::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

31 December 2009

Kerna ku sayang kamu

Seperti kebiasaan aku sampai di rumah awal malam. Sewaktu kereta masuk ke laman rumah, mak sudah terjenguk-jenguk dari tingkap. Mesti dia sudah lama tunggu. Maaf ya, mak! Aku mengunci kereta sebaik sahaja keluar daripada kereta. Di tangan terjimbit beberapa paperwork yang perlu disiapkan segera.

“Baru sampai Nurul?” soal mak sebaik sahaja menyahut salamku. Tangannya kucium.
Aku tersengih. Mak ni. Dah nampak lagi mahu buat-buat tak nampak pulak.
Kemudian, aku mendapatkan abah yang sedang menonton Buletin Utama. “Pergi siap salin baju. Kita makan sekali,” arah abah.

Aku hanya mengangguk. Otak ligat berfikir kenapa mak dengan abah tak makan malam lagi. Selalunya aku makan seorang je. Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, aku meletakkan paperwork yang penuh di tangan ke atas meja. Tuala yang tersangkut di ampaian aku ambil lalu berjalan masuk ke bilik air.

“Banyak sangat ke kerja kamu, Nurul?” Abah memulakan bicara.
Aku mengunyah nasi di dalam mulut sebelum menjawab. “Banyak jugaklah. Tu yang terpaksa buat OT. Lagipun, ada 2 orang arkitek je kat company. Nurul dengan seorang lagi. Macam mana tak banyak kerja.”
Mak hanya menggeleng mendengar. “Esok kamu boleh balik awal sikit, Nurul?”
Aku diam sejenak. Berfikir. “Tengoklah mak. Nurul tak boleh janji. Kalau boleh siapkan kerja cepat, dapatlah balik awal. Kenapa? Ada orang nak masuk meminang ke?” usikku.



Dalam hati dah berdekah-dekah ketawa. Macam ada pulak orang nak masuk meminang? Lelaki pun takut nak berkenalan dengan aku. Busy kerja sepanjang masa. Huh! Boleh dapat pekerja cemerlang tahun ni. Hehehe... Berangan je.

“Nurul?” Aku terpinga-pinga apabila di tegur abah. Hilang bayangan aku di atas pentas apabila diumumkan sebagai pekerja cemerlang tahunan.
“Ya, bah?”
Abah menggeleng. “Memang padanlah kamu ni jadi arkitek. ‘Berimaginasi’ je tahunya.”
Aku tersengih malu. Berimaginasi. Ayat yang abah sering gunakan untuk berangan.
“Tadi mak cakap kamu dengar tak?
Aku menoleh ke arah mak yang sedang memerhatikan aku. “Mak suruh balik awal je kan? Kan Nurul cakap tengok dulu,” lembut aku menjawab. Ceh, gaya-gaya ayu gitu!
“Iyalah. Esok mak nak suruh kamu balik awal. Sebab esok kawan lama abah nak datang makan malam sekali dengan kita. Mungkin dia tumpang tidur kat sini. Nurul baliklah awal. Boleh kenal-kenal dengan diorang,” jelas mak panjang lebar.

Aku terkelu sekejap. Erm. Lama tak ada orang bertandang ke rumah yang serba indah ni. Duduklah aku bertiga dengan mak dan abah. Seronoknya ada orang nak datang! Seketika bayangan meja yang penuh dengan paperwork di bilikku mematikan kegiranganku. Aduhai.... Kalaulah boleh aku pass dekat Hisham buat kerja tu, alangkah bagusnya!

“Tengoklah mak. Insya Allah Nurul cuba balik awal.” Putusku. Insya Allah. Nampaknya, tak pergi breakfast, lunch, hi-tea lah aku esok!

***

Tekun aku menyiapkan lakaran bangunan di bilik. Orang yang lalu lalang diluar bilik tidak kuhiraukan. Telefon bimbit yang memberitahu nama pemanggil memudahkan aku apabila panggilan yang tidak penting aku abaikan.

