::Blog ini ditaja oleh::

Assalamualaikum @ Selamat Datang!
Sudah menunaikan kewajipan anda?
Selamat membaca! Jangan lupa tinggalkan komen. :)

***

Adakah anda tahu?
Setiap komen anda akan membantu saya untuk:

1. Tidak syok sendiri.
2. Melakukan penambah baikan.
3. Memberi semangat untuk terus berkarya.

Jadi apa lagi? Berilah sepatah dua kritikan untuk saya terus menulis. (^^,)v

::aku_dia's current status::

04.05.2016

Mencari momentum untuk menulis.

Anda masih boleh membeli Bidadari daripada saya. :)
Boleh pm saya di facebook Hannah Dhaniyah.
Atau hantarkan e-mail ke aku_dia1911[at]yahoo[dot]com ^_^

21 November 2011

[EDITED] Suami Aku Ustaz?! 04

Ada sikit je perubahannya pada bahagian permulaan sebab nak kasi terang lagi jelas dan nyata [kot]...
Bab-bab seterusnya, kalau tak silap saya sama je cuma berubah dari segi bahasa dan ejaan. (^^,)
Minta doakan semoga semuanya berjalan lancar. Aminn. (^^,) v

Suami Aku Ustaz?! 04
“PUKUL berapa Lisa keluar rumah tadi?”
Abang Hafiz memulakan sesi soal jawab selepas Mak Long dengan Pak Long balik. Mereka datang tadi pun sengaja nak melihat keadaan kami berdua ini sihat ke tidak. Mesti dia risau anak dia kurus kering sebab duduk serumah dengan aku. Iyalah, mana ada orang yang hendak menjaga makan minum Abang Hafiz lagi. Aku? Jangan haraplah!
“Lapan empat puluh lima.”
“Siapa bagi kebenaran Lisa keluar?” soalnya lagi.

