::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

02 April 2010

Aku rindu sayang kamu.

Arina menanggalkan kasutnya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Beg sekolahnya di letakkan di atas sofa. Kemudian dia menyalami tangan Puan Hamidah yang berdiri di hadapannya.

“Abang mana, Ina?” soal Puan Hamidah apabila kelibat anak lelakinya tak kelihatan.
Arina tersenyum. Mesti mama lupa ni. “Abang ada kelas ma. Kan dia dah cakap pagi tadi.”
“Habis? Ina balik seorang je la ni? Beraninya... Kenapa tak tunggu abang?”
Arina menggelengkan kepala perlahan. “Bukannya jauh sangat, ma. Lagipun kelas abang habis pukul 3. Tak laratlah Ina nak tunggu kat sekolah sorang-sorang.”

Puan Hamidah menggeleng melihat telatah anak daranya seorang itu. Sifat keibuannya membuatkannya sentiasa ingin melindungi. Meskipun Arina bukanlah darah dagingnya.



Arina yang sedang berjalan ke dapur di pandang. Walaupun jarak sekolah dengan rumah taklah jauh mana, dia tetap risau. Sekarang ni bukannya boleh percaya sangat. Berita-berita mengenai rogol dan bunuh di dada akhbar cukup merisaukannya. Sekurang-kurangnya, jika Arina ditemani Haikal, perasaan risaunya berkurang sedikit.

“Mama masak apa? Ina dah lapar ni,” jerit Arina dari arah dapur. Tudung saji yang menutup sajian tengah hari di angkat. Melihatkan beberapa jenis makanan kegemarannya, dia tersenyum sendiri. Laju tangannya mencapai pinggan dan nasi disenduk ke dalam pinggan.

“Kalau ye pun dah lapar, pergilah salin baju tu dulu. Baju sekolah tu dahlah putih. Buatnya tertumpah kuah ke, mama juga yang jenuh nak membasuh,” bebel Puan Hamidah. “Papa pun balik tengah hari ni. Tunggulah dia,” tambahnya lagi.

Arina hanya tersengih. Sudah lali dengan bebelan mamanya. Mana taknya, hampir setiap hari dia mendengar kata-kata yang sama berulang-ulang. Tapi itulah, masih juga dia buat perkara yang dibebelkan mamanya.

Laju Arina berlari ke biliknya. Macam budak kecik buat kerja sebab nak dapat sebijik gula-gula. Sebaik sahaja menyalin kepada pakaian yang lebih selesa, Arina bergegas turun. Lagi-lagi bila terdengar bunyi kereta papanya tadi.

“Abang mana, Arina?” Encik Shamsul menyoal Arina apabila tidak nampak kelibat anak lelaki tunggalnya.
“Abang ada kelas, papa. Sampai pukul 3,” balas Arina sopan. Kuah kari dicedok ke dalam pinggan. Encik Shamsul mengangguk tanda faham.
“Biasalah tu Arina, SPM lagi 3 bulan. Arina jangan leka pulak. Tahun depan turn Arina pulak,” nasihat Encik Shamsul.
Arina hanya tersengih. Tahun depan dia pulak. Entah macam manalah keadaan dia nanti.

***

“Oit budak!” Haikal menarik rambut yang diikat ekor kuda milik Arina.
Arina menepis tangan Haikal yang bermain di kepalanya. “Janganlah. Kusut nanti!” marahnya. Haikal hanya ketawa girang. Suka dapat mengusik Arina.
“Dah lama abang balik?”

Arina memusingkan tubuh menghadap Haikal yang sudah duduk di atas single bed miliknya. Haikal tersengih. Tangan kanannya diangkat bagi membolehkannya melihat jam di pergelangan tangan.
“Adalah dalam 5 minit 25 saat yang lepas,” ujarnya.
Arina ketawa perlahan. Ada-ada saja Haikal nak melawak dengannya.
“Jom?”
Arina mengerutkan dahi tatkala mendengarkan ajakan Haikal. “Jom? Nak ke mana?”
Haikal masih lagi tersenyum. Comel sungguhlah adik aku ni buat muka macam tu. “Jom teman abang lunch. Abang tak lunch lagi ni.” Tangannya menarik tangan Arina supaya mengikut langkahnya.
Terkial-kial Arina bangun dan mengikut langkah Haikal. “Sekejaplah! Cuba bawak bersabar sikit,” marahku. Tangan Haikal yang kejap menggenggam tangannya di tepuk berkali-kali.
Haikal berhenti melangkah sebaik sahaja mereka keluar daripada bilik Arina. Kemdian dia menoleh ke arah Arina. “Kenapa? Takkan nak mintak teman makan pun tak boleh?” rungut Haikal. Tangan Arina masih tak dilepaskan.