“Huda, you tak nak lunch ke?” Hisham sudah berdiri dipintu yang terbuka luas.
“You pergilah. I banyak kerja ni. Ingat nak balik awal hari ni. Ada guests lah malam ni. You pergilah ye?” jawabku tanpa memandangnya.
“Ehem... I tahulah you nak balik awal. But since pagi you tak makan apa-apa. Perut tu kosong. Karang pengsan siapa yang susah? I jugak,” ujarnya dalam nada mengusik.
Aku tersengih. “I dah buat air kat pantry tadi. Sekejap lagi I minumlah. Tak apa. You pergi jelah. Nanti lambat sampai pergi, lambat habis makan, lambat habis kerja you. You OT lah sorang-sorang nanti.”
Hisham ketawa. “Alah. Macamlah sebelum ni kita OT berdua je. Kalau ye, dah lama dah I dapat kahwin free dengan you. So, betul ni you tak nak makan?”
Aku mengangguk. Mata masih lekat di atas kertas.
“So, I pergi dululah ya. Nak tapau apa-apa?”
Aku menggeleng.
Hisham ketawa. “You ni macam dah jatuh cinta dekat kertas tu. Muka I yang sikit punya handsome pun you tak nak tengok. Sampai hati...”
Aku mengangkat muka sambil ketawa kecil. Mataku memandang Hisham yang tersenyum meleret. “I tak nak makanlah, sayang. You pergi ajalah. Hisy... You ni Sham. Sengaja nak buli I eh. Dah-dah. Pergi lunch. Tu wife you dari tadi dok menunggu you dekat luar,” ujarku seraya menunjukkan isterinya yang sedia menunggu.
“Okaylah... I pergi dulu. Bye sayang!” Hisham melangkah pergi. Bilik kembali sunyi. Aku mencapai mug berisi milo instant yang aku buat tadi. Perlahan-lahan isinya ku hirup. Otak tengah teruk bekerja mencari idea.

***

Pertanyaan daripada Mr. Tan tentang kerja yang diberi 2 minggu lepas membuatkan aku terpaksa pulang lebih lewat daripada biasa. Selalunya pukul 8.30 malam tiba di rumah, hari ni lewat lagi sejam. Mana taknya. Boleh pula terlupa datelinenya lusa. Nasib tinggal lagi beberapa percent je dah nak siap.

Sebaik sahaja tiba di rumah, sebuah kereta BMW 3 series elok terletak dekat tempat kereta aku. Mahu tak mahu, terpaksalah aku parking di luar pagar. Hai, kesian kereta aku. Kalaulah Doraemon ada, mahu aku suruh dia kecilkan kereta aku dan aku bawak masuk bilik.

“Baru sampai?” tegur satu suara lelaki.
Aku berdiri tegak. Statik. Alamak! Siapa ni? Aku pandang keliling. Tak ada siapa. Isk! Takkan hantu kot.
“Saya dekat sinilah.” Suara itu betul-betul di telingaku.
Aku menoleh. “Arghh!!!”

“Nurul? Nurul kenapa? Nurul okay? Kenapa jerit tiba-tiba ni?” bergegas mak mendapatkan aku.
Aku masih memejamkan mata. Isk! Aku toleh tiba-tiba muka tu kat depan aku. Mahunya tak terkejut! Perlahan-lahan mata aku buka. Lelaki itu tersenyum meleret.
“Mak. Siapa tu mak? Tak pernah nampak pun muka dia dekat taman kita?” soalku apabila semangat sudah mula kembali.
Mak mengerutkan dahi memandangku. “Nurul? Kan mak dah cakap hari ni kita ada tetamu. Ini Zairie. Anak kawan abah.”
Aku terpinga-pinga.
“Mak tak cakap pun yang anak dia ikut sekali?” soalku lurus.
“Lah. Dah kamu tak tanya. Dah... dah. Zairie, pergi masuk. Makcik dah buat kopi tu. Nurul, kamu pun masuk. Pergi salam Mak Cik Salmah dengan Pak Cik Idris,” pesan mak.
Zairie ketawa kecil mendengar pesanan mak. Aku malu sendiri. Hisy mak ni! Macamlah aku ni budak kecil sampai benda tu pun nak pesan.

Aku melangkah ke dalam rumah disusuli Zairie dan mak. Selepas memberi salam, dengan sopan aku berjalan mendapatkan Pak Cik Idris dan Mak Cik Salmah untuk bersalam.

“Ini ke Nurulhuda, Mad? Dah besar panjang ye,” ujar Pak Cik Idris sambil tersenyum senang.
“Inilah Nurul. Dah besar panjang dah. Dah boleh jadi mak orang. Tapi masih macam tu jugak.”
Wajahku panas. Aku kembali berdiri.
“Hrm... Samalah dengan anak teruna kawan tu. Umur dah 30. Kerja dah tetap. Entah apa yang dia cari lagi entah. Bila tanya, dia suruh kita yang cari pulak.” 4 sekawan ketawa senang. Aku tersenyum malu. Dari hujung mata, aku dapat melihat Zairie tersenyum manis.
“Susah-susah sangat, kita jodohkan aja mereka berdua ni,” abah memberi cadangan.
Aku membeliakkan mata. “Abah...” tegurku. Malu aku! Kot iya pun nak jodohkan pun, janganlah cakap depan-depan aku. Kasi aku masuk bilik dulu. Ini bikin aku malu aja!
“Nurul masuk dululah ya, abah, mak. Pak cik, mak cik.” Sopan aku tunduk dan melangkah ke arah bilik. Huh! Abah ni. Buat malu aku je malam ni.

