::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

31 December 2010

Suami Aku Ustaz?! 3

Rutin harian aku berubah sikit lepas Abang Hafiz wujud dalam hidup aku selain sebagai seorang abang sepupu dan ustaz aku. Dia pindah masuk rumah ni duduk sekali dengan aku. Mula aku bising jugak cakap tak payah sebab risau kalau tiba-tiba si Joe atau Wati datang bertandang tanpa diundang pula. Mesti ada jadi gossip Ustaz Hafiz dekat rumah Nur Alisa, berduaan. Isk!

Sekarang ni, setiap pagi sebelum Abang Hafiz pergi surau, mesti dia kejut aku sampai bangun. Kadang tu aku gagahkan jugaklah bukak mata ni walaupun mata macam kena gam dengan gam gajah. Takut dia terlepas jemaah dekat surau. Bila dia dah pergi surau, aku tidur balik. Ngeh ngeh ngeh. Bangun 6.30 pagi. Minta maaf ye Ustaz Hafiz, macam mana awak buat pun, saya ni kan budak-budak lagi.

Pergi sekolah pun asing-asing. Selalunya, aku pergi dulu merempit naik motor. Rumah dengan sekolah pun jauh jugaklah. Dia pergi kemudian, naik kereta dia. Nasib baiklah rumah aku kira jauh jugak dari budak-budak sekolah. Dulu aku bising jugak dekat mak sebab tak ada kawan. Sudahlah anak tunggal, kawan-kawan pulak jauh. Sekarang memang aku bersyukur gilalah rumah jauh ni. Ada hikmahnya iya tak?

-Lisa, malam ni tempat biasa?-

Aku baca mesej daripada Joe. Nak ajak lepaklah tu. Dah banyak kali dah Joe ni ajak sebenarnya. Tapi sejak tinggal sekali dengan Abang Hafiz ni, boleh kata aku jarang keluar rumah. Iyalah, nak keluar pun lagi bagus aku habiskan masa buat mak ayah yang nak berangkat ke Mekah. Kata Abang Hafiz, buatnya diorang tak balik lagi macam mana? Peh! Rasa macam nak pengsan bila dengar dia cakap macam tu.

Aku menimbang tara dalam fikiran. Rumah tengah tak ada orang sekarang ni. Aku pun tengah bosan menghadap dinding bisu. Abang Hafiz pun tak ada malam ni. Pergi rumah Cikgu Hamidon, ada cukur jambul cucu dia. Dia ajak juga aku ikut, tapi nak mati? Memang sengaja cari masalahlah kalau aku ikut Ustaz Hafiz pergi kenduri Cikgu Hamidon.

-On. 9.00 aku sampai.-

Balasku laju. Sementara menunggu balasan aku mencapai tuala untuk membersihkan badan. Dari balik sekolah tadi aku tak mandi. Nasib baik Abang Hafiz balik lambat sebab ada meeting dengan panitia Pendidikan Islam petang tadi. Dinner pun dia beli bungkus je dekat kedai Mak Cik Bibah. Dah faham sangat dengan aku yang sememangnya pemalas sikit nak ke dapur.

-Ok-

Ringkas balasan Joe. Aku tengok jam dekat dinding. 8.45 malam. Naik motor adalah 15 minit dari rumah ni. Lepas mengemaskan tudung, aku terus capai helmet dekat atas rak kasut. Tak sampai 5 minit, motor laju membelah kepekatan malam.

***

“Lisa!” Joe melambai dari tempat duduk dia. Pa’an kat sebelah tengah sibuk tengok bola.
“Lambatnya sampai?” Pa’an menegur sambil memandang aku sekilas.
Aku tersengih. “Isyak kejap tadi,” balasku. “Berapa dah?”
“1-0,” Joe tolong jawabkan.
Aku mencapai gelas teh ‘o’ ais yang dah tersedia atas meja. Memang dah selalu dah si Joe ni orderkan untuk aku kalau aku lepak sekali dengan diorang.
“Susah betul nak lepak dengan kau sekarang. Apahal? Busy jaga anak?” tergelak-gelak Pa'an bertanya.
Soalan yang keluar dari mulut Pa’an membuatkan aku tersengih. ‘Sibuk jaga suamilah, Pa’an’. Agak-agak kalau aku jawab macam tu, diorang kena ‘heart attack’ tak?
“Mak ayah aku kan pergi Mekah. Takkan aku nak sibuk keluar pulak kan?”
Joe dan Pa’an mengangguk. “So sekarang kau lepak soranglah dekat rumah?”
Aku dah tak tahu nak mengangguk ke nak menggeleng. “Kadang aku pergi rumah Mak Long aku.” Lain ditanya lain yang aku jawab.
“Elok-elok duduk rumah seorang. Baik kau lepak je rumah Mak Long kau. Kau tu dahlah perempuan,” nasihat Joe. Aku hanya tersengih. Dengan adanya Ustaz Hafiz korang dekat rumah tu, insya Allah aku selamat. Lagipun, mak dengan ayah suruh kahwin pun sebab nak suruh dia jaga aku.

Duduk dengan budak dua orang ni, memang macam-macam cerita yang keluar. Walhal, tiap-tiap hari dah jumpa dekat kelas. Kadang tu, kalau aku cerita pasal kucing belakang rumah Mak Long beranak pun diorang layankan ajelah. Kawan terbaiklah diorang berdua ni. Tengah aku layan pemain nombor 8 menggelecek bola, (Ok, aku tak tahu pun nama dia sebab aku memang tak minat bola. Memancing aku boleh lagi join sekaki) telefon bimbit yang aku letak dekat sebelah helmet hitam milik Pa’an berbunyi.

-Hafiz Calling...-

Dahi aku dah berkerut. Jam di pergelangan aku jeling. Baru pukul 9.15 malam. Takkan awal sangat Abang Hafiz balik? Teragak-agak aku nak menekan button hijau untuk menerima panggilan. Lagi-lagi depan si Joe dengan Pa’an ni.

“Lisa kat mana ni?” serius je suara Abang Hafiz di hujung talian. Aku buat selamba je dengan nada suara dia yang tak macam selalu.
“Err... Kat tambak ni. Kenapa?”
“Dengan siapa?”
Aku menarik nafas dalam-dalam. Alah, macam tak biasa je kena bebel. “Farhan dengan Johan.” Jawabku bosan. Bukannya ada orang lain lagi yang sudi nak lepak mamak dengan aku. Buat-buat tak tahu pulak dia ni. Lagipun Abang Hafiz kenal budak dua orang ni. Dah kitorang sama-sama anak murid dia.
Abang Hafiz diam dihujung talian. “Balik sekarang,” arahnya.
Kening aku dah bercantum. “Tak panas punggung lagi orang dekat sini. Kejap lagilah.”
“Now.”
“Ok! Ok!” ujarku geram sebelum mematikan talian.

“Apahal? Macam tension je bunyinya?” tegur Joe bila tengok muka aku yang tak puas hati.
“Err... Mak Long aku panggil balik. Ada hal. Aku gerak dululah.” Telefon aku letak dalam kocek. Kunci motor aku capai. Bukannya Mak Long, tapi anak Mak Long aku yang suruh aku balik sekarang.
“Lah? Baru sampai dah nak balik?” soal Pa’an bila nampak aku dah siap nak gerak.
“Hrm. Ada hal lah kat rumah. Ok, aku gerak dulu.”

Sampai di perkarangan rumah, terasa darah berderau turun dari muka. Kereta Waja hitam milik Pak Long dah ada dekat belakang kereta Abang Hafiz. Aduh! Mati aku! Sebab ini ke Abang Hafiz beriya suruh aku balik sekarang? Motor aku ‘park’ dekat dalam garaj. Sempat mata menangkap susuk tubuh Abang Hafiz yang keluar dari pintu.

“Assalamualaikum.”
"Waalaikumussalam." Serius je wajah Abang Hafiz menjawab salam aku. Tiba-tiba aku rasa cuak sendiri.

8 comments:

Addin said...

ustazku suamiku !

cactaceous opuntia said...

aha...xpe...tjuk pk bile da hbes cte pn ok gk...

cactaceous opuntia said...

aha...xpe...tjuk pk bile da hbes cte pn ok gk...

cactaceous opuntia said...

tjuk lmbt cket pn xpe...hee

IVORYGINGER said...

ustazku suamiku!!! best jgk. he... ;D
scene ni cam abg hafiz jealous ja. yg si isteri ni pantang ja org xde umah trs lesap. adoi. mmg nk kena ni. kt tgk apa tindakan abg hafiz lps ni. kn ceramah agama apa??? hehehe... ;D

imannuraisha said...

ustazku suamiku kot...
cm mnarik je...
cpt2 la smbg ye....;)

NuRa said...

ustazku suamiku!!!!
cter nie bezzzz

hawariyyun said...

abang ustaz is the worser!
never!