“Awak tak banyak cakaplah. Saya suka awak!”
selamba Raudhah menuturkan.
Lelaki itu tidak membalas. Wajahnya kemerahan.
Itulah kali pertama dia mendapat perhatian daripada seorang pelajar perempuan
dan juga rakan sekelasnya setelah hampir enam tahun dia bersekolah di sekolah
rendah ini.
“Awak nak tahu? Hari ni last day saya kat
sini. Ayah saya sambung belajar dekat UK. Lepas ni tak dapatlah saya nak jumpa
awak lagi...”
Bulat mata Raudhah memandang wajah yang sudah
serba tidak kena. Suka dia melihat lelaki itu yang sedikit malu-malu bila
berbual dengan perempuan. Comel!
“Berapa lama awak dekat sana?” perlahan suara
itu kedengaran.
Raudhah menjongketkan bahu.
“Tak tahu lagi. Kalau ayah saya tiba-tiba nak
tinggal dekat sana terus pun boleh jadi jugak. Lepas ni, tak dapatlah saya nak
jumpa awak lagi.” Raudhah masih tersenyum. Tangan diangkat, untuk melihat jam di
pergelangan. Sudah hampir tiba masa untuk perhimpunan.
“Awak...”
“Hrm?”
“Saya suka awak. Nanti bila saya balik
Malaysia semula, saya cari awak. Awak tunggu saya, ye! Tapi kalau lebih sepuluh
tahun tak jumpa, tak apalah. Tapi, dalam masa sepuluh tahun ni, awak tunggu ye.
Jangan kahwin dengan orang lain tau!” Ujar Raudhah nakal. Mata dikenyit sebelah
sebelum meninggalkan lelaki itu yang semakin bertambah merah mukanya. Malu!
***
Bagai ada sesuatu yang menarik-narik hatinya
untuk menjejakkan kaki ke sekolah itu. Sudah hampir seminggu dia tiba di Kuantan,
baru hari ini dia memberanikan diri untuk masuk sekolah lamanya. Masuk tahun
enam, belum pun sempat menduduki UPSR, dia sudah berhenti sekolah dan mengikut
keluarganya berhijrah di United Kingdom. Memandangkan kedua ibu dan bapanya
menyambung pelajaran di sana, hampir lima tahun juga dia bermastautin di UK.
Kemudian, apabila keluarganya kembali ke tanah air, dia pula yang kembali menetap
di sana, berusaha memenuhi cita-citanya untuk menjadi seorang arkitek.
“Assalamualaikum. Cik, ada apa-apa yang boleh
saya bantu?” suara teguran itu membuatkan Raudah tersedar daripada lamunannya.
Lama dia merenung pintu bilik yang tertutup itu. Bilik yang dahulunya kelas
Tahun Enam Mawar, kini sudah menjadi bilik untuk sains dan matematik. Pandangannya
dihalakan ke arah lelaki yang berkemeja biru muda itu. Raudhah memaniskan muka.
“Saya saja datang melawat sekolah ni. Dekat
lima belas tahun juga saya tak datang ke sini. Encik cikgu di sini ke?”
Lelaki itu sekadar tersenyum. Tidak mengiyakan
dan tidak pula menidakkan. “Saya Hazim,” ujarnya lalu menghulurkan tangan.
Senyuman lelaki itu dibalas. Raudhah nampak
tenang. Tidak terkejut dan tidak pula kalut berhadapan dengan situasi begini.
Tangan kanannya di letakkan di atas dada kiri, kepalanya ditundukkan sopan.
Tips daripada Kak Maisara sewaktu belajar di UK, sangat bermanfaat buat dirinya
yang banyak beurusan dengan kaum Adam.
“Saya Raudhah...” balasnya sopan.
Hazim senyum, menutup kegugupan. Tidak sangka
gadis ini sudah pandai menjaga pergaulan, tidak seperti dahulu. Ah, silap dia
juga. Bukankah sepatutnya lelaki yang patut menjaga maruah wanita?
“Dulu saya pelajar di sekolah ni. Tapi tak
sempat ambil UPSR dah berhenti sebab pindah. Baru kali inilah saya berpeluang
balik ke sini. Bilik ni dulu, kelas saya. Dah banyak berubah dah Malaysia ni.
Bangunan sebelah itu pun, baru kan?” soal Raudhah meminta kepastian.
Hazim mengangguk. “Barulah juga. Dekat lima
tahun. Raudhah batch mana?” ujinya, mahu memastikan sangkaannya tepat.
