::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

24 August 2010

No Other

Langit hitam yang dihiasi bintang-bintang dipandang tak berkelip. Bas daripada Larkin dan menuju ke Lumut itu bergerak dengan kelajuan yang sederhana. Sesekali suara orang yang duduk dibelakang yang sedang berbual dapat didengari meskipun telinga sudah di’plug’ dengan headphone yang hampir sama besar dengan cuping telinganya.

Aku memejamkan matanya sebentar. Perit. Aircond yang keluar betul-betul di atas kepala mengeringkan matanya. Kemudian pandangan dihalakan ke luar tingkap. Baru sampai Skudai. Perjalanan masih jauh. Paling cepat pun aku akan sampai lebih kurang 5.30 pagi. Pandangan dihalakan pula ke arah lelaki yang duduk disebelah. Mata lelaki itu terpejam. Hai? Baru bergerak dah tidur ke?

Handset di dalam kocek jaket hitam yang berlogo universiti itu dikeluarkan. Laju aku membaca mesej di bahagian ‘inbox’’. Mesej yang membuatkannya tak dapat tidur malam seminggu lepas. Aku tersenyum senang.

‘Congratulation! You have been choosen to be a facilitator. Please reply your availability asap.’

Peristiwa 2 bulan lepas kembali terlayar difikiran.



***

“Kau tak nak apply jadi faci ke?” suara Hakim kedengaran di hujung talian.
“Kenapa?”
“Jomlah apply.”
Aku mencebik. Hakim ini pun. Nak ajak aku tu bersemangatlah sikit. Ini tak, ‘jomlah apply’. Macam tak yakin je bunyi dia tu. “Mana nak ambil borang?”
“Kau nak apply ke?” suaranya kembali bersemangat.
“Iye....” nak tak nak aku membalas. Bukannya aku minat sangat jadi faci ni. Tapi tak apalah. Bila lagi nak merasakan?
“Form kau boleh download dekat e-learning. Nanti kena hantar dekat office,” jelas Hakim.
Office? Aku dah mula mengeluh. “Malaslah aku!” Dahlah jauh. Walaupun sebenarnya tak adalah jauh mana pejabat tu. Aku pun selalu je lalu situ kalau nak balik bilik.
“Kau ni... pemalas betullah!” marah Hakim.
Aku buat tak dengar.
“Iyalah... iyalah. Tak nak hantar, kau isi je. Esok bagi aku,” dalam mengalah Hakim memberi arahan.
Bibir menguntum senyum. Ni kalau Hakim nampak mahu aku kena ketuk ni.
“Yang kau semangat sangat nak ajak aku ni kenapa?” soalku. Pelik jugak. Tak pasal-pasal mamat ni sibuk mengajak aku pulak.
“Alah... kau cuti nanti pun bukannya buat apa. Baik aku suruh kau join benda ni. Bestlah jadi faci! Serius kau tak rasa menyesal punya,” ujar Hakim cuba menyakinkan aku. “Lagipun, inikan final year aku. Next sem dah final sem. Bila lagi kau nak jadi faci sama-sama dengan aku.” Ketawa Hakim pecah.
Aku mencebik. Mengada-ngada. Dia yang suka sangat jadi fasilitator, aku pulak yang dia suruh isi borang. Tapi demi cik abang aku yang seorang ni, aku ikutkan ajelah.

***

Dan sehinggalah aku mendapat mesej yang menyatakan aku terpilih untuk menjadi fasilitator. Perasaannya yang sebelum ni agak malas bertukar jadi tak sabar-sabar untuk pulang ke universiti. Aku ingin berjumpa dengan ‘adik-adik’ yang bakal mendaftarkan diri. Dan yang paling penting, daripada hatinya yang terdalam, aku mengharapkan sesorang turut sama menjadi fasilitator untuk batch akan datang ini.

***

3 Tahun Lalu...

Suara Abang Ahmad seorang sahaja mampu membuatkan dewan yang sekejap tadi gamat dengan suara pelajar menjadi sunyi sepi. Mataku memandang Abang Ahmad yang sedang berdiri di atas pentas tanpa riak. Iyalah, Abang Ahmad marahkan orang lain. Aku ni dah lah jenis ikut rules. Buat apa nak takut?

“Siapa rasa dia ada buat salah hari ni?!” melengking suara Abang Ahmad. Kena pula dia pakai mikrofon. Bertambah kuat suara dia.
Aku memandang kiri dan kanan. Masing-masing diam tak berkutik.
“Mengaku ajelah!” marahnya lagi.
Aku memandang Abang Ahmad. Comel pulak aku tengok dia ni walaupun dia tengah menyinga sekarang ni.
“Tak ada yang nak mengaku?” tone suaranya masih tidak berubah.
Diam.
“Berapa orang yang datang lambat masa talk pukul 8.00 pagi tadi?”
Tiada siapa yang mengaku.
“Semalam dah diingatkan datang 5 minit awal. Ni aku tengok ada yang pukul 8.15 baru sampai. Apa benda ni?!” Abang Ahmad menjauhkan mikrofon daripadanya. Aku rasa kalau dia bercakap tak guna mikrofon pun kitorang boleh dengar.
“Korang tahu tak? Aku dapat macam-macam aduan daripada faci-faci lain tentang perangai korang.” Abang Ahmad mengambil nafas sekejap. “Pakaian tak ikut rules. Datang lambat. Orang tengah bercakap kat depan boleh pulak handset tu berbunyi,” satu persatu kesalahan kami disenaraikannya.
“Kalau rules yang simple macam tu pun korang tak boleh nak ikut, korang ingat korang boleh survive hidup kat sini?” marahnya lagi. Muka Abang Ahmad sudah mula memerah. Memang marah betul nampaknya.
“Seminggu ajelah weh. Seminggu! Takkan itu pun tak boleh nak ikut? Korang tahu tak korang ni rubbish? Your batch is the worst batch ever! Sedar tak?”
Tersengar masing-masing menggumam tak puas hati.

