::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

21 March 2010

Atas Nama Cinta

“Macam mana?” aku menongkat skuter dan berjalan menuju ke arah Afiq yang bediri di muka pintu. Dada rasa berdebar-debar menantikan kata-kata yang bakal keluar daripada mulut Afiq. Afiq yang setahun lagi muda daripada aku, baru sahaja mendapat keputusan SPM setelah beberapa bulan menanti. Cuti yang hampir 3 bulan dihabiskan dengan membantu Abang Man berniaga di gerai menjual burger.

Afiq hanya memandang ke arah aku yang berjalan ke arahnya. Entah apa yang difikirkannya pun aku tak tahu. Aku mengambil peluang memerhatikan wajahnya sepuas-puasnya. Lama tak jumpa budak. Semakin matang, semakin handsome! Masa sekolah dahulu wajah Afiq nampak sangat muka budak-budak. Sekarang? Terasa satu perasaan halus menyelinap ke dalam hati.



“Boleh la...” jawab Afiq malas.
Aku menjulingkan mata. “Boleh tu berapa?”
Afiq tersenyum. “Insya Allah aku jumpa kau kat U kau nanti.”
Aku memandang Afiq dengan riak tak percaya. “Sungguh? Tahniah! Jangan lupa apply for scholar ye. Ala... tapi kalau kau nak masuk private pun boleh je... Mak bapak kau kan kaya,” ujarku. Part mak dan bapak kaya itu direndahkan volumenya.
Afiq menarik topi di kepala aku ke bawah. Geram. Spontan aku menepis tangan Afiq.
“Oit! Apa pegang-pegang tangan anak teruna orang ni?” ujar Afiq dengan mata yang sengaja dibulatkan.
Aku menjelirkan lidah. Kata-kata Afiq sedikit pun memberi kesan padaku.
“Kau ni datang nak tanya tu je ke?” soal Afiq sedikit jengkel.
Dengan selamba aku menayangkan muka tak faham. “Dah tu? Kau ingat aku nak ajak keluar ke? By the way, mak kau mana? Mak aku ada kirim barang,” aku terdiam sekejap lalu menoleh ke arah skuter. “Sekejap, eh! Tertinggal kat skuter”

Setelah mengambil bungkusan dari bawah tempat duduk skuter aku melangkah ke arah rumah Afiq. Afiq bergerak ke tepi apabila aku sudah melangkah menghampirinya. Memberi laluan untuk masuk ke dalam.

“Eh, aku tak payah masuklah. Kau bagikan pada mak kau. Cakap je mak aku bagi. Aku ada hal ni. By the way, tahniah sekali lagi untuk result kau. Apa-apa nanti kau text je la.”

Aku melangkah kembali ke skuter. Dari hujung mata wajah Afiq dipandang. Dadanya terasa berdebar. Sejak dari kecil memang dia dan Afiq rapat. Kena pula kedua ibu bapa mereka berkawan baik. Sejak dia masuk ke asrama dia mula rasakan perasaannya terhadap Afiq bukan sekadar kawan baik. Malah lebih daripada itu.

Namun dia sedar dia tak sepatutnya berperasaan macam tu. Afiq itu sudahlah setahun lebih muda daripadanya. Lagipun, pada umur yang menuntutnya untuk fokus pada pelajaran tak sepatutnya dihabiskan dengan melayan perasaan yang bukan-bukan.

Aku mengangkat tangan kepada Afiq sebelum skuter bergerak meninggalkan perkarangan rumah Afiq. Afiq membalas dengan senyuman di bibir. Senyuman yang membuatkannya tidur malamnya tidak lena...

***

Telefon bimbit di atas meja aku capai. Lama tak dengar khabar Afiq. Lepas cuti hari tu, tak ada pulak Afiq menelefon atau menghantar mesej. Laju sahaja tangan mendail nombor yang sememangnya sudah lekat di kepala. Sementara menantikan panggilan berjawab, mataku meliar pada gambar rajah di dalam buku teks Chemistry yang setebal hampir 2 inci di atas meja. Kalau Afiq masuk satu U dengan dia nanti, mahu saja dia bagi buku ini pada Afiq. Bukannya dia gunakan lagipun nanti.

