::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)
***
Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:
1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.
Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

11.10.2011

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 01

Sementara menunggu jawapan pihak admin, saya akan publish balik e-novel Suami Aku Ustaz yang edited version.
Ada sikit je lah perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Seperti entry SAU sebelum ni, saya hanya akan post sampai bab 25.
Kalau sudi, bacalah. (^^,)
Kalau tak? Jemput baca bab-bab awal supaya lebih terang, jelas lagi nyata ya. :)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,) v


Suami Aku Ustaz?! 01
“MAK dengan ayah dah bincang dengan Mak Long dan Pak Long.”
Baru aku hendak menyuap nasi ke dalam mulut, mak sudah memulakan pendahuluan yang tidak berapa sedap untuk didengar. Aku memandang mak dengan ayah yang nampak tenang.
“Bincangkan apa mak?”
Sengaja aku menyoal bagaikan tidak mengetahui apa-apa. Sedangkan, seluruh perbualan emak dengan ayah aku sudah dengar minggu lepas. Oh, tersilap! Aku terdengar, bukannya sengaja mencuri dengar.
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah,” mak menjelaskan.

Perit aku menelan nasi yang bagaikan hendak terlekat di kerongkong. Aku cuba untuk berlagak tenang. Gelas yang berisi air di sebelah aku capai dengan tangan kiri.
“Mak... kan Lisa dah cakap Lisa boleh jaga diri. Mak tak percayakan Lisa ke?” soalku geram.
Berkerut-kerut dahi aku sewaktu mendengarkan cadangan mak. Merepek betul sampai hendak satukan aku dengan Abang Hafiz. Ingat ini perkara main-main ke? Inikan soal masa hadapan aku? Abang Hafiz itu sudahlah guru di sekolah aku. Siap mengajar kelas aku lagi. Subjek yang dia ajar pula tu subjek yang aku lemah. Hrm... subjek apa lagi kalau bukan Pendidikan Islam.
Huh! Aku tahu ramai yang pelik bila dengar. Ada ke patut orang Islam tidak dapat perform untuk subjek tu. Tapi, hendak buat macam mana? Bukannya aku tidak ambil berat langsung dengan subjek tu. Kalau orang lain belajar petik jari, aku ini gigit jari sahajalah. Sepanjang ujian ataupun peperiksaan, tidak pernahnya kertas aku dihiasi dengan huruf ‘A’.
Berbalik kepada Abang Hafiz, hah! Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab dia masih belum berpunya lagi. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ kalau kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa iya, tak? Aduh! Tidak pasal-pasal dia menjadi kepunyaan aku pula.
“Sebab tak percayakan kamulah, kami nak minta si Hafiz tu jaga kamu. Kamu ni bukannya boleh percaya sangat. Sedangkan kami dekat rumah pun kamu tu tak lekat di rumah. Keluar entah ke mana, entah dengan lelaki mana. Balik pula lewat malam. Kamu ingat kami tak risau?” berjela mak membebelkan perangai aku.
Aku hanya mendiam diri sewaktu mendengarkan bebelan mak. Laju nasi yang berbaki di dalam pinggan aku habiskan. Nasib baiklah sikit sahaja nasi yang aku ambil tadi. Malas pula mahu duduk lama-lama di atas kerusi ini. Bukan setakat punggung sahaja yang terasa panas, telinga pun boleh berasap apabila mendengar bebelan mak. Elok aku menghabiskan suapan yang terakhir, aku bangun meninggalkan meja makan.
