::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

16 January 2011

Suami Aku Ustaz?! 12

“Lisa memang serius ke nak study oversea?”
Soalan daripada Abang Hafiz kat sebelah membuatkan aku terhenti membuat latihan Fizik. Kepala aku angkat daripada buku latihan.
“Kenapa?” Aku bertanya.
Abang Hafiz hanya menggeleng. “Tak ada apa.”
Hish... Kecik je Abang Hafiz aku nampak sekarang ni. Dia ni kan suka sangat buat aku tertanya-tanya. Apa yang dia tengah fikir pun aku tak boleh nak agak.
“Kenapa? Tiba-tiba abang rasa nak tukar fikiran ke?” Aku menyoal. Ini je cara terakhir nak tahu apa yang dia tengah fikir.
Abang Hafiz pandang aku sekilas. “Fikiran apa?”
“Manalah tahu tiba-tiba tak bagi Lisa pergi pulak ke?”
“Tak payah nak sibukkan fikir benda yang tahu lagi, lebih baik Lisa belajar je sungguh-sungguh kalau betul nak belajar oversea.” Tu je yang dia cakap.
Ceh! Aku mencebik. “Dia yang mula dulu, kita pulak yang kena.”
Abang Hafiz tersenyum. “Lisa memang dah cadang nak ambil engineering ke?” Dia bertanya lagi. Agaknya memang nak tahu sangat ke perancangan hidup aku?
“Hrm.. Cadang macam tu lah. Jadi macam ayah. Tapikan...”
Abang Hafiz tunggu je ayat aku habis.
“Tapi tiba-tiba Lisa rasa nak ambil bidang agama pulak. Boleh jadi ustazah? Sesuai dengan ustaz. Iya tak Ustaz Hafiz?” Aku mengusik. Nak jadi ustazah? Pendidikan Islam yang simple tu pun payah nak score.
Abang Hafiz geleng kepala je dengar idea aku. “Tak semestinya ustaz pasangannya ustazah. Kalau engineer tapi berpegang kepada fikrah yang sama, pun boleh jugak kan?”
“Fikrah?” Macam biasa dengar je perkataan tu.
“Ideologi. Pemikiran. Cara berfikir.” Ringkas Abang Hafiz menerangkan.
Aku diam. Kalau sambung berbual, mahu jadi kuliah lepas Isyak pulak dekat sini.

“Saya kencing malam..." suara Shin Chan tiba-tiba keluar daripada handset tanda mesej masuk. Spontan aku berbalas pandang dengan Abang Hafiz. Muka dia dah pelik. Aku pulak dah tak tahan nak tergelak. Adoi! Macam manalah boleh terlupa nak tukar tone ni. Aku jeling Abang Hafiz, dia senyum sikit. Kesian dia kan dapat bini macam aku?

-Lisa, tempat biasa?-

Ayat mesej daripada Joe macam biasa kalau nak ajak aku lepak. Lepas aku balas, mesej tu terus aku padam. Kenapa eh? Sebab takut ustaz cek handset aku ni ke?
“Siapa?” Abang Hafiz bertanya.
Aku tersengih. “Anak orang.”
“Johan?” Dia meneka.
Angguk.
“Kenapa?”
“Biasalah ajak jumpa.” Malas aku menjawab. Aku mendekatkan buku rujukan Fizik ke pada aku. Lagi bagus aku belajar.
“Habis Lisa cakap apa?”
Aku jeling Abang Hafiz sekilas. “Cakap suami Lisa ikat kaki tak bagi keluar rumah?” jawabku sarkastik.
Abang Hafiz ketawa. “Ada ke abang buat macam tu?”

