::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

20 January 2011

Suami Aku Ustaz?! 14

Bangun pagi aku rasa tekak perit semacam. Tangan aku melekap dekat dahi. Aku rasa dahi, biasa je. Tapi badan aku rasa tak selesa. Rasa macam panas sikit daripada biasa. Ah, sudah. Nak demam pulak ke? Kepala pun rasa berpusing sikit. Rasanya kesan daripada selesema sebab kena hujan semalam.

“Dah solat Subuh ke belum ni?” Abang Hafiz menyoal sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.
Aku menggeleng.
“Enam empat puluh lima dah ni. Nak tunggu matahari naik ke baru nak qada’ solat?” dia dah bising.
Mesti dia ingat aku sengaja tidur balik masa dia kejut. Tapi, memang pun. Tak larat betul rasa nak bangun awal-awal ni. Malas mahu menjawab, aku mendiamkan diri.Lepas tu aku bangun jugak ke bilik air. Selesai menunaikan solat, Abang Hafiz tiba-tiba datang dekat aku masa aku tengah lipat telekung. Tangannya melekat dekat dahi aku.
“Kenapa ni?” Terkejut dengan tindakan dia, spontan aku ke terkebelakang.
“Demam ke?” Itu soalan yang keluar daripada mulut Abang Hafiz. Oh! Nak rasa badan panas ke tak. Lain kali cakaplah awal-awal.
“Tak adalah.” Aku menggeleng.
Dia pandang aku semacam. “Muka nampak sangat tak sihat. Tengok mata tu pun dah tahu. Itulah semalam berhujan. Macam tak boleh nak call suruh abang ambil,”bebel Abang Hafiz.
Aku buat tak dengar. Nombor dia pun aku tak hafal, macam mana nak call? Lepas lipat telekung, aku masuk bilik air sekali lagi untuk membersihkan badan.

Selesai bersiap dengan baju sekolah, aku masuk ruang tengah. Kat atas meja makan dah ada 2 bungkus nasi lemak yang Abang Hafiz beli masa balik dari surau tadi. Baru aku duduk nak makan, Abang Hafiz keluar dari dapur dengan air teh yang dibancuhnya. Tiba-tiba rasa bersalah sekejap sebab tiap-tiap hari dia yang sediakan sarapan untuk aku. Itu tak masuk makan malam lagi.
“Lisa?”
Aku menoleh.
“Ok ke tak ni?” Muka Abang Hafiz risau semacam.
“Ok je. Kenapa?” Kepala pening sikit. Badan pun rasa macam nak demam. Makan panadol 2 biji nanti, oklah ni.
“Sebab bila abang bising Lisa tak menjawab.”
Tersenyum aku dengar dia cakap macam tu. Sakit kepala. Nak menjawab apanya.
“Kan abang suka?” Selalu dia yang bising aku banyak menjawab.
“Menjawab-menjawab pun, abang tahu Lisa dengar apa abang cakap. Kan?”
Aku diam. Tak rasa nak berbual. Nasi lemak pun aku larat habiskan separuh je. Dengan tekak macam ni. Nasi yang sedap pun rasa entah apa-apa dah jadinya. Aku bangun ke dapur mencari panadol. ‘Tak adalah pulak!’ aku mengeluh sendiri. Selalu ada je simpan kat sini.
“Lisa, kalau tak larat tak payah pergi sekolah.” Risau je nada abang Hafiz bersuara bila tengok aku tercari-cari panadol atas rak. Tiba-tiba rasa terharu sekejap ada orang ambil berat dekat aku ni.
Aku menggeleng. Mengada yang amatlah tu kalau tak sihat sikit terus nak ambil MC. Bukannya demam tahap tak boleh bangun dah.
“Lisa gerak dululah,” kata aku bila tengok jam dah 7.05 pagi. Harap ok jelah bila dekat sekolah nanti. Baru nak ambil kunci motor yang aku sangkut dekat dinding, Abang Hafiz dah memanggil.
“Abang hantar.”
Rasa nak terkeluar mata aku dengar ayat penyata daripada Abang Hafiz. Dalam tak sihat-sihat aku ni, rasanya otak masih boleh lagi mencerna maksud ayat dia tu.
“No!” Aku lagi gagah bawak motor daripada semua orang nampak kitorang berdua.

***

“Kau ok ke tak ni?”
Aku senyum je tengok Wati. “Oklah sayang. Larat lagi ni.”
“Kalau sakit kepala, lepak je dekat bilik sakit.” Dia mencadangkan.
Aku menggeleng. Tapi badan rasa makin panas dengan kepala berpusing semacam. Ah, kalah betul aku dengan air hujan ni. Walhal bukannya kena kepala pun sebab dah pakai helmet. Ini sebab selesema ni yang melarat jadinya. Hidung pun dah macam paip air bocor.
“Tak selesalah...” keluar jugak keluhan daripada mulut ni.Tadi berlagak gagah sangat! Ambik kau. Jam baru pukul 9.05 pagi. Lebih lima jam lagi nak balik rumah.
Wati menggeleng. “Pergi bilik sakitlah!”
“Lepas ni BM dua masa kan? Cikgu Jaafar pun tak ada. Nanti time Miss Lai, aku naiklah.” Aku mencapai satu buku teks. Kononnya nak baca. Tapi aku rasa masuk bilik tu, makin sakit adalah. Mahu tertidur terus aku dekat dalam tu.
“Tak naik pun tak apalah. Nanti aku cakap dekat cikgu kau demam,” cadang Wati.
Aku hanya mengangguk.