“Hah, tengok tu? Baru kita cakap sikit laju je dia nak larikan diri. Lisa? Kamu dengar tak apa yang mak cakapkan tadi?”
Nada suara mak sudah mula meninggi. Langkah aku terhenti. Aku menayangkan muka tidak bersalah apabila mata mak bulat memandang aku. Ayah pula hanya menggelengkan kepala melihat kami.
“Sudah sudahlah tu. Nanti nantilah pula kita berbincang. Depan rezeki ni.” Kata-kata yang keluar daripada mulut ayah mematikan kata-kata mak.
Aku tersenyum dalam diam. Kaki terus melangkah masuk ke dalam dapur. Yes! Ayah selamatkan aku! I love you, dad!
***
“SETUJU atau tidak, kamu kena setuju juga, Alisa!” tegas ayah.
Aku mengeluh. Mati-mati aku ingat ayah diam semasa makan tadi sebab dia hendak berpihak, menyebelahi aku. Rupa-rupanya dia mendiamkan diri tadi sebab malas hendak bertekak dengan aku hadapan rezeki, je? Aku duduk di atas sofa dengan tangan kanan menopang dagu. Mata leka memandang televisyen yang sedang menayangkan siaran Bersamamu. Melihatkan aku yang tidak memberi tumpuan, laju tangan mak mengambil alat kawalan jauh. Skrin televisyen bertukar gelap. Aku menghela nafas perlahan. Bosan!
Kalau dalam novel-novel Melayu zaman sekarang, mak dengan bapak bising menyuruh anak dara yang umurnya sudah hendak masuk tiga puluhan berkahwin. Tiba-tiba, kes aku jadi pelik pula. Belum pun berumur dua puluh sudah kena suruh kahwin. Isk! Kalau iya pun, suruhlah aku kahwin dengan doktor ke, pensyarah ke, akauntan ke, paling tidak pun peguam. Barulah bersemangat aku nak setuju. Ini, ada digandingkan aku dengan ustaz? Erk! Abang sepupu sendiri pula tu.
“Ayah, Lisa baru form five lah, ayah? Baru je dua minggu lepas habis trial. Takkan dah nak kahwin?”
Marah betul aku dengar cadangan merepek mak ayah aku ni. Kalaulah jadi aku menikah dengan Abang Hafiz hujung bulan September ni, bulan November SPM bakal bermula. Hendak aku kena buang sekolah ke? Lagipun, tidak pernah-pernah aku dengar kisah anak dara disuruh berkahwin hanya kerana mak dengan bapak hendak menunaikan haji di Mekah.
“Kalau nak sangat suruh abang Hafiz jaga orang, mak ayah minta tolong ajelah dia tengok-tengokkan,” usulku.
Merepek. Tak masuk akal! Di sekolah aku tengok muka dia, dekat rumah nanti pun kena juga ke? Apa? Mak dengan ayah ingat aku suka sangat ke dengan Abang Hafiz tu sampai kena tengok dia dua puluh empat jam?
“Sedangkan kami ni tengok kamu dua puluh empat jam pun perangai kamu tak berubah-ubah, ditegur tak makan saman. Inikan pula nak suruh abang sepupu kamu tu yang tengokkan kamu? Lagilah tak terkawal perangai kamu tu,” bantah mak.
Aku mencebik. Mak dengan ayah tengok dua puluh empat jam apanya? Waktu kerja, belum ditambah dengan overtime lagi dah lebih lapan jam kena tolak.
“Kalau macam tu, tak ada bezanya kalau Lisa kahwin ke tak dengan dia,” balasku selamba.
Mak merenung muka aku semacam. Aku terasa serba tidak kena.
“Sekurang-kurangnya, kami senang hati ada orang yang jaga kamu. Tak adanya kamu nak buat suka-suka hati kamu lagi dah. Mak tak nak nanti kami balik, macam-macam terjadi dekat rumah ni. Jangan sampai sembilan bulan lepas tu, kamu mengusung perut. Hah! Masa tu barulah nak menyesal tak dengar cakap kami. Kawan-kawan lelaki kamu itu bukannya boleh percaya sangat! Kalau dia orang tu budak baik, tak adanya nak ajak kamu keluar jumpa malam-malam tahu?”
