::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

08 May 2009

Aku-Dia-Kamu

Aku-kau-dia
“Abang sayang Rina lebih daripada seorang adik Rina!”
Aku menggeleng-gelengkan. Tak percaya dengan apa yang aku dengar! “Abang. Cukuplah. Rinakan adik abang.”
Abang Hisham mengeluh. “Adik sepupu Rina. Bukannya adik kandung. Kita bukan muhrim, Rina. Tak salah kalau kita bercinta!” Perkataan muhrim di tekankan.  
Aku diam menyusun kata.
“Rina?” tegurnya.

“Tak boleh, abang. Rina minta maaf. Abang dah macam abang Rina. Lagipun kita dah macam adik beradik,” ujarku.
“Rina. Abang tak pernah anggap Rina adik abang. Abang sayang Rina lebih daripada tu. Boleh tak Rina faham?” Abang Hisham diam sejenak. “Kalau Rina setuju, abang cadang nak cakap dekat mak dengan abah. Kita kahwin, ya?”
Aku membulatkan mata. “Kahwin? Abang gila? Rina tak setuju. Abang! Tolonglah faham. Abang tak lebih daripada abang buat Rina. Macam mana Rina nak kahwin dengan orang yang Rina dah anggap macam abang?” marahku.
“Sudahlah. Lupakan perasaan abang tu. Jangan sampai sebab ni, kita putus hubungan, bang. Rina sayangkan abang. Tapi bukan sayang yang sebagai kekasih.”
Abang Hisham terdiam.
“Sudahlah, bang. Lagipun, Rina dah ada pilihan hati. Dah tiga bulan kami bersama. Abang baliklah bang. Rina ada kerja lagi nak buat. Esok ada kuiz pula. Janganlah abang penuhkan kepala Rina dengan benda-benda merepek ni. Hantar Rina balik kolej ok?”
Abang Hisham meraup wajahnya kasar. Wajahnya sedikit kecewa.
“Ok.” Perlahan sahaja dia membalas.
Aku mengatur langkah ke kereta milik Abang Hisham. Gila! Semua ni gila! Patutlah kadang-kadang perangai Hisham pelik! Rupa-rupanya... Ah! Aku tak nak ingat lagi!
***
“Awak tengah buat apa?” soal Firdaus di corong telefon.
“Tengah siapkan assignment. Awak? Dah dinner?” soalku kembali. Mata masih setia memandang skrin monitor di atas meja.
“Dah. Tadi makan dengan kawan. Tapi tak selera sangatlah,” nada suara Firdaus berubah.
Aku terhenti daripada menyemak tugasan yang baru siap ditaip. “Kenapa?”
“Sebab awak tak ada.”
Serta-merta wajahku terasa panas. Hati dah berlagu riang. Aku memandang awan mendung di luar tingkap. Gaya macam nak hujan lebat. Tak lama lagi, bumi koleh ini bakal dibasahi air hujan.
“Yelah awak tu. Okaylah. Saya nak siapkan kerja ni. Esok nak kena hantar. Assalamualaikum.”
Firdaus menarik nafas panjang. “Yalah. Wa’alaikumussalam. Jaga diri ye, awak.”
Talian mati. Aku tersenyum sendiri. Firdaus. Kenal di internet. Lelaki yang bekerja sebagai peguam di Kuala Lumpur itu baru beberapa kali aku berjumpa sewaktu dia ada kerja di Johor Bahru. Tiga bulan lepas dia ajak kami serius. Mak dengan ayah memang aku tak cerita apa-apa. Takut kena bebel sebab semester ni, semester akhir aku. Mereka berharap sangat agar aku berjaya menggenggam sekeping ijazah.
Aku juga pernah menceritakan tentang Abang Hisham kepadanya. Ah, Abang Hisham! Entah apalah khabarnya. Sejak petang itu, terus dia tak menghubungi aku. Kecewa barangkali! Mak dengan abah pun ada juga bertanya kenapa Hisham dah tak datang ke rumah. Aku mengeluh. Abang Hisham...