***

Aku melangkah ke ruang dapur selepas mandi dan menunaikan solat Isyak. Tudung saji di atas meja aku angkat. Fuh. Kecur air liur melihat lauk yang agak special daripada hari-hari biasa. Kalaulah tiap-tiap hari ada orang datang, seronok aku makan!

“Nak makan?” tegur satu suara daripada arah pintu masuk ke dapur.
Aku menoleh. Zairie. Aku melemparkan senyuman nipis.
“Yup. Nak makan sekali?” Pelawaku sekadar ajak-ajak ayam.

Zairie mengangguk. Kemudian dia mengambil tempat duduk. Aku terkedu sekejap. Biar benar mamat ni? Perut Majlis Perbandaran Johor Bharu Tengah apa? Semua telan?

“Hah, Nurul! Ni Zairie ni belum makan ni. Kamu layanlah dia makan ye,” ujar mak.

Aku memandang muka mak tak berkelip. Biar benar? Mak terangguk-angguk. Akhirnya aku mencapai dua pinggan. Nasi aku cedok. Dia sedikit aku banyak. Haha. Mengada-ngada. Tadi tak nak makan sekali dengan mak bapak dia.

“Err... Nurul. Tambahlah sikit lagi. Saya lapar ni.” Zairie tayang muka tak malu.
Aku dah ketawa dalam hati. “Malam-malam tak elok makan banyak. Tak elok.” Doktor senibina dah tegur soal pemakanan. Mana nak betul?
“Oh. Mana awak tahu? Awak doktor ya?” Zairie tersenyum.

Dengan membaca bismillah, aku menyuap nasi ke dalam mulut. Soalan Zairie tak aku hiraukan. Lapar! Peduli apa aku! Zairie terpinga-pinga melihatku yang sudah mula makan tanpa mengajaknya. Akhirnya dia memulakan suapan pertamanya. Sunyi sikit dapur ni.

“Nurul, tambahkan sikit nasi,” pintanya tanpa rasa segan.
Aku mengerutkan dahi. “Tadi kenapa tak makan sekali dengan mak ayah awak?” Mangkuk nasi di sebelahku aku berikan padanya.
“Saya datang lambat sikit. Baru balik hospital.”
Aku buat muka terkejut. “Siapa yang sakit?”
Zairie memandangku. “Apa?”
“Siapa yang sakit?”
“Ramai je.”
“Hah?”
“Lah. Dah kata hospital. Mestilah ramai yang sakit.”
Aku menepuk dahi dengan tangan kiri. Lampi sungguh lah mamat ni. Dah lah tak menjawab soalan. Siapa dengan berapa. Kan ke sikit punya jauh tu? Isk! Abah! Cancel buat laki!

***

“Mira...”
Aku menarik kerusi lalu duduk di hadapan Mira. Jurutera Amira bekerja di JPS Ipoh. Teman baik sejak di sekolah rendah.
“Kau apahal muka happy?”
Aku tersengih. “Sekali-sekala dapat jumpa kau. Mestilah happy!”
Amira menggelengkan kepala. “Kau banyak kerja?”
Aku mencebik. “Sentiasa! Tak payah tanya lah. Hu.”
Amira ketawa. “Dah kau minat architecture. Kau kenalah terima.”
“Iyalah. Dah. Stop it. Kalau nak cerita pasal kerja baik tak payah. Sebab benda yang sama je sepanjang hidup. Baik kau cerita perubahan pada kau.”
Amira tersengih. “Aku dah jumpa Mr. Right aku.”
Aku ternganga. Patutlah muka berseri-seri! “Aku punya kau dah jumpa?” usikku.
“Tak kuasa aku nak carikan kau. Cari sendiri.”
Aku ketawa. Tak naklah aku. Karang tersalah cari, naya hidup!

Sebaik sahaja window shopping dengan Amira di Greentown Mall, aku mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Kerja pun ada yang tak siap lagi. Huh! Rasa nak je berhenti. Duduk rumah. Tapi rasa sayanglah pula.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, abah mengajak aku mengambil angin di atas pangkin di bawah pokok rambutan. Aku bergegas masuk ke bilik untuk menyalin baju. Tak lama kemudian, aku mengambil tempat di sebelah abah.

“Nurul,” panggil abah lembut.
Aku menoleh.
“Hari tu, masa Pak Cik Idris dengan Mak Cik Salmah datang, dia bertanyakan kamu,” ujar abah berhati-hati.
Aku sedikit kabur. Tanya? “Tanya? Tanya apa?”

Mak tiba dengan menatang dulang bersama cawan yang terisi dengan air. Aku membantu dia menyusun.

