::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

20 February 2010

Ana uhibbuka!

Mataku tercantap pada seorang pelajar lelaki yang sedang berjalan seorang diri. Pelik. Sudah banyak kali aku perhatikan dia. Selalu berseorangan. Jarang aku nampak dia berteman. Biasanya orang kalau tak berjalan beramai-ramai, mesti ada seorang teman di sebelah. Tapi terbalik pula dengan lelaki ni. Kalau nak kata mengejar masa, macam tak logik pulak. Jalannya sama seperti orang lain. Tak nampak pula gaya mengejar masa.

Aku memerhatikan lelaki itu berjalan sehingga dia hilang dari pandangan. Tiba-tiba rasa tertarik pulak nak kenal dengan lebih dekat. Nama dia? Kos apa yang dia ambil? Umur? Nak kata senior, macam tak sebab blok yang dia pergi digunakan untuk budak batch aku. Tak apalah. Mungkin satu hari nanti aku tahu juga.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi sebelah Aina. Sementara menanti lecturer, aku menyelak-nyelak nota semalam. Cuba mengingati kembali apa yang aku belajar. Baru nak baca perkataan pertama, mataku terperasankan pelajar yang aku jumpa pagi tadi. Biar benar? Dia coursemate aku?



***

Aku melangkah lesu ke dalam bilik. Beg di tangan aku letakkan di atas kerusi. Tudung yang tersarung di kepala aku tanggalkan. Tubuh aku baringkan diatas katil. Ya Allah, letihnya. Hari yang sangat padat. Kelas start pukul 8 pagi. Bersambung dengan lab dan kelas kembali pada sebelah petang. Ni pulak baru balik dari tutorial. Itulah, lain kali pandai-pandailah susun jadual. Nasib baik esok ada kelas je.

“Eh? Dah balik?” suara Aina menampar gegendang telinga aku.Aku yang dah tak larat nak buka mata hanya bersuara mengiyakan.

“Awal kau balik? Buat apa je kat tutor tadi?”

“Latihan je. Siapa dah siap boleh balik,” jawabku ringkas.

Aina hanya diam mendengar jawapan aku. “Kau dah Isya’? Pergilah solat dulu. Nanti tertidur pun tak apa,” ujar Aina.

Pantas aku bangun. Pakaian aku salin kepada yang lebih selesa. Kemudian, langkah diatur ke bilik air. Tak sampai 10 minit aku dah siap bertelekung. Kedua tangan diangkat. Allahu-akbar.

Selesai menunaikan solat, aku mengintai Aina yang khusyuk membuat poster untuk presentation. Aku mengeluh. Aku punya poster satu apa tak sentuh lagi. “Siapa partner kau?”

Aina berhenti dari menggunting kertas berwarna merah. Wajahnya diangkat melihatku. “Hanim. Kenapa?”

Aku menggeleng tanda tiada apa-apa. Untunglah Aina dapat partner perempuan. Kalau lelaki pun tak apa sebenarnya. Tapi ikutlah yang jenis macam mana. “Kau siapa?”

“Naim...”

Aina memandangku tak berkelip. “Naim? Budak yang kau suka tu?”

Aku mengalihkan wajah daripada pandangan Aina. Muka saya panas! “Hrm...”

Tak sampai sesaat, suara Aina dah memenuhi ruang udara bilik ini. Aku menggigit bibir. Kelakar sangat ke?

“Kau ajak dia ke apa?” soal Aina dalam nafas yang tertahan-tahan.

Aku mencebik. “Tutor aku yang tetapkanlah. Seganlah aku kalau aku yang ajak dia. Macam tak ada budak perempuan lain dah.”

Aina tersenyum. Perhatiannya kembali kepada kerjanya yang terberhenti tadi. “Habis? Dah mula?”

Aku menggeleng. Tangan sibuk bermain dengan cebisan kertas yang sudah tidak mahu digunakan lagi. “Belum. Susahlah jadi partner dia. Dia diam. Aku diam. Masa tutor aku bagi masa untuk kitorang bincang hari tu pun 2-2 buat kerja sendiri,” aduku.

