::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

02 January 2011

Suami Aku Ustaz?! 5

“Alisa?”
Aku mengetap gigi. “Ingkar atau derhaka?” jawabku.
“Kalau isteri nusyuz pulak macam mana?” dia dah tukar soalan lain.
Ngee... aku jeling je dekat Abang Hafiz. “Isteri yang tak ikut cakap suami tanpa sebab,” jawabku geram.
“Contohnya?”
Mata aku membulat tengok Abang Hafiz. Agak-agaklah pun kalau nak attack aku. Aku jeling dekat budak kelas. Punyalah ramai budak kelas lain yang dia boleh panggil. “Contohnya...” aku diam sekejap. Contoh paling mudah macam malam tadi ada isteri seorang ustaz tu keluar tak mintak izin... kan?
“Contohnya... lawan cakap suami kalau suami suruh pakai tudung?” spontan idea tu datang.
Aku nampak Abang Hafiz dah nak tersenyum. “Itu bukan setakat ingkar perintah suami, Alisa. Itu ingkar perintah Allah,” komennya.
“Macam mana pulak dengan keluar rumah tanpa izin suami?” tambahnya pulak.
“Err... Samalah tu.”
“Sama apa?”
“Nusyuz...”
“Hukumnya?”
Ok, sekarang aku rasa macam satu kelas tengok aku dengan Abang Hafiz pelik. Aku melemparkan pandangan ke seisi kelas. Macam yang aku jangka. Satu kelas tengok aku dengan Abang Hafiz. Aku menelan air luir. Kut iya pun cik abang, janganlah buat sampai satu kelas tahu pasal kita. Eeii dia ni kan!
“Berdosa.”
“Jadi, apa yang perlu awak buat kalaulah awak nusyuz?”
Kening aku bertaut. Weh! Kantoi... kantoi! Joe tiba-tiba mengangkat tangannya. “Ustaz! Saya rasa ustaz terlompat satu topik ni? Bahagian talak pun kita tak masuk lagi. ”
Abang Hafiz mengalih pandang ke arah Joe. Kemudian dia tersenyum. “Saya tahu. Saja nak tengok Alisa tak faham ke maksud nusyuz.” Abang Hafiz menjeling aku sekilas. “Sepatutnya hari ni kita belajar Aqidah kan? Jadi, saya mahu seorang volunteer untuk terangkan maksud Ahli Sunnah wal Jamaah.”
“Oh ya, sebelum tu, handout yang saya bagi 2 hari lepas, tolong hantar hari ni ya? Nur Alisa, saya nak awak kutip. Then, bagi saya after class dekat bilik guru,” arahnya.

Wati dekat sebelah tengok aku macam nak telan. Mesti dia dapat rasa ada benda yang aku rahsiakan. Kalau tak, kenapa tak pasal-pasal Ustaz Hafiz ‘berminat’ betul dengan aku hari ni. Semua benda aku yang kena. Bagi soalan pada aku. Kutip nota aku jugak yang disuruhnya. Walhal si Hanif mata empat tu AJK untuk subjek Pendidikan Islam ni.

Kelas selama 70 minit itu berlangsung dalam suasana tenang. Nasib baiklah Ustaz Hafiz dah tak ada attack aku. Barulah aku boleh tarik nafas lega. Isk! Bahaya betullah dia ni. Suka-suka hati je guna kuasa ustaz dia kalau dekat sekolah. Nanti kalau aku buat benda pelik-pelik lagi, entah apa pulaklah yang dia kenakan aku.

Sebaik sahaja kelas tamat, Abang Hafiz sudah keluar dahulu. Selalunya memang dia keluar awal sedikit sebab lepas kelas dia, kitorang ada kelas Biologi dekat makmal. Nak elak kena marah dengan Cikgu Linda yang garang tak boleh blah tu, awal-awal lagi si Farhan AJK Biologi consult dengan Abang Hafiz mintak dia habiskan kelas awal.