“Dia tanya kalau-kalau kamu dah ada kawan. Kalau belum, dia kenenkan kamu dengan Zairie,” jelas mak panjang lebar.
Aku termangu seketika. Isk. Tak naklah. Laju aku menggeleng.
“Belum ada? Kalau macam tu kira bolehlah ya?”
Aku mencebik. “Tak. Memang tak ada kawan. Tapi tak naklah. Nurulkan busy kerja. Nak bagi komitmen pada benda lain pulak. Lecehlah mak, abah.”
Abah tersenyum. “Kerja tu tak ke mana Nurul. Lagipun abah rasa anak abah ni mesti boleh bahagi masa untuk family dengan kerjakan?” pujuk abah.
Aku menggeleng. “Susah, bah. Abah tengok je sekarang ni. Nurul kerja balik lambat. Kadang-kadang tu stay up lagi sampai 2-3 pagi sebab nak siapkan paperwork. Masa untuk sendiri pun kurang, inikan pulak masa untuk orang lain.”

Mak dengan abah berpandangan. “Nurul.” Mak bersuara.
“Kerja Nurul. Sampai bila-bila tak habis. Takkan dah pencen baru Nurul nak fikir pasal nikah kahwin. Entah-entah kalaulah Nurul kahwin lepas pencen, cuba Nurul bayangkan. Umur 50 tahun, duduk bersanding. Entah-entah mak dengan abah pun dah tak ada.”
Aku tergelak apabila membayangkan aku bersanding di atas pelamin. Haha. “Mak. Tak adalah sampai umur 50 tahun. Mungkin 5-6 tahun lagi.”
Mak menggeleng. “Mak tak setuju. Kita ni perempuan Nurul. Makin lambat kahwin susah nak dapat anak.”
Aku terdiam. Alahai, dah masuk bab anak pulak. “Belum sampai serulah mak. Lain kalilah kita bincang ya?”
Abah tergelak. “Kamu ni. Dah tak ada alasan nak dalih lah tu. Sampai seru pulak. Hisy budak ni. Ni dah sampai serulah ni. Dah ada yang bertanya. Kamu setuju ya? Lagipun yang bertanya tu kawan lama abah.”

Aku terdiam. Alahai. Kenapalah hari ni otak tak boleh nak cari alasan. Selalunya ada saja idea baru datang. Petang ni boleh blank pulak. Ke, ni petanda Allah tak bagi aku berdalih lagi untuk kahwin? Hai. Suka hati mak abah lah! Janji mak abah happy, aku pun sama happy.
“Suka hatilah mak dengan abahlah.” Alamak! Terlepas cakap dekat mulut.
Mak dengan abah tersenyum senang.

***

“Okay. Zairie...”
Zairie memandangku tenang.
“Awak dah fikir habis-habis?” soalku perlahan.
Zairie mengangguk.
Aku mengeluh. Mamat ni pun ok je. Kiranya dah selesai 1 masalah. Tapi betul ke mamat ni tak ada buah hati pengarang jantung.
“Saya pun dah fikirkan. Dan saya setuju kalau awak setuju. Cuma...” Aku berfikir sekejap. Zairie tayang muka tak sabar nak mendengar kata-kata aku.

“Cuma apa?” akhirnya keluar juga soalan dari mulutnya.
“Cuma, lepas kahwin janganlah berharap sangat yang saya akan bagi 100% perhatian kat awak. To be honest with you, saya tak sedia lagi untuk nikah kahwin ni. Senang cakaplah, kalaulah kerja saya tu manusia, seorang lelaki, saya dah kahwin dah dengan dia.” Sedaya upaya aku menggunakan bahasa paling halus untuk aku terangkan pada Zairie.
Dahi Zairie berkerut. “Habis tu buat apa awak setuju untuk kahwin dengan saya?” dingin sekali nadanya.

Eleh. Gaya macam bagus je. Macam aku nak sangat je kahwin dengan dia. Aku mencebik. Kemudian gelas berisi sirap limau aku capai dan perlahan-lahan aku menghirupnya. Sempat aku menjeling ke arah Zairie di hadapan.

“Sebab mak dengan abah saya?” Alasan terbaik aku berikan. Ah, bukan alasan. Dah memang betul.
Zairie tersenyum sumbing. “Alasan. Cakap ajelah awak dah suka kat saya sejak first time kita jumpa.”
Aku mencebik. Ni yang aku tak suka ni. Lelaki perasan. Eleh, entah-entah dia yang suka kat aku dulu tak? Aku memandang Zairie tanpa perasaan. Kemudian pandangan aku alihkan ke arah orang lalu lalang di luar restoran. Zairie hanya tersenyum melihat gelagatku.