Aina hanya menggeleng mendengar ceritaku. “Hai, selama ni kau dengan budak lelaki lain ok je? Takkan dengan Naim terus jadi macam tu? Ke... kau malu dengan dia? Manalah tahu tiap kali kau pandang dia jantung kau berdebar-debar ke?” Aina dah sengih mengusik.

Aku terasa mukaku semakin panas. Aduh! Pantang kena usik sikit muka dah merah semacam. Payah betul. Aina dah terkekeh-kekeh mentertawakan aku. Sabar ajelah.

“Kau tak minta nombor dia?”

Aku menggeleng.

Aina mengucap panjang. “Kalau tak minta, macam mana nak contact? Nak discuss?”

Aku terdiam. ‘Bukan tak nak minta. Seganlah aku... Dia pun tak minta nombor aku. Takkan aku pulak yang lebih-lebih?’ namun semua hanya terluah di dalam hati. Kalau aku cakap berjela-jelalah kena bebel dengan Aina nanti. Dah aku segan, nak buat macam mana?

“Esok minta. Kita ada lagi 2 minggu je nak present. Nanti ada tak siap pula kau punya poster,” tegas Aina.

***

Esoknya aku hanya mampu melihat Naim dari jauh. Err, tak adalah jauh pun sebenarnya. Selang 2-3 barisan je kot dari dia. Tapi bila dia berada berhampiran aku, tiba-tiba mulut macam diisi dengan ketulan emas. Tak boleh nak bersuara! Dahsyat penangan Naim pada aku ya! Bukan setakat jantung je yang berdebar semacam. Astaghfirullah al-Azim...

“Boleh bagi ana nombor kamu?” pinta Naim sebaik sahaja kelas tamat. Aku termangu sebentar melihatnya. Mencerna kata-katanya sebentar tadi. Naim hanya memandang handset ditangan. Sedikit pun tak melihat wajahku.

“Auni?” tegur Naim.

Aku terkedu. ‘Auni’ Naim panggil aku? Biar benar? Hatiku dah berlagu riang. Dialah insan pertama yang memanggilku dengan nama itu.

“0123456789” balasku setelah lama terdiam.

“Ok.” Naim mengangguk.

***

Semenjak bertukar nombor tempoh hari, ada sahaja tazkirah yang masuk ke dalam telefon antik ni. Rajin benar Naim mengingatkan aku itu-ini. Kadang-kadang aku hanya membalas dengan ucapan terima kasih dan kadang-kadang tak terbalas langsung. Takkanlah tiba-tiba nak tanya dia sihat ke tidak, dah makan ke belum... Tak sesuai pulak.

Bila berjumpa diluar, dia masih lagi Naim yang biasa. Pendiam dan tak banyak bercakap. Aku? Orang tak tegur, tak kuasa aku nak berlebih-lebih. Walhal dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu.

Presentation poster hari itu pun berjalan lancar. Naim tampak relaks sewaktu membuat persembahan. Aku pulak yang cuak semacam. Itu pun dapat ditenangkan dengan senyuman Naim. Ceh. Perasan betul. Entah iya entah tak Naim tu senyum kat aku. Cukup-cukuplah berangan cik Amira Auni.

***

Sudah hampir Malam itu aku menghabiskan masa di hadapan perpustakaan untuk berbincang mengenai assignment berkumpulan yang masih belum siap. Janji dengan budak-budak group pukul 9.30 malam. Sementara menunggu boleh aku online sekejap.

Tepat jam 9.30 baru Naim yang datang. Ops! Jangan fikir yang bukan-bukan ya. Bukan aku yang sengaja nak satu group dengan dia. Pensyarah sengaja mahu kami bergabung dengan pelajar lelaki. Disebabkan kat sini pelajar lelakinya melebihi pelajar perempuan, aku seorang sahajalah perempuan di dalam kumpulan ni. Itu pun aku sebenarnya tak tahu yang Naim sama group dengan Firdaus, Arif dengan Afiq.