Hujan sudah mula turun. Dari renyai-renyai kepada mencurah-curah membasahi bumi. Petir sudah berdentum di dada langit. Aku bangkit daripada duduk untuk menutup tingkap bilik yang berada di aras 3 ini. Ayu, rakan sebilikku masih belum balik sejak pukul 3.00 petang tadi. Ada ‘group discussion’.Telefon bimbit yang berdering minta diangkat mematikan pergerakan aku.
‘RUMAH’
Aku tersenyum lalu butang hijau ditekan. Mak memberi salam di corong telefon. Salam aku jawab sambil berjalan menuju ke tingkap yang masih terbuka. Rumah fellow dapat dilihat dari tingkap bilik ini. Belum sempat aku menutup tingkap, terasa sesuatu menyambar telefon bimbitku. Aku terbaring tidak sedarkan diri.
***
Sayup-sayup aku mendengar seseorang memanggil nama ‘Rina’ Siapa itu? Aku cuba membuka mata yang terasa berat. Tak berjaya. Sekali lagi aku berusaha. Mataku terbuka. Silau lampu kalimantang memaksa aku menutup mata kembali.
“Rina! Rina dah sedar?” soal seorang mak cik yang duduk di sebelah katilku bingkas bangkit daripada duduk.
Aku terpinga-pinga. Siapa Rina? Mak cik yang sudah memeluk tubuhku aku tolak perlahan. “Saya minta maaf. Mak cik siapa?”
Terkaku mak cik itu mendengarkan soalan aku. Matanya tiba-tiba berair. Aku menelan air liur. Aku ke yang buat dia menangis? Tapi, siapa dia? Aku dekat mana ni? Aku cuba bangkit dari pembaringanku. Wajah-wajah yang tak aku kenali berdiri mengelilingi katilku. Siapa mereka ni? Mak cik tadi berdiri membelakangi aku. Kedengaran esakan kecil daripadanya.
“Rina,” panggil seorang lelaki. Aku menoleh ke arahnya.
“Siapa Rina?” soalku masih tidak puas hati.
Lelaki itu tersenyum pahit. Perlahan-lahan dia menarik nafas. Dalam. “Awak ingat siapa nama awak?”
Aku mengangguk. “Ingat. Saya...” kata-kataku mati. Siapa aku? Terasa perit untuk mengingat kembali.
“Apa nama awak?” soal lelaku tadi lembut.
“Nama saya...” Aku masih cuba untuk mengingat kembali. Ah! Apa nama aku? Kenapa aku tak ingat apa-apa? Aku terasa ingin menjerit sekuat hati!
“Saya tak ingat,” perlahan aku menuturkan kata.
Mak cik tadi kembali memusingkan badan menghadapku. Wajahku diusap perlahan. Dahiku dicium lembut. Aku terpinga-pinga. Perasaan sayu mencuit hatiku apabila melihatkan pipinya lencun dengan air mata.
“Rina. Rina anak mak. Itu abah nak. Yang perempuan tu, Ayu roomate Rina di kolej. Rina tak ingat?” soalnya dengan suara bergetar.
Aku menggeleng. Mak? Abah? Ayu? Aku memandang ke arah dua orang lagi insan yang berdiri berdekatan. “Itu atuk dengan nenek?” Aku meneka.
Mak cik yang mengaku sebagai emak aku tadi mengangguk. “Rina dah ingat?” matanya kembali memancarkan sinar gembira.
Aku menggeleng. Mak? Abah? Ayu? Atuk? Nenek? Lepas ini apa? Abang? Kakak? Adik? Argh! Aku benci semua ni. “Saya nak tidur.” Aku kembali meletakkan badan di atas tilam dengan mata terpejam.
“Biarlah dia rehat dulu. Kita tak boleh nak paksa dia ingat semua benda,” suara lelaki yang mengaku dirinya abah bersuara perlahan. Kemudian, aku mendengar derapan kaki keluar dari bilik ini dan pintu ditutup perlahan.