“Mak!”
Ternganga aku dibuatnya sebaik sahaja mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut mak. Tak sangka sampai ke situ sekali mak fikir.
“Selama ni, Lisa yang ajak dia orang keluarlah. Bukannya dia orang. Janganlah nak menuduh sampai macam tu. Tak baiklah mak!”
“Hah! Yang kamu keluar rumah balik sampai tengah-tengah malam itu, baik sangatlah? Tak sedar agaknya dah ramai jiran yang duk mengata anak mak ni?” Ada sahaja jawapan mak sampai aku terkial-kial hendak mencari alasan.
Aku terdiam. Tak sangka pula perangai aku keluar malam jadi perhatian orang kampung. Ah! Peduli apa aku dengan semua tu. Yang penting sekarang aku kena cari idea untuk berhentikan rancangan yang tidak berapa seronok hendak didengar ni. Jari ligat bermain-main dengan sarung kusyen sementara otak bekerja keras memikirkan alasan untuk diberikan.
“Kot iya pun, tak payahlah sampai nak suruh kahwin segala bagai tu. Biar Lisa jaga diri sendiri je. Tak payahlah mak dengan ayah nak risau sangat. Lisa dah besar. Dah tujuh belas tahun dah tahun ni,” dalam nada geram, aku membalas.
“Besar tak besar kamu, selagi kamu bawah tanggungjawab mak dengan ayah, selagi tu kami risau tahu? Kalau kamu dah besar, tak adanya kamu degil macam ni. Kalau kamu dah besar, tak adanya kamu pergi duduk melepak dengan entah siapa-siapa dekat kedai mamak tu sampai dua-tiga pagi. Dah besar sangatlah, ye? Bila kami tegur dulu, kamu buat tak faham je. Lepas tu, mulut tu tahunya menjawab sahaja. Apalah dosa mak, dapat anak macam kamu ni? Kamu tahu? Mak dulu, ikut je apa dengan tok dengan nenek suruh,” mak mengeluh.
Tetapi ada ke tok dengan nenek suruh mak kahwin muda-muda, mak? Mak dengan ayah pun kahwin bukannya semasa tengah sekolah. Kahwin pun pilihan sendiri, bukannya pilihan orang tua! Namun, kata-kata mak tadi tetap membuatkan aku terdiam. Terasa tajam kata-kata mak menusuk ke dalam hati. Aku mula rasa bersalah. Teruk sangat ke anak macam aku? Rasanya tidak adalah teruk mana untuk menjaga aku.
Aku mengakulah yang mak membebelkan perangai aku yang tidak lekat dekat di rumah itu betul. Duduk rumah, bosan! Sudahlah tak ada kawan hendak dijadikan kawan berbual. Mak dengan ayah dua-dua bekerja di Johor Bahru. Setiap hari berulang dari rumah ni. Sebelum matahari naik sudah bergerak keluar, malam pula sampai rumah dekat pukul lapan ke sembilan.
Aku pun apa lagi, pergilah melepak dekat mamak dekat tambak sana. Bukannya pergi mana pun. Lepak-lepak, minum-minum dengan si Joe dengan Pa’an. Bawa laptop, guna WiFi percuma macam rumah sendiri tak ada internet. Kadang-kadang, aku makan malam sekali dekat sana. Siapa lagi kawan yang aku hendak ajak keluar malam? Si Wati memang tak adalah mak bapak dia hendak bagi sebab mak bapak dia macam mak ayah aku juga. Cuma... iyalah, aku inikan degil sedikit. Ikut kepala aku je. Lagipun, takkanlah aku hendak menghadap televisyen, menghadap dinding dua puluh empat jam?
Kadang-kadang kalau si Joe dengan Pa’an pergi memancing hujung minggu, aku ikut sekali. Bukan jauh mana, dekat tambak tu juga. Adalah sekali tu aku sampai rumah dekat pukul dua pagi sebab ikut budak berdua tu. Hal itu jugalah yang mak selalu ungkitkan. Lagi-lagi bila mak nampak Joe tolong teman aku sampai rumah. Bukannya aku sengaja balik lambat pun. Dah kebetulan masa tu ada pesta memancing dekat sana, orang pun ramai, suasana pun meriah, aku pun tumpang sekakilah. Eh! Bukan sekali rasanya... ada dua kali. Alah, lagipun bukannya buat benda tidak senonoh sampai mak dengan ayah hendak risaukan sangat