Naim duduk agak jauh daripada aku. Aku hanya buat tak tahu. Sempat pula aku meng’update’ blog yang sengaja aku privatekan. Malu pulak kalau orang baca segala apa yang aku tulis dalam tu. Cerita mengenai Naim pun ada terselit jugak. Huhu...

Aku menjeling jam di laptop. 9.45 malam. Huh! Janji entah ke mana. Teringat kata-kata Ustaz Din masa sekolah dahulu. Orang yang lambat ni selalunya orang yang tak menjaga solat. Selalu melengah-lengahkan solat. Ni mungkin contohnya lah kut. Bukan baru kali ni je lambat. Sebelum-sebelum ni pun sama je.

“Err... Naim, tolong tengok-tengokkan barang aku sekejap ya?” ujarku kepada Naim. Naim hanya mengangguk.

Cursor dibawa lari ke arah pangkah. Keluar popup window memberi amaran aku akan menutup 2-3 tab sekaligus. Seperti biasa, laju aku meng’click’ ‘Save and Quit’. Langkah aku ataur ke arah tangga ke basement. Ingin mencari bilik air.

“Auni? Boleh ana pinjam sekejap?” soalan Naim memberhentikan langkahku. Aku menoleh ke arahnya. Naim tengah berdiri menghadapku dengan tangan kanan menunjuk ke arah laptop. Akhirnya aku mengangguk.

Sepanjang perbincangan, Naim hanya diam. Sesekali dia menggangguk tanda faham. Akhirnya hampir jam 11.00 malam, masing-masing mula bersiap untuk pulang dengan kerja yang sudah dibahagi-bahagikan.

***

Masa berlalu pantas. Sedar tak sedar sudah hampir 3 tahun aku duduk kat dalam universiti ni. Belajar bukan perkara mudah. Makin banyak kita belajar makin kita terasa diri kita ini bodoh. Macam tu jugak aku. Kalau tak ada moral support dari family, memang dah lama tersungkur agaknya. Kena pulak ambil jurusan yang dimonopoli lelaki.

Syukur juga sepanjang 3 tahun ni aku tak pernah bertukar roommate. Aina, dialah roommateku dulu dan kini. Akan datang tak tahulah. Aku berbaring mengiring ke kanan. Bersedia untuk tidur. Tak lama kemudian aku terdengar ada suara seperti berbisik di dalam bilik.

Macam suara Aina. Aku cuba untuk mendengar perbualannya. Bukan tak perasan dah 2-3 kali Aina berbual macam tu kat telefon. Siapa yang telefon dia malam-malam macam ni? Aku dah mula tak sedap hati. Aina... dia ada kawan lelaki ke? Kenapa aku tak tahu apa-apa? Aina tak pernah berahsia dengan aku selama ni.

Tak sampai 5 minit, Aina menamatkan perbualan. Kemudian dia mengatur langkah ke arah suis lampu. Dengan mata yang sedikit terbuka, aku dapat melihat Aina berdiri dihujung katilku sebelum tangannya menekan suis lampu. Bilik menjadi gelap.

“Hai... Mira... Mira...” perlahan suara Aina seolah-olah berbisik pada diri sendiri.

Aku terasa pelik dengan tingkahnya malam ni. Kenapa agaknya? Sebelum tidur, fikiran aku dibiarkan melayang-layang. Tiba-tiba aku teringat kenangan masa awal-awal masuk universiti ini. Macam mana aku boleh minat pada Naim.

Naim. Menyebut namanya saja mampu membuatkan aku tersenyum. Bila diingat-ingat kembali, sejak kali terakhir kami satu group untuk assignment kumpulan, tiada lagi mesej tazkirah atau kata nasihat daripada Naim. Sedihkan bila kita dah mula terasa rapat tiba-tiba dia menghilang macam tu je. Aku menghela nafas perlahan. Mataku dipejam rapat-rapat. Ingin melupakan segala-galanya.