Arina tersengih. Kenapa abangnya hari ni terlebih manja dengannya? Sepatutnya abang yang manjakan adik. Ni terbalik pulak? “Bukan tak nak teman...”
“Habis tu?” soal Haikal tak sabar.
“Tu baju abang tu...” Arina memuncungkan mulut ke arah baju sekolah abangnya yang masih tersarung di tubuh.
“Nanti mama cakap...”
“Kalau ye pun dah lapar, pergilah salin baju tu dulu. Baju sekolah tu dahlah putih. Buatnya tertumpah kuah ke, mama juga yang jenuh nak membasuh.” Sebaik sahaja Haikal menghabiskan kata-katanya, mereka berdua ketawa. Sudah boleh hafal setiap patah yang keluar daripada mulut mama.
“Hah? Mengumpat mama ye?” tegur Puan Hamidah yang sedang memanjat tangga.
Arina dan Haikal berpandangan antara satu sama lain. Tersenyum.
“Hah, Haikal? Baju sekolah tak tukar lagi ni? Nak ajak Ina ke mana pulak tu?”

Puan Hamidah memandang Haikal. Kemudian pandangan dialihkan kepada Arina disebelah. Akhirnya pandangannya jatuh ke arah tangan Haikal dan Arina yang saling bertaut. Hatinya resah.
“Abang ni ha, nak manja-manja pulak suruh Ina teman dia makan,” aduku.
Haikal tersengih bagaikan kerang busuk. Tangan Arina dilepaskan. Kepalanya digaru walaupun tiada rasa gatal.
“Sudah-sudah. Haikal, pergi salin baju dulu apa-apa pun. Dah besar-besar pun nak kena cakap lagi,” bebel Puan Hamidah.
Arina dah mentertawakan abangnya. Kan dah... baru je tadi orang pesan.

***

“Abang...” Puan Hamidah memanggil suaminya yang khusyuk membaca majalah perlahan. Jam di atas meja kecil di sebelah katil mereka menunjukkan pukul 11.30 malam.
“Hm?”
“Saya risaulah Haikal dengan Arina tu,” ujar Puan Hamidah. Pandangannya dihalakan ke arah siling. Masih terbayang-bayang betapa eratnya pegangan tangan Haikal dengan Arina tadi.
“Kenapa?” Encik Shamsul menutup majalah yang dibacanya lalu diletakkan di atas meja kecil. Topik yang dimulakan isterinya menarik minatnya. Kenapa dengan Haikal dan Arina?
“Tak adalah. Saya tengok diorang tu rapat sangat...”
Encik Shamsul mengerutkan dahi. Tak dapat tangkap apa yang cuba disampaikan isterinya. “Bukan ke mereka memang rapat sejak kecil? Baguslah tu,” balasnya.
Puan Hamidah mengiring menghadap suaminya. “Tapi kalau terlebih rapat saya takut lain jadinya, bang.”
“Maksud awak?”
Puan Hamidah mengeluh. “Mereka tetap adik beradik angkat, bang. Apa pulak kata orang kalau diorang tengok Haikal dengan Arina rapat sangat.”
Encik Shamsul mengangguk perlahan. Fahamlah kini apa yang isterinya cuba sampaikan.
“Insya Allah tak ada apa-apa. Dah memang diorang rapat macam tu daripada kecik. Awak janganlah fikir yang bukan-bukan,” ujarnya cuba memujuk hati isterinya. “Sudahlah tu. Esok saya kerja. Kita tidurlah, ya?” Suis lampu tidur disebelah katil di tekan. Kedua-dua buah lampu tidur di kiri kanan katil terpadam.

Encik Shamsul membetulkan bantal sebelum merebahkan badan di atas katil. Kemudian dia memejamkan matanya. Namun fikirannya masih lagi berfikir perkara yang diperkatakan isterinya.

Bukan dia tak tahu hukum. Anak angkat tetap anak angkat. Tak sama dengan anak susuan. Namun sayangnya dia pada anak arwah sahabatnya itu sehingga dia menganggap Arina adalah darah dagingnya sendiri.

Dia tahu aurat antara anak angkat dengan ayah angkat dan adik-beradik lelaki angkat tetap sama seperti aurat perempuan dengan lelaki ajnabi ataupun lelaki dengan perempuan ajnabi. Tetapi dia ak sanggup hendak menyuruh Arina memakai tudung litup di dalam rumah. Mana taknya, Arina sudah tinggal dengannya sejak Arina berumur 5 tahun lagi. Harapannya hanya 1, semoga Arina sendiri sedar mengenai perkara ini.

***

Arina membiarkan jari telunjuknya bermain dengan namanya di atas buku sekolahnya. Nur Arina binti Azman. Dia memejamkan mata. Masih teringat bagaimana di ambil oleh papa dan mamanya daripada rumah pengasuh. Walaupun apa yang diingatinya agak samar-samar, dia masih boleh membayangkan keadaan itu.

