::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

20 February 2011

Suami Aku Ustaz?! 18

Jarum jam belum pun menunjukkan ke angka sepuluh aku dah keluar rumah. Semalam sebelum tidur, awal-awal dah minta izin dengan Abang Hafiz nak pergi rumah Wati. Payah betul mana pergi nak kena minta izin semua ni. Dulu masa aku duduk dengan mak dan ayah, selamba je aku keluar mana nak. Abang Hafiz yang memang tiba-tiba jadi tak banyak cakap sekarang hanya mengangguk bila aku bertanya. Isk! Payah betul bila lelaki merajuk. Buruk! Tapi aku rasa kira ok lagi lah dia tak buat muncung macam kalau perempuan merajuk.

Malam tadi, aku terus tidur bila dah tak ada idea nak buat apa dekat rumah. Nak duduk dekat luar bilik, tiba-tiba duk berbual dengan Abang Hafiz aku rasa macam apa pulak. Rasa macam terhegeh-hegeh je dengan orang. Isk! Parah-parah. Bila tersedar pukul empat sebab cahaya lampu, aku tengok dia tengah qiam. Rajin sungguhlah ustaz ni qiam tengah-tengah pagi. Kalau tak silap aku, last aku qiam masa nak PMR dulu. Doa nak mintak dapat straight A’s. Tapi tak dapat jugak. Boleh pulak agama dapat B. Huhuhu.

Slow je aku bawak motor pagi-pagi ni. Nak pergi mana ek? Kenduri rumah Wati sebenarnya buat lepas Zohor. Kira macam makan lunch lah. Ni ada lagi berapa jam nak tunggu Zohor masuk. Takkan aku nak menempel dekat rumah dia lama sangat? Bukannya tolong buat kerja, tolong tengok orang buat kerja adalah.

Sedar tak sedar, aku dah masuk kawasan tambak. Lepas tu, sengaja aku bawak motor menghala ke kedai mamak yang dulu aku selalu lepak dengan budak berdua tu, Pa’an dengan Joe. Tiba-tiba rindu masa zaman muda-muda. Cis! Dah kahwin tak bermakna aku dah tua ok? Baru nak cari tempat parking, mata terpandangkan motor yang selalu aku nampak. Terkelu aku dibuatnya sampai tak sedar ada kereta dekat belakang. Free-free je kena hon.

JHR XXXX.

Aku baca nombor plat motor berwarna hitam tu. Confirm! Ini petanda tak baik. Lagi bagus aku cari tempat lepak yang lain daripada nanti aku datang, Joe buat tak kenal macam aku ni daripada planet Marikh. Tapi aku park jugak motor aku dekat sebelah motor dia. Kaki aku hayun ke tepi laut. Malaslah aku nak masuk kedai mamak tu.

***

Tengah leka mata memerhatikan laut, tiba-tiba ada benda yang disuakan di depan muka aku. Terus aku terkebelakang. Tangan laju mengurut dada. Terkejut! Dengan slow motion, aku menoleh ke kanan. Joe setia berdiri dengan ais krim Cornetto di tangan.

