::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

23 February 2011

Suami Aku Ustaz?! 19

Abang Hafiz mengusap kepala aku sebaik sahaja aku melepaskan tangan dia. Baru aku nak angkat kepala, terasa hidung dia dah melekap dekat dahi aku. Spontan darah menyerbu ke muka. Teringat masa lepas nikah dekat masjid dekat Melaka dulu. Laju aku angkat muka aku. Cis! Dia ni, bikin muka gua panas je.

Abang Hafiz dah capai balik buku yang dia baca tadi. Tapi, eh? Kenapa dia ambil sekali bunga dengan kad tu? Dia nak buang ke? Aku buat-buat macam nak pergi masuk bilik. Malas nak tengok dia nak buat apa dengan benda alah tu. Kalau nampak dia buang depan mata aku, tu namanya menyakitkan hati sendiri. So, lebih baik aku masuk bilik kan?

Dari hujung mata aku tengok Abang Hafiz bukak kad tu. Ceh, Alisa! Kata tadi tak nak tengok. Tapi sempat jugak mata tu mengintai dia, ye? Aku nampak Abang Hafiz tersenyum sedikit masa baca kad tu. Aku termalu sekejap. Masa hari guru pun aku tak pernah tau bagi dia kad. Hadiah apatah lagi. Tak terasa pulak nak appreciate dia sebagai Ustaz aku. Hahaha! Aku dah membuka langkah untuk ke bilik. Bila terdengar dia memanggil, aku menoleh.
“Tolong letakkan kat dalam bilik.”
Bunga dengan kad dia hulurkan. Aku pandang dia pelik.
“Nak buat apa?”
“Simpan.”
Dahi aku dah berkerut. “Tadi kata tak nak? I don’t need these...” laju mulut menuturkan. Isk! Cik mulut, tuan awak ni baru nak berdamai dengan suami dia. Cuba jangan cakap lepas sangat!
“Hah? Lisa cakap apa?”
Nasib baiklah perlahan dan suami tuan awak ni tak dengar! Laju aku menggeleng.
“Tak ada apa.” Elok habis ayat tu, terus aku masuk bilik. Tak nak aku duduk dekat Ustaz ni lama-lama. Nanti entah apa pulak yang jadi.

***

Bangun pagi itu tiba-tiba aku terasa bersemangat nak pergi berjogging. Hari tu, masa cuti hujung tahun form four, aku rajin jugak pergi jogging pagi-pagi dengan Wati. Pagi-pagi lepas Subuh kita orang jumpa dekat padang dekat bandar tu. Masa hari kerja, tak ramai sangatlah orang. Tapi adalah jugak pak cik dengan mak cik yang dah pencen tu pergi berjalan. Rajin pun bukannya apa, risaukan badan naik. Cuti masa tu dekat dua bulan jugak beb! Iyalah, masa tu budak form five nak SPM kan, kita orang pun pengetua bagi cuti. Bergembira betul aku duduk dekat rumah.

Lepas solat Subuh, aku dah bersiap-siap dengan baju dengan seluar untuk ke padang. Pagi-pagi pergi jogging, best! Udara fresh, sejuk, nyaman... semualah! Kadang-kadang hujung minggu, dapat jugak aku cuci mata. Hahaha! Laju aku merapikan tudung sebelum keluar bilik. Elok aku nak melangkah keluar, pintu dibuka daripada luar. Abang Hafiz melangkah masuk dengan muka pelik tengok aku.
“Nak pergi mana ni? Kat luar pun gelap lagi?” Dia bersuara bila aku buat tak faham dengan pandangan dia.
Teringat untuk mengambil stokin. Laju aku berpatah balik ke almari baju. “Lisa nak pergi jogging. Nak ikut?” Isk! Ni ajak-ajak ayam je ni. Jangan dia cakap, ‘nak’ sudah.
“Boleh jugak.”
Nasib tak tersungkur je aku depan almari ni dengar jawapan dia. Dah agak dah. Mesti dia nak punyalah kalau aku ajak! Iyalah, kalau dia ajak keluar berdua, manalah aku nak layan dia. Baik aku duduk rumah sorang-sorang.
“Serius?”
Aku bertanya masa Abang Hafiz tengah salin baju. Aduh! Lain kali cuba beritahu dulu kalau nak salin baju, segan aku tahu?
Abang Hafiz menoleh. “Apa yang serius?”
Kain pelekat dah berganti dengan seluar. Memang seriuslah ni. Aku menggeleng.