***
Hari-hari berlalu seperti biasa. Mak sering meluangkan masa bersamaku. Menunjukkan gambar-gambar saudara-mara yang ada di dalam simpanan kami. Aku terasa seperti baru dilahirkan semula. Belajar mengenali ahli keluarga. Nasib baik aku anak tunggal dan tiada adik beradik lain.
“Rina tengah buat apa?” tegur abah sebaik sahaja masuk ke dalam rumah.
Aku melemparkan sebuah senyuman. “Tengok gambar,” balasku.
Abah mengambil tempat di sebelahku. Kepalaku diusap perlahan dan dahiku dicium lembut. “Dah boleh ingat apa-apa?”
Aku menggeleng. “Tak. Langsung,” balasku dalam tertawa.
Namun hujung mata terasa panas. Tak lama kemudian, perlahan-lahan air mata jatuh ke pipi. Kenapa sampai macam ni sekali dugaan-Nya? Ya Allah. Aku tak sekuat mana.
Aku mendapat cuti selama 2 minggu daripada menghadiri kelas. Pada mulanya abah mahu aku tangguhkan ke semester hadapan. Tetapi, apabila mengingatkan carita Ayu yang kami sudah di semester akhir, membuatkan aku tidak mahu menangguhkan pelajaranku lagi. Biarlah aku berusaha keras sedikit.
“Kenapa sedih ni?” lembut abah bertanya.
Aku mengesat air mata yang mengalir. “Tiba-tiba terasa sedih.”
Abah mengusap belakangku perlahan. “Rina tak payah belajar dulu ya? Kita tangguhkan,” pujuk abah.           
Aku menggeleng tidak bersetuju.
Abah mengeluh. “Abah tak nak Rina tension. Jangan paksa diri nak ingat semua, Rina. Abah yakin, satu hari nanti, ingatan tu akan datang juga.”
Mak datang ke ruang tamu dengan menatang dulang. Air untuk abah dihulurkan. Abah menyambut. Perlahan-lahan air kopi itu dihirup. Aku mengambil air milo yang sudah dihidang oleh mak.
“Rina betul nak sambung belajar?” soal mak menginginkan kepastian.
Aku mengangguk yakin. “Ya. Tak apa. Rina akan usaha juga. Tak nak lah tahun depan. Lagipun lagi sebulan je lagi nak final exam.”
Mak dengan abah dah tak terkata.
Ya! Aku akan berusaha walaupun perit. Tinggal sebulan sahaja lagi untuk peperiksaan akhir. Ayu pun dah berjanji untuk membantu.
***
Aku bersiap-siap untuk balik ke kolej. Ayu baru menghantar mesej memberitahu yang dia akan menunggu aku di bilik. Beg pakaian aku letakkan di tempat duduk belakang. Mak mengambil tempat di sebelah abah. Abah memandu tenang ke kolej. Namun, riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia berat untuk menghantar aku.
Sebaik sahaja sampai, abah memakirkan kereta bersebelahan dengan blok asramaku. Ayu keluar perut blok asrama lalu berjalan menuju ke arahku. Sebaik sahaja dia bersalam dengan mak dan abah, aku berjalan mendapatkan mereka.
“Belajar elok-elok. Kalau rasa tak boleh bawak, cakap dengan abah. Ok?” ujar abah dengan tangannya mengusap-usap kepala aku.
Aku menghadiahkan senyuman buat abah sambil mengangguk. Cuba menenangkan hatinya. Kemudian, aku berjalan ke arah mak untuk bersalam. Pesanan yang sama turut diberikan. Tidak lama kemudian, kereta abah hilang daripada pandangan.
Aku menbontoti langkah Ayu untuk ke bilik. Aku terpaksa menaiki tangga sehingga tingkat teratas sekali blok ini. Akhirnya, kami berhenti di hadapan pintu bilik. Ayu membuka pintu bilik dan melangkah masuk.