“Assalamualaikum.” Suara Afiq yang sedikit garau menampar gegendang telinganya.
“Waalaikumussalam. Kau tengah buat apa?” soalku. Tangan kanan yang memegang pensel menconteng-conteng di atas kertas kotor di sebelah buku teks.
“Tak ada apa. Tengah menikmati hari-hari terakhir bercuti. Lepas ni sambung belajar semua, pening balik kepala aku,” jawab Afiq dalam tawa.
Fatin tersenyum sendiri. “Iye ke? Takkan duduk rumah je?”
Afiq hanya mengiyakan. Aku hanya mampu menggeleng. “Boring gila hidup kau. Kalau betul kita satu U nanti, baru kau tahu betapa boringnya hidup kat ceruk dunia,” ujarku.
“Iyalah. Kalau aku nak keluar pun nak keluar dengan siapa?”
“Awek kau?” aku menggigit bibir menantikan jawapan yang bakal keluar dari mulut Afiq. Mendengarkan soalan aku, Afiq ketawa lagi.
“Awek aku tengah belajar sekarang. Macam mana nak ajak keluar? Jauh pulak tu,” kata Afiq setelah tawanya berhenti.

Aku terkelu. Tengah belajar? Aku ke? Ah! Sudah-sudahlah bermimpi Fatin. Takkanlah Afiq ada perasaan pada kau.

“Helo! Are you still there?” tegur Afiq dalam nada ceria.
“Here,” jawabku pendek. Pensel di tangan diletakkan di atas meja. Nafas ditarik dalam-dalam. “Oh! Dalam diam kau eh! Tak cerita pada aku pun. Sampai hati kau!” aku cuba mengawal perasaan aku.
“Lah! Kau tak tahu lagi ke?” nada suara Afiq sedikit saspen.
Aku membuat muka. Bagus kalau dia nampak sekarang ni. “Mana kau ada cerita apa-apa,” tegurku. Walhal dalam hati dah terasa sayu. Inilah kali pertama aku mula menyukai seorang insan yang bernama lelaki. Malangnya...
“Kaulah awek aku!” ujar Afiq. Nada suaranya sedikit serius.
Aku terkesima. Biar benar. Darah terasa menderu ke muka. Panas! Malu pun ada! Mujur Afiq ada depan aku sekarang ni. Malu aku. Aku qwek Afiq? Afiq anggap aku awek dia? Aku dah senyum sampai ke telinga. “Aku?” soalku menginginkan kepastian.
Afiq kembali tertawa. “Aku main-main ajelah! Janganlah ambil serius.” Kata-kata Afiq membuatkan aku yang sudah berada di langit jatuh ke bumi. Main-main? Jahatnya!
“Haha,” hambar sahaja ketawaku.
“Adoi... sorrylah. Aku tak tahu apa kena dengan aku hari ni. Asyik nak mengenakan orang je,” kata Afiq setelah tawanya kembali reda.
“Yelah kau. Sukalah kau dapat kenakan aku kan. Takpe takpe. Ada ubi ada batas,” balasku.
“Apa agaknya perasaan kau bila aku cakap kau awek aku tadi?”
Aku terdiam mendengarkan soalannya. Susahnya! Lagi susah daripada soalan Chemistry yang aku nak jawab tadi. ‘Suka sangat. Aku ingat kau serius.’ Jawabku di dalam hati.
“Biasa je. Dah faham sangat dengan perangai kau tu,” jawabku selamba dengan ketawa yang dibuat-buat. Jawapan yang aku berikan 100% kontra daripada apa yang aku rasa. “Nasib baik aku yang kena. Kalau orang lain agaknya dah perasan habis dah kau suka dia.” Macam apa yang aku rasa tadi.
Afiq ketawa sahaja mendengarkan kata-kataku. “Orang lain aku tak beranilah nak buat macam tu.”
Aku mengangguk tanda faham. Seolah-olah aku tengah berbual dengan Afiq depan-depan. “Tapi kau memang tak ada special girlfriend ke Afiq?” soalku cuba mengorek rahsianya.
Afiq ketawa hambar. Sudah tak serancak sewaktu dia mengenakan aku tadi. “Aku tak adalah nak bergirlfriend-girlfriend ni Fatin.”
Aku mengerutkan dahi. “Kenapa pulak?”
“Aku tak jumpa lagi perempuan yang aku cari. Aku tak nak cari girlfriend je. Kalau boleh biarlah bakal isteri. Perempuan sekarang ni tak boleh percaya sangatlah.”
Tekun aku mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Afiq. Tak sangka ye budak baru lepas SPM dah berfikir sampai nikah kahwin?
“Kalau boleh aku nak cari perempuan yang elok agamanya...” tambah Afiq.
Aku hanya mampu terdiam.

***

Afiq akhirnya dapat juga satu universiti dengan aku. Makin dekatlah aku dengan dia. Aku tersenyum di dalam hati. Aku pula baru masuk Tahun 1 Semester 1. Ada 4 tahun lagi aku kat sini untuk berjuang mendapatkan segulung ijazah.