Aku masih memerhatikan Abang Ahmad tak habis lagi dengan slot disiplinnya. Head Of Department bagi Discipline Department. Tak ada siapa yang berani nak angkat muka. Sudahlah kami ni freshie. Budak baru masuk. Sebenarnya aku tak nampak pun apa salah kitorang. Tapi tak tahulah. Sebab dari mata aku tak ada yang nampak salah. Aku pun tengok diri aku. Orang lain mana aku tahu.

“Jadi apa yang korang nak buat sekarang?”
Tiada satu suara pun yang menjawab soalannya. Abang Ahmad masih melihat ke arah kami tanpa berkelip.
“Penghulu. Naik stage sekarang. Penghuluwati sekali,” arahnya tegas.

Akhirnya Faizal dan Khairiah bangun daripada tempat duduk masing-masing. Berjalan ke arah tangga di kiri-kanan pentas lalu berjalan ke arah Abang Ahmad yang sedang tegak berdiri. Abang Ahmad bercakap sesuatu pada mereka berdua. Serius riak wajahnya. Sedikit senyuman pun tak terukir. Khairiah dan Faizal hanya mengangguk tanda faham. Tapi aku yakin, dua-dua tengah cuak. Tak lama kemudian, Faizal dan Khairian turun dari pentas lalu berjalan dan akhirnya berdiri di hadapan tempat duduk pelajar lelaki dan perempuan.

Hampir 10 minit diambil untuk membuat MoU kononnya bagi menyelesaikan masalah batch kami. Kemudian kertas yang tertulis janji-janji kami diserahkan kepada Abang Ahmad masih setia berdiri di atas pentas. Abang Ahmad membaca sekilas sebelum kertas itu dilipat dua lalu di goyang-goyangkan dihadapan kami.

“Ni. Kertas ni sebagai bukti ye? Kalau korang masih ulang perkara yang sama, korang tengok ajelah nanti,” Abang Ahmad memberi amaran.

***

Bas berhenti menyebabkan aku tersedar daripada lenanya. Tangannya diangkat ke atas. Menggeliat. Mata melilau melihat kiri kanan. Dah sampai tol rupanya. Handset di kocek jacket diseluk. 5.00 pagi. Ni dalam setengah jam lagi sampailah ni. Tak sedar bila masa aku tertidur. Yang aku ingat signboard terakhir yang dia nampak tadi baru sampai Tangkak. Lama jugak aku tidur.

Beg di kaki di angkat. Botol air yang terselit di kocek sebelah tepi beg dikeluarkan. Sekali teguk, air yang tinggal suku botol itu habis. Penutup botol diketatkan lalu botol itu diletakkan kembali di tempat asalnya. Jaket yang tersarung di tubuh dibetulkan. Fuh! Sejuk gila! Handset tiba-tiba melagukan bahagian chorus lagu kesukaannya. Ada mesej masuk! Laju dia menyeluk kocek sebelum bunyi dia buat orang marah.

‘Dah sampai mana?’ -Hakim-

Aku membalas.

‘Ok. Nanti aku tunggu dekat pak guard.’ -Hakim-

***

“Malam ni kamu semua diberi sehelai kertas. Kamu boleh baca senarai nama facilitators kat situ. Jadi, lusa aku nak sekurang-kurangnya seorang dapat 20 tanda tangan daripada faci,” dingin Abang Ahmad bersuara.

Aku membelek-belek kertas putih ditangan. Ramai jugak facilitators untuk minggu orientasi ni. Matanya lekat pada satu nama. Diulang nama itu berkali-kali di dalam hati. Ahmad Khairul bin Kamal. Bibirnya menguntum senyum. Heh, kalau boleh Abang Ahmad-lah faci pertama yang aku nak minta. Macam minta autograf gitu. Habis sahaja program untuk hari itu, pelajar berpusu-pusu keluar daripada dewan. Tak sabar nak pulang ke bilik. Masing-masing dah mengantuk.

“Dah?” tegur satu suara.
Aku mengangkat muka. “Oh. Kau...” Beg dizip. “Ok dah.”

Langkah dihayun ke muka pintu. Sebelum keluar dewan, mata laju menangkap imej Abang Ahmad yang sedang berjalan ke arah Ketua Fasilitator, Abang Rusydi. Mahu sahaja aku melangkah ke arah Abang Ahmad dan meminta tanda tangannya. Tapi nanti apa kata orang lain? Sudahlah tak ada seorang pun yang sibuk nak ambil tanda tangan tengah-tengah malam macam ni. Tak apalah hati... Esok masih ada insya Allah.

