::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

23 June 2010

Semanis Kurma

“Kamu ni bila nak mula cari kerja? Dah dekat 3 bulan macam ni ajelah kerja kamu, makan tidur. Malam keluar dengan dengan kawan, balik lewat. Bangun lambat. Macam mana rezeki nak masuk?” Mak Bedah dah memulakan leterannya. Anak lelakinya yang sedang berbaring di atas sofa di pandang.
Azhar menarik nafas panjang. Dia dah mula dah. “Nanti-nantilah mak. Az kan baru je habis belajar. Tunggu lah sebulan-dua lagi,” mata masih tak lari daripada memandang skrin televisyen. Tom tengah laju mengejar Jerry.
“Sebulan dua?!” suara Mak Bedah dah meninggi.
Azhar menutup telinga kirinya dengan jari telunjuk. Nyaring jugak suara mak aku. Kalau dia masuk kelab koir kat universiti aku dulu mesti mantap. Memang koir universiti tu jadi johan je lah kalau masuk pertandingan apa-apa. Azhar dah ketawa di dalam hati.


“Kamu dah 3 bulan duduk macam ni je. Tengok, badan pun dah mula naik. Exercise tak nak. Yang tahunya itulah, televisyen, lepak kedai kopi, makan, tidur.”
Azhar buat pekak. Dah dua tiga kali mak ulang benda yang sama. Tak penat ke mak? Hatinya mengeluh.
“Biarlah budak tu bercuti dulu. Nanti dah kerja payah pulak nak cuti. Lagipun budak tu bukannya tak cari kerja langsung, Cuma belum ada rezeki dia tu.” Suara Pak Hamid mencelah.

Azhar mengangkat kepalanya melihat ayahnya yang sedang khusyuk membaca surat khabar. Eh? Dah dekat sejam dah ayah dok belek surat khabar tu. Ayah ni membaca ke mengeja ayah? Apa-apalah ayah, janji ayah dah selamatkan back up aku. Thank you my dad!

Mak Bedah mencebik. Ish orang tua ni, bukannya tahu nak menasihatkan satu-satunya anak lelaki dia tu. Lagi dimenangkannya ada. Mana tak naik lemak budak tu. Akhirnya Mak Bedah berjalan ke dapur. Mahu menyediakan makanan tengah hari. Jam pun dah dekat pukul 11.00 pagi dah ni. Nanti kalau pukul 12.00 tengah hari tak ada makanan lagi, mahu menjerit orang dalam rumah ni.

“Azhar, tolong ke kedai sekejap. Belikan mak gula. Gula dah habis ni hah. Nanti tak ada pulak kopi untuk kamu berdua. Sudahlah dua-duanya hantu kopi,” jerit Mak Bedah dari dapur.

Azhar bangun dengan malas. Mak ni, nak suruh beli kopi pun panjang lebar dia punya ayat. Kan senang kalau mak cakap, tolong pergi kedai belikan mak kopi. Azhar berjalan ke ruang tamu. Kunci motor di tempat letak kunci dicapai. Tak sampai 5 minit, Honda Wave hitam itu dah meninggalkan rumah.

***

“Kopi... kopi... kopi... Kopi apa eh?” Azhar memandang beberapa jenis kopi di dalam paket yang terdapat di atas rak dihadapannya. “Ah! Ambil ajelah yang mana-mana,” putusnya. Paket kopi berwarna hitam-merah diambilnya.
“Berapa, ya?” soalnya kepada juruwang perempuan di hadapannya.
“Tiga ringgit setengah je, bang.”
Dompet di dalam poket seluar dikeluarkan. Hai... dah nipis dah dompet aku ni. Wang kertas berwarna hijau dihulur. Seketika kemudian, wang baki dipulangkan. Kaki melangkah keluar kedai.
“Datang lagi, bang.” Sempat gadis itu bersuara.

“Kopi?!” suara Mak Bedah dah meninggi.
“Iyalah. Kenapa? Tak cukup ke mak?” Azhar memandang muka Mak Bedah tak bersalah.
“Kan mak pesan beli gula?” suaranya sudah mula mengendur.
Azhar menggaru dahinya yang tidak gatal. Aku silap dengar apa tadi? Bukan ke mak membebel panjang-panjang suruh beli kopi tadi?
“Dah dah. Tak payah nak buat muka macam tu. Kamu keluar balik belikan mak gula. Ingat gula. Jangan kamu beli garam pulak nanti,” arah Mak Bedah.
Azhar tersenyum sumbing. Laju dia melangkah keluar. Mahu kembali ke kedai runcit tadi.
“Saya nak gula dua kilo.”
“Gula ada kat rak sana, bang. Seorang boleh ambil sekilo je,” ujar gadis itu dalam senyuman.

Azhar mengangguk. Kemudian dia berjalan ke arah rak yang ditunjukkan. Sepaket gula dicapai. Gula tengah terhad, kalau kenduri macam manalah agaknya. Sebaik sahaja membuat pembayaran, dia melangkah keluar daripada kedai. Baru je hendak mengeluarkan motor daripada tempat parking, terasa motor kesayangannya disondol dari belakang. Azhar dah terbaring dengan motor elok bersandar di hadapannya. What the world?!

Laju dia ingin bangun. Tapi beratnya motor, ya Allah! Tak payah cakaplah. Memang tak larat nak angkat dalam keadaan terbaring macam ni. Beberapa orang lelaki datang ke arahnya. Ingin membantunya. Sebaik sahaja dapat berdiri, Azhar melangkah ke arah gadis yang baru sahaja keluar daripada kereta kancil miliknya. Baru je beberapa langkah, terasa kaki kirinya sakit. Adoi!

“Saya minta maaf. Saya tak perasan ada motor tadi. Err, saya bawak awak ke klinik ya?” ujar gadis itu.
Azhar hanya memandang gadis itu tak berkelip.