Tak sempat aku mejawab, Joe pulak menelefon. Teragak-agak aku nak menjawab dekat depan ustaz seorang ni. Dahlah siang tadi dia dah tegur. Ni kalau aku pergi tempat lain untuk jawab telefon, ada dia ingat aku memang saja nak melarikan diri daripada dia. Last-last aku angkat jugaklah sebab ustaz ni dah tengok aku semacam.
“Susah betul nak lepak dengan kau sekarang. Kau busy ke?” Joe bertanya lepas salam berjawab.
“Tak adalah. Aku malaslah nak keluar.” Tu je alasan yang ada kat fikiran aku sekarang.
“Lah? Selama ni kau lah yang bising kalau aku keluar tak ajak.” Dia mengungkit.
Aku ketawa je dengar dia cakap. Memang pun aku selalu bising dekat Joe kalau dia keluar tak ajak. Bosan kut duduk rumah sorang-sorang. Tapi bila terpandangkan muka Abang Hafiz, terus gelak aku mati.
“Kau dekat rumah ke?”
“Hrm...” Mak oi! Kaku gila nak berbual dengan Joe depan Abang Hafiz ni.
“Seorang?”
“Taklah.”
“Oh! Mak Long dengan Pak Long kau ada eh? Patutlah malas nak keluar! Ingatkan seorang je tadi.”
“Kalau seorang kenapa?’
“Boleh aku datang teman,” Joe membalas dalam ketawa.
Aku pun buat-buatlah gelak dengar lawak dia yang tak berapa nak lawak tu. “Gila kau, tak pasal-pasal kena tangkap basah...” dengan ustaz sebelah ni. Tapi bahagian last tu aku tak sebutlah. Mata aku terpandangkan jelingan ustaz sebelah. Erk! Petanda tak baik.
“Eh, oklah Joe. Aku tengah study sebenarnya ni.” Aku bagi sign nak berhenti. Cuak jugak tengok mata Abang Hafiz pandang aku tajam semacam.
“Oho.. Study tak ajak. Lisa, apa kata kita buat study group? Kau master Kimia, aku ok Fizik. Joe dengan Wati, Math dengan Bio. Hah, cun sangatlah tu. ”Joe menyambung. Aku dah mengurut dahi. Hai... makin panjang pulak dia nak sambung berbual.
“Hrm... Tengoklah esok ke kita cerita. Oklah ek? Esok sambung lagi.”
“Ah, kau ni Lisa. Risau sangat. Aku yang call lah, bukannya kau.”
Aduh! Encik Johan, ni bukan masalah kredit, Encik Johan. Ni masalah lagi besar tahu?
“Err, Joe. Ada orang datanglah. Bye. Assalamualaikum.” Spontan idea itu datang. Aku terus mematikan talian. Handset aku letak balik dekat tempat tadi. Agaknya kalau aku off kan handset dengan tanggalkan bateri dia macam dalam cerita Korea tu, over tak? Hahaha.

“Lisa nak keluar ke?” tiba-tiba Abang Hafiz menyoal.
“Abang bagi ke?”
Dia mengangguk. Aku pandang muka Abang Hafiz tak percaya. Ni kalau dalam cerita kartun, mesti mata aku dah bling-bling dah ni.
“Serius?”
Dia angguk lagi. Aku rasa pelik tiba-tiba. Takkan semudah tu dia nak bagi aku keluar? Hari tu aku keluar pun sampai ke kelas aku kena.
“Boleh keluar. Tapi abang ikut sama.” Akhirnya dia bersuara.
Ceh! Dah agak dah. Mesti ada motif lain ni. “Baik tak payah.” Aku merungut. Duduk dalam rumah ni lagi bagus.

