Aku-kau-dia
“Abang
sayang Rina lebih daripada seorang adik Rina!”
Aku
menggeleng-gelengkan. Tak percaya dengan apa yang aku dengar! “Abang. Cukuplah.
Rinakan adik abang.”
Abang
Hisham mengeluh. “Adik sepupu Rina. Bukannya adik kandung. Kita bukan muhrim,
Rina. Tak salah kalau kita bercinta!” Perkataan muhrim di tekankan.
Aku
diam menyusun kata.
“Rina?”
tegurnya.
“Tak
boleh, abang. Rina minta maaf. Abang dah macam abang Rina. Lagipun kita dah
macam adik beradik,” ujarku.
“Rina.
Abang tak pernah anggap Rina adik abang. Abang sayang Rina lebih daripada tu.
Boleh tak Rina faham?” Abang Hisham diam sejenak. “Kalau Rina setuju, abang
cadang nak cakap dekat mak dengan abah. Kita kahwin, ya?”
Aku
membulatkan mata. “Kahwin? Abang gila? Rina tak setuju. Abang! Tolonglah faham.
Abang tak lebih daripada abang buat Rina. Macam mana Rina nak kahwin dengan
orang yang Rina dah anggap macam abang?” marahku.
“Sudahlah.
Lupakan perasaan abang tu. Jangan sampai sebab ni, kita putus hubungan, bang.
Rina sayangkan abang. Tapi bukan sayang yang sebagai kekasih.”
Abang
Hisham terdiam.
“Sudahlah,
bang. Lagipun, Rina dah ada pilihan hati. Dah tiga bulan kami bersama. Abang
baliklah bang. Rina ada kerja lagi nak buat. Esok ada kuiz pula. Janganlah
abang penuhkan kepala Rina dengan benda-benda merepek ni. Hantar Rina balik
kolej ok?”
Abang
Hisham meraup wajahnya kasar. Wajahnya sedikit kecewa.
“Ok.”
Perlahan sahaja dia membalas.
Aku
mengatur langkah ke kereta milik Abang Hisham. Gila! Semua ni gila! Patutlah
kadang-kadang perangai Hisham pelik! Rupa-rupanya... Ah! Aku tak nak ingat
lagi!
***
“Awak
tengah buat apa?” soal Firdaus di corong telefon.
“Tengah
siapkan assignment. Awak? Dah
dinner?” soalku kembali. Mata masih setia memandang skrin monitor di atas meja.
“Dah.
Tadi makan dengan kawan. Tapi tak selera sangatlah,” nada suara Firdaus
berubah.
Aku terhenti daripada
menyemak tugasan yang baru siap ditaip. “Kenapa?”
“Sebab
awak tak ada.”
Serta-merta
wajahku terasa panas. Hati dah berlagu riang. Aku memandang awan mendung di
luar tingkap. Gaya macam nak hujan lebat. Tak lama lagi, bumi koleh ini bakal
dibasahi air hujan.
“Yelah
awak tu. Okaylah. Saya nak siapkan kerja ni. Esok nak kena hantar.
Assalamualaikum.”
Firdaus
menarik nafas panjang. “Yalah. Wa’alaikumussalam. Jaga diri ye, awak.”
Talian
mati. Aku tersenyum sendiri. Firdaus. Kenal di internet. Lelaki yang bekerja
sebagai peguam di Kuala Lumpur itu baru beberapa kali aku berjumpa sewaktu dia
ada kerja di Johor Bahru. Tiga bulan lepas dia ajak kami serius. Mak dengan
ayah memang aku tak cerita apa-apa. Takut kena bebel sebab semester ni,
semester akhir aku. Mereka berharap sangat agar aku berjaya menggenggam
sekeping ijazah.
Aku
juga pernah menceritakan tentang Abang Hisham kepadanya. Ah, Abang Hisham!
Entah apalah khabarnya. Sejak petang itu, terus dia tak menghubungi aku. Kecewa
barangkali! Mak dengan abah pun ada juga bertanya kenapa Hisham dah tak datang
ke rumah. Aku mengeluh. Abang Hisham...