-Jumpa kat depan library petang ni-

Aku membaca mesej daripada Afiq. Kemudian laju aku membalas bertanya masa.

-Sorry lupa nak cakap. Pukul 5. Kalau boleh bawak sekali notes dengan exercise masa kau sem 1-

Aku tersenyum. Jumpa Afiq! Syukurlah dia dapat sama universiti dengan aku. Makin dekat, makin senang nak jumpa.

-Ok-

Balasku ringkas. Aku menyelitkan rambut ke tepi telinga.Apabila merasakan seseorang mencuit lengan kananku, aku menoleh. Aku mengangkat kening kepada Anis disebelah. Bertanya.

“Dapat mesej daripada Kak Sarah?” bisiknya di telingaku. Mataku melilau memerhatikan pensyarah yang sedang memberi penerangan dihadapan kelas.
“Tak. Kenapa?” soalku malas. Kalau mesej daripada Kak Sarah mesti pasal...
“Petang ni ada usrah. Dia buat kat kafe. Datang tau!” pujuk Anis.
Aku membuat muka tanpa disedari Anis. Malas sungguh aku pasal usrah-usrah ni. Kalaulah aku tak ikut Anis hari Ahad lepas, mesti aku tak terikat dengan benda-benda macam ni. Leceh! Sekali dah ‘terjoin’ bukan senang-senang boleh lepas. “Pukul berapa?” soalku tanpa melihat Anis. Tak lama lagi dapatlah mesej tu...
“Enam. Lepas tu terus maghrib kat surau, jemaah.”

Aku hanya membiarkan kata-kata Anis tak bersambut. Petang ni nak jumpa Afiq pukul 5. Lepas tu ada usrah pulak. Boleh tak kalau aku tak pergi?

“Kalau boleh aku nak cari perempuan yang elok agamanya...”

Aku menggigit bibir. Entah macam mana kata-kata Afiq terngiang-ngiang ditelinganya. Pensyarah di hadapan dah masuk topik baru. Aku bermain dengan rambut dibiarkan lepas. Fikiran dah jauh melayang meninggalkan kelas.

***

Tepat pukul 5 aku tiba di tempat yang dijanjikan. Afiq sudah lama tiba. Matanya leka menghadap laptop di hadapan.

“Weh! Aku dah sampai ni,” tegurku.
Afiq mengangkat muka. Segaris senyuman dihadiahkan kepadaku. Aku terpaku.
“Ambillah kerusi, sayang. Duduk sebelah abang ni ha,” usik Afiq.

Bergetar dadaku tatkata Afiq mengucapkan kata-kata itu meskipun aku tahu dia hanya bergurau. Aku mengambil sebuah kerusi yang tak diduduki sesiapa. Kemudian fail plastik aku keluarkan daripada beg sandang. Aku menyelak-nyelak kertas yang Afiq mahukan. Setelah selesai, aku menyuakan kertas-kertas tersebut kepadanya.

“Meh laptop kau sekejap. Ada softcopy aku nak bagi,” ujarku.
Afiq mengambil kertas putih berdakwat hitam yang aku suakan tadi. Kemudian dia bangun. “Tukar tempat,” ujarnya perlahan.
Spontan aku bangkit dari duduk dan mengambil tempatnya. Afiq masih leka membelek kertas-kertas yang aku berikan kepadanya tadi. Setelah selesai menyalin data ke dalam laptopnya, aku bangun.
“Dah. Aku tak boleh lama ni. Ada apa apa lagi ke?” soalku. Kalau ada masa, nak je aku ajak Afiq ni makan malam sekali. Huhuhu...
Afiq menggeleng. Kepalanya diangkat dan matanya memandang tepat ke muka aku. “Tha...” Afiq memberhentikan kata-katanya. Matanya tak beralih daripada wajahku. Terasa mukaku memerah.

Eh? Iya ke dia pandang aku? Aku menoleh ke belakang. Beberapa pelajar perempuan sedang berjalan ke blok akademik. Aku kembali memandang Afiq. Matanya dilarikan ke arah kumpulan pelajar tadi. Hatiku dipagut cemburu. Afiq terpaut pada salah seorang budak tu ke?

Aku berdehem bagi menyedarkan Afiq. Afiq kembali memandangku. Kemudian dia tersenyum. Reaksinya sedikit malu-malu dengan apa yang berlaku. Aku tersenyum hambar. Afiq... Kau takkan tak pandang aku langsung?