***

“Kau nak pergi tak?” Aina memandangku penuh mengharap.

Aku hanya diam tak memberikan jawapan. Berfikir jika ada apa-apa program pada tarikh forum itu diadakan.

“Jomlah Mira... Best tau. Rugi kalau tak pergi. Ilmu tu...” pujuk Aina lagi.

Aku memandang wajah Aina. Riak wajahnya masih tak berubah. Penuh mengharap.

“Please....” rayunya lagi.

“Oklah,” aku memberikan persetujuan pada akhirnya.

***

Aku dan Aina berjalan menuju ke tempat yang bakal berlangsungnya Forum Baitul Muslim. Menarik bukan? Ahli panel yang diundang adalah penulis novel Habiburrahman Elshirazy dan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.

Dah nama pun baitul muslim. Di dalam fikiranku dah terbayang isi kandungan forum yang bakal berlangsung. Sudah pasti tetang bagaimana hendak membina sebuah rumah tangga yang berciri-cirikan Islam bukan?

Kata-kata Aina yang membuatkan aku tercuit semalam bila dia mengingatkan umur kami yang semakin meningkat. Sempat Aina mengusik aku bila wajah aku mula memerah.

“Nanti-nanti kita pun bakal berkahwin juga. Apa salahnya kalau kita pergi. Mana tahu kita pun dapat membina baitul muslim?”

Aku tergelak dalam hati. Siapalah yang nakkan aku ni? Dahlah serius 24 jam. Orang tengok pun takut. Ramai sebenarnya kawan-kawan yang dah mula membebel pada aku. Sibuk menasihati aku itu-ini. Yang aku tak boleh lupa kata-kata Fatimah masa kami berada di tahun 2 semester 2.

“Mira pakailah pakaian yang sopan-sopan sikit. Nanti tak ada lelaki yang nak. Masa belajar inilah untuk kita cari. Nanti dah kerja sibuk mesti tak ada masa.”

Sampai di dalam dewan, kami duduk di antara tempat yang depan jugalah. Dari sini dapatlah melihat bagaimana rupa penulis novel Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Forum dimulakan tepat jam 9 malam.

***

Kata-kata Ustaz Habiurrahman masih terngiang-ngiang di telingaku.

“Zaman sekarang, berkhalwat secara bukan berdua-duaan juga boleh terjadi, contohnya ber’chatting’ dan ber’sms’. Ia di kira sebagai berkhalwat walaupun pada zahirnya bukan berdua-duaan.”

Tepat sekali kata-kata Ustaz Habiburrahman. Aku menilai kembali diri aku. Banyak kekurangan pada aku ni kan? Chatting dan sms dengan lelaki bukan muhrim dah menjadi perkara biasa buat aku. Kadang tu bukannya ada sebab yang penting sangat pun.

Dan di penghujung forum, Ustaz Hasrizal pula bersuara,

“Jadilah soleh untuk mendapatkan yang solehah. Dan jadilah solehah untuk mendapatkan yang soleh. Maknanya, dalam mencari kita harus menjadi.”

Sekali lagi aku terkena. Kenapa aku minat Naim? Sebab perwatakannya yang sedikit alim dan susah nak nampak dia bergaul dengan perempuan membuatkan aku tertarik. Tapi aku bagaimana?

Kadang-kadang macam tak percaya yang aku sudah boleh berbicara tentang nikah kahwin ni. Terasa baru benar aku mendaftarkan diri sebagai pelajar di universiti ini. Ada benarnya nasihat Fatimah pada aku dulu. Mungkin selepas ini aku boleh cuba berubah perlahan-lahan? Tapi bukan berubah dengan niat untuk bertemu jodoh dengan lelaki yang baik-baik sahaja, tapi aku akan berubah kerana Allah. Lillahi Ta’ala.