Masa darjah 4 dia bertanya kepada mama. Mama cerita, ibu dengan ayahnya meninggalkannya di rumah pengasuh. Mahu ke bandar. Dalam perjalanan pergi mereka kemalangan berlanggar dengan bas. Pelik. Macam manalah ibu dengan ayah tergerak nak meninggalkannya di rumah pengasuh? Agaknya memang ajalnya belum sampai.

Ayahnya dan ibunya kedua-dua anak yatim sejak kecil. Kenal masa di rumah anak yatim kata papa. Arina tersenyum. Dia bersyukur. Sekurang-kurangnya dia masih punya keluarga angkat yang sangat-sangat menyayanginya. Dia tidak kekurangan kasih sayang sebab dijaga bagaikan anak sendiri.

Arina melangkah keluar dari bilik. Tak dapat tidur. Esok hari Sabtu. Punggungnya dilabuhkan di atas sofa. Remote control televisyen dicapai. Sebaik sahaja televisyen hidup, dia mencari-cari rancangan yang dapat menghilangkan rasa boringnya.

Belum pun 5 minit Arina duduk, dia terdengar bunyi tapak kaki sedang menuruni tangga. Matanya dialihkan ke arah tangga. Wajah Haikal muncul disebalik dinding. Arina tersenyum.

“Lambat tidur, bang?” tegur Arina.
Haikal melangkah ke arah Arina dan kemudian dia turut sama duduk di atas sofa yang sama dengan Arina.
“Tak boleh tidur. Lagipun esok tak ada kelas. Boleh relax sekejap malam ni. Asyik menghadap buku je. Otak pun boleh krem,” balas Haikal. Tangannya menarik remote controller di tangan Arina. “Ada tengok Tom and Jerry? Baik layan movie kat HBO.”
Arina tersengih. Ok apa Tom and Jerry. Malam ni tak ada cerita best pulak.
Haikal khusyuk melayan movie manakala Arina membiarkan fikirannya terbang melayang. Sesekali tangannya menggosok matanya. Mengantuk!

“Nak tidur pergi naik biliklah,” tegur Haikal. Bukan dia tak perasan beberapa kali adiknya itu menggosok matanya. Nampak sangat diri tu dah mengantuk.
“Mana ada.” Elok je dia menghabiskan kata-katanya, mulutnya terbuka luas. Menguap.
Haikal yang melihat perlakuan adiknya tertawa kecil. “Tu tak mengantuk lagi tu? Dahla, pergi naik bilik.”
Arina menggeleng. “Nanti kejaplah. Nak tengok tv sekejap.”
“Hah, tengoklah sangat! Dari tadi abang nampak Ina tak tengok pun?” tingkah Haikal. Rambut Arina yang dibiarkan lepas dimainnya.
“Janganlah! Kusut nanti!” marah Arina. Suka sangat main dengan rambut aku. Masalah betul.

Haikal ketawa tatkala melihatkan muka Arina yang berkerut-kerut menahan marah. Comel! Suka sungguh dia melihat wajah adiknya itu. Rambut adiknya itu lagi satu perkara yang dia suka. Lebat, lembut dan lurus. Dia sukakannya.
“Arina, kalau awak tidur sini, abang tak nak angkat bawak masuk bilik,” ugut Haikal.
Arina mencebik. Pandangannya dihalakan ke kaca televisyen. Bukannya dia nak tidur sini pun. Haikal tu yang bising sangat.
“Iyalah! Nanti dah nak tidur orang naik bilik,” rungutnya.

Jam dah menunjukkan ke angka 12. Haikal memandang Arina disebelah. Patutlah senyap. Dah selamat belayar! Dia tertawa kecil melihat Arina yang tidur tersengguk-segguk. Tadi orang suruh naik bilik tak nak. Dengan lembut kepala Arina diletakkan ke pangkuannya. Movie yang ditontonnya tadi masih belum tamat. Matanya sendiri sudah terasa kelat. Mengantuk!

***

Arina memandang gambar keluarganya yang dilekatkan di board. Wajah-wajah gembira mereka sekeluarga. Mama dengan papa duduk manakala dia dan Haikal berdiri dibelakang mama dan papa.

Haikal.. dia rindukan abangnya yang seorang tu. Masih teringat kenangan 4 tahun lepas dia tertidur di atas pangkuan abangnya. Rasanya dia tak adalah sampai berbaring di atas pangkuan abangnya. Tak pulak abangnya kejut dia suruh tidur dibilik. Malah, Haikal turut sama tertidur dalam keadaan duduk. Berdebar rasa hatinya sewaktu tersedarmereka berdua dalam keadaan begitu.