***

“Waahhh!” Aku dah merenggangkan badan sebaik sahaja turun daripada kereta. Langit dah mula hendak terang. Aku tengok orang pun dah mula nak ramai waktu-waktu macam ni. Ramai tu tak adalah ramai mana. Kalau lebih sepuluh tu, kira ramailah jugak kan?
“Lisa!”
Aku menoleh.
“Warming up dulu baru jogging.” Dia mengingatkan.
Aku mencebik. Macamlah aku ni budak kecik sangat nak diingatkan benda simple macam tu.
“Iyalah, Ustaz!” Entah sejak bila entah dia ni jadi cikgu Pendidikan Jasmani entah!
Abang Hafiz hanya menggeleng melihat aku. Kemudian kami bergerak ke padang. Sebelum mula berjogging, aku dengan dia sama-sama berdiri di tepi padang. Aku mula mengira daripada nombor satu hingga ke nombor lapan di dalam hati semasa memanaskan badan. Tiba-tiba aku terdengar ada orang berzikir dekat sebelah. Perlahan je bunyi dia. Siapa lagi kalau bukan Ustaz dekat sebelah ni Aku menoleh ke arah Abang Hafiz. Dia ni nak bersenam ke nak apa?
“Kenapa?” Abang Hafiz terhenti daripada buat kerja dia bila perasan aku dok ralit mengusha.
Laju aku menggeleng tanda tak ada apa-apa.
Oh! Ustaz ni tak kira satu sampai lapan rupanya. Patutlah tiba-tiba ada orang berzikir dekat sebelah. Aku ingat aku dah tersesat masuk dekat masjid tadi. Hahaha! Aku mengangkat kaki kanan sebelah. Bibir aku turut mengikut alunan suara Abang Hafiz di dalam hati.
“Subhanallah walhamdulillah walailaha ilallah wallahu akbar!”
Siapa kata berzikir masa lepas solat je? Masa bersenam pun boleh apa? Ceh! Aku lah tu yang cakap berzikir lepas solat je.
“Lisa, kita jogging sekali ye?” Abang Hafiz mencadangkan idea yang tak berapa nak best di dengar. Aku tersengih je. Nak cakap tak? Ada tak pasal-pasal aku tolong mengkayakan lagi kedai bunga semalam, hari ni. Ngee.

Laju aku berjogging meninggalkan Abang Hafiz dekat belakang. Tak kuasa aku nak jogging dengan sebelah-sebelah! Buat orang pandang pelik je dekat kitorang nanti. Segan aku. Isk! Dapat 2 round jogging, aku dah terasa mengah. Abang Hafiz relax menghabiskan lagi setengah round. Sementara menunggu dia, aku buat cooling down dulu. Lepas tu terus aku berjalan ke kereta. Nasib baik Ustaz ni tak kunci tadi. Aku dah rasa macam dekat Sahara dah ni.
“Jogging ke masuk marathon tadi?”
Aku tersengih bila dia menegur. Agak-agak dia perasan tak aku sengaja lari daripada dia. Aduh, jahat sungguh kamu ya, Alisa? Aku menghulurkan botol air di tangan. Dia menggeleng. Botol berisi air masak itu aku letak kembali ke dalam kereta.
“Nak pergi mana lepas ni?” Aku bertanya.
Abang Hafiz diam sekejap sebelum mejawab. “Abang nak pijak batu sekejap.”
Aku hanya mengangguk. Nak cakap apa lagi? Takkan aku nak bawak kereta, tinggalkan dia dekat sini pulak kan? Abang Hafiz dah berjalan ke tempat refleksiologi. Aku pula duduk dekat bangku yang ada dekat tepi tu. Sementara duk menunggu Abang Hafiz, aku memerhatikan suasana sekeliling. Ada yang tengah bertaichi. Ada yang tengah bermeditasi.

