu dia turut memerhatikan aku dari jauh, semangat aku beraksi di atas gelanggang semakin menyala.
            “Ceritalah kalau ada masalah. Jangan pendam sorang-sorang.”
            “Aku tak boleh main tenis lagi. Maksud aku, secara serius.”
            Dahi Riz berkerut.
            “Tangan aku ada masalah. Aku pun tak faham apa yang doktor cakap. Penjelasan dia langsung tak masuk ke kepala aku. Yang aku tahu, aku kena buat fisioterapi. Doktor suruh aku berhenti main secara serius atau aku langsung tak boleh main tenis lagi. Paling teruk, aku kena buat surgery.
            “Wow...” Riz meraup wajahnya perlahan.“This is getting serious,” gumamnya perlahan.
            Aku tersenyum nipis. Sorry Riz. Kau tak dapat tengok aku beraksi atas court lagi. I have lost my charm.
            “Kenapa fikir macam tu? Buat masa sekarang ni, kesihatan kau lagi penting,” pujuk Riz. Aku termenung memerhatikan pelajar yang keluar masuk kafe.
            “Hei. Sudahlah tu. Tak dapat main tenis tak bermaksud hidup kau dah berakhir. Kau masih ada aku.”
            Aku memandang Riz lama. Fikiran aku kosong.
            “Kau cakap apa tadi?”
            Wajah Riz tiba-tiba saja bertukar merah. “Tak ada apalah. Petang ni aku ada practice. Kau turun?”
            Aku diam berfikir. Masih tiada mood untuk turun ke gelanggang sebenarnya.
            “Tak payah fikir banyaklah. Jom. Kau tak ada, aku tak ada semangat tau nak main!”
            “Tak ada aku, tak ada semangat konon. Sikit punya ramai peminat kau tengok kau main basketball tau!”
            “Dua tiga kucing parsi, Izyana...” Riz berkias.
            “Maksud kau?”
            “Dua tiga kucing parsi, mana nak sama kucing tempatan. Dua tiga boleh aku cari, mana nak sama cik adik di depan.”
            Dahi aku berkerut. Otak ligat mencerna pantun empat kerat yang Riz tuturkan. Mana nak sama yang ada di depan? Wow... Riz tengah luahkan perasaan dia ke macam mana ni? Atau sekadar mengusik untuk memujuk hati aku yang tengah walang?
            ***
            Riz ligat beraksi di atas gelanggang sementara aku memerhatikan dia dari tempat duduk penonton. Sejak gosip di antara aku dengan Riz heboh dalam kolej, aku perhatikan peminat Riz semakin bertambah pula. Tak sangka, ramai rupanya yang mendoakan kebahagiaan kami. Hah! Kelakar sungguh! Walaupun begitu, aku sentiasa mengaminkan doa-doa baik mereka. Manalah tahu lekat jodoh aku dengan lelaki superstar ini.
            Aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg apa bila terasa ada getaran halus. Sebuah mesej daripada Isma aku baca sekali lalu. Bertanya keberadaan aku. Laju aku menaip patah-patah perkataan dan menghantar balasan untuk Isma.
            Tamat latihan Riz, sempat dia lambaikan tangan dan menghadiahkan senyuman kepada aku sementara dia mendapatkan Nini yang sudah bersedia dengan tuala kecil dan air minuman. Mencuka wajah Nini apabila Riz tidak memberikan perhatian kepadanya. Lawak. Rasanya, Nini salah seorang yang melompat bila mendengar skandal aku dengan Riz. Aku menghela nafas perlahan. Riz, bila kau nak luahkan perasaan kau ni. Aku tak faham kiasanlah! Salah faham, lain jadinya.
            So, bila agaknya Riz nak confess dekat kau? Hahaha – Isma
            Aku merengus geram. Hampeh betul dapat roommate macam ni.
            ***
            “Aku ada berita nak bagitahu kau ni,” ujar Riz sewaktu kami sedang makan malam di kafe berdua.
            Mendengarkan kata-katanya, aku mengangkat muka daripada memandang nasi goreng. “Apa dia?”