Sorrylah, mak.” Perlahan aku menuturkan kata maaf.
Mak hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang aku. Memang sudah menjadi kebiasaan kalau aku ada buat salah aku akan minta maaf. Senakal-nakal aku ni, takut juga hendak menyakitkan hati mak dengan ayah lebih-lebih.
“Hrm. Iyalah! Mak maafkan.”
Dada terasa lapang bila mendengarkan jawapan mak. Ini ada peluang ni...
So... batalkan ajelah ye rancangan tu? Lisa promise Lisa tak buat benda bukan-bukan,” kataku tersengih.
Muka aku kembali ceria. Selamat hidup aku! Hendak kahwinkan aku dengan abang sepupu aku? Ustaz aku pula tu. Apa kes? Tidak menarik betul perjalanan hidup aku nanti. Mak dengan ayah memandang sama sendiri.
No,” ayah pula yang mengambil alih tugas mak.
“Alah... tak payahlah. Mak? Ayah? Kalau dah memang mak dengan ayah tak percayakan Lisa, biar Lisa je duduk rumah Mak Long. Habis cerita,” laju aku membidas.
Aku memandang wajah mak dengan ayah berulang kali. Cadangan kedua aku usulkan apabila cadangan pertama ditolak. Biarlah jauh sedikit berulang ke sekolah, janji aku tidak kena kahwin semasa zaman muda remaja ini. Tidak ada life-lah!
“Bukan tak boleh, tapi nanti apa orang cakap kamu dengan Hafiz duduk serumah? Jadi sebelum apa-apa, lebih baik kamu berdua disatukan. Mak dengan ayah dah berbincang dah dengan dia orang. Hafiz pun tak membantah. Sudahlah Alisa, mak tak nak dengar apa-apa. Sebelum kami berangkat, bulan depan kamu menikah!”
Aku mengerutkan dahi. Kalau sudah sampai mak menyebut nama penuh aku itu, maknanya aku tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Ada sahaja jawapan mak sampai aku sudah tidak boleh memikirkan apa-apa alasan untuk melarikan diri. Lari? Kening aku bertaut. Tiba-tiba aku terfikirkan satu idea. Lari rumah? Menarik juga. Ah, Alisa! Jangan buat kerja gila! Argh, geramnya! Kenapa semua orang tidak mahu mendengar cakap aku ini?!
“Habis tu? Sekolah Lisa macam mana?”
Mak dengan ayah berbalas pandang dengan senyuman di bibir.
“Perkara tu kamu tak perlu risaukan. Yang penting kamu setuju,” balas mak dengan seyuman yang masih tidak hilang.
“Bila masa Lisa setuju?” protesku lagi.
Mak dengan ayah buat tak faham. Aku merengus geram. Aku kena jumpa Abang Hafiz juga esok! Kena! Aku menggenggam tangan, memberi semangat kepada diri sendiri.

8 comments:

ummi rahimi said...

rindu nya dgn lisa dan uztaz hafiz..hahhaha

bila nak kluar versi cetak? x sabar!

umi kalsom said...

tak mampu nak komen apa2...
sebab mmg best sntiasa :)

tak sabar nak pegang versi cetak.
all da best writer. :)

miznza84 said...

tak sabar nk tunggu publish..

Wild Cherry said...

Ni kali ptama WC bace cite ni... best sgt...

seri mutiara said...

Menarik!!

seri mutiara said...

Menarik!!

seri mutiara said...

Menarik!!

iejah said...

menarik...

story tu ada mirip dengan life saya...hampir dikahwinkan waktu form5..hehee

::aku_dia::

My Photo
If there is anything you would like to share, e-mail me at
aku_dia1911 [at] yahoo [dot] com