***

Aku keluar daripada koperasi dengan Joe. Baru kami nak berjalan melintasi blok yang menempatkan bilik guru, Abang Hafiz dah melambai dari jauh. Aku mengetap gigi. Sengaja je dia ni tau.
“Kebetulan jumpa. Alisa, ikut saya ke bilik guru.”Dia mengarah macam tak nampak Joe dekat sebelah.
“Ok.”
Abang Hafiz mengalih pandang ke arah Johan dekat sebelah. “Johan, awak pergi dulu. Saya nak jumpa Alisa sekejap.”
Joe terpinga-pinga bila kena ‘halau’ dengan Abang Hafiz. Dia pandang aku sekejap. Bila tengok aku mengangguk, Joe bergerak pergi.
“Saja je...” perlahan aku merungut. Tapi cukup untuk Abang Hafiz dengar.
Aku melangkah masuk bilik guru selepas Abang Hafiz. Sampai dekat meja dia, Abang Hafiz duduk. Gaya macam aku tak ada dekat sebelah je dia buat.
“Dari mana tadi?” Dia menyoal dengan mata dekat kertas atas meja.
Aku buat muka bosan. “Dari kedai kasut. Kan dah habis kelas ni?” sindirku. Dahlah aku tak makan apa lagi ni. Keluar koperasi ingat nak lepak dekat taman tempat selalu tu. Last-last dekat sini pulak perginya.
Abang Hafiz memusingkan badan untuk pandang aku. “Orang tanya elok-elok, cuba jawab elok-elok?” Dia menegur.
Aku menarik nafas. “Iyalah... iyalah. Baru balik koperasi. Ingat nak pergi makan. Ada apa ustaz nak jumpa saya ni?”
Abang Hafiz tersenyum. “Macam tulah cakap dengan suami.”
Aku membulatkan mata. Dia ni suka hati je cakap lepas dekat sekolah. Kalau cikgu lain tahu, malu aku tahu? Nasib baik sebelah ni tak ada orang.
“Ada apa?” aku tanya lagi sekali bila soalan aku tak berjawab tadi.
“Tak ada apa. Saja je tak nak Lisa berjalan dengan Johan.” Tu je jawapan dia.
Aku pandang dia tak puas hati. Isk! Kalau dekat rumah ni memang dah kena dengan aku. Kena apa eh? Huhuhu.
“Hrm... Pergilah naik kelas. Masa rehat pun dah nak habis. Ada 5 minit je lagi ni.” Abang Hafiz memandang jam di pergelangan tangan.

Ya Allah, kecik je aku rasa dia ni lah. Rehat dah lah 15 minit je. Sudahlah tadi bersesak-sesak dalam koperasi entah berapa minit. Lepas tu dengan perut nak ada isi apa-apa lagi ni, dia nak jumpa dekat sini. Tak sampai 5 minit dah suruh aku keluar. Nak tak nak, badan aku pusing jugaklah nak keluar.
“Lisa?” Abang Hafiz bersuara balik.
Aku menoleh.
“Tolong passkan dekat kelas.” Abang Hafiz memberikan helaian handout untuk kelas Pendidikan Islam hari ni.
Aku pandang je kertas yang dia hulur. “Kan ada agama sebelum balik?” Seingat aku nanti Abang Hafiz akan masuk ke kelas nanti sebab ada satu masa Pendidikan Islam sebeum balik.
“Tak nak bagi sudah.” Dia mengambil balik kertas tadi.
Aku terfikirkan sesuatu. Sekurang-kurangnya handout yang dia bagi ni boleh tolong aku bila orang tanya kenapa ustaz nak jumpa kan? Bagus jugak idea Ustaz Hafiz ni walaupun kadang tu aku rasa dia saja nak orang ‘suspicious’ dengan kitorang.
“Meh lah!” Akhirnya aku mintak balik kertas tadi.
Abang hafiz tersengih je tengok aku. Kertas bertukar tangan.
“Hari ni dah start kelas tambahan kan? Elok-elok bawak motor balik nanti. Musim hujan petang je sekarang ni,” pesannya sebelum aku pergi.
Aku angguk je. Belum sempat aku nak berpusing, sempat Abang Hafiz menghulurkan 3 biji gula-gula HACKS. Terus aku teringatkan kata-kata Wati. Ah, tak ada maknanya! Abang Hafiz bagi ni pun sebab banyak dekat atas meja dia.