“Ini bilik kita,” ujarnya. “Itu katil, meja, almari Rina. Yang side sini semua barang Ayu.” Tunjuk Ayu dengan senyuman yang manis.
Aku duduk di atas katil bercadar pink milikku. Tersenyum. “Macam mana Rina dulu, ya? Kita mesti rapatkan Ayu?” soalku.
Ayu mengiyakan. “Kita roommate since tahun dua, Rina. Masa tahun satu Rina roommate dengan Fatin. Rina pun rapat juga dengan Fatin. Fatin sekarang di blok lain,” cerita Ayu.
Kemudian aku berjalan ke meja belajarku. Bingkai gambar comel terletak elok di atas meja. Aku mencapai kesemuanya. Gambar mak dengan abah, gambar aku dengan Ayu, gambar kami bersama beberapa lagi rakan lain yang aku tak ingat.
“Ini siapa?” Aku menunjukkan gambar kami beramai-ramai.
Ayu melihat gambar di tanganku. “Oh, inilah Fatin. Yang berdiri belakang baju hijau tu Hana. Yang ini...” Jari telunjuk Ayu tegak menunjukkan seorang gadis berbaju merah hati yang duduk di sebelahku. “Aina. Hah, yang ni Ayu, ini Rina,” ujarnya dengan ketawa kecil.
Aku turut sama ketawa. “Kalau Ayu pun Rina tak kenal, dah kes teruk ni. Gambar ni ambil dekat mana?”
“Dekat taman tasik. Kalau Rina perasan, masa nak masuk kolej kat sebelah kanan.”
“Oh. Ada nampak tadi.”
Aku meletakkan kembali bingkai gambar di tempat asal. Kemudian almari baju aku buka. Melihat keadaan di dalam. Kemas. Bersusun. Ayu memerhatikan setiap tingkahku. Aku kembali duduk di sebelah katil.
“Ayu,” panggilku.
Ayu menyahut.
“Dulu Rina macam mana orangnya?” soalku.
Ayu diam sejenak. Berfikir. “Erm... Rina pendiam. Memang tak suka bercakap sangat. Lagi, Rina perahsia orangnya. Tapi yang paling pelik, Rina suka sangat chatting.”
Keningku terangkat. Pendiam, perahsia tapi chatting?
***
Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Ayu sudah lena dibuai mimpi. Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Sudah menjadi kebiasaan tidur lewat menyiapkan kerja. Tambahan pula, dengan keadaan yang macam ni, makin bertambah kerja aku. Kerja mengingat kembali apa yang aku lupa dahulu.
Aku terasa dadaku sebu. Mata sudah mula terasa panas. Ah! Aku tension! Dalam masa sebulan nak kena ingat semua. Akhirnya aku teresak sendiri. Lama. Nak cakap dengan abah dengan mak, mesti diorang suruh tangguhkan belajar.
“Rina?” suara serak Ayu menyapa gegendang telingaku.
Ayu terpisat-pisat bangkit dari baring. Matanya digosok dengan tangan. Ayu melangkah kepadaku. “Kau okey?” soalnya.
Aku masih teresak. Ayu duduk disebelahku. Bahuku diusap memberi semangat.
“Menangislah Rina. Luahkan apa yang kau rasa. Biar tenang sikit hati kau,” ujar Ayu yang masih terpejam matanya. Namun tangannya masih tak berhenti bergerak. Ah! Beruntungnya aku ada kawan seperti dia.
Akhirnya saat yang aku takuti berlaku jua. Minggu peperiksaan sudah mula berjalan. Aku lebih banyak termenung daripada menjawab soalan. Nak fahamkan satu soalan pun makan masa. Tetapi, alhamdulillah sebab sebelum peperiksaan, boleh dikatakan semua pensyarah membantu aku dengan memberi aku tips untuk menjawab.