“Tak nak ke?” Dia bertanya bila aku buat bodoh dengan aiskrim dekat tangan dia.
Aku gigit bibir. Bukan tak nak tapi... Akhirnya aiskrim bertukar tangan.
“Kau ada prob?” nada suara Joe macam biasa bila bertanya.
Aku masih leka tengok laut yang sikit berombak. Kertas yang membalut aiskrim coklat tu aku koyakkan.
“Kau marah lagi?” Soalan di jawab dengan soalan.
Joe hanya diam. Bila tengok dia tak jawab, aku pun malas tak tanya lebih-lebih.
“Kenapa tak masuk dalam?”
Aku menoleh bila dia bersuara. “Saja nak lepak sini.” Lagipun aku takut dekat kau. Aku menyambung dalam hati.
“Panas-panas macam ni?”
Aku diam. “Macam mana tahu aku dekat sini?” Tak adalah dekat sangat kedai mamak tu dengan tempat ni sampai dia boleh nampak.
“Nampak kau park motor tadi. Pelik jugak kau tak nak masuk dalam tadi.”
Suasana kembali senyap.
“Kau marah lagi ke?” Aku tanya soalan tadi balik. Serius aku pelik kalau dia dah tak marah. Semalam berapi-api aku tengok mata dia masa dia pandang aku.
“Marah.” Joe menarik nafas. “Tapi still, aku tak boleh nak stop sayang kau. Jadi aku rasa bercampur baur. Marah, frust... semua ada. Sampai malam tadi pun tak tenang aku nak tidur. Entahlah Lisa.”
Nasib baik tak terjatuh ais krim ni masa dia cakap part sayang tu. Aku buat-buat tak dengar bila cakap macam tu.
“Wati tahu ke benda ni?”
Aku angguk.
“So, aku orang lastlah?”
Aku pandang Joe. Ek eh dia ni. Masa aku beritahu Wati, dia ingat dia yang last. Yang Joe ni pulak, bila tahu Wati tahu, dia pulak ingat dia yang last tahu. Macam-macam lah diorang ni.
“Taklah. Orang first.”
“Bila kau beritahu dia?”
“Malam tadi. Terpaksa.”
“Terpaksa? Risau aku yang beritahu dia dulu ke?”
Aku menggeleng. Ais krim yang tinggal sedikit aku habiskan. Kertas sampah tadi aku kumpulkan. Nantilah baru buang dalam tong sampah.

“Aku nak minta tolong dia. Ada orang merajuk dengan aku.”
“Aku ke?” Joe tersenyum tawar.
Aku menggeleng. Perasan! Ceh! Siapa agaknya ya yang risaukan pasal Joe sampai tersalah-salah masa mengaji?
“Ustaz.” Pendek aku menjawab.
Joe tak bagi komen apa-apa.
“Aku harap kau happy.” Tiba-tiba dia bersuara.
Aku mengalih pandang ke arah dia.
“Sebab kalau kau happy, aku pun happy.” Joe senyum tak berperasaan.
Angin laut masih tak berhenti menghembus. Walaupun matahari dah semakin meninggi, terasa panas tu hilang bila badan kena angin. Segar. Macam hati aku yang terasa segar sikit bila satu masalah dah selesai.
“Lagi satu, try to be a good wife. Kalau aku jadi suami pun, aku harapkan isteri yang dengar kata.” Joe tersenyum nipis.
“Lisa, walaupun ilmu aku bukan tahap suami kau...” aku rasa nak tersenyum bila dia sebut perkataan ‘suami kau’ tu. Rasa macam lawak.
“Tapi aku ingat lagi masa sekolah agama, Ustazah aku cerita kisah Siti Fatimah yang mengelilingi Saidina Ali sebab tidak sengaja dah kecikkan hati Saidina Ali. Kalau Ustaz terasa hati sebab semalam, aku rasa kau tahu apa yang kau patut buat.”
Aku rasa nak tercekik. Memang aku tahu. Tapi macam mana?