Hujan
sudah mula turun. Dari renyai-renyai kepada mencurah-curah membasahi bumi.
Petir sudah berdentum di dada langit. Aku bangkit daripada duduk untuk menutup
tingkap bilik yang berada di aras 3 ini. Ayu, rakan sebilikku masih belum balik
sejak pukul 3.00 petang tadi. Ada ‘group discussion’.Telefon bimbit yang
berdering minta diangkat mematikan pergerakan aku.
‘RUMAH’
Aku
tersenyum lalu butang hijau ditekan. Mak memberi salam di corong telefon. Salam
aku jawab sambil berjalan menuju ke tingkap yang masih terbuka. Rumah fellow
dapat dilihat dari tingkap bilik ini. Belum sempat aku menutup tingkap, terasa
sesuatu menyambar telefon bimbitku. Aku terbaring tidak sedarkan diri.
***
Sayup-sayup
aku mendengar seseorang memanggil nama ‘Rina’ Siapa itu? Aku cuba membuka mata
yang terasa berat. Tak berjaya. Sekali lagi aku berusaha. Mataku terbuka. Silau
lampu kalimantang memaksa aku menutup mata kembali.
“Rina!
Rina dah sedar?” soal seorang mak cik yang duduk di sebelah katilku bingkas
bangkit daripada duduk.
Aku
terpinga-pinga. Siapa Rina? Mak cik yang sudah memeluk tubuhku aku tolak perlahan.
“Saya minta maaf. Mak cik siapa?”
Terkaku
mak cik itu mendengarkan soalan aku. Matanya tiba-tiba berair. Aku menelan air
liur. Aku ke yang buat dia menangis? Tapi, siapa dia? Aku dekat mana ni? Aku
cuba bangkit dari pembaringanku. Wajah-wajah yang tak aku kenali berdiri
mengelilingi katilku. Siapa mereka ni? Mak cik tadi berdiri membelakangi aku.
Kedengaran esakan kecil daripadanya.
“Rina,”
panggil seorang lelaki. Aku menoleh ke arahnya.
“Siapa
Rina?” soalku masih tidak puas hati.
Lelaki
itu tersenyum pahit. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Dalam. “Awak ingat siapa
nama awak?”
Aku
mengangguk. “Ingat. Saya...” kata-kataku mati. Siapa aku? Terasa perit untuk
mengingat kembali.
“Apa
nama awak?” soal lelaku tadi lembut.
“Nama
saya...” Aku masih cuba untuk mengingat kembali. Ah! Apa nama aku? Kenapa aku
tak ingat apa-apa? Aku terasa ingin menjerit sekuat hati!
“Saya
tak ingat,” perlahan aku menuturkan kata.
Mak
cik tadi kembali memusingkan badan menghadapku. Wajahku diusap perlahan. Dahiku
dicium lembut. Aku terpinga-pinga. Perasaan sayu mencuit hatiku apabila
melihatkan pipinya lencun dengan air mata.
“Rina.
Rina anak mak. Itu abah nak. Yang perempuan tu, Ayu roomate Rina di kolej. Rina tak ingat?” soalnya dengan suara
bergetar.
Aku
menggeleng. Mak? Abah? Ayu? Aku memandang ke arah dua orang lagi insan yang
berdiri berdekatan. “Itu atuk dengan nenek?” Aku meneka.
Mak
cik yang mengaku sebagai emak aku tadi mengangguk. “Rina dah ingat?” matanya
kembali memancarkan sinar gembira.
Aku
menggeleng. Mak? Abah? Ayu? Atuk? Nenek? Lepas ini apa? Abang? Kakak? Adik?
Argh! Aku benci semua ni. “Saya nak tidur.” Aku kembali meletakkan badan di
atas tilam dengan mata terpejam.
“Biarlah
dia rehat dulu. Kita tak boleh nak paksa dia ingat semua benda,” suara lelaki yang
mengaku dirinya abah bersuara perlahan. Kemudian, aku mendengar derapan kaki
keluar dari bilik ini dan pintu ditutup perlahan.