***

“Lamanya?” Wati menegur aku bila aku sampai dekat tempat kitorang selalu relaks masa rehat.
Joe pulak pandang je aku sejak aku datang.
“Lama ke? Kejap je aku rasa. Tak sampai lima minit kan?” Aku menarik sedikit hujung baju untuk melihat jam di pergelangan tangan.
“Ada apa ustaz nak jumpa?” Joe menyoal.
“Dia suruh bagi ni.” Aku menunjukkan handout yang aku bawak tadi. “Mana roti aku?” Aku menyoal Wati. Roti dihulur.
“Itu je? Kenapa dia tak suruh aku je tadi?” Joe menyoal lagi.
Aku malas dah nak menjawab. Nanti panjang pulak cerita dia.
“Jealous ke bro?” Pa’an yang sejak tadi diam tiba-tiba bersuara.
Aku dengan Wati sama-sama pandang Joe. Muka Joe dah mula nak merah. “Nope!” Dia menidakkan.

Sebaik sahaja loceng berbunyi, kami semua mengangkat punggung mahu masuk ke kelas. Joe dengan Pa’an dah berjalan di hadapan. Aku pulak yang berjalan dengan Wati. Sampai dekat kawasan tak ramai orang, Wati tiba-tiba menarik lengan baju aku.
“Apahal?” Terkejut aku tiba-tiba kena tarik ni.
Wati pandang aku semacam. Aku menelan air liur. Ah, kenapa aku rasa tak sedap hati ni?
“Kau dengan ustaz ada apa-apa ke yang aku tak tahu?”soalan Wati buat aku rasa macam kena cekik.
“Apa-apa tu apa?” Aku menyoal kembali. Saja buat tak faham dengan soalan dia.
“Tak adalah. Aku rasa pelik je dengan ustaz tu. Dahlah masa dekat kelas perhatian dia pada kau lain...”
Erk! Lain? Tak perasan pulak aku.
“Kau ni, banyak fikir yang bukan-bukanlah. Akukan selalu dapat B dalam agama. Tu yang perhatian lebih kut? Dahlah tu, jom naik kelas.” Cepat-cepat aku mematikan perbualan kitorang.
“Kau kalau ada apa-apa janganlah sorok beb. Kata kawan...” Wati tak habis lagi.
Aku buat-buat tersenyum. “Iyalah.. nanti aku kahwin aku jemputlah! Jangan risau.” Jemput ke kenduri nanti lepas SPM. Oklah tu kan?
“Ingat... jangan rahsiakan apa-apa daripada aku.. Kalau tak, aku merajuk dengan kau sampai mati.” Wati mengugut.
Erk! Aku menelan air liur. Ah sudah! Kalau tak sebab Abang Hafiz yang lebih-lebih mesti aman damai hidup aku.

-------
tq.:)

9 comments:

srikandi said...

lelaki mmg mcm tu kan? nmpak mcm tak kisah tapi jeles..
(motip aku tetiba komen..hahha)

Anonymous said...

agak2 smpai bila le layanan lisa kat suaminyer cam tu yek....... sian gak kat ustaz tu......

sAkEeNa said...

sukee ustaz jeles/....

Anonymous said...

mau lg...mau lg...
wt la n3 bru tiap2 hr...
hehehe =)

umi kalsom said...

aku pla yg angau kat ustaz hafiz ni...
lisa xnak... sy nak!!! haha...
best2!!!

Emaharuka said...

Best best,..
Nak lagi kak,he

aqilah said...

suka dgn cara ustaz hafiz.......jealous dlm tegas!!!!!hehehe!!!! hafiz jealous bila joe call lisa......berjalan sebelah lisa......kan!!!kan!!!
apapun, best!!!!!!!!!!!!

hawariyyun said...

aku tengah tunggu kantoi je ni..

deesyira said...

itu karektor ustaz sebenar.mendidik isteri dgan berhemah.romantis dalam tegas...sweet bangat.bukukan cepat2.nak beli ni!!!!!.