Tidur aku terasa terganggu. Takkan cikgu bertugas cek student sampai pegang-pegang dahi dengan tengkuk aku ni? Spontan aku bukak mata. Erk!
“Buat apa kat sini?” Aku bertanya bila ternampak Abang Hafiz depan mata. Terkejut monyet aku dibuatnya.
“Abangkan duty minggu ni.” Terjawab dah soalan aku. “Panas ni. Tadi abang cakap tak payah datang, nak datang jugak.” Dia menambah. Sebotol air mineral dengan sebungkus roti dihulurkan dekat aku.
Aku menyambut.
“Makan roti dulu. Lepas tu baru makan panadol.” Dia menunjukkan 2 biji panadol sebelum letak dekat sebelah aku. “Kalau rasa tak ok lagi nanti, balik tengah hari dengan abang. Terus pergi klinik.” Dia mengarah lagi.
Aku diam je. “Kalau tak ok. Tapi kalau ok tak payahkan? Rasanya lepas makan ni oklah.”
Geleng kepala Abang Hafiz bila aku menolak. “Degil!” Itu je kata dia sebelum keluar bilik sakit. Nasib baik aku seorang je kat sini. Kalau tak?

Lepas waktu rehat aku naik balik ke kelas. Adalah sejam lebih duduk dalam bilik sakit tu tadi. Itu pun satu kerja budak bertiga tu bawakkan aku roti dengan air. Walhal sebelum waktu rehat lagi aku dah rehat. Petang ada kelas macam biasa. Langit dah mula gelap macam petang semalam. Nasib baik aku tergerak nak bawak baju hujan tadi. Tak adalah basah kuyup kalau balik nanti.

“Oit, budak tak sihat. Larat ke ni?” Joe menegur bila aku masuk kelas lepas solat Zohor.
Aku angguk je. Panas badan dah kurang. Kepala pun dah mula ok. Berkesan jugak makan panadol tu.
“Ingatkan nak skip je? Kalau tak larat baik kau balik je, Lisa.” Wati menegur lagi. Dia sejak dari dekat surau tadi bising suruh aku balik. Beriyalah aku cakap aku dah ok, dia buat tak dengar je. Terharu betul aku dapat kawan yang ambil berat ni.
“Semalam aku suruh tunggu dekat bus stop masa hujan kau tak nak. Kau tu kan baby, antibodi tak kuat!” sempat Joe mengutuk. Gelak sakan Pa’an bila dengar.
“Kureng!” Aku di samakan dengan baby. “Ini namanya demam mengada-ngada. Tahu? Bukan sebab anti bodi ke apa,” kata aku.
Demam mengada nak mintak perhatianlah ni. Perhatian daripada Ustaz Hafiz. Hahaha. Tapi rasanya tak payah demam pun, perhatian dia dekat aku terlebih macam yang Wati cakap.
“Balik ni, kalau hujan jangan nak redah je. Elok nak baik demam nanti makin teruk pulak,” nasihat Joe.
“Wah Joe! Risau betul kau ya Lisa demam. Aku demam kau buat bodoh je?”
Muka Joe memerah. “Kau lelaki. Lisa perempuan. Lain tu...” bidas Joe bila kena bahan dengan Pa’an.
Aku buat tak faham. Nanti kalau banyak sangat fikir pasal diorang ni, tak jadi kerja aku.

Lepas habis kelas, hujan dah mula nak renyai. Sama macam semalam. Ni tak lama ni lebatlah. Aku laju melangkah ke garaj tempat letak motor. Lepas baju hujan aku sarung, motor terus aku hidupkan. Malas menunggu Joe, aku dah pergi dulu. Baru sampai dekat pintu pagar sekolah, hujan dah mula turun lebat.

Aku berhenti dekat traffic light bila lampu merah menyala. Baru aku nak belok ke kiri, motor aku bagaikan tergelincir je bila aku membrek. Tak sampai 10 saat, aku dah terbaring atas tar dengan motor dekat atas badan. Tak lama dalam keadaan macam tu, dah ada orang datang.