***

“Waa... macam manalah aku boleh terlanggar dia!” Sofia dah memegang kepala dengan kedua belah tangannya.
“Habis tu, mamat tu cakap apa tadi?”
Wajah Nini ditatap di skrin laptop. “Dia minta name card aku. Manalah aku ada.” Tangan kiri dah memangku kepala. Rambut yang kusut dibetulkan.
Nini hanya ketawa. “Habis tu?”
“Aku bagi ajelah nombor phone aku dengan alamat office.”
Nini hanya menggelengkan kepala. “Kau pun belum masuk office tu kan?”
Sofia mengangguk. “Habis tu, takkan nak bagi alamat kampung aku kat KT tu pulak. Ada terkejut mak ayah aku tiba-tiba ada orang datang minta ganti rugi.”
“Tapikan, bukan sepatutnya itu salah dia ke? Tiba-tiba je keluar tak tengok belakang?” soal Nini.
Sofia hanya mengangkat bahu. “Sepatutnyalah. Tapi aku malaslah nak lebih-lebih. Dia tu dahlah lelaki. Kalau apa-apa nanti, payah.”
Nini mengangguk tanda faham.
“Okaylah Nini, got to go. Nasib baiklah dapat skype dengan kau. Thanks!”ujar Sofia sambil tersenyum.
“Sure darling. Apa-apa jangan lupa beritahu. By the way, good luck untuk hari pertama kau kat sana nanti.”
Sofia mengangguk. “Same goes to you. Harap-haraplah intern kita ni berjalan lancar,” doanya.
Nini hanya tersenyum. “Amin...”
“Ok Nini, aku nak out ni. Tata!” tangan kanan diangkat lalu melambai ke arah Nini di hadapan. Eh! Bukannya Nini, tapi laptop ni hah.
Nini membalas. “Eh! Jangan lupa kirim salam dekat Mr. F kau! Ok, assalamualaikum!” Nini dah sengih mengusik. Sempat lagi tu.
Sofia membulatkan mata. Pipi dah terasa panas. Banyaklah kau punya Mr. F. Huh! Salam dijawab di dalam hati. Cursor dibawa ke arah tanda pangkah berwarna merah di hujung kanan window. Dah nak maghrib, lebih baik bersiap cepat.

***

Wajah Farid yang serius mendengar penerangan daripada Encik Muhammad dipandang curi-curi. Ah! Tak sangka dapat setempat dengan Farid. Tapi Farid lagi untung, rumah dekat. Aku ni, dari Kuala Terengganu kena merantau dekat ibu negara ni hah. Mana nak kena bayar sewa bilik lagi. Nasib baiklah bulan-bulan ada jugak elaun sikit. Hai...

Hujung mata Farid melirik ke arah aku. Erk! Laju aku pandang ke arah Encik Muhammad di hadapan. Muka terasa panas. Ah! Segannya! Janganlah Farid sedar aku dok mengusha dia sejak dari tadi. Aku menunduk, tak nak menampakkan sangat muka yang aku rasa dah blush ni. Bibir diketap, kemudian kepala kembali diangkat.

“Faham semua?”
Angguk.
“Baiklah, kita dismiss.”
Masing-masing dah bergerak mahu keluar daripada bilik ini.

Sofia melangkah ke arah mejanya. Kerusi yang berwarna hitam itu didudukinya. Nafas ditarik dalam-dalam. Yezza! Hari pertama ini akan dimulakan sebaiknya dengan penuh semangat. Bunyi tapak kasut yang sedang berjalan menghala ke arahnya menarik perhatian Sofia. Bunyi itu berhenti sebaik sahaja sampai betul-betul dihadapan mejanya. Sofia mengangkat muka. Eh... Faridlah! Mata terasa dah bling-bling.

“All the best!” ucap Farid.

Sofia mengangguk. ‘Untuk awak jugak!’ tapi hanya ucap dalam hati ajelah. Mulut dah macam ada ketulan emas. Tak boleh nak bersuara. Farid hanya tersenyum lalu melangkah pergi. Farid... kacaknya dia! Dari sejak tahun satu kenal dia, sampai sekarang ni minat aku pada dia tak pernah surut. Dada terasa sesak sekejap. Tak boleh nak bernafas. Ah! Gila malu kalau terkantoi dengan Farid ni.

Tapi hari ini dalam sejarahlah. Mana pernah Farid senyum kat aku. Bercakap dengan aku apatah lagi. Selama ni dia dengan kawan-kawan lelaki dia je kat universiti dulu. Kalau ada dengan perempuan pun sebab atas urusan belajar. Macam masa semester 1 tu. Kena buat engineering projek. Nini dapat satu group dengan dia. Isk! Jeles betul aku. Baru je ingat nak bertaaruf dengan si Farid ni kalau dapat satu group dengan dia.

Agaknya Allah tak nak budak sebaik Farid tu spoil sebab budak nakal macam aku ni kut. Iyalah, Farid tu dahlah stok alim-alim. Budak usrah. Budak rakan masjid, sahabat surau, teman musolla. Semua yang baik-baik itu Faridlah! Manalah nak layak dengan perempuan macam aku ni. Tapi tak apa, aku akan setia meminati Farid dalam diam. Yeah!

Hari pertama berjalan lancar. Hari ni banyak pengenalan tugas, kena brief sikit-sikit apa kerja sepanjang praktikal ni. Nasib baiklah dapat supervisor perempuan. Tak segan sangat kalau nak bertanya itu ini. Aku inikan ala-ala perempuan Melayu terakhir. Puan Jun itu pun macam ok orangnya. Heh, tapi tak bolehlah nak lebih-lebih. Baru hari pertama kan? Sekali dia ni jenis strict, pantang silap sikit, habislah result aku untuk semester ni.

Farid pulak dapat supervisor lelaki. Oklah tu. Kalau orang macam Farid dapat supervisor perempuan, mesti dia kekok. Ek eh, aku pulak yang lebih-lebih. Haha. Tapi bersyukurnya aku dapat sama tempat dengan si Farid ni. Bolehlah aku usha-usha dia sikit.

***

“Bolehlah...” Azhar dalam proses memujuk rayu sepupunya seorang ini.
Hafizah mengeluh. “Kau serius ke ni? Aku bukan tak nak ambil kau. Tapi iyalah, kau tu dahlah masters holder. Gaji yang aku boleh bagi pun berapalah sangat?”
Azhar menggeleng. “Aku tak kisahlah. Lagipun ni sementara je, nak menunggukan aku dapat permanent job. Kalau tak mak aku tu dok membebel ajelah siang malam.” Azhar dah buat muka kesian.
Hafizah mengeluh. “Oklah... oklah...”
Azhar dah senyum sampai ke telinga.

