::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

19 June 2012

Cerpen: When I'm With You 2

"Err, awak masih contact Syamil tak? Dia apa khabar?”
Hazim tersentak. Kenapa dalam ramai-ramai kawan lama, nama itu juga yang disebut Raudhah? Deringan telefon bimbit Hazim menyelamatkan keadaan. Tanpa berlengah, Hazim meminta diri untuk menjawab talian. Raudhah hanya menjadi pemerhati dari tempat duduk. Melihatkan cara Hazim, boleh diagak panggilan yang diterima merupakan panggilan penting.

“Ada masalah ke?” soal Raudhah sebaik sahaja Hazim selesai berbual di talian. Soalan tadi bagai sudah dilupakan
Hazim sekadar tersenyum. Kepalanya dianggukkan sedikit sebagai jawapan. “Saya kena pergi dulu. Ada hal sikit. Ada jodoh kita jumpa lagi, ya?” ujarnya nakal.
“Sebelum tu, boleh bagi saya nombor Raudhah? Senang nak contact nanti.”
Tanpa teragak-agak, sekeping bussiness card dikeluarkan daripada celah purse dan dihulurkan kepada Hazim yang sudah berdiri di hadapannya.
“Saya pergi dulu. Elok-elok drive balik nanti. Sekarang musim hujan,” sempat Hazim menasihati Raudhah.
Raudhah mengangguk. Tidak lama kemudian, Hazim berlalu pergi. Tanpa menunggu lama, Raudhah menghabiskan air yang masih berbaki sebelum bersiap-siap untuk pergi. Nampaknya sia-sia sahaja kedatangannya ke Kuantan seminggu ni. Ahad ni dia pula kembali ke ibu kota, kembali menyambung tugasnya yang tergendala.
***
“Jadi, seminggu dekat sana kau tak dapat apa-apa cerita fasal dia?” Hanani sudah bertenggek di meja Raudhah. Mendengarkan soalan Hanani, Raudhah hanya menggeleng.
“Tak ada. Lain yang aku cari, lain yang aku jumpa.” Raudhah membalas tanpa mengalih pandangan daripada lakaran di hadapan.
“Lain yang kau jumpa? Kau jumpa apa pula?”
Pensel di jari dilepaskan. Perlahan-lahan, mukanya diraup dengan tapak tangan. Penat berjalan semalam tak hilang lagi ni!
“Kawan lama juga. Hazim nama dia. Tak ada apa yang menarik pun. Jumpa, minum sekejap lepas tu dia ada hal pula. Nak tanya fasal si Syamil pun tak sempat...”
“Hai? Takkanlah Hazim tu tak contact kau langsung lepas tu?”
Raudhah menggeleng. Kemudian, lama matanya merenung wajah Hanani. Fikirannya melayang. Terasa masih ada sesuatu yang tidak selesai selagi dia belum berjumpa dengan Syamil. Silapnya juga yang sering bertangguh-tangguh. Cuba kalau dia selesaikan lagi awal, kan mudah? Ah! Lagipun, itukan janji zaman budak-budak, zaman tak matang! Masakan kata-kata seperti itu pun dia hendak ambil begitu serius? Tapi kalau dia tak ambil serius, kenapa selepas 15 tahun baru dia hendak mencari Syamil kembali? Aduh, pening-pening!
“Hei! Termenung pula dia!” tegur Hanani. Tangan kanan Raudhah ditepuk perlahan. Raudhah mengurut dada perlahan. Terkejut! Kemudian Raudhah tersenyum sendiri, segan pula bila fikiran melayang terlalu jauh.
“Sudah-sudahlah tu. Jangan difikirkan sangat. Ada jodoh tu, adalah!”
“Hrm... memanglah. Tapi jodoh tu, kita kena usaha juga cari. Takkan nak tunggu datang bergolek, kan?” Kening di angkat, meminta persetujuan.