***

Majlis pertunangan dah seminggu berlalu. Selama itulah cincin tunang selamat di dalam laci meja. Bukannya tak nak pakai, tapi tak biasa. Leceh mana nak ambil wudu’ nanti. Letak sepah sepah mahu hilang lagi haru aku nak jawab bila mak tanya.

Mengikut perbincangan hari itu, abah minta kami bertunang untuk 3 bulan je. Benda baik, buat apa nak tunggu lama-lama. Entahlah. Aku sendiri tak bersedia nak kahwin. Seram sejuk dibuatnya bila mengingatkan lagi 3 bulan kami bakal dinikahkan. Pejam celik pejam celik dah 3 bulan.

“Puan Nurulhuda!”
Mira dah menjerit dari dalam kereta. Beberapa orang yang lalu lalang berpaling melihat ke arah aku. Kena pulak ada beberapa rakan sepejabat yang tak tahu menahu aku bertunang memandang aku pelik. Alamak! Mira! Kau ni....

“Cik ye... Bukan puan. Aku belum menikah lagi.” Aku memandang Mira dengan muka tak puas hati. Mira ketawa senang. “Kau ni, kenapa hari tu tak datang? Kata kawan baik konon. Aku bertunang tak nak datang. Kan dah rugi tak dapat kenal dengan tunang aku.”
“Alah, bukannya apa pun. Tak payah kenal pun tak apa. Mesti tak sehebat cik abang aku,” Mira memandu perlahan. Pandangannya fokus kepada pemanduan walaupun mulutnya sibuk berbual dengan aku. “Kan aku ada kursus BTN, sorrylah. Bukannya aku tak nak datang.”
Aku mengangguk tanda faham. “Kau dah serius ke dengan cik abang kau tu?”
Mira tersenyum. Menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. “Belum. Seganlah aku. Aku je yang minat dia. Dia biasa je.”

Kereta berhenti di lampu isyarat. Kereta kembali bergerak sebaik sahaja lampu bertukar hijau. Tiba-tiba handsetku menyanyikan lagu Love Story-Taylor Swift. Ada panggilan masuk. Sempat aku melihat nama pemanggil sebelum panggilannya aku jawab. Huh? Encik Zairie ni rupanya.
“Assalamualaikum. Hah? Nak apa ni?” ujarku sebaik sahaja talian bersambung.
Zairie menjawab salamku. Lembut suaranya menyapa gegendang telinga. Secara tak langsung ada satu perasaan menyelinap dalam hati. Ah sudah! Apa pulak ni?
“Saya dah janji nak lunch dengan kawan. Lain kali eh. Oklah, saya ada hal ni. Assalamualaikum,” sebaik sahaja memberi salam, aku mematikan talian. Terus aku menarik naas dalam-dalam, Entah kenapa dada terasa berdebar semacam mendengar suara Zairie tadi.
“Siapa?” soal Mira.
Aku hanya ketawa. “Tunang aku.” Harap dia tak perasan aku gelabah masa menjawab panggilan Zairie tadi.

***

Hampir sebulan kami bertunang. Selama itu adalah sekali dua aku jumpa Zairie. Bila dia free, aku ada hal. Bila aku free, dia pulak ‘on call’. Oh, baru-baru ni je aku tahu dia tu doktor. Itu pun sebab tiba-tiba aku terasa nak tanya. Kira kalau orang tanya tak adalah aku tak tahu nak jawab apa. Bila tanya sinis je dia jawab. Huh, pedas jugak bahasa dia. Nampak je suka senyum dengan pendiam.

Mak dah mula bising-bising bila aku tak kisah tentang majlis lagi 2 bulan. Bila aku cakap kami beli barang sendiri-sendiri untuk hantaran baru dia senyap sekejap. Tapi ni dah mula bising balik bila mak perasan aku terlalu sibuk dengan kerja. Ah mak ni, macam tak faham pulak anak tunggal dia seorang ni.

“Esok kita keluar nak?” ajak Zairie sewaktu dia menelefonku malam Sabtu. Aku terdiam.
“Tak dapatlah Zairie. Esok kawan saya ajak saya keluar.” Mira baru je telefon ajak aku pergi shopping tadi. Zairie terdiam di hujung talian.
“Awak ni Huda, kalau tak sebab kerja mesti sebab kawan. Penting sangat ke kawan awak tu daripada saya? Siapa saya pada awak Huda? Apa sebenarnya perasaan awak pada saya?”

Aku tiba-tiba naik angin mendengarkan kata-kata Zairie. Aku berkawan dengan Mira jauh lebih lama daripada aku kenal Zairie. Takkan hanya disebabkan kami dah bertunang aku kena mana pergi dengan dia? Perasaan? Ya memang aku dah mula sukakan dia. Tapi biarlah aku beritahu dia selepas kami disatukan nanti.