“Kamu nak kerja dengan Pizah? Sejak bila pulak kamu pergi kursus menggubah bunga ni Azhar?” Mak Bedah hanya menggeleng kepala mendengar cerita anaknya seorang itu. Hai... masters ada boleh dia cari minta kerja dengan si Pizah kat kedai bunga tu. Kalau si Azhar ni berseni tak apalah jugak. Ini seninya bukan pada menggubah bunga, tapi menggubah bangunan. Ada hancur bunga orang dikerjakannya nanti.
“Alah mak... bukannya jadi tukang gubah bungalah mak.” Azhar mencapai cawan berisi air kopi di hadapannya.
“Habis tu?”
“Az jadi tukang hantar bungalah mak. Alah... delivery boy. Macam Mc Donald tu...” jelas Azhar.
“Jadi delivery boy?” dahi Mak Bedah dah berkerut. “Berapa gaji si Pizah bagi kamu?”
“Adalah sikit,” ujar Azhar berahsia.
“Kenapalah kamu tak cari kerja betul-betul Azhar? Ingat senang ke mak nak merisik anak dara orang kalau dengan kerja kamu yang tak menentu tu?” bebel Mak Bedah.

Pak Hamid hanya menggeleng mendengarkan isterinya membebel. Nasib baiklah tinggal Azhar seorang je kat rumah ni. Kalau 4 orang kakak atasnya pun sama, lagi gamatlah rumah ni dengan suara kelima-lima orang ni. Azhar dah buat muka. Mak aku ni lah... Nasib baik seorang je mak dalam dunia ni. Kalau ada sepuluh? Isk isk... Tak dapat aku bayangkan. Azhar dah tergeleng-geleng.

“Yang kamu dok tergeleng-geleng tu kenapa?” soal Mak Bedah. Aku dok bagi nasihat dari tadi dia tak dengar pulak.
“Mak ni... hari tu sibuk bisingkan Az tak ada kerja. Ni bila Az dah dapat kerja sibuk pulak sentuh isu nikah kahwin ni,” rungut Azhar.
Mak Bedah menggeleng. Ligat tangannya melipat baju. Baju tak berlipat yang tadinya dah macam gunung kini seolah-olah sudah ditarah. “Iyalah. Semua tu berkait. Kamu kerja, lepas ni kahwin. Tapi kalau kerjanya tukang hantar bunga, isk! Tak ada siapalah yang hendak bermenantukan kamu tahu?”
Azhar hanya buat tak dengar. Mak ni, risau sangat. Kalau aku dah kerja bagus baru orang nak pandang, itu namanya orang tak pandang diri aku, hati aku. Tak terima aku seadanya. Ish! Tak naklah aku.
“Pizah pandang mak!” balasnya sengaja mahu mengusik emaknya. Kemudian dia berjalan ke dapur dengan membawa bersama cawan yang digunakannya tadi lalu dibilas.
“Pizah?!” suara Mak Bedah dah meninggi.
“Kamu jangan nak mengada. Dia tu anak pakcik kamu. Pakcik kamu tu adik beradik ayah kamu. Tak berkembang keturunan kalau kahwin sepupu ni tau!” tingkah Mak Bedah.
“Alah mak, kalau dah jodoh tu tak kemana...” balas Azhar dari dapur. Bibirnya dah tersenyum-senyum. Dia tahu, makin disakat, makin bisinglah mulut orang tua itu. Ah mak! Dah lama anak mak ni tak dengar mak membebel sepanjang hari.
“Kamu ni, ada sajalah jawabnya. Dah! Ni tolong mak letakkan baju kat dalam almari,” arah Mak Bedah.

Budak ini, sengaja mahu kasi dirinya membebel satu hari ni. Tak sah agaknya tak dengar aku membebel. Ingat tak penat ke membebelkan benda yang sama? Tapi itulah, lagi kita bising lagilah dia buat. Mak Bedah bingkas bangkit setelah selesai melipat kain. Tekaknya tiba-tiba terasa dahaga. Kaki dihayun ke arah dapur. Segelas air mati diteguknya. Barulah hilang dahaga.

“Hai mak? Dah dahaga?” usik Azhar dengan ketawa yang ditahan. Banyak sangat membebelkan akulah tadi. “Kering tekak ye mak?” akhirnya gelak terkeluar juga.
Mak Bedah memukul belakang badan Azhar. “Ish kamu ni! Tak ada lain, nak mengenakan mak je!” marahnya.
Azhar hanya ketawa.
“Dah kerja dengan Pizah tu, jangan lupa sambil-sambil tu cari kerja lain. Takkan sampai ke tua kamu nak jadi tukang hantar bunga.”
“Iya mak. Janganlah mak risau,” jawab Azhar sambil mengangguk. Bajunya yang sudah dilipat diangkat dan mahu dibawa masuk ke dalam bilik. Esok dia bakal menjadi Azhar the delivery boy!

***

Tadi first time pergi field trip. Excited betul tadi. Dulu pun ambil kos yang melibatkan kerja luar ni sebab tak nak duduk kat dalam ofis dua puluh empat jam. Rimas rasanya tak tengok dunia luar. Puan Jun banyak menerangkan itu ini. Aku pulak mengangguk tanda faham. Sesekali bertanya jugak kalau ada mana-mana yang tak clear tu.

Penat rupanya jadi jurutera rupanya. Ini baru praktikal, kalau dah kerja betul-betul macam mana agaknya? Lusa pulak field trip ke tempat lain. Utara selatan timur barat aku kena pergi. Mana nak kena deal dengan orang lagi. Nasib baik Puan Jun banyak bagi tunjuk ajar. Kalau dapat jumpa manusia yang jenis ok tak apa jugak. Ini bila tahu kita ni budak praktikal, macam kena buli je. Lagi-lagi bila kita ni perempuan.

Tangan ligat mengisi buku laporan praktikal. Sekilas jam di laptop dijeling. Dah pukul 10.00 malam. Lepas ni nak baca sikit bahan yang Puan Jun bagi untuk presentation dengan Haji Syed esok. Isk! Tak apa Sofia, anggap macam presentation masa dalam kelas je. Insya Allah ok!