“Tadi Lisa call, abang tak angkat. Kan Lisa dah bagi mesej?”
Matanya memandang aku tidak berkelip. Ceh... aura ustaz dia keluar dah. “Ada abang kata, ‘ya’ Lisa boleh keluar?”
Aku tidak menjawab. “Mak Long ada cakap apa-apa ke?” soalku, ingin mengalih fokus Abang Hafiz. Tetapi masih berkisarkan topik yang sama. Manalah tahu mak dia membebelkan aku keluar sesuka hati ke.
“Umi,” dia membetulkan sebutanku.
“Abang cakap Lisa pergi jumpa kawan.” Dia pandang aku tidak puas hati. “Nasib baik umi tak banyak soal. Kalau tak apa abang nak cakap?”
“Cakap ajelah orang jumpa kawan, study.” Aku sudah mula membuat muka. Itu pun susah sangat ke? Bukannya kena fikir formula untuk selesaikan soalan Fizik pun.
Abang Hafiz memandang aku geram. “Nak ajar abang menipu pula?”
Aku rasa tersentap. Peh! Cara dia cakap, macamlah aku ni jahat sangat sampai hendak mengajar dia untuk menipu. Itu kan orang kata bohong sunat. Ah! Lupa pula dia ni ustaz. Hilang siqah dia kalau dia menipu, kan? Lainlah kalau aku.
“Lisa bosanlah duduk rumah. Lagipun, bukannya Lisa pergi mana pun. Lepak dengan member ajelah,” aku merungut.
“Kan boleh belajar. SPM dah dekat sangat dah. Lagipun, tadi abang ajak pergi kenduri, Lisa tak nak?” nada suaranya mengendur.
“Nak satu sekolah tahu ke pasal kita? Sekalipun cakap kita ni sepupu, apahal pula adik sepupu beriya sangat sampai nak ikut pergi kenduri cukur jambul tu?” nada suara aku pula yang mula meninggi.
Aku sudah mula geram. Remote Astro aku capai. Sebaik sahaja televisyen hidup, siaran Astro Oasis tengah terpasang. Aku mencebik. Siaran ni, ustaz inilah yang tengok tadi. Eii... geramnya aku bila semua benda yang aku buat, semua berkaitan dengan dia ni. Aku jeling Abang Hafiz seketika. Kemudian, terus aku menukar ke siaran AXN. Melihatkan reaksi aku, wajah tegang Abang Hafiz sedikit mengendur.
“Lisa, apa hukum isteri keluar rumah tanpa izin suami?” lembut dia bertanya. Namun gaya hendak ‘membasuh’ aku tetap ada.
Aku terasa mahu tercekik apabila mendengar soalan yang keluar daripada mulut Abang Hafiz. Bagus betul, suami dengan ustaz ditambah dengan abang sepupu punya kuasa, semua keluar malam ni. Three in one!
“Lisa?”
Aku menarik nafas panjang. Volume televisyen aku kuatkan, sebagai tanda memberontak. Malas sungguh aku nak mendengar kuliah sebelum tidur malam-malam ni.
“Abang, kalau nak ajar agama dekat kelas esok.” Aku bersuara tanpa memandang Abang Hafiz.
“Hah, esokkan ada masa agama lepas rehat. Ada dua masa lagi. Nanti boleh abang ajar satu kelas. Tak adalah Lisa seorang yang dapat ilmu malam ni kan?” sindirku.
Riak wajah Abang Hafiz yang sudah mula tenang tadi kembali menegang. “Ada je jawab dia ini lah. Orang cakap semua tak nak dengar. Suka hati Lisa lah! Buat apa yang Lisa suka!”
Abang Hafiz sudah bangun daripada duduknya dan terus melangkah masuk ke dalam bilik. Setengah jam berlalu, dia masih tidak keluar-keluar lagi. Tiba-tiba aku terasa bersalah. Hah, itulah! Mulut tak ada insuran. Isk! Sekarang ni, nak masuk dalam bilik pun rasa tak sanggup sebab kena menghadap muka Abang Hafiz. Aduh...!
***
KEESOKAN harinya semasa waktu rehat, aku hanya duduk di dalam kelas. Joe pula dengan tanpa perasaan bersalah, duduk di atas meja aku. Aku yang baru hendak meletakkan kepala di atas meja terpaksa mengalah.
“Apasal mata kau macam panda?”
Aku tergelak mendengarkan soalan dia. Patutlah dia pandang aku dengan pandangan pelik sejak dari pagi tadi. Aku menutup mulut apabila terasa mahu menguap. Ini pun aku pergi sekolah dalam keadaan mengantuk yang amat. Malam tadi disebabkan rasa bersalah dengan Abang Hafiz, terus aku tidak masuk ke dalam bilik. Jadi, aku menonton televisyen sampai jam menunjukkan ke angka tiga.
Nasib baiklah HBO menayangkan movie best yang boleh menemankan aku. Selepas movie tamat, barulah aku berani buka pintu untuk masuk ke dalam bilik dengan harapan Abang Hafiz sudah lena tidur. Tapi, elok sahaja aku membuka pintu, mata aku terlihatkan Abang Hafiz yang tengah melakukan solat sunat. Malas mahu mengganggu, aku tutup kembali pintu dan patah balik ke ruang tamu.
Pagi tadi, sedar-sedar je sudah hampir untuk masuk waktu Subuh. Aku tersedar pun disebabkan Abang Hafiz yang kejutkan. Cuma yang peliknya, apabila aku bangun barulah aku tersedar aku dah berada dalam bilik. Sedangkan, aku rasa aku tertidur dekat ruang tamu malam tadi? Tidak sangka pula ya aku ni tidur berjalan, ya? Ceh! Walhal aku yakin yang amat, Abang Hafiz yang mengangkat aku malam tadi. Wahhh! Malunya aku! Sudahlah baru-baru ni aku timbang, berat badan aku makin naik!