“She is my bestfriend Zairie. And i will give up anything on this world for her. Saya kenal dia dah lama. Dah macam adik beradik. Takkan hanya sebab kita dah bertunang saya mana pergi saya kena ikut awak? Awak tu tunang saya je tau. Bila-bila masa kita boleh putus,” nada suaraku sedikit meninggi.

Zairie diam. Tanpa salam dia meletakkan telefon. Aku sendiri tak tahu sama ada da marah atau apa. Dan tiba-tiba aku yang terasa bersalah. Ah, lupakan ajelah. Nanti esok-esok oklah tu. Aku cuba menyedapkan hati.

Keesokan harinya seawal jam 8.30 pagi aku dah bersiap-siap untuk keluar. Pada abah dengan mak aku khabarkan mahu keluar dengan Mira. Dalam pukul 10.00 pagi Mira dah sampai. Semasa aku menyarungkan kasut, Mira mengambil kesempatan menyalam mak.

“Hari ni aku nak kenalkan kau kat seseorang,” ujar Mira tersenyum-senyum.
Aku menayangkan muka pelik. “Siapa?”
“Tunggulah nanti. Kau ni tak sabar-sabarlah.”
“Hai... macam manalah rupa Mr. Right kau tu kan? Mesti tak handsome. Pendek. Hitam,” ujarku tergelak-gelak. Tamparan Mira di paha aku membuatkan ketawaku mati. Sakit oh! Marahlah tu.

Dalam 30 minit, kami sudah sampai di lampu isyarat di hadapan Tesco. Kemudian, Mira membelokkan kereta ke kiri ke arah Tesco. Sebaik sahaja memakirkan kereta, aku keluar dan berdiri di luar kereta.
“Kau nak shopping apa?”
Mira menekan remote control untuk mengunci kereta. “Nak cari hadiah. Budak office aku nak kahwin minggu depan. Aku kena buat collection untuk belikan dia hadiah.”
Aku mengangguk tanda faham. “Kiranya, Mr. Right kau sepejabat dengan kaulah?” soalku ingin tahu. Tadi sepanjang dalam perjalanan, bila aku tanya pasal Mr. Right dia ada je dia mengelak. Tunggu dan tunggu. Itu ajelah jawapan dia.
“Tunggulah. Nanti dah jumpa aku cerita.” See? Tunggu lagi. Haih budak ni!

Sementara menunggu kawan Mira, kami duduk di KFC dalam Tesco. Mira membeli 3 snack plate. Satu untuk aku, satu untuk dia dan satu lagi untuk encik yang tak diketahui namanya.
“Hai!” Tiba-tiba Mira berdiri dan melambai ke arah seseorang yang baru masuk ke dalam KFC. Aku tak mengendahkan kehadiran encik itu.
“Huda, inilah Mr. Right aku,” ujar Mira tanpa segan. Wah! Respect habis aku dengan Mira. Dia confess perasaan dia pada lelaki itu kat depan aku!

Aku mengangkat muka. Terasa darah berderau turun dari muka. Betul ke yang aku lihat ni? Zairie? Mira suka Zairie? Ya Allah, tunang aku! Zairie juga nampak sedikit terkejut. Tapi aku tak pasti sama ada dia terkejut kerana nampak aku atau kerana kata-kata Mira.
“You cakap apa tadi Mira? I tak salah dengarkan?” soal Zairie lembut. Aku terasa seperti mahu menangis. Tak sangka rupa-rupanya lelaki yang Mira cakap selama ini Zairie.
“Betul Zairie. I betul-betul maksudkan apa yang I cakap,” ujar Mira penuh yakin.
Zairie terangguk-angguk. Kemudian dia menjeling sedikit ke arah aku. Riak wajahnya kembali tenang.
“Err, you tak nak cakap apa-apa?” soal Mira. Mungkin baru dia terasa segan membuat pengakuan berani mati macam tadi.
“Thanks atas perasaan you pada I,” sedikit sahaja kata-kata yang keluar dari mulut Zairie. Aku terasa ingin bangun dari sini. Adakah Zairie ingin membuat aku rasa cemburu atau dia sendiri memang suka pada Mira? Aku buntu memikirkannya. “Jomlah makan.”

Waktu makan hanya diriuhkan dengan suara Mira dan Zairie. Sesekali Mira menegur aku yang tiba-tiba menjadi diam. Nampaknya Mira lebih banyak tahu mengenai Zairie berbanding aku. Tiba-tiba aku terasa diriku seperti orang luar. Mira nampak gembira bila Zairie seolah-olah menerima dirinya. Ya Allah, adakah Zairie lupa aku ni tunang dia?

Melihatkan Mira gembira sedikit sebanyak membuatkan aku gembira. Kalau inilah pilihan yang tepat, aku rela mengundur diri. Semuanya sebab aku sayang Mira. Mira sajalah satu-satunya sahabat baik aku. Bestfriend forever aku.