***
Tengah hari itu aku terpaksa memantau kerja di tapak pembinaan. Walaupun baru beberapa bulan menghadiri konvokesyen, rezeki aku mendapat kerja agak mudah berbanding dengan rakan-rakan yang lain. Aku menamatkan pengajian dengan mendapat ijazah kelas kedua atas. Kalau tak kerana pensyarah yang banyak membantu, aku rasa aku hanya mendapat kelas kedua bawah atau kelas ketiga. Nasib baik juga markah kuiz dan assignment turut diambil beberapa peratus dicampur dengan markah peperiksaan akhir. Alhamdulillah.
Aku berjalan keluar dari tapak pembinaan. Masa untuk makan tengahari! Langkah aku atur ke restoran berdekatan. Selesai memilih lauk, aku mengambil tempat duduk. Belum pun sempat aku berbuat apa-apa, seseorang memanggil namaku. Aku menoleh.
“Makan seorang?” tegur lelaki yang berkemeja biru laut itu.
Aku terpinga-pinga. “Tak. Dengan kawan. Encik siapa?”
Nyata riak wajah lelaki itu berubah. “Rina. Ini abanglah! Takkan setahun tak jumpa dah tak kenal?”
Kalut aku cuba mengingatkan kembali wajah itu. Rasanya dalam gambar keluarga, tak ada pun dia ni? “Tapi saya anak tunggal,” balasku dengan senyum tak yakin.
Lelaki itu mengeluh. “Rina, takkan sebab abang beritahu Rina perasaan abang, Rina terus mengaku tak kenal abang?” soalnya tak puas hati.
Aku diam. Perasaan? Apa ni? “Err, saya minta maaf. Saya betul-betul tak kenal awak.” Diam. “Err, saya nak makan. If you don’t mind...” aku tak meneruskan kata. Faham-faham sendirilah!
Lelaki itu berlalu dengan bengang. Aku meneruskan makan tengah hari. Baru suapan pertama mahu masuk ke mulut, tangan kananku di tarik kasar.
“Ikut abang!” marahnya. Habis berterabur nasi yang berada di tanganku tadi.
Aku meronta minta dilepaskan.
“Apa ni?! Saya nak makanlah!” marahku. Mata pelanggan lain setia melihat drama sebabak kami.
“Ikut!”
***
“Sebab tu Rina tak ingat apa-apa.” Abah menghabiskan ayat terakhirnya.
Abang Hisham meraup wajahnya. Jelas di wajahnya riak kesal, terkilan, sedih. Bercampur baur. Aku hanya menjadi pendengar setia. Huh! Tak pasal-pasal aku ambil cuti mengejut hari ni. Teruk betul! Abang Hisham merenung ke wajahku. Aku menjeling ke arahnya dengan perasaan tak puas hati. Kemudian Abang Hisham membuka mulut ingin bersuara. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.
“Mak, abah. Kalau tak keberatan, izinkan saya sunting Rina menjadi isteri saya. Saya akan cuba bantu dia mengingat semula. Insya Allah.”
Ikhlas kata-kata yang keluar dari mulut Abang Hisham. Aku terkelu. Kahwin? Dengan lelaki yang baru aku kenal? Yang kononnya abang sepupu aku dan merangkap abang aku? Alahai!
Mak dengan abah berpandangan sama sendiri. Kemudian, pandangannya dihalakan ke arah aku. Aku menjadi kalut sekejap. Wajah Abang Hisham aku jeling. Wajah yang penuh mengharap. Aku menelan air liur.
“Rina?” serentak mak dengan abah bersuara.
Aku menjeling Abang Hisham sekali lagi. Matanya masih tak lari dari wajahku. “Kalau mak dengan abah rasa itu yang terbaik, Rina ikutkan aje.”
Senyuman memekar di wajah Abang Hisham. “Kalau macam tu Hisham, hujung minggu ni, ajak mak dengan ayah datang rumah ni. Kita tetapkan tarikh bertunang dengan nikah sekali.”
***
Aku merenung cincin yang tersarung di jari manisku. Cincin itu aku usap sayang. Terbayang-bayang wajah Abang Hisham tatkala menyarungkan cincin ini tadi. Aku tersenyum senang. Terasa hati aku terisi dengan kehadiran Abang Hisham.