Keesokan harinya, semua berebut meminta tanda tangan apabila ada masa terluang. Tak kiralah lepas talk, lepas lunch, sebelum balik, memang ada masa terluang semua pelajar sibuk mengejar fasilitator. Aku pulak tengah mencari masa yang sesuai untuk berjumpa Abang Ahmad. Pelajar lelaki ramailah yang dah minta. Perempuan? Aku memandang kosong kertas senarai nama fasilitator. Seorang pun aku tak minta lagi. Mengeluh. Kalau macam inilah gayanya, memang sampai esok aku kertas aku ni suci daripada dakwat pen!

“Nak pergi mana?” aku melontarkan soalan kepada Ida yang sedang berjalan keluar daripada barisan tempat duduk.
“Mintak signlah. Nak ikut?” Ida mengajak.
Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Hai... minta maaflah Abang Ahmad. Awak tak dapat jadi yang pertama. “Ok.”

Aku hanya mengekori Ida daripada belakang. Dia da berjalan menuju ke arah Kak Tiya yang dikeruminu pelajar perempuan lain. Aku menarik nafas panjang. Sungguh aku tak ada semangat nak buat semua ni. Sementara menunggu giliran, mataku terpandangkan Abang Ahmad yang baru melangkah masuk ke dalam dewan. Spontan aku melangkah ke arahnya. Nafas ditarik dalam-dalam. Memberanikan diri.

“Err...” aku teragak-agak untuk menegur.
Abang Ahmad bagaikan mendengar teguran aku menoleh. Wajahnya serius memandang aku. Sedikit pun tiada senyuman di bibirnya.
“Saya nak minta sign boleh?” pen dan kertas ditunjukkan ke arahnya.
Pen dan kertas bertukar tangan. Tak sampai 30 saat, pen dan kertas putih itu kembali kepadaku. Abang Ahmad dah berjalan ke bahagian hadapan dewan.
Aku memandang kertas A4 ditangan. Macam mimpi! Hati dah berlagu riang.

***

Bas berhenti tidak jauh daripada universiti. Aku bingkas bangkit dari duduk lalu berdiri di sebelah kerusiku. Mata memerhatikan tempat duduk kalau-kalau ada barang yang tertinggal. Kemudian, aku melangkah turun daripada bas. Kemudian langkah diatur ke perkarangan U. Hakim kata nak tunggu kat pintu masuk. Pukul 8.00 pagi nanti ada training of trainers. Sementara belum ambil kunci bilik, aku menumpang kat bilik Biha. Dia pun sama jadi fasilitator.

Jam 8.00 pagi, aku dan Biha dah berjalan ke blok D untuk TOT. Kalau tak silap, 3 hari je TOT sebelum Minggu orientasi berjalan. Di luar bilik yang bakal kami gunakan untuk TOT dah tersedia makanan untuk sarapan pagi.

“Fasi kan?” soal seorang lelaki yang berdiri di situ.
Kami mengangguk.
“Pergi sarapan dulu,” ujarnya.

Biha dah laju berjalan mengambil pinggan. Tak sabar-sabar! Aku hanya mengikut tindakan Biha. Orang dah sediakan, kita makan ajelah! Batang hidung Hakim masih belum kelihatan. Lambatlah pulak cik abang seorang ni.

“Kau dapat department ape eh?” aku menyuap bihun goreng ke dalam mulut.
“Aku pun tak tahu. Dia ada bagi tahu ke?” soalnya kembali.
Aku menggeleng.
“Surpriselah tu,” balasnya pendek.

Sebaik sahaja menghabiskan makanan, kami masuk ke dalam bilik yang dipenuhi kerusi itu. Dalam pukul 9.00 barulah TOT bermula. Ramai juga yang jadi fasilitator. Namun, wajah yang aku harap-harapkan selama ini tak kelihatan. Abang Ahmad tak jadi fasilitator lagi ke?

Senarai nama fasilitator terpanpang di skrin putih. Aku mencari-cari nama aku. Jantung tiba-tiba berdegup kencang. Aku tak salah baca rasanya. Sekali lagi nama itu dibaca. Kali ini secara perlahan. Mana tahu dia tersilap baca.

“Abang Ahmad...” perlahan bibirnya menuturkan sebaris nama itu.

Discipline Department. HOD Ahmad Khairul bin Kamal. AHOD Nur Farah Aina binti Hisham dan diikuti 1 lagi nama lelaki dibawahnya. Aku mengetap bibir. Rasanya aku tak bermimpi. Abang Ahmad ketua aku! Terasa bagaikan mimpi menjadi realiti! Tapi... mana Abang Ahmad ni?

*HOD: Head of Department.
*AHOD: Assistant Head of Department.

“Ok. Kita mulakan module pertama kita. Jadi, saya serahkan kepada ARP,” Hakim berjalan masuk ke barisan tempat duduk dan tempatnya diganti dengan Aiman daripada Activities and Role Play Department.
“Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum. Nama saya Aiman. HOD bagi ARP department. Jadi, bagi first module ini. Saya nak kamu semua dibahagi kepada 6 kumpulan...”