***

“Err... Farid!” panggil Sofia sebaik sahaja dia lalu di hadapan mejanya.
Farid berhenti lalu menoleh. “Iya?”
Aku mengetap bibir. “Kau... dah makan?”
Farid mengangguk. “Dah.”
Aku dah buat muka frust. Baru je nak ajak lunch sama. Hai... nampaknya Farid dah menolak dalam diam ni.
“Makan breakfastlah. Lunch belum,” ujarnya tersenyum.
Aku dah menunduk nak sembunyikan bibir yang nak tersenyum dari tadi. “Lunch sama?” ajakku. Kemudian aku terdiam. Wah! Sofia dah berani ajak anak ternua orang lunch! Alah! Bukannya lunch berdua je pun, ada je staf lain sekali. Tapi wah... makan tengah hari dengan Farid seh! Mahal tu!
Farid mengangguk. “Ok.” Dia dah berjalan ke tempatnya.
Yes! Yes! Yes! Aku dah gembira tahap giga dah. Tangan dah buat macam-macam gaya bagi menzahirkan kegembiraanku.
“Err... Sofia?” Farid tiba-tiba menoleh.
Aku terberhenti daripada bergerak. Alamak! Segannya. Kepala menunduk sekejap, kemudian diangkat kembali.
“Ya?”
Farid memandang pelik. “Tak ada apa-apalah.” Farid dah melangkah pergi.
Wah Farid! Janganlah buat aku macam ni! Dup dap dup dap jantung aku dibuatnya.

***

Kertas putih bertulis alamat dan nombor telefon itu dipandang tanpa jemu. Nak contact tapi segan. First time ternampak wajah gadis itu, hati dah terasa lain. Berdebar semacam. Love at first sight? Mungkin. ‘Nurin Sofia huh?’ getus hatinya. ‘Awak dah curik benda paling berharga daripada saya.’
“Jauh termenung, Az?” suara Hafizah menyapa dari belakang.
Azhar tersenyum. Kertas putih tadi kembali dimasukkan ke dalam dompet.
“Ni ada bunga kau nak kena hantar,” arah Hafizah lalu menunjukkan jambangan bunga di atas meja.
Mata memerhatikan jambangan bunga ros itu. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
“Pizah tolong aku!”

***

“Sofia, ini ada bunga untuk kamu.”
Sofia memandang Kak Anne di hadapannya dengan pandangan pelik. Bunga?
“Siapa pulak yang bagi?” Tak sangka aku Farid ni pandai buat surprise untuk aku. Aku menoleh ke arah Farid. Farid pulak pandang aku semacam.
“Tunang kamulah agaknya,” jawab Kak Anne.
Dahi dah berkerut seribu. Bila masa pulak aku bertunang ni? “Tunang?”
“Iyalah. Kan ke kamu dah bertunang. Tu cincin kat jari tu apa tandanya?”

Alamak! Cincin ni saja je pakailah kak. Cincin belah rotan yang tersarung di jari manis dipandang. Ini cincin mak sayalah! Malas mahu memanjangkan cerita, bunga diambil lalu dibawa ke meja. Sekeping kad yang terselit di celah bunga dicapai. Tak ada pulak tulis apa-apa. Sekadar menulis nombor telefon yang entah milik siapa entah. Sekali bukan aku yang punya. Tapi takkanlah untuk orang lain sebab memang ada nama aku kat situ.

Farid lalu dihadapanku. Bau minyak wangi dia aku dah kenal. Eheh, baru je beberapa hari dah kenal bau minyak wangi, bunyi tapak kasut, cara dia berjalan. Teruk angau aku ni. Kepala diangkat dan segaris senyuman diberikan kepada Farid. Farid hanya buat tak tahu. Wa... Farid, janganlah macam ni. Aku pun tak tahulah siapa yang bagi bunga ni! Baru je nak merapatkan diri dengan Farid, dah ada macam-macam dugaan.

***

Sofia memakan nasi goreng kampung sambil menonton tv. Sesekali 3 kuntum bunga ros yang sudah layu di atas meja didalam bilik mengganggu fikirannya. Sengaja bunga itu tidak dibuang. Dah orang bagi, takkan nak buang pulak. Lainlah kalau yang bagi tu musuh aku. 3 kuntum bunga maknanya dah 3 minggu berturut-turut aku dapat bunga ni dengan nota yang sama, nombor telefon. Tak kuasalah aku nak call, dia yang bagi, aku pulak nak call. Bunyi handset di sebelah menarik perhatian. Handset dicapai. Siapa pulak ni?

“Assalamualaikum,“ si pemanggil memberi salam.
Salam berjawab. Siapa pulak ni? Suara lelaki. Takkan Farid kot. Mana dia ada nombor aku. Tapi kalau ada kan bagus! Haha.
“Hai awak!”
Dahi dah berkerut. “Err.. Hai!”
Diam sekejap. “Siapa ni ye?” soalku.
Lelaki itu ketawa. “Azhar...”
“Azhar?”
“Azhar. Motor, accident, ros? Ingat?” Janganlah tak ingat cik adik manis. Habis duit saya beli bunga ros untuk awak tiap-tiap minggu.
Otak ligat berfikir. Cuba mengingatkan. Yang part ros itu aku fahamlah dia yang bagi. Sampai orang ingat tunang aku yang bagi. Tiba-tiba status aku bertukar menjadi ‘engaged’. Part orang ingat aku dah bertunang tu aku tak risau sangat sebab memang itu pun tujuan aku pakai cincin. Takut ada orang kacau. Eleh Sofia, gaya ada je orang yang nak kat kau. Tapi yang part accident tu yang mana eh? Kepala digaru. Oh! Mulut dah melopong. Accident yang masa sebulan lepas tu ke? Adoiyai! Ingatkan dah tak wujud dah lelaki tu. Tak ada pun call minta ganti rugi ke apa.
“Oh...”
“Dah ingat?”
“Dah.” Diam lagi. “Kenapa call?”
“Nak minta ganti rugilah cik Sofia...” meleret suara lelaki itu. Ei! Macam lelaki gatal pun ada. Takut aku.
“Dah sebulan dah, encik. Saya ingat encik tak ada apa-apa?” Jatuh macam tu je pun nak minta ganti rugi ke? Hari tu masa aku nak bawa ke klinik cakap tak payah. Rasanya motor dia pun tak adalah rosak mana pun
“Ada. Ada benda lagi yang belum habis. Esok kita jumpa boleh?” soalnya. Please... please... tolonglah cakap boleh.
“Bila tu?”
“Lepas Sofia balik kerja?” perkataan cik dah hilang dah.
Sofia terdiam. Berfikir.
“Ok. Kat mana?”
“Restoran Ala Thai yang dekat dengan tempat kerja Sofia,” putus Azhar.
Dahi Sofia berkerut. Dia ni macam biasa je dengan kawasan ofis aku tu. “Ok.”