Paginya mereka dikejutkan oleh Puan Hamidah. Muka mama pun semacam sahaja sewaktu itu. Tak dapat ditafsir riak wajahnya. Arina dan Haikal hanya membuat seperti biasa. Bukannya dia buat perkara yang bukan-bukan. Dan semenjak peristiwa itu, hubungannya dengan Haikal sedikit demi sedikit mula menjauh. Dia sendiri tak tahu kenapa.

“Jom makan?” Hanan menepuk bahunya dari arah belakang.
Arina menoleh. “Dah siap? Jom.”
Dan mereka melangkah keluar daripada bilik.
“Kenapa diam je ni? Selalunya kau yang banyak cakap,” tegur Hanan apabila melihatkan Arina yang mendiamkan diri sejak pagi tadi.
Arina menandang wajah Hanan disebelah. “Tak ada apalah,” jawabnya ringkas. Kemudian pandangannya dihalakan ke hadapan. Buatnya terlanggar orang kang, naya je.

Hanan masih memandang Arina. Tak percaya dengan kata-katanya. Selalunya Arina jadi macam ni kalau dia memikirkan satu benda je. Tentang keluarganya. Dia dah tahu semuanya. Tentang ibu dan ayahnya, tentang keluarganya. Tentang rindu Arina pada abangnya..

Mereka berdua berjalan menuju ke arah meja kosong dengan tangan kanan menegang sepinggan nasi campu dan tangan kiri memegang segelas air. Hanan masih lagi ralit memerhatikan Arina yang masih mendiamkan diri.
“Kau rindu abang kau ke?” soalnya tiba-tiba. Rasa hatinya yang ingin tahu tak dapat dikawal.
Arina tersedak mendengarkan soalan yang keluar daripada mulut Hanan. Terkejut. Macam tahu-tahu je apa yang sedang difikirkannya.
“Erm...”
Hanan tersenyum sumbing, Dah agak dah!
“Susahkan jadi anak angkat?” ujar Arina tiba-tiba. Wajahnya sedikit mendung. “Keluarga angkat tetap tak sama dengan keluarga sendiri,” tambahnya lagi. Pandangan dialihkan daripada pinggan berisi nasi berlauk ke arah Hanan di hadapannya.
“Kalaulah ibu dengan ayah aku masih hidup, kalaulah aku mati je dengan diorang, kalaulah Haikal tu abang kandung aku, kalaulah...”
“Arina!” tingkah Hanan. “Kau lupa ke apa yang aku cakap dulu?” tegas suara Hanan menyapa gegendang telinganya.
Arina menunduk. Tak tahu kenapa hari ini dia terlalu rindukan abangnya. Dan dia seolah-olah menyesali takdir yang ditentukan Allah untuknya.

Hanan pernah mengingatkannya dahulu, ada hadith yang menyatakan, sekiranya kita ditimpakan musibah, tidak tak sepatutnya berkata, "kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini," tetapi katalah : "Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan", kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan.

Berkawan dengan Hanan banyak merubah dirinya. Alhamdulillah berubah kepada kebaikan. Mama pun pernah mengingatkannya supaya pandai untuk memilih kawan. Syukurlah Hanan banyak mengingatkannya kepada pelbagai perkara. Dan paling dia tak boleh lupa sewaktu Hanan menasihatinya untuk menutup aurat.

Walaupun perkara itu bukan perkara yang mudah, dia cuba untuk berubah atas sokongan Hanan. Masih dia ingat perbualannya dengan mama.
“Arina ini anak angkatkan mama?”
Soalannya membuatkan riak wajah Puan Hamidah berubah. Perlahan sahaja Puan Hamidah mengangguk mengiyakan. Anak ini terasa dipinggirkan ke? Dia dan suaminya tak pernah menganggap Arina seperti anak angkat.
“Kiranya aurat Ina dengan papa dengan abang Haikal macam aurat Ina dengan lelaki bukan muhrimlah kan?”
Puan Hamidah terkelu mendengarkan kata-kata yang keluar daripada bibir comel itu.
“Iya,” balasnya perlahan.
“Maknanya wajib bagi Arina untuk menutup aurat depan papa dengan abang Haikal, kan?”
Dan semenjak itu dia mula memakai tudung di dalam rumah. Papa tidak menegur, bahkan bagai dapat dilihat betapa gembiranya papa melihatkan perubahannya.

“Hey! Nasi tu kalau ditenung bukannya boleh habis,” tegur Hanan.
Arina tersenyum memandangnya. Hanan membalas. Dah boleh senyum, oklah tu.
“Thanks sebab jadi kawan aku,” ujar Arina tiba-tiba.
Hanan terpinga-pinga. “Apahal pulak ni?”
Arina masih tersenyum. “Tak ada apa-apa.”