***

“Apa yang dia suka?”
Aku menggeleng. “Mana aku tahu...” Buah tembikai aku potong dengan berhati-hati.
Dahi Wati dah berkerut. “Hey! Dia hubby kau tau!”
“Syyy!” aku menyuruh dia memperlahankan volume. Kuat sangat! Ada semua orang dengar nanti. Huh! Hubby tak hubby. Euw... Geli pula nak berhubby-hubby ni. Bunyi dia, manja yang teramat! Suami je sudah.
“Manalah aku pernah ambil kisah pasal dia. Yang aku tahu, dia suka makan dekat rumah and dia suka makan gula-gula Choclairs.”
Jenuh aku nak mengingatkan balik apa yang dia suka. Itu ajelah dua benda yang memang aku arif pasal dia. Itu pun kalau tak iya-iya satu benda pun aku tak tahu!
Wati dah menepuk dahi. “Teruk betullah kau ni jadi bini dia. Malang betul Ustaz tu tau!” Wati dah bising. Dia kemudian menuangkan air gula yang dah siap ke bekas lain. Periuk tadi kembali diisi dengan air.
Aku buat muka bila Wati mengutuk. Gaya aku memang terhegeh-hegeh gila nak mak dengan ayah kahwinkan aku dengan Ustaz tu. “Eleh. Kalau kau kesian sangat, kau kahwinlah dengan dia!” Erk! Amboi mulut, sanggup ke nak bermadu? Ada karang bini tua lagi muda daripada bini muda.
“Serius?” Dia menyoal ala-ala serius.
“Lepas tu, Pa’an kau tu nak letak mana?” Aku bagi alasan. Ceh! Sepatutnya dia yang bagi alasan untuk mengelak. Ini terbalik pulak.
“Ah, kalau antara Ustaz dengan Pa’an, lagi baik Ustaz!”
Aku membulatkan mata. “Banyaklah kau!”
Wati tergelak-gelak. Dia menuang gula perlahan-lahan ke dalam periuk yang airnya dah mula nak panas.

“Eh, tadi aku jumpa Joe!”
Laju Wati menoleh. Plastik gula diletakkan ke tepi. “Bila?”
“Kat tepi laut. Kan aku cakap aku lepak sana tadi sebelum datang sini.”
“Tapi kau tak cakap kau jumpa dia?”
“Bukan sengaja nak jumpa. Terjumpa.”
“Dia ok?”
“Macam ok.”
“Oklah tu. Siapa yang tak terkejut dengar pasal benda tu.”
“Itu orang yang dengar. Aku yang alami sendiri ni pun terkejut tak hilang lagi.” Ceh! Ayat tak boleh blah sungguh.
Wati menggeleng. “Apa perasaan kau lepas kahwin?”
Aku diam sekejap sebelum menjawab. Berfikir. Perasaan? Perasaan apa? Tak ada apa pun aku rasa. “Neutral.”
“Weh, betul-betul lah!” Wai dah mula nak marah.
Aku mengerutkan dahi. “Betullah! Bila masa aku nak menipu?”
“Takkan kau tak rasa apa-apa dekat dia?”
Oh! Cakaplah perasaan aku dekat Ustaz tu. Ini tanya perasaan aku lepas kahwin. Soalan tak clear betul. Walaupun jawapannya sama.
“Neutral jugak!”
“Serius?”
Aku mengangguk.
“Aku nampak dia macam abang je. Kadang tu macam Ustaz.”
“Sikit pun tak ada rasa sayang dekat dia?”
Aku mengiyakan.
“Betullah kau ni Lisa. Memang patut Ustaz tu merajuk dengan kau. Jawab tak cover-cover langsung! Kalau dia tahu ni...” Sengaja Wati tak cakap habis. Nak suruh aku fikir sendiri akibat dia lah tu.
Ah, akibat dia macam apa yang jadik semalam itu lah. “Sebab dia tak ada aku berani jujur,” kata aku. Cuma semalam je tak bernasib baik.
“Belajar-belajarlah sayang dekat suami kau tu. Ustaz Hafiz lagi tu. Kalau aku kat tempat kau. Hrm... Tak lama dah aku bercinta dengan dia!”
Aku mencebik. Gaya macam aku dapat kahwin dengan angkasawan je cakap macam tu. Walhal Ustaz kelas sendiri je.
“Anak dara buat kerja... lambatnya! Boleh pula bercakap pasal suami semua. Cepat buat kerja tu! SPM tak ambik lagi dah berangan fikir bukan-bukan!”

Kak Fatin, kakak Wati dah bising bila masuk dapur tengok kita orang. Memang lambat pun kita orang buat kerja. Buat kerja sambil berbual, memanglah! Aku pun tak adanya nak terasa hati dengan dia. Kak Fatin tu dah macam kakak aku jugak sebenarnya. Sebab semua ahli keluarga Wati dah kenal aku ni.