“Aku suka budak tu,” serius Afiq menutur kata.
Aku mengawal riak wajahku daripada berubah. Bibir dipaksa terus tersenyum. Kemudian aku mengangguk. “Yang mana satu?”
“Yang tengah. Dia pendiam orangnya. Aku suka dia senyum. Orangnya pun manis. Tengok sekali mesti nak tengok 2-3 kali,” ujar Afiq malu-malu.

Aku mengangguk. Tersayat hati apabila mendengar Afiq memuji perempuan lain dihadapan aku. Sedihnya! Aku menggigit bibir. Cuba untuk mencari kekuatan. Aku kembali menghalakan pandangan ke arah pelajar perempuan yang dimaksudkan Afiq. Memang manis. Bukan sahaja manis, wajahnya tampak sopan dan lembut. Badannya ditutupi dengan blouse labuh dan kepalanya dilitupi tudung labuh. Cara pemakaiannya tidak sedikitpun menunjukkan susuk tubuhnya. Patutlah Afiq terpikat!

“Kalau boleh aku nak cari perempuan yang elok agamanya...”

Kata-kata Afiq kembali terngiang-ngiang ditelinga. “Budak kos kau?” soalku sedikit cemburu.
Afiq mengangguk. Mujur dia tak menghidu nada suaraku yang sedikit berbeza. Aku memarahi diriku yang tidak dapat mengawal perasaan.

“Oklah. Aku ada usrah lepas ni. Aku gerak dulu,” ujarku seraya menguak rambut yang terjuntai di dahi. Beg sandang yang diletakkan disebelah kerusi dicapai. Langkah di hayun meninggalkan tempat mereka duduki tadi.

“Kalau boleh aku nak cari perempuan yang elok agamanya...” Perlu ke aku berubah... untuk dapatkan Afiq?

***

“Aku ingat nak pakai tudung.” Ujarku kepada Anis sebaik sahaja selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah.
Anis memandang aku dengan riak tak percaya. “Sungguh ke ni?”

Aku terdiam. Sedia ke aku nak berubah? Sekali pakai takkan nak bukak balik lepas ni. Nak on off pakai tudung macam kebanyakan terasa macam mempernain-mainkan agama pulak. Seraut wajah Afiq terlayar di minda. Berganti pulak dengan pelajar perempuan yang diminatinya dalam diam. Aku membulatkan tekad.

“Yup,” ujarku yakin.
Lantas Anis memeluk tubuhku tanpa menghiraukan beberapa orang yang sedang bersiap-siap untuk meninggalkan surau. “Alhamdulillah... Aku happy sangat untuk kau,” kata Anis dengan bibir yang tak lekang dengan senyuman.
“Tapi...”
Anis melepaskan pelukan. “Kenapa?”
Aku tersengih. “Aku mana ada tudung ni. Pinjam kau dulu boleh?” pintaku dengan muka comel yang dibuat-buat. Nak pinjam barang orang, kenalah baik-baik sikit!
Anis hanya tersenyum. Kemudian dia mengangguk. “Satu lagi...”
Aku memandangnya. Menanti sambungan kata-katanya.
“Jangan pakai baju-baju macam ni. Kan lagi manis kalau kau pakai baju yang longgar-longgar sikit,” ujarnya lembut.
Aku menggigit bibir. Susahnya nak berubah! Tak apa... Cuba perlahan-lahan. “Tapi aku mana ada baju-baju macam kau.” Semua baju aku yang kat dalam almari tak ada satu pun yang berlengan panjang.
“Pakai baju kurung dulu buat sementara ni. Nanti ada masa kita ajak Kak Sarah pergi Ipoh.”

Baju kurung? Aku mengerutkan dahi. Rimas kot. Dahlah kat sini panasnya membakar kulit. Kak Sarah yang tadi membaca Al-Quran mengangkat muka apabila terdengar namanya disebut. Kemudian dia menutup Al-Quran ditangan. Sudah habis baca barangkali.

“Kenapa sebut-sebut nama akak ni?” ujar Kak Sarah sebaik sahaja meletakkan Al-Quran di rak.
Anis mencerita niatku untuk memakai tudung. Selesai bercerita, laju je tangan Kak Sarah menarik tubuhku. “Baguslah. Seronok akak dengar.” Seketika kemudian, tubuh aku dilepaskan.
“Kenapa tiba-tiba?” spontan soalan itu terkeluar daripada mulutnya.
Aku terdiam. Kenapa? Sebab tak nak Afiq tengok perempuan lain lagi baik daripada aku? “Err... Dah sampai seru kot?” jawabku teragak-agak. Kak Sarah hanya ketawa mendengarkan jawapanku.