“Lisa, kau ok ke tak ni?” Joe yang dah parking motor dia dekat tepi jalan, tolong angkat motor yang elok landing atas badan aku.
Dengan hujan yang makin lebat, dicampur dengan aku yang masih terkejut, kata-kata yang keluar dari mulut Joe bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri je rasanya. Ya Allah! Sakitnya tangan dengan kaki ni, tak terucap dah. Mujur kereta dari belakang tak banyak.
“Jom ke tepi dulu. Tangan kau pun bleeding tu,” kata Joe bila ternampak siku aku berdarah.
Mengingatkan kami dekat tengah-tengah jalan, aku terus bergerak ke tepi dengan kaki terhincut-hincut. Hah, malam tadi Abang Hafiz duk bercakap pasal tak balik-tak balik, sekarang ni aku pulak yang accident. Nasib baik panjang lagi umur aku ni dapat jugak balik ke rumah.
“Alisa? Awak ok?”
Aku mengangkat muka bila ditegur Cikgu Liana yang berpayung. Kemudian aku terpandangkan kereta Wira merah dia yang tadi dekat belakang aku masa berhenti tadi.
“Bleeding sikit, cikgu.” Aku menjawab. Sekarang rasa nak cepat-cepat naik motor terus balik rumah.
“Sikit apanya? Macam dalam je aku tengok luka tu?” tegur Joe.
“Nak pergi klinik ke Alisa? Saya hantarkan?”
Aku hanya menggeleng bila Cikgu Liana menawarkan diri nak membantu.
“Tak perlulah. Ok ni. Sikit je. Oklah cikgu. Saya gerak dululah.” Aku cuba melangkah. Tapi tapak kaki terasa macam tak boleh nak bergerak. Rasanya macam terseliuh.
“Macam mana nak masuk gear dengan kaki macam tu?” Joe dah bising. “Siku pun payah nak bengkok, macam mana nak bawak motor tu?” bebel dia lagi.
Geleng kepala Cikgu Liana tengok aku. “Hujan makin lebat ni. Awak tak boleh nak buat apa, Alisa. Daripada kita berdiri dekat sini, lagi baik saya hantarkan awak.”
“Aku boleh hantarkan motor kau. Nanti cikgu tolong hantarkan saya ke sini balik boleh cikgu?”
Cikgu Liana hanya mengangguk. Tiada pilihan, aku naik juga kereta Wira merah tu.

“Belok kanan, cikgu.” Aku memberitahu.
Kereta dibelok. Belum pun sampai depan rumah, dari jauh mata aku dah terpandangkan kereta Abang Hafiz. Damn! Terlupa dia dekat rumah. Kenapalah masa-masa macam ni dia tak keluar beli makanan ke? Beli groceries ke? Ah!
“Dekat simpang yang ada pokok bunga kertas tu, cikgu belok kiri.”
Aku pejam mata rapat-rapat. Ya Allah, tolonglah jangan dia perasan. Tolonglah Abang Hafiz jangan keluar rumah sekarang.
“Eh? Bukan ke ni kereta...”
Belum sempat Cikgu Liana menghabiskan ayat, Joe pulak sampai. Dia terus masuk bawah garaj, untuk letak motor. Abang Hafiz dah mengintai di sebalik tingkap. Aku mengetap bibir kuat. Pintu rumah di buka. Abang Hafiz muncul dari dalam. Aku bukak pintu kereta. Baju hujan dengan beg aku ambil. Cikgu Liana dekat sebelah langsung aku tak pandang. Ah, mati aku... mati!

18 comments:

srikandi said...

erk..apakah???
hahah..kantoi ke?

zura asyfar said...

wow suspen la plak..mesti kantoi ni :)

Emaharuka said...

Lalalala x sabar menunggu cite slnjutnye...
Apa yg t'jdi...

Anonymous said...

tulah nak sorok lagi, bestnya

Anonymous said...

yessss...tak sabar org tahu tentang mereka..bestt...nak sorok lagi..

Anonymous said...

padan muka lisa nak sorok sgt kan dah kantoi... baguz jugak kalo mereka tau kan3......cpt smbung x saba ni.....suspennnn

cactaceous opuntia said...

oh man...cpat2...tlg la jgn sorok2 lg...haha

Anor said...

He he he habislah Lisa nak sorok
sgt dah kantoi. cepatlah sambung
suspen betulah. tak sabar pula
nak tunggu. abang hafiz caring
sgt bila Lisa tak sehatkan?...

sAkEeNa said...

ada aura nak kantoi je ni?ahaks

aqilah said...

suka....suka....biar semua org tahu yg Ustaz Hafiz milik LISA!!!! Expecially Joe and Cikgu Liana!!!! hehee.....beZZZZZZZZZZZZ!!!!!!!!!!

umi kalsom said...

biar kantoi. biar semua org tahu abg Hafiz suami Lisa... itu lah, nk main nyorok2 lagi...hehehe...
suka sangat2!!!!

nu adika said...

cepat2 post new n3 kayh?!
hee..suke2!

Anonymous said...

cpt smbg...cpt...
x saba nk tw...
pls jgn kuciwakan kami..

Anonymous said...

wow wow.suspen betol.huha huha.sabar sabar.mari tenang menanti sambungan.

sue atie said...

wah!!!apakah akan terbongkar rahsia lisa tu.....suspen btol

Anonymous said...

cant't waittt!!!!!!

tarisuria said...

ahaha, kantoi...
agak2la, pe la reaksi c.liana dgn joe?? xsabar nk tgu nie..

wiper_shandia said...

waaa.....ape kes pasni??? berdebar2....