Dan sesi ice breaking berjalan tanpa Abang Ahmad. Isk! Melepas peluang aku nak bertaaruf dengan dia. Hakim pula rupa-rupanya ketua fasilitator. Patutlah beriya-iya ajak aku jadi faci!

“Lepas ni kita ada minum pagi...” Hakim bersuara.
Masing-masing dah tersengih.
“Jadi, right after morning break, kita akan adakan meeting department.”
Aku dah resah. Sudahlah kali pertama jadi faci. Tup tup jadi assistant. Dengan Abang Ahmadnya tak ada. Eleh, Farah. Risaukan Abang Ahmad ke risau sebab jadi assistant? Walhal hati dah berlagu-lagu gembira!

“Hakim!” aku memanggil Hakim yang sedang membelek-belek kertas di atas meja.
Hakim mengangkat muka. “Apahal?”
“HOD aku mana?” sengaja aku malas menyebut nama Abang Ahmad.
“Siapa eh? Kau deparment apa?” Hakim.
“Disiplin. Siapa ek nama dia. Ahmad Khairul kalau aku tak silap,” ujarku. Sengaja buat-buat lupa nama Abang Ahmad. Tapi aku siap sebut lagi nama penuh dia. Cuma tak ada bin aje.
“Oh! Ahmad. Dia lambat sikit. Nanti adalah tu,” balas Hakim sambil lewa. “By the way, tadi kau cakap macam tak kenal Ahmad tu. Tapi kau perasan pulak eh dia tak ada?” sengaja Hakim menyakat aku.
Terasa muka macam terkena wap panas. Hakim ni, observant betul kalau ada apa-apa pasal aku.
“Mengadalah kau!” laju tangan mencubit lengan Hakim.
Hakim hanya ketawa nakal.

***

Aku memandang wajah Abang Ahmad sekilas sebelum menunduk memandang lantai. Segan kalau dia boleh baca riak wajah aku. Mahu kantoi kalau dia tahu aku dah jatuh tangga suka pada dia.
“Nama aku Ahmad Khairul bin Kamal. Orang Kedah. Civil Engineering, final year final sem,” ringkas Abang Ahmad memperkenalkan dirinya. 4 perkara yang memang aku dah hafal sangat pasal diri dia.
“Ada apa-apa lagi nak tanya?” soalnya dengan senyuman dibibir.
“Status?” Firdaus menyoal nakal. Aku dah berdebar menantikan jawapan Abang Ahmad.
Abang Ahmad ketawa. “Soalan lain?” Abang Ahmad mengelak untuk menjawab.
Hilang terus debaran di dada. Soalan lain tak nak tahu. Saya nak tahu jawapan bagi soalan tu je. Antara hidup dan mati tu. Namun Abang Ahmad hanya membiarkan soalan itu tak berjawab.
“Aku minta maaflah sebab tak datang sesi pagi tadi. Ada hal. Kalau ikutkan esok baru aku dapat datang,” ceritanya. Aku hanya menjadi pendengar setia.
“Korang dah pernah jadi fasi ke sebelum ni?”
Aku menggeleng. Firdaus mengangguk.
“Wah, Farah? First timelah ni?”
Aku mengangguk.
“Dah third year baru kali ni nak masuk?” soalnya.
Aku buat-buat tak dengar dengan soalannya.
“Relaxlah Farah. Memanglah kita disiplin. Tapi janganlah waktu macam ni pun nak serius. Relax je,” ujarnya lagi. Banyak cakap juga Abang Ahmad ni. Akhirnya aku tersenyum kecil.
“Hah, kan comel macam tu. Time kita bertugas, barulah kena serius.” Abang Ahmad tersenyum.
“Farah batch berapa ye?”
“Jan ’05.”
Mata Abang Ahmad membulat. “Lah? Rasanya masa tu aku fasi disiplin jugak kan?” soalnya dalam ketawa.
Aku hanya mengangguk. Sayalah yang berani minta tanda tangan abang masa tu. Ceh... macam lah orang lain tak dapat tanda tangan Abang Ahmad. “Kira dah tahulah bayang-bayang discipline department macam mana?”
Aku mengangguk.
“Kau ni asyik berbual dengan Farah je. Aku macam tak wujud pulak kat sini,” komen Firdaus.
Abang Ahmad ketawa. Muka aku dah terasa panas. Minta maaflah Firdaus. Terlupa pulak yang kitorang turut berkongsi oksigen dengan orang lain!

***

“Rubbish! Masing-masing pentingkan diri,” marah Abang Ahmad.

Aku dan Firdaus masing-masing buat muka tegang. Ok, baru aku tahu perasaan jadi fasilitator. Perasaan marah dan geram apabila freshie tak nak ikut peraturan. Perasaan apabila freshie bersikap kurang ajar. Satu dewan sunyi sepi. Fasilitator lain hanya duduk dibelakang. Tidak mahu masuk campur. Kalau ada pun sama-sama berdiri di sebelah tempat duduk pelajar.

Perkara yang sama diketengahkan Abang Ahmad. Kesilapan yang sama. Kadang tu aku mahu tersenyum juga bila mengenangkan saat-saat batch aku kena marah dulu. Tapi tak bolehlah senyum sekarang. Hilang kredibility sebagai fasilitator disiplin. Abang Ahmad pula memang pandai memainkan peranannya.