Hanani mencebik. Kalau tang bercakap, Raudhahlah yang betul semua. Kalau bab praktikkan...
“Kalau macam tu, jom balik kampung aku weekend ni. Ada...”
“Oh no, no! Kalau bab-bab match making ni aku tak setuju!” Laju Raudhah memotong.
Hanani tergelak. Tengok? Kalau bab praktikkan, Raudhahlah orang pertama yang akan mengelat. Bukan sekali dua dia cuba untuk memperkenalkan saudaranya di kampung tu. Itu pun sejak Raudhah sudah mula berbunga-bunga soal kahwin.
“Itulah namanya, cakap tak serupa bikin. Kalau kau selalu sangat cakap tak serupa bikin ni kan, Allah pun murka tahu? Tak percaya, buka surah As-Saf ayat 2 dengan 3...” Hanani sudah memulakan tazkirah ringkasnya. Raudhah sudah tergelak sendiri melihatkan wajah serius sahabatnya itu.
“Aku percaya dan aku tahu tu. Aku tengah usahalah ni. Cuma, bagi aku selesaikan dulu. Nanti, kalau memang dah pasti tak ada apa, that is it! Kau nak kenalkan aku dekat suami kau sebagai madu pun aku setuju, tahu!”
“Hei!” Hanani membulatkan mata. Bergurau tu tak agak-agak! Makin besar ketawa Raudhah melihat mimik muka Hanani.
“Dapat payung emas tau...!” meleret usikan Raudhah. Tangan Hanani sudah mencapai pemberat kertas di atas meja Raudhah. Laju Raudhah merampas kembali sebelum Hanani mengetuk pemberat itu ke tangannya. Ada kena ambil cuti lagi seminggu. Mengamuk bos besar nanti.
“Dah lima belas tahun, Raudhah. Kau juga yang kata kalau lepas sepuluh tahun, perjanjian tu dah tak valid. Lagipun, budak-budak punya janjilah, kenapa kau nak pegang sangat kata-kata tu?” soal Hanani pelik. Pelik dengan sikap Raudhah sejak kebelakangan ini.
“Kalau kau tanya aku kenapa, aku sendiri tak ada jawapan dia, Nani. Aku cuma ikut gerak hati aku je. Lagipun, mungkin sebab faktor umur yang rasa nak hidup berkeluarga sebab tu aku cari dia. Entahlah. Kita tengok dan lihat sahajalah. Ok?”
Hanani hanya mengangguk. Sebagai kawan, dia kenalah beri sokongan dengan apa yang Raudhah lakukan. Asalkan tidak melampaui batas-batas sebagai seorang Islam.
“Eh, sekejap. Ada call lah...”
Laju Raudhah menyeluk beg tangannya. Dahi Hanani sudah berkerut. Tak dengar bunyi apa pun? Ke telinga dia yang sudah tak berapa tajam?
“Siapa?” soal Hanani apabila Raudhah teragak-agak hendak mengangkat panggilan. Raudhah sekadar menggeleng. Telefon didekatkan ke telinga.
“Waalaikumsalam. Ya, nak cakap dengan siapa?”
Dahi Raudhah sudah berkerut.
“Sayang? Eh, saya rasa awak salah nombor ni. Saya bukan sayang awak. Saya sayang orang lain...” balas Raudhah dengan mata dikenyit nakal ke arah Hanani.
Hanani di sebelah sudah tergelak. Sempat lagi si Raudhah melawak dengan pemanggil di sana. Kalau dah salah nombor tu, sudahlah. Buat apa hendak dilayan lebih-lebih?
“Ya, saya Raudhah.” Wajah Raudhah kembali serius.
“Lah... Hazim. Saya ingatkan siapa tadi...” Raudhah kembali tersenyum. Pelik juga bila angkat-angkat call, ada lelaki memanggil dia sayang. Gatal tak bertempat! Raudhah menolak perlahan belakang Hanani, petanda untuk meminta Hanani beredar. Hanani mencebik. Sempat tangannya menepuk bahu Raudhah.