Sesudah makan, Mira meneruskan misi utamanya mengajak aku keluar. Kami berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari hadiah yang sesuai untuk pengantin baru. Sewaktu Mira leka membelek coffee maker, aku berdiri disebelah Zairie.
“Kita jumpa malam ni,” ujarku perlahan.

Zairie hanya mengangguk. Wajahnya sedikit pun tak berubah riak. Ya Allah, kenapa mesti benda ni terjadi bila aku dah mula rasa sayang pada Zairie? Begitu mudahkah hati Zairie berubah? Kenapa selama ini aku terasa seolah-olah dia menyukai aku. Atau aku je yang selama ni syok sendiri? Aku memandang ke arah Mira. Ya Allah, bantulah hambamu ini. Mungkin masih belum terlambat untuk aku membuat keputusan.

***

Malam itu dengan pakaian yang ringkas, aku menemui Zairie di Restoran Ala Thai di Gunung Rapat. Sakan abah dengan mak mengusik aku bila aku cakap mahu berjumpa Zairie. Kalaulah mereka tahu, aku tak dapat bayangkan apa reaksi mereka. Bukan salah aku, bukan salah Zairie. Hati dan perasaan susah nak paksa. Kalau Zairie memang dah suka Mira dan Mira semestinya suka Zairie, kenapa aku mesti jadi batu penghalang? Biarlah aku seorang sahaja yang kecewa daripada ada 2 hati yang terluka.

“Dah lama sampai?” aku menegur Zairie yang ralit memerhatikan cerita yang ditayangkan di televisyen.
“Eh, tak. Duduklah,” lembut tutur katanya.
Aku menggigit bibir bawah. Betul ke apa yang akan aku lakukan malam ni?
“So...”
“Apa kata kita order makanan dulu?” pintas Zairie.
Aku mengangguk bersetuju. Lebih baik makan dahulu sebelum berbincang. Takut nanti tak tertelan pula makanan.

Aku mengunyah nasi gorang kampung perlahan-lahan. Sesekali mata turut dihalakan ke arah televisyen. Malam ini kami tak banyak berbual. Sesekali aku mencuri pandang ke arah Zairie. Walaupun berpakaian ringkas, dia tetap nampak segak. Hai... entahlah. Bila hati dah suka, semuanya indah belaka.

“So, awak suka dia ke?” soalku menginginkan jawapan yang jujur darinya.
Zairie hanya mendiamkan diri. Matanya tepat merenung ke dalam mataku. Hatiaku bertambah berdebar. Ah!
“Zairie, diam tak menyelesaikan masaalah,” tegurku. Dalam pada itu, pandangan aku alihkan.
“Awak macam mana? Apa perasaan awak pada saya?” soal Zairie straight forward. Tak ada belok-belok dah. Aku menelan air liur.
“Saya? Masih macam dulu. Tak ada rasa apa-apa.” Tipuu... aku menggigit bibir bawah.
Zairie mengangguk mendengarkan kata-kataku. “So, kalau macam tu, sebenarnya saya dah lama suka dia. Cuma selama ni dia tak pernah tunjuk yang dia suka saya. Ada jugak saya bagi hint. Tapi dia buat tak tahu je,” ujar Zairie sambil tersenyum manis.

Aku menahan rasa sebak. Sabar Huda... Sabar. Jangan menangis di hadapan Zairie. Mendengarkan cerita Zairie, aku dapat merasakan betapa bertuahnya menjadi Mira. Ya, aku cemburu. Tapi aku takkan sesekali merosakkan persahabatan kami hanya kerana seorang lelaki.
“Kiranya, semuanya dah settle lah kan? Tak apa, nanti saya slow talk dengan parent saya. Diorang mesti faham,” ujarku dalam keadaan tertahan-tahan. Terasa air mata dah bergenang.
“Saya gerak dululah. Mak pesan tadi jangan balik lewat sangat. Assalamualaikum.”

Sempat aku mengeluarkan cincin daripada jari manis. Sengaja aku pakai malam ni. Kemudian, laju aku mengatur langkah ke arah kereta. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, air mata aku turun mencurah-curah. Ya Allah, aku tak sekuat mana...

Sampai di rumah, aku terus masuk ke bilik. Abah yang sedang melayan movie di ruang rehat tidak aku tegur. Sebaik sahaja masuk bilik, aku terus menghempaskan badan ke atas katil. Menangis. Mak yang mengetuk pintu bilik bertanya kenapa tidak aku hiraukan. Akhirnya aku tidur bertemankan air mata.