Jam dipergelangan tangan di tengok. Lambatlah pulak lelaki ni. Farid tengah makan denganbeberapa staff dekat meja sebelah. Tadi diorang ajak jugak aku duduk sekali, tapi aku cakap nak jumpa orang. Baru cakap nak jumpa orang dah kena sakat. Tapi Farid je yang diam. Sikit tak tegur aku. Sampai hati awak Farid. Malam ni nak mengadu kat Nini!

Seorang lelaki berpakaian seragam mana entah datang ke arah Sofia. Sofia merenung ke arah lelaki itu. “Azhar?”
Lelaki itu mengangguk. Sekuntum bunga ros di berikan kepada Sofia. Sofia menjeling ke arah meja sebelah yang sedang memerhatikan ke arah mereka. Alahai, kalau tak ambil nanti malu pulak lelaki ni. Akhirnya bunga bersambut. Azhar tersenyum.
“Sorry lambat. Baru hantar delivery tadi kat rumah orang,” ujarnya. Mata tak lari daripada memerhatikan Sofia. Cantik budak ni.
“Delivery?”
“Delivery, hantar bunga,” jelasnya pendek.
Sofia mengangguk. Faham. Delivery boylah ni. Paling mesti lagi muda dari aku. Muka pun tak nampak tua sangat. Putih. Babyface.
“So, macam mana dengan kaki encik?” baru je habis bertanya soalan, seorang waiter dah datang nak ambil order.
“Apa kata kita order dulu?”
Sofia mengangguk.

“Sebenarnya saya ok je. Alhamdulillah tak ada apa-apa,” jelas Azhar.
Sofia mengangguk malas. Dah tau ok kenapa ajak aku jumpa? Isk! Dahlah Farid pun ada kat sini. Makin jatuhlah saham aku. “Dah tu?”
Azhar tersenyum. “Saja nak jumpa. Teringin nak berkenalan dengan cik Nurin Sofia,” balasnya.
Sofia buat muka terkejut. Mahunya tak terkejut. First time ni ada orang terus-terang je cakap nak berkenalan dengan aku. Nasib baiklah meja aku dengan meja sebelah ni tak dekat sangat. Kalau tak, apalah yang Farid fikir nanti. Ni dah jumpa berdua macam ni pun aku rasa Farid dah fikir bukan-bukan. Huk huk huk... Farid...
“Oh.” Sofia dah tak tahu nak bagi reaksi macam mana.
Kening Azhar terangkat sebelah. Macam tak berminat je Sofia nak berkenalan dengan aku. “Kenapa? Tak boleh ke? Saya tahulah saya ni delivery boy je...” suaranya dah meruntun sayu. Betul kata mak, kalau setakat kerja macam ni jangan haraplah ada gadis nak pandang.
“Eh! Taklah. Bukan macam tu.” Sofia dah bermain dengan jari jemarinya. Apa aku nak jawab ni.
“Habis tu?”
Erk! Apa nak jawab ni. Alah, Sofia... budak ni nak berkawan je. Lagipun bukannya kau tak biasa kawan dengan lelaki. Dia ni pun pangkat adik-adik je ni. Sofia tersenyum. “Saya tak kisah pun.” Kawan je kan? Tak luak apa pun. Waiter dah datang dengan membawa pesanan tadi.
Azhar tersenyum senang. “Kalau macam tu, saya belanja awak makan malam ni.”

***

“Macam mana ni Nini?”
Nini hanya ketawa.
“Dahlah satu ofis ingat aku dah bertunang, makin jauhlah Farid daripada aku.” Kat mata dah terbayang-bayang Farid berjalan jauh meninggalkan aku. Kalau sebelum ni ada juga sepatah dua Farid bercakap. La ni tak ada langsung. Senyum pun kadang-kadang.
“Doa je lah banyak-banyak. Kalau jodoh kau dengan dia, adalah tu.” Nani memujuk tak berhenti. “Mamat yang kau langgar tu ok je?” soalnya.
Sofia mengangguk. “Ok. Baik budaknya. Selalu jugak mesej aku.”
“Wah... dah main mesej-mesej,” usik Nini.
“Ala... dia tu pangkat adik-adik ajelah. Muka pun nampak muda lagi. Agaknya tengah cuti belajar kot. Kat banyak U tengah cuti sekarang. Kita je yang ada praktikal.”
Nini mengangguk tanda faham. “Iyalah. Pandai-pandailah kau jaga diri. Berkawan tu jangan buat pelik-pelik dah,” nasihatnya.
Sofia mengangguk.
“By the way, ada benda aku nak kongsi dengan kau,” ujar Nini ceria.
“From usrah?”
Nini mengangguk.
“Apa dia?”
“Ayat Al-Quran. Naqibah aku bagi. Dia cakap, untuk ringankan jodoh,” terang Nini.
Muka Sofia dah bercahaya. “Menarik ni. Surah apa? Ayat apa?”
“Surah Yusuf ayat 4, Surah An-Anbia ayat 89 dengan surah Al-Qasas ayat 24. Hafal lah,” ujar Nini.
Laju tangan menyalin. “Ulang balik Nini, surang yang last tu.”
“Al-Qasas ayat 24.”
Sofia dah tersenyum. Heh, kalau part-part jodoh ni laju je. Cuba kalau benda lain, mesti liat.
“Thanks bebeh!” ucapnya pada Nini.
Nini mengangguk.