“Handout! Handout!” aku melayang-layangkan handout Tajwid yang diminta Ustaz Hafiz tadi. Kemudian aku berjalan dari satu meja ke satu meja untuk kutip benda alah ni. Hanif tolong kutip dekat meja kawasan dia. Terasa ni kerja dia agaknya sebab dia AJK Pendidikan Islam.
“Kau dengan Ustaz ada apa-apa ke?” Nisa tiba-tiba bertanya bila aku dekat meja dia. Kuat pulak tu. Budak lain tengok aku tersengih sengih.
Aku tak tahu kenapa muka aku tiba-tiba panas. Nasib baik kulit aku tak putih sangat sampai boleh blush. Haih... Janganlah budak-budak ni fikir apa pulak.
“Eh... tak adalah. Hari tu... aku terbaca satu artikel pasal nusyuz. Aku terlupa apa makna dia. Aku tanyalah Ustaz. Dia tolong explain. Ni agaknya saja nak test aku faham ke tidak. Lagipun kan masuk dalam silibus kita? Kan?”

Sengaja aku menjawab kuat. Macam nak bagi kelas seramai 31 orang pelajar ni dengar. Nisa hanya mengangguk mendengarkan jawapan aku. Aku tak tahu kenapa aku perlu nak cakap benda ni panjang lebar. Sudahlah menipu pulak tu. Erm... tak nak bagi diorang ni fikir bukan-bukan kut. Isk! Ni kalau Abang Hafiz tak buat benda merepek tadi, tak adalah diorang fikir bukan bukan. Buatnya kantoi, kan dah susah hidup aku nanti?

Lepas aku ambil handout dari Hanif, aku terus capai buku teks Biologi sekali dengan buku nota dan kotak pensel. Dekat Wati, aku mintak tolong dia bawakkan pergi makmal dengan sampaikan pesanan yang aku lambat sikit pada Cikgu Linda sebelum dia mengamuk aku masuk lambat nanti.

Langkah aku hayun ke bilik guru. Pintu kaca itu aku tolak. Tak ramai cikgu. Meja Abang Hafiz aku tuju. Ek eh, dari jauh aku ternampak gambar aku masa baby dekat bawah kaca meja dia. Aku tersengih. Kalau tak silap umur aku masa ni setahun lebih. Baru pandai duduk. Abang Hafiz duduk sebelah aku cium pipi aku. Cis! Kecik-kecik dah gatal. Hahaha... walhal aku pun tak tahulah siapa yang jadi cameraman suruh Abang Hafiz buat macam tu. Budak-budak, ikut ajalah orang suruh. Bukannya faham apa!

“Eh?” Abang Hafiz menoleh dengan kening terangkat kening bila terperasan aku dekat sebelah.
Handout di tangan aku hulur kepada dia. Tengok je muka dia perasaan geram dengan kes dekat kelas tadi datang balik. Dia ni nampak kecik je kat mata aku walaupun sebenarnya kalau berdiri sebelah dia, aku ni paras bahu je.
“Kenapa buat macam tu dekat kelas? Kalau kantoi dengan budak-budak ni macam mana?” Aku menyoal Abang Hafiz bila tak ada cikgu yang dekat dengan kitorang.
Abang Hafiz tayang muka selamba lagi tak bersalah. “You asked for it, right?”
Aku pulak yang kena balik. “Bila masa pulak?” balasku geram.
“Last night? Siapa agaknya yang cakap dekat abang, ajar PI masa kat kelas hari ni? Hrm?” dia dah mengungkit kata-kata aku semalam. Kureng betul.
“Tapi Lisa tak maksudkan betul-betul!” marahku.
Abang Hafiz hanya menjongketkan bahu. “Lisa yang suruh. Abang ikutkan aje. Lagipun itu je cara untuk Lisa dengar cakap abang.”
Aku membuat muka. Eii dia ni! “Jangan buat macam tu lagi. Nanti diorang suspicious apa je. I’m not ready yet to declare about us,” pintaku perlahan.
Abang Hafiz memandang muka aku tak berkelip. “If and only if Lisa dengar cakap abang dekat rumah,” putusnya.
Aku mencebik. “Tengoklah macam mana.”
Abang Hafiz gelak je dengar jawapan aku. Tiba-tiba dia bukak laci meja dia. 3 biji gula-gula HACKS berplastik ungu dia bagi pada aku. “Nah. Makan time kelas. Malam tadi sudahlah tidur lambat. Sakit belakang abang angkat Lisa, tahu?”
Wargh! Aku rasa nak cari ais letak dekat muka. Panas... panas...! “Siapa suruh abang angkat? Lisa tak suruh pun,” jawabku.
“Isk. Menjawab je.” Abang Hafiz menggeleng. “Sudah-sudah. Pergi masuk kelas. Sambung dekat rumah nanti. Ni dah lambat 5 minit dah ni. Nanti Cikgu Linda marah, abang tak nak bertanggung jawab.”
Aku tersengih je mendengarkan kata-kata dia. “Iyalah.”