Semenjak minggu orientasi bermula, wajahnya serius aja. Cuma masa post moterm dia akan tersenyum. Tapi kalau dah post moterm pun dekat pukul 4.00 pagi, siapa lagi yang larat nak senyum? Suka aku tengok Abang Ahmad version minggu orientasi. Abang Ahmad yang serius dan tegas. Ketegasan itulah yang buat aku tertarik dengan dia.

“Aku dah malaslah nak mengulang benda yang sama. Korang pun dah besar panjang. Bukannya budak sekolah, semua benda nak dimarah.” Abang Ahmad diam sejenak. “Aku harap esok benda ni tak jadi lagi.”

Mikrofon bertukar tangan. Abang Ahmad berjalan turun daripada pentas. Hakim berdiri di atas dengan muka tak berperasaan. Aku berjalan ke bahagian belakang dewan. Jam di tangan dipandang sekilas. 12.30 pagi. Mak oi! Mata pun dah perit semacam.

Tepat pukul 1.00 pagi semua freshie dibenarkan balik ke bilik. Kami para fasilitator berkumpul untuk post moterm hari ke-3. Lagi 2 hari, berakhirlah minggu orientasi kali ini dan semuanya bakal menjadi kenangan terindah buat aku. Hukhuk.

“Kita mulakan majlis kita dengan Al-Fatihah...” Hakim membuka majlis.
“Ok, kita adakan department meeting. Lepas ni baru kita mulakan post moterm. Department meeting setengah jam je ye? Pukul 1.40 semua berkumpul dekat sini,” ujar Hakim.

Masing-masing bergerak mengikut ketua department masing-masing. Seperti biasa, aku bergerak ke tempat yang Abang Ahmad dah pilih. Sekilas Abang Ahmad tersenyum ke arahku. Aku buat muka toya. Mengantuk kot! Seminggu minggu orientasi, seminggu jugak waktu tidur aku tunggang langgang. Nasib baiklah ada waktu giliran bertugas. Kalau tak, memang pengsan aku dekat sini.

“Serius je, Farah? Relaks... lagi 2 hari je lagi.” Senyuman Abang Ahmad masih tak lekang walaupun dia menunduk ketika itu.

Aku menahan debar di dada. Isk Abang Ahmad ni, boleh tak kalau awak tak senyum-senyum macam tu? Lebih baik awak buat muka serius awak tu. Nak tak nak, aku memaniskan muka. Nanti dia cakap aku sombong pulak. Meeting department dimulakan dengan ummul kitab. Masing-masing mengeluarkan jadual minggu orientasi. Satu persatu masalah sepanjang slot diutarakan.

“So, discipline department?” Hakim memandang ke arah Abang Ahmad. Abang Ahmad menyahut.
“Macam mana dengan slot disiplin esok?” soalnya.
Abang Ahmad tersengih. “Kita tengok esok,” balasnya pendek.
Hakim mengangguk tanda faham. “Cuma nak diingatkan, kita betulkan balik niat kita. Kita marah-marah diorang bukan sengaja, bukan suka-suka. Cuma kita nak didik diorang ikut peraturan. Betulkan balik niat kita, kita reflek diri kita balik,” Hakim mengingatkan.
Aku hanya mengangguk.
“Any update daripada department lain? Kita ikut satu persatu ok? ARP macam mana?” Hakim mencari-cari kelibat Aiman.
Aiman bangkit dari duduk. Satu per satu update disenaraikan. Kemudian diikuti dengan Moral and Religion Department.

“Ana nak ingatkan satu benda kepada semua fasilitator,” Faris memulakan mukadimahnya. “Kita selalu mengingatkan freshie supaya menjaga batas-batas pergaulan diorang. Tapi ada sesekali ana ternampak antara fasi pun ada yang lepas laku.” Ujarnya sambil tepat memandang ke arahku. Mujur hanya aku yang perasan.
“Jadi, ana harap kita tak menjadi orang yang bakal dibenci Allah. Seperti mana yang dinyatakan di dalam surah As-Saff, di dalam ayat 2 dan 3 iaitu ‘1. Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 2. (Itu) sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.’ Jadi ana harap kita sama-sama beringat ya?” tegas dia mengingatkan.

Aku memandang Hakim. Entah kenapa aku terasa sangat yang peringatan itu diberikan kepada aku. Aku dan Hakim dah macam adik dan abang. Hakim membalas pandanganku. Seolah-olah dia turut merasai apa yang aku rasa.

“Ok. Sebelum apa-apa, saya nak beritahu sesuatu pada kamu semua...” Hakim tak beralih dari memandangku. “Saya dan Farah minta maaf kalau kami ada terlepas laku.”
Masing-masing terdiam mendengarkan kata-kata Hakim.
“Kami berdua memang rapat sejak kecil. Dah macam adik dan abang.” Hakim tersenyum ke arahku. Tapi aku pasti ada yang tak puas hati. Macam adik dengan abang bukan bermakna kami boleh melebih-lebih!
“Lagipun, Farah adik susuan saya. Jadi Farah dah macam adik kandung saya juga.”
Aku menghela nafas lega. Fasilitator lain dah bertepuk tangan. Mataku terpandangkan Abang Ahmad yang duduk disebelah Firdaus. Dia hanya tersenyum.