***

Sebulan dah kerja aku berbalas mesej dengan Azhar. Tapi kerja masa praktikal ni tak pernahlah terjejas. Tiap-tiap minggu masih lagi dapat sekuntum bunga daripada Azhar. Rajin betul nak bagi aku bunga-bunga ni. Sweet jugak mamat ni. Romantik. Agaknya Farid macam dia ke?

Ahah! Lagi satu yang best, bunga tu dia hantar sendiri pulak tu. Best jugak berkawan dengan delivery boy ni. Ni baru kedai bunga. Kalau Mc D ke... Pizza Hut ke.. memang tiap-tiap minggu dapat makan free. Farid macam itu jugaklah dia. Aku rasa harapan aku hanya tinggal harapan ajelah. Dia pun macam tak berminat pun nak ambil tahu pasal aku.

+Saya ada interview esok.
Mesej daripada Azhar dibaca. Interview? Budak ni nak tukar kerja ke?
-Interview apa?
+Lecturer.
Mataku membulat. Lecturer? Pensyarah? Biar benar mamat ni? Bukan ke dia belum habis belajar lagi ke? Soalan yang bermain difikiran akhirnya diluahkan.
+Saya dah habis belajarlah cik adik. Delivery boy tu part time je sementara nak tunggu permanent job.
Sofia tersengih. Cik adik? Selama ni aku yang anggap dia adik. Hari ni terbalik dah. Tapi kalau nak jadi lecturer paling kurang kena ada masters.
-Habis tu awak ada masters lah?
+Yup.
-Whoa...

Akhirnya telefon berdering. Laju aku jawab sebelum staff kat pejabat ni terganggu.
“Apa yang terkejut sangat tu?” soal Azhar.
Sofia tersengih macam kerang busuk. “Ingatkan awak tengah belajar lagi ambil degree. Lepas tu awak tengah cuti sekarang sebab tu jadi delivery boy,” balasnya.
Azhar dah ketawa dihujung talian. “Tapi kira oklah awak cakap saya tengah cuti daripada awak cakap saya ni tak belajar langsung.”
Sofia tak membalas.
“Doakanlah saya dapat kerja tu ya?” pinta Azhar.
Sofia mengangguk seolah-olah Azhar dihadapannya. “Insya Allah...”
“Nanti bila dah setahun kerja kalau duit dah cukup, bolehlah saya pinang anak dara orang,” ujar Azhar perlahan.
“Oh! dah ada calon?”
“Yup!” bersemangat Azhar menjawab. Awaklah calonnya!
“Orang mana?”
“Orang Kuala Terengganu.” Wah! Dekat dengan tempat akulah ni.
“Senanglah saya nak pergi nanti.”
“Senang sangat. Dekat rumah awak je.”
“Dekat dengan rumah saya? Awak pernah sampai ke rumah saya?” Bila masa pulak budak ni tahu rumah aku?
“Bukan dekat dengan rumah awaklah...” Azhar menarik nafas. “Dekat rumah awak. Sebab awaklah calonnya!” sambung Azhar
Sofia dah terdiam. Mamat ni tengah propose aku ke apa ni? Gila. Tak pernah-pernah selama ni berbual pasal personal. Lagipun, Farid aku nak letak kat mana?
“Err... Azhar, saya sebenarnya tak bolehlah Azhar,” balasku gugup.
Azhar terdiam. “Kenapa?”
Alamak! Apa aku nak jawab ni? “Saya dah bertunang,” tegas aku bersuara.
Azhar terdiam sekejap. “Habis tu? Kenapa awak layan mesej-mesej saya selama ni? Awak nak main-mainkan saya ya?” dingin Azhar bersuara.
Sofia menelan air liur. Rasa dah terperangkap dengan alasan sendiri. Mesej dengan Azhar 24 jam macam tak ada apa-apa sekali tup tup cakap diri ni dah bertunang. Adoi... cuak aku! “Mana ada... Kan kita kawan. Salah ke?”
“Kawan? Takkan awak layan kawan awak lebih daripada awak layan tunang awak?” marahnya. “Saya tak suka dengan perempuan macam awak, Sofia. Awak main-mainkan saya, mainkan tunang awak. Apa pun masalah awak dengan tunang awak, janganlah sampai awak melayan lelaki lain. Terima kasih Sofia untuk persahabatan kita sebulan ni.”
Talian mati. Sofia tercengang. Wah? Macam tu je? Apa ni? Tapi dalam hati masih ada rasa bersalah.

***

“Saya dah bertunang.”

Kalau dah bertunang, kenapa tak cakap awal-awal? Azhar menghempas kertas A4 dipegangannya ke atas meja.
“Shoot!” marahnya. “Perempuan. Ah! Dah ada tunang boleh pulak melayan lelaki lain,” luahnya geram. Tapi bila aku fikirkan balik, masa aku berkawan sekejap dengan dia, tak ada pulak cara dia macah dah berpunya. Isk! Payah betul.

-Awak, sorry... :(

Mesej daripada Sofia tidak dibalas. Buat apa nak menyakitkan hati sendiri. Cukuplah Sofia, jangan cari saya lagi. Namun dalam hati ni tetap ada perasaan tak puas hati. Sebab rasa macam mengejut je tiba-tiba Sofia cakap dia dah bertunang.

“Tak boleh jadi ni!” dia bercakap dengan diri sendiri.

***

“Lamanya tak jumpa kau!” Nini dah memeluk Sofia erat. Sofia membalas.
“Aku pun! Rindunya! Kau kat selatan, aku kat utara. Bagus betul!” balasnya.
“So, is everything ok?” soalnya.

Sofia mengangguk malas. Oklah kot. Sejak hari Azhar marahkan aku, terus tak ada call, tak ada bunga ros. Aku sedar jugak orang kat ofis tu bertanya, tapi aku cakap aje yang Azhar dah pindah. Sebenarnya rindu jugak dekat dia. Iyalah, Azhar itu ajelah kawan aku sepanjang hari masa praktikal tu. Lepas aku cakap aku dah bertunang terus dia tak hubungi aku. Kecewa sangat agaknya.