Baru aku nak pusing, mataku menangkap susuk tubuh Cikgu Liana yang berdiri di pintu memandang kami berdua. Erk! Janganlah dia dengar apa yang kami bualkan tadi. Kalau dikira jarak meja Abang Hafiz dengan tempat dia berdiri... ditambah pula dengan suara kitorang yang berbual perlahan, aku yakin Cikgu Liana tak dengar apa-apa.

Langkah di atur ke pintu. Pada Cikgu Liana aku menghadiahkan senyuman dan salam aku berikan kepadanya. Sebaik sahaja melepasi dia, aku berjalan pantas keluar dari bilik guru. Ngee... kalaulah dia tahu lelaki yang dia minat selama ni suami orang, macam mana agaknya reaksi dia? Suami aku pulak tu!

Cikgu Linda terdiam sekejap apabila aku memberi salam sewaktu masuk ke dalam makmal. Sebaik sahaja meminta maaf atas kelewatan, aku terus duduk sebelah Wati. Kemudian, Cikgu Linda kembali menyambung pengajarannya.

“Lambatnya?” tegur Wati perlahan. Bimbang menganggu kelas.
“Aku singgah bilik air tadi.”
Wati mengangguk faham. “Eh, makan seorang je? Nak sebijik?” Wati minta gula-gula HACKS bila aku makan sebiji. Plastik gula-gula aku simpan.
“Tak boleh!” Tiba-tiba aku jadi kedekut yang amat. Entah kenapa, aku tak terasa nak bagi orang gula-gula yang Abang Hafiz bagi ni.
“Eii... kedekut! Ni mesti ada yang special bagi ni. Siapa? Joe eh?” usiknya.
Joe yang duduk sebelah kanan aku menoleh. Terdengar agaknya nama dia disebut-sebut.
Aku menggeleng. “Bukanlah!” Orang yang bagi ni lagi istimewa tahu? Tak ada orang lain boleh lawan.
“Kau pernah dengar tak?” suara Wati tiba-tiba jadi lebih perlahan daripada biasa.
“Apa?”
“HACKS tu, maknanya Hanya Aku Cinta Kau Seorang!”
Spontan aku tertelan gula-gula yang kat dalam mulut. Uwaahh! Sudahlah besar lagi gula-gulanya! Ada lagi 2 je ni! Ruginya aku tak dapat nak menikmati gula-gula ni. Huk huk.
“Ah, tak ada maknanya!” balasku laju.
Sebiji lagi gula-gula aku keluarkan. Ni kalau tiap-tiap hari Abang Hafiz bagi, boleh kena kencing manis aku dibuatnya. Wati dah tergelak-gelak. Apa yang lawak pun aku tak tahu. Hrm... Hanya Aku Cinta Kau Seorang? Ustaz Hafiz nak cakap macam tu? Euw... tak sesuai!

9 comments:

Anonymous said...

uztazku sayanglah.....hihihihi

Anonymous said...

ustazku sayanglah...hihihi

imannuraisha said...

sgt chumel....
wahh~~org prtme yg komen ni...
ehehe...
smbgla lagi...;)

sAkEeNa said...

smbg jadi novella..patu hantar mnuskrip..barubest..haha

IVORYGINGER said...

mmg best la ceta ni. sambung bg panjang-panjang pun xpe. kitorg lg suka. he...
tkena lisa kat kelas dgn abg ustaz dia. ahaks...

dontbelong2u said...

HACKS- mendalam maksudnya...
suka sgt cerita nie...

cactaceous opuntia said...

ustaz hacks

sue atie said...

minat gler ngan citer nih....klaka sgt..

tarisuria said...

ahahha, alisa kne setepek kat klas..