Bukannya ibu dengan ayah tak pernah tegur selama ni. 2 orang abang aku itupun dah tak larat nak tegur. Tapi bila kena tegur, ada je alasan aku bagi. Panaslah, lecehlah. Akhirnya jawapan aku, nanti dah tua nanti baru pakai. Sekarang ni muda lagi. Tapi sejak Afiq tunjuk ciri-ciri perempuan yang dia nak, aku rasa rendah diri sangat. Perempuan yang elok agamanya. Aku yakin aku mampu menjadi seperti perempuan itu.

***

4 tahun masa berlalu selama 4 tahun itu aku semakin jauh dengan Afiq. Aku bermain dengan hujung tudung yang ditiup angin. Mata ralit memerhatikan Anis yang terkial-kial mahu menaikkan layang-layang. Aku tersenyum sendiri.

Teringat kenangan hari pertama pakai tudung ke kelas. Siap dengan baju kurung sekali. Bila masuk, semua mata tertumpu pada aku. Segan! Aku hanya mempamerkan muka selamba. Masa hari kedua baru budak-budak kelas dah tak pandang pelik.

Hujung minggu itu jugak kami keluar ke Ipoh. Pergi ke Greentown Mall. Banyak pilihan kata Kak Sarah. Kami keluar berempat. Aku, Anis, Kak Sarah dengan abang dia. Nama Firdaus. Kerja? Seganlah aku nak ambil tahu. Lagipun abang dia tu langsung tak menegur kami.
Selepas menghabiskan masa hampir 2 jam di Greentown Mall, kami singgah ke McDonald di Gunung Rapat. Sempat Kak Sarah memberikan tazkirah ringkas. Tambah-tambah lagi bila aku sudah mahu berubah.

“Hari ni akak nak cerita tentang niat.” Kata-katanya mati. Kemudian Kak Sarah mengeluarkan sebuah buku nota kecil daripada beg sandangnya.
“Hadis pertama daripada hadis 40 je dah bercerita tentang niat. Nampak tak betapa pentingnya niat kita bila kita buat satu benda?” tambah Kak Sarah lagi.
Aku terdiam.

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.” Kak Sarah berhenti sejenak.
Kemudian dia menyambung, “Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu,” lembut suara Kak Sarah membacakan terjemahan hadis tersebut.

“Hadis ni ada sejarahnya,” ujar Kak Sarah. “Pada zaman Rasulullah, ada seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan bergelar Ummi Qais. Tetapi, Ummi Qais sendiri tidak suka menjadi isterinya kalau dia tidak mahu berhijah ke Madinah. Kerana itu, lelaki itu berhijrahlah dan kemudian, berkahwinlah mereka. Kata Ibn Mas’ud, “Kami menamakan orang itu dengan ‘muhajir Ummi Qais’, iaitu seorang lelaki yang berhijrah kerana Ummi Qais bukan kerana Allah dan RasulNya.”

Aku terkelu berhijrah bukan kerana Allah? Macam... aku?

“So apa yang akak cuba nak sampaikan hari ni, kita buat kerja tu biarlah niat kerana Allah. Macam Fatin...” Kak Sarah memandang tepat ke mataku. “Akak harap Fatin berubah bukan disebabkan terpaksa. Contohnya, ibu paksa Fatin pakai tudung. Sebab itu seolah-olah Fatin pakai kera ibu suruh, bukan kerana Allah. Rugilah kita sebab tak dapat keredhaan Allah. Sia-sia je perubahan kita tu,” lembut Kak Sarah menasihati aku.

Macam tahu-tahu je aku berubah sebab Afiq. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

“Kak, saya nak tanya pendapat akak boleh?” Kak Sarah mengangguk.
“Kalau kita sukakan seseorang tu, apa kita nak buat ek?” jujur aku bertanya. Anis disebelah hanya tersenyum-senyum mendengarkan soalan aku. Kak Sarah menoleh ke arah Abang Firdaus yang duduk di meja belakang. Kemudian dia berpaling memandang aku lalu tersenyum.

“Akak dulu pun ada jugak minat-minat orang ni. Siapa tak siapa pun, tak banyak sikit mesti ada...” perlahan Kak Sarah menuturkan kata. Seolah-olah takut didengari Abang Firdaus.
“Umi akak dulu pesan kat akak bila akak tanya dia. Dia cakap, berdoalah. Minta pada Allah. Kalau orang yang kita suka tu baik untuk kita, memang jodoh kita, doa dipermudahkan jalan bagi kita. Tapi tu kalau dah bersedia nak menikahlah...” ujarnya lalu tertawa.
“Tapi kalau macam kita ni, belum bersedia, boleh doa minta kita dengan orang yang kita suka tu dilindungi dan dijauhkan daripada maksiat,” tambahnya lagi. Aku hanya mengangguk mendengar kata-katanya. Tak sangka Kak Sarah pun ada menyimpan perasaan pada seseorang jugak!