Hari ni sibuk dengan pendaftaran untuk masuk semester baru. Semester satu tahun akhir. Haraplah sepanjang tahun akhir ni semuanya berjalan lancar. Engineering projek sudah, praktikal sudah insya Allah hanya tinggal FYP jelah. Final Year Project. Tangan mengacau sudu di dalam cawan. Kemudian air milo itu diminum. Erm, sedap! Tak panas sangat, tak sejuk sangat. Nini baru je masuk bilik lepas mandi.

“Sofia, sebenarnya aku ada berita ni nak beritahu kau.” Nini mengambil tempat di atas katil Sofia.
Sofia menoleh ke belakang. Nini dilihat sedang mengeringkan rambut dengan tuala. “Apa dia?”
“Sebenarnya aku nak cakap dah lama. Tapi aku risau pulak sebab kau sorang-sornag kat sana. Jadi aku ingat nak cakap masa naik semester inilah,” panjang lebar mukadimah Nini.
Sofia buat muka. “Apa dia?”
“Kau ok ke ni? Kau jangan terkejut sangat ye?” soal Nini lagi.
Sofia menarik nafas panjang. “Straight to the point please, Nini.”
“Farid, dia err...”
Sofia memandang bersemangat. Kenapa dengan Farid? “Dia apa?” Dada terasa berdebar menunggukan kata-kata seterusnya.
“Dia dah bertunang. Dengan Ani...”
Hancur luluh hati ini mendengarnya. Sofia kembali berpusing ke hadapan. Kepalanya menunduk. Terasa ada batu menghempap ke kepala. Farid dah bertunang? Apa semua ni? Kenapa aku tak tahu? Tiba-tiba terasa ada tangan menyentuh bahunya.
“Kau ok?” lembut Nini bersuara.
Angguk.
“Sebab ni aku tak nak beritahu kau masa kita tengah intern,” ujar Nini.
Sofia tak membalas. Masih lagi tak dapat menerima kenyataan. Farid dah bertunang? Maknanya dia sudah tak ada peluang lagi! Tapi kenapa hatinya tidak sekecewa mana?
“Bila?” Sofia bersuara secara tiba-tiba.
Nini mengerutkan dahi. “Apa yang bila?”
“Dia bertunang.”
“Masa sebulan sebelum kita habis praktikal.”
Nini masih setia disisi Sofia. “Ani yang cerita dekat aku. Dia tak percaya juga mulanya. Iyalah, mengejut je mak ayah Farid datang rumah dia. Masa tu...”
“Dahlah. Aku tak nak dengar apa-apa.”

Nini sedikit terkejut mendengar kata-kata yang keluar daripada Sofia. Baru aku nak bercerita, dia dah potong je ayat aku macam tu. Tersentak jugak dibuatnya. Tak apalah, kesian juga dekat makcik ni. 4 tahun dia pendam perasaan dia last-last habis macam tu je. Sofia menghabiskan milo di dalam cawan. Nini disebelah masih tak berganjak. Sofia bangkit. Mahu ke dapur untuk membasuh cawan.

“Kau ok?”
Angguk.

***

Dah seminggu berlalu sejak dapat tahu Farid dah bertunang. Saat yang paling tertekan dalam hidup bila kena pergi kelas dan menghadap muka Farid. Mak! Kenapa Farid dah berpunya? Terasa kosong je hati ni bila dapat tahu. Wajah Farid di Facebook di tatap. Farid Ismail has changed his status from single to engaged.

Badan direbahkan di atas katil kayu miliknya. Tangan bermain-main dengan handset. Satu per satu nombor telefon di dalam phonebook di lihat. Terasa nak bercakap dengan seseorang. Tak sampai beberapa saat, matanya terpaku melihat satu nama yang sudah lama menghilang dalam hidupnya. Macam ni ke rasanya bila kita dapat tahu orang yang kita suka dah berpunya. Sofia mengeluh. Tiba-tiba dia terasa nak buat kerja gila. Sekali sekala, apa salahnya. Sofia melangkah keluar dari bilik. Tangga menjadi destinasinya. Button hijau ditekan. Talian bersambung. Erk! Jantung dah terasa kat anak tekak.

“Assalamualaikum,” dia memberi salam.
Azhar menjawab salam yang diberi pemanggil. Nurin Sofia, lama dah dia tak dengar suara gadis itu semenjak peristiwa itu. Bibir menarik senyuman segaris. Saya rindu awaklah!
“Err... Sihat?” Sofia menyoal.
Azhar mengangguk. Seketika kemudian dia tersedar, Sofia bukan dekat depan akulah! Ni, Sofia call ni kenapa? Rindukan Az ke? Tak lama kemudian dia mendengar Sofia memanggil namanya. “Alhamdulillah. Az sihat je. Sofia?”
Az? Sofia? Sejak bila kata ganti nama saya awak dah bertukar guna nama je ni? “Bolehlah...”
“Hai? Boleh je?”
Sofia ketawa hambar.
“Tunang sihat?”
Sofia terdiam. “Azhar, sebenarnya saya tak ada tunang pun. Saya tak pernah bertunang pun lagi,” jelasnya sedikit takut. Janganlah mamat ni ingat aku sengaja nak tipu dia pula.
“Az tahu.” Azhar menyandarkan badannya ke sofa. Televisyen yang terbuka ditutup.
“Az tahu?” soal Sofia pelik. Mana mamat ni tahu? Stalker apa ni?
Azhar tersenyum lebar. Dia berterima kasih sangat pada Anne, yang tolong bagi maklumat Sofia. Susah juga pada mulanya. Iyalah, maklumat peribadikan rahsia. Mujurlah sahabatnya itu mahu juga monolongnya.