“Dalam tak ada apa yang menarik, bersayang-sayang ya?!” sengaja Hanani bercakap kuat sebelum menjauh, biar Hazim dapat dengar sekali. Amboi Raudhah! Cari Syamil, dapat Hazim. Untung betul!
Raudhah mengetap bibir. Geram pula dengan Hanani. Bergurau tak bertempat! Sudahlah Hazim tengah cuba masuk ‘line’, ada makin dahsyat ujian daripada si Hazim ni. Aduh! Perasan sendiri ke dia? Rasanya tidak. Dia bukanlah terlalu bodoh untuk tidak nampak hint-hint yang Hazim berikan sejak hari pertama mereka berjumpa. Aduh! Takut pula memikirkannya.
“Siapa tu?” soal Hazim dalam ketawa. Tersenyum sendiri dia mendengarkan suara perempuan yang sayup-sayup itu.
“Kawan. Buat lawak bodoh pula dia dekat sini. So, what’s up Hazim? Lama tak dengar cerita?” Lama? Raudhah mengerutkan dahi bila mendengarkan kata-kata dia sendiri. Rasanya belum sampai pun seminggu! Jaga-jaga, Raudhah! Jangan beri orang harapan.
“Ingatkan saya je yang teringat-ingatkan Raudhah!”Hazim masih ketawa. Terasa hilang rindunya dapat mendengar suara Raudhah. Macam tak jumpa lima belas tahun!
“What’s up, ye? Saya dekat KL ni. Ada conference. Esok habislah. So, boleh kita jumpa?”
Mendengarkan permintaan Hazim, tangannya mencapai planner hitam di penjuru meja. Kawan nak datang, takkan nak buat sombong pula? “Sure do. Why not? Bila ni nak jumpa? I nak letak dalam planner.”
“Amboi, siap planner semua. Macam buat meeting dengan Menteri Besar pula,” usik Hazim. “So, is it going to be a lunch or dinner?” soal Hazim lagi. “Candle light dinner maybe?” usik Hazim.
Erk? Raudhah terdiam. Tanpa isyarat, peluh sudah mula membasahi tangan dan tengkuknya. Candle light dinner pula? Lain macam je soalannya?
“Kita lepak mapley nak? Boleh layan bola sekali? Kan sekarang musim bola?” balasnya cuba untuk melawak. Tak selesa rasanya bila Hazim sudah mula masuk ke dalam mood hendak memancing perhatian dia.
“Awak ni Raudhah, kalau setakat mapley, dekat Kuantan sana saya selalu dah makan. Bola? Saya tak minat bolalah, Raudhah. Kesian isteri saya kena tinggal kalau saya keluar malam-malam. Beruntung awak nanti?”
Nafas dihela perlahan. Sudah tidak tahu bagaimana cara untuk mengelak lagi. Tapi, selagi dia berlagak seperti biasa, tidak ada apa yang hendak dirisaukan. Dia berhubung dengan Hazim pun kerana hanya Hazim seorang yang boleh membantunya menjejaki Syamil. Itu sahaja!
***
Tepat jam 9 malam, mereka tiba di Warisan Tom Yam, restoran pilihan Hazim untuk dinner mereka. Menurut Hazim, tom yam di sini sedap. Raudhah sendiri tak pernah ke mari. Kalau Hazim meminta cadangan restoran mana untuk di pergi malam ni, memang tak makanlah mereka jawabnya. Sudah menjadi kebiasaan keluarga Raudhah untuk makan malam di rumah. Kalau sambut apa-apa hari yang istimewa pun, dia dan ibu yang akan menyediakan juadah istimewa untuk hari itu.
“Rafi pernah ke sini?” soal Hazim kepada Rafi yang senyap di sebelah.