Wajah Naim dihati aku akan aku cuba hilangkan perlahan-lahan. Cinta itu fitrah manusia yang Allah bagi. Tapi sepatutnya kita mencintai Allah melebihi segala-galanya sebab Allah yang menciptakan kita. Semenjak pergi ke Forum Baitul Muslim, aku semakin banyak menilai diri sendiri. Terlalu banyak dosa yang aku telah lakukan secara sengaja atau tidak. Ya Allah... ampunkan dosaku.

***

Tahun 3 pengajian semangnya mencabar. Makin banyak projek yang perlu dilakukan dan hari-hari aku semakin sibuk. Next semester dah kena buat latihan industri. Kemudian lagi setahun di universiti untuk menghabiskan pengajian. Bila ditanya nak perancangan lepas belajar, laju je aku menjawab, kahwin! Walhal calon pun tak ada. Benda yang nak jadi 2 tahun lagi. Siapa yang tahu? Sedangkan hari esok pun kita tak tahu apa yang akan berlaku.

Baru je tadi Aina usik aku dengan soalan cepu emas. Waktu aku tengah makan pulak tu. Nasib baik tak hilang selera aku.

“Lepas belajar kau nak buat apa?” soal Aina lalu menyuap nasi ke dalam mulut.

“Kahwin,” jawabku malas.

“Wah... Mentang-mentanglah pergi Forum Baitul Muslim hari tu... Dah fikir tetang nikah kahwin je kawan aku seorang ni,” usiknya.

Aku hanya meneruskan suapanku. Lapar! 1 hari tak jumpa nasi. Mana tak lapar.

“Kau serius ke nak kahwin lepas habis study? Dah ada calon ke?” soal Aina pulak. Aku ingat dah tutup cerita dah.

“Serius,” ujarku dengan muka serius. Kepala aku diangguk-anggukkan bagi membuatkan Aina percaya dengan kata-kataku. “Calon dah ada. Hari tu ada orang datang rumah merisik. Aku suruh je mak aku terima. Mungkin masa cuti nanti baru bertunang,” lancar aku mereka cerita. Ambik! Seronok aku melihat mata Aina yang membulat memandangku.

“Tapi kau jangan cakap kat orang. Takut benda tak jadi. Malulah aku nanti kalau orang dah tahu aku tak jadi bertunang,” tambahku. Sebagai penambah perisa biar lagi sedap.

Lama Aina terdiam mendangarkan cerita aku. Kemudian baru dia bersuara. “Ok. Aku tak cakap dengan siapa-siapa,” katanya dengan kepala terangguk-angguk meyakinkan aku.

Aku dah ketawa dalam hati. Aina... kawan yang lurus bendul, tapi baik hati dan sangat ambil berat tentang orang lain. Kesian dia dapat kawan macam aku ni. Minta maaf ya Aina!

***

Panggilan ibu sebentar tadi betul-betul buat aku terkejut. Tak sangka masin mulut aku petang tadi.

“Nanti masa cuti nanti Auni dah nak jadi tunangan orang,” ceria suara ibu di corong telefon. Aku menelan air liur. Ibu... janganlah nak buat lawak antara rangkaian telefon dengan aku ibu... Tak tenang aku nak belajar malam ni.

“Tadi kawan ibu masa sekolah dulu datang. Nak jodohkan Auni dengan anak lelaki dia. Ibu dah tengok gambar anak lelaki dia. Segak orangnya.” Segak? Segak bagi ibu tak semestinya segak bagi aku. “Ibu dan bincang dengan abah. Kami terima. Lagipun ibu dapat rasa yang dia dapat jaga Auni baik-baik bila ibu dengan abah tak ada nanti,” ujar ibu lagi.

Aku yang ketawa menyangka ibu bergurau terus terdiam. Ibu.... tak naklah macam ni, ibu... Auni kan belajar lagi. Aku menarik nafas dalam. Cuba untuk berfikir secara rasional. Ibu dah terima, takkan tiba-tiba aku nak menolak? Apa kata family kawan ibu nanti? Nanti ibu jugak yang malu.