“Aku dah bagi. Lain-lain kau pandai-pandai sendirilah.”
Azhar dah tersengih lebar sebaik sahaja kertas A4 itu berada ditangannya. “Thanks Anne! Terima kasih sangat-sangat.”
“Hah, iyalah. Kalau betul dia dah bertunang macam mana?”
Soalan Anne membuatkan dia terdiam sekejap. “Itu belakang kira. Apa-apa aku nak call orang tua dia dulu.”
Anne hanya mengangguk.
Lepas itu satu kerja pula dia menelefon rumah Sofia. Nasib baik yang mengangkatnya mak Sofia.
“Saya kawan Sofia masa sekolah rendah dulu, makcik. Dia apa khabar?”
“Sofia tak ada. Dia praktikal dekat Kolumpo nun. Anak nak nombor telefon dia ke?”
“Boleh juga.” Walhal nombor Sofia memang dah lama dia ada.
“0123456789. Nanti anak call lah dia.”
“Insya Allah makcik. Lagi satu, saya dengar cerita dia dah bertunang. Betul ke?” dada dah berdebar menunggu jawapan.
“Bertunang? Mana ada,” jawab mak Sofia.
Terasa muka aku dah bercahaya. Tak sia-sia aku menyusahkan Anne. Sofia, kenapa nak menipu?

“Sampai hati tipu Az ye?”
Sofia menelan air liur. Bukannya dia menipu. Tapi memang masa tu dia hanya mengharapkan Farid. Lagipun, dia baru sahaja kenal Azhar. Tiba-tiba propose kat telefon macam tu. Mana tak terkejut.
“Tak kisahlah. Az dah jadi lecturer sekarang. Adalah dalam 3 bulan,” cerita Azhar. Malas dia mahu memaksa Sofia bercerita. Belum tentu Sofia nak bercerita kat aku.
Sofia tersenyum. Nasib baik dia dah tukar topik. “Oh! Tahniah. Bolehlah belanja orang nanti.”
Azhar ketawa. “Mana boleh.”
Sofia masih tak berhenti tersenyum. Rasanya dah lama dia tak tersenyum macam ni sejak dapat tahu Farid dah bertunang.
“Kedekut!”
“Mestilah. Az nak simpan duit. Nanti nak pinang orang tu cepat-cepat,” ujarnya penuh mengharap.
“Az...” Aku tengah dalam mood tak ok lagi ni.
“Ok ok. Kita kawan dulu,” pinta Azhar.
Sofia tak menjawab. Akhirnya dia menukar topik lain. Bertukar cerita tentang kehidupan sekarang.

Sebaik sahaja talian mati, Sofia berjalan kembali ke bilik. Kerusi di meja belajar di tarik lalu didudukinya. Laptop yang gelap digerakkan mouse. Kat skrin laptop terpampang profile Farid Ismail. Sofiea mengetap bibir. Cursor dibawa ke perkataan setting. Kemudian edit friends. Satu persatu nama diperhatikan. Next page. Jumpa. Farid Ismail. Bibir diketap. Nafas ditarik dalam-dalam. Remove friend? Hatinya berteka-teki.

Tak. Buat apa nak delete dia. Delete dia kat facebook tak bermakna aku akan berjaya delete dia kat fikiran ni. Nafas dihembus perlahan. Akhirnya perkataan home di’click’. Belajarlah menerima hakikat Sofia, Farid bukan untuk kau. Lagipun, budak sebaik dia layak mendapat yang baik juga. Ani budak ICT tu berbeza dengan kau macam langit dengan bumi.

“Jauh menung?” suara Nini mematikan khayalanku.
“Bila balik?” Nini tadi keluar pergi jogging.
“Baru je. Termenungkan apa? Teringat Farid lagi?”
Geleng.
“Aku...”
Bunyi mesej masuk mematikan kata-kata Sofia.

@>--^----
Ros untuk Sofia. Semoga sepanjang persahabatan kita, Sofia boleh terima Azhar.

“Siapa?”
“Azhar.”
Nini tidak memberi apa-apa komen. Laju Sofia menekan keypad handsetnya. Bibirnya menguntum senyum. Tak habis-habis dengan bunga. Bunga-bunga yang diberi Azhar masih lagi disimpan. Sayang nak buang. Lepas ni kalau nak dapat bunga kena tunggu konvo nantilah.

Az kena tunggu lagi setahun.

Terasa mesra pula guna Az-Sofia ni. Selama setahun dia akan belajar melupakan Farid. Belajar untuk menerima Azhar. Lagipun sampai bila dia nak hidup dalam angan-angan je. Handset berdering.
-Azhar-
“Kalau nak cakap seribu tahun pun Azhar sanggup tunggu, itu menipulah namanya.” Azhar bersuara sebaik sahaja salam berjawab.
Sofia hanya ketawa tak berperasaan.
“Tapi insya Allah Az akan tunggu selama setahun yang Sofia minta tu.”
Sofia terdiam. Setahun je? Kalau tak?
“Sebab kalau Sofia minta lebih lagi lepas ni... Az akan suruh mak pinangkan Sofia. Lepas kita kahwin Sofia ambillah masa sebanyak mana pun. Az sanggup tunggu,” lembut Azhar bersuara.

Sofia dah terkelu. Sweet talker-nya mamat ni! Mulut manis. Macam kurma. Semanis kurma. Kalau memang jodoh dia dengan Azhar apa boleh buat. Mungkin Azhar yang terbaik untuknya. Dia terima seadanya. Farid... Ah! Farid lagi. Memang dia takkan bercerita satu pun pasal Farid dekat Azhar. Sudahlah sebab Farid juga dia mengaku dah bertunang. Ada nanti Azhar fikir aku belajar terima dia sebab Farid dah berpunya. Naya je nanti.

“Ok,” Sofia akhir bersuara setelah lama terdiam.

Kening Azhar terangkat sebelah. Lepas ni tak adalah mak risau kalau-kalau dia dengan Pizah ada apa-apa. Pizah itu pun dah ada pilihan hatilah mak. Mak aje yang risau tak bertempat. Satu perkataan yang keluar daripada mulut Sofia tadi seolah-olah dah menerima. Bibirnya tersenyum puas. Hatinya berlagu riang. Nurin Sofia, akhirnya kau terima jua diriku ini.

ps: saya tak tahulah readers boleh terima ke tak cerita ni. sekadar menulis apa yg ada kat fikiran. komen positive-negative saya terima. and thanks for spending your time here.

-aku_dia-

3 comments:

epy elina said...

hohhooh....
best la crta ni....
tp kan best klu ada smbngn...
crta psl mrk ngn lbih detail...

Anonymous said...

yeaay..n3 yg best..
natural jer cite dia..
pndai sguh cik pnulis ni wat cite..

Minsofea said...

....kuaya=koir.....
citer mmg deboom.....