***

Hari terakhir minggu orientasi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Seronok rupanya menjadi fasilitator! Memang patutlah Hakim beriya-iya mengajak aku menjadi fasilitator. Malam itu merupakan malam penutup minggu orientasi. Bermula daripada ARP department, sehinggalah ke discipline department. Semua fasilitator memberikan kata-kata terakhir. Buat pertama kalinya Abang Ahmad tersenyum kepada freshie. Betul-betul mengingatkan aku kepada kenangan dahulu. Aku mengetap bibir.

“Aku nak minta maaf atas semua kata-kata aku pada korang semua,” Abang Ahmad memulakan kata.
“Satu benda yang aku nak korang ingat, walaupun korang rubbish...” Abang Ahmad memandang aku. Firdaus tidak dapat datang atas sebab-sebab yang tertentu. “Rubbish can be recycled,” ujarnya.
Dewan dah mula gamat dengan suara freshie.
“Jadi malam ini, kami ingin meletak jawatan sebagai fasilitator korang.” Abang Ahmad masih tak berhenti tersenyum. Minggu orientasi tamat!

“OK?” soal Abang Ahmad sebaik sahaja kami duduk untuk department meeting.
Aku mengangguk.
“So, ada apa-apa lagi nak cakap?”
Aku hanya menggeleng. Tersenyum. Entah kenapa bila dengan Abang Ahmad aku menjadi seorang yang pendiam.
“Kalau macam tu, kita tutup majlis kita.”
Aku menadah tangan membaca doa.
Abang Ahmad bangkit dari duduk. Aku menggigit bibir. “Abang Ahmad!” spontan aku memanggilnya.
Abang Ahmad menoleh. Riak wajahnya jelas dia nampak pelik dengan panggilan aku. Iyalah, mana pernah aku panggil dia abang?
“Apa dia?” Abang Ahmad kembali duduk.
“Saya sebenarnya dah lama suka pada abang. Sejak abang jadi fasi masa minggu orientasi saya lagi.”
Abang Ahmad dah terkejut. “Farah?”
“Please dengar dulu. Saya dah lama suka pada abang. Saya tak kisah apa abang nak fikir pasal saya. Saya berani cakap ini pun sebab saya takut abang terlepas pada orang lain...” spontan muka aku memerah. “Mungkin cara saya tak betul. Tapi sekurang-kurangnya kalau abang reject, antara saya dengan abang je yang tahu.” Aku menunduk. Mak datuk! Dari mana aku dapat keberanian macam ni? Isk! Sekarang baru rasa malu. Hah, amik kau!

Abang Ahmad memandang aku sekilas. Kemudian dia bangkit dan meninggalkan aku. Ini jawapan dia? Aku rasa aku dah faham. Ya Allah! Kenapalah aku berani sangat ni? Dia kenal aku tak sampai 2 minggu. Mesti dia dah fikir bukan-bukan. Aku mengetap bibir. Tak apalah. Aku faham. Mungkin dia dah ada pilihan hati sendiri.

***

3 tahun berlalu. Tak banyak benda yang berubah. Bandar Johor Bahru tetap sibuk seperti biasa. Aku pulak baru je 3 bulan mendapat kerja. Sebelum ni memang goyang kaki dekat rumah. Hakim dah selamat mendirikan rumah tangga. Baru beberapa bulan. Sekarang isteri dia tengah mengandungkan anak sulung. Beruntungnya bunting pelamin!

Abang Ahmad? Lama aku lost contact dengan dia. Mujurlah hanya dia seorang yang tahu rahsia hati aku. Sekurang-kurangnya tak adalah aku malu dengan orang lain. Semenjak aku dengan beraninya memberitahu Abang Ahmad tentang perasaan aku, terus aku dengan dia bagaikan tidak mengenali satu sama lain.

Aku apatah lagi, kalau nampak dia 100 meter kat depan, sanggup aku pusing lalu jalan lain walaupun jalan tu lagi jauh. Segan. Malu. Sedih. Semua perasaan bercampur-baur. Kalau dah memang terserempak berdiri sebelah-sebelah pun aku akan tunduk je. Rasa bodoh gila sebab aku luahkan semua pada dia. Kalaulah aku berfikir dulu hari tu, mesti sekurang-kurangnya hubungan kami ok sedikit dari sekarang. Aku mengeluh.

Mata dipejam kelipkan 2-3 kali. Masih jugak tak mahu tidur. Esok pagi-pagi Hakim mengajak aku ke rumahnya. Ada doa selamat katanya. Dia pun baru pindah ke Johor Bahru. Makin senanglah aku nak jumpa dia!

Handset berbunyi menandakan mesej masuk. Lagu No Other nyanyian kumpulan pop Korea. Aku bukanlah minat sangat dengan Korea ni. Cuma, aku tertarik dengan lirik dia. Boleh aku dedikasikan buat Abang Ahmad.

There’s no one like you
Even if I look around it’s just like that.
Where else to look for?
A good person like you.
A good person like you.
With a good heart like you.
A gift as great as you…

Semangat aku mencapai handset mahu membaca mesej. Manalah tahu kalau penting ke. ‘Dapatkan video panas percuma...’ Aku membuat muka. Sengal betullah iklan-iklan macam ni. Entah dari mana entah dia dapat nombor aku. Laju aku memadamkan mesej itu. Aku menarik nafas perlahan. Mata dipejam. Mana tahu tiba-tiba rasa mengantuk datang. Jam pun dah dekat pukul 1.30 pagi.