***

Hujung minggu itu Arina pulang ke rumah. Kena pula Isnin cuti sempena hari keputeraan Sultan Johor, panjang sedikit cuti hujung minggunya. Sebaik sahaja sampai, kereta proton Wira milik Haikal tersadai di tempat parking.

Abang balik! Arina tersenyum sendiri. Lama tak jumpa abang. Semenjak Haikal belajar di utara semenanjung, susah benar nak jumpa. Sudahlah hubungan mereka semakin hari semakin renggang.

Salam diberi. Dan yang mengejutkannya, salamnya dijawab seorang perempuan yang dia tak pernah jumpa. Manis orangnya. Kurus tinggi. Lembut je air mukanya.

“Ni mesti Arina kan?” tegur gadis manis itu.
Arina mengangguk. Siapa pulak ni? Kawan Haikal?
“Dah agak dah. Haikal selalu cerita pasal awak,” jelas gadis itu dengan senyuman manis. Arina terpinga-pinga. Haikal selalu cerita? Confirm kawan abang.
“Lupa pulak, saya Hanis. Kawan sekelas Haikal,” Hanis menghulurkan tangan. Salam bersambut.

“Baru sampai?” tegur Haikal sebaik sahaja dia menjejakkan kaki ke dapur. Puan Hamidah sibuk menyediakan makanan tengah hari dengan dibantu Hanis.
Arina mengangguk sebagai jawapan. “Bila abang balik?” Pelik, Mama tak pulak cakap abang ada kat rumah.
“Malam tadi sampai. Saja, hari ni tak ada kelas, baliklah sekejap. Dah lama tak balik rumah,” balas Haikal.

Kemudian dia melangkah ke ruang tamu. Mahu duduk bersama dengan Encik Shamsul. Arina sedikit terpinga-pinga melihat Haikal sudah keluar dari dapur. Baru nak berbual dah pergi. Sampai hati!

Makan tengah hari agak meriah. Ada sahaja cerita yang keluar dari mulut Haikal. Haikal tak berubah. Masih Haikal yang banyak cakap. Hanya dengan Arina sahaja mereka kurang berbual. Tak tahulah di mana silapnya.
“Jadi ke Haikal nak bawak Hanis ke bandar?” Encik Shamsul menyoal anak terunanya.
Haikal mengangguk. “Jadi papa. Hanis ni ha, teringin sangat nak berjalan tengok JB waktu malam,” balas Haikal.
“Erm, Arina ikut sekalilah ya? Takkan Haikalpergi dengan Hanis berdua je,” cadang Puan Hamidah.
Haikal sudah ketawa mendengar kata-kata Puan Hamidah. Hanis pula tertunduk malu. Merah mukanya. Arina hanya memerhatikan mereka bertiga. Rasa cemburu terbit di hatinya.
“Tak payahlah Ina ikut. Lagipun Ina kan baru je sampai. Biarlah penat dia hilang dulu,” tolak Haikal.

Arina memandang Haikal tak berkelip. Wajahnya sedikit berubah. Tak suka Ina ikut cakap ajelah! Tak payah nak bagi alasan macam tu. Ina belajar dekat UTM je pun. Rumah dengan UTM tak sampai 20 minit! Nak penat apanya? Kemudian Arina menunduk. Tanpa disedarinya, Puan Hamidah menyedari perubahan riak wajah Arina.

***

Malam itu, Hanis menumpang tidur di bilik Arina. Boleh tahan peramah juga si Hanis ni. Macam-macam cerita yang keluar. Dan yang paling tak disangka, selamba sahaja Hanis menceritakan kisah Haikal yang suka mengusiknya sehinggalah satu hari Haikal melamarnya.
Arina terkedu. “Melamar?”
Hanis mengangguk. Kemudian dia ketawa perlahan. “Dia ajak kahwin lepas habis belajar. Dia tak macam lelaki lain. Kalau lelaki lain. Dia terus ajak kahwin. Tu yang Hanis tertarik tu,” jelas Hanis.
Arina mengangguk tanda faham. Jelaslah sekarang hubungan Hanis dengan Haikal.

“Arina memang rapat dengan Haikal ke?” soal Hanis cuba mengorek rahsia.
Arina tertawa. Masa kecil iya. Dah besar Haikal sudah menjauhkan diri. “Biasa macam tu jelah Hanis. Tak adalah rapat sangat. Lagipun saya ni anak angkat je,” ujarnya merendah diri.
“Itu yang saya risaukan.” Diam. “Adik beradik angkat tak sama dengan adik beradik kandung. Arina faham kan apa yang saya cuba sampaikan?”
Arina sedikit tersentak dengan kata-kata Hanis.
“Saya risau kalau-kalau awak ada simpan hati pada Haikal. Atau Haikal yang ada perasaan pada awak. Tambah pulak awak bukan adik-beradik susuan. Kalau Susuan dah lain cerita.”
Arina mengangguk faham. Ah! Masakan Haikal menyayanginya lebih daripada seorang adik. “Jangan risau. Kami tak ada apa-apa.” Dan dia juga yakin perasaannya pada Haikal selama ini adalah perasaan sayang seorang adik terhadap abangnya.
Hanis terdiam. Dia memancang tepat ke mata Arina. Cuba mencari kejujuran dan keikhlasan di situ. Setelah yakin, dia tersenyum penuh makna.