Ah! Begitu mudah aku jatuh sayang kepadanya. Sebaik sahaja dia melafazkan akad nikah pagi tadi, serta merta perasaan sayang menggebu datang. Baru sebulan lepas dia hadir dalam hidupku dan hari ini, dia sah menjadi suami aku. Subhanallah! Perancangan Allah tak siapa yang tahu! Harapan aku kini agar ingatan aku kembali pulih.
***
“Sayang buat apa?” tegur Abang Hisham sebik sahaja melangkah masuk ke dapur sebaik pulang daripada Solat Jumaat.
Aku menghulurkan air minuman kepada Abang Hisham dengan senyuman manis. “Tak buat apa. Eh! Ini baju mana ni? Tak pernah nampak abang pakai?” tegurku merujuk kepada baju melayu cekak musang berwarna biru tua yang tersarung di tubuhnya.
Abang Hisham tersenyum. “Baju ni, abang dah lama tak pakai. Tiba-tiba terasa nak pakai balik.” Abang Hisham masih tersenyum.
Aku sedikit kabur dengan jawapannya. “Kenapa?”
“Baju ni, buah hati abang yang jahitkan.”
Terasa riak wajahku berubah. “Ni tengah rindu kekasih hatilah ni?”
Abang Hisham ketawa. “Cemburu ke? Okeylah. Nak abang cerita?”
Aku memuncungkan mulut. “Tak payahlah. Buat apa nak dengar cerita pasal perempuan lain.” Aku memusingkan badan untuk ke peti ais.
Namun Abang Hisham lebih tangkas, tanganku di tarik lembut sebelum aku melangkah. “Nama dia Siti Syarina binti Sabtu. Dulu buah hati, sekarang isteri abang dunia akhirat. Insya Allah.” Lembut Abang Hisham menutur kata.
Aku tersenyum senang lalu menghadiahkan ciuman di pipinya. Tangan aku di genggamannya aku tarik. Langkah aku atur ke peti ais. Menyambung kembali kerja aku yang tergendala.
***
“Abang,” panggilku lembut.
Abang Hisham menyahut. Namun mata masih tak berganjak dari skrin televisyen.
“Abang!” panggilku lagi.
“Ya? Kenapa sayang?” barulah Abang Hisham menoleh ke arahku.
Aku melentokkan kepala ke lengannya. “Bila la agaknya Rina dapat ingat semula kan?” soalku.
Abang Hisham sedikit tersentak. “Kenapa?”
“Tak adalah. Sejak Rina habis belajar, sampailah sekarang. Banyak yang Rina lupa,” ujarku sayu.
Abang Hisham mengusap bahuku. “Rina nak ingatan Rina balik ke? Tak payah lah.”
Aku mengerutkan dahi. Tak payah? “Kenapa, bang?”
Abang Hisham mengeluh. “Sebab abang takut Rina tinggalkan abang.”
Aku menunggu untuk Abang Hisham meneruskan kata. Namun dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Ah! Apa sahajalah yang dia tengah fikir sekarang?
***
Pagi itu, aku menyiapkan kerja-kerja di pejabat sebelum ke tapak pembinaan untuk lawatan pada sebelah petang. Bunyi telefon bimbit di dalam beg tangan menandakan mesej masuk aku biarkan. Jam yang tergantung di dinding aku jeling. Abang Hisham agaknya. Biarlah! Aku tengah sibuk ni.
Lima minit kemudian telefon bimbit aku kembali berbunyi. Kali ini panggilan pula. Kalut aku mencari handset di dalam beg tangan. Dapat! Aku melihat skrin. Keluar nombor. Maknanya tak kenal. Siapa ni? Butang hijau ditekan.
“Helo?”
Bising. Bunyi kenderaan.
“Helo. Siapa ni?” soalku sedikit kuat.
“Rina...” suara si pemanggil yang menyebut namaku membuatkan aku tersentak. Siapa ni? Siap tahu nama aku?
“Rina...” panggil orang di hujung talian.