***

“Fatin!” suara Anis yang kuat disebelah telingaku membuatkan aku sedikit tersentak. Laju aku berpaling melihatnya. Kening diangkat tanda bertanya.
“Jomlah balik, angin tak kuat hari ni, asyik jatuh je. Penat aku main. Boring,” rungutnya. Aku hanya mengangguk. Langkah kami diatur ke tempat parking kereta. Fikiranku kembali melayang.

***

“Cantik kau sekarang,” puji Afiq sewaktu kali pertama dia melihat aku bertudung.
Aku tersenyum senang. “Cantik banyak ke cantik sikit?” usikku. Afiq hanya tersenyum mendengarkan usikanku. Langsung tak dijawab.
“Agaknya, antara aku dengan Iman, mana satu lagi cantik?” soalku. Iman, gadis yang memikat hati lelaki Afiq.
“Mestilah Iman...” jawabnya selamba. Terasa hati pecah berderai mendengarkan jawapan Afiq. Sampainya hati Afiq...

“Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu”

Kata-kata Kak Sarah sewaktu tazkirah 2 hari lepas menyedarkan aku. Aku akan ubah niat aku. Biarlah aku perubahan aku ini kerana Allah. Kalau aku berubah kerana Afiq, takut-takut Afiq aku tak dapat, keredhaan Allah pun aku tak dapat. Ya Allah, ampunkan aku!

***

“Kau ni dari tadi asyik berangan je. Ingatkan siapa?” tegur Anis. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk. Kepala aku geleng-gelengkan.

-Jumpa kat kafe malam ni. Jam 8-

Aku terkelu membaca mesej daripada Afiq. Nak jumpa? Kenapa? Dan malam itu aku mengajak Anis ke kafe seperti yang dijanjikan. Afiq dah setia menunggu dengan nasi goreng ayam di atas meja. Belum dinner agaknya.

“Kenapa tiba-tiba ajak jumpa?” soalku pelik. Afiq hanya tersenyum. Aku terpaku seketika apabila melihatkan senyuman. Sungguh aku memang masih mengharapkan Afiq tanpa diketahuinya.
“Ada benda aku nak cerita ni. Nanti kalau kau tak dengar daripada mulut aku, ada merajuk 40 hari 40 malam,” usiknya

Aku hanya menggelengkan kepala perlahan. Asyik nak mengenakan aku je. Walaupun dah lama tak duduk semeja macam ni, perangai masih tak berubah. Anis meminta diri untuk meng’order’ makanan.

“Apahalnya?” soalku lagi.
“Aku dah suruh mak ayah aku hantar rombongan. Harap orang tu terimalah...” ujarnya dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Orang tu? Siapa? Aku?
“Siapa orang tu?”
Afiq menjungkitkan kening sebelah. “Cubalah teka?”
Perbualan terganggu apabila Anis meletakkan pinggan berisi nasik goreng ayam di atas meja. Menu yang paling cepat siap. “Takkan aku pulak kan?” jawabku dalam nada mengusik. Kalau aku? Ya Allah seronoknya! Dalam diam aku menyimpan harap.
“Iman.”
Aku terkelu. “Habis semester ni kami bertunang. Mungkin setahun lebih ikat. Habis belajar baru menikah,” jelas Afiq. Wajahnya bercahaya. Gembira sangat barangkali.
“Dia setuju?”
Afiq mengangguk. “Aku dah risik-risik jugak daripada member-member dia. Dia yang cakap apa-apa datang rumah. Aku nekad je pergi jumpa mak ayah dia. Nasib baik tak kena halau,” ujarnya lalu ketawa.

Aku sedikit cemburu melihat kegembiraan Afiq. Afiq, takkan kau tak ada perasaan langsung pada aku? Ya Allah, kuatkanlah hati aku. Aku cuba menceriakan muka sewaktu mendengar cerita Afiq. Tak mahu dia terkesan hati aku yang kecewa.

Balik ke bilik, aku menghamburkan tangisku. Anis disebelah mengusap-usap bahuku memberi semangat. Terkeluarlah cerita yang hampir 4 tahun aku rahsiakan daripada semua orang. Tentang perasaan aku terhadap Afiq, tentang perubahan yang aku lakukan semata-mata kerana Afiq. Mujur... mujur Kak Sarah menyedarkan aku mengenai niat 4 tahun dahulu.