Arina masih lagi terkebil-kebil di atas katil. Hanis sudah tidur agaknya. Tiba-tiba tekaknya terasa lapar. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke tingkat bawah. Baru separuh tangga dituruninya, dia terdengar suara Puan Hamidah dan Encik Shamsul. Sesekali suara Haikal kedengaran. Macam berbual sesuatu yang serius. Arina berhenti melangkah. Dipasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.

“Mama harap sangat Ina jadi sebahagian daripada keluarga kita. Mama betul-betul sayangkan dia. Mama harap Haikal fikirlah masak-masak,” perlahan suara Puan Hamidah kedengaran. Namun tiada balasan daripada Haikal.

Arina merapatkan badan ke dinding. Mereka bercakap pasal aku? Hatinya mula rasa tak sedap.
“Kalau Haikal setuju nanti papa suruh mama slow talk dengan dia.”

Arina kembali melangkah ke bilik. Tak sanggup hendak berlama-lama di situ. Jangan cakap papa dengan mama nak satukan dia dengan Haikal? Gulp! Pandangannya dialihkan ke arah Hanis yang sedang lena.

“Itu yang saya risaukan... Adik beradik angkat tak sama dengan adik beradik kandung. Arina faham kan apa yang saya cuba sampaikan?”

Arina menelan air liur. Macam mana kalau memang betul mama dengan papa nak satukan dia dengan Haikal? Bolehkah dia terima? Bagaimana pula dengan Haikal? Hanis?

Arina merebahkan badan disebelah Hanis. Matanya dipejam rapat. Tak dapat membayangkan kemungkinan yang mendatang. Dia risau. Dia takut. Dan sekarang dia hanya mempu berdoa kepada Allah.

***

Petang Sabtu itu, Hanis meminta diri untuk pulang ke rumah kakaknya di Kuala Lumpur. Terkejut juga Arina sewaktu Hanis bersiap dengan beg pakaiannya. Sangkanya Hanis datang dan balik dengan Haikal, rupa-rupanya tidak. Sangkaannya jauh menyimpang.

Kini tinggallah mereka berempat di rumah. Encik Shamsul dan Puan Hamidah sibuk melayan pokok-pokok di halaman rumah. Haikal pula tak keluar daripada biliknya sejak menghantar Hanis ke Larkin tadi. Arina sibuk menghabiskan masa dibilik. Sibuk menghabiskan bacaan novel yang dibeli 2 minggu lepas.

Ketukan di pintu bilik yang bertalu-lalu mengejutkan Arina. Laju dia bertanya siapa.
“Abang ni.” Suara Haikal kedengaran dari luar bilik.
Arina mencapai tudung yang tersangkut di hujung katil. Kemudian disarungkan tudung di kepala. “Masuklah.”
Pintu dibuka dari luar. Haikal berdiri di muka pintu dengan senyuman dibibir. Arina membalas. Sudah lama tak melihat Haikal seceria itu.
“Kenapa bang?”
“Kita keluar sekejap. Jom?”

Setelah dikhabarkan kepada Encik Shamsul, akhirnya mereka berdua keluar. 10 minit di dalam kereta, Arina hanya mendiamkan diri. Matanya leka memerhatikan luar.
“Kita nak pergi mana?” soal Haikal tiba-tiba.
Arina mengerutkan dahi. “Kan abang yang ajak Ina keluar. Abanglah yang decide,” balasnya. Pelik sungguh. Ajak aku keluar tapi tak tahu nak pergi mana?
Haikal mengerling adiknya disebelah. Berkerut-kerut muka. Comel! Sudah lama dia tak melihat wajah Arina macam tu. Sejak peristiwa malam tu.

Tak dapat dia lupakan bagaimana mama dan papanya menegurnya malam itu. Arina tetap adik angkatnya! Walau dibuat macam mana pun, adik angkat tetap adik angkat. Haikal mengeluh. Semenjak hari itu dia mula menjarakkan diri dengan Arina. Dia tak mahu orang sekeliling salah faham. Mulut orang bukannya kita boleh tutup. Sebelum orang mengata yang bukan-bukan, lebih baik dia mengelak.

“Kita lepak kedai mamak je lah?” putus Haikal.
Arina mencebik. “Setakat lepak kedai mamak, lebih baik kita lepak kat dapur, Ina buat air. Jimat pun jimat,” rungutnya.