“Hai! Boleh saya mengurat awak?”
Aku menoleh ke arah suara yang menegur. Spontan bibir menguntum senyum bila kami berbalas pandang.
“Eh! Lama tak jumpa. Abang sihat?”
Abang Mirul hanya mengangguk. Dia ni abang angkat Wati sebenarnya. Jumpa pun dekat sini masa berjogging tahun lepas. Entah macam mana entah boleh jadi abang-adik angkat ni. Aku yang anak tunggal ini pun tak ada sibuk berabang-adik angkat ni.
“Sihat je. Lisa? Seorang je ke dekat sini? Tak nampak Wati pun?” Abang Mirul dah pandang sekeliling.
Aku tersengih. Malas rasanya nak menjawab soalan tu. Mata terpandangkan Abang Hafiz yang tengah memandang ke arah kami.
“Abang sorang je ke?”
Abang Mirul menggeleng. Kemudian dia mengesat peluh di dahi. “Boleh duduk sebelah?”
Aku tersengih. Dalam pada masa yang sama, aku mengesot ke tepi memberi dia ruang untuk duduk.
“Wati apa khabar?”
Aku pandang Abang Mirul pelik. “Apahal tanya orang? Bukan ke dia ‘adik’ abang?” aku mengusik.
Abang Mirul ketawa. “Memanglah. Tapi abang dah lama tak contact dia. Abang busy sikit semenjak dua menjak ni.”
Aku tumpang senyum. “Dia sihat je. Makin sihat!”
“Masih dengan Farhan lagi ke, dia tu?”
Aku mengangguk.
“Patutlah makin susah nak dengar cerita dia,” Abang Mirul memberi komen.
Aku ketawa. Agaknya memang orang tengah bercinta ni, dah lupa orang lain ke? Nasib baik si Wati ingat lagi dekat aku. Mata aku tercari-cari Abang Hafiz. Aku tengok dia tengah berjalan ke arah kami. Muka dia? Biasa ajelah. Apa, ingat dia tengah jelous ke?
“Siapa?” Abang Hafiz bertanya bila da berdiri dekat sebelah aku.
Aku bangun daripada duduk. “Ni Abang Mirul.” Aku memperkenalkan Abang Mirul dekat Abang Hafiz.
“Abang Mirul, ni err...” aku terdiam. Mata memandang sekilas Ustaz dekat sebelah. Nak kenalkan sebagai apa ni? Ustaz? Abang sepupu? Sua... erk!
“Hafiz.”
Aku dah terasa ada tangan dekat pinggang aku elok lepas dia orang berdua bersalam. Muka aku dah panas. Lagi-lagi bila terpandangkan muka Abang Mirul yang dah pelik. Cis! Nasib baik Kak Intan dengan Amani tiba tepat pada masanya.

***

“Kenapa tak cakap Mirul tu dah kahwin?” soalan Abang Hafiz buat aku rasa nak tercekik.
“Perlu ke? Takkan masa kenalkan dia tadi nak cakap, ni Abang Mirul. Dia dah kahwin dah. Tak ke pelik tu?” laju aku menjawab.
Merepek betul Ustaz ni. Agaknya kalau Kak Intan dengan Amani tak datang tadi, mesti dia ingat Abang Mirul tu nak mengayat aku.
Mata masih memerhatikan langkah mereka sekeluarga pergi. Sempatlah berbual sekejap dengan Kak Intan dengan main-main dengan Amani. Dah besar dah budak tu. Dulu masa baru-baru kenal Abang Mirul, terkedek-kedek je Amani berjalan.
“Tak adalah sampai macam tu...”
Aku mencebik. “Cemburulah tu. Abang Mirul tu abang angkat Wati lah,” aku bercerita tanpa disuruh.
“Oh? Lisa pulak?”
“Lisa apa?”
“Tak ada abang angkat?”
Tergelak sekejap aku dengar soalan dia.
“Ada abang sepupu seorang pun dah pening nak melayan. Nak cari abang angkat? Tak payahlah...”
Siapa lagi abang sepupu kalau bukan dia. Tapi sebenarnya, ada suami seorang pun dah pening nak melayan baru betul ayat tadi. Sebab, masa Abang Hafiz sebagai abang sepupu rasanya aku dengan dia pun payah nak berbual. Kalau jumpa masa raya pun, aku lagi banyak lepak dengan sepupu perempuan daripada sepupu lelaki. Ahah!
“Amani tu anak sulung diorang ke?”
Aku mengangguk.
“Comel!” Abang Hafiz memuji.
Aku tersengih mendengarkan pujian tu. Jarang lelaki nak puji-puji macam tu sebenarnya. Lainlah kalau, dia tu budak pandai, budak baik, budak bagus ke... ni comel?
“Tengoklah mak bapak dia. Cantik dan kacak apa?”
Aku dah mula berjalan menuju ke kereta diikuti Abang Hafiz di sebelah.
“Iya ke? Nanti kalau kita, mesti comel jugak kan?”
Aku buat-buat terbatuk bila mendengar usikan Abang Hafiz. Tak agak-agak betul! Anak? Isk! Relax Alisa... dia saja nak menyakat kau je tu. Bukannya dia serius pun!
“Hrm... betul! Tapi kalau dia ikut muka Lisa lah. Kalau ikut muka abang, mesti comot!” Hah, nak menyakat aku sangat ye?
Abang Hafiz diam tak menjawab. Ah, sudah? Merajuk lagi pulak ke? Aku menoleh ke belakang. Tiba-tiba terasa pipi kebas sebab kena tarik. Kureng!
“Sakit lah!” aku dah jerit. Tapi tak adalah kuat mana sampai boleh tarik perhatian orang.
Abang Hafiz dah ketawa jahat. Ngee... geramnya aku dengan dia ni. Tak apa, ada ubi ada batas!