***

“Farah tolong mak ambilkan jag air dalam almari belakang tu,” selamba sahaja mak Hakim mengarah aku itu-ini. Iyalah, mak Hakim mak aku jugak kan?
“Farah, pinggan untuk perempuan tak cukup. Tolng ambilkan? Lepas tu hantar sekali ye?” pinta Hakim.
Aku bangun dan berjalan ke arah pinggan mangkuk yang diletakkan disatu tempat lalu aku bawak keluar ke tempat perempuan. Kemudian, aku masuk balik ke dapur melalui pintu belakang. Kemudian aku bergerak ke sink. Bertukar giliran untuk membasuh pinggan mangkuk. Kesian Kak Ila yang duk membasuh dari tadi. Aku ingatkan Hakim tempah katering. Rupa-rupanya tak. Dia kata tak ramai pun yang dia jemput. Ramai-tak ramai aku rasa dekat seratus jugak.

“Farah, pergi depan. Ada orang nak jumpa,” pinta Hakim sebaik sahaja dia masuk ke dapur.
Aku menarik nafas dalam. Baru je nak basuh pinggan, dah kena kacau. “Penatlah. Nanti-nantilah...” tolakku. Sibuk pulak ada orang nak jumpa. Bukannya aku kenal siapa-siapa pun dekat sini.
“Pergilah.. Tinggal dulu pinggan mangkuk tu.” Hakim dah menarik tangan aku.
Nak tak nak, aku ikutkan jugak. Tangan yang bersabun dibilas dengan air paip. Kemudian aku mengekori langkah Hakim.

“Kenalkan, ni adik aku,” ujar Hakim pada sahabatnya disebelah. Aku dah buat muka. Kenalkan? Nampak sangat orang tu tak kenal aku. Isk! Hakim ni, buang masa aku je.
“Tapi orangnya dah berpunya...” usik Hakim.
Aku tersengih. Memang dah berpunya pun. Tapi hati ajelah. Orangnya belum.
“Farah, ni kawan aku.” Hakim menunjukkan sahabatnya.
Aku memandang tak berkelip. Abang Ahmad? Ok, aku tak boleh nak pertikaikan kenapa dia ada dekat sini sebab dia memang kawan Hakim pun. Aku senyum nak tak nak pada Abang Ahmad.
“Apa khabar? Lama tak jumpa,” sapa Abang Ahmad.
Aku hanya mengangguk. Sekali lagi aku jadi pendiam bila berhadapan dengan Abang Ahmad.
“Farah dah kerja? Kerja dekat mana?” soalnya.
“Ikut consultant. Dekat JB jugak,” balasku pendek.
“Korang berbuallah dulu. Aku masuk kejap,” Hakim meminta diri.
Dahi aku dah berkerut. Dalam hati aku merungut-rungut. Kenapalah Hakim tinggalkan aku dekat sini Hakim? Abang Ahmad hanya tersenyum melihatkan reaksi aku.

“Lama saya cari Farah,” ujar Abang Ahmad secara tiba-tiba.
“Cari?”
Abang Ahmad mengangguk. “Sejak habis minggu orientasi dulu tu saya cari Farah. Tapi saya tak pernah jumpa,” jelasnya.
Tipu... Selalu je aku terserempak dengan Abang Ahmad. Cuma dia je yang tak pernah nak sapa aku. “Selalu je kita jumpa?”
Abang Ahmag menggeleng. “Farah yang selalu melarikan diri,” tuduhnya.
Aku hanya mematikan diri. Tuduhannya berasas. Memang aku selalu melarikan diri daripada dia. Malu nak berharap pada orang yang tak sudi.
“Last-last dia jugak yang dah jumpa orang lain.”
Aku mengerutkan dahi.
“Farah langsung tak bagi peluang pada saya. Kenapa?” Abang Ahmad memandang aku tajam. “Takkan dalam satu malam Farah nakkan jawapan? Saya pun perlu meminta petunjuk dari Dia. Tup tup dengar dia dah berpunya. Farah tak adil.”
Lidahku menjadi kelu. “Saya...”
“Tak mengapalah. Mungkin memang kita tak ada jodoh.” Abang Ahmad dah berjalan meninggalkan aku.
“Nanti!” spontan aku bersuara.
Abang Ahmad menoleh.
“Saya tak tahu apa yang Hakim cerita pada abang. Bila masanya saya dah berpunya?”
Abang Ahmad hanya diam.
“Saya belum berpunya. Mesti Hakim sengaja bergurau. Cuma...” aku memandang Abang Ahmad tak berkelip. “Cuma hati saya dah berpunya.”
Abang Ahmad tersenyum tawar. “Lebih kuranglah tu,” komennya.
“Status saya sekarang ni it’s complicated. Lebih-lebih lagi bila yang mengambil hati saya tak sedar perkara tu.”
Aku memandang Abang Ahmad. Aduh! Sukarnya nak menyusun kata!
“Saya harap abang pulangkanlah kembali hati saya. Kalau abang tak mahu, dipersilakan untuk jadikan hati saya milik abang. Tapi biarlah dengan cara yang betul.” Serentak dengan itu, muka aku terasa panas.