“Insya Allah, ada insan lain yang lagi baik daripada Afiq untuk kau,” ujar Anis lembut.
Aku hanya mengkakukan diri. Sesekali tangan mengesat pipi yang dibasahi dek air mata. Lelaki baik? Selama ni aku merasakan Afiq lelaki terbaik yang aku pernah jumpa.
“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik Fatin,” pujuk Anis
Aku menggeleng. Bukan tak bersetuju dengan kata-katanya. Sememangnya hal itu sudah tertulis di dalam Al-Quran. “Aku tak baik mana Anis,” keluhku.
“Kalau macam tu, usahalah menjadi baik untuk dapat yang baik juga,” lembut Anis memujukku. Aku hanya menarik nafas panjang.

Hari Jumaat itu Kak Sarah datang melawat kami. Tak sangka ukhwah yang terjalin antara kami sangat erat. Dialah kakak usrah yang paling memahami bagi aku. Nasihatnya lembut dan pekertinya yang baik membuatkan aku malu sendiri apabila dia menasihati aku. Kak Sarah kini sudah bekerja di Johor Bahru. Katanya sengaja ambil cuti memandangkan hari Isnin depan seluruh negeri Johor cuti.

Kami melangakah ke kafe dan memilih tempat duduk yang agak jauh daripada orang lain. Tak selesa nak berbual dalam keadaan bising. Anis menjadi tukang membeli air, aku dengan Kak Sarah hanya duduk dimeja, saling bertanya khabar. Dalam minit kemudian Anis tiba dengan dulang. Satu persatu gelas di angkat keluar daripada dulang. Kemudian dia mengambil tempat disebelahku.

“Akak ada benda nak cakap dengan Fatin ni. Straight to the point jelah ye, sebenarnya abang akak minta tolong akak tanya Fatin dah dah ada yang punya ke belum? Kalau belum dia ingan nak hantar wakil ke rumah Fatin,” serius Kak Sarah bertanya.

Aku mengambil gelas berisi limau ais dan perlahan-lahan airnya aku sedut bagi menghilangkan rasa terkejut. Abang Kak Sarah? Siapa? Macam mana dia boleh kenal aku pulak ni? Takkan Kak Sarah yang dok kenen-kenenkan? Tak logik je?

“Fatin?”
Aku memandang Anis disebelah. Ternyata dia pun terkejut dengan apa yang baru kami dengarkan. “Err... Siapa abang akak? Macam mana dia boleh kenal saya pulak? Sampai nak hantar wakil ke rumah semua. Akak nak buat prank ye?”

Maunya aku tak terkejut? Dalam masa tak sampai seminggu aku dikejutkan dengan 2 berita. Yang pertama tentang Afiq nak bertunang, yang kedua tentang abang Kak Sarah yang aku tak tahu menahu kewujudannya.

“Abang Firdaus... Takkan tak ingat? Yang bawak kita masa Fatin ank cari barang kat Greentown Mall dulu?” jelas Kak Sarah.
Aku memaksa otakku bekerja keras. Firdaus? Keningku terangkat sebelah. “Oh...”
Kak Sarah memandang tepat ke mataku. “So? Apa jawapannya?”
Aku termangu-mangu sekejap. Jawapan? Hati aku masih terluka dengan berita Afiq 2 hari lepas. Masakan dalam masa yang sebegini cepat aku mengambil keputusan untuk menerima lamaran orang lain? Tidak... di luar sedar aku menggelengkan kepala.
“Fatin tak setuju?” suara Kak Sarah dah tak seceria tadi.
“Saya single lagi. Cuma saya rasa saya muda lagi kak. Jauh lagi perjalanan. Takkan lepas belajar saya terus nak kahwin? Lagipun mesti abang akak tu dah ada pilihan dia sendiri,” ujarku cuba mengelak.
Aku menjadi pelik melihatkan Kak Sarah menggeleng. “Dia tak ada siapa-siapa. Keluarga kami tak ada yang bercouple-couple ni. Umi dengan abi akak dua-dua tegas sikit dalam bab-bab pergaulan ni. Abang akak yang sulung belajar kat luar negara. Dia berkahwin sewaktu belajar. Alhamdulillah tak ada masalah. Alhamdulillah jugak suami isteri berjaya. Cuma akak dengan abang Firdaus je yang belajar kat dalam Malaysia. Entah apa mimpi agaknya tiba-tiba dia cakap dia nak kahwin. Terus dia minta akak tanyakan Fatin. Dah sampai seru agaknya,” jelas Kak Sarah panjang lebar.

Aku menyandarkan badan ke kerusi. Anis disebelah hanya menjadi pendengar setia.