***
Hari-hari
berlalu seperti biasa. Mak sering meluangkan masa bersamaku. Menunjukkan
gambar-gambar saudara-mara yang ada di dalam simpanan kami. Aku terasa seperti
baru dilahirkan semula. Belajar mengenali ahli keluarga. Nasib baik aku anak
tunggal dan tiada adik beradik lain.
“Rina
tengah buat apa?” tegur abah sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Aku
melemparkan sebuah senyuman. “Tengok gambar,” balasku.
Abah
mengambil tempat di sebelahku. Kepalaku diusap perlahan dan dahiku dicium
lembut. “Dah boleh ingat apa-apa?”
Aku
menggeleng. “Tak. Langsung,” balasku dalam tertawa.
Namun
hujung mata terasa panas. Tak lama kemudian, perlahan-lahan air mata jatuh ke
pipi. Kenapa sampai macam ni sekali dugaan-Nya? Ya Allah. Aku tak sekuat mana.
Aku
mendapat cuti selama 2 minggu daripada menghadiri kelas. Pada mulanya abah mahu
aku tangguhkan ke semester hadapan. Tetapi, apabila mengingatkan carita Ayu
yang kami sudah di semester akhir, membuatkan aku tidak mahu menangguhkan
pelajaranku lagi. Biarlah aku berusaha keras sedikit.
“Kenapa
sedih ni?” lembut abah bertanya.
Aku
mengesat air mata yang mengalir. “Tiba-tiba terasa sedih.”
Abah
mengusap belakangku perlahan. “Rina tak payah belajar dulu ya? Kita
tangguhkan,” pujuk abah.
Aku
menggeleng tidak bersetuju.
Abah
mengeluh. “Abah tak nak Rina tension. Jangan paksa diri nak ingat semua, Rina.
Abah yakin, satu hari nanti, ingatan tu akan datang juga.”
Mak
datang ke ruang tamu dengan menatang dulang. Air untuk abah dihulurkan. Abah
menyambut. Perlahan-lahan air kopi itu dihirup. Aku mengambil air milo yang
sudah dihidang oleh mak.
“Rina
betul nak sambung belajar?” soal mak menginginkan kepastian.
Aku
mengangguk yakin. “Ya. Tak apa. Rina akan usaha juga. Tak nak lah tahun depan.
Lagipun lagi sebulan je lagi nak final
exam.”
Mak dengan abah dah tak terkata.
Ya!
Aku akan berusaha walaupun perit. Tinggal sebulan sahaja lagi untuk peperiksaan
akhir. Ayu pun dah berjanji untuk membantu.
***
Aku
bersiap-siap untuk balik ke kolej. Ayu baru menghantar mesej memberitahu yang
dia akan menunggu aku di bilik. Beg pakaian aku letakkan di tempat duduk
belakang. Mak mengambil tempat di sebelah abah. Abah memandu tenang ke kolej.
Namun, riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia berat untuk menghantar aku.
Sebaik
sahaja sampai, abah memakirkan kereta bersebelahan dengan blok asramaku. Ayu
keluar perut blok asrama lalu berjalan menuju ke arahku. Sebaik sahaja dia
bersalam dengan mak dan abah, aku berjalan mendapatkan mereka.
“Belajar
elok-elok. Kalau rasa tak boleh bawak, cakap dengan abah. Ok?” ujar abah dengan
tangannya mengusap-usap kepala aku.
Aku
menghadiahkan senyuman buat abah sambil mengangguk. Cuba menenangkan hatinya.
Kemudian, aku berjalan ke arah mak untuk bersalam. Pesanan yang sama turut
diberikan. Tidak lama kemudian, kereta abah hilang daripada pandangan.
Aku
menbontoti langkah Ayu untuk ke bilik. Aku terpaksa menaiki tangga sehingga
tingkat teratas sekali blok ini. Akhirnya, kami berhenti di hadapan pintu
bilik. Ayu membuka pintu bilik dan melangkah masuk.
“Ini
bilik kita,” ujarnya. “Itu katil, meja, almari Rina. Yang side sini semua
barang Ayu.” Tunjuk Ayu dengan senyuman yang manis.