“Huda? Kau ok?” suara Mira sayup-sayup aku dengar. Aku cuba untuk membuka mata. Ouch! Pening!
“Mira?” soalku perlahan. Mira mengangguk.
“Ni apa ni tidur dengan tudung semua ni? Kau ni... Dah, pergi basuh muka, mandi. Lepas tu siap. Ada orang nak jumpa.” Mira menarik aku bangun dari katil. Aku hanya menurut.

Selesai bersiap, aku keluar dari bilik. Mak tengah sibuk menyediakan sarapan. Abah entah ke mana hilangnya aku pun tak tahu. Apa agaknya diorang fikir malam tadi? Mira memanggil aku untuk duduk di sebelahnya. Terkejut dengan peristiwa semalam tak hilang lagi, pagi ini aku terkejut dengan kehadiran Zairie di sini. Aku menelan air liur.
“Awak ok?” soal Zairie penuh perhatian.
“Huda, i’m sorry ok? Aku berlakon je semalam. Zairie bukan Mr. Right akulah,” ujar Mira serba salah. Aku memandangnya kelam.
“Zairie cakap, kau macam tak ada perasaan kat dia. Tu yang dia mintak aku tolong dia. Sorry...” pujuk Mira dengan muka kesian.
Aku terasa seperti tak percaya. “Apa maksud kau?”
“Sebenarnya...”
“Saya nak tahu apa perasaan awak pada saya. Awak sibuk dengan kerja. Bila saya ajak keluar sibuk dengan kawan. Sampai tak ada masa untuk saya. Tu yang saya test awak semalam,” Zairie memintas kata-kata Mira.
Mira hanya mengangguk.
“Aku dengan Zairie dah lama kenal. Sejak high school lagi. Kebetulan satu hari tu aku ternampak gambar kau bertunang pada dia. Aku ceritalah yang aku ni kawan baik kau. Tu yang dia minta tolong. Sorry eh Huda...”
Aku terkelu tanpa kata.
“At least saya dah tahu yang awak pun ada juga perasaan kat saya. Kira oklah kan?” ujar Zairie sambil tersenyum senang.
Aku mencebik. “Bila masa pulak?”
“Kalau tak sayang tak ada kau menangis sampai bengkak-bengkak mata ni. Kau tahu Zairie, budak ni tidur pun tak bersedia malam tadi. Dengan tudungnya kat kepala lagi. Ni mesti sedih sangat sebab kena lepskan Zairie pada aku ni...” usik Mira.
Aku tergelak bagi menutup malu. Ya Allah, segannya aku dengan Zairie. Zairie hanya ketawa mendengar cerita Mira.
“Tapi Huda, kau tak perlulah sampai nak berkorban macma tu sekali untuk aku. Sanggup kau tinggalkan lelaki yang kau sayang hanya sebab aku?” ujar Mira sambil tergeleng-geleng. Tak percaya dengan tindakah aku barangkali.
Aku tertunduk. “Sebab aku sayang kau. Kau je ‘adik-beradik’ yang aku ada.”
Mira memelukku. “Thanks friend. Hah, Zairie? Semua dah settle?” Mira mengangkat kening sebelah ke arah Zairie. Bertanya. Spontan Zairie menggeleng. Matanya mengisyaratkan sesuatu kepada Mira.
“Ops! Lupa. Sorry, sorry. Ni” Mira mengambil sesuatu daripada handbagnya. Kemudian tangan kananku ditarik. Sebentuk cincin disarungkan ke jari manisku.
“Zairie tak boleh sarungkan untuk kau. Tak sah lagi tak boleh sentuh-sentuh.”
Aku ketawa melihat telatah Mira. Selamba saja dia mengenakan kami.

Suara mak dari arah dapur memanggil kami mengajak untuk bersarapan. Kami bertiga melangkah ke arah dapur. Abah tengah membaca surat khabar dan mak sibuk menghidangkan nasi lemak.
“Dah selesai Zairie?” soal abah. Aku menjadi malu sendiri mendengar pertanyaan abah.
Zairie mengangguk. “Alhamdulillah. Dah pak cik.”
Abah mengalih pandang kepadaku. “Eloklah tu. Huda? Jangan nak buat perangai. Masa bertunang inilah nak kenal hati budi nanti dah....” abah dah memulakan ceramahnya.

Dalam diam aku mencuri pandang ke arah Zairie. Wajahnya sentiasa tenang dan bersahaja. Dalam diam aku bersyukur kerana ditemukan jodoh dengannya. Terima kasih ya Allah. Semoga pernikahan kami 2 bulan lagi berjalan lancar. Amin.

-aku_dia-

2 comments:

smiling midori said...

best mmg la best...
tp cm segan jer ngan pmpn tu...ahahaha...
pape pn...gud luck ngan citer pas ni ek..chaiyokk!!:)

Anonymous said...

hyeepp,, bez r ume cerpen lam bl0g nie.hehe