“Aku tidur lambatlah malam tadi.”
“Lambat? Pukul berapa? Buat apa?” soal Joe mengambil berat. Matanya tidak lari daripada memandang ke arah muka aku. Aku pula yang naik segan apabila dia duk merenung aku tidak berkelip.
“Layan movie. Adalah sampai pukul tiga pagi kot.”
Joe tergelak mendengarkan jawapan aku.
“Hai? Selalu lepak dengan kita orang mancing sampai pukul dua lebih, kau tahan je?” sampuk Pa’an yang baru masuk ke dalam kelas. Kemudian dia menghulurkan aku dengan Joe roti keju dengan Nescafe tin yang kami kirim.
“Ini lagi satu, selalunya kau yang tak nak minum Nes. Ini apa cerita ni?” soal Wati. Dia dengan Pa’an yang offer diri untuk ke koperasi. Aku sudah tidak larat hendak bergerak. Orang jarang tidur lambatlah katakan.
“Memancing tu, time weekend je. Esoknya lepas subuh aku tidurlah balik.” Aku membelek-belek tin Nescafe ais berwarna putih-biru di tangan.
“Air ni pula nak elak mengantuk. Nanti ada aku tertidur time agama nanti,” kataku sambil menarik pembuka penutup tin. Sudahlah suami aku yang mengajar. Ada bising ustaz tu nanti dekat rumah sebab tidur masa kelas dia.
Kami menghabiskan masa rehat berempat. Memang sudah selalu begini. Semenjak daripada tingkatan empat. Ada masanya, kami duduk di dalam kelas kalau malas hendak pergi ke mana-mana. Kalau tidak pun, kami pergi duduk di taman yang berdekatan dengan blok ni. Selalunya, kami bergilir pergi membeli makanan. Sama ada aku dengan Joe ataupun Wati dengan Pa’an.
Tepat jam sepuluh setengah pagi, loceng menandakan waktu rehat telah tamat, berbunyi. Belum pun semua rakan sekelas aku masuk, seperti biasa Abang Hafiz, sudah selamat duduk di kerusi guru sementara menantikan budak-budak lain tiba. Namun, terkesan juga aku yang mata dia tidak lari daripada melihat Joe yang bersenang lenang duduk di atas meja aku.
“Joe, dah dah. Pergi balik tempat duduk kau. Masa rehat dah habis dah ni.” Aku menolak Joe dengan buku teks Pendidikan Islam. Risau pula melihatkan mata ustaz tu tajam semacam.
“Ceh, menghalau!” kata Joe sambil ketawa.
Aku hanya tersengih. Buku tadi aku letakkan ke atas meja manakala bekas pensel aku keluarkan daripada laci meja.
“Sudah sudahlah tu Joe. Lisa dah reject kau dah tu,” kutuk Pa’an bila Joe masih tidak bangun-bangun lagi.
Muka Joe serta-merta berubah merah. Aku mula merasa tidak sedap hati. Budak berdua ni, melawak je kan? Tidak lama kemudian Joe bangun sambil ketawa. Aku tak tahulah ketawa tu betul atau dia sengaja buat-buat. Air dalam tin yang tinggal suku, aku habiskan. Mata Abang Hafiz yang tadi memerhatikan Joe kini beralih ke arah aku. Nasib baik aku tidak tersedak air dengan pandangan membunuh tu. Kalau tidak, buat drama je dalam kelas ni.
Lebih kurang lima minit menunggu kawan sekelas lain masuk, Abang Hafiz ke berjalan ke whiteboard untuk menulis sesuatu. Aku mengeja daripada satu huruf ke satu huruf. Ibadat? Kalau tidak silap aku minggu ni sepatutnya revision topik Aqidah sebab masa kelas yang lepas kita orang buat revision Hadith. Memandangkan kami sudah habis silibus, jadi minggu-minggu yang hujung ni, lebih banyak buat ulangkaji. Hrm... pelik aku dengan dia ni.
“Ustaz? Bukan sepatutnya topik hari ni, Aqidah ke?”
Joe yang baik hati tolong bertanya. Aku ingatkan aku seorang je yang perasan perkara ni. Abang Hafiz tersenyum sambil memandang Joe.
“Kenapa? Awak tak suka, ke? Bukan ke awak suka tajuk ibadat form five, Johan?” dia bertanya. Tapi aku rasa macam ada nada sinis disitu.
“Kan awak semua suka bab munakahat ni. Bab perkahwinan? Masing-masing sudah tak sabar nak tempuh kan?”
Satu gelas tergelak mendengarkan kata-kata Abang Hafiz. Tetapi, kenapa aku terasa macam ada yang tidak kena dengan Abang Hafiz hari ni?
“Nur Alisa?” Abang Hafiz memandang aku.
Cis! Aku dah agak ada yang tak kena ni. Kalut aku berdiri di meja aku.
“Apa yang awak faham dengan maksud nusyuz?” soalnya dalam senyuman yang aku tidak dapat tafsir.
Dahi aku berkerut. Berfikir sejenak. Aku ini mudah terkeliru dengan Islamic terms ni. Nusyuz? Tersedarkan sesuatu, mataku membulat. Kureng! Nusyuz tu bukan ke maksud dia... argh! Aku dah agak ada yang tak kena dengan dia ni!

5 comments:

ummi rahimi said...

hahhaha...so sweet!

miznza84 said...

hahaha terkena sudah alisa..

nur_cahaya said...

ada sedikit typing error.."satu gelas tergelak mendengarkan kata-kata Abang Hafiz"..rasanya perkataan kelas..typing error jd perkataan gelas..:)

iejah said...

susah betul bila suami sendiri yg mengajar di kelas.. kesian alisa..tension dahh tu...

Anonymous said...

hambek kau. tak pasal2 dia dah bukak topik tu betul2 kat kelas