            Riz sudah senyum lebar. Tiba-tiba sahaja sebuah sampul surat berwarna putih dia keluarkan dari fail dan dia letakkan di hadapan aku.
            “Apa tu?” aku menyoal seraya mencapai gelas berisi teh ais.
            “Aku dapat offer untuk jadi model.”
Aku tersedak dan terbatuk-batuk. Mata aku membulat sewaktu Riz mengeluarkan sehelai surat dari dalam sampul dan beberapa helai kertas yang aku yakini salinan surat perjanjian.
“Aku tak tahu pulak selama ni kau minat ke bidang tu?”
Riz sekadar mengangkat kening dengan senyuman. “Minat tu dah lama ada. Cuma peluang tu baru datang hari ni.”
“Hrm... macam mana boleh dapat offer tu?”
“Bulan lepaskan aku ada game dekat Kolej Bitara. So, lepas habis tu, ada seorang perempuan approach aku, bagi bussiness card.
            Aku terdiam. Hendak kata apa lagi kalau Riz nampak gembira dengan tawaran yang tiba. Hai... bertambah lagilah peminat Riz di luar sana.
            “Kau tak nak cakap apa-apa? Bagi kata-kata semangat ke?” soal Riz bila aku tidak memberikan apa-apa komen dengan berita yang disampaikan.
            Aku menguntum senyuman kecil. “Kalau itu minat kau, go for it.” Pendek saja kata-kata aku.
Senyuman Riz melebar. “Aku tahu kau selalu support aku, Iz. Jangan risau, aku tetap Riz yang sama walaupun dah terkenal nanti. Hahahaha!”
            Aku sekadar mencebik. Berangan betul. Tapi, tak perlu jadi model pun untuk Riz jadi terkenal. Cukup sekadar menjadi pemain terbaik kelab bola keranjang dah membuatkan populariti Riz tersebar sehingga ke kolej-kolej lain. Aku mengeluh perlahan. Terasa rendah diri apabila berdiri di sebelah Riz.
Riz ibarat sekuntum bunga ros yang semakin memekar sedangkan aku? Gelanggang bukan lagi tempat mainan aku. Nama aku sudah tidak disebut-sebut lagi sebagai pemain tenis terbaik untuk kolej. Kini aku hanya menjadi seorang siswi yang menjalani hidup-hidup seperti siswi lain. Kehidupan yang terlalu normal dan terlalu hambar.



Dia Superstar 04
            “Jadi dia masuk bidang modelling sekarang?” soal Isma serius.
            Aku mengangguk lemah. Sejujurnya aku langsung tak gembira dengan keputusan Riz. Tetapi siapa aku untuk menghalang?
            “Hrm...” Isma sekadar mengangguk kecil.
            “Kau pun speechless kan?” aku ketawa kecil tetapi hambar.
            Well, dia ada rupa, ada gaya, tinggi pula tu. Memang tengok muka pun dah boleh nampak stok-stok model pun,” komen Isma.
“Kau cakap aku speechless? Aku memang tak pernah berminat pun dengan Riz tu. Jadi benda ni tak bagi impak pada aku je. Kau tu ajelah, mesti speechless habis,” sambung Isma lalu menjeling aku sekilas.
            “Status kau dengan dia sebenarnya macam mana?” soal Isma bila aku hanya mendiamkan diri.
            “Macam itulah.”
            “Korang ni berkawan serius ke, berkawan baik ke, kawan biasa ke atau macam mana?
            Define setiap term kawan kau tu.”
            “Kawan serius, bila kau berkawan dengan seseorang tu untuk kahwin. Berkawan baik pulak bila semua perihal peribadi dalam tangan masing-masing. Tak ada simpan perasaan antara satu sama lain. Tak pun, salah seorang tu kena friendzone tapi masih boleh lepak sekali. Berkawan biasa pulak kawan lepak sekali je sebab bosan tak ada kawan lain,” jelas Isma mengikut piawainya.
            Aku tergelak kecil. “Kalau macam tu, aku dengan dia level kawan biasa lagilah agaknya. Kitorang belum pernah friendzonekan masing-masing lagi.”
Isma menggeleng perlahan. “Beritahu ajelah pak cik tu kau suka dia...” ujar Isma give up bila mendengar kisah aku dengan Riz yang asyik bermain tarik tali.