Aku
duduk di atas katil bercadar pink milikku. Tersenyum. “Macam mana Rina dulu,
ya? Kita mesti rapatkan Ayu?” soalku.
Ayu
mengiyakan. “Kita roommate since
tahun dua, Rina. Masa tahun satu Rina roommate
dengan Fatin. Rina pun rapat juga dengan Fatin. Fatin sekarang di blok lain,”
cerita Ayu.
Kemudian aku berjalan ke
meja belajarku. Bingkai gambar comel terletak elok di atas meja. Aku mencapai
kesemuanya. Gambar mak dengan abah, gambar aku dengan Ayu, gambar kami bersama
beberapa lagi rakan lain yang aku tak ingat.
“Ini
siapa?” Aku menunjukkan gambar kami beramai-ramai.
Ayu
melihat gambar di tanganku. “Oh, inilah Fatin. Yang berdiri belakang baju hijau
tu Hana. Yang ini...” Jari telunjuk Ayu tegak menunjukkan seorang gadis berbaju
merah hati yang duduk di sebelahku. “Aina. Hah, yang ni Ayu, ini Rina,” ujarnya
dengan ketawa kecil.
Aku
turut sama ketawa. “Kalau Ayu pun Rina tak kenal, dah kes teruk ni. Gambar ni
ambil dekat mana?”
“Dekat
taman tasik. Kalau Rina perasan, masa nak masuk kolej kat sebelah kanan.”
“Oh.
Ada nampak tadi.”
Aku
meletakkan kembali bingkai gambar di tempat asal. Kemudian almari baju aku
buka. Melihat keadaan di dalam. Kemas. Bersusun. Ayu memerhatikan setiap
tingkahku. Aku kembali duduk di sebelah katil.
“Ayu,”
panggilku.
Ayu
menyahut.
“Dulu
Rina macam mana orangnya?” soalku.
Ayu
diam sejenak. Berfikir. “Erm... Rina pendiam. Memang tak suka bercakap sangat.
Lagi, Rina perahsia orangnya. Tapi yang paling pelik, Rina suka sangat chatting.”
Keningku
terangkat. Pendiam, perahsia tapi chatting?
***
Jam
menunjukkan pukul 4.30 pagi. Ayu sudah lena dibuai mimpi. Aku masih tidak dapat
melelapkan mata. Sudah menjadi kebiasaan tidur lewat menyiapkan kerja. Tambahan
pula, dengan keadaan yang macam ni, makin bertambah kerja aku. Kerja mengingat
kembali apa yang aku lupa dahulu.
Aku
terasa dadaku sebu. Mata sudah mula terasa panas. Ah! Aku tension! Dalam masa
sebulan nak kena ingat semua. Akhirnya aku teresak sendiri. Lama. Nak cakap
dengan abah dengan mak, mesti diorang suruh tangguhkan belajar.
“Rina?”
suara serak Ayu menyapa gegendang telingaku.
Ayu
terpisat-pisat bangkit dari baring. Matanya digosok dengan tangan. Ayu melangkah
kepadaku. “Kau okey?” soalnya.
Aku
masih teresak. Ayu duduk disebelahku. Bahuku diusap memberi semangat.
“Menangislah
Rina. Luahkan apa yang kau rasa. Biar tenang sikit hati kau,” ujar Ayu yang
masih terpejam matanya. Namun tangannya masih tak berhenti bergerak. Ah!
Beruntungnya aku ada kawan seperti dia.
Akhirnya
saat yang aku takuti berlaku jua. Minggu peperiksaan sudah mula berjalan. Aku
lebih banyak termenung daripada menjawab soalan. Nak fahamkan satu soalan pun
makan masa. Tetapi, alhamdulillah sebab sebelum peperiksaan, boleh dikatakan
semua pensyarah membantu aku dengan memberi aku tips untuk menjawab.