“Ikut apa yang baik bagi ibulah. Auni tak kisah.”

Sebenarnya aku sendiri tak sangka semudah itu aku memberikan persetujuan kepada ibu. Tapi bila dah terlepas kata, mana nak tarik balik. Aku menampar pipiku sebagai hukuman. Ah! Kalaulah Aina tahu yang petang tadi aku hanya bergurau, dah dia tahu malam ni kata-kata aku jadi kenyataan, mesti tergelak besar dia. Daripada niat mahu bergurau tiba-tiba jadi kenyataan!

***

Sebelum bertunang aku merisik-risik tentang anak lelaki kawan ibu. Tak naklah nampakkan sangat yang aku memang nak tahu serba-serbi tentang lelaki tu. Segan aku dengan ibu dan abah. Tapi tak sangka yang ibu perasan aku banyak juga tanya tentang lelaki tu. Malunya! Panas muka aku bila ibu tegur.

Akhirnya abah membuka mulut. Keluarga bakal tunang aku akan datang malam ni. Anak lelaki dia pun ada sekali. Kiranya dapatlah aku berkenalan dengan dia. Terasa berdebar pulak nak berjumpa dengan lelaki tu. Ya Allah, tenangkanlah hati aku.

Selesai solat Maghrib, aku membantu ibu di dapur. Menghidang apa yang patut. Kata ibu kawannya nak datang lepas Isyak. Lepas Isyak tu bila? Pukul 9.00 p.m.? 10.00 p.m.? Kalau Subuh esok pun lepas Isyak jugak kan? Kenapalah ibu tak cakap terang-terang? Aku tengah berdebar ni.

Aku menjeling jam di dinding. Isyak masuk 8.30 p.m. ada lagi 15 minit. Pinggan yang hendak digunakan aku letakkan di atas meja makan. Dalam fikiran dah merangka-rangka soalan apa aku nak bertanya nanti. Tersenyum.

“Apa ni senyum sorang-sorang. Auni? Sihat?” tegur ibu.

Aku tersenyum menutup rasa malu. Panasnya muka bila kena tegur! “Tak ada apa ibu.” Ibu hanya menggeleng melihat telatah aku. Ibu, janganlah tengok Auni macam tu...

Tepat jam 9.00 malam, terdengar bunyi kereta di luar rumah. Aku dah serba tak kena. Cuaknya semacam. Terdengar ada suara memberi salam dari luar rumah. Abah yang memang di ruang tamu menjawab salam si pemberi.

“Nanti Auni hantarkan air ke hadapan ya,” pinta ibu. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Walhal dalam hati hanya Allah yang tahu.

Hampir 10 minit tetamu duduk, aku menatang dulang ke hadapan. Dengan berhati-hati aku bersimpuh dan kemudian cawan berisi air aku letakkan di atas meja kecil. Tengah sibuk meletakkan cawan, terdengar suara seseorang berdehem. Macam biasa dengar suara ni. Aku mengangkat muka. Aina?!

Spontan aku mengalihkan wajah ke arah 2 lagi insan di sebelahnya. Mak dengan ayah dia. Kemudian mataku terfokus ke arah kerusi single yang diduduki seorang lelaki. Naim? Serta merta wajah aku terasa panas.

“Duduk Auni,” lembut je suara ibu memintaku duduk disebelahnya.

Aku hanya menurut. “Itulah Naim,” ibu menunjukkan ke arah Naim yang tenang di kerusinya. Matanya sedikit pun tak memandang ke arahku. “Ibu rasa Auni dah kenalkan? Kawan Auni kat universiti kan?”

Kawan? Kawan ke? Sama jurusan tu dikira kawanlah agaknya. Aku hanya mengangguk.

Ibu memandang abah sambil tersenyum senang. “Ada apa-apa yang Auni nak tanya pada Naim? Nanti jangan tak payah tanya ibu dengan abah lagi,” usik abah. Terasa wajahku bertambah panas.