Kenapa kalau apa-apa mesti aku yang mulakan? Tak mengapalah. Aku juga yang pernah cakap dulu, kalau lambat-lambat nanti aku yang melepas walaupun sebenarnya cara dan tindakan aku ni jauh menyimpang daripada cara yang betul.

“Saya masuk dulu,” kataku meminta diri.

Abang Ahmad memerhatikan aku tanpa berkelip. Dalam hati aku mengharapkan dia mengatakan sesuatu. Namun hampa. Abang Ahmad ni... memang macam ni ke orangnya? Mendiamkan diri kalau ada apa-apa yang memenuhkan kepala dia. Kerja membasuh pinggan yang tertangguh tadi aku sambung. Dah penuh sink dengan pinggan mangkuk yang kotor. Nasib baiklah stok pinggan yang Hakim pinjam dari rumah ibu banyak.

Hampir pukul 2.00 pagi barulah kami selesai mengemas. Itu pun tak sepenuhnya. Aku sempat membuat air teh atas permintaan Hakim. Sengaja je dia nak membuli aku ni. Haih... Nasib baik esok hari Ahad! Fadhilah isteri Hakim dah masuk ke bilik. Letih katanya. Orang berbadan dua, biasalah tu. Tinggallah aku, Hakim, Kak Ila, Abang Sufi, mak dan abah. Masing-masing dah keletihan. No Other berkumandang dari dalam bilik. Laju aku bangun sampai nyaris terjatuh kerusi dibuatnya. Yang lain hanya menggelengkan kepala melihat telatah aku. Macam kanak-kanak agaknya.

~Saya nak minta izin untuk jadikan hati Farah milik saya. Insya Allah minggu depan Farah kena jemput wakil dari pihak saya~
-012-3456789-

“Huh?” Tak perlu bertanya pemilik nombor, aku tahu ini nombor Abang Ahmad. Tapi daripada mana dia dapat nombor aku? Rasanya dia tak ada nombor baru aku yang ini. Hanya ada 1 je kemungkinan.
“Hakim!” aku dah menjerit memanggil nama Hakim.
Hakim hanya ketawa dari luar. Seolah-olah dapat mengagak kenapa aku menjerit memanggil namanya.
“Mak, abah. Tak lama lagi merasalah kita nasi minyak!” sengaja Hakim menyebut dengan kuat. Macam nak bagi aku dengar.
Aku bersandar di dinding. Macam mimpi. Abang Ahmad nak hantar wakil? Aku menampar pipiku berkali-kali. Walaupun dah penat tahap tak ingat, rasanya aku masih boleh bezakan antara realiti dan mimpi. Dalam tempoh 6 tahun, macam-macam orang aku jumpa. Tapi hanya nama Abang Ahmad seorang yang dah tertulis dekat hati ini. Ahmad Khairul bin Kamal, no other but you!


***
Saya tak tahu apa yang saya merepek kali ni.
Dan saya minta maaf kalau repekan saya nampak tak logik.
Terima kasih sebab sudi membaca dan memberi komen.
:)
aku_dia
15/08/2010-22/08/2010

8 comments:

epy elina said...

hoohhooh...
best la crt ni..
cuma klakar..
cra farah mbrtahu isi ati dia kat abg ahmad...
tp respect la kat farah...
trma or x dtrma blkang crt a...
yg pntg x mnyesal kmudian ari...
thniah pnulis....

ReEfHoNeY said...

hahaha,,best2~

pinkpurle amie said...

ASSALAMUALAIKUM
hahaha best2....
lau bleh sambung la cter nie...
ca ne ahmad leh terima n cari farah
n cam ne cter lepas dah kawin nie?? hahaha nie just satu cadangan jek

Anonymous said...

Salam...
best la cerite ni.
teringat masa saya haluansiswa dulu.
kene denda,minta tndtgn PM,kena marah,menang p'tandingan cheers.
apa pun tahniah sbb cerite ni mmg best

Anonymous said...

salam..
cite ni best..
buat org tersenyum :)
tp..boleh x ceritakan sikit mcm mana ahmad leh terima farah..huhu
mst lagi best..

-cheerio-

Anonymous said...

memang orientasi kat u camtu eh?? n sampai seminggu??

-budak sekolah menengah-

didi_hamtaro said...

wahh,,rindu MAS kt UTP..jap sume facee dept.disiplin mmg cmni ea,,sket2 ckp ktorg rubbish,,sume sbijik!!!OMG O_O !!!sy batch JAN '11..lwk lahh

sweetyy said...

ohh..tringat plak tme mnggu tme orientasi,,mse orientasi kat asasi dlu xtrok sgt kna marah tp ble dtg degree ni,slalu je kna marah dgn fasi,ade je bnda diorang xpuas hti,,rse nk mbrontak plak tp dlm hati je xbrani lar dpan2..huhu..mmg btol2 terseksa slama smnggu,,rse lama sgt..haha,sume faci hmpir sama je yer..btol2 kna "dera" dgn senior..haha,,sy freshie thun ni..pe2pn,,sy akn anggap sume 2 sbg kenangan terbaik dlm inbox memory sy...:)