“Tak apalah. Akak faham. Mesti Fatin masih terkejut. Mana taknya, dah lama tak jumpa tiba-tiba akak cakap perkara macam ni,” kata Kak Sarah sambil ketawa tawar. Minumannya diambil dan diminum.
“Fatin ambillah masa untuk berfikir. Cuma jangan lama sangat. Apa-apa call akak,” tambahnya lagi.
Aku hanya mampu mengangguk.

***

“Dah fikirkan?” soal Anis tiba-tiba.

Aku yang tengah mendengar lagu di MP3 laju mematikannya. Kemudian earphone di telinga aku tanggalkan. Gelengan kepala diberikan sebagai jawapan. Aku masih tak berikan jawapan kepada Kak Sarah. Sudah hampir seminggu dia bertanya namun aku masih belum ada jawapan. Bila Kak Sarah memesej aku bertanya, aku hanya minta diberi lagi tempoh untuk berfikir.

“Fikirlah masak-masak. Masa depan kau tu. Istikarahlah,” ringkas sahaja Anis memberi komen. Aku bagai mendapat jawapan untuk masalah aku tatkala mendengarkan kata-katanya. Istikharah! Ya Allah, kenapalah aku tak pernah terfikir?

Sudah hampir seminggu aku menunaikan solat istikharah. Namun masih belum ada apa-apa petunjuk lagi daripada Allah. Entahlah, mungkin ada sesuatu yang tak betul agaknya sewaktu aku menunaikan solat. Aku mengeluh. Telefon bimbit aku capai lantas nombor Kak Sarah aku dail.

“Assalamualaikum, akak...”

Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya Engkaulah tempat aku memohon pertolongan. Engkau jadikanlah keputusan yang aku ambil ini keputusan yang tepat, ya Allah. Aku hanya mampu bertawakkal kepada-Mu.

***

Sebentuk cincin belah rotan selamat disarungkan ke jari aku. Aku menarik nafas lega. Dalam hati tak henti-henti mengucapkan kata syukur kepada Allah. Majlis bertunang sudah selesai. Akad nikahnya insya Allah 6 bulan lagi.

“Sampaikan pada abang Firdaus yang rumah saya bersedia menerima wakil. Apa-apa pun jawapannya saya serahkan pada ibu dengan ayah saya. Lagipun baru nak merisik kan?”

Mujur ayah tak ada sakit jantung. Kalau tak, mahu kena serang dia bila ada wakil daripada abang Firdaus datang ke rumah. Dan apabila aku bertanya kepada ayah kenapa dia menerima, jawapan ayah ringkas.

“Sebab naluri ayah kuat mengatakan yang Firdaus akan bimbing Fatin.”

Daripada pemerhatian aku sewaktu berjumpa dengan Abang Firdaus sebelum kami bertunang, orangnya kurus sahaja. Tinggi sedikit daripada aku. Sedikit pendiam. Ada janggut sejemput. Tak kisahlah bagaimana pun rupa dia, yang membuatkan aku betul-betul tertarik dengan dia adalah wajahnya yang bercahaya. Berkat selalu ambil wudhu’ agaknya.

Cinta ada tiga jenis...
Cinta daripada Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.
Cinta daripada Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.
Cinta daripada Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah.

Aku yakin cinta aku dengan abang Firdaus (walaupun tak pernah bercinta) adalah cinta daripada Allah, insya Allah. Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu agar apa yang telah Kau takdirkan buatku adalah yang terbaik buatku. Seandainya telah Kau catatkan dia tercipta untukku maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan pelihara aku dari kemurkaanMu.

--------------------
Comment will ya!
:D
Thanx for reading

-aku_dia-

8 comments:

Anonymous said...

Best2!!!. suka bace. ade input yg berguna.

sinichies_girl88 said...

best..
dalam tu ada juga selit
tntg agama..
bagus2..
:)

epy elina said...

hohohoho...
crt yg mnrik...
trdpt unsr pngjran....

Aliaa Aisyah Mohamad Amin said...

menarik..byk sgt unsur2 keagamaan..
sy ske sgt..gud2..huhu=)

Aqilaa said...

wahahhaa , firdaus ye ? :D

amalina rosli said...

thanx a lot 4 dis cerpen sis,,time bace ni wase cm kne kt dri sndri lak,,i'll migrate into a new niat inshaAllah,,sy nk dpt cinta dr Allah:)

Anonymous said...

bez..bgos sgt..tp klo wt ending yg lg jelas lg ok..n klo wt smbungan pon lg better!!..:)

chipsmore91 said...

best sangat!!!