***

Lepas habis kenduri, sempat aku singgah kedai bunga dekat bandar. Itu pun pusing keliling aku nak mencari kedai bunga. Orang jarang pergi kedai bunga, memang macam ni. Lepas masuk ke dalam kedai tu, aku terus mintak amoi tu sekuntum bunga ros. Huh, melayang duit aku kalau Ustaz merajuk tiap-tiap hari. Sementara menunggu amoi tu ambil, aku belek-belek kad yang ada dekat situ. Kad berwarna kuning cair aku ambil. Cis! Tak pasal-pasal aku jadi romantik buat benda ni semua. Artikel semalam punya pasallah. Tapi, macam mana nak bagi Abang Hafiz ni?

Tombol pintu aku pulas. Selepas salam diberi, aku masuk ke dalam rumah. Abang Hafiz ada kat dapur agaknya. Kereta dia ada, takkan dia keluar rumah jalan kaki pula? Bila nampak dia tak ada, laju aku berlari masuk ke dalam bilik. Malunya kalau dia nampak bunga ni semua! Bunga tadi pun aku letak dalam goodies bag kenduri tadi. Nasib baik tak tanggal kelopak dia sebab bawak naik motor.

Lepas settlekan perkara dalam bilik dan salin baju, aku melangkah keluar dengan nasi bungkus kenduri tadi. Langkah di atur ke dapur. Abang Hafiz tengah membasuh pinggan. Baru lepas makan agaknya.
“Ada nasi kenduri tadi.” Aku memberitahu.
“Hrm...” Itu je jawapan dia.
Aku dah rasa nak berpeluh. Ini kalau minta maaf macam mana pulak dia react? Itu satu, lagi satu bila masa nak bagi dia bunga tu? Aduh! Lama-lama ada pulak layu bunga tu dalam beg sekolah!

***

Aku intai Abang Hafiz yang tengah tengok tv sambil membaca buku apa entah. Kepala yang tak gatal aku garu. Aduh! Macam mana ni? Nak kena buat apa? Macam mana nak start first step ni? Nanti masa nak mintak maaf nak kena menangis ke? Ah! Ke situ pulak yang aku fikir. Tangan laju membuka zip beg sekolah. Bunga ros merah yang dah tak berapa nak segar aku keluarkan. Kad kuning tadi aku ambil dan aku baca sekilas.

-I know I’m bad, and I’m sorry.-

Simple gila ayat aku guna. Kan aku dah cakap aku bukan sasterawan. Kalau tak, tak ada cukupnya kad kecik ni untuk aku tulis. Kad kembali ditutup. Nafas aku tarik dalam-dalam. Erk! Tak boleh! Rasa cuak tu tetap ada. Alamak, tak ada talian hayat ke untuk selamatkan diri? Sekali lagi aku menarik nafas. Semangat aku kumpul. Rasa macam orang nak pergi jawab SPM first day pulak dah. Aduh!

“Abang!”
Abang Hafiz menoleh. Buku di tangan diletakkan ke tepi.
“Lisa mintak maaf pasal semalam.” Bunga dan kad aku hulur ke arah dia.
Abang Hafiz pandang aku tak berperasaan. Bunga dan kad dia ambil dan terus letak atas meja kopi. “I don’t need these.”
Aku dah rasa nak menangis bila dia buat macam tu. Kalau tadi aku fikir kena nangis ke tak, sekarang ni automatik pulak aku nak menangis.
Abang Hafiz pandang je aku. “Kadang-kadang tak semua benda boleh diselesaikan dengan hanya maaf Lisa.”
Aku menunduk bila terasa pipi aku basah. Laju tangan mengesat pipi. Dada dah rasa sebu semacam.
“Mungkin Lisa dah lupa kata-kata tu kan ibarat pedang. Luka dia Lisa, bukan nampak dekat badan kita. Tapi boleh rasa dekat sini,” dia letak tangan dia dekat dada.
Aku diam je dengar dia bersuara.