Aku menggeleng. Kemana soalan yang aku dok karang tadi? Semuanya dah hilang berterbangan bila terpandangkan wajah Naim. Aku memandang Aina yang duduk disebelah mak Naim.

“Nak tanya Aina kenapa dia datang sekali?” ujarku perlahan.

Aina tersengih. “Naim abang aku.” Ringkas sekali jawapannya. Aku memandang Aina dengan muka kelam. Abang?

“Naim lahir bulan satu, aku lahir bulan 12,” jelasnya.

Aku mengangguk tanda faham. Kiranya selama ni aku cerita kat Aina tentang Naim, Naim tahu? Muka yang sudah mula sejuk kembali panas. Ya Allah, malu betul aku dibuatnya. Aku hanya kelu tanpa kata. Selepas menikmati hidangan makan malam, kedua ibu bapa aku dan Naim berbincang tarikh pertunangan dan pernikahan. Aku terasa seperti di awang-awangan. Mimpi ke aku ni?

“Tak payahlah nak bertunang lama sangat. Habis je praktikal, kita satukan jelah. Diorang ni dahlah sama kos. Risau saya,” luah mak Naim.

Aku membulatkan mata. Awalnya! Belajar pun tak habis lagi. Nak menyampuk, Naim diam je macam setuju benar dengan kedua orang tua kami. Aku mengalih pandang ke arah Aina yang asyik tersengih. Kalau tak ada orang lain, memang aku dah tarik dah dia ni masuk dapur tanya itu-ini. Masih banyak benda yang aku nakkan penjelasan.

***

Dengan sekali lafaz, aku dan Naim dah terikat sebagai pasangan suami isteri. Murah je air mata aku mengalir seppanjang majlis pernikahan ini. Sayu hati bila mendengar khutbah nikah yang dibacakan oleh tok kadi. Naim nampak segak sungguh dengan baju melayu krim dipadankan dengan kain samping bersulam emas. Dah sah menjadi suami-isteri barulah aku berani memandang wajahnya lama-lama. Tak malu kan? Naim pun tak macam tu.

Kami mengambil posisi untuk upacara sarung cincin. Kalau nikah di rumah , upacara ni buat kat bilik je. Senang. Aku sedikit kaku ketika Naim hendak menyarungkan cincin. Melihatkan aku yang diam tak berkutik, Naim menarik tanganku. Dengan sabar aku menanti cincin untuk disarungkan. Eh? Kenapa pulak dengan Naim ni? Tak sarung pulak dia. Cepatlah, aku dah malu dah ni. Ramai orang yang tengok. Aku mengangkat muka memandangnya. Terasa mukaku panas apabila diperhatikan Naim.

“Kenapa?” soalku perlahan.

Naim tersenyum. “Tak nak cakap apa-apa?” soalnya tiba-tiba. Aku mengangkat kening sebelah. Apa-apa tu apa?

“Ana teringin nak dengar daripada mulut Auni sendiri.”

Aku menunduk. Naim ni la... Nak beromantik pun janganlah kat depan orang ramai. Aku malu sungguh ni... Aku menunduk. “Ana uhibbuka...” ujarku perlahan cukup untuk didengari Naim. Naim tersenyum senang. “Lillahita’ala,” tambahku.

“Cepatlah sarung cincin tu. Buat apa ditatap muka Auni lama-lama Naim... Takkan lari gunung dikejar,” usik ibu mertuaku.

Terkesan jugak kat mataku reaksi Naim bila ditegur begitu. Telinganya merah. Malu agaknya. Aku tertawa di dalam hati.

***

“Naim tahu kau minat dia daripada blog kau.”

“Bila masa pulak aku tukar blog tu adi open to public?”

“Entah. Cuma dia cakap dia terbaca masa dia pinjam blog kau.”

Dan fikiranku melayang mengingati bila masanya si Naim meminjam laptopku.

“Err... Naim, tolong tengok-tengokkan barang aku sekejap ya?” ujarku kepada Naim. Naim hanya mengangguk.