Haikal tersengih. Ada benarnya kata adiknya itu. Sesekali Haikal mengerling Arina disebelah. Manis bertudung. Bagaimanalah agaknya rupa rambut Arina sekarang. Masih panjang ke? Atau sudah dipotong pendek?

Dia masih ingat rambut Arina yang panjang, lebat, lembut dan lurus. Masih teringat-ingat harumnya bau rambut Arina sewaktu Arina tidur dipangkuannya. Saat itu dadanya bergetar dan dia tahu dia sayang Arina lebih daripada seorang adik. Dia yakin!

Kereta dilarikan perlahan. Dia tahu dimana dia akan tuju. Danga bay! Mungkin lebih sesuai daripada pergi ke kedai mamak. Kaki dihayun menghala ke Secret Recipe. 2 potong cheesecake dan 2 ice lemon tea diminta untuk mereka berdua.

“Ina apa khabar sekarang?”
Arina tersenyum mendengarkan soalan Haikal. Macam dah tak ada soalan lain dah.
“Sihat.”
“Dah ada special ke sekarang?” lurus Haikal bertanya. Tak mahu belok-belok lagi dah. Dia mahukan jawapan Arina sekarang. Kata-kata mama dan papa malam tadi menghantui tidur malamnya.
Arina tidak menjawab. Kek di atas meja di potong sedikit dengan sudu sebelum disuap ke mulut.
“Ina tak jawab soalan abang lagi,” tegur Haikal apabila melihatkan Arina leka dengan kek dan minumannya.
Arina memandang Haikal. “Soalan apa?”
“Ina dah ada special ke? Mana tahu 3 tahun kat U. Kot kot dah jumpa Mr. Right.” Sabar Haikal mengulangi soalannya.
Arina menunduk. Segan mendengar soalan Haikal. Tak ada angin tak ada ribut kenapa tiba-tiba bertanya soalan peribadinya. Sebab malam tadi ke? Arina resah sendiri. Akhirnya dia menggeleng. Sudu di tangan diletakkan di atas piring yang sudah kosong. Gelas berisi air yang sudah tinggal separuh di habiskan.

Haikal tersenyum sebaik sahaja melihat Arina menggelengkan kepala. Syukur! Arina masih belum ada siapa-siapa.
“Malam tadi abang berbual dengan mama dan papa. Diorang...”
“Ina dengar,” pintas Arina.
Haikal tergamam. Arina dengar? Maknanya tak perlulah dia pening nak menyusun kata nak terangkan pada Arina. Haikal menarik nafas lega.
“So, apa kata Ina?” berdebar dadanya menunggu jawapan daripada mulut gadis itu.
Arina menggeleng. “Tak perlulah bang. Janganlah nak seksa diri abang dengan cadangan papa dengan mama,” tolaknya. “Lagipun abang dah janji dengan Hanis kan?”
Haikal memandang Arina pelik. “Kenapa tiba-tiba masuk cerita Hanis ni?”
Arina menghela nafas perlahan. “Dia cakap semalam abang dah janji nak kahwin dengan dia lepas belajar?”
Haikal ketawa mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Arina. “Arina, Hanis tu kan sepupu kita. Anak Pak Long. Dah lupa ke? Dan kenapa out of nowhere dia cakap abang janji nak kahwin dia lepas belajar?” soal Haikal.

Arina terdiam. Eh? Yang Hanis kata semalam? Yang Haikal cakap sekarang? Anak Pak Long? Dia cuba mengingat.
“Hanis? Anak Pak Long?”
Haikal mengangguk. Apa yang Hanis ceritakan ni sebenarnya? “Tak kisahlah Hanis cakap apa. Dia bergurau je tu. Dia datang rumah pun sebab nak jumpa mama dengan papa. Sajalah agaknya nak mengusik Arina. Tak ingat ke masa kecik-kecik dia suka menyakat Ina?”
Arina mengangguk tanda faham. Sebenarnya dia sudah agak-agak lupa dengan kenangan zaman kanak-kanak, kena pula bukannya setiap tahun dapat jumpa keluarga Pak Long. Hatinya sedikit lega mendengarkan penjelasan Haikal. Hanis bukan siapa-siapa dia hanya sepupu.

“So?”
Arina mengangkat wajahnya. Diberanikan dirinya untuk memandang tepat ke mata Haikal. “Abang pulak macam mana? Takkan setuju bulat-bulat je cadangan mama dengan papa? Kalau kita tak kahwin pun, keluarga abang tetap keluarga Ina jugak.”
“Itu maknanya Ina menolak?” soal Haikal kembali.
“Ina nak tahu dengar kata abang dulu.”
Haikal mengukir senyum. “Kalau abang setuju Arina setuju?”
Arina menelan air liur. Kahwin dengan abang? Biar benar. “Ikut keadaan.”