“Batch?”
Hazim mengangguk.
“Sepatutnya UPSR tahun 97. Masa tu, guru
besarnya, Cikgu Karim. Garang orangnya!”
Hazim sudah tergelak. “Garang ya?”
Raudhah mengangguk perlahan. “Garang! Mana
pergi bawa rotan. Siapa yang tak takut? Budak paling nakal masa zaman saya pun
boleh tunduk patuh tau!”
“Iya? Siapa agaknya budak tu, ya?”
“Hrm... saya tak ingat sangatlah nama dia.
Tapi dia memang nakal lah. Saya ni, memang selalu sangat jadi mangsa buli...”
Raudhah tergeleng perlahan.
“Sungguh saya tak ingat. Tapi bila
mengingatkan kenakalan budak tu, entah jadi apalah dia sekarang, ya? Entah jadi
manusia ke tidak. Rindu pula nak jumpa kawan-kawan lama. Agaknya diorang ingat
saya lagi tak?” Raudhah larut dalam kenangan silam. Cuba untuk mengingat
kembali wajah-wajah yang pernah bersama-sama dengannya pada zaman kanak-kanak.
“Raudhah tengok sekarang, saya jadi manusia ke
tak?”
Terpinga-pinga Raudhah mendengarkan soalan
itu. Laju otaknya bekerja mencerakinkan makna tersirat di sebalik pertanyaan
itu.
“Hazim...?” Otaknya sudah mula dapat mengecam
wajah Hazim. Ternyata jauh berbeza berbanding dahulu. Hazim ketawa senang.
“Ya, sayalah orangnya. Raudhah dah tak kenal
ya?”
Raudhah menggeleng perlahan. Lama berdiri di
hadapan bilik tadi, kaki mula melangkah pula menuju ke aras bawah. Ingin
melihat berjalan ke tempat lain pula.
“Banyak yang saya dah lupa. Muka kawan-kawan
pun ingat-ingat lupa. So, how’s life?”
“Just fine. Ada kerja, ada kereta, ada rumah,
single and available,” Hazim mengenyit mata sebelah.
Raudhah mencebik. “Ada-ada saja Hazim ni.”
Hazim ketawa senang. “So, apa kenangan yang
Raudhah tak boleh lupa masa sekolah sini?” soalnya sewaktu sedang menuruni
tangga, ingin ke pejabat sekolah pula.
Raudhah terdiam. Kenangan? Air mukanya sedikit
berubah. Masih teringat-ingat mimpi yang mengganggunya saban malam. Lebih-lebih
lagi semenjak dia kembali ke tanah air. Mimpi yang membuatkannya kembali ke
sini untuk mencari si dia.
***
“So, sekarang ni Raudhah kerja di KL lah ya?”
Raudhah mengangguk perlahan. Cawan kertas di
hadapannya di capai dengan tangan kiri dan perlahan-lahan isinya diteguk. Kotak
burger yang sudah kosong isinya diletakkan di atas dulang yang masih tidak
berangkat.
“Yup, di KL. Ikut company kawan ayah. Sejak
habis belajar lagi,” ceritanya ringkas. Mata memerhatikan orang ramai yang
keluar masuk pintu kaca KFC. Ramai juga yang makan tengah hari di sini. Cepat
dan ringkas agaknya.
“Bila
Raudhah balik sini? Kalau tak silap, dulu Raudhah pindah ke UK kan? Ikut
keluarga?”
“Hrm.. family tinggal dekat sama hampir lima
tahun juga. Lepas tu balik ke Malaysia sekejap, terpaksalah ambil SPM. Mujurlah
lepas dan saya pula ke UK balik sambung belajar,” kata Raudhah dalam ketawa.
Teringat betapa sengsaranya diri dia dahulu terpaksa belajar subjek-subjek yang
dia tidak pernah ambil kisah. Aduh! Mujur sahajalah resultnya agak baik.
“Apa yang best di UK?”
Raudhah diam. Tidak terus memberikan jawapan
kepada soalan yang diajukan. Hazim leka merenung wajah manis itu. Setia
menunggu butir-butir perkataan yang bakal keluar daripada mulut gadis itu.
“Hrm... apa yang best di sana? Saya rasa yang
paling best bila saya lebih dekat dengan Islam. Sebab, bila kita ada perasaan
tak selamat berada di celah-celah kehidupan jahiliah, kita akan cari sesuatu
yang kita boleh pegang, boleh selamatkan kita daripada hanyut dalam arus
kehidupan mereka. Tak seperti di sini bila kita sentiasa rasa selamat sebab
majoriti rakyat Malaysia Islam walaupun tidak sepenuhnya.”