Aku menelan air liur yang terasa berpasir. Kenapa ni? Dada dah berdebar-debar. “Siapa ni?” akhirnya aku bersuara.
Dapat di dengar bunyi nafas pemanggil di talian. Ya Allah! Siapa ni?
“Rina... Ini Firdaus... Rina dah lupakan Firdaus?” sayu suara pemanggil.
Aku terpinga-pinga. “Firdaus?” Siapa ya?
I am from your past Rina. I really want to see you. If you don’t mind, kita jumpa petang ni?” Firdaus bersuara penuh mengharap.
From my past? “Kat mana?”
***
“Abang... Kita singgah tasik sekejap,” ujarku.
Abang Hisham memandangku dengan penuh tanda tanya. “Ok!” Namun dia tak pula nak bertanya.
Sepuluh minit kemudian, aku tiba di tempat yang dijanjikan. Dada dah berdebar. Adakah aku bakal mendapat semula ingatan aku? Aku dan Abang Hisham berjalan perlahan-lahan mengelilingi tasik. Tangan kiriku berada kemas di dalam genggaman Abang Hisham Terasa diri disayangi.
Aku membelokkan langkah ke arah jeti yang sedikit mengunjur keluar ke tasik. Seorang lelaki berpakaian kemas sedang berdiri membelakangi kami. Aku yakin itulah Firdaus! Aku menarik tangan Abang Hisham untuk terus mengikuti langkahku.
“Firdaus?” lelaki itu menoleh. Berubah terus wajahnya apabila melihatkan tangan aku di dalam genggaman Abang Hisham.
“Rina? Siti Syarina Sabtu? Apa semua ni?” soalnya bertubi-tubi. Dia memandangku dengan riak tidak percaya.
Aku menoleh ke wajah Abang Hisham di sebelah. Wajahnya sedikit kabur.
“Dua tahun saya cari awak Rina. Sampai hati awak buat saya macam ni. Siapa dia Rina?” soal Firdaus lirih.
Aku menelan air liur. “Err... Firdaus, saya betul-betul tak ada idea apa yang berlaku dua tahun lepas. Kenalkan, ini suami saya, Hishamuddin.” Aku menjeling Abang Hisham. Nyata dia terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.
Mata Firdaus membulat. Terkejut barangkali. “Itu ke Abang Hisham, Rina?”
Aku terkejut. Dia tahu. Aku mengangguk.
“Rina. Rina langsung tak ingat saya, Rina? Ya Allah. Rina, your Abang Hisham dah ambil kesempatan, Rina.”
“Ambil kesempatan?” Aku menoleh ke arah Abang Hisham. “Apa yang dia cakap ni, bang?” soalku.
Abang Hisham tergamam. “Rina, abang tak tahu apa-apa, Rina.”
Aku kembali memandang Firdaus. “Siapa awak sebenarnya?” soalku kepada Firdaus.
Firdaus menghulurkan satu sampul surat yang sedikit tebal dengan isinya. Aku menyambut. Sampul surat itu aku buka. Gambar-gambar aku dengan Firdaus. Aku menelan air liur.
“Saya terjumpa Ayu hari tu. Dia yang cerita semuanya. Semua perkara awak tak ingat. Pada mulanya, saya sangka masih boleh contact awak dengan e-mel. Tapi tak sangka pula yang password pun awak lupa. Dua tahun saya cari awak Rina. Saya sayangkan awak. Sayangkan hubungan kita. Kembalilah pada saya,” ucapnya lirih.
“Hisham, kalau betul awak sayangkan Rina, awak lepaskanlah dia. Biar dia bahagia dengan pilihan dia. Awak pun tahu yang awak bukan pilihan dia sebelum dia hilang ingatan, bukan?” tambahnya lagi.
Aku memandang wajah keruh Abang Hisham.
“Rina...” panggil Firdaus lembut. “Kembalilah pada saya. Saya akan bantu awak mengingat kembali. Antara kita banyak kenangan yang manis Rina,” pujuknya.