Haikal tertawa kecil. Matanya jatuh ke atas kek yang masih belum disentuhnya. Kemudian dia menjelig ke arah pinggan Arina. Kosong.
“Kalau mama dengan papa suruh kahwin masa abang habis sekolah pun abang setuju,” ujarnya.
Arina terpegun mendengarkan kata-kata itu.
“Abang sayang Arina, sejak kita tidur sama-sama depan televisyen,” ringan mulutnya bercerita. “Lepas tu mama dengan papa tegur. Jangan buat macam tu sebab Arina hanya adik angkat abang,” tambahnya.
Arina melemparkan pandangan ke arah kek-kek yang tersusun di atas kabinet kaca.
“Mungkin diorang perasan agaknya abang dah mula layan Ina lain sikit. Takut-takut lain pulak jadinya. Sebelum apa-apa itu yang diorang brainwash abang.”

Arina hanya mematikan diri. Telinga tekun mendengar cerita Haikal. Tak disangka Haikal menyimpan perasaan terhadapnya sejak mereka bersekolah. Di mana saat itu dia ikhlas menyayangi Haikal sebagai abang.

“Susah jugak sebenarnya nak jauhkan diri daripada Ina. Nasib baik lepas SPM abang dapat masuk matriks. Iyalah, darah muda. Apa pun boleh terjadi. Dahlah kita serumah,” ujar Haikal dengan senyuman nakal.
Arina tertunduk malu. Segan tatkala mata Haikal memandangnya dengan senyuman nakal. Hampeh!
“Kita kahwin nak? Family abang jadi family Arina, abang boleh jadi ‘abang’ arina terus?” usik Haikal.
Bertambah merah wajah Arina. “Habiskanlah makanan tu dulu. Sampai pukul berapa nak duduk sini? Dah pukul 6.30 dah ni?”
Haikal mengeluh hampa. Perlahan-lahan kek di piring di makannya. Tak sampai 10 minit kek dan minumannya habis. Kemudian Haikal bangun. Kunci kereta dicapai. “Jom.” Bingkas Arina bangkit dan mengejar langkah Haikal yang laju meninggalkannya.

Di dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Haikal sibuk melayan perasaannya manakala Arina berkira-kira bagaimana mahu memulakan perbualan. Kereta laju membelah jalan sewaktu matanya terpandangkan kedai emas, bibirnya mengukir senyum.

“Bang?” Arina memanggil Haikal perlahan. Haikal tidak menyahut.
Aish.. Sabar ajelah dengan abang aku seorang ni.
“Abang!” panggilnya sedikit kuat.
“Hm?”
“Bila nak cari cincin?” soalan yang keluar daripada mulut Arina membuatkan Haikal seperti mahu melompat suka.
“Kalau lambat-lambat nanti ada orang kebas macam mana?” tambah Arina. Sengaja mahu menguji sejauh mana kesungguhan Haikal.
Haikal tersenyum girang. “Insya Allah abang yakin tak ada orang nak kebas. Sebab kalau orang tu tepuk sebelah tangan takkan berbunyi.”
Arina mencebik. “Yakin ke?”
Haikal ketawa senang. “Ok. Esok jugak abang cari cincin untuk Ina. Ina nak yang macam mana? Tapi janganlah yang mahal sangat, abang belum kerja lagi.”

Arina ketawa perlahan. Entah kenapa dia menerima cadangan mama dengan papa. Mungkin kerana dia yakin Haikal akan menjaganya seperti mana Haikal menjaganya sewaktu mereka kecil. Dia tersenyum senang.

Haikal menjeling Arina yang masih tak lekang dengan senyuman. Sangkanya dahulu perasaannya masa sekolah dulu hanya main-main. Tak sangak perasaan itu semakin lama semakin mekar meskipun dia menjauhkan diri daripada Arina. Hai, lepas ni terpaksalah dia menyewa rumah lain. Takkan mahu tinggal serumah dengan Arina selagi Arina belum sah menjadi isterinya? Haikal mengucap syukur di dalam hati. Semoga rumahtangga yang bakal dibinanya bersama Arina nanti dirahmati Allah.

--------------------
-aku_dia-

9 comments:

epy elina said...

hohoho...
crta yg mnarik....
best2....
gud job...

onewlove said...

tak seberape apenya...
best pe citer nie...
buat r lagi citer lain ea...

akak said...

sweet...

aida said...

best, best...
syok jer bace
hihi
:)

Anonymous said...

best la kawan....(reef)

aku_dia said...

TQ reef... :D :D :D

smiling midori said...

comelny citer ni..^_^

Anonymous said...

ohhhoooooo..comeinye!ska2..

Unknown said...

Takde sambungan kee... buat la sambungan citer niee