“Tak pernah. Kami jarang makan di luar,” balas Rafi. Kalau tak kerana kakak kesayangannya, tak adanya dia ikut Raudhah keluar dengan Hazim.
“Oh. Baguslah. Makanan dekat rumah lebih terjamin kebersihan dia. Selalunya siapa yang masak dekat rumah? Bibik ke, kak long?” korek Hazim lagi.
Raudhah hanya menjadi pendengar dan pemerhati. Rafi pun nampak selesa dengan Hazim walaupun dalam kereta dia banyak mendiamkan diri. Mengingatkan riak wajah Hazim yang sedikit berubah semasa kehadiran Rafi, Raudhah tersenyum sendiri. Mahunya tak terkejut, tiba-tiba dia bawa bodyguard untuk berjumpa Hazim.
“Kak long busy. Tapi kak long masak sedap sebenarnya. Cakap je nak apa, mesti boleh siap. Selalunya ayah tempah kak long kalau ada function dekat rumah...”
“Rafi...” tegur Raudhah. Dengan isyarat mata, Raudhah menahan Rafi daripada meneruskan cerita. Tak perlulah hendak memuji dia sampai ke langit. Cukuplah hanya keluarga yang tahu keistimewaan dia yang satu tu. Lagipun, belum sampai tahap ke masterchef lagi makanan yang dimasaknya.
“Wah, kenapa tak buka restoran je kalau macam tu?”
“Kalau buka restoran, hilanglah specialnya keluarga nanti. Lagipun...” kata-kata Raudhah tergantung di situ saat pelayan menghantar makanan yang dipesan.
Tom yam campur, sotong dan udang goreng tepung, kailan ikan masin, ikan siakap masak stim belum dicampur dengan nasi lagi. Raudhah menggeleng perlahan, banyak sungguh! Ini kalau tak habis, memang dia pelangkung Hazim lepas ni.
“Banyak ni Hazim. Kalau tak habis macam mana?” tegur Raudhah lagi.
“Tak apa. Rafi, boleh tolong abang habiskan, betul tak?” Hazim tersengih. Tak fasal-fasal Rafi menjadi mangsa. Lagipun dia memang lapar betul hari ni. Satu hari tidak menjamah nasi. Sekadar mengambil roti untuk alas perut.
“Boleh bang... boleh! No problem!” balas Rafi. “Eh? Akak tadi minta nasi apa? Kenapa tak sampai lagi?” soal Rafi pula. Pandangannya diarahkan ke kawasan dapur, ingin melihat kalau-kalau ada pelayan membawa lagi pesanan yang tertinggal.
“Nasi goreng pataya. Hah, sampai dah pun...”
Pinggan putih diletakkan di hadapan Raudhah. Tiga pasang mata terpaku memerhatikan nasi goreng pattaya itu. Tidak lama kemudian, serentak ketiga-tiga mereka ketawa. Siapa pula yang bijak sangat membuat bentuk love di atas telur ni? Alahai, macam-macam!


ps: Sepatutnya saya update weekend haritu. Tiba-tiba dapat kerja adhoc. Tak sempat saya nak sambung. Maaf kalau kurang rempah sikit cerita ni. >.<

6 comments:

Anonymous said...

msti hazim punya keje kn???

miss_adikimi said...

aduhh.. hazimkah hero nye?

Anonymous said...

syamil kot?????

kleo said...

heeeeee! sokay akak! utamakan kerja dulu! ^^

Alahai... bestnyaa! suka-suka! nanti ada kelapangan, sambung lagi ye kak! best sangaaat! :D

good job! suka sangat semua cerita akak :)

Anonymous said...

alahai...saya nak syamil jdi heronya boleh x???honestly, saya macam x berapa nak suka kat watak hazim tu...anyway,I'am waiting fof the next entry okey:)

Anonymous said...

mana syamil...knapa xtimbul lg..hehe