***
Tengah
hari itu aku terpaksa memantau kerja di tapak pembinaan. Walaupun baru beberapa
bulan menghadiri konvokesyen, rezeki aku mendapat kerja agak mudah berbanding
dengan rakan-rakan yang lain. Aku menamatkan pengajian dengan mendapat ijazah
kelas kedua atas. Kalau tak kerana pensyarah yang banyak membantu, aku rasa aku
hanya mendapat kelas kedua bawah atau kelas ketiga. Nasib baik juga markah kuiz
dan assignment turut diambil beberapa peratus dicampur dengan markah
peperiksaan akhir. Alhamdulillah.
Aku
berjalan keluar dari tapak pembinaan. Masa untuk makan tengahari! Langkah aku atur
ke restoran berdekatan. Selesai memilih lauk, aku mengambil tempat duduk. Belum
pun sempat aku berbuat apa-apa, seseorang memanggil namaku. Aku menoleh.
“Makan
seorang?” tegur lelaki yang berkemeja biru laut itu.
Aku
terpinga-pinga. “Tak. Dengan kawan. Encik siapa?”
Nyata
riak wajah lelaki itu berubah. “Rina. Ini abanglah! Takkan setahun tak jumpa
dah tak kenal?”
Kalut
aku cuba mengingatkan kembali wajah itu. Rasanya dalam gambar keluarga, tak ada
pun dia ni? “Tapi saya anak tunggal,” balasku dengan senyum tak yakin.
Lelaki
itu mengeluh. “Rina, takkan sebab abang beritahu Rina perasaan abang, Rina
terus mengaku tak kenal abang?” soalnya tak puas hati.
Aku
diam. Perasaan? Apa ni? “Err, saya minta maaf. Saya betul-betul tak kenal
awak.” Diam. “Err, saya nak makan. If you
don’t mind...” aku tak meneruskan kata. Faham-faham sendirilah!
Lelaki
itu berlalu dengan bengang. Aku meneruskan makan tengah hari. Baru suapan
pertama mahu masuk ke mulut, tangan kananku di tarik kasar.
“Ikut
abang!” marahnya. Habis berterabur nasi yang berada di tanganku tadi.
Aku
meronta minta dilepaskan.
“Apa
ni?! Saya nak makanlah!” marahku. Mata pelanggan lain setia melihat drama
sebabak kami.
“Ikut!”
***
“Sebab
tu Rina tak ingat apa-apa.” Abah menghabiskan ayat terakhirnya.
Abang
Hisham meraup wajahnya. Jelas di wajahnya riak kesal, terkilan, sedih.
Bercampur baur. Aku hanya menjadi pendengar setia. Huh! Tak pasal-pasal aku
ambil cuti mengejut hari ni. Teruk betul! Abang Hisham merenung ke wajahku. Aku
menjeling ke arahnya dengan perasaan tak puas hati. Kemudian Abang Hisham
membuka mulut ingin bersuara. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.
“Mak,
abah. Kalau tak keberatan, izinkan saya sunting Rina menjadi isteri saya. Saya
akan cuba bantu dia mengingat semula. Insya Allah.”
Ikhlas
kata-kata yang keluar dari mulut Abang Hisham. Aku terkelu. Kahwin? Dengan
lelaki yang baru aku kenal? Yang kononnya abang sepupu aku dan merangkap abang
aku? Alahai!
Mak
dengan abah berpandangan sama sendiri. Kemudian, pandangannya dihalakan ke arah
aku. Aku menjadi kalut sekejap. Wajah Abang Hisham aku jeling. Wajah yang penuh
mengharap. Aku menelan air liur.
“Rina?”
serentak mak dengan abah bersuara.
Aku
menjeling Abang Hisham sekali lagi. Matanya masih tak lari dari wajahku. “Kalau
mak dengan abah rasa itu yang terbaik, Rina ikutkan aje.”
Senyuman
memekar di wajah Abang Hisham. “Kalau macam tu Hisham, hujung minggu ni, ajak
mak dengan ayah datang rumah ni. Kita tetapkan tarikh bertunang dengan nikah
sekali.”
***
Aku
merenung cincin yang tersarung di jari manisku. Cincin itu aku usap sayang.
Terbayang-bayang wajah Abang Hisham tatkala menyarungkan cincin ini tadi. Aku
tersenyum senang. Terasa hati aku terisi dengan kehadiran Abang Hisham.
Ah!