“Do you really mean it?”
Aku blur. Sama blur dengan mata yang berair. “Apa dia?”
“Semua yang Lisa cakap pada Johan?”
Aku menahan kepala daripada mengangguk. “Tak.” Laju bibir menuturkan.
“Mungkin masa tu rasa nak menangkan diri sendiri sampai tak sedar tercakap semua tu dengan Johan.”
Bohong sunat. Tak apalah, bohong untuk mengelakkan Ustaz ni terus-terusan terasa hati. Walhal aku sedar je apa yang aku cakap. Dan aku bercakap benda yang aku rasa. Ya Allah, kenapalah susah sangat nak terima Ustaz ni?
Abang Hafiz pandang aku tak percaya. Gaya dia macam nak tengok aku menipu ke tak. Akhirnya dia tersenyum nipis.
“Lain kali, fikir sebelum bercakap.” Tangan kanan dia mengesat pipi aku.
Aku malas nak mengelak.
“Dahlah. Jangan nangis. Next week abang dah nak pergi kursus dah. Abang tak nak Lisa tinggal dengan muka macam ni.”
Aku cuba tersenyum. Tangan dia aku capai dan aku cium. Tak pernah-pernah aku buat macam ni kecuali lepas sembahyang. Manalah tahu terbukak sikit hati ni nak terima dia. Isk! Kalaulah hati ni ada suis, memang dah lama aku tekan biar dia boleh masuk.

20 comments:

Anonymous said...

sweet.. =)

zura asyfar said...

sweet cmpur kelakar..hehe :D

Anonymous said...

fnally...hope lps nie kisah cinta diaorg bertambah gempak... :) stry nie mmg best!!

nulat said...

kite suka sangat cerita ni. update cepat-cepat eh ;>

miz ruha said...

suke sgt,,,

deesyira said...

best3!!itule karektor ustaz dan suami yg "1st class".xsimpan marah lma2 & sentiasa memaafkan isteri terutama isteri yang underage mcm lisa tu.kalu bleh cepat sambung yek.

umi kalsom said...

ustaz Hafiz yg sweet. saya suka sangat. ;)

Shamien said...

besh2....lagi!

Cute Blossom said...

terubat akhirnyer gan cikgu hafiz...uhuhuhuhuu..sweet jer....

sAkEeNa said...

been waiting for this..lama dah..haha..akhirnya..mintk2 lisa trbuka hati nk trima hafiz..haha

Rohaida Rahman said...

ala ustaz, sikit lebih kurang boleh ler, kesian lisa tuuu.....
geram lak dgn ustaz ni, nak menang jer hmmmm hihihi.....

Anonymous said...

akhrnya dpt gk bce n3 bru..
sbaik ustz maafkn..klu x,nangs xblagu nnt..

Anonymous said...

nak ustaz hafiz! =p. hihi....
harap lisa terbukak pintu hati tuk timer abg hafiz yer tu. klu wati blh pilih ustaz hafiz naper yer tak kan?

Anonymous said...

Best nye....nnti post la n3 bru cpt2 hari2 bkk blog nie nk tgk ade n3 bru ke x...kecewa gk bile x de n3 bru..he3

~ piscesgirl

Anonymous said...

sokong2...post n3 baru cpt2..
mkin ari mkin slow lak post citer ustaz hafiz ni...

aqilah said...

kalau Lisa takda feel kat Ustaz, kenapa Lisa susah hati bila Ustaz silenttttttttt????????????
apapun, bezzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

mamaruz said...

sure lisa rindu bial ustaz gi kursus...

wiper_shandia said...

hermmmm...lega da bile ustaz da tak majok.. :) pandai si lisa tu ngelak....hehehehe....pape pon...hope ustaz tu balik dengan selamat pas kursus tu nanti... =)

Seorg wanita... said...

Sweet n touching...

Biar Lisa sedar akan kesilapan dia... Ustaz hafiz sikit punyer baik..main cakap lepas jer, tak jaga hati suami... Kalut tu biler ustaz merajuk... :-)

Fatin Aqilah said...

bes2....=>
cepatla smbung!!!xsbr ni.....