23 comments:

MaY_LiN said...

abang ni kannnnn

srikandi said...

hahaha..ustaz jeles ek
=)

umi kalsom said...

saya nak ustaz Hafiz boleh? Kenapa ustaz Hafiz sangat sweet... bertuah Alisa. =)

Shamien said...

uuuu...cemburu yea ustaz??

hak2...baby bila nak dapat ni???

sufy danni said...

bce citer nie mmg slalu nk tergelak... hahaha... best la... smbung lg yer... setia menanti n3 bru...

nuryayass anak pak ghafar said...

cepatlah sambung.
kihkihkih.

korro suffian said...

hihihihi.. hrmm.. makin gatai noh ustaz ni...

Fatin Aqilah said...

hahaha...lawak la n3 ni..
pape pn bahagia tgok dorg cmni..
cpt2la wt n3 baru!!!!

Anonymous said...

plain tp best. menulis pun satu terapi tau. apa2 pun ustaz hafiz memang best, cool n romantik. =p

Seorg wanita... said...

Hehehe... Ustaz jeles dalam diam.. Mujurlah Abg Amirul dah kahwin... :-) Kalau tak, mmg kena beli bunga lagilah Lisa...

Amani comel, kan? Ustaz dah bagi hint kat Lisa tu...

nisa' 3 said...

masyaallah..ustaz...bersenam pun brzikir...bleh dcontohi lpas ni...gnti kiraan 1-8 dgn zikrullah...

Rohaida Rahman said...

eeeeee suka suka, takde plain nya, cute jer entry ni lalalala...
agaknya klu ada byk assignment tak blh jawab, lg cepat masuk n3 baru kan hahahaha....
all the best to writer :-) ...

Su said...

best ar baca SAU ni..
feeling sndiri mcm Alisa plk dh..
cpt2 smbng yer..

Anor said...

agaknya sampai bila pula ye
alisha tu sedar yg dia pun
cintakan hafiz...kekadang kesian
juga dkt hafiz melayan cinta
pd isteri seorg diri. nak lagi
cepat sambung....

Anonymous said...

x sabar utk next capter n tggu ending...hehe..

anor...a'ah la..i agree wif u..

aqilah said...

lisa....lisa...bila nak sayang kat Ustaz ni?????
cian kat Hafiz tau!!!!!!!!!!!!!!

aleyamaira said...

cute la story dia... sangat menyukai watak ustaz... hehehe. nice story, smbung lg... =)

Dr.LoVe said...

thanks kepada penulis utk entry 19 ni w'pun dirimu amatlah biz tp demi kitorg peminat setiamu...dirimu gagahkan jua utk hiburkan hati ini...thanks....

x ada perasaan betullah Lisa ni...dah ada suami sebaik abang hafiz...cubalah layan abang hafiz elok2 sket....

deesyira said...

ish!ish!ustaz2 .boleh tahan gak "nakal"nya yek...apa2pn tetap sweet...nak lagi!cepat continue yek...

Anonymous said...

ske sgt,romantik la ustaz hfiz.....hee..lisa,lyn la leklok abang hafiz 2,...

cikgu lizz said...

hehe..best betul la cite ni..sgt unik... x buleh imagine kalo jadi alisa ni..bersuamikn ustaz..heheh..best3x...x sabar nk bace lg..

sAkEeNa said...

na da n3 plain...ni dh xsbar nk bc tau..hahaha

dilla said...

im the hard followers...miss like crazy the approach of ustaz to alisa...may Allah give u the superb idea to make its so close to our hearts....tq n congrates!