Aku diam tak berkutik. Yang Firdaus kata begitu... Abang Hisham pula diam je sepanjang tadi.
“Rina...” akhirnya Abang Hisham bersuara. Aku menoleh. “Abang minta maaf. Mungkin Rina sangka abang ambil kesempatan. Tapi percayalah, abang memang sayangkan Rina sejak dulu lagi.”
Diam.
“Rina, memang betul kata Firdaus. Abang memang bukan pilihan Rina.” Tangan aku diusap lembut. Kemudian dibawa ke mulutnya lalu dicium. “Rina berhak dapatkan apa yang Rina mahu. Rina buatlah keputusan. Abang ada kat rumah kalau apa-apa.”
Serentak dengan itu, tanganku di lepaskan. Aku terkedu. Abang Hisham dah berjalan pulang dengan wajah yang penuh kehampaan. Aku memejam mata sejenak. Cuba berfikir secara rasional. Tanpa berfikir panjang, aku membuatl keputusan. Tangan kanan Firdaus aku pegang. Firdaus tersenyum senang.
“Firdaus,” panggilku dengan senyuman.
Firdaus menoleh. Wajahnya cukup ceria. “Ada apa Rina?”
Aku menarik nafas dalam. “Sungguh, saya tak ingat apa-apa tentang awak.” Diam. “Saya minta maaf.”
Firdaus mengangguk. “Tak apa. Lepas ni kita cuba ingat sama-sama, ya?”
Aku tersenyum senang. “Saya hargai itu. Tapi Firdaus, saya minta maaf sebab saya tak boleh.”
Mati senyuman di wajah Firdaus. “Maksud awak?”
Aku menepuk-nepuk tangan Firdaus perlahan. “Saya sayang Hisham. Mungkin antara kita tak ada jodoh Fir. Kalau boleh, saya mahu jadi isterinya dumia akhirat,” ujarku lembut. Cuba untuk tidak melukakan hati insan yang baru aku kenal itu.
Firdaus memandang aku dengan riak tak percaya. Aku melepaskan tangannya.
Aku cuba untuk menyusun ayat. “Mungkin antara kita banyak kenangan manis.” Diam. “Tapi saya yakin, antara saya dengan Hisham pasti lebih banyak. Saya tak tahu berapa lama saya kenal awak. Tapi yang pasti, saya kenal Hisham jauh lebih lama.”
Firdaus membuang pandang ke arah tasik.
“Dan kalau Allah hendak memberikan kembali ingatan saya, pasti kenangan saya dengan Hisham jauh lebih banyak. Sekalipun saya tak hilang ingatan, kalau awak bukan jodoh saya, kita tetap tak ada,” tambahku.
Firdaus mengangguk tanda faham. “Pergilah!”
Aku teragak-agak untuk mengejar Abang Hisham. “Pergi!” sekali lagi Firdaus bersuara. Aku cuba untuk melihat wajahnya.
Aku tergamam sendiri apabila ternampak pipinya tercemar dengan air mata.
“Pergi. Tapi tinggalkanlah gambar-gambar di tangan awak itu. Berilah saya tinggal dengan kenangan awak Syarina.”
Aku memasukkan kembali gambar-gambar itu di dalam sampul surat. Kemudian aku tinggalkannya berdiri di atas lantai papan itu. Laju aku melangkah untuk mengejar Abang Hisham yang sudah jauh di hadapan. Abang Hisham! Tunggu Rina!

2 comments:

anice said...

wow..garapan cerita yang sgt kemas..
nice..
well, real story always sounds real..
hehehe..
anyway, hope hambaAllah itu mendapat yg terbaek dlm hidupnya..
bkn itu lah yg terbaik, hilang ingatan..
anyway, congrats! bkn sng nk tulis kisah org lain and makes that story alive...
nice job!

Anonymous said...

weh kawan..aku salute la ko..
gile best ko wat cte2 sume neh..
ade baru inform la weh..
huhu~
nway, aku syg ko.
haha XD
~reep~