            “Tak boleh. Lelaki kena mulakan dulu.”
            “Zaman sekarang ni, kalau kau pegang kata-kata tu, alamatnya melepas.”
            “Insya Allah tak...” ujarku separuh yakin.
            ***
            Aku mencedok nasi putih ke dalam pinggan sehingga penuh. Kemudian, aku melangkah ke arah tempat letaknya lauk-pauk. Sesekali aku tersenyum membalas sapaan orang. Sesekali pula mataku melilau mencari susuk tubuh Riz yang masih belum tiba. Jam sudah menunjukkan puluk dua belas tengahari. Perut sudah berkeroncong lapar. Lambat lagi ke pak cik ni?
            “Air?” soal lelaki, tukang bancuh air.
            “Teh ais. Teh lebih, susu kurang.” Aku meminta dengan senyuman. Lelaki itu turut membalas senyuman aku. Sudah biasa dengan cara aku meminta air.
            “Okey...” ujar lelaki yang dikenali sebagai Ery itu. Tidak sampai dua minit, air yang aku minta siap. Ery menghulurkan gelas kepada aku.
            “Terima kasih.”
            “Sama-sama. Seorang je?”
            “Tak adalah. Tunggu kawan.”
            “Oh...” Ery sekadar mengangguk. Kemudian dia menyambung kembali tugasannya apabila ada pelajar lain meminta air.
            Aku memilih meja di sebelah tiang dan menghadap televisyen. Lima minit berlalu, bayang Riz masih belum kelihatan lagi. Aku merengus geram. Nasi dengan lauk pun dah sejuk dek kerana menunggu Riz. Semalam beriya-iya dia berjanji hendak makan tengahari sekali. Bila aku menolak, dia memaksa. Katanya dah lama tak jumpa. Mana tidaknya, sibuk sangat dengan modelling dia tu.
            Sejak Riz terima tawaran menjadi model sebulan lepas, kehidupan dia tak sama lagi seperti dahulu. Mujurlah dia masih mengambil berat perihal belajar. Habis saja waktu kelas, Riz sudah ke studio untuk bergambar.
            “Lah...? Dah habis dah?” rungut Riz sewaktu dia tiba dan melihat aku sudah selesai menjamu selera. Seroang diri pula tu. Huh!
            “Dah kau lambat setengah jam. Aku makanlah dulu. Lapar tahu?” ujarku sedikit geram.
            Riz tersengih tanpa rasa bersalah. Kemudian, dia meminta aku menunggu dia sementara dia pergi membeli nasi campur.
            “Lama betul tak lepak dengan kau.”
            Aku mencebik. “Dah kau sibuk sangat. Mana dengan modelling, mana dengan practice basketball, mana dengan belajarnya lagi...”
            “Itulah dia... sementara tengah ada job ni, aku ambillah. Nak bina nama. Manalah tahu ada rezeki aku jadi pelakon pula,” Riz mengangkat kening dan tersenyum manis.
            Aku sekadar mengangkat bahu. Tak minat hendak menambah apabila Riz bercerita tentang pekerjaannya.
            “Aku tengok kau makin berisi sekarang. Kenapa ye? Berat kau naik kan?”
            Panas muka aku mendengarkan soalan yang Riz lontarkan. Aku mengetap bibir.
“Kau dah lama tak lepak aku, terus insult aku kan? Mulut, takde tapis langsung!” tegurku geram.
Riz sekadar ketawa. Mungkin dia ingat aku bergurau. Sedangkan, hati yang panas dan malu hanya Allah yang tahu. Bukan tak sedar berat badan semakin naik. Kalau dahulu, aku makan banyak, kalori-kalori semua aku bakar sewaktu bermain tenis. Mungkin disebabkan dah terbiasa dengan portion makanan yang banyak semasa sibuk dengan tenis menyebabkan badan aku naik agak mendadak.
“Hai... rindu kat kau. Sekarang ni aku main basketball pun kau dah tak nak turun.”