Cursor dibawa lari ke arah pangkah. Keluar popup window memberi amaran aku akan menutup 2-3 tab sekaligus. Seperti biasa, laju aku meng’click’ ‘Save and Quit’. Langkah aku ataur ke arah tangga ke basement. Ingin mencari bilik air.

“Auni? Boleh ana pinjam sekejap?” soalan Naim memberhentikan langkahku. Aku menoleh ke arahnya. Naim tengah berdiri menghadapku dengan tangan kanan menunjuk ke arah laptop. Akhirnya aku mengangguk.

Silap aku terus click Save and Quit. Memanglah kalau Naim bukak browser akan keluar yang aku tutup tu! Aku menepuk dahi sendiri.

“Naim ada cerita ke yang dia...” muka dah panas menahan malu. “Dia selalu text aku bagi... err... tazkirah?”

Aina mengangguk. “Abi yang tegur dia. Abi cakap, tanggungjawab nak tegur perempuan serahkan je pada kawan-kawan dia yang lain. Tugas Naim tegur kawan-kawan Naim yang lelaki.”

Aku memalingkan muka ke arah lain. Segan! Abi dia pun tahu?

“Yang baitul muslim itu pun Naim yang pesan kat aku suruh kau pergi,” cerita Aina. “Naim banyak mintak tolong aku tengok-tengokkan kau Mira...”

Aku hanya mengangguk tanda faham. Terima kasih Aina. Terima kasih ya Allah...

***

Aku kembali teringat akan perbualan aku dengan Aina beberapa bulan lepas. Teringat juga kata-kata Ustaz Hasrizal masa Forum Baitul Muslim,

“Kalau si solehah itu, selepas 5 tahun berkahwin ada surut imannya, ada meningkat imannya, ada menurun sahsiahnya dan suaminya itu suami yang soleh, maka yang soleh itu boleh membaiki yang solehah...”

Aku memandang Naim yang sedang berbual dengan pengapitnya. Macam tak sangka ya Amirah Auni kini sudah menjadi sayap kiri perjuangan Nasrul Naim. Insya Allah Amirah Auni akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang solehah. Dan aku yakin ‘si soleh’ aku akan sentiasa membantu aku.

---
-aku_dia-

14 comments:

Liyana said...

wow...Islamik story...gd idea...
dh x byk cite2 camni..kdg2, terkesan jgk y cite kte lbh baik dr cite luar,kan...
tahniah..usaha lg...

akak said...

kisah yang menarik, bagus untuk teladan kepada adik2 yang sedang mencari jodoh

Anonymous said...

love it.. but
ape maksud ana uhibbuka tue?
saya x reti bhs arab nie

Anonymous said...

maksudnya saye cinta/suke awk..=)

kimah said...

ala sweet je...
tak abis2 aku senyum...:)
saya suka bace cerita penulis, ada moral value

anasrikandiislam said...

really like this la..huhu
ana uhibbuka..yea..hehe

deesyira said...

menarik sangat2.perbanykkan lagi kisah2 yg berunsurkan islamik sbg panduan remaja kini.dlm mencari pasngan hidup xsemestinya memerl ukn aktvt
sosial yg brlebhan.

Anonymous said...

g-ler best!terkesan di hati!ya, harus perbykkan penulisan mcm ni.!tahniah tau!!!

sufi (",)

Anonymous said...

Assalamualaikum , best lah . Lg lg novel islamik . Bukan nya banyak pun novel cam ni . Teruskan lagi usaha anda .

Afid.Yahaya said...

saya suka karya yg mcm ne..islamik!

Anonymous said...

salam. sweet sgt jalan ceritanya. and yg pntg ISLAMIK ! BEST 3X !

kusyi said...

best!!!!!!! ana uhibbuka~

Anonymous said...

nk mcm ni..real punya!huhu

wahida said...

salam alaik..awak student kat tempat yang ustaz hasrizal & kang habib berceramah tu ye? dari SAU lagi dah ada bab tempat tu..btw, nice story...=)