Begitu mudah aku jatuh sayang kepadanya. Sebaik sahaja dia melafazkan akad
nikah pagi tadi, serta merta perasaan sayang menggebu datang. Baru sebulan
lepas dia hadir dalam hidupku dan hari ini, dia sah menjadi suami aku.
Subhanallah! Perancangan Allah tak siapa yang tahu! Harapan aku kini agar
ingatan aku kembali pulih.
***
“Sayang
buat apa?” tegur Abang Hisham sebik sahaja melangkah masuk ke dapur sebaik
pulang daripada Solat Jumaat.
Aku
menghulurkan air minuman kepada Abang Hisham dengan senyuman manis. “Tak buat
apa. Eh! Ini baju mana ni? Tak pernah nampak abang pakai?” tegurku merujuk kepada
baju melayu cekak musang berwarna biru tua yang tersarung di tubuhnya.
Abang
Hisham tersenyum. “Baju ni, abang dah lama tak pakai. Tiba-tiba terasa nak
pakai balik.” Abang Hisham masih tersenyum.
Aku
sedikit kabur dengan jawapannya. “Kenapa?”
“Baju
ni, buah hati abang yang jahitkan.”
Terasa
riak wajahku berubah. “Ni tengah rindu kekasih hatilah ni?”
Abang
Hisham ketawa. “Cemburu ke? Okeylah. Nak abang cerita?”
Aku
memuncungkan mulut. “Tak payahlah. Buat apa nak dengar cerita pasal perempuan
lain.” Aku memusingkan badan untuk ke peti ais.
Namun
Abang Hisham lebih tangkas, tanganku di tarik lembut sebelum aku melangkah.
“Nama dia Siti Syarina binti Sabtu. Dulu buah hati, sekarang isteri abang dunia
akhirat. Insya Allah.” Lembut Abang Hisham menutur kata.
Aku
tersenyum senang lalu menghadiahkan ciuman di pipinya. Tangan aku di
genggamannya aku tarik. Langkah aku atur ke peti ais. Menyambung kembali kerja
aku yang tergendala.
***
“Abang,”
panggilku lembut.
Abang
Hisham menyahut. Namun mata masih tak berganjak dari skrin televisyen.
“Abang!”
panggilku lagi.
“Ya?
Kenapa sayang?” barulah Abang Hisham menoleh ke arahku.
Aku
melentokkan kepala ke lengannya. “Bila la agaknya Rina dapat ingat semula kan?”
soalku.
Abang
Hisham sedikit tersentak. “Kenapa?”
“Tak
adalah. Sejak Rina habis belajar, sampailah sekarang. Banyak yang Rina lupa,”
ujarku sayu.
Abang
Hisham mengusap bahuku. “Rina nak ingatan Rina balik ke? Tak payah lah.”
Aku
mengerutkan dahi. Tak payah? “Kenapa, bang?”
Abang
Hisham mengeluh. “Sebab abang takut Rina tinggalkan abang.”
Aku
menunggu untuk Abang Hisham meneruskan kata. Namun dia mengambil keputusan
untuk mendiamkan diri. Ah! Apa sahajalah yang dia tengah fikir sekarang?
***
Pagi
itu, aku menyiapkan kerja-kerja di pejabat sebelum ke tapak pembinaan untuk
lawatan pada sebelah petang. Bunyi telefon bimbit di dalam beg tangan
menandakan mesej masuk aku biarkan. Jam yang tergantung di dinding aku jeling.
Abang Hisham agaknya. Biarlah! Aku tengah sibuk ni.
Lima minit kemudian telefon
bimbit aku kembali berbunyi. Kali ini panggilan pula. Kalut aku mencari handset
di dalam beg tangan. Dapat! Aku melihat skrin. Keluar nombor. Maknanya tak
kenal. Siapa ni? Butang hijau ditekan.
“Helo?”
Bising.
Bunyi kenderaan.
“Helo.
Siapa ni?” soalku sedikit kuat.
“Rina...”
suara si pemanggil yang menyebut namaku membuatkan aku tersentak. Siapa ni?
Siap tahu nama aku?
“Rina...”
panggil orang di hujung talian.