“Aku malaslah...” kataku perlahan. Malas hendak mendengar peminat-peminat Riz yang menjerit namanya setiap kali dia berjaya memasukkan bola ke dalam jaring. Malas hendak berlawan dengan perasaan setiap kali merasakan kekurangan diri yang sudah tiada apa lagi untuk dibanggakan.
“Kau dah tak suka aku ke?”
Aku tersentak. Betul ke apa yang aku dengar tadi? Pandangan aku beralih ke arah Riz yang asyik mengunyah.
“Kau tanya apa ni?”
“Tak adalah. Dulu, kau selalu ada bila aku practice. Sekarang kau dah tak nak turun. Lepak dengan budak-budak ni dekat mamak pun kau tak nak. Aku ajak jumpa pun payah sekali kau setuju. Kau ada masalah ke, Iz? Ceritalah pada aku. Kitakan kawan...”
Aku menghela nafas perlahan. Ingatan melayang teringatkan definisi pelbagai jenis kawan yang Isma pernah beritahu dahulu. Kawan biasa, kawan baik dan kawan serius. Mungkinkah selama ni, Riz hanya menganggap aku sebagai kawan baik?
***
Aku menyelak majalah untuk remaja yang Isma beli. Budak Isma ni memang rajin mengumpul koleksi majalah ni sehingga dia sanggup langgan setiap bulan selama setahun. Aku menyelak helaian demi helaian di dalam majalah tersebut. Bermula daripada prakata daripada editor sehinggalah pandangan aku terhenti ke arah helaian yang memaparkan model memperagakan pakaian sukan. Aku menelan air liur. Riz nampak sungguh kacak dan bergaya sekali menggayakan pakaian sukan jenama terkenal di tanah air.
Aku menghela nafas perlahan. Aku yang melihat Riz sudah jatuh hati. Agaknya berapa ramai lagi gadis yang jatuh hati apabila melihat gambar Riz begini? Agak-agak, ada tak gadis yang menggunting gambar Riz dan tampal di dinding-dinding bilik mereka? Hati aku tiba-tiba diterpa rasa cemburu.
Aku menutup majalah dan letakkan ke atas meja belajar Isma. Kemudian, aku melangkah dan berdiri di hadapan cermin yang cukup untuk membantu aku melihat pantulan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kedua belah tapak tangan aku lekapkan ke pipi. Aku menelan air liur. Teringat kata-kata Riz menegur dua minggu lepas. Perasan rendah diri mula menguasai diri. Argh... ini tak boleh jadi!
Aku mendapatkan telefon bimbit di atas katil. Nama Anas aku cari daripada dalam senarai nama. Kemudian, nombornya aku dail.
 “Helo, Anas.”
“Helo, princess! Lamanya membawa diri. Apa cerita?”
“Minggu ni, korang pergi hiking kat mana?”
“Aik? Kau nak join kitorang hiking pulak ke?”
“Cadangnya macam itulah. Aku sejak quit tenis, rasa terlebih masa sangat pula. Sampai aku isi masa aku dengan isi perut.”
Anas sudah ketawa besar di hujung talian.
“Kau sure ni kau fit untuk hiking?”
“Insya Allah, okey rasanya...” ujarku separuh yakin.
Silap betul lepas quit tenis hari tu aku tak sibukkan diri bersenam untuk maintain stamina aku. Tiba-tiba rasa tak yakin aku boleh memanjat gunung bersama-sama kumpulan Anas.
“Dua minggu lagi kitorang nak naik Gunung Pelangi. Kalau kau betul nak ikut, aku boleh arrangekan.”
“Nak... nak!” pantas aku membuat keputusan.
“Cuma...” Tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu.
“Apa dia?”
“Aku tak ada kelengkapan untuk hiking. Teman aku beli boleh?”
“Oh... boleh je. Untuk beg, kebetulan aku pun ada satu beg extra. Nanti kau gunalah dulu.”
Serious ke ni?” aku sudah teruja.
“Iye...”
“Wahhh thank you Anas! Kaulah kawan aku dunia akhirat!”
“Iyalah kau. Dapat lepak dengan pak cik model tu, kitorang semua kau lupa,” sindir Anas.
Aku hanya menyambut kata-katanya dengan ketawa. Ketara sangatkah perubahan aku?

No comments: