::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

01 January 2011

Suami Aku Ustaz?! 4

“Pukul berapa keluar tadi?” Abang Hafiz memulakan sesi soal jawab lepas Mak Long dengan Pak Long balik. Diorang datang pun saja nak cek kitorang berdua ni sihat ke tidak. Mesti dia risau anak dia kurus kering sebab kena tinggal dengan aku.
“Lapan empat puluh lima.”
“Siapa bagi Lisa keluar?” soalnya lagi.
“Tadi Lisa call abang tak angkat. Kan Lisa dah bagi mesej?”
Mata memandang aku tak berkelip. Ceh... aura ustaz dia keluar dah. “Ada abang kata, ‘ya’ Lisa boleh keluar?”
Aku diam. “Mak Long ada cakap apa-apa ke?” soalku mengalih fokus Abang Hafiz. Tapi masih berkisarkan topik yang sama. Manalah tahu dia bebelkan aku keluar sesuka hati ke...
“Umi,” dia membetulkan sebutanku.
“Abang cakap Lisa pergi jumpa kawan je.” Dia pandang aku tak puas hati. “Nasib baik Umi tak banyak soal. Kalau tak apa abang nak cakap?”
“Cakap ajelah orang jumpa kawan, study.” Aku dah buat muka. Itupun susah ke?
Abang Hafiz pandang aku geram. “Nak ajar abang menipu pulak?”
Aku rasa tersentap. Peh! Bunyi macam jahat gila je aku ni nak ajar dia menipu. “Orang bosanlah duduk rumah,” aku merungut.
“Tadi abang ajak pergi kenduri, tak nak?” dia dah mengungkit.
“Nak satu sekolah tahu ke pasal kita? Sekalipun cakap kita ni sepupu, apahal pulak orang beriya sampai nak ikut pergi kenduri cukur jambul tu?” nada aku dah meninggi.

Aku naik geram. Remote Astro aku capai. Sebaik sahaja televisyen hidup, channel Astro Oasis tengah terpasang. Aku mencebik, ni ustaz nilah yang tengok tadi. Eii... geram aku bila semua benda aku buat berkaitan dengan dia ni. Terus aku tukar ke channel AXN.

Melihatkan reaksi aku, wajah tegang Abang Hafiz sedikit mengendur. “Lisa, apa hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami?” lembut dia bertanya. Tapi gaya nak ‘basuh’ aku tetap ada. Aku rasa nak tercekik dengar ayat penyata yang keluar daripada mulut Abang Hafiz. Bagus betul, suami dengan ustaz ditambah dengan abang sepupu punya kuasa, semua keluar malam ni. 3in 1!

“Lisa?”
Aku menarik nafas panjang. Malas sungguh nak mendengar orang membebel malam-malam ni.
“Abang, kalau nak ajar agama kat kelas esok.” Aku diam, berfikir sejenak. “Hah, esokkan ada PI lepas rehat. 2 masa lagi. Boleh abang ajar satu kelas. Tak adalah Lisa seorang yang dapat ilmu malam ni kan?” sindirku.
Abang Hafiz yang sedikit tenang tadi kembali geram. “Ada je jawab dia ni lah. Orang cakap semua tak nak dengar. Suka hati Lisa lah!” Dia dah bangun dari kerusi makan terus melangkah masuk ke bilik. Tak keluar keluar walaupun selepas setengah jam.
Aku tiba-tiba terasa bersalah. Hah, itulah! Mulut tak ada insuran. Isk! Nak masuk bilik pun rasa tak sanggup nak menghadap muka Abang Hafiz. Aduh...!

***

Esoknya masa rehat, aku lepak je dalam kelas. Joe elok je landing atas meja aku. “Apasal mata kau macam panda?” Aku tergelak je dengar soalan dia. Patutlah dia pandang aku dengan pandangan pelik sejak pagi tadi.

Ini pun aku pergi sekolah dalam keadaan mengantuk yang amat. Malam tadi disebabkan rasa bersalah nak masuk bilik, aku menonton tv hampir ke jam 3 pagi. Nasib baik dekat HBO ada movie best yang boleh teman aku. Lepas movie habis baru bukak pintu nak masuk bilik, mata aku terpandangkan Abang Hafiz yang tengah qiam. Malas nak ganggu, aku lepak balik dekat ruang tamu.

Sedar-sedar je tadi dah nak Subuh. Itupun Abang Hafiz kejutkan. Tapi yang peliknya, aku rasa aku tertidur dekat ruang tamu. Tapi bila bangun aku ada dekat dalam bilik aku. Tak sangka pulak aku ni tidur berjalan. (Ceh, walhal aku rasa Abang Hafiz yang angkat aku malam tadi. Wahhh! Malunya! Dahlah baru-baru ni aku timbang berat aku naik!)

“Tidur lambatlah malam tadi.”
“Pukul berapa? Buat apa?” soalnya mengambil berat. Matanya tak lari daripada muka aku. Aku pulak yang naik segan.
“Layan movie. Adalah sampai pukul 3 kut.”
“Hai? Selalu lepak dengan kitorang mancing sampai 2 lebih, kau lepak je?” sampuk Pa’an yang baru masuk ke dalam kelas. Kemudian dia memberikan aku dengan Joe roti keju dengan Nescafe ais yang kitorang kirim.
“Ini lagi satu, selalunya kau yang tak nak minum nes, ni apa cerita ni?” soal Wati. Tadi dia dengan Pa’an yang pergi beli dekat koperasi. Aku dah tak larat dah nak bergerak. Orang jarang tidur lambatlah katakan.
“Memancing tu time weekend je. Esoknya lepas subuh aku tidurlah balik.” Aku membelek-belek tin Nescafe ais berwarna putih-biru di tangan. “Air ni pulak nak elak mengantuk. Nanti ada aku tertidur time agama nanti.” Dahlah suami aku yang ajar. Huk huk huk.

Kitorang menghabiskan masa rehat berempat. Memang selalu macam ni sejak tingkatan 4. Kalau aku dengan Joe beli makanan, Pa’an lepak dengan Wati. Walaupun sepatutnya aku yang pergi dengan Wati, Pa’an pergi dengan Joe. Tapi apa boleh buat, dah si Pa’an ni memang mana pergi dengan Wati, orang bercintalah katakan.

Tepat 10.30 pagi, loceng tamat dah berbunyi. Belum pun semua kawan kelas aku masuk, seperti biasa. Abang Hafiz oppss, dekat sekolah jadi Ustaz Hafiz. Ustaz Hafiz dah selamat duduk dekat kerusi guru sementara menantikan rakan sekelasku tiba. Tapi aku perasan mata dia tak lari daripada melihat Joe yang bersenang lenang duduk atas meja aku.

“Joe, dah dah. Pergi balik tempat duduk kau. Masa rehat dah habis dah ni.” Aku menolak Joe dengan buku.
“Ceh, menghalau!” ujarnya dalam tawa.
Aku hanya tersengih.
“Sudah sudahlah tu Joe. Lisa dah tolak dah cinta kau dah tu,” kutuk Pa’an bila Joe tak bangun-bangun lagi.
Muka Joe serta-merta merah. Aku rasa tak sedap hati. Diorang melawak je kan? Joe bangun sambil ketawa. Aku tak tahulah tu ketawa betul ke dia sengaja buat-buat.
Aku menghabiskan air di dalam tin. Mata Abang Hafiz yang tadi memerhatikan Joe kini beralih ke arah aku. Nasib baik tak tersedak air aku. Kalau tak buat drama je dalam kelas ni.

5 minit menunggu kawan sekelas masuk, Abang Hafiz ke menulis sesuatu di hadapan. Ibadat. Aku eja satu dari satu huruf ke satu huruf. Ibadat? Kalau tak silap aku hari ni sepatutnya belajar aqidah sebab 2 hari lepas kitorang belajar Hadith. Hrm... pelik.

“Ustaz? Bukan sepatutnya kita belajar Aqidah ke?” Joe yang baik hati tolong bertanya. Aku ingat aku seorang je yang perasan.
Abang Hafiz tersenyum. “Bukan ke awak suka tajuk ibadat form 5, Johan?” soalnya. Tapi aku rasa macam ada nada sinis disitu. “Kan awak semua suka bab munakahat ni. Bab kahwin?”
Satu gelas tergelak mendengarkan kata-kata Abang Hafiz. Tapi kenapa aku rasa macam ada yang tak kena dengan Abang Hafiz hari ni?
“Nur Alisa?” Abang Hafiz memandang aku.
Shit! Aku dah agak ada yang tak kena ni. Teragak-agak aku bangun.
“Apa yang faham dengan maksud nusyuz?” soalnya dalam senyuman yang aku tak dapat nak tafsir.
Aku mengetap bibir. Bab talak pun tak masuk lagi, dah nak masuk bab nusyuz? Aku berfikir sejenak. Tersedarkan sesuatu, mataku membulat. Kureng! Nusyuz tu bukan ke... argh! Aku dah agak ada yang tak kena dengan dia ni!

5 comments:

Anonymous said...

tul betul, kan lagi comel kalau abang ustadz,hehehe... ~Lala

IVORYGINGER said...

ustaz slumber apacam??? he...
abg hafiz mmg suka lisa ek sblm ni???
cam jealous ja tgk joe kat meja lisa. hehehe... ;D

kiki@ciPuDinG said...

smbg lg2. sempi je cte ni. gudjob writer

kiki@ciPuDinG said...

smbg lg2. sempi je cte ni. gudjob writer

Anonymous said...

best n lawak sesangat la,tp kadang2 rasa geram gak ngan alisa..