Aku
menelan air liur yang terasa berpasir. Kenapa ni? Dada dah berdebar-debar.
“Siapa ni?” akhirnya aku bersuara.
Dapat
di dengar bunyi nafas pemanggil di talian. Ya Allah! Siapa ni?
“Rina...
Ini Firdaus... Rina dah lupakan Firdaus?” sayu suara pemanggil.
Aku
terpinga-pinga. “Firdaus?” Siapa ya?
“I am from your past Rina. I really want to
see you. If you don’t mind, kita jumpa petang ni?” Firdaus bersuara penuh
mengharap.
From my past?
“Kat mana?”
***
“Abang...
Kita singgah tasik sekejap,” ujarku.
Abang
Hisham memandangku dengan penuh tanda tanya. “Ok!” Namun dia tak pula nak
bertanya.
Sepuluh
minit kemudian, aku tiba di tempat yang dijanjikan. Dada dah berdebar. Adakah
aku bakal mendapat semula ingatan aku? Aku dan Abang Hisham berjalan
perlahan-lahan mengelilingi tasik. Tangan kiriku berada kemas di dalam
genggaman Abang Hisham Terasa diri disayangi.
Aku
membelokkan langkah ke arah jeti yang sedikit mengunjur keluar ke tasik.
Seorang lelaki berpakaian kemas sedang berdiri membelakangi kami. Aku yakin
itulah Firdaus! Aku menarik tangan Abang Hisham untuk terus mengikuti
langkahku.
“Firdaus?”
lelaki itu menoleh. Berubah terus wajahnya apabila melihatkan tangan aku di
dalam genggaman Abang Hisham.
“Rina?
Siti Syarina Sabtu? Apa semua ni?” soalnya bertubi-tubi. Dia memandangku dengan
riak tidak percaya.
Aku
menoleh ke wajah Abang Hisham di sebelah. Wajahnya sedikit kabur.
“Dua
tahun saya cari awak Rina. Sampai hati awak buat saya macam ni. Siapa dia
Rina?” soal Firdaus lirih.
Aku
menelan air liur. “Err... Firdaus, saya betul-betul tak ada idea apa yang
berlaku dua tahun lepas. Kenalkan, ini suami saya, Hishamuddin.” Aku menjeling
Abang Hisham. Nyata dia terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
Mata
Firdaus membulat. Terkejut barangkali. “Itu ke Abang Hisham, Rina?”
Aku
terkejut. Dia tahu. Aku mengangguk.
“Rina.
Rina langsung tak ingat saya, Rina? Ya Allah. Rina, your Abang Hisham dah ambil
kesempatan, Rina.”
“Ambil
kesempatan?” Aku menoleh ke arah Abang Hisham. “Apa yang dia cakap ni, bang?”
soalku.
Abang
Hisham tergamam. “Rina, abang tak tahu apa-apa, Rina.”
Aku
kembali memandang Firdaus. “Siapa awak sebenarnya?” soalku kepada Firdaus.
Firdaus
menghulurkan satu sampul surat yang sedikit tebal dengan isinya. Aku menyambut.
Sampul surat itu aku buka. Gambar-gambar aku dengan Firdaus. Aku menelan air
liur.
“Saya
terjumpa Ayu hari tu. Dia yang cerita semuanya. Semua perkara awak tak ingat.
Pada mulanya, saya sangka masih boleh contact
awak dengan e-mel. Tapi tak sangka pula yang password pun awak lupa. Dua tahun saya cari awak Rina. Saya
sayangkan awak. Sayangkan hubungan kita. Kembalilah pada saya,” ucapnya lirih.
“Hisham,
kalau betul awak sayangkan Rina, awak lepaskanlah dia. Biar dia bahagia dengan
pilihan dia. Awak pun tahu yang awak bukan pilihan dia sebelum dia hilang
ingatan, bukan?” tambahnya lagi.
Aku
memandang wajah keruh Abang Hisham.
“Rina...”
panggil Firdaus lembut. “Kembalilah pada saya. Saya akan bantu awak mengingat
kembali. Antara kita banyak kenangan yang manis Rina,” pujuknya.