“Awak nak tahu Hazim? Walaupun kita selalu
memandang tinggi dengan tamadun mereka, memandang tinggi dengan pencapaian
mereka, sebenarnya mereka tak dipandang tinggi pun di ‘mata’ Allah. Sebab
mereka bukan orang-orang yang beriman. Siang sibuk dengan kerja dan kehidupan
seharian. Malam pula ke pub dan disco untuk berhibur. Sama je dengan kehidupan
orang arab jahiliah dahulu. Hebat memang hebat, tapi sekadar di dunia.”
“Di sana ada satu kawasan perumahan yang
disediakan khas buat remaja perempuan yang belum berkahwin hamil. Tapi
environment dia, ya Allah... Boleh dikatakan kawasan ‘hitam’ lah juga. Tak
selamat rasanya bila dekat sana. Itulah yang jadi bila apa yang dilarang hendak
dilanggar. Institusi kekeluargaan tu dah hilang Jadi, apa yang seronoknya
negara orang ni? Saya rasa biasa je. Cuma apa yang menarik, di kawasan orang
bukan Islam inilah saya jumpa Islam kan?”
“Cuma saya tak nafikanlah, cuaca dekat sana
lagi best dari sini. Tempat-tempat yang menarik di London itu, tetap menarik.
Kalau awak nak melancong ke sana, bolehlah ajak saya!” ujar Raudhah dalam tawa
kecil. Tiba-tiba dia jadi terlalu serius pula bercerita kisahnya di sana. Hazim
belum tentu nak dengar. Muka pun serius je memandang wajah dia.
Hazim mengangguk perlahan. Patutlah Raudhah
sudah semakin lain sekarang. Tapi mulut kepohnya tetap tak berubah. Peramah
sangat! Bibirnya kembali tersenyum.
“Boleh saja. Kalau kita pergi berdua pun ok
jugak, kan?” usik Hazim. Penuh dengan makna tersirat.
Raudhah memuncung. Ah! Tak sudah-sudah hendak
mengusik.
“Oh! By the way, Hazim. Awak masih contact ke
dengan budak-budak sekolah rendah kita?”
Topik perbualan bertukar. Raudhah menayangkan
muka selamba walaupun hati bagaikan kompang dipalu menunggukan jawapan Hazim.
Dia sudah tidak sabar-sabar untuk mencari gerangan si dia. Apa khabar agaknya
dia sekarang ni? Sudah berpunya atau belum? Masih ingat dengan kata-kata yang
pernah Raudhah katakan atau tidak? Raudhah menjadi serba tak kena.
“Ada yang saya contact lagi. Ada yang dah lost
contact. Macam kes Raudhah lah, selama ni lost contact, baru hari ni jumpa
balik. Makin manis pulak tu,” usik Hazim.
Muka Raudhah memanas. Tidak tapis-tapis si
Hazim ni bercakap. Walaupun dia lebih banyak sikit mulut daripada Hazim, setiap
kali Hazim bersuara, setiap kali itulah dia mengawal air mukanya supaya tidak
berubah mendadak.
“Iyalah. Dulu pun, mana kita rapat sangat.
Sudah orang tu kerjanya menyakat saya kan?”
Hazim ketawa. “Saya sakat pun sebab saya
suka...”
Raudhah terdiam. Ligat dia memikirkan balasan
yang sesuai. Erk! “Memang pun awak suka menyakat orang kerjanya...” sedaya
upada dia mengawal nada suara supaya tidak terlalu berubah. Hish, tadi gelabah
lain, sekarang ni hal lain pula.
“Awak ingat lagi tak classmate saya masa
sekolah dulu?” cepat Raudhah bertanya sebelum Hazim bersuara.
“Hrm... ingat-ingat lupalah, Raudhah. Kenapa?”
Raudhah mengetap bibir. Sedikit keberanian
dikumpul. “Err, awak masih contact Syamil tak? Dia apa khabar?”
Hazim tersentak. Kenapa dalam ramai-ramai
kawan lama, nama itu juga yang disebut Raudhah?
6 comments:
best..x sabar nk baca smbgan cite ni..
best....
follow....
best! tak sabar nak baca sambungannya! ^^
btw akak, SAU is really a great story! thank you and congrats for it! ^^ keep up your good work! sayang akak! :)
best la...:)
sambung lagi please...:)
suke name syamil :DD
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Post a Comment