Aku
diam tak berkutik. Yang Firdaus kata begitu... Abang Hisham pula diam je
sepanjang tadi.
“Rina...”
akhirnya Abang Hisham bersuara. Aku menoleh. “Abang minta maaf. Mungkin Rina
sangka abang ambil kesempatan. Tapi percayalah, abang memang sayangkan Rina
sejak dulu lagi.”
Diam.
“Rina,
memang betul kata Firdaus. Abang memang bukan pilihan Rina.” Tangan aku diusap
lembut. Kemudian dibawa ke mulutnya lalu dicium. “Rina berhak dapatkan apa yang
Rina mahu. Rina buatlah keputusan. Abang ada kat rumah kalau apa-apa.”
Serentak
dengan itu, tanganku di lepaskan. Aku terkedu. Abang Hisham dah berjalan pulang
dengan wajah yang penuh kehampaan. Aku memejam mata sejenak. Cuba berfikir
secara rasional. Tanpa berfikir panjang, aku membuatl keputusan. Tangan kanan
Firdaus aku pegang. Firdaus tersenyum senang.
“Firdaus,”
panggilku dengan senyuman.
Firdaus
menoleh. Wajahnya cukup ceria. “Ada apa Rina?”
Aku
menarik nafas dalam. “Sungguh, saya tak ingat apa-apa tentang awak.” Diam.
“Saya minta maaf.”
Firdaus
mengangguk. “Tak apa. Lepas ni kita cuba ingat sama-sama, ya?”
Aku
tersenyum senang. “Saya hargai itu. Tapi Firdaus, saya minta maaf sebab saya tak
boleh.”
Mati
senyuman di wajah Firdaus. “Maksud awak?”
Aku
menepuk-nepuk tangan Firdaus perlahan. “Saya sayang Hisham. Mungkin antara kita
tak ada jodoh Fir. Kalau boleh, saya mahu jadi isterinya dumia akhirat,” ujarku
lembut. Cuba untuk tidak melukakan hati insan yang baru aku kenal itu.
Firdaus
memandang aku dengan riak tak percaya. Aku melepaskan tangannya.
Aku
cuba untuk menyusun ayat. “Mungkin antara kita banyak kenangan manis.” Diam.
“Tapi saya yakin, antara saya dengan Hisham pasti lebih banyak. Saya tak tahu
berapa lama saya kenal awak. Tapi yang pasti, saya kenal Hisham jauh lebih
lama.”
Firdaus
membuang pandang ke arah tasik.
“Dan
kalau Allah hendak memberikan kembali ingatan saya, pasti kenangan saya dengan
Hisham jauh lebih banyak. Sekalipun saya tak hilang ingatan, kalau awak bukan
jodoh saya, kita tetap tak ada,” tambahku.
Firdaus
mengangguk tanda faham. “Pergilah!”
Aku
teragak-agak untuk mengejar Abang Hisham. “Pergi!” sekali lagi Firdaus
bersuara. Aku cuba untuk melihat wajahnya.
Aku
tergamam sendiri apabila ternampak pipinya tercemar dengan air mata.
“Pergi.
Tapi tinggalkanlah gambar-gambar di tangan awak itu. Berilah saya tinggal
dengan kenangan awak Syarina.”
Aku
memasukkan kembali gambar-gambar itu di dalam sampul surat. Kemudian aku
tinggalkannya berdiri di atas lantai papan itu. Laju aku melangkah untuk
mengejar Abang Hisham yang sudah jauh di hadapan. Abang Hisham! Tunggu Rina!
2 comments:
wow..garapan cerita yang sgt kemas..
nice..
well, real story always sounds real..
hehehe..
anyway, hope hambaAllah itu mendapat yg terbaek dlm hidupnya..
bkn itu lah yg terbaik, hilang ingatan..
anyway, congrats! bkn sng nk tulis kisah org lain and makes that story alive...
nice job!
weh kawan..aku salute la ko..
gile best ko wat cte2 sume neh..
ade baru inform la weh..
huhu~
nway, aku syg ko.
haha XD
~reep~
Post a Comment